Tuesday, January 31, 2023

AXA BERGANDING BAHU DENGAN FIRE FIGHTER INDUSTRY UNTUK MENAWARKAN PERLINDUNGAN ISI RUMAH

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- AXA Affin General Insurance Berhad (AXA) dan Fire Fighter Industry Sdn Bhd (FFI), syarikat keselamatan kebakaran terkemuka di Malaysia, telah menjalin kerjasama strategik untuk menyediakan insurans isi rumah secara eksklusif kepada pelanggan FFI di Malaysia.

Ramai rakyat Malaysia menjadikan rumah mereka sebagai aset tunggal terbesar dan  sehubungan dengan itu, AXA sentiasa komited ke arah memperkasakan pemilik rumah tempatan dengan perlindungan sesuai yang mereka perlukan untuk melindungi bukan sahaja rumah mereka, bahkan harta benda berharga mereka.

Jeremy Yeap, Ketua Pegawai Peruncitan di AXA, menyatakan bahawa kerjasama dengan FFI ini merupakan satu lagi tanda kejayaan ke arah memperkasakan lebih ramai rakyat Malaysia melalui perlindungan isi rumah yang lebih mantap melalui kerjasama saluran pelbagai arah.

“Ramai pemilik rumah di Malaysia hanya menginsuranskan rumah mereka daripada kebakaran dan kebahayaan lain berdasarkan syarat mandatori pinjaman perumahan mereka, tanpa mengetahui ia hanya melindungi bangunan mereka dan bukan isi rumah. Melalui kerjasama yang bermakna dengan FFI, kami boleh meningkatkan kesedaran tentang kepentingan insurans isi rumah dan menggalakkan lebih ramai pelanggan untuk memastikan mereka dilindungi,” kata Jeremy.

Menggabungkan kepakaran insurans AXA dan rangkaian pelanggan FFI yang luas, gandingan ini akan menyediakan ekosistem  efisien yang memberi manfaat kepada pelanggan dengan perlindungan isi rumah yang mampu milik  dan  komprehensif, juga dikenali sebagai pelan SmartHome Optimum Enhanced Home Contents All Risks (Semua Risiko Kandungan Rumah).
  • Melindungi kehilangan atau kerosakan isi rumah akibat semua jenis kebahayaan termasuk rusuhan, mogok dan kerosakan berniat jahat, kerosakan tidak sengaja, kecurian tanpa tanda kemasukan secara paksa
  • Pelan fleksibel berdasarkan keperluan dan bajet pelanggan
  • Premium mampu milik
  • Manfaat percuma seperti kehilangan wang akibat kecurian, kos penggantian kepala kunci/ kunci, kos penggantian  dokumen undang-undang dan banyak lagi
Brian Soo, Ketua Pegawai Inovasi di Fire Fighter Industry Sdn. Bhd. berkata, "Rangkaian pelanggan yang telah kami bina selama ini adalah mereka yang mengutamakan  keselamatan dan kami percaya kerjasama dengan AXA akan memberi nilai kepada pelanggan kini dan bakal pelanggan kami."

Ditubuhkan pada tahun 1974, FFI ialah pengeluar alat pemadam api dan penyedia perkhidmatan keselamatan kebakaran sehenti. FFI adalah satu-satunya pengeluar alat pemadam api Malaysia yang mempunyai akreditasi ISO 9001 dan ISO 14001 dan berusaha ke arah misi kalis api Malaysia melalui produk dan perkhidmatan keselamatan kebakaran yang komprehensif. Sejak 2019, FFI telah memberi tumpuan untuk lebih mengutamakan pengguna melalui produk dan perkhidmatan keselamatan dengan model terus kepada pengguna. FFI ialah syarikat keselamatan kebakaran dalam talian yang pertama dan sejak itu telah melihat diri mereka sebagai #1 dalam semua platform e-dagang utama.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.firefighter.com.my/pages/smart-home-insurance  

Sumber: AXA Affin General Insurance Berhad 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16763

Sunday, January 29, 2023

KINI, LEBIH SEPARUH DARIPADA PENGUNJUNG KE TEAMLAB PLANETS DI TOYOSU, TOKYO DATANG DARI LUAR NEGARA. BERMULA PADA BULAN MAC, KARYA SENI MENAMPILKAN BUNGA SAKURA YANG MEKAR MERENTASI ANGKASA AKAN DIPAMERKAN UNTUK MUSIM BUNGA SAHAJA

eamLab, Terapung di dalam Alam Semesta Bunga yang Berguguran © teamLab

TOKYO, 30 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kira-kira 100,000 pengunjung dari luar negara mengunjungi teamLab Planets di Toyosu, Tokyo, antara 9 Disember 2022 dan 9 Januari 2023. (*1)

Daripada jumlah pengunjung sepanjang tempoh sebulan itu, lebih kurang 60% , atau 1 dalam 2 pengunjung, bukan pemastautin yang mengunjungi Jepun (*1) dan bilangan pengunjung dari luar negara telah meningkat tiga kali ganda berbanding bulan yang sama pada tahun 2019 (sebelum penularan COVID-19).

Tambahan pula, menurut tinjauan yang dijalankan oleh pihak muzium, kira-kira 70% daripada pengunjung dari luar negara mengetahui tentang muzium itu sebelum mempertimbangkan perjalanan mereka ke Jepun dan terdapat trend apabila muzium menjadi satu daripada tujuan utama mengunjungi Tokyo. (*2)

*1 Daripada laman web rasmi data pembeli tiket (tempoh tinjauan: 9 Disember 2022 - 9 Januari 2023)
*2 Daripada data tinjauan pengunjung (tempoh tinjauan: 17 Disember 2022 - 10 Januari 2023)

Kami akan terus memberikan pengalaman kepada orang ramai di seluruh dunia dengan pengalaman berasaskan konsep teamLab Planets, “Selubungi Diri Anda Bersama yang Lain, Menjadi Satu dengan Dunia”.

Dari hari Rabu, 1 Mac 2023 hingga hari Ahad, 30 April 2023, dua karya, Terapung di dalam Alam Semesta Bunga yang Berguguran dan Lukisan di Permukaan Air Dicipta oleh Tarian Koi dan Orang Ramai - Infiniti, akan menampilkan bunga sakura yang mekar merentasi angkasa, dipamerkan semasa musim bunga sahaja.

Terapung di dalam Alam Semesta Bunga yang Berguguran, karya seni yang menunjukkan bunga mekar dan berubah mengikut peredaran masa dan alam semesta kehidupan tersebar merentasi angkasa, akan dipenuhi dengan bunga sakura semasa tempoh terhad ini. Dalam karya Lukisan di Permukaan Air Dicipta oleh Tarian Koi dan Orang Ramai - Infiniti, pengunjung berjalan di dalam air dan ikan koi berenang di permukaan air yang mengembang secara tidak terhingga. Apabila koi bertembung dengan orang ramai, ikan tersebut berubah menjadi bunga sakura dan bertaburan.

TOYOTA TSUSHO, IIJ, NEC DAN NTT COM MENANDATANGANI KONTRAK DENGAN UZBEKTELECOM UNTUK PROJEK PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR TELEKOMUNIKASI

 - Menyumbang kepada usaha DX dengan memajukan infrastruktur maklumat dan telekomunikasi Uzbekistan -


TOKYO, 30 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toyota Tsusho Corporation ("Toyota Tsusho"), Internet Initiative Japan Inc. ("IIJ"), NEC Corporation ("NEC") dan NTT Communications Corporation ("NTT Com") mengumumkan pada hari ini pembuatan kontrak dengan Uzbektelecom, pengendali telekomunikasi milik kerajaan di Uzbekistan, untuk projek pembangunan infrastruktur telekomunikasi ("Projek") bertujuan menyediakan pusat data dan infrastruktur telekomunikasi bagi sistem komunikasi data lanjutan ("Sistem").

Pemasangan Sistem tersebut dijadualkan akan bermula pada tahun 2023 dan pelancaran berjujukan operasi dijangkakan dapat menambah baik persekitaran komunikasi Uzbekistan dengan ketara.

1. Latar Belakang

Sebagai respons kepada permintaan komunikasi data yang berkembang pesat, didorong oleh pendigitalan pelbagai industri, Uzbekistan sedang mengembangkan infrastruktur telekomunikasi yang bertujuan menangani isu seperti menambah baik kualiti komunikasi dan menutup jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar. Bertepatan dengan latar belakang ini, kerajaan Uzbekistan telah membuat keputusan mempercepat transformasi digital (DX) dan memperkenalkan teknologi maklumat terkini untuk strategi pendigitalan negara tersebut, Uzbekistan Digital 2030.

2. Gambaran Keseluruhan

Bagi Projek berkenaan, dilancarkan di bawah Uzbekistan Digital 2030, empat syarikat tersebut akan menyediakan kelengkapan dan perkhidmatan telekomunikasi yang diperlukan untuk pusat data Uzbektelecom di tiga bandar utama (Tashkent, Bukhara dan Kokand), pengembangan pengangkutan telekomunikasi dan rangkaian data, serta rangkaian komunikasi data antarabangsa. Ini dijangka akan meningkatkan kelajuan, kapasiti dan kualiti infrastruktur telekomunikasi dengan ketara dan menyumbang kepada pemacuan DX di Uzbekistan, dengan itu memudahkan peralihan negara kepada ekonomi digital pada masa hadapan.

Projek ini dibiayai oleh Japan Bank for International Cooperation (JBIC), Nippon Export and Investment Insurance (NEXI) dan MUFG Bank, Ltd.

3. Prospek

Melalui Projek tersebut, empat syarikat berkenaan akan menyumbang kepada merealisasikan masyarakat yang lebih mudah dan selesa, serta pembangunan industri mampan di Uzbekistan dan negara lain di Asia Tengah.

[Peranan Syarikat yang Menyertai]

· Toyota Tsusho
Sebagai kontraktor utama untuk Projek itu, Toyota Tsusho akan bertindak sebagai penyelaras keseluruhan dan memastikan kelancaran kemajuan Projek.
 
· IIJ
Dalam projek pembinaan storan data dan pusat pemprosesan data (pusat data), IIJ akan menyumbang kepada pembangunan infrastruktur digital mampan di Uzbekistan dengan menyediakan “co-IZmo/I”, modul IT berkontena yang jimat tenaga, berkualiti tinggi dan amat cekap, membina platform awan dan menyediakan latihan untuk kakitangan operasi pusat data Uzbektelecom.
 
· NEC
Dalam projek pengembangan rangkaian pengangkutan telekomunikasi dan rangkaian data Uzbektelecom, NEC akan menyumbang kepada operasi infrastruktur telekomunikasi kebangsaan dengan menyediakan kelengkapan dan latihan komunikasi pemultipleks jarak gelombang optik untuk kakitangan operasi Uzbektelecom, dengan memanfaatkan bertahun-tahun pengalaman dalam menyokong infrastruktur telekomunikasi Uzbekistan.
 
· NTT Com
Dalam projek pengembangan rangkaian komunikasi data antarabangsa, NTT Com akan menyumbang kepada merealisasikan DX di Uzbekistan melalui pengembangan rangkaian komunikasi data antarabangsa bagi negara dengan menyediakan kelengkapan untuk rangkaian dan pendidikan komunikasi berskala besar untuk kakitangan operasi Uzbektelecom.

Klik di sini untuk Jadual Gambaran Keseluruhan

TOYOTA TSUSHO, IIJ, NEC DAN NTT COM MENANDATANGANI KONTRAK DENGAN UZBEKTELECOM UNTUK PROJEK PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR TELEKOMUNIKASI

Saturday, January 28, 2023

GEEKPLUS, PENERAJU KENDERAAN TERPANDU AUTOMATIK DI JEPUN, MEMILIH BOOMI UNTUK MENGAUTOMASIKAN PLATFORM LOGISTIK PINTAR

 

Boomi Dipilih oleh Geekplus, Pemimpin Dalam Kenderaan Berpandu Automatik di Jepun Untuk Mengautomasikan Sistem Logistik Pintar (Grafik: Business Wire) 


· Platform penyepaduan sebagai perkhidmatan (iPaaS) Boomi yang memenangi anugerah telah dipilih kerana ciri serba guna, kelajuan pembangunan dan kemudahan penggunaan platform tersebut
· Boomi akan memudahkan dan memperkemas penyepaduan aplikasi dan data merentasi rangkaian penghantar dan syarikat logistik pihak ketiga Geekplus

TOKYO & CHESTERBROOK, Pa., Jan 27 (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Boomi™, sebuah syarikat peneraju keterhubungan dan automasi pintar, hari ini mengumumkan bahawa Geekplus Co., Ltd. (Geekplus), yang memegang bahagian pasaran terbesar di Jepun selama empat tahun berturut-turut bagi kenderaan terpandu automatik (AGV), telah memilih Platform Boomi AtomSphere™ untuk mengautomasikan platform logistik pintar generasi seterusnya.

Geekplus telah ditubuhkan di Jepun pada tahun 2017 sebagai usaha sama antara Beijing Geekplus Technology Company Limited, sebuah syarikat “unicorn” yang mempunyai bahagian pasaran terbesar di dunia dalam bidang robot mudah alih berautonomi (AMR), dengan modal Jepun. Syarikat ini menyumbang kepada peningkatan nilai korporat syarikat logistik dengan menyediakan perkhidmatan seperti jualan, pemasangan, penyelenggaraan 24/7/365 dan perundingan peningkatan produktiviti.

Dengan adanya pelanggan dalam bidang runcit, pakaian, farmaseutikal, automotif, bateri litium, fotovoltan, elektronik dan banyak lagi di beribu-ribu lokasi di seluruh dunia serta kira-kira seratus lokasi di Jepun, Geekplus ingin mengembangkan dan menjana aliran pendapatan baharu untuk menerajui syarikat ke fasa pertumbuhan yang seterusnya. Syarikat ini sedang berusaha untuk membina platform logistik pintar secara dalaman bagi rangkaian penghantar dan pembekal logistik pihak ketiga (3PL) dengan memanfaatkan kekuatan syarikat dalam industri rantaian bekalan. Geekplus memerlukan alat untuk memudahkan dan memperkemas penyepaduan semua aplikasi dan data kerana berdepan dengan kerumitan pelbagai format data dan pengenalan teknologi seperti Internet benda (IoT).

“Kami berhasrat untuk mencipta piawaian logistik baharu secara bersama dengan menggunakan teknologi robotik generasi akan datang untuk menyelesaikan masalah kekurangan buruh yang semakin serius di Jepun dan jurang antara pertumbuhan permintaan e-dagang dengan pertumbuhan volum fizikal,” kata Encik Yusuke Arima, Kumpulan Pembangunan Sistem, Geekplus. “Selepas menilai pelbagai platform penyepaduan, Geekplus telah memilih platform natif awan Boomi yang pintar dan berkod rendah kerana ciri serba guna, kelajuan pembangunan dan kemudahan penggunaan platform tersebut. Platform Boomi akan membolehkan kami menghubungkan operasi kami dengan penghantar, pembekal dan rakan kongsi kami, sambil mengurangkan isu rantaian bekalan masa nyata yang mungkin berlaku.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16750

Friday, January 27, 2023

FOURKITES MELANCARKAN DATA CONNECTOR UNTUK MEMBANTU PERNIAGAAN MEMAKSIMUMKAN KUASA DATA RANTAIAN BEKALAN

Penyepaduan baharu dengan alatan risikan perniagaan menyediakan ke atas pelanggan dengan akses yang belum pernah terjadi sebelumnya kepada data rantaian bekalan masa nyata yang dipercayai untuk menghapuskan silo, memaksimumkan ketangkasan


CHICAGO, 27 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Syarikat ketampakan rantaian bekalan terkemuka FourKites hari ini mengumumkan pelancaran Data Connector, satu tawaran yang membolehkan pelanggan mengakses dan memanfaatkan data FourKites secara automatik dalam alat risikan perniagaan sedia ada mereka. Dengan menjadikan data rantaian bekalan lebih mudah diakses berbanding sebelum ini, Data Connector akan membantu pembuat keputusan merentas organisasi dalam mengakses cerapan berharga untuk mengurangkan gangguan dan mempercepatkan membuat keputusan.

Daripada kepuasan pelanggan kepada prestasi pembawa, data rantaian bekalan masa nyata adalah input penting untuk memahami kesihatan dan prestasi perniagaan. Tidak seperti kaedah penyepaduan data lain yang membuka kunci hanya sebahagian kecil daripada data rantaian bekalan syarikat dan memerlukan proses yang memakan masa untuk disepadukan, Data Connector membenarkan penganalisis untuk menggabungkan beratus-ratus titik data daripada FourKites terus ke dalam platform analitik tersuai pilihan mereka.

“Data Connector telah membolehkan syarikat kami menyepadukan poin data tambahan ke dalam pelaporan dalaman untuk kebolehkesanan yang lebih baik,” kata Kaitlyn DeSpiegler, Pengurus Logistik - Projek Strategik, 3M. “Ini seterusnya, telah membantu kami memperoleh gambaran tentang proses eksport kami kerana ia berkaitan dengan kelewatan dan penyerahan. Data ini dimasukkan ke dalam paparan hujung ke hujung yang lebih besar yang digunakan oleh pasukan eksport dan import kami untuk menjejaki pemprosesan barangan melalui gudang 3PL dan mengeksport negara. Pasukan ini telah melihat kecekapan yang hebat dalam mengintegrasikan semua data penjejakan ke dalam satu laporan.”

Direka bentuk untuk penganalisis data yang mahukan fleksibiliti muktamad untuk analitik tersuai, Data Connector membenarkan pelanggan mula membina papan pemuka tersuai dalam beberapa minit — tiada pelaksanaan atau sumber pembangun yang penting diperlukan. Ia juga menghapuskan keperluan untuk muat naik data manual atau aliran kerja yang kompleks untuk menyepadukan data FourKites ke dalam susunan risikan perniagaan pelanggan.

“Pemimpin perniagaan sedar bahawa data rantaian bekalan yang dipercayai dan berkualiti tinggi menjangkaui trak dan kereta api; ia relevan untuk semua sudut perusahaan. Jika data lebih mudah diakses di seluruh organisasi mereka, lebih banyak mereka boleh mengoptimumkan operasi mereka,” kata Priya Rajagopalan, Ketua Pegawai Produk FourKites. "Kami komited untuk memastikan pelanggan kami dapat memaksimumkan keseluruhan ekosistem penyedia teknologi mereka - yang mana FourKites merupakan elemen utama - untuk memaklumkan dan mempercepatkan pembuatan keputusan mereka."

Pelanggan FourKites, termasuk 3M, menggunakan Data Connector untuk mengenal pasti data rantaian bekalan yang paling relevan untuk keperluan mereka, dan memanfaatkan maklumat tersebut untuk memperoleh cerapan perniagaan yang lebih luas dan mempercepatkan masa kepada nilai. Data Connector tersedia kepada pelanggan FourKites di seluruh dunia, merentasi semua industri.

Perihal FourKites
Platform ketampakan rantaian bekalan terkemuka FourKites® memperluaskan ketampakan melangkaui pengangkutan ke halaman, gudang, kedai dan seterusnya. Menjejaki lebih daripada 3 juta penghantaran setiap hari merentasi jalan raya, rel, lautan, udara, bungkusan dan jarak terakhir, dan menjangkau lebih 200 negara dan wilayah, FourKites menggabungkan data masa nyata dan pembelajaran mesin yang berkuasa untuk membantu syarikat mendigitalkan bekalan hujung ke hujung mereka rantai. Lebih daripada 1,200 jenama yang paling terkenal di dunia — termasuk 9 daripada 10 CPG teratas dan 18 daripada 20 syarikat makanan dan minuman teratas — mempercayai FourKites bagi mengubah perniagaan mereka dan mewujudkan rantaian bekalan yang lebih tangkas, cekap dan mampan. Untuk mengetahui lebih lanjut, lawati https://www.fourkites.com/.

Hubungi Media
Marianna Vyridi
Pemasaran Lembah Besar untuk FourKites
(650) 468-3263
mvyridi@bigvalley.co

Infografik yang mengiringi pengumuman ini tersedia di: https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/cc0f2d8d-d0a8-4310-854e-4fc3da7a03b6

Sumber: FourKites

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16752

Thursday, January 26, 2023

TINJAUAN PELANCONGAN GMO RESEARCH: CORAK YANG BERBEZA DALAM KEINGINAN UNTUK MELANCONG KE LUAR NEGARA ANTARA APAC, EROPAH DAN AMERIKA UTARA

Adakah Industri Pelancongan Akan Pulih pada Tahun 2023? - Tinjauan Perjalanan Antarabangsa di Kesatuan Eropah (EU)/Amerika Utara/Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APAC). (Grafik: Business Wire)

TOKYO, 27 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- GMO Research (TOKYO: 3695) menjalankan tinjauan melancong ke luar negara pada suku terakhir tahun 2022 untuk memahami perbezaan dalam corak pelancongan antara rantau Eropah, Amerika Utara dan APAC. Tinjauan ini dijalankan dalam rangkaian panel yang mempunyai 3,000 responden di enam buah negara, Amerika, Kanada, United Kingdom, Jerman, Perancis dan Australia. Sebelum ini, GMO Research telah menjalankan tinjauan yang sama¹ pada bulan Oktober 2022 menggunakan ASIA Cloud Panel² yang disasarkan kepada 3,328 pemantau di 10 buah negara dan rantau Asia.


Eropah dan AS kekal sebagai destinasi popular di kalangan responden.

Tiga negara antarabangsa teratas yang paling ingin dilawati oleh responden dari Amerika Utara pada masa hadapan ialah: Itali (10.5%), United Kingdom (9%) serta Australia dan Jepun (kedua-duanya terikat pada 6.8%).³

AS ialah destinasi popular bagi orang Eropah dan responden di rantau APAC. Orang Eropah yang menyertai tinjauan ini juga menunjukkan keutamaan mereka untuk melancong ke negara lain dalam rantau mereka, terutamanya Sepanyol (9.3%) dan Itali (7.7%). Keadaan ini serupa untuk mereka yang menyertai tinjauan di rantau APAC, menunjukkan keutamaan mereka untuk melancong ke negara serantau, melawat Jepun (20.3%) dan Korea Selatan (6.6%). (Carta 1)

Apabila melihat sebab bagi setiap negara memilih AS sebagai negara pilihan mereka untuk dilawati, sebab yang paling biasa termasuk ‘banyak tarikan pelancong (25.4%)’, ‘pengalaman budaya yang unik (13.5%)’ dan ‘landskap semula jadi yang tersendiri (9.9%).’

Sebagai perbandingan, responden ingin melawat Itali kerana negara tersebut menawarkan ‘makanan/minuman tradisional (29%)’, ‘pengalaman budaya yang unik (24.2%)’ dan ‘bangunan/tapak bersejarah (12.6%)’. Sebilangan besar responden memilih Sepanyol sebagai destinasi mereka pada masa hadapan kerana ‘tempat peranginan pantai’ (36.1%) negara tersebut. (Carta 2)

TINJAUAN PELANCONGAN GMO RESEARCH: CORAK YANG BERBEZA DALAM KEINGINAN UNTUK MELANCONG KE LUAR NEGARA ANTARA APAC, EROPAH DAN AMERIKA UTARA

ROSARIO OCHOA DILANTIK SEBAGAI PENGURUS BESAR NIKKISO ACD UNTUK NIKKISO CLEAN ENERGY DAN INDUSTRIAL GASES GROUP

TEMECULA, Calif., 25 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Nikkiso Cryogenic Industries' Clean Energy & Industrial Gases Group ("Kumpulan"), sebahagian daripada kumpulan syarikat Nikkiso Co., Ltd (Jepun), dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Rosario Ochoa telah menyertai Kumpulan ini sebagai Pengurus Besar Nikkiso ACD, berkuat kuasa 16 Januari 2023.

Rosie membawa bersamanya pengalaman lebih 15 tahun dalam pengeluaran, pembuatan tanpa lemak, kejuruteraan yang mengekalkan, pembangunan produk baharu, kesihatan dan keselamatan alam sekitar serta pematuhan kualiti kepada piawaian seperti ISO 9001, AS9100, ISO/TS1949. Beliau mempunyai Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kejuruteraan Elektronik dari Institut Teknologi Mexicali, Mexico, dan Juruaudit Utama ISO 9001:2008 bertauliah daripada AQS Management Systems, Inc. Beliau mempunyai latar belakang yang kukuh dalam operasi pembuatan, kualiti dan enam sigma, kejuruteraan, kecemerlangan organisasi dan transformasi budaya.

Nikkiso ACD, Santa Ana, California, bersama Nikkiso Cryo (Las Vegas) adalah sebahagian daripada Cryogenic Pumps Unit Kumpulan ini. Sebagai Pengurus Besar, Rosie akan memacu kecemerlangan operasi sepanjang Cryogenic Pumps Unit serta seluruh organisasi dan mengetuai pasukan silang fungsi untuk meningkatkan kelajuan dan kecekapan merentas perniagaan. Dia akan melaporkan kepada Jim Estes, Pengarah Eksekutif Nikkiso ACD.

"Rosie membawa pelbagai kemahiran dan pengalaman ke dalam jawatan itu. Dengan kepimpinan beliau, saya yakin ACD akan terus berkembang dan memenuhi permintaan pelanggan kami untuk kualiti dan keandalan pam kriogenik yang terbaik," menurut Jim Estes, Pengarah Eksekutif Nikkiso ACD. "Peranan Rosie terus menyokong misi kami untuk menyediakan peralatan, teknologi dan perkhidmatan yang inovatif melalui kumpulan syarikat global kami untuk membantu pelanggan kami membawa perubahan."

Rosie juga merupakan ahli organisasi Vistage: organisasi bimbingan CEO dan penasihat rakan setara terbesar di dunia untuk pemimpin perniagaan.

PERIHAL CRYOGENIC INDUSTRIES
Cryogenic Industries, Inc. (kini ahli Nikkiso Co., Ltd.) syarikat ahli mengeluarkan dan perkhidmatan kejuruteraan peralatan pemprosesan gas kriogenik (pam, pengembang turbo, penukar haba, dsb.), dan loji pemprosesan bagi Gas Industri, Pencecairan gas asli (LNG), Pencecairan Hidrogen (LH2) dan Kitaran Rankine Organik untuk Pemulihan Haba Sisa. Diasaskan lebih daripada 50 tahun yang lalu, Cryogenic Industries merupakan syarikat induk bagi ACD, Nikkiso Cryo, Nikkiso Integrated Cryogenic Solutions, Cosmodyne dan Cryoquip serta kumpulan yang dikawal secara umum bagi kira-kira 20 entiti pengendalian.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.nikkisoCEIG.com dan www.nikkiso.com.

HUBUNGAN MEDIA:
Anna Quigley
+1.951.383.3314
aquigley@cryoind.com

SUMBER: Cryogenic Industries

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16747

 

Wednesday, January 25, 2023

LAPORAN AMALAN TADBIR URUS KELESTARIAN 30 BANK GLOBAL TERBESAR KEMUKAKAN PENEMUAN MENARIK

LONDON, 25 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Morrow Sodali dan Nestor Advisors - Syarikat Morrow Sodali, dengan sukacitanya mengumumkan penerbitan “Governance of sustainability in the largest global banks: A study of the top 30 European and North American banks”. (Tadbir urus kelestarian dalam bank global terbesar: Kajian ke atas 30 bank utama Eropah dan Amerika Utara)

Laporan ini mengkaji amalan tadbir urus kelestarian 30 bank terbesar di Eropah dan Amerika Utara. Dalam menyediakan Laporan, kami menyemak pelbagai dokumentasi yang tersedia secara umum dan juga menemu bual wakil daripada lima belas bank terkemuka, termasuk sembilan pengerusi lembaga pengarah, ahli lembaga pengarah lain dan eksekutif kanan. Pihak yang ditemu bual memberi penerangan tentang amalan yang berbeza, dan sebab bank memilih untuk meneruskannya. Laporan yang dihasilkan membandingkan bank merentas beberapa titik data dan menganalisis penemuan ini berbanding indeks berganda kelestarian dan prestasi kewangan.

Stilpon Nestor, pengarang terkemuka Laporan menyatakan, “Kelestarian adalah salah satu isu besar yang dihadapi bank dan kepimpinan mereka. Pemegang saham dan pelbagai pihak berkepentingan, termasuk pengawal selia, mengharapkan bank bersikap proaktif dalam kelestarian. Dari segi strategi, “penghijauan buku” adalah cabaran besar, terutamanya dalam pasaran dengan sektor “coklat” yang besar. Dari segi risiko, sesetengah pengawal selia menjangkakan bank untuk menyepadukan risiko kelestarian dalam rangka kerja pengurusan risiko teras dan kategori utamanya. Mereka juga mengharapkan perspektif kelestarian yang jelas dalam rangka kerja selera risiko. Untuk melaksanakan dalam bidang ini, bank global telah membentuk semula tadbir urus dan pengaturan organisasi sedia ada dan telah membangunkan beberapa yang baharu. Laporan kami meneliti pengaturan ini dan mengemukakan penemuan yang menarik, kadangkala bertentangan dengan intuisi.” 

​MARY KAY INC. MEMBENTANGKAN PENEMUAN BAHARU MENGENAI MANFAAT EKSTRAK DAUN BOTANI DI PERSIDANGAN TAHUNAN PERSATUAN PEMAKANAN AMERIKA

goog_1654524957

“Kecantikan adalah tentang kesejahteraan holistik. Kami telah menyelidik manfaat suplemen nutrisi selama lebih daripada 15 tahun. Pengguna bukan sahaja mahu kelihatan cantik—mereka juga mahu rasa sihat. Kecantikan bermula dari dalam ke luar, dan penyelidikan terkini kami membantu memaklumkan kami tentang nutrisi pada masa hadapan,” kata Dr. Lucy Gildea, Ketua Pegawai Inovasi, Produk & Sains di Mary Kay. (Kredit: Mary Kay Inc.)


DALLAS, 25 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc., peneraju global dalam inovasi penjagaan kulit dan sains pemakanan, baru-baru ini menyelidik mengenai manfaat ekstrak daun botani apabila dimasukkan ke dalam minuman berkhasiat yang mengandungi protein, lemak dan serat. Penemuan tersebut, yang dikongsi oleh pasukan Penyelidikan & Inovasi Pemakanan Global Mary Kay di Persidangan Tahunan Persatuan Pemakanan Amerika, boleh memberikan impak yang ketara terhadap pemahaman kita tentang ekstrak daun botani yang kaya dengan polisakarida, flavonoid, alkaloid dan 1-deoksinojirimisin dan komponen lain yang aktif untuk menurunkan tindak balas glukosa dan menambah baik rasa kekenyangan dalam diri pengguna.

“Kecantikan ialah tentang kesejahteraan holistik,” kata Dr. Lucy Gildea, Ketua Pegawai Inovasi, Produk & Sains di Mary Kay. “Kami telah menyelidik manfaat suplemen pemakanan selama lebih daripada 15 tahun. Pengguna bukan sahaja mahu kelihatan sihat—mereka juga mahu berasa sihat. Kecantikan bermula dari dalam ke luar dan penyelidikan kami yang terkini membantu memberitahu kami mengenai masa depan pemakanan.”

