Wednesday, March 3, 2021

TOSHIBA MELANCARKAN ALAT KAWAL ATUR LDO NIPIS DAN PADAT YANG MEMBANTU UNTUK MENGURANGKAN SAIZ PERANTI DAN MENSTABILKAN OUTPUT TALIAN KUASA

 





Toshiba: Siri TCR5RG bagi 45 alat kawal atur LDO yang membantu untuk mengurangkan saiz peranti dan menstabilkan output talian kuasa. (Grafik: Business Wire)



TOKYO, 3 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation  (“Toshiba”) telah melancarkan “siri TCR5RG” bagi 45 alat kawal atur LDO, kesemuanya ditempatkan di dalam sebuah pakej WCSP4F yang nipis dan padat. Nisbah penolakan riak tinggi[2] yang terkemuka di dalam industri[1] bagi alat kawal atur LDO yang baharu membawa penstabilan kuasa yang dipertingkatkan kepada talian kuasa DC untuk peranti mudah alih, seperti sesuai dipakai. Penghantaran secara besar-besaran bermula hari ini.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20210302005519/en/

Siri TCR5RG itu menampilkan sebuah nisbah penolakan riak tinggi[2] yang terkemuka di dalam industri[1] bagi 100dB (jenis), yang dicapai dengan menggabungkan sebuah litar jurang lebar, sebuah turas laluan rendah yang hanya membenarkan frekuensi yang sangat rendah untuk melaluinya, dan sebuah amplifier pengendalian berkelajuan rendah, rendah bunyi. Mereka juga mempunyai ciri-ciri bunyi voltan output rendah dan ketepatan voltan output tinggi. Bersama-sama, ciri-ciri ini membolehkan alat kawal atur untuk menyumbang kepada penstabilan talian kuasa.

Barisan itu termasuk 45 produk dengan arus output maksimum 500mA, dan voltan output dalam julat 0.9V hingga 5.0V, yang membolehkan pengguna untuk memilih voltan output yang paling sesuai kepada penggunaan mereka.

Ditempatkan di dalam pakej WCSP4F yang nipis dan padat yang berukuran 0.645mm x 0.645mm, alat kawal atur LDO baharu itu adalah sesuai untuk penggunaan talian kuasa di dalam kamera dan peranti kecil seperti telefon pintar dan alat sesuai dipakai yang memerlukan pemasangan kepadatan tinggi.

Penggunaan
  • Sesuai dipakai (jam tangan pintar dan kamera aksi, dll.)
  • Mudah alih (telefon pintar, tablet dan pemain audio mudah alih, dll.)
  • Penjagaan kesihatan (pencukur elektrik, sphygmomanometer elektronik dan meter pengukur glukosa darah, dll.)
Ciri-ciri
  • Nisbah penolakan riak tinggi: R.R.=100dB (jenis) @f=1kHz
  • Voltan bunyi output rendah: VNO=5μVrms (jenis) @10Hz≤f≤100kHz
  • Ketepatan voltan output tinggi:
VOUT minimum/maksimum= -1.5/1.5% @1.8V≤VOUT≤2.8V, Tj= -40 hingga 85°C
VOUT minimum/maksimum= -1.8/1.8% @VOUT>2.8V, Tj= -40 hingga 85°C
  • Pakej WCSP4F nipis dan padat: 0.645 × 0,645mm (jenis), t=0.33mm (maksimum)

Table

 
Nota:
[1] Di antara alat kawal atur LDO dengan output maksimum 500mA, tinjauan Toshiba pada 2 Mac, 2021.
[2] Nisbah penolakan riak (R.R.) adalah sama dengan kadar penolakan bekalan kuasa (PSRR) yang ditunjukkan pada produk pengeluar lain.
[3] 45 produk. Nombor yang menunjukkan voltan output menjadi "xx".
[4] Kecuali arus tarik turun kawalan (ICT)

Ikuti pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk baharu itu.
TCR5RG series

