Saturday, September 5, 2020

MITSUBISHI POWER DITUBUHKAN DENGAN KOMITMEN YANG DIPERBAHARUI UNTUK MENGUBAH SISTEM TENAGA DI SELURUH DUNIA



• Penjenamaan semula itu menandakan peringkat seterusnya di dalam perjalanan syarikat itu untuk berkembang sebagai sebuah penyedia penyelesaian tenaga yang mengetuai di dalam penyahkarbonan, pendigitalan dan penyampaian tenaga yang boleh dipercayai di peringkat global.

• Sebagai sebuah anak syarikat utama yang dimiliki sepenuhnya oleh Kumpulan Mitsubishi Heavy Industries, Mitsubishi Power akan bekerjasama dengan lebih erat bersama syarikat kembar mereka untuk memanfaatkan bidang baharu dan membina di atas pelaburan di dalam penyelesaian digital, hidrogen, amonia, sistem penyimpanan tenaga bateri dan tenaga suria.
 
YOKOHAMA, Jepun, 4 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) – Mitsubishi Power, sebuah anak syarikat utama milik Kumpulan Mitsubishi Heavy Industries (MHI), secara rasminya telah menukar nama korporat mereka dari Mitsubishi Hitachi Power Systems hari ini. Penjenamaan semula itu menandakan permulaan satu bab baharu yang menarik di dalam misi syarikat itu untuk menyelesaikan cabaran-cabaran tenaga terpenting pada masa ini, termasuk penyahkarbonan tenaga dan memberi tenaga yang boleh dipercayai kepada orang ramai di seluruh pelusuk dunia. Dengan identiti jenama baharu mereka, yang telah dibangunkan setelah berunding dengan pelanggan, pekerja dan rakan kongsi utama, Mitsubishi Power bergerak ke hadapan di dalam cita-cita mereka untuk menjadi sebuah syarikat penyelesaian tenaga terkemuka dengan satu spektrum perniagaan yang luas di dalam penjanaan kuasa peringkat grid, tenaga boleh diperbaharui, teknologi penyimpanan tenaga dan teknologi digital.

Friday, September 4, 2020

EKSPO PEMBUATAN PERALATAN ANTARABANGSA CHINA DIADAKAN DI SHENYANG, 2020

 


SHENYANG, China, 3 Sept (Bernama) -- 

Ekspo Pembuatan Peralatan Antarabangsa China 2020 telah dibuka di Shenyang pada 1 September. Tema bagi Ekspo itu adalah “kerjasama sama menang dalam transformasi dan menaik taraf”. Keseluruhan pameran itu akan diadakan dengan menggabungkan dalam talian dan luar talian. Pameran luar talian akan berakhir pada 5 September dan pameran-awan dalam talian akan berlangsung sehingga 30 September, menurut Jabatan Publisiti bagi Perbandaran Shenyang.

Ekspo Pembuatan Peralatan Antarabangsa China adalah satu-satunya pameran ekonomi dan perdagangan berskala besar kebangsaan di dalam bidang industri pembuatan peralatan di China. Ia diadakan di Shenyang setiap tahun selama sembilan tahun dan telah berjaya diadakan sebanyak 18 kali sejak tahun 2002.

Jumlah keluasan bagi pameran itu adalah 60000 meter persegi, dengan 512 perusahaan mengambil bahagian dan 2016 gerai di dalam pameran itu. Pameran awan dalam talian telah termasuk 1500 perusahaan domestik dan luar negara yang terkenal, termasuk Trumpf dan Japan Okuma dan sebagainya.

Sebanyak 79 perusahaan dari 13 buah negara dan wilayah, termasuk Amerika Syarikat, Jerman, Perancis, Switzerland, Jepun dan Korea Selatan, turut serta di dalam pameran itu. Terdapat 433 perusahaan domestik yang mengambil bahagian, termasuk 35 daripada 500 syarikat multinasional utama di dunia, 8 perusahaan perkakas mesin asing yang terkenal dan 30 perusahaan pembuatan peralatan terkenal tempatan.

