Friday, November 4, 2022

HYTERA MELANCARKAN PROGRAM PENGAMBILAN RAKAN NIAGA DI ASIA DAN AFRIKA

SHENZHEN, China, 4 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hytera Communications (SZSE: 002583), ialah peneraju penyedia teknologi dan penyelesaian komunikasi profesional global, melancarkan program pengambilan rakan niaga terbuka kepada syarikat di negara Asia dan Afrika.

Sebagai syarikat yang memainkan peranan utama dalam pasaran komunikasi profesional, Hytera menawarkan satu daripada portfolio produk paling komprehensif yang terdiri daripada Radio Mudah Alih Digital (DMR), Tekan untuk Bercakap melalui Selular (PoC) dan radio bersiri Radio Berbatang Terestrial (TETRA), badan kamera dan aksesori. Oleh sebab pengalaman yang berdekad lamanya dalam pasaran, Hytera telah berkhidmat dengan pelbagai sektor industri termasuk keselamatan awam, utiliti, minyak dan gas, pengangkutan, tindak balas kecemasan, hospitaliti, keselamatan persendirian dan pengurusan kemudahan.

Program baharu dibangunkan untuk mengembangkan lagi rangkaian rakan niaga global Hytera yang terdiri daripada pengedar, penjual semula, pengintegrasi sistem dan pengendali mudah alih. Ini akan meningkatkan momentum kepada pertumbuhan Hytera, terutamanya di Asia dan Afrika. “Bersama program rakan niaga baharu, kami menawarkan senarai manfaat untuk rakan niaga saluran dan rakan niaga sektor industri Hytera,” kata Wilson Hu, Pengarah Jabatan Pembangunan Saluran Hytera. “Pelan Pembolehan Rakan Niaga Hytera juga disediakan untuk membantu rakan niaga baharu dan memperkasakan rakan niaga tersebut untuk meningkatkan keuntungan dalam pasaran sedia ada serta berkembang kepada pasaran baharu.”

Program ini merangkumi manfaat dalam insentif jualan, terma pembiayaan, pemasaran bersama, perkhidmatan selepas jualan dan petunjuk yang diberikan oleh pengilang. Selain itu, Pelan Pembolehan Rakan Niaga Hytera bertujuan untuk memberikan perniagaan kelebihan daya saing tambahan dengan memastikan setiap rakan niaga memenuhi standard kualiti global. Standard yang tinggi penting bagi pengguna komunikasi profesional, kerana mereka mesti boleh bergantung pada kelengkapan komunikasi mereka bagi membantu mereka menjalankan operasi harian mereka dengan lebih cekap, produktif dan selamat.

Bekerjasama dengan rakan niaga saluran dan industri terbaik menjadi tonggak utama keupayaan Hytera untuk menyampaikan nilai murni kepada pengguna. Oleh itu, dengan hanya kerjasama rapat antara Hytera dengan rakan niaga boleh memastikan bahawa keperluan pelbagai komunikasi profesional dapat dipenuhi. Gabungan produk komunikasi dan penyediaan perkhidmatan berkualiti tinggi daripada Hytera akan memberi rakan niaga kelebihan daya saing yang diperlukan untuk memenangi lebih banyak perniagaan dan mempercepat pertumbuhan syarikat.

Sekarang ialah masa yang sesuai untuk bekerjasama dengan Hytera, kerana trend global ke arah pendigitalan menawarkan peluang hebat kepada industri ICT. Semakin banyak industri sedang mencari jalan untuk menambah baik kecekapan, meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos dengan mendigitalkan operasi perniagaan masing-masing, terutamanya sistem komunikasi.

