Wednesday, April 6, 2022

PEROLEHAN BERSEDIA UNTUK ERA BAHARU DI SINGAPURA, MALAYSIA

 Perusahaan sedang mengubah operasi perolehan selepas pandemik meningkatkan tekanan untuk kecekapan, kelestarian, kata laporan ISG Provider Lens™



SINGAPURA & KUALA LUMPUR, Malaysia, 6 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Perusahaan di Singapura dan Malaysia kini berada di ambang membuat perubahan besar kepada operasi perolehan mereka yang, dalam beberapa keadaan, telah lama terlewat, menurut satu laporan penyelidikan baharu yang diterbitkan hari ini oleh Information Services Group (ISG) (Nasdaq: III), sebuah firma penyelidikan dan penasihat teknologi global terkemuka.

Laporan Perolehan BPO dan Perkhidmatan Transformasi ISG Provider Lens™ 2022 itu untuk Singapura dan Malaysia mendapati minat yang semakin meningkat bagi perkhidmatan ini selepas pandemik COVID-19 meningkatkan tekanan ke atas perusahaan di kedua-dua buah negara untuk mengoptimumkan fungsi perolehan mereka. Kesan kumulatif bagi perintah kawalan pergerakan, penutupan sempadan, sekatan ke atas pergerakan, keperluan kerja jarak jauh dan peningkatan risiko telah mengubah pasaran perolehan rantau itu dengan ketara sejak awal tahun 2020, kata laporan itu.

“Sistem pemerolehan dan rantaian bekalan yang teruk dan ketinggalan zaman yang melemahkan banyak perusahaan Singapura dan Malaysia sebelum pandemik itu mengancam untuk terus menjejaskan mereka selepas virus itu melanda,” kata Deepraj Emmanuel, pengarah, ISG Asia, di Singapura. “Ini mendorong syarikat-syarikat untuk mencari penyedia perkhidmatan untuk penyumberan luar dan transformasi perniagaan.”

Oleh kerana pasaran perolehan di negara-negara ini agak stabil sebelum pandemik itu, terdapat pertumbuhan yang terhad di dalam kemahiran yang diperlukan untuk bersaing, kata ISG. Sebagai contoh, banyak perusahaan masih melakukan pembelian secara manual dan menggunakan operasi sistem perolehan berbeza dalam silo, oleh itu langkah membuat keputusan adalah perlahan. Kini usaha sedang giat dijalankan untuk menjadikan perolehan lebih cekap dan mapan.

“Pemerolehan di Singapura dan Malaysia berada di ambang perubahan yang tulen,” kata Emmanuel. “Banyak perusahaan sudah bersedia untuk menjadikan organisasi perolehan mereka lebih tangkas dan bersedia untuk masa depan.”

Imbangan bagi permintaan untuk perkhidmatan adalah berbeza di Singapura dan Malaysia berbanding dengan di rantau lain, kata laporan itu. Sebagai contoh, oleh kerana kadar upah lazimnya lebih rendah berbanding dengan di pasaran seperti Eropah dan Amerika Syarikat, pengoptimuman kos bukanlah satu sebab utama bagi kebanyakan organisasi untuk mendapatkan penyumberan luar proses perniagaan (BPO). Walau bagaimanapun, perusahaan harus mempertimbangkan untuk melibatkan diri dengan penyedia perkhidmatan untuk menjalankan transformasi digital bagi operasi pemerolehan mereka untuk mencapai hasil perniagaan yang boleh diukur, kata ISG. Laporan itu juga mengkaji permintaan yang semakin meningkat bagi pemusatan, penyeragaman dan inisiatif lain oleh perusahaan Singapura dan Malaysia yang bersedia untuk era baharu di dalam pemerolehan.

Ketua pegawai perolehan perusahaan dan profesional pengurusan sumber dan vendor boleh menggunakan laporan tersebut untuk mengoptimumkan perolehan transaksional, merancang penyumberan strategik dan lebih memahami landskap penyedia perkhidmatan di rantau itu.

