Friday, April 2, 2021

ANALYTICA MENGUMUMKAN PERLUASAN PENYELESAIAN KESIHATAN PELVIS PERICOACH® KE DALAM CHINA

 • PeriCoach akan diedarkan melalui rangkaian pusat jagaan pascapartum, hospital, rangkaian farmasi dan platform dalam talian yang diservis oleh rakan kerjasama usaha sama yang meluas.

• Usaha sama juga akan memanfaatkan rangkaian 30,000 klinisian yang meluas di 100 bandar untuk mengedarkan PeriCoach di China.
• Perjanjian dibina atas kerjasama pengagihan di Timur Tengah yang sedia ada Analytica untuk memudahkan pertumbuhan dan pengeluaran PeriCoach di pasaran antarabangsa.
• Percubaan klinikal mengesahkan rawatan PeriCoach tanpa pengawasan adalah setara dengan terapi fizikal lantai pelvis di klinik untuk rawatan inkontinens urinari tekanan, pada kos yang lebih rendah.
• PeriCoach memberikan penyelesaian yang cekap kos untuk meningkatkan kualiti kehidupan, mengurangkan beban penjagaan dan mengurangkan perbelanjaan pad inkontinens dalam populasi pascapartum dan penuaan.
 
BRISBANE, Australia, 1 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Analytica Limited (ASX:ALT), Pengeluar dari Australia bagi sistem senaman lantai pelvis PeriCoach untuk rawatan inkontinens urinari tekanan. telah memasuki perjanjian usaha sama (JV) untuk mengeluarkan, mengedarkan, dan memasarkan sistem ini di China, Macau, Hong Kong dan Taiwan. Analytica bekerjasama dengan Hebei NACOL Bio-Technology Co., Ltd (Nacol) dan Shijiazhuang Biosphere Pty Ltd (Biosphere) yang berpangkalan di Wilayah Hebei.

Pemegang saham utama Nacol termasuk dua syarikat pengeluaran pengedaran perubatan Cina yang sangat berpengalaman iaitu Heibei Aineng Biological Technology Co., Ltd dan Shijiazhuang YST Medical Supplies Co. Ltd.

JV ini akan mendaftarkan PeriCoach dengan Pentadbiran Makanan dan Ubat China (CFDA) sebagai peranti perubatan kelas II. Dengan kelulusan CFDA, PeriCoach boleh menjadi rawatan preskripsi dengan meliputi rangkaian hospital di kawasan China Utara sebagai permulaan.

Pengembangan ke China akan menyokong pengedaran PeriCoach kepada pasaran pemulihan pascapartum yang semakin berkembang pesat dan pasaran pencegahan tahap awal warga emas kerana satu daripada tiga wanita di seluruh dunia mengalami inkontinens urinari tekanan. Perjanjian ini akan melanjutkan lagi strategi Analytica untuk membawa PeriCoach kepada pasaran global, membina pada pertumbuhan di Timur Tengah dengan rakan kerjasama Motion Egypt LLC, dan mendapatkan rakan kerjasama lain di Amerika Utara, Eropah dan Asia Tenggara di luar China.

PeriCoach terdiri daripada peranti perubatan, aplikasi telefon pintar dan PeriVault, pangkalan data latihan otot lantai pelvis terbesar di dunia. PeriCoach merangkumi teknologi panduan teknik biomaklum balas yang membantu wanita melakukan senaman lantai pelvis dengan betul, juga dikenali sebagai senaman “Kegel”, semasa peranti dan aplikasi digunakan. Data dunia nyata daripada pesakit¹ PeriCoach menunjukkan bahawa hampir 60% wanita tidak tahu cara untuk menggunakan otot tersembunyi ini apabila mereka menggunakan peranti buat kali pertama. Panduan teknik PeriCoach bermaksud “Kegel” boleh dilakukan dengan betul dan yakin oleh mana-mana wanita dalam privasi rumahnya sendiri.

Percubaan klinikal²,³ bebas, disemak semula rakan setara (peer-reviewed), dirawakkan terkawal baru-baru ini yang dilakukan oleh University of New Mexico dan diterbitkan di Journal of Female Pelvic Medicine & Reconstructive Surgery menyimpulkan sistem biomaklum balas PeriCoach, tanpa arahan formal, bukan inferior dan setaraf dengan terapi fizikal lantai pelvis di klinik dalam pusat kecemerlangan lantai pelvis, menjadikan sistem ini bentuk rawatan yang paling cekap kos⁴ untuk inkontinens urinari tekanan dan campuran. Tonton Video di sini.