Ikuti pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai alat kawal atur LDO Toshiba.
Alat kawal atur Ciciran Rendah (Alat kawal atur LDO)
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/semiconductor/product/power-management-ics/low-dropout-regulators-ldo-regulators.html
 
Untuk menyemak ketersediaan bagi produk baharu itu di pengedar dalam talian, sila layari: TCR5RGxxA
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/semiconductor/where-to-buy/stockcheck.TCR5RG.html

Pertanyaan Pelanggan
Jabatan Jualan & Pemasaran Peranti Isyarat Kecil
Tel: +81-3-3457-3411
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

* Nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.
* Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan bagi perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
 
Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
 
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak menjadi sebuah syarikat persendirian pada Julai 2017, syarikat itu telah mengambil tempatnya di kalangan syarikat peranti am yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan mereka di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.
 
Seramai 24,000 orang pekerja mereka di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk mereka, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan untuk menggalakkan penciptaan bersama bagi nilai dan pasaran baharu. Syarikat itu berharap untuk membina di atas jualan tahunan sekarang yang melebihi 750 bilion yen (AS$6.8 bilion) dan untuk menyumbang kepada suatu masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua.
Dapatkan maklumat lanjut mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210302005519/en/

Hubungi

Pertanyaan Media:
Chiaki Nagasawa
Jabatan Pemasaran Digital
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Tel: +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

SANGFOR TECHNOLOGIES MENGUMUMKAN PEMENANG BAGI ANUGERAH RAKAN GLOBAL 2020

 HONG KONG, 3 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sangfor Technologies adalah sebuah vendor Keselamatan Siber, Pengkomputeran Awan dan Pengoptimuman Rangkaian terkemuka, yang mempunyai lebih 6,000 orang pekerja di seluruh dunia di dalam dunia digital yang berubah dengan pantas ini. Sangfor sangat berbangga untuk mengumumkan pemenang bagi Anugerah Rakan Global Sangfor 2020, satu acara tahunan yang menghargai pencapaian rakan-rakan kongsi  Sangfor yang paling hebat dari seluruh dunia! Sangfor dan rakan-rakan kongsi mereka menawarkan pelbagai penyelesaian keselamatan, Cloud dan pengoptimuman bagi industri seperti kerajaan, kewangan, pembuatan, pendidikan, dan penjagaan kesihatan. Untuk satu penyelesaian yang dinamik, komprehensif dan berinovatif yang anda boleh percayai, perusahaan pintar memilih Sangfor.


Rakan-rakan kongsi Sangfor merupakan teras struktur perniagaan Sangfor, kerana mereka menawarkan pertumbuhan dan sokongan bersama, peningkatan yang tetap dan komprehensif berdasarkan kepada kes penggunaan daripada rakan-rakan kongsi di seluruh dunia, sokongan pemasaran dan bantuan untuk berjaya di dalam pasaran yang paling mencabar dan berkembang dengan pantas di dunia.

“Kita semua tahu tahun ini adalah sangat mencabar,” kata Jason Yuan, Naib Presiden bagi Pasaran Antarabangsa Sangfor, “tetapi tempoh ini entah bagaimana telah menghasilkan terbaik di dalam diri kita – atau setidak-tidaknya itulah apa yang pernah kita lihat dengan Rakan-rakan kongsi Sangfor pada tahun 2020. Kita telah melihat produk baru, inovasi, pertumbuhan dan perubahan, dan adalah penting untuk meluangkan sedikit masa untuk mengakui semua kejayaan itu di dalam satu tahun yang penuh cabaran.”

Pemenang Anugerah Rakan Global Sangfor 2020
  • Pengedar Terbaik: Pengedar yang berprestasi tinggi secara konsisten merentasi kategori produk.
    Pemenang:
          ○ TriTech Distribution Limited
          ○ CIPS Informatica
          ○ IT Depot Inc.
     
