Thursday, February 6, 2020

ZYNGA MENGUMUMKAN KEPUTUSAN KEWANGAN SUKU KEEMPAT DAN TAHUN SEPENUHNYA 2019

Melaporkan Perolehan Suku Tahun dan Tahunan dan Tempahan Paling Tinggi dalam Sejarah Zynga

Aliran Tunai Pengendalian Tahunan Terbaik sejak tahun 2011 sebanyak $263 Juta, meningkat 56% tahun ke tahun

Pelaksanaan Kukuh pada tahun 2019 Menyediakan Momentum untuk Pertumbuhan Berterusan pada tahun 2020


SAN FRANCISCO, 6 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Zynga Inc. (Nasdaq: ZNGA) hari ini mengeluarkan keputusan kewangan bagi suku keempat dan tahun sepenuhnya mereka yang berakhir pada 31 Disember, 2019 dengan menyiarkan Surat Perolehan Suku Tahunan Q4 2019 pengurusan kepada laman web Perhubungan Pelabur mereka. Sila lihat Surat Perolehan Suku Tahunan yang dilampirkan atau layari http://investor.zynga.com/financial-information/quarterly-results untuk mengakses surat tersebut.

“Prestasi Q4 kami yang kukuh telah mengakhiri tahun yang cemerlang untuk Zynga. Perkhidmatan langsung merupakan asas bagi strategi pertumbuhan pelbagai tahun kami dan merupakan pemacu utama bagi pendapatan dan tempahan tahunan kami yang paling tinggi pernah dicapai,” kata Frank Gibeau, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Zynga. “Momentum kami pada tahun 2019 telah menempatkan kami bagi pertumbuhan yang berterusan pada tahun 2020. Kami menjangka untuk meningkatkan portfolio perkhidmatan langsung kami dari lima kepada enam francais kekal dan mempunyai potensi untuk melancarkan tajuk-tajuk baharu pada separuh kedua tahun ini. Untuk mempercepatkan pertumbuhan, kami melihat lebih banyak peluang untuk memperoleh pasukan-pasukan dan francais berbakat di seluruh dunia.”

Pengurusan Zynga akan juga mengadakan satu panggilan persidangan pada pukul 1:30 tengah hari Waktu Pasifik (4:30 petang Waktu Timur) pada hari ini untuk membincangkan keputusan syarikat itu. Soalan-soalan boleh dikemukakan pada panggilan itu dan Zynga akan menjawab seberapa banyak soalan yang mungkin.

Panggilan persidangan itu boleh diakses di http://investor.zynga.com  – satu ulangan rakaman akan tersedia melalui laman web itu selepas panggilan berkenaan – atau melalui nombor mendail persidangan di bawah:
  • Nombor Mendail Bebas Tol: (800) 537-0745
  • Nombor Mendail Antarabangsa: (253) 237-1142
  • ID Persidangan: 7576703
Maklumat mengenai Zynga Inc.

Zynga adalah sebuah peneraju dunia di dalam hiburan interaktif dengan satu misi untuk menghubungkan dunia melalui permainan. Setakat ini, lebih daripada satu bilion orang telah memainkan francais Zynga termasuk CSR Racing™, Empires & Puzzles™, Merge Dragons!™, dan Words With Friends™. Permainan Zynga boleh didapati di lebih daripada 150 buah negara dan boleh dimainkan di seluruh platform sosial dan peranti mudah alih di seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 2007, syarikat itu beribu pejabat di San Francisco dan mempunyai lokasi di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Ireland, India, Turki dan Finland. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zynga.com atau ikuti Zynga di Twitter, Instagram, Facebook atau di blog Zynga.