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/1d7fc4b0-f47e-4dae-819d-b5db59eb359f

Buat masa ini dikeluarkan di Australia, rangkaian pengeluaran PeriCoach baharu untuk pasaran Cina hanya terletak di Zon Perdagangan Bebas Shijiazhuang dan akan disenaraikan sebagai salah satu projek utama dalam zon perdagangan bebas dan zon teknologi tinggi.

PeriCoach akan diedarkan melalui rangkaian hospital dan organisasi pascapartum meluas sedia ada yang diberikan perkhidmatan oleh rakan kerjasama JV. Rakan kerjasama JV telah bekerjasama dengan platform perkhidmatan penjagaan pascapartum di China dengan liputan sebanyak 100 bandar dan lebih daripada 30,000 profesional klinikal.

Di China, 15 juta bayi dilahirkan setiap tahun.⁵ Dengan pertumbuhan ekonomi moden yang pantas, industri pemulihan pascapartum telah meningkat kepada 3.95bn yuan setahun (US$608J) pada tahun 2018, dengan kadar pertumbuhan tahunan kompaun 43.9%.⁶

Selain itu, China, seperti negara Barat, mempunyai populasi menua yang antaranya 31% wanita lebih berusia mengalami inkontinens urinari, tetapi hanya 25% daripada mereka mendapatkan bantuan perubatan.⁷ JV melihat peluang kesihatan awam yang besar untuk rawatan konservatif bagi inkontinens dalam kalangan wanita berumur 50-70 tahun, mengurangkan impak kualiti kehidupan berserta beban ekonomi jangka panjang bagi penjagaan warga emas.

CEO Aineng, Encik LanJu Xu, akan mengetuai JV ini dan mengomen: “Kami mempunyai keyakinan yang kukuh dalam keupayaan R&D Analytica dan percaya bahawa Analytica dan Nacol boleh memanfaatkan kelebihan satu sama lain daripada Usaha Sama ini dan mencapai situasi menang-menang. Dengan menggabungkan teknologi Analytica yang terkemuka dan sumber industri meluas Nacol di China, kami menanti-nantikan untuk menyaksikan PeriCoach memasuki pasaran besar ini.”

Encik Xu mempunyai latar belakang yang kukuh dalam peranti dan bahan perubatan, termasuklah rekod prestasi bagi kelulusan 17 peranti perubatan kelas II dan telah melengkapkan percubaan klinikal bagi dua peranti perubatan kelas III. Beliau juga merupakan Ketua Pasukan untuk Program Penyelidikan & Pembangunan (R&D) Utama bagi Kementerian Sains dan Teknologi di China, yang dikendalikan oleh empat universiti terkemuka dan salah satu daripada tiga hospital teratas di China. Selain itu, Encik Xi ialah ketua Pusat R&D bahan perubatan di Universiti Nankai.

Pengerusi Analytica Ltd, Dr Michael Monsour, berkata: “Memasuki pasaran China dengan pengendali yang lincah dan berpengalaman ialah pencapaian utama untuk Analytica. China sedang menerajui dunia dalam mengiktiraf keperluan penjagaan pascapartum yang berkesan dan menghadapi cabaran untuk menjaga populasi penuaan mereka yang besar melalui penggunaan sistem PeriCoach untuk membantu wanita mengurus inkontinens. PeriCoach ialah penyelesaian cekap kos yang terbukti yang akan menambah baik kualiti kehidupan dan mengurangkan beban penjagaan untuk wanita dengan ketara. Kami menanti-nantikan penerokaan berterusan bagi pilihan strategik kami untuk mengembangkan ketersediaan PeriCoach secara global.”

