Wednesday, April 21, 2021

UNIT PERUNDINGAN MUNICH RE MENINGKATKAN KEUPAYAAN PENENTUAN HARGA MEREKA DENGAN AKUR8 DALAM KERJASAMA GLOBAL

 PARIS, 21 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Akur8 berasa gembira untuk mengumumkan perjanjian kerjasama global mereka dengan Munich Re untuk meningkatkan keupayaan penentuan harga Munich Re bagi Unit Perundingan Global1 mereka. Dengan perjanjian ini, Munich Re akan mendapat akses kepada satu penyelesaian pemodelan kadar canggih yang baharu dan Akur8 akan memperkukuhkan kehadiran mereka dengan menjalin perkongsian dengan satu daripada penyedia insurans, insurans semula dan penyelesaian risiko berkaitan insurans yang terkemuka di dunia. Kerjasama tidak eksklusif ini adalah bersifat global, dengan pengguna dalam pelbagai kawasan operasi Munich Re. Semua entiti dan pelanggan Munich Re boleh meraih faedah daripada pendekatan bersama itu dan memanfaatkan penyelesaian ini.


Dibangunkan secara khusus untuk insurans, penyelesaian Akur8 meningkatkan proses penentuan harga bagi syarikat insurans dengan mengautomasikan pemodelan risiko dan permintaan, menggunakan teknologi proprietari Kecerdasan Buatan yang telus. Manfaat utama bagi syarikat-syarikat insurans termasuk satu pengurangan di dalam masa pemodelan yang akan mempercepatkan masa ke pasaran, meningkatkan kuasa ramalan, dan pada  masa yang sama mengekalkan ketelusan dan kawalan penuh terhadap model yang diwujudkan.

Unit Perundingan Global Munich Re sedang memacukan perubahan transformasi di dalam penentuan harga insurans melalui penerapan sains data dan pendigitalan, yang disatukan dengan pemindahan risiko. Satu amalan global khusus dari beberapa pakar penentuan harga insurans mengembangkan penyelesaian produk dan penentuan harga: semua pelanggan Munich Re dapat memanfaatkannya melalui perhubungan insurans semula itu. Akur8 akan meningkatkan keupayaan penentuan harga mereka, dengan membawa peningkatan nilai dan kecanggihan penentuan harga kepada pelanggan mereka, dengan satu peranti penentuan harga yang memanfaatkan AI dalam satu cara yang telus. Pasukan Munich Re akan menggunakan Akur8 untuk cadangan penentuan harga insurans hujung ke hujung.

“Akur8 sangat gembira mengenai kerjasama ini dengan Munich Re, yang merupakan satu daripada syarikat terkenal di dunia di dalam ruang perundingan insurans – apatah lagi aktiviti insurans semula dan insurans utama mereka. Kerjasama ini juga merupakan satu demonstrasi bagi relevansi dan daya tarikan bagi penyelesaian Akur8 untuk pelbagai jenis pemain dari syarikat insurans utama kepada penanggung insurans semula kepada penyedia penyelesaian sehingga kepada firma perunding.”, kata Samuel Falmagne, Ketua Pegawai Eksekutif di Akur8.

"Kerjasama strategik kami dengan Munich Re merupakan satu langkah strategik yang signifikan di dalam pengembangan kami, yang menjangkau satu kehadiran global. Gabungan kepakaran dan kekuatan kami akan membolehkan kedua-dua syarikat kami untuk membawa nilai tambah yang signifikan,” kata Brune de Linares, Ketua bagi Jualan di Akur8.

"Akur8 adalah satu penyelesaian yang mengagumkan untuk pemodelan risiko dan permintaan, yang merupakan satu lompatan sebenar ke hadapan dari segi kecanggihan penentuan harga di dalam industri insurans. Kami yakin bahawa penyelesaian Akur8 akan membolehkan kami untuk membawa nilai tambah kepada pelanggan kami merentasi pelbagai projek perundingan kami, terutamanya dengan membolehkan amalan perundingan besar kami untuk bekerja secara kerjasama di dalam ruang kerja pelanggan yang khusus, meningkatkan ramalan bagi model-model untuk akhirnya membawa peningkatan nisbah kerugian yang signifikan.”, kata Joachim Mathe, Ketua Global bagi Perundingan Global di Munich Re.