Laporan Perolehan BPO dan Perkhidmatan Transformasi ISG Provider Lens™ 2022 itu untuk Singapura dan Malaysia menilai keupayaan oleh 16 pembekal merentasi dua kuadran: Perkhidmatan BPO dan Perkhidmatan Transformasi Digital.

Laporan itu menamakan Accenture, GEP, IBM dan Infosys sebagai Pemimpin di dalam kedua-dua kuadran dan Genpact sebagai sebuah Pemimpin di dalam satu kuadran.

Selain itu, DXC Technology dan WNS Denali dinamakan sebagai Bintang yang Semakin Meningkat – syarikat-syarikat yang mempunyai satu “portfolio yang mempunyai masa depan yang cerah” dan “berpotensi tinggi di masa depan” mengikut takrifan ISG – dalam satu kuadran setiap satu.

Satu versi tersuai bagi laporan itu tersedia daripada GEP.

Laporan Perolehan BPO dan Perkhidmatan Transformasi ISG Provider Lens™ 2022 itu untuk Singapura dan Malaysia tersedia kepada pelanggan atau untuk pembelian sekali sahaja di laman web ini.

Maklumat mengenai ISG Provider Lens™ Research 

Siri penyelidikan ISG Provider Lens™ Quadrant ialah satu-satunya penilaian penyedia perkhidmatan yang seumpamanya untuk menggabungkan analisis penyelidikan dan pasaran  empirikal yang dipacu oleh data dengan pengalaman dunia sebenar dan pemerhatian oleh pasukan penasihat global ISG. Perusahaan akan menemui banyak data terperinci dan analisis pasaran untuk membantu membimbing pemilihan mereka bagi rakan sumber yang sesuai, manakala penasihat ISG menggunakan laporan itu untuk mengesahkan pengetahuan pasaran mereka sendiri dan membuat cadangan kepada pelanggan perusahaan ISG. Penyelidikan itu pada masa ini meliputi penyedia yang menawarkan perkhidmatan mereka di peringkat global, merentasi Eropah, serta di Amerika Syarikat, Kanada, Brazil, United Kingdom, Perancis, Benelux, Jerman, Switzerland, Nordik, Australia dan Singapura/Malaysia, dengan pasaran tambahan akan ditambah pada masa hadapan. Untuk maklumat lanjut tentang penyelidikan ISG Provider Lens, sila layari laman web ini.

Satu siri penyelidikan pendamping, ISG Provider Lens Archetype melaporkan, menawarkan satu penilaian yang pertama seumpamanya bagi pembekal daripada perspektif jenis pembeli yang spesifik.

Maklumat mengenai ISG

ISG (Information Services Group) (Nasdaq: III) adalah sebuah firma penyelidikan dan penasihat teknologi global yang terkemuka. Sebuah rakan perniagaan yang dipercayai kepada lebih 800 pelanggan, termasuk lebih daripada 75 daripada 100 perusahaan utama dunia, ISG komited untuk membantu perbadanan, organisasi sektor awam, dan penyedia perkhidmatan dan teknologi mencapai kecemerlangan operasi dan pertumbuhan yang lebih pantas. Firma itu pakar di dalam perkhidmatan transformasi digital, termasuk automasi, awan dan analisis data; nasihat sumber; tadbir urus terurus dan perkhidmatan risiko; perkhidmatan pembawa rangkaian; reka bentuk strategi dan operasi; pengurusan perubahan; risikan pasaran dan penyelidikan dan analisis teknologi. Ditubuhkan pada tahun 2006, dan berpangkalan di Stamford, Conn., ISG mempunyai lebih 1,300 orang pekerja profesional yang sudah bersedia daripada segi digital yang beroperasi di lebih 20 buah negara—sebuah pasukan global yang terkenal kerana pemikiran mereka yang berinovatif, pengaruh pasaran, kepakaran industri dan teknologi yang mendalam serta keupayaan penyelidikan dan analisis yang bertaraf dunia berdasarkan kepada data tempat pasaran yang paling komprehensif di dalam industri. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.isg-one.com.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220405006268/en/

Hubungi

Media:
Will Thoretz, ISG
+1 203 517 3119
will.thoretz@isg-one.com

Erik Arvidson, Matter Communications bagi pihak ISG
+1 617 874 5214
isg@matternow.com

Sumber : Information Services Group, Inc.