Baru-baru ini, Analytica telah memindahkan operasi pengeluarannya di Australia dan sedang mencari peluang untuk mewujudkan semula jualan dalam talian di AS, UK/Ireland, Australia dan New Zealand pada masa akan datang. PeriCoach memiliki kelulusan USFDA 510(k), pendaftaran ARTG Australia dan tanda CE.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: investorrelations@analyticamedical.com

Untuk maklumat lanjut tentang Sistem PeriCoach, lawati: www.PeriCoach.com

Untuk maklumat lanjut tentang Analytica, lawati: www.AnalyticaMedical.com


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14422

DIGITAL EDGE AKAN MEMPERLUASKAN PLATFORM KEHADIRAN DI KOREA SELATAN

Memperoleh dua pusat data di Korea Selatan dan membentuk satu pakatan strategik jangka panjang dengan Sejong Telecom

SINGAPURA, 1 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Digital Edge (Singapura) Holdings Pte. Ltd. (“Digital Edge” atau “Syarikat” itu), sebuah platform pusat data terkemuka, yang ditubuhkan untuk mengubah infrastruktur digital di Asia dan disokong oleh Stonepeak Infrastructure Partners, hari ini mengumumkan rancangan untuk memperluaskan kehadiran serantau mereka ke Korea Selatan dengan memeterai satu perjanjian muktamad untuk memperoleh aset pusat data Sejong Telecom dalam satu urus niaga semua tunai. Pada penutupan, Digital Edge akan memperoleh sebuah pusat data di Gangnam, Seoul dan sebuah kemudahan Stesen Pendaratan Kabel di Bandar raya Centum, Busan. Penambahan aset-aset strategik ini, termasuk operasi dan pelanggan mereka yang berkaitan, menandakan kemasukan awal Syarikat itu ke pasaran Korea dan memperkukuhkan lagi platform serantau mereka.

Urus niaga ini akan membolehkan Digital Edge untuk dengan serta merta menawarkan penyelesaian antara sambung dan pusat data di pasaran Korea yang berkembang pesat dan mewujudkan satu asas kukuh untuk pengembangan masa depan di dua metro utama – Seoul dan Busan. Pusat-pusat data Sejong Telecom terletak di lokasi strategik dan membawa banyak pilihan penyambungan daripada pelanggan yang sedia ada. Digital Edge merancang untuk melabur modal tambahan bagi mengembangkan kapasiti dan meningkatkan kecekapan tenaga bagi kedua-dua kemudahan tersebut. Di antara urus niaga itu dan pengembangan seterusnya, Digital Edge menjangka akan melabur lebih AS$120 juta.

Untuk sekian lama, penyedia perkhidmatan awan, kandungan, dan rangkaian global telah menyatakan satu keinginan yang kuat untuk pilihan antara sambung yang lebih fleksibel dan menjimatkan kos di pasaran Korea. Sebagai sebahagian daripada urus niaga itu, Sejong Telecom dan Digital Edge telah juga memasuki satu perkongsian strategik jangka panjang untuk membawa produk dan perkhidmatan yang berinovatif ke tempat pasaran bagi memenuhi jangkaan bagi kedua-dua pelanggan domestik dan antarabangsa.

“Dengan komitmen modal AS$1 bilion kami untuk membina Platform Edge Digital di Asia, kami sangat teruja untuk mengumumkan rancangan untuk memasuki pasaran Korea, berikutan pelaburan awal kami di pusat-pusat data di Jepun. Korea adalah satu daripada pasaran yang paling pesat berkembang di Asia dengan infrastruktur digital yang paling maju,” kata Samuel Lee, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Digital Edge. “Urus niaga ini menyediakan satu peluang besar bagi syarikat-syarikat multinasional, dan juga perniagaan Korea, untuk memanfaatkan platform Digital Edge bagi meningkatkan jejak digital mereka di Korea dengan saling berhubungan dengan sebuah ekosistem yang kaya bagi pelanggan dan rakan di semua kemudahan utama di Seoul dan Busan.”

“Perkongsian kami dengan Digital Edge akan mempercepatkan lagi peluang-peluang transformasi digital untuk pelanggan perusahaan Korea,” kata Yoo Ki-yoon, Presiden bagi Sejong Telecom. “Kami berharap dapat menggabungkan akses kepada platform pusat data antara sambung Digital Edge yang kaya dengan sambungan rangkaian lanjutan Sejong Telecom untuk menawarkan satu penyelesaian yang dibolehkan awan dan rangkaian yang lebih luas.”