“Kekuatan Akur8, yang berpangsikan pada komodifikasi bagi kuasa ramalan, membolehkan bagi apa yang kami panggil “Gelombang ketiga” bagi penentuan harga insurans: sambil terus mengekalkan kawalan sepenuhnya terhadap proses itu, sebahagian besar masa bagi pakar domain dihabiskan untuk memahami masalah dan menerapkan penyelesaian yang tepat, bukan dalam tugas pemodelan berulang yang membosankan. Walaupun mereka adalah sebuah syarikat permulaan, profesionalisme, kelayakan, dan kereaktifan pasukan Akur8 sepanjang keseluruhan proses itu adalah faktor penentuan di dalam pilihan kami - yang dibuat setelah proses pemilihan mendalam di mana setiap cadangan nilai dan kekuatan setiap pemain diteliti secara menyeluruh.”, kata Massimo Cavadini, Ketua bagi Perundingan Aktuari dan Analisis Data di Munich Re.

Maklumat mengenai Munich Re
Munich Re adalah merupakan satu daripada penyedia insurans semula, insurans utama dan penyelesaian risiko berkaitan insurans yang terkemuka di dunia. Kumpulan itu terdiri daripada segmen perniagaan insurans semula dan ERGO, serta syarikat pengurusan aset MEAG. Munich Re aktif di peringkat global dan beroperasi dalam semua bidang perniagaan insurans. Sejak diwujudkan pada tahun 1880, Munich Re telah terkenal dengan kepakaran mereka yang tidak ada tandingannya yang berkaitan dengan risiko dan kedudukan kewangan mereka yang mantap. Ia menawarkan perlindungan kewangan kepada pelanggan apabila berhadapan dengan tahap kerosakan yang luar biasa - dari gempa bumi San Francisco 1906 sehingga kepada musim taufan Pasifik 2019. Munich Re memiliki kekuatan inovatif yang luar biasa, yang membolehkannya juga untuk menyediakan liputan bagi risiko luar biasa seperti pelancaran roket, tenaga yang boleh diperbaharui atau serangan siber. Syarikat itu memainkan satu peranan penting di dalam memacukan ke hadapan transformasi digital bagi industri insurans, dan dengan demikian telah meningkatkan lagi kemampuan mereka untuk menilai risiko dan rangkaian perkhidmatan yang ditawarkan mereka. Penyelesaian yang dibuat khusus dan kedudukan mereka yang rapat dengan pelanggan mereka menjadikan Munich Re sebagai satu rakan risiko yang paling dicari di dunia untuk perniagaan, institusi, dan individu persendirian.

Maklumat mengenai Akur8
Akur8 merevolusikan penentuan harga insurans dengan AI yang telus. Akur8 mengembangkan satu penyelesaian penentuan harga insurans yang berasaskan AI yang unik yang mengautomatikkan pemodelan bagi syarikat-syarikat insurans sambil mengekalkan ketelusan dan kawalan sepenuhnya terhadap model yang diwujudkan, seperti yang dikehendaki oleh pengawal selia di seluruh dunia. Akur8 adalah satu-satunya penyelesaian di pasaran yang mendamaikan Pembelajaran Mesin dan dunia Aktuari - membolehkan pengoptimuman harga berasaskan nilai seumur hidup pelanggan.

1 https://www.munichre.com/en/solutions/reinsurance-property-casualty/global-consulting.html

Lihat versi sumber di  businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/52411529/en

Hubungi

Untuk Munich Re
Dr. Massimo Cavadini (mcavadini@munichre.com, Ketua Global bagi Perundingan Aktuari & Analisis Data)
Dr. Davide Burlon (dburlon@munichre.com, Pemilik Produk Akur8 Global)

Untuk Akur8
Felix d’Alançon (felix.dalancon@akur8-tech.com, Perkongsian Global)

Sumber : Akur8

Monday, April 19, 2021

INDUSTRI ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK MERUPAKAN SATU DARIPADA INDUSTRI YANG PALING BERSEPADU DI PERINGKAT ANTARABANGSA DAN SERANTAU DI ASEAN, MENYEBARKAN KE SEMUA NEGARA ANGGOTA, KATA PUSAT ASEAN-JEPUN

 


Table

Laporan “Rantaian Nilai Global di ASEAN: Elektronik” sudah tersedia untuk dimuat turun di laman web AJC (Grafik: Business Wire)
 