Dengan pembukaan Ekspo Pembuatan China, Forum Sidang Kemuncak Kuasa pembuatan kelima, mesyuarat mengedok pemerolehan perusahaan pusat, persidangan produk baharu dan teknologi, forum pembangunan industri pembuatan peralatan yang membolehkan Budaya Perindustrian China, Forum Sidang Kemuncak pengurus sumber manusia industri pembuatan China dan aktiviti lain telah juga diadakan berturut-turut.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13719

Thursday, September 3, 2020

NORMA BAHARU SHOWCASE INOVASI TEAM EXCELLENCE (RISTEX) WILAYAH TENGAH, 2020 MELALUI KAEDAH DIGITAL

 PETALING JAYA, 4 Sept (Bernama) -- Perbadanan Produktiviti Malaysia Wilayah Tengah (CRO) buat julung kalinya telah berjaya menganjurkan Showcase Inovasi Team Excellence (RISTEx) Peringkat Wilayah Tengah 2020 secara digital seiring dengan saranan kerajaan dan halatuju negara ke arah pendigitalan perkhidmatan sektor awam. Penganjuran amalan terbaik inovasi syarikat secara maya ini merupakan acara tahunan yang dilaksanakan secara norma baharu dalam menyebarluas maklumat kepada sektor awam dan swasta diseluruh Malaysia tanpa sempadan.


Penjimatan kos yang dicatatkan oleh kumpulan projek adalah sebanyak RM136 juta telah berjaya direkodkan melalui penganjuran RISTEx Wilayah Tengah pada kali ini. Showcase Inovasi secara digital ini telah menarik penyertaan sebanyak 54 kumpulan dari 22 organisasi sektor awam dan swasta di seluruh Malaysia yang melibatkan seramai 350 orang pesera dari pelbagai peringkat di dalam organisasi. Semua kumpulan yang bertanding berpeluang untuk menyertai Annual Productivity & Innovation Conference (APIC) dan seterusnya melayakkan mereka untuk bertanding ke peringkat antarabangsa.

Penganjuran secara atas talian ini merupakan inisiatif baharu dalam program-program anjuran MPC yang selama ini dijalankan secara fizikal.

Menurut Pengarah MPC Wilayah Tengah, Puan Saliza Saari, usaha ini dapat memastikan tahap produktiviti sentiasa meningkat melalui idea inovasi dan kreatif bagi kecemerlangan organisasi. Menurut beliau juga penganjuran secara digital ini membuktikan MPC dan Industri sentiasa bekerjasama dalam membantu meningkatkan daya saing dan produktiviti negara. 


SUMBER : Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) 

CAVONIX MENDAYAKAN KENDERAAN BERAUTONOMI DENGAN TEKNOLOGI LIDAR LEDDAR PIXELL LEDDARTECH


QUEBEC CITY, 1 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, peneraju dalam teknologi penderia ADAS dan AD, teruja untuk mengumumkan bahawa Cavonix Ltd. telah memilih teknologi penderia Leddar™ Pixell untuk pelanggan kenderaan ulang-alik berautonomi dan pengangkutan lori luar jalan raya miliknya.

Cavonix Ltd. ialah syarikat permulaan teknologi berpangkalan di United Kingdom yang telah membangunkan beberapa sistem kawalan berautonomi label putih untuk beberapa pengilang kenderaan dan syarikat teknologi. Bersama-sama syarikat induk mereka Aim Technologies, yang merupakan peneraju dunia dalam elektronik sukan motosikal, Cavonix baru-baru ini telah membangunkan barisan teknologi baharu untuk kenderaan ulang-alik, luar jalan raya dan sektor pertanian.

LeddarTech memasarkan satu-satunya platform yang benar-benar terbuka, fleksibel dan boleh skala untuk semua aplikasi automotif dan mudah alih. Platform tersebut menyampaikan komponen sistem ADAS & AD yang penting dan penyelesaian rujukan boleh suai dan mendayakan kebolehlanjutan daripada L1 (kamera & radar) kepada L5 (berbilang modus penderia termasuk LiDAR) pada prestasi dan kos yang optimum. Komponen platform termasuk pergabungan penderia bermodul dan tindanan perisian persepsi, LeddarEngine™ (SoC dan perisian pemprosesan isyarat) dan penderia LiDAR seperti Leddar Pixell, yang dibangunkan untuk pasaran mudah alih dan mempamerkan teknologi LeddarEngine.