“Pengambilalihan bagi aset strategik ini di Korea Selatan akan membentuk satu teras kukuh bagi platform serantau kami yang semakin matang,” kata Yongsuk Choi, Ketua Pegawai Operasi Pusat Data dan Infrastruktur bagi Digital Edge. “Ia akan menempatkan Digital Edge sebagai sebuah pusat data dan penyedia perkhidmatan antara sambung yang boleh dipercayai dan boleh diharapkan di Korea Selatan, dengan aset berkualiti tinggi dari Seoul ke Busan dan sebuah ekosistem yang besar dan pelbagai bagi perniagaan Korea dan multinasional. Selain itu, ia membuka pintu masuk utama bagi seluruh Asia melalui sistem kabel dasar laut di kawasan Busan.”

Urus niaga itu dijangka ditutup pada suku kedua 2021 dan adalah tertakluk kepada syarat-syarat penutupan lazim dan kelulusan badan kawal selia.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14418


Thursday, April 1, 2021

MEMPERKUKUHKAN DASAR EKONOMI PERPADUAN SOSIAL DI ASIA - BENGKEL MEMBINA KEUPAYAAN BERJAYA DIADAKAN




SEOUL, Korea Selatan, 1 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO, Ketua Pengarah Guy Ryder), Kementerian Pekerjaan dan Buruh (MOEL, Menteri Lee Jae-Kap), Republik Korea, dan Agensi Penggalakan Perusahaan Sosial Korea (KoSEA, Presiden Kim-InSun) telah dengan jayanya mengadakan ‘Dasar Memperkukuhkan Ekonomi Perpaduan Sosial (SSE) di Asia - Bengkel Membina Keupayaan’ dari 29 hingga 31 Mac.

Bengkel itu merupakan sebahagian daripada Projek ‘Memperkukuhkan Dasar Ekonomi Sosial dan Perpaduan di Asia’ yang dijalankan melalui satu perjanjian bersama pada 5 September, 2019 di antara ILO dan MOEL.

ILO memberi tumpuan kepada peranan dan kepentingan penciptaan pekerjaan yang baik dan SSE dan menandatangani satu perjanjian bersama dengan MOEL, Korea. Projek itu berterusan dari tahun 2019 sehingga 2021, yang terdiri daripada kajian pemetaan (perbandingan) bagi enam negara Asia, satu persidangan akademik antarabangsa, dan bengkel membina keupayaan.

Program itu adalah untuk memahami cabaran-cabaran SSE pasca-COVID-19 oleh amalan dan kes-kes dasar di Asia terutama berhubung COVID-19, ekonomi tak formal, dan kawasan luar bandar, meningkatkan keupayaan pihak berkepentingan dan membangunkan sebuah rangkaian.

38 orang profesional termasuk orang dalam kerajaan dan usahawan sosial dari China, Indonesia, Jepun, Malaysia, Filipina, dan Korea telah menyertai bengkel itu.

Terutamanya, pihak berkepentingan dasar di Filipina, di mana satu pindaan dasar bagi peringkat nasional sedang berlangsung berhubung SSE, mengambil bahagian di dalam bengkel itu dan mempunyai peluang untuk mempelajari mengenai pengalaman SSE Korea.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14416

MALABAR GOLD & DIAMONDS BERHUBUNG PENGEMBANGAN, DIJADUAL AKAN MEMBUKA 56 KEDAI

Sebuah bilik pameran bagi Malabar Gold & Diamonds yang baharu dibuka, rantaian runcit emas dan berlian terkemuka (Foto: AETOSWire)


DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 2 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Malabar Gold & Diamonds, satu daripada rantaian runcit emas dan berlian terbesar, akan membuka 56 kedai dalam tahun kewangan 2021-22 - 40 di India dan 16 di luar negara, dengan anggaran pelaburan sebanyak USD 220 Juta, dan menjanakan 1,750 peluang pekerjaan baharu.

MALABAR GOLD & DIAMONDS BERHUBUNG PENGEMBANGAN, DIJADUAL AKAN MEMBUKA 56 KEDAI

RUSH GOLD MENANDATANGANI PERKONGSIAN UTAMA UNTUK MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN PEMBAYARAN EMAS BAGI PELBAGAI OPERATOR RANGKAIAN MUDAH ALIH MERENTASI 10 NEGARA ASEAN

SYDNEY, 30 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Rush Gold Global (Rush Gold), platform fintech berinovatif yang menyediakan akses digital kepada emas fizikal ke pasaran runcit dan perniagaan, telah menandatangani satu perkongsian baharu yang merangsangkan dengan ZAFA Group Sdn. Bhd. yang berpangkalan di Malaysia untuk membawa simpanan dan pembayaran emas kepada Operator Rangkaian Mudah Alih (MNO) merentasi rantau ASEAN.