  • VAD Terbaik: Pengedar tambah nilai yang menyampaikan penyelesaian siap guna.
    Pemenang:
          ○ Homitech Joint Stock Company
          ○ ICOS S.p.A.
          ○ OGX Networks Sdn Bhd
          ○ PT. Festino Indonesia
     
  • Rakan Kongsi Emas Terbaik: Rakan Kongsi berharga yang konsisten dan lama komited kepada kejayaan bersama menerusi usaha gigih.
    Pemenang:
           ○ MSE DotNet Sdn Bhd
           ○ Preelion Technologies Sdn Bhd
           ○ Microware Limited
           ○ Xenus Technology Limited
           ○ Multisoft Limited
           ○ PT. Symcaw Solution Indonesia
           ○ Megaplus
           ○ ONE Consulting Co., Ltd.
           ○ PTC System (S) Pte Ltd
     
  • Rakan Kongsi Keselamatan Rangkaian Terbaik: Rakan Kongsi keselamatan rangkaian yang paling berjaya dan konsisten.
    Pemenang:
           ○ Vietnam Hong Wei Co., Ltd.
           ○ NS Distribution (M) Sdn Bhd
           ○ Amidas Hong Kong Limited
           ○ Supplier Development Asia Pacific Limited
           ○ PT. Sysware Indonesia
           ○ Hybrid Technologies
     
  • Rakan Kongsi Pengkomputeran Cloud Terbaik: Rakan Kongsi pengkomputeran Cloud yang paling berjaya dan konsisten.
    Pemenang:
          ○ Big Band Sdn Bhd
          ○ Data Alliance Sdn. Bhd.
          ○ Fuji Xerox (Hong Kong) Limited
          ○ Long Data Technology Limited
          ○ ITD Solutions SPA
          ○ Data2cloud
          ○ Be The First Co., LTD.
          ○ Total Information Management Corporation
          ○ Depth First Co., Ltd.
     
  • Rakan Kongsi Berkembang Paling Pantas: Rakan-rakan kongsi yang mengalami pertumbuhan monumental dalam satu jangka masa yang singkat.
    Pemenang:
           ○ Al Nahla Technologies
           ○ ActionLabs I.T. Services Phils. Corp.
     
  • Pelaku Industri Terbaik: Rakan-rakan yang berjaya di dalam industri khusus yang mereka pilih.
    Pemenang:
           ○ Macrologic Diversified Technologies, Inc.
           ○ Telekom Malaysia Berhad
           ○ MYI Technologies Sdn Bhd
           ○ PT. Gwen Tekno Pratama

Maklumat mengenai Sangfor Technologies Inc.

Sangfor Technologies adalah sebuah vendor terkemuka dunia, berasaskan APAC bagi penyelesaian infrastruktur IT yang mengkhususkan diri di dalam Keselamatan Rangkaian dan Pengkomputeran Cloud. Layari kami di www.sangfor.com untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penyelesaian Sangfor, dan biarkan Sangfor menjadikan IT anda lebih mudah, lebih selamat dan berharga.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210228005002/en/

Hubungi

Wilson Yek
wilson.yek@sangfor.com
639162409389

Sumber : Sangfor Technologies

Tuesday, March 2, 2021

TARIKAN PELABURAN GLOBAL BAGI PELABUHAN PERUSAHAAN TAHAP 1.5 YANG PERTAMA DI HAIKOU DILANCARKAN




HAIKOU, China, 2 Mac, 2021 /Xinhua-AsiaNet/--

 
Projek pelabuhan perusahaan tahap 1.5 yang pertama bagi Kawasan Baharu Haikou Jiangdong telah sepenuhnya melancarkan tarikan pelaburan mereka, menurut Haikou Jiangdong New Area Development and Construction Co., Ltd. Tarikan pelaburan itu akan memberi tumpuan kepada reka bentuk, pembiayaan, teknologi dan industri lain, dan dasar-dasar keutamaan yang sepadan akan tersedia bagi syarikat-syarikat yang telah memasuki pelabuhan itu.