Ketahui lebih lanjut tentang Program Pengambilan Rakan Niaga Hytera:
https://bit.ly/3NiGFaE

Maklumat Tentang Hytera

Hytera Communications Corporation Limited (SZSE: 0002583) ialah peneraju penyedia teknologi dan penyelesaian komunikasi profesional global. Kami menyediakan ketersambungan yang lebih pantas, selamat dan serba boleh untuk pengguna perniagaan dan misi kritikal dengan keupayaan suara, video dan data kami. Kami membuatkan dunia menjadi lebih cekap dan selamat dengan membolehkan pelanggan kami mencapai lebih banyak dalam operasi harian dan tindak balas kecemasan. Ketahui lebih lanjut di https://www.hytera.com/en/home.html.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16480

SMART MODULAR TECHNOLOGIES MENGEMBANGKAN PORTFOLIO DURAMEMORY DENGAN ECC UDIMM PROFIL SANGAT RENDAH DDR5 BAHARU



Table

DuraMemory™ SMART baharu DDR5 VLP ECC UDIMM direka bentuk untuk pelayan bilah 1U dan sistem kepungan bilah yang digunakan dalam aplikasi rangkaian, telekom, komput dan aplikasi storan.


Barisan lanjutan DDR5 VLP UDIMM yang direka bentuk untuk pelayan bilah 1U dan digunakan dalam aplikasi rangkaian, komput dan storan


BANDAR TAIPEI BAHARU, Taiwan, 4 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- SMART Modular Technologies, Inc. (“SMART”), bahagian SGH (Nasdaq: SGH) dan peneraju global dalam penyelesaian ingatan, pemacu keadaan pepejal dan produk storan hibrid hari ini mengumumkan penambahan Modul Ingatan Baris Duaan Bukan Penimbal Kod Pembetulan Ralat Profil Sangat Rendah DDR5 16 GB dan 32 GB baharu (VLP ECC UDIMM) dalam barisan produk modul VLP ingatan bilahnya.

DuraMemory™ SMART baharu DDR5 VLP ECC UDIMM direka bentuk untuk pelayan bilah 1U dan sistem kepungan bilah yang digunakan dalam aplikasi rangkaian, telekom, komput dan storan yang dioptimumkan untuk mengurangkan ruang dan kuasa. DDR5 VLP ECC UDIMM direka bentuk untuk menepati spesifikasi ketinggian, ketumpatan, kuasa dan prestasi yang diperlukan untuk mendayakan aplikasi ingatan generasi seterusnya.

“Dengan pelancaran generasi baharu DDR5 CPU, penyediaan pemilihan modul DDR5 VLP yang meluas kepada pelanggan kami akan membantu memenuhi keperluan mereka terhadap bilah khusus yang digunakan dalam Edge, IIoT dan aplikasi yang serupa -- yang data diproses di tempat asalnya,” kata Arthur Sainio, pengarah pemasaran produk untuk DRAM di SMART.

Modul DDR5 menyediakan saluran yang ditingkatkan dan seni bina pengurusan kuasa, yang dijalankan pada voltan yang rendah, beroperasi pada kelajuan yang lebih tinggi dan boleh diskalakan kepada ketumpatan yang lebih tinggi berbanding DDR4. VLP ECC UDIMM SMART profil rendah (ketinggian 18.75 mm) membolehkan penempatan DIMM tegak dalam bilah 1U dan menjimatkan ruang papan. Keupayaan ketumpatan tinggi alat ini mendayakan hingga 348 GB dalam komput 1U dan sistem bilah storan dengan 12 soket DIMM. Modul ini menyokong operasi DDR5-4800 pada masa ini, manakala sokongan untuk DDR5-5600 sedang dalam proses pembangunan.

Selain itu, SMART menawarkan VLP ECC UDIMM gred suhu perindustrian (-40° hingga +85°C) untuk pelayan 1U yang digunakan dalam Edge dan aplikasi lain yang betul-betul boleh beroperasi dalam keadaan ekstrem. SMART juga menyediakan ciri yang dipertingkatkan, seperti perintang antisulfur, isian bawah, penyaduran menyebentuk dan klip penahanan untuk memastikan operasi yang kukuh di bawah semua jenis keadaan kendalian.

VLP ECC UDIMM DDR5 16 GB dan 32 GB SMART kini tersedia. Untuk mendapatkan spesifikasi teknikal dan maklumat tentang cara memesan, sila lawati Halaman produk VLP UDIMM di smartm.com.

*“S” yang bergaya dan “SMART” serta “SMART Modular Technologies” dan “DuraMemory” merupakan tanda dagangan dan tanda dagangan berdaftar SMART Modular Technologies, Inc. Semua tanda dagangan dan tanda dagangan berdaftar lain merupakan hak milik pemilik masing masing.

Tentang SMART Modular Technologies

Selama lebih daripada 30 tahun, SMART Modular Technologies telah membantu pelanggan di seluruh dunia mendayakan pengkomputan berprestasi tinggi melalui reka bentuk, pembangunan dan pembungkusan penyelesaian ingatan istimewa yang maju. Portfolio kami yang teguh merangkumi teknologi pinggir depan masa kini hinggalah DRAM standard dan legasi serta produk storan Flash. Kami menyediakan ingatan standard, tahan lasak dan tersuai serta penyelesaian storan yang memenuhi keperluan pelbagai aplikasi dalam pasaran yang berkembang pesat.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/52958418/en

Maklumat Perhubungan
Maklumat Perhubungan Pemasaran Produk
Arthur Sainio
Pengarah, Pemasaran Produk DRAM
SMART Modular Technologies
39870 Eureka Dr., Newark, CA 94583
+1 (510) 364-3647
arthur.sainio@smartm.com

Maklumat Perhubungan Media
APAC
Morris Yang
Pengurus Pemasaran
+886 (2) 7705 2770
apac@smartm.com
 
Sumber: SMART Modular Technologies, Inc.

Thursday, November 3, 2022

MPC LANCAR PORTAL PRODUCTIVITY CHAMPION IKTIRAF BAKAT PRODUKTIF DAN BERDAYA SAING TINGGI

PETALING JAYA, 3 Nov (Bernama) -- Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah melancarkan portal e-Productivity Champion (ePC), satu platform dalam talian bagi pendaftaran dan pengiktirafan kepada individu yang banyak memberi sumbangan ke arah peningkatan produktiviti dan daya saing organisasi dan negara.

Program Productivity Champion yang diperkenalkan pada tahun 2022 bertujuan mengiktiraf bakat berproduktiviti tinggi serta menyumbang kepada pengembangan organisasi, industri, dan negara melalui aktiviti penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi (R&D&C&I), penambahbaikan proses dan produk, pendigitalan perniagaan, pengurusan dan pentadbiran, serta pengukuhan ekosistem perniagaan. 

Sehingga September 2022, MPC telah mengiktiraf 3,880 individu sebagai Productivity Champion.

Pengerusi MPC, Ram Ganesan Karthigasu, dalam ucapan beliau ketika perasmian pelancaran portal ePC berkata, “Pekerja merupakan aset pertumbuhan produktiviti yang pesat sama ada di peringkat organisasi mahupun negara. Pengiktirafan Productivity Champion oleh MPC memberi nilai tambah kepada individu dan meningkatkan kredibiliti pekerja. MPC berharap pengiktirafan ini dapat memajukan kerjaya pekerja, justeru mereka menjadi individu pilihan majikan”. Pelancaran ePC diadakan ketika Persidangan Kebangsaan Academy in Factory (AiF) pada 20 Oktober 2022 secara dalam talian.

Ketua Pengarah MPC, Dato’ Abdul Latif bin Haji Abu Seman berkata, “Program Productivity Champion merupakan salah satu program induk dalam inisiatif pembangunan bakat MPC. Peningkatan produktiviti pada peringkat individu iaitu tahap yang paling asas amat penting seterusnya memberi kesan kepada prestasi enterpris.”

“Objektif utama Program Productivity Champion, selain mengiktiraf individu produktif dan berdaya saing, ialah untuk mengembangkan komuniti produktiviti bagi meneraju industri, menjadi platform perkongsian amalan terbaik, pengetahuan, kemahiran, dan pengalaman dalam mengukuhkan organisasi, dan menggalakkan transformasi dan inovasi masyarakat dan organisasi melalui kreativiti, idea baru, dan teknik produktiviti.”

“Dalam Laporan Tinjauan Ekonomi 2023 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan (MOF), MPC telah mengenalpasti antara cabaran yang dihadapi oleh negara ialah untuk mempercepatkan inisiatif pembangunan bakat dalam mendepani cabaran dan pekerjaan baharu serta membangunkan tenaga kerja tersedia masa hadapan.”

“Berdasarkan Laporan World Talent Ranking 2021 terbitan Institute for Management Development (IMD), negara dengan pertumbuhan produktiviti yang tinggi berada pada kedudukan yang baik dalam penarafan bakat global. Ini menunjukkan kepentingan sumber manusia kepada prestasi produktiviti.”

“Program Productivity Champion ini diharap dapat menggalakkan lebih ramai pekerja untuk terus meningkatkan produktiviti dan daya saing diri. ”

Pengiktirafan Productivity Champion adalah berdasarkan tiga kategori utama iaitu Peneraju (Leader), Pengamal (Practitioner), dan Bakat (Talent). Setiap kategori mempunyai kriteria penganugerahan tersendiri. Individu yang diiktiraf sebagai Productivity Champion seterusnya mempunyai peluang untuk menyertai program Productivity Specialist di bawah Badan Pensijilan MPC yang diakreditasi Asian Productivity Organisation (APO).

Maklumat lanjut mengenai program Productivity Champion boleh didapati dengan melayari laman sesawang https://www.mpc.gov.my/epc.

Sumber: Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16476

EMGA MENJAMIN PEMBIAYAAN KEWANGAN BERJUMLAH USD20 JUTA UNTUK BANCO IMPROSA COSTA RICA

 LONDON, 2 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Emerging Markets Global Advisory LLP (EMGA) buat kali kedua bekerjasama dengan Banco Improsa, untuk mendapatkan kemudahan pembiayaan berjumlah USD20 juta ini daripada Spanish Agency for International Development Cooperation (AECID) - AECID (dinasihati oleh COFIDES) .

Mengulas tentang transaksi tersebut, Felix Alpizar, Pengurus Besar BANCO IMPROSA, berkata: "Banco Improsa amat berbesar hati untuk diiktiraf oleh AECID dan COFIDES untuk rekod prestasi dan programnya bagi membiayai dan menyokong perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Costa Rica. Dengan kredit ini kami akan dapat meneruskan sumbangan kami kepada pembangunan ekonomi dan sosial negara tersebut."

Ketua Perbankan Pelaburan EMGA, Sajeev Chakkalakal berkata, “Kami sekali lagi berbesar hati untuk memudahkan visi berterusan Banco Improsa untuk menyokong PKS di Costa Rica dan melengkapkan penyelesaian pembiayaan ini dengan AECID (dinasihati oleh COFIDES).”

José Luis Curbelo, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif COFIDES, menyatakan bahawa “kami berbesar hati untuk menyokong AECID dalam projek impak pertamanya dengan EMGA dan IMPROSA di rantau Amerika Tengah. Transaksi tersebut akan digunakan untuk membiayai perusahaan kecil dan sederhana di Costa Rica, yang akan menyumbang kepada penciptaan dan pengekalan peluang pekerjaan berkualiti dan mengurangkan ketidaksamaan. Kami berharap untuk meneruskan perkongsian strategik ini, yang mampu meningkatkan pertumbuhan ekonomi di negara membangun dengan mengukuhkan sektor swasta melalui sokongan kewangan yang teguh.”

Carlos Jiménez Aguirre, Pengurus Besar FONPRODE dan Ketua Jabatan Kerjasama Kewangan AECID menyatakan bahawa "dengan termeterai transaksi ini mencerminkan matlamat Spanish Cooperation dalam menyumbang untuk mengembangkan sokongan kewangan bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Costa Rica, ini adalah kerana PMKS memainkan peranan penting dalam mewujudkan dan mengekalkan peluang pekerjaan yang baik dan mengurangkan ketidaksamaan. Hasrat kami adalah untuk memperluaskan sokongan seperti ini kepada negara-negara Amerika Tengah yang lain dalam menyediakan akses kepada pembiayaan untuk PMKS, dengan tumpuan khas untuk mengarusperdanakan strategi jantina dan perubahan iklim dalam aktiviti sektor swasta.”

Emerging Markets Global Advisory LLP, yang berpangkalan di London, membantu institusi kewangan dan korporat berasaskan pasaran baru muncul yang mencari hutang atau modal ekuiti baharu.