Perjanjian Rush Gold dengan ZAFA Group Sdn. Bhd. yang berpangkalan di Malaysia akan membolehkan MNO merentasi 10 buah negara ASEAN untuk menawarkan perkhidmatan pembayaran emas menggunakan emas sebagai satu mata wang biasa. Model berasaskan telco ini telah membolehkan aplikasi super seperti m-Pesa untuk menguasai sebahagian besar Afrika. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14406

"FREE2MOVE ESOLUTIONS": NAMA BAGI USAHA SAMA DI ANTARA STELLANTIS DAN ENGIE EPS UNTUK MEWUJUDKAN SEBUAH PENYEDIA BAHARU YANG TERKEMUKA DI DUNIA BAGI PRODUK & PERKHIDMATAN E-MOBILITI

 PARIS & TURIN, Itali, 1 April (Bernama-BUSINESS WIRE) --


Berita Berperaturan:

Dalam satu langkah penting ketika mereka bergerak ke arah penyiapan bagi Usaha Sama mereka seperti yang diumumkan pada 26 Januari 2021, Stellantis dan Engie EPS (Paris:EPS) hari ini mengumumkan komposisi bagi Lembaga Pengarah dan nama korporat bagi entiti baharu itu:

Free2Move eSolutions mempunyai cita-cita untuk menyokong dan memudahkan peralihan kepada mobiliti elektrik dengan menawarkan penyelesaian elektrik yang berinovatif dan disesuaikan bagi kedua-dua pelaku persendirian dan perniagaan bagi rantaian nilai itu.

Satu peranan aktif dalam menyumbang kepada mobiliti yang berpatutan dan bersih

Melalui satu perjalanan digital dan lancar merentasi semua barisan produk, skop bagi aktiviti Free2Move eSolutions akan mencakupi daripada infrastruktur pengecasan (pemasangan, servis dan operasi), langganan pengecasan awam dan kediaman dengan bayaran bulanan, sehingga kepada pengurusan kitaran hayat bateri dan perkhidmatan tenaga lanjutan seperti penyelesaian pengurusan penyepaduan dan tenaga Kenderaan-ke-Grid (V2G) untuk mengurangkan jumlah kos bagi pemilikan kenderaan.

Usaha sama itu di antara Stellantis dan Engie EPS akan memudahkan akses kepada e-mobiliti dan akan melengkapkan portfolio semasa Free2Move, dengan satu set baharu bagi tawaran 100% yang dikhususkan untuk mobiliti elektrik

Free2Move (sebahagian daripada Kumpulan Stellantis) adalah sebuah syarikat teknologi mobiliti, yang ditubuhkan pada tahun 2016, di mana objektifnya adalah untuk memudahkan dan menjamin mobiliti bagi kedua-dua pelanggan persendirian dan perniagaan dengan penyelesaian yang disesuaikan kepada semua keperluan, di mana sahaja dan pada bila-bila masa dari 1 jam, 1 hari, sehingga kepada 1 bulan atau lebih, melalui satu platform tunggal. Ia juga menyediakan penyelesaian yang menyokong peralihan tenaga dan pengurusan armada bagi kalangan profesional.

Syarikat baharu itu ditubuhkan di peringkat global dan disokong oleh sebuah pasukan yang mempunyai kemahiran yang tinggi dan pengetahuan khusus, untuk mereka, membangun, menghasil, mengedar dan menjual penyelesaian mobiliti elektrik yang mudah dan berinovatif merentasi Eropah, dengan potensi dan satu rancangan untuk pengembangan antarabangsa di masa hadapan.

