Tuesday, November 19, 2024

PEMENANG ANUGERAH SENI BINA KELULI ASEAN PERTAMA DIUMUMKAN DI ACARA BESAR-BESARAN DI MALAYSIA




Table

Foto: Business Wire


SINGAPURA, 20 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pemenang Anugerah Seni Bina Keluli BlueScope ASEAN pertama telah diumumkan di acara makan malam gala di Kuala Lumpur, Malaysia pada 14 November lalu. Beberapa badan industri yang dihormati — Persatuan Arkitek Siam di bawah Perlindungan Diraja (ASA), Thailand, Ikatan Arsitek Indonesia (IAI), Universiti Seni Bina Ho Chi Minh City (UAH), Kumpulan Media ACG Malaysia dan AustCham Singapura — bekerjasama dengan NS BlueScope untuk menganjurkan program anugerah ini bagi meraikan penggunaan keluli yang paling inovatif dan kreatif dalam pelbagai projek seni bina di seluruh rantau ini.

Terdapat lima kategori anugerah, dengan satu pemenang dipilih dari projek yang disenarai pendek dalam setiap kategori. Syarikat-syarikat dari Malaysia, Thailand, Indonesia dan Vietnam mengambil bahagian, dengan finalis ASEAN dipilih daripada keseluruhan 14 projek yang memenangi pertandingan kebangsaan masing-masing. Projek dinilai berdasarkan Kecemerlangan Rekaan, Inovasi dan Kemampanan, dengan juri memberi markah untuk pelbagai ciri dari segi daya estetik hingga kepada kefungsian dan kecekapan, dengan fokus khusus kepada cara projek-projek tersebut memberi manfaat kepada komuniti tempatan mereka.

Pemenang-pemenang bagi kategori individu ialah:
  • Industri: Faundri Perindustrian untuk Kapal Laut, oleh Ar. Naksit Wisetmora
  • Komersial: VanaVasa Resort, oleh M J Kanny Architect
  • Kediaman: LAAB is More, oleh Studio Sifah
  • Institusi dan Lain-lain: Masjid Daing Abdul Rahman, oleh Razin Architects
  • Kecantikan Tahan Lama keluli COLORBOND®: Pusat Konvesyen CIDB, oleh Arkiskape
“Program anugerah baru ini akan memberikan sorotan yang layak kepada beberapa pencapaian seni bina keluli terbesar di rantau kita. Sebagai peneraju industri dalam penyelesaian keluli bercat dan bersalut, kami bangga dapat menyumbang kepada inovasi industri pembinaan dan membantu merealisasikan projek-projek indah dan direka dengan baik yang benar-benar memacu komuniti kami dan memajukan kemampanan," kata Connell Zhang, Ketua Pegawai Eksekutif NS BlueScope & China.

Para pemenang diumumkan pada Majlis Anugerah di Hotel Hilton Kuala Lumpur. Sekitar 150 wakil menghadiri acara tersebut, termasuk beberapa Tetamu Kehormat terkenal, termasuk Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Puan Danielle Heinecke, yang memuji keindahan projek yang menang dan menyatakan sumbangan kukuh yang diberikan oleh projek-projek tersebut kepada komuniti tempatan mereka.

Untuk maklumat lanjut tentang pemenang-pemenang Anugerah Seni Bina Keluli BlueScope ASEAN klik Sini.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/54154173/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Butiran Hubungan

James Li | Naib Presiden, Transformasi Perniagaan, NS BlueScope Pte. Ltd.
T +65 6832 3512 | TB +65 9626 2750
james.li@bluescope.com | W www.nsbluescope.com
 
Sumber: NS BLUESCOPE

Monday, November 18, 2024

CLOUDERA BAKAL MEMPEROLEH PLATFORM OCTOPAI UNTUK MEMBERIKAN DATA DIPERCAYAI MERENTAS KESELURUHAN ESTET DATA AWAN HIBRID

Platform susur galur dan katalog data Octopai yang terbaik dalam kelasnya untuk memberikan kebolehtemuan, kualiti dan tadbir urus bagi perusahaan untuk meningkatkan proses membuat keputusan yang dipacu oleh data

SANTA CLARA, California, 15 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Cloudera, satu-satunya platform hibrid sebenar untuk data, analitik dan AI, mengumumkan yang mereka telah mencapai persetujuan muktamad dengan Octopai B.I. Ltd. (Octopai) untuk memperoleh platform susur galur dan katalog data yang membolehkan organisasi memahami dan mentadbir urus data mereka. Transaksi ini akan menambah keupayaan katalog data dan pengurusan metadata Cloudera secara ketara.

Perusahaan mengalami tekanan meningkat untuk menggabungkan pembuat keputusan yang dipacu olah data ke dalam operasi perniagaan mereka. Mereka ingin memanfaatkan data mereka untuk AI, pembelajaran mesin dan inisiatif analitik ramalan, memerlukan strategi kepintaran data menyeluruh untuk mencari semua data yang relevan, kontekstual dan dipercayai merentas syarikat. Tetapi untuk kebanyakan perusahaan—terutamanya di sektor kewangan, penjagaan kesihatan, peruncitan dan telekomunikasi yang berdepan dengan data yang diselia dengan ketat, sensitif, panjang dan rumit—mempunyai penguasaan sepenuhnya ke atas keseluruhan estet data masih lagi mencabar kerana ia memerlukan keupayaan ke atas berbilang penyelesaian data merentas persekitaran hibrid.

“Oleh sebab organisasi yang dipacu data mengamalkan reka bentuk data hibrid dan bersebaran, untuk berupaya mengurus metadata secara automatik adalah kritikal dalam memberikan pemerhatian kendiri data yang disepadukan”, ujar Sanjeev Mohan, penganalisis utama di SanjMo. “Strategi metadata disepadukan menjurus kepada cerapan analitik yang pengguna data percayai. Mereka juga memastikan keselamatan, meningkatkan tadbir urus dan memberikan pemerhatian yang konsisten merentas keseluruhan estet data. Meningkatkan pengurusan data, tadbir urus dan keupayaan AI Cloudera dengan susur galur data daripada lebih 50 penyambung sumber data oleh Octopai, yang sedia untuk perusahaan dan berbilang lapisan, serta pengurusan metadata diautomasikan membawa kepada penyelesaian metadata dan kepintaran data yang menyeluruh.” 

SYARIKAT TOMY AKAN BEKERJASAMA DENGAN FC BARCELONA UNTUK MELANCARKAN 2 VERSI FC BARCELONA BAGI "BEYBLADE X" DI 10 NEGARA DAN WILAYAH ASIA PADA 25 JANUARI, 2025

TOKYO, 18 Nov., 2024 /Kyodo JBN/ --

Syarikat TOMY, Ltd., yang berpangkalan di Katsushika Ward, Tokyo, akan bekerjasama dengan FC Barcelona, ​​sebuah kelab lagenda berbilang sukan Eropah yang berpangkalan di Catalonia, untuk mengeluarkan dua versi FC Barcelona bagi BEYBLADE X, sebuah baka moden "bei-goma" (gasing tradisional Jepun), di negara dan wilayah Asia pada awal tahun depan.
 
BEYBLADE X "UX-00 STARTER DRANBUSTER 1-60A METAL COAT: BLUE FC BARCELONA Ver." dan BEYBLADE X "UX-00 BEY KICK OFF SET FC BARCELONA Ver." akan dikeluarkan di 10 negara dan wilayah Asia -- Jepun, Korea Selatan, wilayah Taiwan, Hong Kong SAR, Tanah Besar China, Singapura, Malaysia, Filipina, Thailand dan Indonesia -- pada Sabtu, 25 Januari, 2025 (Syarikat itu akan melancarkan produk tersebut di Jepun terlebih dahulu dan kemudian secara berperingkat-peringkat melancarkannya ke sembilan negara dan wilayah Asia yang lain).

Sebelum ia dikeluarkan, satu bilangan unit terhad bagi kedua-dua produk ini akan dijual pada "Kejohanan Asia 2024" (*), satu acara yang akan diadakan di Fountain Plaza (tingkat bawah tanah alpa B1) di kompleks komersial Sunshine City di daerah Ikebukuro Tokyo pada Ahad, 1 Disember, 2024, untuk menentukan Blader terbaik. (Kedua-dua produk itu akan dijual hanya pada hari tersebut di kedai Toys"R"Us and Babies"R"Us di Ikebukuro Sunshine City.)
 
Logo: https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M000076/202410288933/_prw_PI3fl_3p86CXzm.png
 
Foto 1: BEYBLADE X "UX-00 STARTER DRANBUSTER 1-60A METAL COAT: BLUE FC BARCELONA Ver."
https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M000076/202410288933/_prw_PI1fl_TmjX962w.jpg
 
Foto 2: BEYBLADE X "UX-00 BEY KICK OFF SET FC BARCELONA Ver."
https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M000076/202410288933/_prw_PI2fl_Stbe305K.jpg

Tahun ini menandakan ulang tahun ke-125 FC Barcelona, ​​yang diasaskan pada tahun 1899, dan ulang tahun ke-25 BEYBLADE, yang pertama kali dikeluarkan pada tahun 1999. Kedua-duanya amat disukai di seluruh dunia merentasi budaya, bahasa dan sempadan negara. Dengan menggemakan nilai bersama BEYBLADE dan FC Barcelona, ​​yang memberikan banyak keterujaan dan keseronokan, kerjasama di antara kedua-duanya telah direalisasikan pada tahun ulang tahun ini. Melalui kerjasama ini, produk ini akan membolehkan pengguna mereka untuk merasakan "BEYBLADE X" dengan lebih baik, yang telah berkembang menjadi sebuah "Sukan Gear" yang memikat bukan sahaja kepada pemain tetapi juga penonton.

Josep Maria Meseguer, Pengurus Besar bagi Barca Licensing and Merchandising (BLM), FC Barcelona berkata, "Serupa dengan TOMY, satu daripada syarikat mainan terbesar di dunia, FC Barcelona berusaha untuk berhubung lebih dekat dengan peminat kami di seluruh dunia melalui kerjasama dan perkongsian berinovatif dengan jenama yang berfikiran sama, sama ada melalui barang mainan, muzik, makanan dan minuman atau teknologi, dsb. Kami amat berbesar hati untuk mengumumkan pelancaran BEYBLADES bersama TOMY yang merupakan satu peristiwa penting bagi kami bagi mengembangkan pengaruh kami di Jepun dan pasaran Asia-Pasifik, dan kami mengharapkan lebih banyak kerjasama menarik seperti ini di masa hadapan."
 
Tambahan pula, "pengalaman rasmi BEYBLADE X," yang tersedia di "Roblox," sebuah platform metasemesta yang terkenal di seluruh dunia, telah dinaik taraf kepada "BEYBLADE CITY on Roblox," satu permainan pertempuran dalam talian, pada Oktober 2024. Ia telah mencapai lebih daripada 7.43 juta kunjungan - di seluruh dunia, dengan pengguna dari luar Jepun membentuk kira-kira 90 peratus daripada jumlah keseluruhan, setakat Oktober 2024.
 
Gambaran keseluruhan bagi produk itu

- BEYBLADE X "UX-00 STARTER DRANBUSTER 1-60A METAL COAT: BLUE FC BARCELONA Ver."

Produk ini adalah pek pemula yang dibungkus bersama-sama dengan sebuah "pelancar penggulung" BEYBLADE.
 
Imej pakej 1:
https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M000076/202410288933/_prw_PI4fl_E02gnnA2.jpg
 
- BEYBLADE X "UX-00 BEY KICK OFF SET FC BARCELONA Ver."
 
Terdiri daripada BEYBLADE, sebuah pelancar penggulung dan sebuah stadium, produk ini membolehkan pengguna untuk mula bermain BEYBLADE dengan serta merta.
 
Imej pakej 2:
https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M000076/202410288933/_prw_PI5fl_6c0Vzs1p.jpg
 
Bagaimana BEYBLADES bertempur:
https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M000076/202410288933/_prw_PI6fl_3oI7992q.jpg

 
Tarikh keluaran: Sabtu, 25 Januari, 2025
Julat umur sasaran: Umur 6 tahun dan ke atas
Notis hak cipta:
(C) FC BARCELONA
(C) Homura Kawamoto, Hikaru Muno, Posuka Demizu, BBXProject, TV TOKYO
(C) TOMY
 
(*) Maklumat mengenai Kejohanan Asia 2024
Kejohanan Asia itu, sebuah kejohanan di mana pemenang pertandingan yang diadakan di 10 negara dan wilayah Asia bersaing untuk kedudukan Blader teratas, akan diadakan pada Ahad, 1 Disember, 2024, sebagai sebuah tempat pertukaran antarabangsa di antara Blader.
 
Imej kejohanan:
https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M000076/202410288933/_prw_PI7fl_vc4iNTMh.png
 
Kejohanan itu akan juga disiarkan secara langsung di saluran YouTube rasmi BEYBLADE X, "BEYTUBE" ( https://www.youtube.com/@BEYBLADEOfficialYouTube ).
 
Untuk butiran lanjut, sila layari halaman "Kejohanan & Acara" di laman web rasmi TOMY Co.:
https://beyblade.takaratomy.co.jp/beyblade-x/event/g2_asia2024.html
 
Maklumat mengenai "BEYBLADE"

Gasing pertarungan "BEYBLADE", yang diperkenalkan pada tahun 1999, adalah satu versi moden bagi gasing pertarungan tradisional Jepun yang dikenali sebagai "bei-goma." Lebih 520 juta unit telah dikirimkan secara kumulatif di lebih 80 negara dan wilayah di seluruh dunia (sehingga April 2023). Setiap siri telah mencipta satu kegilaan di banyak negara di seluruh dunia termasuk Jepun. Generasi keempat, BEYBLADE X bermula pada Julai 2023 di Jepun.
 
Laman Rasmi BEYBLADE X:
https://beyblade.takaratomy.co.jp/ (Jepun)
https://www.takaratomyasia.com/beybladex/index (Asia)
 
Laman web rasmi Syarikat: https://www.takaratomy.co.jp/english/
 
Sumber: Syarikat TOMY, Ltd.

--BERNAMA

Saturday, November 16, 2024

XSOLLA MENGELUARKAN LAPORAN MUSIM LURUH 2024 BERKENAAN MASA DEPAN PERMAINAN MUDAH ALIH DAN PEMBANGUNAN PERMAINAN: ANALISIS METRIK TERKINI DAN TREND YANG MUNCUL

 


Topik Utama Merangkumi Pertumbuhan Kedai Web, Pengaruh Pemain Wanita dan Kesan Akta Pasaran Digital

LOS ANGELES, 14 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Xsolla, sebuah syarikat perdagangan permainan video global, dengan bangga mengumumkan penerbitan Edisi Musim Luruh 2024 “Laporan Xsolla: Keadaan Industri Permainan.” Laporan yang terperinci ini menyediakan pandangan penting, trend dan peluang yang membentuk landskap permainan, memberi kuasa kepada para profesional industri untuk menyesuaikan diri dan berjaya dalam pasaran yang berkembang pesat hari ini.

Edisi Musim Luruh 2024 menumpukan pada permainan mudah alih, yang dijangka menjana pendapatan sebanyak $98.7 bilion di seluruh dunia tahun ini, dengan Asia menerajui pasaran pada $65 bilion. Laporan ini turut menyoroti kepentingan kedai web yang semakin meningkat, dengan 77% pemain membuat pembelian melalui kedai dalam talian langsung-ke-pengguna ini, menekankan populariti yang semakin meningkat bagi saluran ini.

Laporan ini turut mengetengahkan peranan wanita dalam dunia permainan serta peningkatan kesaksamaan dalam industri tersebut, dengan 87% bermain permainan mudah alih setiap minggu dan 64% membuat pembelian dalam aplikasi. Seiring dengan pertumbuhan demografi ini, syarikat-syarikat bertindak balas dengan membangunkan pengalaman permainan yang lebih inklusif dan menarik.

“Edisi Musim Luruh 2024 ‘Laporan Xsolla’ menyediakan pandangan jelas tentang trend dalam permainan mudah alih, penyelesaian pembayaran terkini, impak pemain wanita, serta perubahan peraturan yang membentuk masa depan industri,” kata Berkley Egenes, Ketua Pegawai Pemasaran dan Ketua Pegawai Pertumbuhan di Xsolla. “Melalui laporan ini, kami ingin membantu rakan kongsi kami memahami peluang baharu dan berjaya dalam persekitaran industri yang terus berubah.”

Untuk maklumat lanjut dan akses penuh kepada Edisi Musim Luruh 2024 “Laporan Xsolla: Keadaan Industri Permainan”, layari xsolla.pro/txr-autumn24

Perihal Xsolla

Xsolla ialah sebuah syarikat perdagangan permainan video global yang menyediakan set alat dan perkhidmatan yang kukuh dan berkuasa khusus untuk industri tersebut. Sejak penubuhannya pada tahun 2005, Xsolla telah membantu beribu-ribu pembangun dan penerbit permainan dari pelbagai saiz untuk mendapatkan pembiayaan, pemasaran, melancarkan dan menjanakan pendapatan permainan mereka di peringkat global serta merentasi pelbagai platform. Sebagai peneraju inovatif dalam perdagangan permainan, misi Xsolla adalah untuk menyelesaikan kerumitan yang wujud dalam pengedaran global, pemasaran, dan penjanaan pendapatan, untuk membantu rakan kongsi mencapai lebih banyak geografi, menjana lebih banyak pendapatan dan membina hubungan dengan pemain di seluruh dunia. Berpusat dan diperbadankan di Los Angeles, California, dengan pejabat di London, Berlin, Seoul, Beijing, Kuala Lumpur, Raleigh, Tokyo, Montreal dan bandar-bandar di seluruh dunia, Xsolla menyokong rakan kongsi permainan utama seperti Valve, Twitch, Epic Games, Take-Two, KRAFTON, Nexters, NetEase, Playstudios, Playrix, miHoYo dan banyak lagi.

Untuk maklumat tambahan dan mengetahui lebih lanjut, sila layari xsolla.com

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/54151076/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Butiran Hubungan

Hubungan Media
Derrick Stembridge
Pengarah Global untuk Perhubungan Awam, Xsolla
d.stembridge@xsolla.com
 
Sumber: Xsolla

--BERNAMA

DUCK CREEK MENUBUHKAN PUSAT KECEMERLANGAN DI POLAND UNTUK MEMPERTINGKATKAN SOKONGAN GLOBAL UNTUK PELANGGAN

WARSAW, Poland, 14 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Duck Creek Technologies, penyedia penyelesaian pintar global yang mentakrifkan masa depan insurans hartanah dan kemalangan (P&C) serta insurans am, mengumumkan bahawa Pusat Kecemerlangan (CoE) keduanya akan dibuka di Warsaw, Poland. CoE baharu tersebut, bersama dengan yang di India mengukuhkan keupayaan Duck Creek untuk menyokong pelanggan EMEA dan APAC dengan memanfaatkan bakat antarabangsa untuk memberikan khidmat pelanggan 24 jam. Langkah ini menekankan komitmen Duck Creek untuk menangani keperluan tempatan dengan cekap sambil meluaskan jangkauan global.

Duck Creek menyasarkan status operasi penuh menjelang akhir tahun ini. Pusat baharu ini meluaskan kumpulan pengambilan pekerja Duck Creek, menyediakan akses kepada kemahiran khusus yang menyokong pertumbuhan dan kejayaan jangka panjang.

Lokasi strategik Poland membenarkan Duck Creek menawarkan sokongan "follow-the-sun" yang lancar, meletakkan pasukan lebih dekat dengan pelanggan EMEA dan APAC serta memudahkan kerjasama merentasi zon masa. CoE Poland dan India akan bekerjasama untuk mempertingkatkan daya tahan dan memberikan sokongan yang konsisten kepada pelanggan Duck Creek.

"Kami teruja untuk mengembangkan jejak kami di Poland, yang merupakan bukti komitmen kami untuk memanfaatkan bakat global dan memupuk inovasi untuk menyokong penyelesaian insurans berasaskan awan kami kepada pelanggan di seluruh dunia," kata Courtney Townsend, Ketua Pegawai Rakyat Duck Creek Technologies. "Pusat Kecemerlangan baharu kami di Poland menandakan satu peristiwa penting dalam pengembangan Eropah kami dan sejajar dengan matlamat kami untuk menyelaraskan operasi sambil terus menyampaikan produk dan perkhidmatan yang luar biasa."

CoE Poland memberikan tumpuan kepada penyelesaian yang disesuaikan untuk pasaran insurans EMEA dan seterusnya. Bersama dengan sokongan teknikal dan kejuruteraan, CoE menyediakan pelbagai fungsi, termasuk pembangunan, ujian dan sokongan pelanggan. CoE pada mulanya akan menggaji bakat dalam peranan Kejuruteraan, Produk, Kewangan/Perakaunan dan IT, yang diambil daripada tenaga kerja mahir Poland untuk memenuhi piawaian perkhidmatan yang tinggi di seluruh rantau.

Kedua-dua CoE adalah penting untuk operasi antarabangsa Duck Creek. Pendekatan dwi-CoE mempertingkatkan keupayaan Duck Creek untuk mengagihkan kerja dengan berkesan, mengurus risiko yang berkaitan dengan kekurangan bakat atau acara geopolitik dan memperkukuhkan perkhidmatan pelanggan di seluruh dunia.

Perihal Duck Creek Technologies

Duck Creek Technologies adalah sebuah penyedia penyelesaian pintar global yang mentakrifkan masa depan industri hartanah dan kemalangan (P&C) serta insurans am. Kami merupakan platform yang membolehkan sistem insurans moden dibina, membolehkan industri memanfaatkan kuasa awan untuk menjalankan operasi yang tangkas, pintar dan malar hijau. Ketulenan, tujuan dan ketelusan adalah teras Duck Creek dan kami percaya insurans harus tersedia untuk individu dan perniagaan pada bila-bila masa,tidak kira tempat dan apa jua cara mereka memerlukannya. Penyelesaian peneraju syarikat kami tersedia secara kendiri atau secara suit lengkap dan semuanya tersedia melalui Duck Creek OnDemand. Layari www.duckcreek.com untuk mengetahui lebih lanjut. Ikuti Duck Creek di saluran sosial kami untuk maklumat terkini – Linkedin dan X.

Hubungan Media

Marianne Dempsey/Tara Stred
duckcreek@threeringsinc.com 

SUMBER: Duck Creek Technologies

--BERNAMA

PATEN PERTAMA DI DUNIA DIPEROLEHI UNTUK TAMBAHAN PEMAKANAN HAIWAN "PINFENON" (S) (R)

TOKYO, 14 Nov., 2024 /Kyodo JBN/ --

- Paten Meliputi Penciptaan Ubat Rawatan dan Ubat Profilaktik untuk Menurunkan Penanda Gangguan Jantung dalam Anjing Serta Kaedah Pengilangannya -

Scarecrow Incorporated, yang berpangkalan di Shibuya Wad Tokyo, sangat berbesar hati untuk mengumumkan bahawa ia telah memperoleh paten (*) yang pertama di dunia bagi Pinfenon (S) (R), satu tambahan pemakanan haiwan yang dihasilkan di Jepun, yang berkait rapat dengan sejenis ubat rawatan dan sejenis ubat profilaktik untuk menurunkan peptida natriuretik atrium (ANP) serta kaedah pembuatannya. Tambahan pemakanan yang diluluskan sebagai ubat oleh Pejabat Paten Jepun itu adalah tertakluk kepada pemindahan teknikal di dalam produk seperti makanan, syampu dan pati sebagai cara baharu untuk membolehkan sesiapa sahaja melindungi anjing kecil daripada gangguan jantung.