TOKYO, 20 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Industri elektrik dan elektronik (E&E) dicirikan oleh rangkaian pengeluaran yang berpecah tetapi bersepadu di peringkat antarabangsa dengan rantaian nilai yang meluas dari segi geografi dan sangat modular, yang menyediakan peluang kepada negara-negara ASEAN untuk turut serta dengan mudah di dalam rantaian nilai E&E, demikian menurut kajian oleh Pusat ASEAN-Jepun, yang bertajuk Rantaian Nilai Global di ASEAN: Elektronik, yang dikeluarkan pada Mac 2021. Ini adalah laporan ke-14 bagi siri 16 kertas kerja bagi rantaian nilai global ASEAN (GVC) oleh AJC.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20210419006002/en/

Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) adalah sebuah hab yang signifikan bagi pengeluaran E&E, dengan menyumbang kira-kira $268 bilion kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) serantau, dengan menggunakan lebih daripada 2.4 juta pekerja dan mencakupi bahagian terbesar daripada jumlah eksport ASEAN (27 peratus).

Secara keseluruhan, industri E&E di ASEAN bergantung kepada lebih banyak input dan teknologi asing berbanding dengan industri lain, dengan 53 peratus bagi eksport E&E datang daripada nilai tambah asing (FVA), atau input asing yang disatukan ke dalam eksport E&E ASEAN. Walaupun begitu, nilai tambah di dalam eksport berbeza merentasi rantau itu, bergantung kepada kedudukan setiap negara di dalam rantaian nilai E&E.

Perdagangan antara rantau di antara negara-negara ASEAN adalah penyumbang terbesar kepada eksport E&E ASEAN dari segi FVA, yang mencakupi bagi seperempat daripada jumlah FVA ($43.4 bilion) pada tahun 2017, sementara gabungan FVA yang diwujudkan oleh China dan Jepun merupakan lebih daripada satu pertiga daripada keseluruhan FVA.

Sepanjang tahun 1990–2017, penyertaan GVC ASEAN di dalam peralatan E&E menurun sedikit, dari 74 peratus kepada 70 peratus, sementara penyertaan rantaian nilai serantau (RVC) mereka meningkat dua kali ganda, dari 9 peratus kepada 18 peratus. Trend yang bertentangan itu dijelaskan oleh kapasiti pengeluaran serantau yang lebih tinggi dan rangkaian pengeluaran serantau yang mantap.

Dengan bidang pengkhususan yang berbeza, ASEAN telah menjadi sebuah hab yang menarik dan penting bagi industri E&E. Rantau itu menjadi hos kepada satu rangkaian pengeluaran E&E yang luas di sepanjang rantaian nilai itu, yang mencakupi daripada aktiviti yang berintensifkan buruh dan mudah seperti pemasangan dan pengujian sehingga kepada tugas yang berintensifkan modal seperti reka bentuk komponen dan penyelidikan dan pengembangan.

Untuk melihat dan memuat turun laporan itu, sila layari laman web AJC seperti di bawah. https://www.asean.or.jp/en/centre-wide-info/gvc_database_paper13/

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210419006002/en/

Hubungi

Unit Perhubungan Awam Pusat ASEAN-Jepun (AJC)
Tomoko Miyauchi (CIK)
URL: https://www.asean.or.jp/en/
TEL: +81-3-5402-8118
E-mel: toiawase_ga@asean.or.jp

Sumber: Pusat ASEAN-Jepun

PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN RENGIT (PPK RENGIT) TERIMA PENGIKTIRAFAN PATUH SYARIAH





BATU PAHAT, 16 April (Bernama) --
 Pertubuhan Peladang Kawasan Rengit (PPK Rengit) secara rasminya telah menerima pengiktirafan patuh Syariah bagi produk pembiayaan mereka daripada syarikat penasihat Syariah bertauliah, Tawafuq Consultancy Sdn Bhd pada hari Jumaat, 9 April 2021. Majlis penyerahan sijil patuh Syariah tersebut telah dijalankan di Dewan Pelajaran PPK Rengit, Pusat Perkhidmatan Pertanian Bersepadu Sungai Dulang, Rengit dan disampaikan oleh Encik Muhammad Aiman bin Mohamad Salmi, Pengarah dan Perunding Utama di Tawafuq Consultancy. 

