KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Saja Hotels & Resorts, syarikat pengurusan dan operasi hotel serta kondominium terkemuka di Arab Saudi, menyambut ulang tahun pertama Hotel Saja AlMadinah di Madinah.
Ia menandakan setahun yang penuh kejayaan bagi perkhidmatan mengagumkan yang disediakan kepada pengunjung ke kota suci Madinah itu.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohannad Nabeel Khogeer berkata sepanjang tahun beroperasi, syarikat telah mempamerkan kejayaan dalam menyediakan penginapan terbaik kepada pengunjung ke Madinah yang menjadikan perjalanan haji dan Umrah mereka sebagai satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
“Kami telah menetapkan pelan pengembangan masa hadapan yang termasuk mengurus dan mengendalikan hotel-hotel lain di bandar-bandar yang berlainan dan menggunakan kepakaran kami di dalam menyediakan perkhidmatan pengurusan untuk hotel-hotel bagi rancangan selanjutnya.
“Usaha kami ini adalah selaras dengan Wawasan 2030 Kerajaan yang bertujuan untuk meningkatkan jumlah jemaah haji dan pengunjung Umrah," kata beliau dalam satu kenyataan.
Hotel Saja AlMadinah mempunyai 544 bilik, sebuah tingkat eksekutif, ruang istirahat, gim dan sebuah restoran diperakui (HACCP) yang khusus dalam menyajikan pilihan hidangan antarabangsa.
Sepanjang tempoh beroperasi, Hotel Saja AlMadinah mengalu-alukan lebih 350,000 tetamu, mencatat lebih daripada 110,000 tempahan bilik, menyajikan sekitar 120,000 hidangan, dan menerima tetamu dari lebih 80 negara.
Terletak secara strategik di bahagian utara kawasan tengah Madinah, hotel bertaraf empat bintang itu berada hanya beberapa langkah dari Masjid Nabawi di bandar raya itu.
Pasukan profesional hotel yang berbilang bahasa dan sangat terlatih itu membantu mengatasi halangan bahasa dan memenuhi keperluan pelawat dari seluruh dunia dengan perkhidmatan yang berkualiti tinggi.
-- BERNAMA
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment