Thursday, August 29, 2024

GUNZE MELANCARKAN FILEM TIUPAN SEMPERIT BERBILANG LAPISAN NIPIS "PUREWRAP™ FS35NB & FS40NB" UNTUK PEMBUNGKUSAN VAKUM BOLEH DIDIH YANG BERUPAYA MENGURANGKAN PENGGUNAAN PLASTIK SEBANYAK 50%

 

Filet ikan salmon sejuk beku komersial (Foto: Business Wire)

OSAKA, Jepun, 29 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Gunze Limited (Ibu Pejabat: Osaka, Jepun, Presiden: Toshiyasu Saguchi) [TOKYO:3002] dengan sukacitanya mengumumkan bahawa pembaharuan filem tiupan ultra nipis dan kuat, Purewrap, direka bentuk khusus untuk produk makanan yang memerlukan pengangkutan dalam persekitaran sejuk beku. Syarikat itu memperkenalkan dua filem jenis baharu, FS35NB dan FS40NB, yang serasi untuk penggunaan pada takat didih. Penambahan berinovatif ini mengekalkan ciri ultra nipis dan kuat yang telah mentakrifkan siri tersebut sehingga kini, menjadikan produk itu lebih mudah untuk digunakan di dapur pusat dan kemudahan pemprosesan makanan lain. Syarikat ini juga menyumbang kepada kelestarian alam sekitar dengan mengurangkan penggunaan plastik sebanyak kira-kira 50%.

Maklumat tentang pelancaran produk

Aliran ke arah masyarakat bebas plastik mendapat momentum bukan sahaja di Jepun, tetapi di seluruh dunia. Dengan pelaksanaan "Akta Peredaran Sumber Plastik" di Jepun pada bulan April 2022, semua pihak berkepentingan kini dikehendaki mengurangkan penggunaan plastik dan menggalakkan pengitaran semula sumber sepanjang keseluruhan kitaran hayat produk plastik, daripada reka bentuk sehingga pelupusan sisa.

Secara khususnya, makanan laut, produk ternakan yang mudah rosak dan bentuk makanan tersebut yang telah diproses sering diangkut dalam persekitaran sejuk beku, apabila mengurangkan penggunaan plastik menjadi suatu cabaran disebabkan kebimbangan tentang kehilangan kekuatan akibat pengurangan jumlah yang digunakan. Pada bulan Januari 2022, Gunze memperkenalkan Purewrap FS35N dan FS40N, yang menawarkan filem 70 µm konvensional, tidak berorientasikan nilon-polietilena dan mempunyai kekuatan tusukan lebih daripada dua kali ganda sambil mengurangkan penggunaan plastik sebanyak kira-kira 50%. Jenis filem ini telah diterima guna secara meluas oleh pelanggan. Kini, produk tersebut telah diperbaharui sebagai jenis boleh didih, meluaskan kebolehgunaannya kepada pelbagai jenis makanan yang diproses di dapur pusat untuk makanan dan restoran yang disediakan secara komersial.

[Penggunaan yang Disyorkan]
Syarikat mengesyorkan produk itu untuk penggunaan makanan yang memerlukan pengangkutan dalam persekitaran sejuk beku dan pemprosesan di dapur pusat.

Maklumat Tentang Purewrap

Purewrap ialah filem tiupan semperit berbilang lapisan dengan orientasi dwipaksi serentak yang memberikan rintangan tusukan luar biasa untuk kandungan dan rintangan impak bagi permukaan luaran. Teknologi penyebatian bahan mentah, pembinaan berbilang lapisan dan teknologi orientasi kami yang unik telah menjadikan filem nilon-polietilena ini amat fleksibel dengan rintangan tusukan yang unggul, sesuai untuk pengangkutan sejuk.

Nama produk :Purewrap™ FS35NB & FS40NB 
 
Barisan produk :Ketebalan 35 mikron & 39 mikron
 
Ciri Produk :Rintangan lubang jarum boleh bertahan lebih daripada 2-3 kali berbanding dengan ketebalan filem tiupan semperit berbilang lapisan 70μm konvensional. 
 
Serasi untuk penggunaan pada takat didih seperti pensterilan haba dan pencairan makanan yang diproses dengan air panas dalam kemudahan pemprosesan makanan. 
 
Penggunaan :Makanan yang disediakan secara komersial, makanan laut (ikan berfilet), daging (paha, kepingan, bakon) dan makanan diproses yang lain. 

No comments:

Post a Comment

MIDOCEAN ENERGY EIG AKAN MENGAMBIL ALIH KEPENTINGAN TAMBAHAN SEBANYAK 15% DALAM PERU LNG DARIPADA HUNT OIL COMPANY

Pelabur Strategik MidOcean, Aramco, akan Menyediakan Pembiayaan untuk Pelaburan WASHINGTON, 17 Sept (Bernama- BUSINESS WIRE ) --  MidOcean E...