Penyerahan sijil patuh Syariah dilaksanakan setelah penelitian dilakukan keatas produk pembiayaan yang ditawarkan oleh PPK Rengit. Prosedur pengoperasian bagi produk pembiayaan tersebut telah distruktur semula menjadi pembiayaan Islamik berasaskan kaedah Tawaruq (Komoditi Murabahah) bagi memastikan produk tersebut patuh Syariah dan seiring dengan garis panduan yang disyorkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan AAOIFI.

Inisiatif yang pertama kali diadakan dalam kalangan PPK seluruh Malaysia ini merupakan satu langkah yang amat baik sekali bagi meluaskan skop perkhidmatan pembiayaan kepada lebih ramai pelanggan terutamanya ahli peladang. Pada masa yang sama, pengiktirafan ini juga mampu menambah keyakinan ahli peladang untuk mendapatkan pembiayaan dari PPK Rengit bagi melaksanakan sesuatu projek.

PPK Rengit yang merupakan salah satu daripada PPK yang ditubuhkan di negara ini dan dikawalselia oleh Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) merupakan pertubuhan yang menawarkan pelbagai perkhidmatan pembiayaan projek pertanian termasuk pembiayaan tanaman, ternakan, ternakair, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan projek berasaskan kontrak seperti kontrak bekalan dan perkhidmatan.

SUMBER: TAWAFUQ CONSULTANCY

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14467

Friday, April 16, 2021

Q BISTRO HULUR BANTUAN RAMADAN

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Bersempena bulan Ramadan tahun ini, Q Bistro menganjurkan program “Infaq Ramadan Bersama Q Bistro” dimana 1000 bungkus bubur lambuk sehari akan diagihkan secara percuma sepanjang bulan Ramadan ini.


Program ini akan diadakan di Q Bistro Cheras dan di khaskan kepada kesemua warga Bandar Sri Permaisuri, Cheras dan kawasan sekitarnya.

Selain itu, Q Bistro juga akan mengagihkan pek barangan keperluan asas dan wang tunai kepada 100 keluarga asnaf di Bandar Sri Permaisuri. Antara barangan sumbangan yang diberikan adalah beras, gula, minyak masak, tepung dan bahan-bahan asas yang lain. Sumbangan ini ditaja sepenuhnya oleh Q Bistro.

Pengarah Urusan Q Bistro, En. Riyasutin B Mohamed Dulkif berkata, tujuan utama program ini dianjurkan adalah sebagai salah satu initiatif Q Bistro bagi menghulur sedikit sumbangan kepada golongan yang memerlukan dan memberi ruang kepada kakitangan Q Bistro untuk membantu penduduk setempat.

“Program kemasyarakatan ini diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban golongan yang memerlukan sempena bulan Ramadan ini.

Q Bistro merupakan satu-satunya jenama francais Malaysia berkonsepkan restoran Nasi kandar moden yang mempunyai pelbagai menu kegemaran rakyat Malaysia menawarkan peluang perniagaan francais, yang mana ianya dapat menggalakkan lebih ramai menceburi francais Q Bistro dan seterusnya bergelar Bistropreneur. Terdapat pelbagai jenis konsep Francais yang ditawarkan termasuk Q Bistro Express & Q Bistro Casual.

Selain itu, Q Bistro turut mengetengahkan konsep restoran yang moden dengan reka bentuk santai selain memastikan susun atur dalaman yang bersih dan luas demi keselesaan pelanggan.

Majlis perasmian program “Infaq Ramadan Bersama Q Bistro” telah dirasmikan oleh YB Dato’ Kamaruddin Jaffar selaku Timbalan Menteri Luar Negeri dan merangkap Ahli Parlimen Bandar Tun Razak pada 15hb April 2021 di restoran Q Bistro Cheras.