Banco Improsa telah diasaskan pada tahun 1995 dan merupakan sebuah bank khusus dengan kepakaran dalam menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan kewangan kepada PMKS, yang merangkumi sebahagian besar portfolionya. Ia mempunyai rekod prestasi yang luas dalam menyediakan sokongan dan khidmat nasihat kepada PMKS. Faktor kejayaan utama Banco Improsa terletak pada komitmennya terhadap standard tinggi perkhidmatan yang diperibadikan, tangkas dan fleksibel, bersama-sama dengan penyelesaian kewangan tersuai, telah membolehkannya mencapai kedudukan yang kukuh dalam segmen ini. Banco Improsa merupakan sebahagian daripada Grupo Financiero Improsa (GFI).

Fund for the Promotion of Development (FONPRODE), diuruskan oleh Spanish Agency for International Development Cooperation (AECID) dengan sokongan oleh COFIDES (Spanish Development Finance Institution). AECID ialah badan pengurusan utama Spanish Cooperation dan berorientasikan ke arah memerangi kemiskinan dan menggalakkan pembangunan lestari. COFIDES menyediakan pengurusan sokongan untuk FONPRODE dengan operasi pembiayaan yang boleh dibayar balik yang menggalakkan pembangunan sosial dan ekonomi negara rakan kongsi melalui pelaburan atau pemindahan sumber ekonomi dengan sifat yang boleh dibayar balik. FONPRODE akan membiayai hutang dan ekuiti yang tidak boleh dibayar balik dan boleh dibayar balik. Contoh pembiayaan boleh bayar balik yang ditawarkan oleh FONPRODE ialah pinjaman kepada penyedia perkhidmatan kewangan yang bertujuan untuk keterangkuman kewangan.

COFIDES, sebuah syarikat milik kerajaan yang terlibat dalam pengurusan Negara dan pihak ketiga serta dananya sendiri, mempunyai beberapa matlamat; mengantarabangsakan ekonomi Sepanyol, memajukan pembangunan ekonomi dan mengukuhkan kemampuan syarikat yang terjejas oleh COVID-19. Selain kerajaan Negara Sepanyol, para pemegang sahamnya termasuk Banco Santander, Banco Bilbao Vizcaya Argentaria (BBVA), Banco Sabadell dan Development Bank of Latin America (CAF).

Jeremy Dobson

info@emergingmarketsglobaladvisory.com

SUMBER: Emerging Markets Global Advisory

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16472

Wednesday, November 2, 2022

EDITH COWAN UNIVERSITY MEMPERHALUS PENGALAMAN PEMBELAJARAN DIGITAL BERSAMA BOOMI




• 
Boomi membantu universiti Australia Barat yang terkemuka membuat data lebih mudah diakses untuk pengalaman dalam talian kakitangan dan pelajar yang lebih baik, sambil mencipta kecekapan dalam jabatan teknologi
• Edith Cowan University menyertai universiti terkemuka lain di seluruh dunia dalam memilih platform integrasi sebagai perkhidmatan (iPaaS) peneraju kategori dan pemenang Gold Globee Award® Boomi untuk mencapai hasil perniagaan yang lebih baik

CHESTERBROOK, Pa., 2 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Boomi™, peneraju ketersambungan dan automasi pintar, pada hari ini mengumumkan bahawa Edith Cowan University (ECU) telah melaksanakan Platform Boomi AtomSphere™ dengan tujuan mencipta rangka kerja digital yang menggalakkan akses dan perkongsian data di seluruh universiti untuk keterlibatan dalam talian kakitangan dan pelajar yang dipertingkatkan.

Terletak di Australia Barat, Edith Cowan University menyokong lebih daripada 30,000 pelajar prasiswazah dan pascasiswazah, serta berjanji melengkapkan graduan yang sedia bekerja dengan pengalaman pembelajaran yang memperkaya. Bagi mengukuhkan janji ini, pihak universiti berusaha memastikan kakitangan dan pelajar boleh mengakses maklumat yang betul, pada masa yang sesuai melalui pelbagai platform pelajar yang tersedia secara andal.

“Kami menyimpan bilangan data penting yang besar merentas tindanan aplikasi kami, yang diakses dan digunakan oleh kakitangan dan pelajar sepanjang hari persekolahan untuk mendapatkan wawasan dan sokongan keputusan,” kata Vito Forte, Ketua Pegawai Maklumat (CIO), ECU. “Pemilikan alatan yang sesuai seperti platform Boomi membantu memastikan bahawa maklumat adalah tepat dan boleh dipercayai, yang kritikal untuk keberkesanan aplikasi awan berasaskan IaaS kami, serta pelbagai aplikasi SaaS yang kami jalankan.”