Bandar raya Haikou, ibu kota bagi Wilayah Hainan, adalah tapak utama bagi pembangunan ekonomi wilayah tersebut. Projek pelabuhan perusahaan tahap 1.5 yang pertama itu (Fasa I) bagi Kawasan Baharu Haikou Jiangdong, satu daripada taman utama bagi Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan, akan digunakan pada April. Setakat ini, 21 syarikat reka bentuk seni bina terkenal telah menandatangani perjanjian hasrat untuk memasuki taman itu.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14307

WACANA "HAK-HAK GENERASI MASA DEPAN"

 KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) berbesar hati dengan kejayaan menganjurkan Wacana bertajuk “Hak-Hak Generasi Masa Depan (Discourse on the Rights of Future Generations). Program dalam talian ini telah memanfaatkan penyertaan pakar-pakar Perlembagaan, Syariah, Undang-Undang Antarabangsa, Hak Asasi, Ekonomi, aktivis Belia dan NGOs. Tema perbincangan ialah “Hak-Hak Generasi Masa Depan” atau “Kewajiban terhadap Generasi Akan Datang”.   


Wacana ini dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh YABhg. Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid, Pengerusi IKIM, yang mengingatkan keperluan berfikir tentang jaminan “Hak-Hak Generasi Akan Datang” dalam polisi, program dan aktiviti nasional.

Ucapan Tema “Hak-Hak Generasi Masa Depan” telah disampaikan oleh YBhg Datuk Emeritus Profesor Dr Shad Saleem Faruqi—Penyandang Kursi Tunku Abdul Rahman, Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya—yang menerangkan Generasi Masa Depan dalam konteks hak asasi, kemuliaan insan, keadilan yang merangkum pelbagai generasi, khilafatullah fi’l-ard, undang-undang antarabangsa, kerangka moden undang-undang antarabangsa dan perundangan Malaysia. “Hak-Hak Generasi Masa Depan” adalah ilmu baharu yang banyak manfaatnya.   

Oleh kerana tema “Hak-Hak Generasi Masa Depan” merangkum isu agama, syariah, ekonomi, pendidikan, budaya dan institusi, tujuh orang Pengulas pakar atau pengkhususan turut dijemput, iaitu:  

1. Yang Amat Arif Dato’ Setia Dr Haji Mohd Naʿim bin Haji Mokhtar (Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), yang membincangkan tentang keperluan menjamin capaian terbaik sistem keadilan yang dikuatkuasakan untuk generasi akan datang.

2. Tuan Haji Roslan bin Mat Nor (Timbalan Ketua, Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Pejabat Peguam Negara, Malaysia), yang menjelaskan tentang keperluan memelihara kerukunan masyarakat Malaysia dalam batasan Perlembagaan dan penguatkuasaan berintegriti perundangan sedia ada. 
 
3. Encik Jufitri bin Joha (Presiden, Majlis Belia Malaysia), yang membicarakan tentang keperluan jaminan masa depan menerusi pembangunan sebenar dan pendidikan sepanjang hayat, terutama untuk golongan belia.

4. Dato’ Ahmad Nazim bin Abdul Rahman (Pengarah Urusan (Asia Tenggara), Allied Investment Partners PJSC), yang menerangkan tentang keperluan kepada pengagihan kekayaan yang adil dan saksama, menerusi instrumen Indeks Kesejahteraan (Well-Being Index); upah dan gaji sektor swasta yang saksama; dan, galakan keusahawanan serta pembasmian pendapatan tanpa berusaha (unearned income or rent-seeking).

5. Tuan Haji Ir. Mohd Jamaludin bin Shamsudin (Chief Executive Officer, Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN), yang menegaskan keperluan kepada perpaduan dan kehidupan yang rukun dan damai antara pelbagai penganut agama, yang diurus-tadbir dengan baik (good governance).

Wacana ini menghargai bahawa idea “Hak-Hak Generasi Masa Depan” atau “Kewajiban terhadap Generasi Akan Datang” berupaya untuk menjadi instrumen dan model yang memberi perspektif baru dalam membina masa hadapan Malaysia yang lebih baik. Dasar dan polisi negara perlu mengambil kira kesan sesuatu rancangan dan projek terhadap generasi akan datang.
 