Q Bistro diterajui oleh En Riyasutin B Mohamed Dulkif selaku pengarah urusan bersama En Haja Najmuddin sebagai ketua pegawai kewangan. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14464

SATU TRANSFORMASI DIGITAL: MARY KAY INC. MELANCARKAN PLATFORM SUITE 13™ PENGALAMAN MAYA YANG MENGASYIKKAN


 

Satu platform realiti maya yang menyediakan satu ruang yang fleksibel bagi Mary Kay dan Perunding Kecantikan Persendirian mereka untuk mempamerkan portfolio produk terbaharu, menceritakan kisah jenama itu dan memaparkan warisannya


DALLAS, 16 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Jenama kecantikan global Mary Kay Inc. dan Mary Kay Global Design Studio mereka mempersembahkan Suite 13TM, satu pengalaman kecantikan maya berinovatif yang memanfaatkan penggunaan realiti maya untuk mendigitalkan bilik pameran timbul maya yang pertama bagi Mary Kay. Direka dengan teknologi realiti maya terkini, Suite 13TM yang baharu itu menawarkan Perunding Kecantikan Persendirian Mary Kay dan pelanggan mereka dengan satu pengalaman kecantikan 3D, 360 darjah di mana pengguna boleh melihat portfolio penjagaan kulit jenama kecantikan itu secara maya serta meneroka sejarah syarikat itu dan pengasasnya Mary Kay Ash.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210415005306/en/
 
Suite 13TM yang baharu itu menjemput pengguna untuk melakukan lawatan melalui “bilik” maya. Setelah memasuki “Lobi”, pengguna boleh mengetahui tentang legasi global Syarikat itu. Bilik-bilik maya yang lain termasuk “Pink Plaza” yang meneroka nilai-nilai Syarikat itu dan “Pusat Inovasi” yang menyajikan produk penjagaan kulit Mary Kay yang berinovatif dan mempamerkan kelebihan dan ramuan produk utama. Platform itu juga membolehkan pengguna menambahkan produk Mary Kay kegemaran mereka ke Senarai Keinginan untuk dikongsi dengan Perunding Kecantikan Persendirian pengguna.

“Pelancaran Suite 13TM itu adalah hasil kreativiti, semangat dan komitmen selama berbulan-bulan untuk menyediakan kepada Perunding Kecantikan Persendirian Mary Kay dengan peralatan terbaik dan paling berinovatif di pasaran untuk membantu mereka menguruskan perniagaan mereka,” kata Sheryl Adkins-Green, Ketua Pegawai Pemasaran bagi Mary Kay Inc. “Hari ini, teknologi berada di tengah-tengah segalanya, dan orang ramai - terutama generasi muda - ingin menemui, belajar dan mengetahui tentang produk baharu secara dalam talian. Suite 13TM akan memberikan Perunding Kecantikan Persendirian Mary Kay dengan fleksibiliti bagi sebuah perniagaan digital dengan dapat memperkenalkan jenama Mary Kay kami di mana sahaja dan pada bila-bila masa dan meningkatkan cara mereka menjalin perhubungan dengan pelanggan mereka dengan berkongsi pengalaman kecantikan yang mengasyikkan. Untuk menang dalam persekitaran baharu yang didorong oleh digital ini, kami akan terus mencari cara baharu bagi orang ramai untuk berhubung secara maya dengan pengalaman sentuhan lembut yang diperibadikan berasaskan dalam inovasi berteknologi tinggi.”

Untuk reka bentuk Suite 13 TM, Mary Kay bekerjasama dengan Obsess, satu platform e-dagang berpengalaman terkemuka yang membolehkan jenama-jenama mewujudkan pengalaman maya dalam talian yang interaktif dengan menggunakan realiti maya. Diketuai oleh usahawan wanita Neha Singh, Obsess telah bekerjasama dengan jenama kecantikan dan fesyen global yang lain dalam mewujudkan pengalaman maya berjenama yang tidak dapat dilupakan bagi pengguna. Selaras dengan misi mereka untuk memperkasakan kehidupan wanita, Mary Kay juga bekerjasama dengan beberapa jurugambar wanita untuk menghasilkan imej yang dipaparkan dalam platform maya itu.

“Suite 13 TM  adalah mengenai membawa pengalaman kecantikan Mary Kay bersama dalam satu cara yang jauh lebih mudah diakses oleh perunding kecantikan persendirian dan pelanggan mereka di mana mereka sudah berada,” kata Neha Singh, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Obsess. “Dengan Suite 13 TM , pasukan Mary Kay menguruskan setiap butiran mengenai platform itu, memberikan anda perasaan berada di bilik pameran maya Mary Kay tanpa perlu benar-benar hadir secara fizikal. Platform kami telah membolehkan jenama-jenama untuk mencipta pengalaman maya yang mengasyikkan secara visual yang mengubah cara mereka berinteraksi dengan pelanggan mereka dan kami sangat gembira bagi pelanggan Mary Kay untuk terus menemui, belajar dan berinteraksi dengan jenama tersebut dalam satu persekitaran digital yang baharu.”