Sebelum ini, ECU bergantung pada integrasi guna sekali, titik ke titik dengan menggunakan pelbagai teknologi, pendekatan yang tidak lagi boleh dilaksanakan. Bagi memodenkan integrasi sistem perniagaan serta melanjutkan seni bina rujukan integrasi dan proses pembangunan, pihak universiti telah memilih iPaaS natif awan dan kod rendah Boomi untuk membantu menghubungkan dan mengatur lebih banyak data dalam masa yang lebih singkat.

Pihak universiti memanfaatkan Platform Boomi AtomSphere untuk membina keupayaan integrasi disatukan yang menyokong corak dan standard reka bentuk boleh guna semula, dibantu oleh seni bina rujukan integrasi universiti. Ini dapat memastikan pendekatan reka bentuk penyelesaian yang konsisten dan menggalakkan gandingan yang minimum, penggunaan semula perkhidmatan yang tinggi dan peningkatan kebolehskalaan. Projek ECU melibatkan penghubungan sistem pengurusan perhubungan pelanggan Salesforce, sistem pengurusan pembelajaran, sistem pengurusan pelajar dan sistem pengurusan Sumber Manusia (HR), serta Azure Event Hub dan Azure Data Explorer bagi menyokong analisis bahagian belakang untuk pengelogan, penyahpepijatan dan pemantauan penggunaan perkhidmatan integrasi kakitangan IT. Boomi juga menyokong analisis dan pelaporan ECU tentang pengurusan pelajar kepada sistem supaya universiti boleh sentiasa menilai keterlibatan dalam talian.

Di samping itu, iPaaS peneraju kategori ini telah membantu mempercepat usaha pembangunan di dalam bilik IT, membolehkan pelancaran perkhidmatan dan aplikasi baharu direalisasikan dalam masa beberapa minggu dan bukannya beberapa bulan. Seni bina aplikasi fleksibel Boomi telah menjimatkan overhed pembangunan dan penyelenggaraan platform yang ketara, membolehkan ECU menumpukan kepada seni bina rujukan, termasuk memperkenalkan ketekalan data, baris gilir mesej, pengurusan API dan keselamatan.

“Universiti Australia diiktiraf secara sah atas kepimpinan teknologi masing-masing dan sebahagian besar daripada universiti tersebut berada pada tahap penting dalam keupayaan menyediakan pengalaman dan kurikulum yang disesuaikan kepada pelajar,” kata Nathan Gower, Pengarah, Australia dan New Zealand (ANZ) di Boomi. “Dalam dunia pembelajaran hibrid dan kampus digital, peluang bagi inovasi terlalu banyak dan ECU memanfaatkan data untuk mendapatkan hasil pelajar dan guru yang lebih baik. Pelajar natif digital tidak harus perlu meneliti sumber yang berbeza untuk mencari perkara yang diperlukan – maklumat mesti tepat dan tersedia, memberikan gambaran sepenuhnya dalam talian. ECU merekayasa lebih banyak laluan pembelajaran yang diperibadikan dengan menggunakan Platform Boomi AtomSphere bagi memastikan akses kepada data yang tepat pada masanya, lancar dan boleh dipercayai, tanpa menyukarkan pasukan IT dengan kesulitan yang timbul daripada kitaran pembangunan tradisional.”

Boomi telah ditempatkan sebagai Peneraju dalam Gartner® Magic Quadrant™ untuk Platform Integrasi Perusahaan sebagai Perkhidmatan (EiPaaS) selama lapan tahun berturut-turut.