Tuesday, April 5, 2022

BARTEK MENGUMUMKAN PEMBINAAN KEMUDAHAN ASID MALIK DAN FUMARIK TERBESAR DI DUNIA

 Projek itu akan siap pada Suku Keempat 2023 dan menggandakan kapasiti sedia ada syarikat itu


STONEY CREEK, Ontario, 5 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Bartek Ingredients telah memulakan pembinaan sebuah kemudahan bersepadu menegak yang paling canggih, yang akan menjadi kilang pengeluaran asid malik dan asid fumarik gred makanan yang terbesar di dunia. Apabila siap nanti pada suku keempat 2023, projek bernilai $160 juta itu akan menggandakan kapasiti Bartek dan mengukuhkan kedudukan syarikat itu sebagai peneraju dunia di dalam asid malik dan fumarik.
 
Bartek menjangkakan pengembangan pasaran yang berterusan, dan kapasiti tambahan ini akan menyokong pertumbuhan malik dan fumarik untuk beberapa tahun yang akan datang. Kemudahan baharu itu akan juga dikembangkan untuk menghasilkan produk baharu seperti garam penampan dan pengukuhan serta volum tambahan bagi asid malik dan fumarik.
 
WSP Global, sebuah firma perunding kejuruteraan yang terkenal di peringkat global, menerajui pembinaan dan reka bentuk bagi projek itu.

Maklumat mengenai Bartek Ingredients

Ditubuhkan pada tahun 1969, Bartek Ingredients Inc. adalah sebuah pengeluar utama bagi asid malik, asid fumarik dan anhidrida maleik. Beribu pejabat di Stoney Creek, Ontario, Kanada, Bartek menggajikan 150 orang merentasi dua kemudahan pengeluaran mereka di Ontario Selatan. Kemudahan Bartek didaftarkan pada Piawaian ISO 9001:2015. Bartek juga memegang pensijilan Standard Global BRC untuk Keselamatan Makanan, dan ia mengedarkan ke lebih 40 buah negara di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut tentang Bartek, sila layari bartek.ca/.

Maklumat mengenai TorQuest Partners

Ditubuhkan pada tahun 2002, TorQuest Partners adalah sebuah pengurus dana ekuiti persendirian yang berpangkalan di Kanada. Dengan lebih daripada C$2 bilion modal ekuiti di bawah pengurusan, TorQuest melabur di dalam syarikat-syarikat pasaran pertengahan dan bekerjasama rapat dengan pengurusan untuk membina nilai. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang TorQuest Partners, sila layari  torquest.com/.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220404005874/en/

Hubungi

Erin Robbins
MarketPlace
erin.robbins@market-pl.com
+1-314-366-3562

Sumber : Bartek Ingredients Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15744

NX MALAYSIA MEMBUKA GUDANG BAHARU DI LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUALA LUMPUR UNTUK MENDAPATKAN RUANG YANG LEBIH BESAR

TOKYO, 5 April, 2022 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

Nippon Express (Malaysia) Sdn, Bhd. (kemudian daripada ini “NX Malaysia”), sebuah syarikat Kumpulan milik Nippon Express Holdings, Inc., telah membuka sebuah gudang baharu di Zon Komersial Bebas (FCZ) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Malaysia pada  Jumaat, 1 April, untuk memperluaskan ruang penyimpanan kerja dan kargo mereka.

Logo: https://kyodonewsprwire.jp/img/202204019506-O1-xewj8LCj
 
Foto: Bahagian Luar NX Malaysia di Pusat DFTZ KLIA
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M103866/202204019506/_prw_PI2fl_T05C77Yo.jpg
 
NX Malaysia sebelum ini telah beroperasi dari sebuah gudang seluas 3,800m2 di Kompleks Penghantaran Barang MAS (Lot A-9, Lot A-10) di FCZ KLIA, tetapi permintaan kargo yang semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah mendorong mereka untuk membuka sebuah gudang baharu seluas 5,900m2 (Pusat DFTZ KLIA NX Malaysia) di FCZ yang sama, sekali gus memberikan mereka sebuah keluasan gudang yang digabungkan seluas kira-kira 9,700m2.