Lembaga Pengarah bagi Free2Move eSolutions

Lembaga Pengarah bagi Free2Move eSolutions akan terdiri daripada enam orang ahli, tertakluk kepada penutupan urus niaga itu. Roberto Di Stefano, yang mewakili Stellantis, akan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif, dan Carlalberto Guglielminotti, yang datang dari Engie EPS dan Pemimpin Global Muda 2020 bagi Forum Ekonomi Dunia, akan menjadi Pengerusi. Anggota lain bagi Lembaga Pengarah itu ialah Brigitte Courtehoux (Ketua Pegawai Eksekutif bagi Jenama Free2Move dan ahli bagi Jawatankuasa Eksekutif Global Stellantis) dan Davide Mele (Timbalan Ketua Pegawai Operasi Diluaskan Eropah) dari Stellantis, bersama Luigi Michi (sebelum ini Ketua bagi Strategi dan Sistem Operasi di Terna dan Naib Presiden Eksekutif di Enel) dan Giovanni Ravina (Ketua Pegawai Inovasi) yang mewakili Engie EPS.

Setelah memperoleh semua kelulusan antitrust, penyiapan bagi usaha sama itu dijangka berlaku pada suku kedua tahun 2021.

Maklumat mengenai Engie EPS

Engie EPS adalah syarikat teknologi dan industri di dalam kumpulan ENGIE, yang mengembangkan teknologi untuk merevolusikan paradigma di dalam sistem tenaga global ke arah sumber tenaga yang boleh diperbaharui dan mobiliti elektrik. Disenaraikan di pasaran terkawal Euronext Paris (EPS.PA), Engie EPS membentuk sebahagian daripada indeks kewangan CAC® Pertengahan & Kecil dan CAC® Semua Boleh Niaga. Pejabat berdaftar mereka adalah di Paris, dengan penyelidikan, pengembangan dan pengeluaran terletak di Itali. Untuk maklumat lanjut: www.engie-eps.com.

ikuti kami di LinkedIn

Maklumat mengenai Stellantis

Stellantis adalah satu daripada pembuat kenderaan terkemuka dunia dan sebuah penyedia mobiliti, yang dipandu oleh satu visi yang jelas: untuk menawarkan kebebasan pergerakan dengan penyelesaian mobiliti yang tersendiri, berpatutan dan boleh dipercayai. Sebagai tambahan kepada warisan Kumpulan itu yang kaya dan kehadiran geografi yang luas, kekuatan terbesar mereka terletak di dalam prestasi lestari, kedalaman pengalaman dan bakat-bakat pekerja mereka yang pelbagai yang bekerja di seluruh dunia. Stellantis akan memanfaatkan portfolio jenama mereka yang luas dan ikonik, yang telah diasaskan oleh peramal yang menyemai yang tersohor itu dengan keghairahan dan semangat bersaing yang dapat berbicara kepada pekerja dan pelanggan. Stellantis bercita-cita untuk menjadi yang terhebat, bukan yang terbesar sambil mencipta nilai tambah bagi semua pihak berkepentingan dan juga komuniti di mana ia menjalankan operasi.

Twitter: @Stellantis | Facebook: Stellantis | LinkedIn: Stellantis | YouTube: Stellantis

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210331005421/en/

Hubungi

Engie EPS
Hubungan Media
Pejabat Media: Simona Raffaelli, Image Building, +39 02 89011300, eps@imagebuilding.it
Komunikasi Korporat dan Institusi: Cristina Cremonesi, +39 345 570 8686, ir@engie-eps.com

Stellantis
Hubungan Media

Marco Belletti, +39 334 6004837, marco.belletti@stellantis.com

Sumber : ENGIE EPS

PENYELESAIAN AWAN PERIBADI SYNCHRONOSS DIPILIH UNTUK PENYEPADUAN DALAM TAWARAN PERLINDUNGAN PERANTI PENGGUNA ALLSTATE PROTECTION PLANS

Kebolehan untuk melindungi kedua-dua peranti dan kandungan akan meningkatkan kesetiaan pelanggan dan mengukuhkan perhubungan pelanggan

BRIDGEWATER, N.J., 31 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. (NASDAQ: SNCR), peneraju global dan pembawa pembaharuan bagi penyelesaian awan, hari ini mengumumkan Allstate Protection Plans telah memilih penyelesaian Awan Peribadi Synchronoss untuk disepadukan dalam tawaran pelan perlindungan peranti terpilih. Tambahan awan peribadi akan memberi pelanggan global keupayaan untuk menyandarkan dan mengurus aset digital yang berharga mereka – kenalan, foto, video, muzik, dokumen, mesej dan banyak lagi – daripada sebarang peranti Android atau iOS yang dilindungi.