Kenyataan yang Berpandangan ke Hadapan

Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan yang berpandangan ke hadapan, yang berkaitan dengan, antara lain, pertumbuhan syarikat dan pelancaran tajuk-tajuk baharu. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan sering kali merangkumi perkataan seperti “pandangan,” “unjuran,” “dirancang,” “bercadang,” “akan,” “menjangka,” “percaya,” “sasaran,” “mengharapkan,” dan kenyataan-kenyataan dalam bentuk kala kelak yang umumnya berpandangan ke hadapan. Pencapaian atau kejayaan perkara-perkara yang diliputi oleh kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu melibatkan risiko, ketidakpastian, dan tanggapan yang signifikan. Kebergantungan berlebihan tidak seharusnya diletakkan pada kenyataan yang berpandangan ke hadapan seperti itu, yang didasarkan kepada maklumat yang tersedia kepada kami pada tarikh tersebut. Kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini kenyataan tersebut. Maklumat lanjut tentang risiko, ketidakpastian, dan tanggapan ini adalah atau akan dijelaskan dengan lebih terperinci dalam pemfailan awam kami dengan Suruhanjaya Bursa dan Sekuriti (“SEC”), dan salinannya boleh diperolehi dengan melayari laman web Perhubungan Pelabur kami di  http://investor.zynga.com atau di laman web SEC di www.sec.gov.

Nota Editor

Untuk memuat turun rakaman bahagian filem B-roll Zynga dan visual penting bagi permainan itu, sila layari: http://bit.ly/ZyngaQ42019

Galeri Foto/Multimedia Tersedia:
https://www.businesswire.com/news/home/52167957/en

Hubungi

Perhubungan Pelabur:
Rebecca Lau
Investors@zynga.com

Media:
Sarah Ross
Sarah@zynga.com

Sumber : Zynga Inc.

PRA HEALTH SCIENCES AKAN MELAPORKAN PENDAPATAN SUKU KEEMPAT 2019

RALEIGH, N.C., 5 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- PRA Health Sciences, Inc. (NASDAQ: PRAH) akan mengeluarkan hasil suku keempat dan akhir tahun 2019 selepas pasaran ditutup pada Khamis, 20 Februari, 2020. Syarikat juga akan mengadakan panggilan persidangan pada Jumaat, 21 Februari, 2020, pada 9:00 pagi (ET) untuk membincangkan hasil dengan ahli komuniti pelaburan.

Untuk menyertai melalui telefon, pelabur dan analisis harus mendail (877) 930-8062 dalam Amerika Syarikat atau (253) 336-7647 di luar Amerika Syarikat kira-kira 10 minit sebelum masa panggilan bermula. ID persidangan untuk panggilan 5667733. Main semula audio panggilan akan tersedia selama seminggu selepas panggilan dan boleh diakses dengan mendail (855) 859-2056 dalam Amerika Syarikat atau (404) 537-3406 di luar Amerika Syarikat. ID main semula ialah 5667733.

Siaran audio langsung akan tersedia pada bahagian hubungan pelabur di laman web PRA Health Sciences. Selepas telepersidangan, main semula audio panggilan akan tersedia pada laman web yang sama.

PERIHAL PRA HEALTH SCIENCES
PRA Health Sciences ialah organisasi penyelidikan kontrak global yang memberikan perkhidmatan penuh, menawarkan pelbagai perkhidmatan pembangunan produk dan penyelesaian data kepada syarikat farmaseutikal dan bioteknologi di seluruh dunia. Perkhidmatan bersepadu daripada PRA termasuklah pengurusan data, analisis statistik, pengurusan ujian klinikal serta perundingan pembangunan pengawalseliaan dan ubatan. PRA beroperasi secara global di 90 negara merentas Amerika Utara, Eropah, Asia, Amerika Latin, Afrika Selatan, Australia dan Timur Tengah, dan memiliki lebih 17,000 pekerja. Sejak tahun 2000, PRA telah menyertai lebih 4,000 ujian klinikal. Selain itu, PRA mengambil bahagian dalam ujian penting atau sokongan yang berjaya memperoleh kelulusan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubatan A.S. atau pengawal selia antarabangsa untuk lebih 95 produk. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang PRA, sila lawati www.prahs.com.

PERTANYAAN PELABUR: InvestorRelations@prahs.com

SUMBER: PRA Health Sciences, Inc.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13039

Wednesday, February 5, 2020

JUMIO DAN CIMB BANK PH BERGANDING BAGI MENYEDIAKAN PENGALAMAN MEMBIASAKAN PELANGGAN DENGAN PERKHIDMATAN DIGITAL MEREKA YANG TIDAK ADA TANDINGAN BAGI RAKYAT FILIPINA DENGAN TEKNOLOGI PENGESAHAN IDENTITI YANG DIKUASAKAN OLEH AI

Jumio membantu CIMB Bank Filipina membiasakan pelanggan perbankan mudah alih yang baharu dan pada masa yang sama melindungi terhadap penipuan dan mematuhi mandat pematuhan yang ketat

SINGAPURA, 3 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Jumio, pembekal terkemuka bagi penyelesaian pengesahan dan pengsahihan identiti hujung ke hujung yang dikuasakan oleh AI, telah menjalin kerjasama dengan bank digital sepenuhnya CIMB Bank Filipina untuk menyediakan satu penyelesaian membiasakan  pelanggan dengan perkhidmatan digital mereka secara ringkas, tanpa kerumitan dan mudah kepada rakyat Filipina.