“Cavonix memilih teknologi LeddarTech kerana keupayaannya untuk menyampaikan keselamatan dipertingkat kepada pengguna,” kata Steven Lake, Pengasas dan CEO. “Keteguhan dan keutuhan teknologi berkeadaan pepejal oleh LeddarTech memenuhi syarat mobiliti hari ini yang mencabar dan menjadikan teknologi itu pilihan ke arah mencegah pelanggaran dalam aplikasi henti dan pergi dengan menyingkirkan zon mati yang ditinggalkan oleh teknologi penderiaan lain.” En. Lake meneruskan: “Di Cavonix, kami komited untuk menyediakan penyelesaian yang teguh untuk aplikasi dunia nyata – sains tanpa fiksyen.”

“Kami berbesar hati dengan penyelesaian LiDAR kami yang terpilih dan dipercayai oleh Cavonix untuk menyokong pelanggan kenderaan ulang-alik berautonomi dan pengangkutan lori luar jalan raya,” kata Frantz Saintellemy, Presiden dan COO LeddarTech. En. Saintellemy mengatakan lagi, “Perkara yang Cavonix telah berjaya mencapai dalam tempoh yang agak singkat adalah menakjubkan dan kami tidak sabar melihat pembangunan masa hadapan mereka menggunakan teknologi LeddarTech.” En. Saintellemy menyimpulkan bahawa “menjadikan aplikasi mobiliti lebih selamat adalah teras dalam strategi kami. Teknologi kami menawarkan keseimbangan prestasi dan keberkesanan kos dan bersedia untuk pengerahan hari ini.” 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13715

Wednesday, September 2, 2020

FEATURESPACE DINAMAKAN DALAM SENARAI SYARIKAT PERMULAAN PALING PANTAS BERKEMBANG BAGI CB INSIGHTS FINTECH 250 UNTUK TAHUN 2020

 - Syarikat diberi penghormatan di atas pencapaian dalam mengesan dan mencegah jenayah kewangan perusahaan -


ATLANTA, 2 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Featurespace™, penyedia terkemuka bagi perisian pencegahan Jenayah Kewangan Perusahaan, telah dinamakan oleh CB Insights pada Fintech 250 tahunan mereka yang ketiga, satu senarai berprestij bagi syarikat-syarikat persendirian yang baru muncul yang berusaha pada teknologi kewangan yang berinovatif.

“Kami sangat berbangga, sekali lagi, untuk mengiktiraf 250 syarikat fintech persendirian terbaik di seluruh dunia. Fintech 250 tahun ini mewakili 25 buah negara dan merangkumi 19 kategori – membayangkan semula segalanya dari perbankan runcit dan kripto, kepada insurans dan pengurusan aset,” kata Ketua Pegawai Eksekutif CB Insights, Anand Sanwal.

Featurespace telah dipilih kerana penggunaannya bagi pembelajaran mesin dan Analitik Tingkah Laku Mudah Suai dalam mewujud dan mengekalkan Hab Risiko ARIC™ mereka: sebuah platform berinovatif yang menggunakan pengesanan anomali yang termaju dan boleh dijelaskan bagi membolehkan institusi kewangan untuk mengenal pasti risiko secara automatik, mengesan serangan penipuan baharu dan mengenal pasti aktiviti yang mencurigakan dalam tepat masa.

“Serangan penipu kini semakin canggih dalam mensasarkan urus niaga merentasi setiap saluran, dan semua titik bagi interaksi dengan pedagang, syarikat pembayaran dan institusi kewangan. Ini adalah satu cabaran yang harus ditangani secara holistik dan dengan sebuah teknologi yang berkembang bersama ancaman,” kata Dave Excell, pengasas bagi Featurespace. “Semangat inovasi inilah yang mendorong kami untuk menjadi pemimpin di dalam industri kami dan ia adalah merupakan satu penghormatan untuk diiktiraf di dalam Fintech 250 sebagai antara yang berkongsi keghairahan itu.”