Unit Perhubungan Korporat
3 Mac 2021 / 19 Rejab 1442H
 

SUMBER : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) 

Monday, March 1, 2021

ALPHAWAVE IP DAN VERISILICON MENGEMBANGKAN KERJASAMA DENGAN PERJANJIAN PENJUAL SEMULA LANGGANAN EKSKLUSIF BERBILANG TAHUN BERNILAI $54J UNTUK PASARAN CHINA

TORONTO, 1 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Alphawave IP, peneraju dunia dalam penyelesaian IP ketersambungan berbilang standard, hari ini mengumumkan bahawa syarikat telah merundingkan perjanjian penjual semula langganan eksklusif bernilai $54J dengan VeriSilicon untuk pasaran China. Di bawah terma perjanjian, VeriSilicon akan menjadi penjual semula IP eksklusif Alphawave untuk keseluruhan portfolio IP Alphawave bagi seluruh pasaran China.


“Kejayaan di China memerlukan rakan kerjasama yang dihormati dan berskala penuh seperti VeriSilicon,” kata Tony Pialis, Presiden dan CEO Alphawave. “Wayne Dai dan pasukan beliau di VeriSilicon berjaya menetapkan diri mereka sebagai sebuah syarikat ASIC teratas di China, dan kami teruja untuk mengembangkan perhubungan kami dengan VeriSilicon melalui perjanjian langganan ini sementara kami terus mengembangkan perniagaan kami yang telah berjaya di China.”

“Tony Pialis dan pasukan beliau telah membina antara IP ketersambungan terbaik di dunia, dan dalam teknologi paling maju,” kata Wayne Dai, Pengerusi, Presiden dan CEO VeriSilicon. “Kami melihat permintaan yang besar untuk produk ketersambungan Alphawave merentasi keseluruhan pangkalan pelanggan peringkat satu kami di China. Bersama-sama, kami akan terus mengerahkan penyelesaian semikonduktor yang memenuhi keperluan pelanggan kami yang paling mencabar.”

Pengumuman ini datang selepas tahun yang mengujakan untuk Alphawave, yang merupakan tahun memecahkan rekod untuk Alphawave dalam setiap metrik kewangan – Tempahan, hasil, margin kasar dan EBITDA. “Pemenang sebenar di sini ialah pangkalan pelanggan peringkat satu kita yang bersama di China,” kata Pialis. “Mereka kini mempunyai akses kepada IP ketersambungan bertaraf dunia kita, dalam teknologi proses yang paling canggih tetapi disokong oleh perkhidmatan reka bentuk bertaraf dunia tempatan dan syarikat ASIC seperti VeriSilicon.”

Perihal Alphawave IP Inc.
Alphawave merupakan peneraju dunia dalam penyelesaian IP ketersambungan berbilang standard untuk semua peranti di dunia. Diasaskan di Toronto, Ontario, Kanada pada tahun 2017, Alphawave merupakan salah satu syarikat yang berkembang paling pantas dan paling menguntungkan dalam industri semikonduktor. Ketahui lebih lanjut di http://www.awaveip.com