Dalam tahun sepenuhnya mereka yang pertama bagi operasi formal, CIMB Bank Filipina telah mendaftar hampir 2 juta rakyat Filipina menerusi platform digital CIMB Bank PH, 30% daripada pelanggan itu adalah mereka yang berurusan buat kali pertama dengan bank, untuk menjadikan CIMB Bank PH bank sepenuhnya digital yang paling pesat berkembang di Filipina dan ASEAN, dan pemenang bagi lapan anugerah perbankan pada tahun 2019.

Memacukan kemasukan kewangan, bank sepenuhnya digital, mudah alih yang pertama itu menawarkan kadar faedah simpanan yang terbaik di dalam pasaran sebanyak 4% dengan yuran urus niaga dan baki minimum sifar, dan pembukaan akaun dan permohonan pinjaman peribadi yang lancar.

Aplikasi mudah alih CIMB Bank PH mengintegrasikan teknologi pengesahan identiti Jumio yang dipacu oleh AI untuk menyediakan suatu pengalaman membiasakan pelanggan dengan perkhidmatan digital mereka dengan selamat, terjamin dan pantas — apa yang sebelum ini mengambil masa 15 minit dengan sebuah proses video KYC kini mengambil masa kurang dari lima minit, yang menghasilkan di dalam satu peningkatan dalam penukaran dan pelanggan yang lebih gembira.

Penyelesaian pengesahan identiti Jumio menggunakan mesin pembelajaran, AI, pengesanan kehidupan yang disahkan dan biometrik berasaskan muka untuk memastikan orang di sebalik urus niaga digital itu adalah benar-benar mereka yang mereka perkatakan dengan memadankan swafoto secara langsung seseorang pengguna dengan gambar yang ditunjukkan pada kad pengenalan yang dikeluarkan oleh kerajaan mereka.

“Kerjasama kami dengan Jumio telah menjadi penting dalam mencapai kejayaan penting kami bagi sebuah bank yang sepenuhnya digital di Filipina untuk memberikan suatu pengalaman perbankan yang selamat dan terjamin,” kata Vijay Manoharan, Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Bank PH. “Kami sangat berterima kasih kerana mempunyai mereka sebagai sekutu di dalam membawa rakyat Filipina lebih dekat dengan kemasukan kewangan.”

Kerjasama itu menyediakan kepada rakyat Filipina dengan suatu pengalaman yang selamat dan lancar dalam membiasakan pelanggan dengan perkhidmatan mereka, dan pada masa yang sama masih mengekalkan standard yang tinggi terhadap privasi data dan memenuhi keperluan pematuhan setempat.

“Di Filipina dan merentasi rantau APAC yang lebih luas, ia menjadi semakin penting bagi bank-bank untuk menawarkan suatu proses membiasakan pelanggan dengan perkhidmatan mereka digital yang diperkemaskan,” kata Robert Prigge, Ketua Pegawai Eksekutif Jumio. “Kami sangat bangga untuk menjadi rakan dengan CIMB Bank Filipina bagi membantu memberi lebih ramai rakyat Filipina akses kepada perbankan digital dalam satu cara yang selamat, lancar dan mematuhi peraturan.”

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengesahan identiti dan penyelesaian pengesahan dalam talian hujung ke hujung Jumio, sila layari jumio.com.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13032

SENSEFORTH.AI MENEMBUSI KE DALAM ENAM TERATAS DALAM PAPAN PENDAHULU PRESTASI MESIN BACAAN GLOBAL

BANGALORE, India, 4 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Senseforth.ai, sebuah pemimpin di dalam ruang AI Perbualan, telah menduduki tempat ke-6 di dalam satu daripada penanda aras kefahaman mesin bacaan yang paling berwibawa di dunia, Stanford Question Answering Dataset 2.0 (SQuAD 2.0). Senseforth.ai mencatatkan 90.830, untuk menewaskan tahap prestasi manusia 89.452 dan menjadi satu-satunya syarikat permulaan AI Perbualan yang dipaparkan dalam kedudukan 6 teratas dari papan pendahulu peringkat global ini.