Barisan aliran kerja yang lebih cekap yang tersedia di gudang baharu itu akan membolehkan NX Malaysia untuk memastikan pengendalian yang lebih selamat dan lebih pantas dan untuk lebih memuaskan keperluan pelanggan mereka.

Bergerak ke hadapan, Kumpulan NX, sebelum ini dikenali sebagai Kumpulan Nippon Express yang telah menamakan semula nama kumpulan korporat mereka selepas peralihan kepada sebuah sistem syarikat pemegangan pada Januari, akan terus menggunakan rangkaian dan fungsi mereka untuk meningkatkan keperluan logistik yang canggih dan pelbagai bagi pelanggan mereka. 

GLAMHIVE MENGUMUMKAN SIDANG KEMUNCAK GAYA & KECANTIKAN LANGSUNG GLAMHIVE ANTARABANGSA PERTAMA YANG DIPERSEMBAHKAN OLEH MARY KAY GLOBAL DESIGN STUDIO




Pengasas Glamhive Stephanie Sprangers dengan pengacara bersama penggaya selebriti Nicole Chavez menghimpunkan pemimpin industri untuk membincangkan gaya dan kecantikan di London


LOS ANGELES & SEATTLE, 5 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Apa yang bermula sebagai satu cara bagi komuniti penggaya untuk berkumpul bersama telah berkembang menjadi satu daripada perhimpunan terbesar bagi komuniti penggaya di seluruh dunia. Kini, dengan perjalanan kembali rancak, Sidang Kemuncak Gaya & Kecantikan Musim Bunga Glamhive akan dilancarkan di London pada 23 April. Glamhive dan Mary Kay Design Studio melancarkan sidang kemuncak ini sebagai satu pengalaman fizikal-digital hibrid dengan tetamu hadir secara bersemuka dan secara maya, kesemuanya dari Bulgari Hotel London yang sangat bergaya. 100% hasil daripada penjualan tiket akan didermakan kepada Jawatankuasa Penyelamat Antarabangsa di atas usaha mereka di Ukraine.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220404005192/en/

Sidang Kemuncak Musim Bunga itu akan menjadi sidang kemuncak kelapan oleh syarikat itu dan sekali lagi akan menghimpunkan pemimpin industri dan pembuat imej selebriti terkemuka untuk membincangkan mengenai gaya, mencipta, membiayai dan melancarkan perniagaan, masa depan fesyen dan banyak lagi.

Acara bertiket sepanjang hari itu akan menampilkan enam panel dengan lebih 25 penceramah. Di bawah adalah satu gambaran keseluruhan berhubung topik yang akan diliputi oleh barisan penceramah bertaraf bintang itu.

TOPIK:
  • Perspektif London
  • Tidak Dapat Dihentikan: Wanita Yang Melancarkan
  • Minum Teh Dengan Vogue British Dena Giannini
  • Menjenamakan Diri Sendiri: Kembangkan Jenama Peribadi Anda
  • Cara Untuk Membuat Kenyataan Penampilan Dengan Gaya Anda
  • Masa Depan Fesyen
PENGACARA BERSAMA
STEPHANIE SPRANGERS - Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif, Glamhive
NICOLE CHAVEZ - Penggaya Selebriti kepada Kristen Bell dan Jessica Simpson

PENCERAMAH:

Penceramah kami adalah penggaya selebriti, artis solekan dan pembuat imej yang bekerja dengan nama-nama terbesar di Hollywood dan seterusnya, termasuk:

Penggaya Selebriti: Nicole Chavez & Zadrian Smith
Kecantikan Selebriti: Christian Wood & Tania Grier
Editor: Dena Giannini (British Vogue) & Brian Underwood (Majalah O)
 