Suite 13 TM  pada mulanya dilancarkan di Mexico pada awal tahun 2021, diikuti oleh Brazil, Argentina, Sepanyol, Colombia dan Peru. Syarikat itu menjangkakan akan melancarkan platform itu di kebanyakan pasaran mereka pada akhir tahun 2021. Mary Kay adalah syarikat pertama yang melancarkan pengalaman maya jenis ini di dalam industri itu. Suite 13 TM  adalah inovasi teknologi terkini oleh Mary Kay dan Mary Kay Global Design Studio mereka. Mary Kay melancarkan Penganalisis Kulit Mary Kay®, satu aplikasi yang memanfaatkan teknologi cadangan kulit muka Kecerdasan Buatan yang paling maju dan berasaskan saintifik untuk membantu Perunding Kecantikan Persendirian menyediakan panduan penjagaan kulit yang disesuaikan dengan produk Mary Kay dengan hanya satu imbasan kulit yang pantas. Inovasi lain, Mary Kay® MirrorMe™ Web, menyediakan pelanggan dengan satu kaedah maya untuk “mencuba sebelum anda membeli,” secara langsung dari sebuah Laman Web Perunding Kecantikan Persendirian dengan menggunakan teknologi realiti maya. MirrorMe™ juga tersedia untuk peranti iOS dan Android.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14465

Thursday, April 15, 2021

ICLOUDMODEL MAHU MEREVOLUSIKAN SESI FOTOGRAFI BAGI E-DAGANG FESYEN

SHANGHAI, 16 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- iCloudModel, pengurusan model pertama di dunia yang menggunakan kecerdasan buatan untuk mewujudkan penyelesaian di luar kotak bagi pereka fesyen dan jenama-jenama China untuk membuat imej yang realistik dan berkualiti tinggi bagi e-dagang fesyen.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210416005142/en/

China mempunyai pengguna mudah alih yang paling ramai dan lebih banyak aktiviti e-dagang berbanding negara lain di dunia. Menurut Digital Market Outlook, segmen pakaian e-dagang fesyen diramal akan mencapai pendapatan sebanyak $169Billion pada tahun 2020 sehingga kepada $256Billion pada tahun 2024.

ICLOUDMODEL MAHU MEREVOLUSIKAN SESI FOTOGRAFI BAGI E-DAGANG FESYEN

547 ENERGY MENGUMUMKAN KERJASAMA DENGAN ANDY KINSELLA

Aer Soléir akan Membangunkan Projek Tenaga Boleh Dibaharui Daratan

HOUSTON, 15 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --
 Sebuah sekutu 547 Energy LLC (“547 Energy”), platform pelaburan tenaga baru bagi Quantum Energy Partners (“Quantum”), hari ini mengumumkan bahawa mereka telah bekerjasama dengan veteran industri tenaga bersih Eropah, Andy Kinsella (“Kinsella”), untuk melancarkan syarikat baharu dengan misi untuk membangunkan, membina, memiliki, dan mengendalikan portfolio berbilang gigawatt (GW) bagi projek storan angin daratan, suria dan tenaga di seluruh Eropah. Platform baharu, Aer Soléir, akan beribu pejabat di Dublin, Ireland.  

Kinsella membawa pengalaman lebih daripada 35 tahun dalam sektor tenaga antarabangsa dan telah memegang jawatan kepimpinan di syarikat termasuklah Electricity Supply Board (ESB) Ireland, ESB International, GE, Siemens dan paling terkini, berkhidmat sebagai CEO di Mainstream Renewable Power. Selain itu, Kinsella merupakan anggota Renewables Industry Advisory Board bagi International Energy Agency (Paris), merupakan Pengerusi Smartwind (sebuah syarikat pembangunan angin daratan Usaha Sama Mainstream-Siemens-Ørsted), ahli Jawatankuasa kecil Tenaga bagi British Irish Chamber of Commerce dan Ahli Jawatankuasa Penasihat kepada Jawatankuasa Bebas pada Climate Change (London).