Perihal VeriSilicon
VeriSilicon Microelectronics (Shanghai) Co., Ltd. (VeriSilicon, 688521.SH) komited untuk memberikan pelanggan dengan perkhidmatan silikon tersuai yang berdasarkan platform, serba boleh, sehenti dan perkhidmatan pelesenan IP semikonduktor dengan memanfaatkan IP semikonduktor syarikatnya. Di bawah model perniagaan "Platform Silikon sebagai Perkhidmatan" (SiPaaS) yang unik, bergantung pada portfolio IP menyeluruh, VeriSilicon boleh mencipta produk silikon daripada definisi untuk diuji dan dipakej dalam tempoh masa yang pendek, dan menyediakan produk alternatif semikonduktor yang berprestasi tinggi dan cekap kos untuk IDM, Fabless, vendor sistem (OEM/ODM) dan syarikat Internet besar, dan lain-lain. Perniagaan VeriSilicon merangkumi elektronik pengguna, elektronik automotif, komputer dan periferal, industri, pemprosesan data, Internet of Things dan aplikasi lain. VeriSilicon menyediakan pelbagai penyelesaian silikon tersuai, termasuk video berdefinisi tinggi, audio dan suara berdefinisi tinggi, Maklumat Hibur Di Dalam Kenderaan, pengawasan video, ketersambungan IoT, pusat data, dan lain-lain. Selain itu, VeriSilicon mempunyai lima jenis IP pemproses milik syarikatnya, iaitu GPU IP, NPU IP, VPU, DSP IP dan ISP IP, dan lebih daripada 1,400 IP dan IP FR analog dan isyarat campuran. Diasaskan pada tahun 2001 dan beribu pejabat di Shanghai, China, VeriSilicon mempunyai 6 pusat reka bentuk dan R&D di China dan Amerika Syarikat, serta 11 pejabat jualan dan perkhidmatan pelanggan di seluruh dunia. VeriSilicon mempunyai lebih daripada 1000 orang pekerja buat masa ini.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14304

​C3 AI DAN BAKER HUGHES AKAN MENYEDIAKAN PENYELESAIAN AI PERUSAHAAN UNTUK MEMPERCEPATKAN PROGRAM TRANSFORMASI DIGITAL PETRONAS

​· Baker Hughes dan C3 AI akan menyampaikan penyelesaian AI perusahaan BakerHughesC3.ai (BHC3)
· Penerapan bagi Suite AI BHC3 dan Kebolehpercayaan BHC3 oleh  PETRONAS akan dimulakan dengan aplikasi penyelenggaraan ramalan untuk turbin gas, pemampat, dan injap kawalan

REDWOOD CITY, Calif. & HOUSTON, 1 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE)-- C3 AI (NYSE: AI) dan Baker Hughes hari ini mengumumkan satu kerjasama kecerdasan buatan (AI) dengan PETRONAS, sebuah syarikat tenaga dan penyelesaian global dari Malaysia, untuk menerapkan teknologi BakerHughesC3.ai (BHC3) merentasi program transformasi digital strategik PETRONAS.

SANGFOR NGAF MENERIMA PENARAFAN 'AAA' DARI CYBERRATINGS.ORG DALAM FIREWALL PERUSAHAAN + SSL/TLS

HONG KONG, 1 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sangfor Technologies dengan bangganya mengumumkan penarafan AAA mereka di dalam Penilaian Produk Firewall Perusahaan + SSL/TLS CyberRatings.org 2021, yang dikeluarkan pada 18 Februari 2021. Sangfor NGAF menyediakan perlindungan dan kecekapan yang terbaik dalam kelasnya, dengan mencapai skor keberkesanan keselamatan yang paling tinggi pada 99.7 %. Jumlah kos pemilikan (TCO) adalah terbaik melepasi beberapa titik harga  di antara kumpulan 11 vendor yang dinilai.

CyberRatings.org, sebuah organisasi anggota  yang baru, menawarkan panduan pakar untuk menangani risiko Keselamatan Rangkaian kepada komuniti keselamatan siber. Diasaskan oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif NSS Labs, CyberRatings.org menyediakan penilaian yang tidak berat sebelah, laporan teknikal, dan analisis industri dari  pelbagai teknologi keselamatan siber.

SANGFOR NGAF MENERIMA PENARAFAN 'AAA' DARI CYBERRATINGS.ORG DALAM FIREWALL PERUSAHAAN + SSL/TLS

Univar Solutions Menyelesaikan Pengambilalihan Perniagaan Lavo Bulk di Kanada

Transaksi ini mengukuhkan kehadiran syarikat di Kanada Timur serta memperluas penyelesaian dan keupayaan kimia yang saling melengkapi untuk...