Tiket ke persidangan itu ialah ₤149 GBP untuk tiket bersemuka sepanjang hari dan ₤45 GBP untuk sebuah tiket maya. Pembentangan penaja untuk Sidang Kemuncak Gaya & Kecantikan Langsung Glamhive itu ialah Mary Kay dan Mary Kay Global Design Studio dan Bulgari Hotels.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.glamhive.com/live-upcoming

Maklumat mengenai Glamhive: Glamhive telah diasaskan oleh usahawan Stephanie Sprangers pada tahun 2017 dengan visi untuk mendemokrasikan penggayaan peribadi dan berdasarkan premis itu bahawa keyakinan yang hadir dengan glamor tidak seharusnya eksklusif hanya untuk golongan kaya dan terkenal.
 
Pengalaman penggayaan di dalam talian itu menawarkan kepada siapa sahaja yang mempunyai akses sambungan Wi-Fi kepada penggaya yang akan memberikan mereka sokongan yang mereka perlukan untuk menjadi versi terbaik bagi diri mereka. Bagi penggaya, ini adalah satu platform hujung-ke-hujung yang lancar untuk membantu mereka mengembangkan rangkaian dan perniagaan mereka, boleh dikatakan hampir 100%.

Maklumat mengenai Mary Kay

Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikan impian beliau pada 1963 dengan satu matlamat: memperkayakan kehidupan wanita. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan persendirian di hampir 40 buah negara. Sebagai sebuah syarikat pembangunan keusahawanan, Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita di dalam perjalanan mereka melalui pendidikan, bimbingan, sokongan, rangkaian dan inovasi. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna, makanan tambahan dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay percaya dalam memperkayakan kehidupan hari ini untuk hari esok yang mapan, bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia yang memberi tumpuan kepada menggalakkan kecemerlangan perniagaan, menyokong penyelidikan kanser, memajukan kesaksamaan jantina, melindungi mangsa yang terselamat daripada penderaan rumah tangga, mencantikkan komuniti kita dan menggalakkan anak-anak untuk mengejar impian mereka. Ketahui lebih lanjut di marykayglobal.com, cari kami di Facebook, Instagram, dan LinkedIn atau ikuti kami di Twitter. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15743

HEAL PARTNERS MENGUMUMKAN PERHUBUNGAN STRATEGIK DENGAN ELLIOTT INVESTMENT MANAGEMENT DAN MELANCARKAN DANA PERTUMBUHAN II BERNILAI AS$500M - MENUTUP DANA I YANG TERLEBIH LANGGANAN

SYDNEY, 6 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- HEAL Partners, sebuah Dana Pertumbuhan dan Susulan global yang berpangkalan di Australia dan Cayman yang mengkhususkan di dalam pelaburan sektor Kesihatan, Pendidikan dan Gaya Hidup (“HEAL”), hari ini mengumumkan bahawa ia telah menandatangani satu Perjanjian Perhubungan Strategik dengan ahli gabungan Elliott Investment Management L.P. (“Elliott”). HEAL akan melancarkan Dana II mereka yang bernilai AS$ 350-500 juta pada pertengahan pertama 2022. Sebagai sebahagian daripada Perhubungan Strategik itu, Elliott dijangka menyumbang satu komitmen utama yang penting kepada Dana II HEAL.

Perhubungan Strategik ini mengikuti pelaburan Elliot pada Januari 2021 di dalam Removery, perniagaan pembuangan tatu terbesar di dunia dan sebuah syarikat portfolio HEAL yang diasaskan oleh Mark Evans, Chris Chambers dan Peter Chapman dari HEAL Partners. Beribu pejabat di Austin, Texas, Removery mempunyai 90 studio di seluruh Amerika Syarikat, Kanada dan Australia dan merancang untuk membuka 200 studio lagi dalam tempoh dua tahun akan datang.