Teknologi NLP proprietari Senseforth.ai tertanam di dalam platform AI Perbualan, A.ware, yang digunakan oleh lebih daripada 35 organisasi di Asia dan Amerika Utara untuk memperolehi pelanggan, mendorong penglibatan pengguna dan menyediakan sokongan pra-jualan & selepas jualan. Senseforth.ai telah muncul sebagai rakan AI Perbualan pilihan  untuk jenama-jenama terkemuka seperti Nestle, PwC, Future Generali, HDFC Bank, SBI Card, ICICI Bank, RBL Bank, Airtel, Kotak Mutual Fund dan Stanton Optical, antara lain.

Bercakap tentang perkembangan itu, Shridhar Marri, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas bersama, Senseforth.ai berkata, "Memperolehi tempat ke-6 di papan pendahulu SQuAD 2.0 memantapkan kewibawaan kami sebagai sebuah pemimpin di dalam ruang AI Perbualan. Kedudukan kami yang unggul merupakan satu bukti terhadap komitmen kami kepada membangunkan penyelesaian teknologi canggih yang menangani cabaran-cabaran utama bagi perusahaan yang berkembang."

SQuAD 2.0 mengandungi lebih daripada 100,000 soalan dengan lebih daripada 50,000 soalan baharu yang tidak dapat dijawab yang kelihatan seperti yang boleh dijawab. Untuk melaksanakan dengan baik, sistem itu bukan sahaja harus menjawab soalan-soalan sebaik mungkin tetapi juga menahan diri daripada menjawab apabila tiada jawapan tersedia.

Krishna Kadiri, Ketua Pegawai AI dan Inovasi, Senseforth.ai berkata, "Keupayaan enjin NLP kami telah meningkat secara dramatik sejak beberapa tahun yang lalu. Ketepatan bagi sebuah bot untuk memahami satu pertanyaan dan mengambil tindakan yang sesuai adalah pemutus urus janji bagi perusahaan yang mengendalikan berjuta-juta pertanyaan pelanggan setiap bulan."

Senseforth.ai adalah sebuah penerima anugerah “produk AI terbaik untuk tahun 2018” oleh Frost & Sullivan dan “Anugerah Produk Paling Inovatif” dari Netapp.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13037

BLACK HAT ASIA 2020 AKAN MENDEDAHKAN KERENTANAN YANG MENJEJASKAN PENGAWAL INDUSTRI, TEKNOLOGI WI-FI, PERISIAN ANDROID & BANYAK LAGI

Acara keselamatan maklumat terkenal kembali ke Marina Bay Sands di Singapura pada 31 Mac – 3 April, 2020

SAN FRANCISCO, 4 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Black Hat, peneraju utama dalam penganjuran acara keselamatan maklumat, hari ini mengumumkan sorotan Taklimat untuk acara Black Hat Asia akan datang, yang berlangsung pada 31 Mac - 3 April di Marina Bay Sands di Singapura. Black Hat Asia menawarkan program yang menarik dengan Taklimat berdasarkan penyelidikan, Latihan praktikal, Dewan Perniagaan yang menampilkan penyelesaian utama, dan koleksi program khas yang merentasi semua tahap keselamatan maklumat.

Sorotan program Black Hat Asia 2020 merangkumi:
 
• Pengawal industri penggodaman, dengan ucapan dan demonstrasi langsung cara penyerang boleh mengambil alih keseluruhan kilang dengan memancarkan paket tunggal yang akan mengeksploitasi kerentanan URGENT/11.
 
• Kerentanan ditemui dalam teknologi Wi-Fi, merangkumi penyelidik yang mengenal pasti kelemahan sekuriti dalam set cip Wi-Fi yang ditemui dalam peranti popular daripada Apple, Samsung, Amazon, dan banyak lagi. Taklimat lain akan berfokus pada kerentanan pemacu Wi-Fi sebelum pengesahan kata laluan dan akan mempamerkan alat ujian kekaburan untuk menemukan kerentanan ini secara automatik.
 