Jeff Miller, Presiden dan CEO Synchronoss, berkata bahawa beliau amat teruja bahawa dua organisasi ini akan bekerjasama. “Peranti mudah alih berfungsi sebagai repositori untuk kebanyakan data peribadi dan dokumen penting kami dan keupayaan untuk menyandarkan dan melindungi kandungan ini secara mudah amat penting kepada pelanggan,” kata beliau. “Kami tidak sabar untuk bekerjasama dengan Allstate Protection Plans untuk membantunya dalam memanfaatkan kesemua penyelesaian yang boleh ditawarkan Awan Peribadi Synchronoss termasuk kefleksibelan untuk menambahkan perkhidmatan nilai tambahan yang lain dengan pantas.”

Selain membuat sandaran kandungan secara automatik berdasarkan keutamaan pelanggan, awan peribadi yang dikuasakan Synchronoss memberi pelanggan pelan perlindungan peranti beberapa cara untuk mengatur dan berinteraksi dengan kandungan mereka dengan mudah, termasuklah:
  • Slaid pembentangan imbas kembali, sorotan dan segera yang menunjukkan kandungan dalam format yang hebat dan menarik
  • Ciri pengeditan dan perkongsian foto yang membenarkan pengguna meningkatkan ciri dan berkongsi memori dengan rakan dan keluarga
Allstate Protection Plans dibeli oleh pelanggan daripada pelbagai saluran, termasuk peruncit utama, operator global, dan secara terus daripada syarikat.

Karl Wiley, Presiden dan CEO Allstate Protections Plans, berkata penambahan awan peribadi ke dalam berkas perlindungan peranti memberikan syarikat kapasiti untuk melindungi seluruh hubungan pelanggan – daripada peranti kepada kandungan – dan akan membantu untuk meningkatkan kepuasan pelanggan dan membina kesetiaan jenama. “Sebagai salah satu pelindung utama telefon mudah alih, komputer riba, tablet dan elektronik pengguna yang lain, kami memahami peranan penting yang dimainkan peranti dalam kehidupan seharian kami. Menambahkan keupayaan kaya ciri Awan Peribadi Synchronoss untuk memilih tawaran perlindungan peribadi bermaksud kami kini dapat melindungi keseluruhan ekosistem mudah alih pelanggan. Keupayaan yang dipertingkat ini bermakna hubungan yang lebih menyeluruh dengan pelanggan kita.” ujarnya.

Penyelesaian awan peribadi Synchronoss telah digunakan oleh pengendali mudah alih dan syarikat lain di seluruh dunia untuk menyampaikan tahap nilai yang tinggi kepada pelanggan mereka dan memacu pendapatan baharu. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyelesaian awan Synchronoss, lawati synchronoss.com/solutions/cloud.

Perihal Synchronoss
Synchronoss mentransformasikan cara syarikat mencipta pendapatan baharu, mengurangkan kos dan menggembirakan pelanggan mereka dengan penyelesaian awan, pemesejan, dan digital yang menyokong jutaan pelanggan di seluruh dunia. Teknologi baharu yang selamat, boleh diskala dan berinovatif, perkongsian dipercayai, dan warga yang berbakat Synchronoss mengubah cara pelanggan TMT mengembangkan perniagaan mereka. Untuk maklumat lanjut, lawati kami di www.synchronoss.com.

Perihal Allstate Protection Plans
Allstate Protection Plans, diservis oleh SquareTrade, sebuah syarikat Allstate, ialah pembekal pelan perlindungan bertaraf tinggi yang dipercayai oleh jutaan pelanggan untuk perkhidmatan yang pantas dan cekap. Allstate Protection Plans tersedia untuk peranti mudah alih, elektronik, perkakas, perabot dan produk pengguna lain di peruncit utama dan pembawa secara antarabangsa.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14411

Univar Solutions Menyelesaikan Pengambilalihan Perniagaan Lavo Bulk di Kanada

Transaksi ini mengukuhkan kehadiran syarikat di Kanada Timur serta memperluas penyelesaian dan keupayaan kimia yang saling melengkapi untuk...