Sebagai syarikat global yang berkembang maju dalam bidang perisian sebagai perkhidmatan (SaaS), Boomi mempunyai komuniti pengguna yang semakin bertambah dengan lebih daripada 100,000 ahli dan satu daripada tatasusunan terbesar pengintegrasi sistem global (GSI) dalam bidang iPaaS. Syarikat tersebut mempunyai rangkaian di seluruh dunia yang terdiri daripada kira-kira 800 rakan niaga, termasuk Accenture, Deloitte, SAP dan Snowflake; serta bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan awan hiperpenskala yang terbesar, Amazon Web Services, Google dan Microsoft, antara lain. Baru-baru ini, syarikat tersebut menerima Anugerah Gold Globee® dalam kategori Platform sebagai Perkhidmatan (PaaS) dan telah memperoleh penilaian 5 bintang yang berprestij dalam Panduan Program Rakan Niaga CRN, senarai muktamad program rakan niaga yang paling penting daripada vendor teknologi peneraju industri yang menyediakan produk berinovatif dan perkhidmatan fleksibel melalui saluran IT. Platform Boomi AtomSphere membantu organisasi menghubungkan aplikasi data, memperkemas aliran kerja dan menyampaikan pengalaman pelanggan yang lebih berintegrasi merentas semua industri.

Sumber Tambahan
• Ketahui lebih lanjut tentang Platform Boomi AtomSphere
• Terokai Komuniti Boomiverse
• Ikuti Boomi dalam Twitter, LinkedIn, Facebook dan YouTube

Penafian Gartner:

Gartner tidak menyokong mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikan dan tidak menasihati pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor yang mempunyai penilaian tertinggi atau penetapan lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh ditafsirkan sebagai pernyataan fakta. Gartner menafikan semua waranti, tersurat atau tersirat, berhubung dengan penyelidikan ini, termasuk apa-apa waranti kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu. GARTNER dan Magic Quadrant ialah tanda dagangan dan tanda perkhidmatan berdaftar Gartner, Inc. dan/atau syarikat gabungan di Amerika Syarikat dan pada peringkat antarabangsa, serta digunakan di sini dengan keizinan. Hak cipta terpelihara. Perhatian: Boomi telah dikenali sebagai Dell Boomi dari tahun 2014 hingga 2019.

Maklumat Tentang Boomi

Boomi bertujuan menjadikan dunia tempat yang lebih baik dengan menghubungkan semua individu kepada segala-galanya, di mana-mana jua. Perintis platform integrasi sebagai perkhidmatan (iPaaS) berasaskan awan dan kini syarikat global perisian sebagai perkhidmatan (SaaS) peneraju kategori, Boomi mempunyai pangkalan pelanggan terbesar dalam kalangan vendor platform integrasi dengan rangkaian di seluruh dunia yang terdiri daripada kira-kira 800 rakan niaga – termasuk Accenture, Capgemini, Deloitte, SAP dan Snowflake. Organisasi global beralih kepada platform pemenang anugerah Boomi bagi menemukan, mengurus dan mengatur data, sambil menghubungkan aplikasi, proses dan individu untuk mendapatkan hasil yang lebih baik dan lebih pantas. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.boomi.com.

© 2022 Boomi, LP. Boomi, logo ‘B’, Boomiverse dan AtomSphere ialah tanda dagangan Boomi, LP atau anak syarikat atau syarikat gabungan masing-masing. Hak cipta terpelihara. Nama atau tanda lain mungkin merupakan tanda dagangan pemilik masing-masing.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/52954143/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16474

TETAMU NEGARA LUAR MENGIRIM UCAPAN SELAMAT UNTUK KEJAYAAN CIIE KE-5

SHANGHAI, 1 Nov., 2022 /Xinhua-AsiaNet/--


Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-5 akan diadakan dari 5 hingga 10 Nov, 2022. Bekas Perdana Menteri Perancis Jean-Pierre Raffarin dan Bekas pengarah UNESCO bagi  pusat warisan dan ADG untuk budaya Francesco Bandarin mengutus ucapan selamat melalui video dan berharap acara itu akan mencapai kejayaan, sambil memuji China kerana menggalakkan kemakmuran ekonomi dunia melalui keterbukaan di peringkat tinggi.