• Penggodaman Android, termasuklah kerentanan dalam rangka kerja aplikasi dalam segera Android yang boleh menyebabkan pembocoran maklumat sensitif, kecurian identiti, dan pengambilalihan akaun; dan kerentanan dalam telefon pintar berdasarkan Android yang membenarkan penyerang menangkap gambar dan merakam video tanpa dikesan oleh mangsa.
 
• Mengetahui dengan lebih lanjut tentang ZombieLoad, serangan jenis Kehancuran yang membocorkan data merentasi berbilang sempadan kelayakan seperti proses, kernel, SGX, bebenanghiper, malah merentasi mesin maya. Serangan ini boleh dilekapkan tanpa sebarang interaksi pengguna daripada aplikasi yang tiada kelayakan.
 
• Selami dengan lebih lanjut tentang privasi, yang meneroka pelbagai jenis data biometrik, penggunaan data ini oleh kerajaan dan organisasi persendirian, dan sama ada pengumpulan data dilindungi oleh undang-undang privasi dalam rantau APAC.
 
Untuk melihat barisan program 2020 semasa dan abstrak pembentangan, lawati blackhat.com/asia-20/briefings/schedule/index.html

Persidangan Eksekutif Black Hat Asia 2020 
Disebabkan permintaan yang tinggi, Black Hat membawa semula Persidangan Eksekutif kembali ke Asia. Pada Rabu, 1 April, eksekutif keselamatan yang terkenal di Asia akan menghadiri acara yang disasarkan pada pemimpin keselamatan dan pemikir masa hadapan. Peserta akan mendengar ucapan daripada pakar industri yang membantu dalam membentuk generasi seterusnya bagi strategi keselamatan maklumat. Persidangan Eksekutif mengikuti Chatham House Rule dalam usaha untuk memupuk persekitaran terbuka dan bekerjasama. Untuk maklumat lanjut, lawati: https://www.blackhat.com/asia-20/executive-summit.html

Kursus Gaya Kelas - Latihan Black Hat
Sebelum Taklimat, Black Hat Asia akan menawarkan kursus Latihan yang amat teknikal dan praktikal selama empat hari yang dibimbing oleh minda tercerdik dalam industri. Latihan tahun ini akan meliputi topik yang merangkumi analisis perisian hasad, ujian penembusan, dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut tentang barisan program, lawati: blackhat.com/asia-20/training/schedule/

Demonstrasi Langsung – Black Hat Arsenal
Black Hat Arsenal akan kembali ke Singapura dengan alat yang amat popularnya dan kawasan demo, mempamerkan pembangunan popular daripada komuniti sumber terbuka. Untuk maklumat tentang Arsenal dan untuk mengetahui alat yang telah dipilih tahun ini, lawati: blackhat.com/asia-20/arsenal/schedule/index.html

Penaja Black Hat Asia
Penaja utama Black Hat Asia 2020 merangkumi Penaja Berlian: Infoblox, Qualys; Penaja Platinum: KnowBe4; dan Penaja Emas: Facebook, Jacobs, Mimecast, Recorded Future

Tarikh dan Acara Black Hat Akan Datang
 
• Black Hat USA 2020, Las Vegas, NV, 1-6 Ogos
• Black Hat Europe 2020, London, England, 9-12 November
 
Perihal Black Hat
Untuk lebih daripada 20 tahun, Black Hat telah menyediakan peserta dengan maklumat yang paling terkini dalam penyelidikan, pembangunan, dan trend keselamatan maklumat. Acara dan latihan global berprofil tinggi ini dipacu oleh keperluan untuk komuniti keselamatan, usaha untuk menyatukan minda terbaik dalam industri. Black Hat menginspirasikan profesional di semua tahap kerjaya, menggalakkan pertumbuhan dan kerjasama antara persekitaran akademik, penyelidik kelas dunia, dan pemimpin dalam sektor awam dan persendirian. Taklimat dan Latihan Black Hat dianjurkan setiap tahun di Amerika Syarikat, Eropah dan Asia. Maklumat lanjut boleh didapati di: blackhat.com. Black Hat dibawakan kepada anda oleh Informa Tech.