Sanwal seterusnya berkata, “Kelas Fintech 250 sebelum ini telah mengumpulkan lebih $22 bilion dalam pembiayaan pelabur dan menyaksikan lebih 20 telah keluar setelah mendapat pengiktirafan, dan kami menjangkakan bahawa kelas tahun ini akan mempunyai kejayaan yang sama ketika mereka terus mengubah cara orang, dan perniagaan berbelanja, menyimpan, meminjam, dan melaburkan wang mereka.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13717

MARY KAY INC. DAN YAYASAN MARY KAY℠ BERGABUNG DENGAN TABUNG AMANAH PBB UNTUK MENAMATKAN KEGANASAN TERHADAP WANITA DAN CARE USA PADA SATU SKALA GLOBAL UNTUK MENGHAPUSKAN KEGANASAN BERASASKAN JANTINA


DALLAS, 1 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dalam usaha untuk menyokong usaha menyelamatkan nyawa bagi menghalang dan menamatkan keganasan terhadap wanita, satu pandemik kesihatan awam global yang diburukkan lagi oleh COVID-19, Mary Kay Inc. dan Yayasan Mary KaySM telah bekerjasama dengan CARE USA, sebuah pemimpin global kemanusiaan, dan Tabung Amanah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Menamatkan Keganasan Terhadap Wanita (Tabung Amanah PBB).


Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200831005162/en/

Lebih daripada satu daripada tiga wanita di seluruh dunia mengalami sama ada keganasan fizikal dan/atau seksual sepanjang hayat mereka1. Statistik yang mencemaskan ini diburukkan lagi dalam masa konflik, bencana alam, dan krisis. Wanita PBB, entiti PBB yang berdedikasi kepada kesetaraan jantina dan pemerkasaan wanita, yang menguruskan Tabung Amanah PBB bagi pihak sistem PBB, telah tanpa mengenal penat mengingatkan dan meningkatkan kesedaran tentang peningkatan yang mencemaskan bagi keganasan terhadap wanita semasa COVID-19 dan akibatnya yang berkekalan, meletakkan hak asasi wanita pada tahap berisiko ketika negara-negara berusaha membangun semula.

“Mary Kay mempunyai komitmen selama berdekad lamanya untuk menamatkan keganasan terhadap wanita dan gadis di mana sahaja, ia merupakan sebahagian dari siapa kita,” kata Melinda Foster Sellers, Ketua Pegawai Sumber Manusia di Mary Mary Inc. “Hari ini kita bergabung dengan Tabung Amanah PBB dan CARE, dua organisasi hak asasi wanita yang luar biasa, yang telah membuat pencapaian luar biasa melalui impak sosial di lapangan, pengumpulan data jantina, dan kerja sokongan tanpa mengenal penat. Bersama-sama, kita lebih bertekad untuk mencapai sebuah dunia yang bebas daripada keganasan terhadap wanita.”

“Sejak tahun 1999, Yayasan Mary KaySM telah komited untuk menamatkan keganasan rumah tangga,” kata Anne Crews, Naib Presiden bagi Hal Ehwal Awam di Mary Kay dan ahli Lembaga Pengarah bagi Yayasan Mary KaySM. “Sepanjang 20 tahun yang lalu, lebih daripada 2,600 tempat perlindungan yang menyokong penghapusan keganasan rumah tangga berasaskan jantina telah menerima geran berjumlah hampir $47 juta. Kami telah menyokong lebih enam juta wanita dan gadis yang mencari perlindungan dan perkhidmatan agar bebas daripada penderaan. Kerjasama global kami dengan Tabung Amanah PBB dan CARE akan membantu kami memperdalam dan memperluaskan ruang lingkup perjuangan kami untuk melindungi wanita dan gadis.”

Melalui usaha yang berterusan oleh empat yayasan korporat mereka dan perkongsian global baru-baru ini, Mary Kay menegaskan semula kepimpinan mereka di dalam menangani dan mencegah keganasan terhadap wanita dan gadis yang dipengaruhi secara unik oleh akibat daripada pandemik COVID-19. Inisiatif ini menunjukkan komitmen Mary Kay secara keseluruhan kepada SDG 5: Mencapai kesaksamaan jantina dan memperkasakan semua wanita dan gadis.