Siaran Berita Multimedia: 
Jean-Pierre Raffarin berkata bahawa beliau telah menyertai CIIE sebelum ini, dan perusahaan Perancis tidak sabar-sabar untuk datang ke China untuk pembangunan. Pada masa ini, CIIE telah memainkan satu peranan penting di dalam pertukaran perdagangan antarabangsa. Perusahaan boleh menghasilkan banyak projek yang menguntungkan kesemua pihak di CIIE yang telah menunjukkan pengaruh antarabangsa mereka yang tidak boleh diendahkan. Beliau telah menggesa syarikat-syarikat Perancis untuk mengambil bahagian di dalam CIIE, agar rakyat kedua-dua buah negara boleh meraih manfaat di antara satu sama lain.

Francesco Bandarin berkata bahawa beliau telah banyak kali ke China dan menganggap CIIE sebagai satu acara besar peringkat antarabangsa untuk perolehan global, promosi pelaburan, pertukaran kebudayaan dan rakyat dengan rakyat dan kerjasama terbuka. Melalui jendela ini, dunia akan dapat melihat China dan budaya mereka yang indah. Orang Cina akan melihat, menyentuh dan mengalami produk dan budaya yang pelbagai dari seluruh pelosok dunia. Beliau berkata jika ada peluang, beliau ingin datang ke tempat itu untuk mengalami sendiri CIIE.
 
Untuk maklumat lanjut:
Hubungi: Cik Cui Yan
Tel: 0086-21-968888
E-mel: ciie2022@ciie.org
Laman web: http://www.ciie.org/zbh/en/
Facebook: https://www.facebook.com/ciieonline
Twitter: https://twitter.com/ciieonline
 
Sumber : Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) 

--BERNAMA

Tuesday, November 1, 2022

TERUSAN PINGLU AKAN MENYUMBANG KEPADA PENGUKUHAN KOMUNITI CHINA-ASEAN YANG LEBIH DEKAT BAGI MASA DEPAN YANG SAMA

NANNING, China, 2 Nov., 2022 /Xinhua-AsiaNet/--

Dalam tiga suku pertama bagi tahun ini, jumlah perdagangan di antara China dan ASEAN telah mencecah RMB 4.7 trilion, satu peningkatan sebanyak 15.2%, untuk menyumbang 15.1% daripada jumlah perdagangan luar China. Di antaranya, eksport ke ASEAN telah meningkat 22% kepada RMB 2.73 trilion, import dari ASEAN ialah RMB 1.97 trilion, satu peningkatan sebanyak 6.9%. Jelas sekali, China dan ASEAN adalah rakan dagang terbesar di antara satu sama lain.

Dengan berkuat kuasanya Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), kerjasama perdagangan dan pelaburan di antara China dan ASEAN telah membawa peluang-peluang yang semakin meningkat. Tidak dapat dinafikan bahawa jumlah perdagangan di antara China dan ASEAN akan terus berkembang pesat di masa hadapan. Tambahan pula, China menumpukan usaha yang tidak pernah berlaku sebelum ini untuk bersiap sedia bagi pembangunan ini dengan membina sebuah terusan, Terusan Pinglu, di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang yang berjiran dengan blok ASEAN, dengan hasrat untuk mempercepatkan pengangkutan barangan di antara China dan ASEAN.

Pembinaan Terusan Pinglu itu, yang dirancang dengan jumlah panjang keseluruhan kira-kira 135 kilometer dan dijangka menelan belanja satu anggaran jumlah pelaburan melebihi RMB 72 bilion, telah pun dimulakan pada Ogos tahun ini. Ia dijadualkan dibuka untuk pelayaran dalam tempoh empat tahun dan dirancang untuk mengendalikan kapal seberat 5,000 tan. Terusan Pinglu itu bermula dari Bandar raya Hengzhou di peringkat daerah di Kota Nanning, dan memasuki Teluk Beibu melalui Sungai Qinjiang di Daerah Lingshan di Bandar raya Qinzhou, demikian menurut Pinglu Canal Group Co., Ltd.


TERUSAN PINGLU AKAN MENYUMBANG KEPADA PENGUKUHAN KOMUNITI CHINA-ASEAN YANG LEBIH DEKAT BAGI MASA DEPAN YANG SAMA

Univar Solutions Menyelesaikan Pengambilalihan Perniagaan Lavo Bulk di Kanada

Transaksi ini mengukuhkan kehadiran syarikat di Kanada Timur serta memperluas penyelesaian dan keupayaan kimia yang saling melengkapi untuk...