Perihal Informa Tech
Informa Tech merupakan penyedia peneraju pasaran bagi penyelidik, media, latihan dan acara bersepadu kepada komuniti Teknologi global. Kami merupakan perniagaan antarabangsa bagi lebih daripada 600 rakan sekerja, beroperasi di lebih daripada 20 pasaran. Matlamat kami adalah untuk menginspirasikan komuniti Teknologi untuk mereka bentuk, membina dan menjalankan dunia digital yang lebih baik melalui jenama penyelidikan, media, latihan dan acara yang memaklumkan, mendidik dan menghubungkan. Lebih 7,000 profesional melanggan penyelidikan kami, dengan 225,000 perwakilan yang menghadiri acara kami dan lebih 18,000 pelajar yang menyertai program latihan kami setiap tahun dan lebih 4 juta orang yang melawat komuniti digital kami setiap bulan. Ketahui lebih lanjut tentang Informa Tech.

Orang Hubungan Media:
Heather Donner
PR Black Hat
Heather.Donner@informa.com

SUMBER: Black Hat Asia
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13036

Tuesday, February 4, 2020

TACONIC BIOSCIENCES MELANCARKAN MODEL MENCIT IMUNO-ONKOLOGI YANG BAHARU

Mengembangkan dan Memperluas Penggunaan Portfolio Imuno-onkologi Taconic Biosciences

RENSSELAER, N.Y., 3 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Taconic Biosciences, peneraju global dalam menyediakan penyelesaian model haiwan penemuan ubat, mengembangkan portfolio imuno-onkologi yang utamanya dengan melancarkan model mencit B2m-NOG yang baharu.

Imuno-onkologi memanfaatkan sistem imun dalam badan untuk melawan kanser, meningkatkan keupayaan untuk menyasarkan penyakit tersebut.  Model haiwan yang digunakan dalam pembangunan teraputik termasuklah mencit khas yang memodelkan fungsi sistem imun manusia.  Portfolio imuno-onkologi Taconic dibentuk berdasarkan CIEA NOG mouse®, iaitu mencit dengan keimunokurangan yang serius melalui pelbagai penggunaan berdasarkan keupayaannya yang dipertingkat untuk bersepadu dengan sel dan tisu manusia.  B2m-NOG merupakan tambahan yang penting bagi portfolio ini kerana model ini jelasnya melanjutkan tempoh kajian selepas penyepaduan sel mononuklear darah periferi (PBMC) manusia, memberikan lebih banyak masa untuk menilai tindak balas terhadap ubat sasaran.  Tempoh kajian yang dilanjutkan sememangnya mengembangkan jenis kajian imuno-onkologi yang boleh dilakukan menggunakan model B2m-NOG berbanding dengan pilihan yang lebih mahal dan lebih memakan masa seperti model penyepaduan sel stem hematopoetik. Taconic juga menawarkan mencit B2m-NOG yang disepadukan terlebih dahulu dengan PBMC manusia.

“Taconic berada pada kedudukan yang unik untuk memberikan impak dalam penyelidikan imuno-onkologi,” ulas Dr. Michael Seiler, naib presiden produk komersial di Taconic. “Gabungan tempoh kajian dilanjutkan yang dapat dilakukan menggunakan B2m-NOG dengan rundingan pakar Taconic daripada ahli sains penggunaan lapangan tahap PhD membolehkan pelanggan kami menyepadukan alatan baharu ini ke dalam aliran kerja eksperimen mereka dengan pantas.”

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang portfolio model pemanusiaan daripada Taconic Biosciences, sila hubungi Taconic di 1-888-TACONIC (888-822-6642) di AS, +45 70 23 04 05 di Eropah atau e-mel info@taconic.com.

Tentang Taconic Biosciences, Inc.

Taconic Biosciences ialah peneraju utama berlesen penuh dalam model dan perkhidmatan mencit yang direka bentuk secara genetik. Ditubuhkan pada tahun 1952, Taconic menyediakan penyelesaian haiwan terbaik agar pelanggan boleh memperoleh, menjana secara tersuai, membiak, menetapkan prasyarat, menguji dan mengagihkan model penyelidikan yang bernilai di seluruh dunia. Pakar dalam model mencit dan tikus yang direka bentuk secara genetik, mikrobiom, model mencit imuno-onkologi dan reka bentuk model bersepadu serta perkhidmatan pembiakan, Taconic mengendalikan tiga makmal perkhidmatan dan enam kemudahan pembiakan di A.S. dan Eropah, mengekalkan hubungan pengedar di Asia dan mempunyai keupayaan penghantaran global untuk membekalkan model haiwan ke banyak tempat di dunia.