Gabriel Alonso, CEO & Presiden 547 Energy, berkata, “Perjanjian Hijau Eropah menyediakan peta jalan dasar kepada peralihan Eropah kepada ekonomi tenaga bersih dan telah memulakan cita-cita politik Eropah untuk menjadi benua neutral iklim pertama di dunia selewat-lewatnya 2050.” tambah Alonso, “Kami percaya tiada masa yang lebih baik daripada sekarang untuk melabur dalam pencepatan peralihan tenaga baru dan teruja untuk bekerjasama dengan Andy sementara beliau menerajui usaha sama baharu ini. Kami yakin sepenuhnya dengan kebolehan Andy untuk mengembangkan Aer Soléir menjadi pembangun tenaga Eropah yang boleh dibaharui dan tidak sabar untuk bekerjasama secara rapat dalam perjalanan.”

Sean O’Donnell, Pengarah Urusan di Quantum dan Pengarah 547 Energy, berkata “Kami telah mengenali Andy selama bertahun-tahun dan berasa teruja untuk mengembangkan lagi kehadiran Quantum dalam ruang tenaga bersih melalui kerjasama ini dengan beliau. Beliau merupakan eksekutif yang telah terbukti dan berfokus pada pelaksanaan yang boleh menyampaikan hasil yang kukuh kepada pelabur. Tugas penyahkarbonan grid kuasa Eropah ialah usaha bermakna yang memerlukan visi dan dedikasi usahawan seperti Andy dan pasukan Aer Soléir.”

Andy Kinsella, Rakan Kongsi Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Aer Soléir berkata, “Secara peribadi, saya amat berbesar hati untuk mengetuai usaha menarik ini dengan sokongan, visi dan kepakaran yang disediakan oleh kedua-dua 547 Energy dan Quantum. Misi Aer Soléir adalah untuk membangunkan dan membina projek peralihan tenaga terbaik dalam kelasnya dan berskala besar yang akan memberikan manfaat ekonomi yang penting dan berkekalan kepada komuniti di seluruh Eropah. Kita menanti-nantikan untuk membekalkan tenaga yang selamat, boleh dipercayai dan bersih yang bernilai kepada pelanggan kita dan menyampaikan pulangan yang unggul kepada pelabur kita. Visi kita ialah suatu hari nanti, kehidupan semua orang dieletrikkan secara mampan dan kami berbesar hati untuk memainkan peranan yang aktif dalam mencipta masa hadapan yang lebih bersih untuk semua orang.”

PERIHAL 547 ENERGY

547 Energy menyasarkan untuk memaksimumkan nilai bagi pelabur dengan bekerjasama bersama usahawan terkemuka yang memacu pertumbuhan dalam ekonomi tenaga bersih. Sehingga kini, 547 Energy telah melabur dalam ConnectGen LLC, BlueFloat Energy LLC dan ENORA S.A. 547 Energy telah diasaskan dan dipimpin oleh veteran industri Gabriel Alonso dan disokong oleh Quantum Energy Partners, pembekal utama bagi industri tenaga global. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang 547 Energy, sila e-mel kepada info@547energy.com atau hubungi Joe Sy di +1-713-452-2189.

Mengapakah nama 547 Energy?

Mata manusia melihat warna pada panjang gelombang, yang berjulat kira-kira daripada 400 nanometer (lembayung) hingga 700 nanometer (merah), dengan hijau berada pada kira-kira 490 hingga 575 nanometer. Panjang gelombang 547 nanometer boleh dilihat sebagai “hijau elektrik”, warna yang mewakili matlamat keseluruhan 547 Energy – untuk maju ke arah masa depan tenaga mampan.

PERIHAL QUANTUM ENERGY PARTNERS

Diasaskan pada tahun 1998, Quantum Energy Partners merupakan pembekal utama bagi modal ekuiti persendirian kepada industri tenaga global yang telah mengurus bersama sekutunya lebih daripada $17 bilion dalam komitmen ekuiti sejak penubuhannya. Untuk maklumat lanjut tentang Quantum, sila lawati www.quantumep.com atau hubungi Michael Dalton di +1-713-452-2110.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14461

Univar Solutions Menyelesaikan Pengambilalihan Perniagaan Lavo Bulk di Kanada

Transaksi ini mengukuhkan kehadiran syarikat di Kanada Timur serta memperluas penyelesaian dan keupayaan kimia yang saling melengkapi untuk...