Pengasas Removery dan Mark Evans dari HEAL Partner berkata, “Elliott telah menjadi sebuah rakan kongsi yang hebat di Removery dan kami amat teruja untuk membina di atas perhubungan yang kukuh ini melalui dana HEAL kami di masa depan.” Bagi pihak Elliott, Isaac Kim berkata, “Kami gembira dengan Perhubungan Strategik ini dengan pasukan HEAL. Kami percaya tumpuan HEAL untuk membawa kepakaran operasi dan pelaburan pertumbuhan susulan ke dalam model-model perniagaan yang kukuh, yang kebanyakannya telah diwujudkan oleh pasukan itu, adalah benar-benar dibezakan. Kerjasama kami melalui Removery menekankan keyakinan kami terhadap pendekatan pengurusan aktif HEAL dan keupayaan untuk menjana aliran urus niaga yang ketara.”

Rakan Pelaburan HEAL ialah Mark Evans dan Chris Chambers dari Normanby Capital, Peter Chapman dan Martin Dalgleish dari Asia Principal Capital dan Martin Robinson.

HEAL PARTNERS MENGUMUMKAN PERHUBUNGAN STRATEGIK DENGAN ELLIOTT INVESTMENT MANAGEMENT DAN MELANCARKAN DANA PERTUMBUHAN II BERNILAI AS$500M - MENUTUP DANA I YANG TERLEBIH LANGGANAN

Friday, April 1, 2022

UMIT CIFTCI DILANTIK SEBAGAI PENGURUS PEMBANGUNAN PERNIAGAAN SERANTAU UNTUK TURKI

TEMECULA, Calif., 1 April  (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Kumpulan Tenaga Bersih & Gas Industri (“Kumpulan”) bagi Nikkiso Cryogenic Industries yang merupakan sebahagian daripada kumpulan syarikat Nikkiso Co., Ltd (Jepun), berbesar hati untuk mengumumkan bahawa Umit Ciftci telah dilantik sebagai Pengurus Pembangunan Perniagaan Serantau untuk Turki dan kawasan sekitarnya.

Berpangkalan di Istanbul Turki, beliau akan bertanggungjawab ke atas barisan produk penuh Kumpulan, dan akan melaporkan kepada Ole Jensen, NCE&IG GmbH Jerman.

Umit menerima ijazah dalam Kejuruteraan Pengurusan, yang memberikan latar belakang yang kukuh dalam kejuruteraan serta perniagaan dan kewangan. Beliau mempunyai lebih 25 tahun pengalaman dalam Compressed Air dan menyandang pelbagai jawatan termasuk jurutera jualan, pemasaran dan pengurus barisan perniagaan di Turki dan Pengurus Pembangunan Perniagaan di UAE untuk Atlas Copco.

UMIT CIFTCI DILANTIK SEBAGAI PENGURUS PEMBANGUNAN PERNIAGAAN SERANTAU UNTUK TURKI

TOSHIBA ELECTRONIC DEVICES & STORAGE MENGELUARKAN MOSFET KUASA SALURAN N 150V YANG MENGGUNAKAN PROSES GENERASI TERKINI UNTUK MENINGKATKAN KECEKAPAN BEKALAN KUASA

AsiaNet 95230


KAWASAKI, Jepun, 1 April, 2022 /Kyodo JBN-AsiaNet/--
 
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”) telah melancarkan sebuah MOSFET kuasa saluran N 150V “TPH9R00CQH” (https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/semiconductor/product/mosfets/12v-300v-mosfets/detail.TPH9R00CQH.html) yang menggunakan proses generasi terkini (*1), “U-MOSX-H,” dan yang sesuai untuk digunakan di dalam menukar bekalan kuasa bagi peralatan industri -- termasuk yang digunakan di dalam pusat-pusat data dan stesen pangkalan komunikasi. Penghantaran bermula pada 31 Mac.