Tuesday, September 1, 2020

PRIVATE GROUP RLS (USA) INC. MEMPEROLEHI RANGKAIAN RADIO FARMASEUTIKAL AMERIKA SYARIKAT GE HEALTHCARE

 TAMPA, Fla., 2 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- RLS (USA) Inc., (Radioisotop Sains Hayat) telah membeli rangkaian radio farmaseutikal Amerika Syarikat General Electric (GE), menjadikannya sebagai firma tumpuan pengimejan  molekul tulen terbesar di Amerika Syarikat. Capitor, (www.capitor.co) sebuah firma penasihat kewangan global butik, menyusun dan membawa perjanjian itu kepada pelabur, memainkan satu peranan penting di dalam perundingan dan kerjasama selama bertahun lamanya di antara pihak-pihak itu. Syarat-syarat kewangan tidak dinyatakan.


Radio farmaseutikal itu akan terus membekalkan produk pengimejan molekul GE Healthcare, dengan RLS memanfaatkan satu perjanjian perkongsian pengedaran selama 10 tahun. Rangkaian radio farmaseutikal yang kini dimiliki secara persendirian itu termasuk satu pemilikan minoriti oleh Perceptive Advisors, sebuah firma pelaburan pakar penjagaan kesihatan bernilai $7 bilion yang berpangkalan di New York.

Pasukan eksekutif RLS itu terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutif Werner Gruner, Ketua Pegawai Pelaburan Jaco van Niekerk dan Ketua Pegawai Operasi Shane Cobb. Encik Gruner, yang telah berkhidmat sebagai eksekutif dalam pelbagai peranan di dalam industri kewangan antarabangsa, termasuk menubuhkan Capitor, mengulas bahawa “Saya amat tertarik dan teruja dengan segala kemungkinan bagi pemerolehan penjagaan kesihatan ini, melampaui aspek kewangan bagi urus niaga itu. Saya telah menghabiskan kerjaya saya dengan memberikan khidmat nasihat pelaburan yang teliti kepada pelanggan global dan selalu percaya bahawa pelanggan, tidak kira apa jenis industri, bukan sahaja berhak, tetapi mempunyai hak untuk menuntut perkhidmatan yang diperibadikan, tepat pada masanya, dan berkualiti tinggi,” dan menambah bahawa “itulah sebabnya kami memberi tumpuan kepada perkhidmatan, kualiti dan teknologi disruptif sebagai faktor utama di dalam strategi pelaburan kami.”

Rangkaian radio farmaseutikal itu merangkumi 31 farmasi merentasi 18 buah negeri, termasuk ibu pejabat mereka sekarang di Tampa, Florida. Di bawah arahan Encik van Niekerk, RLS berhasrat untuk melabur $2 bilion pada dekad berikutnya untuk memperluaskan kehadiran mereka di dalam bidang farmasi, sambil terus melabur di dalam kemajuan sains dan teknologi canggih. “Kami telah melabur begitu banyak usaha untuk memastikan satu peralihan yang lancar kerana falsafah kami yang berpusatkan perkhidmatan, termasuk mengekalkan kakitangan eksekutif penting, seperti Shane Cobb yang berpengalaman lebih 30 tahun di dalam industri itu,” kata Encik van Niekerk, sambil membuat kesimpulan bahawa “RLS komited untuk menyampaikan diagnostik dan rawatan berkualiti yang menyelamatkan nyawa kepada pesakit di seluruh negara. Untuk tujuan itu, dan dengan mengambil kira apa yang kami temui berhubung kemungkinan kesan jangka panjang bagi kerosakan organ yang disebabkan oleh COVID-19, kami telah menubuhkan sebuah pasukan petugas khas yang memberi tumpuan bagi menampung apa yang dapat menjadi satu lonjakan di dalam permintaan untuk perkhidmatan diagnostik khusus.”
 
Hampir lima ratus bekas pekerja GE di seluruh negara itu kini menjadi sebahagian daripada keluarga RLS. Syarikat itu dijangka menempatkan semula ibu pejabat mereka ke pantai timur Florida dalam masa terdekat dan sedang berbincang dengan pelbagai majlis pembangunan ekonomi dan juga perbandaran.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20200901006104/en/

Hubungi

Amanda Penebaker
608-345-9420
amanda.penebaker@rls.bio
https://rls.bio/

Sumber : RLS (USA) Inc.

Univar Solutions Menyelesaikan Pengambilalihan Perniagaan Lavo Bulk di Kanada

Transaksi ini mengukuhkan kehadiran syarikat di Kanada Timur serta memperluas penyelesaian dan keupayaan kimia yang saling melengkapi untuk...