(*) Menurut tinjauan Pejabat Paten Jepun berhubung kesedaran bersama global (Perenggan 1, Artikel 29, Akta Tanda Dagangan)

Foto 1: Paten diperoleh baru-baru ini untuk siri Tambahan Pemakanan Pinfenon (S) (R) yang dilancarkan pada 2004

https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M103184/202410238652/_prw_PI1fl_5xfktVk4.jpg
 
Regurgitasi mitral, sejenis gangguan jantung yang sering diperhatikan pada anjing di seluruh dunia tetapi terutamanya di Jepun:
Banyak baka anjing-anjing kecil secara genetik terdedah kepada gangguan jantung yang dipanggil regurgitasi mitral, dan penyakit injap jantung, yang termasuk regurgitasi mitral, adalah punca kematian ketiga paling biasa pada anjing tua (menurut Anicom HD, Jepun, 2023). Satu daripada penunjuk bagi keterukan penyakit ini ialah peptida natriuretic atrium (ANP). Ini adalah sejenis hormon yang terutamanya disintesis dan disimpan di bahagian jantung yang dipanggil atrium sebelum dirembeskan di dalam darah dan boleh diukur dengan melalui satu ujian darah. Atas sebab ini, ANP juga dirujuk sebagai satu biopenanda jantung. Satu paten telah diperoleh bagi Pinfenon (S) (R) selepas ia ditunjukkan untuk mengurangkan beban pada jantung dan menurunkan tahap ANP ini.

DUCK CREEK MENUBUHKAN PUSAT KECEMERLANGAN DI POLAND UNTUK MEMPERTINGKATKAN SOKONGAN GLOBAL UNTUK PELANGGAN

WARSAW, Poland, 14 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Duck Creek Technologies, penyedia penyelesaian pintar global yang mentakrifkan masa depan insurans hartanah dan kemalangan (P&C) serta insurans am, mengumumkan bahawa Pusat Kecemerlangan (CoE) keduanya akan dibuka di Warsaw, Poland. CoE baharu tersebut, bersama dengan yang di India mengukuhkan keupayaan Duck Creek untuk menyokong pelanggan EMEA dan APAC dengan memanfaatkan bakat antarabangsa untuk memberikan khidmat pelanggan 24 jam. Langkah ini menekankan komitmen Duck Creek untuk menangani keperluan tempatan dengan cekap sambil meluaskan jangkauan global.

Duck Creek menyasarkan status operasi penuh menjelang akhir tahun ini. Pusat baharu ini meluaskan kumpulan pengambilan pekerja Duck Creek, menyediakan akses kepada kemahiran khusus yang menyokong pertumbuhan dan kejayaan jangka panjang.

Lokasi strategik Poland membenarkan Duck Creek menawarkan sokongan "follow-the-sun" yang lancar, meletakkan pasukan lebih dekat dengan pelanggan EMEA dan APAC serta memudahkan kerjasama merentasi zon masa. CoE Poland dan India akan bekerjasama untuk mempertingkatkan daya tahan dan memberikan sokongan yang konsisten kepada pelanggan Duck Creek.

Multiplier Meraih Pembiayaan Siri B Bernilai $35 Juta untuk Membina Model Baharu bagi Perkhidmatan Profesional

Bekas Ketua Pegawai Kewangan Slack, Allen Shim, menyertai Multiplier sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Kewangan ketika syarikat memperluas ...