Orang Hubungan Media:

Kelly Owen Grover

Pengarah Komunikasi Pemasaran

(518) 697-3824

kelly.grover@taconic.com

Sumber: Taconic Biosciences

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13031

"HAFH" - PERKHIDMATAN JEPUN SECARA RASMI BEKERJASAMA DENGAN DUA JENAMA MALAYSIA

NAGASAKI, Jepun, 3 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- KabuK Style Co., Ltd. (Jepun) mengumumkan kerjasama dengan dua jenama yang berpusat di Malaysia, syarikat pelancongan kumpulan Apple Vacation  dan Hotel Le Apple Boutique, untuk mewujudkan ruang bekerja bersama dan hidup bersama sejak 1 Januari, 2020. Syarikat-syarikat ini berharap untuk meningkatkan aktiviti tempatan ini dan membawa manfaat di dalam dan di luar negara-negara ini.

Tujuan kerjasama

Baru-baru ini, HafH yang mengendalikan ruang hidup bersama dan bekerja bersama di Jepun telah dikembangkan ke Eropah dan Amerika. Dengan bekerjasama ke atas kemudahan di Hotel Le Apple Boutique dan sistem HafH, syarikat-syarikat ini berharap dapat mewujudkan cawangan baharu di Malaysia. Selain itu, HafH telah membangunkan kemudahan berangkai di Kuala Lumpur, Malaysia, di mana HafH secara langsung menguruskan kemudahan itu, dengan bandar raya lain termasuk Melaka, Ipoh, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu. Melalui kerjasama ini, KabuK berharap dapat meningkatkan pengembangan itu ke arah Asia dan dunia.

Kumpulan Apple Vacation

Pada tahun 1996, Kumpulan Apple Vacation telah diasaskan oleh Lee Ee Hoe dan Koh Yock. Pada tahun 2013, ia menjadi cemerlang bagi menjadi syarikat pelancongan Malaysia yang pertama untuk mendapat hadiah dari Pentadbiran Kebangsaan Pelancongan Jepun. Tambahan pula, Maharaja Jepun telah mendapat pingat Asahi Nishi pada Jun, 2014 di atas usaha beliau menyebarkan budaya Jepun kepada rakyat Malaysia.

Penubuhan Cawangan di Masa Hadapan

Ia mengambil masa tiga minit untuk berjalan kaki dari pusat beli-belah di Kuala Lumpur ke cawangan ini. Syarikat itu sedang berusaha mencari premis, termasuk di bumbung, ruang bekerja bersama pada Mac 2020.

Pada masa akan datang, ia akan meluaskan cawangan-cawangan secara menyeluruh di Malaysia dengan menggunakan kemudahan yang tersedia di Hotel Le Apple Boutique dan kemudahan rakan HafH di 15 buah negara lain.

Masa dibuka dijangka: Mac, 2020

• Apple Vacations Sdn Bhd

Nama perniagaan: Apple Vacations Sdn Bhd
Wakil: Datuk Seri Lee Ee Hoe
Ibu pejabat: Wisma Apple Tingkat 2, 3 & 4, No.42-2 Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur, Malaysia
TEL:03-2145 7878
URL:https://www.applevacations.my/web/

• HaFH

Nama perniagaan: KabuK Style Inc.
Wakil: Kenji Sunada, Ose Yoshiaki
Ibu pejabat:(Ibu Pejabat) 5-21, Furukawa-machi, Bandar raya Nagasaki, Nagasaki, Jepun
TEL:+81-95-818-8181
Tarikh penubuhan: 9 Mac, 2017
Ciri-ciri perniagaan: Ruang bekerja bersama, hidup bersama untuk disewa, perkhidmatan sehenti kafe.

Hubungi

Yuki Yokoyama
pr_asean@kabuk.com
https://hafh.com/

Sumber : KabuK Style Co., Ltd.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13033

Univar Solutions Menyelesaikan Pengambilalihan Perniagaan Lavo Bulk di Kanada

Transaksi ini mengukuhkan kehadiran syarikat di Kanada Timur serta memperluas penyelesaian dan keupayaan kimia yang saling melengkapi untuk...