Foto: https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M107097/202203249042/_prw_PI1fl_As0mw3xi.jpg

 
TPH9R00CQH mempunyai rintangan pada sumber saliran kira-kira 42% lebih rendah berbanding dengan TPH1500CNH, sebuah produk 150V yang menggunakan proses generasi semasa, U-MOSVIII-H. Pengoptimuman bagi struktur MOSFET baharu itu telah menambah baik tukar ganti (*2) di antara rintangan pada sumber saliran dan dua ciri-ciri cas (*3), sekali gus merealisasikan ciri-ciri kehilangan rendah yang sangat baik. Selain itu, voltan pancang di antara saliran dan sumber semasa operasi pensuisan dikurangkan, membantu untuk mengurangkan gangguan elektromagnet (EMI) dalam pensuisan bekalan kuasa. Dua jenis pakej pelekap permukaan tersedia: SOP Advance dan SOP Advance (N) yang lebih popular.

Toshiba juga menawarkan peranti yang menyokong reka bentuk litar untuk menukar bekalan kuasa. Di samping model G0 SPICE, yang boleh mengesahkan fungsi litar dalam masa yang singkat, model G2 SPICE yang sangat tepat itu, yang menghasilkan semula ciri-ciri sementara dengan tepat, kini tersedia.

Toshiba akan memperluaskan barisan MOSFET kuasa mereka yang meningkatkan kecekapan bekalan kuasa peralatan dengan mengurangkan kehilangan, membantu untuk mengurangkan penggunaan kuasa.

Nota:
(*1) Tinjauan Toshiba setakat Mac 2022.
(*2) Produk itu telah menambah baik cas suis x get rintangan pada sumber saliran sebanyak kira-kira 20% dan cas x output rintangan pada sumber saliran sebanyak kira-kira 28% berbanding dengan produk semasa TPH1500CNH (siri U-MOSVIII-H).
(*3) Caj suis get dan cas output
 
Penggunaan
- Bekalan kuasa untuk peralatan komunikasi
- Menukar bekalan kuasa (penukar DC-DC berkecekapan tinggi, dsb.)
 
Ciri-ciri
- Ciri-ciri kehilangan rendah yang sangat baik.
(tukar ganti di antara rintangan dan cas suis get dan cas output)
- Rintangan rendah: RDS(ON)=9.0miliohm (maksimum) @VGS=10V
- Penarafan suhu saluran tinggi: Tch (maksimum)=175C
 
Spesifikasi Utama:
https://kyodonewsprwire.jp/attach/202203249042-O1-spr94552.pdf
 
Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu itu, TPH9R00CQH:
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/semiconductor/product/mosfets/12v-300v-mosfets/detail.TPH9R00CQH.html
 
Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai MOSFET Toshiba:
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/semiconductor/product/mosfets.html
 
Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut tentang model SPICE yang sangat tepat (model G2):
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/semiconductor/knowledge/highlighted-contents/articles/simulating-the-transient-characteristics-of-mosfet-more-accurately.html
 
Untuk menyemak ketersediaan bagi produk baharu itu, TPH9R00CQH, di pengedar dalam talian, sila layari dan beli secara dalam talian:
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/semiconductor/where-to-buy/stockcheck.TPH9R00CQH.html
 
Nota:
* Nama syarikat, nama produk dan nama perkhidmatan lain adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.
* Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
 
Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation, sebuah pembekal terkemuka bagi penyelesaian semikonduktor dan penyimpanan termaju, menggunakan lebih dari setengah abad pengalaman dan inovasi untuk menawarkan kepada pelanggan dan rakan perniagaan dengan produk semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD yang terunggul.

Seramai 22,000 orang pekerja syarikat itu di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk, dan menggalakkan kerjasama erat dengan pelanggan dalam penciptaan bersama bagi nilai dan pasaran baharu. Dengan jualan tahunan kini melebihi 710 bilion yen (AS$6.5 bilion), Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation berharap dapat membangun dan menyumbang kepada sebuah masa depan yang lebih baik bagi semua orang di mana sahaja.

Dapatkan maklumat lanjut di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html
 
 
Sumber: Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation 

Univar Solutions Menyelesaikan Pengambilalihan Perniagaan Lavo Bulk di Kanada

Transaksi ini mengukuhkan kehadiran syarikat di Kanada Timur serta memperluas penyelesaian dan keupayaan kimia yang saling melengkapi untuk...