Menurut penyelidikan oleh Mary Kay, pengambilan minuman berkhasiat dengan ekstrak ini menghasilkan tindak balas glukosa selepas makan yang rendah dengan ketara berbanding pengambilan minuman tanpanya. Data tersebut juga menunjukkan bahawa ekstrak ini menyokong sifat “Indeks Glisemik rendah”. Di samping itu, subjek yang mengambil minuman itu juga melaporkan rasa kekenyangan yang bertambah baik.

“Ini hanya satu contoh penyelidikan dan usaha menakjubkan saintis Mary Kay,” kata Jen Alfrey, Pengarah Kanan Pemakanan Global di Mary Kay. “Menyelidik cara meningkatkan kesihatan, meningkatkan kesejahteraan dan menambah baik kecantikan melalui pemakanan ialah keutamaan bagi pasukan ini.”

Penyelidikan yang didedahkan hanya usaha terkini oleh Mary Kay untuk memperkukuh komitmen jangka panjang jenama itu untuk memajukan kesihatan kulit, penyelidikan dan pembangunan, serta pemakanan. Mary Kay memegang lebih daripada 1,600 paten untuk produk, teknologi dan reka bentuk pembungkusan dalam portfolio global.

Tuesday, January 24, 2023

TIANJIN PORT GROUP DAN HUAWEI MENGUMUMKAN KERJASAMA MENDALAM UNTUK MEMBINA KEMBAR PELABUHAN DIGITAL

TIANJIN, China, 25 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Tianjin Port Group dan Huawei mengumumkan pada minggu ini bahawa kedua-dua syarikat akan mendalamkan kerjasama untuk membina kembar pelabuhan digital, menjadikannya lebih berautomatik dan cerdas. Yang Jiemin, Naib Presiden Tianjin Port Group, menjelaskan bahawa rancangan ini terdiri daripada tiga bahagian: Pembinaan terminal berautomatik baharu, menaik taraf terminal tradisional dan transformasi digital secara menyeluruh.

Terminal Seksyen C di dalam Kawasan Pelabuhan Beijiang di Pelabuhan Tianjin ialah terminal pelabuhan pintar, sifar karbon pertama di dunia. Terminal tersebut memasuki operasi komersial berskala besar pada bulan Oktober 2021 dan telah beroperasi dengan stabil semenjak itu. Teknologi pemanduan berautonomi 5G dan L4 digunakan di terminal ini untuk membuatkannya lebih selamat dan lebih cekap. Di terminal itu, kren kontena beroperasi secara automatik dan robot cerdas bagi sistem pengangkutan mendatar kerap berulang-alik. Kren dermaga yang dikawal dari jauh mengangkat kontena yang penuh sarat dari kapal kargo dan meletakkannya di atas robot cerdas untuk pengangkutan mendatar. Disokong oleh Sistem Satelit Navigasi BeiDou, robot ini dipandu ke stesen mengunci/membuka kunci automatik untuk membuka kontena dan kemudian ke laman kontena di sepanjang laluan pemanduan optimum yang dikira dalam masa nyata. Keseluruhan proses berjalan lancar.

Yang Jiemin menjelaskan cara penyelesaian baharu itu, yang menggabungkan teknologi pemanduan berautonomi 5G dan L4, buat kali pertama telah dimasukkan ke dalam aplikasi komersial berskala besar dalam sebahagian senario awam di Terminal Seksyen C. Ini telah memberikan model baharu untuk menaik taraf dan mengubah terminal kontena tradisional sedia ada di seluruh dunia. "Inovasi yang digunakan di Pelabuhan Tianjin ini memberikan impak besar kepada industri pelabuhan, mencipta nilai baharu untuk pelabuhan dengan menambah baik persekitaran operasi, memacu pembangunan hijau dan rendah karbon, serta meningkatkan kecekapan operasi. Kami percaya bahawa amalan ini akan menggalakkan pembangunan cerdas industri pelabuhan global," kata Yang.

TIANJIN PORT GROUP DAN HUAWEI MENGUMUMKAN KERJASAMA MENDALAM UNTUK MEMBINA KEMBAR PELABUHAN DIGITAL

Friday, January 20, 2023

HYTERA MEMPERTINGKATKAN RADIO DUA-HALA DMR H-SERIES GENERASI BAHARU DENGAN MODEL HP5




Dengan pengecasan Type-C, kekasaran IP67, audio yang jelas dan julat komunikasi yang sangat baik, radio mudah alih HP5 series Hytera menyediakan penyelesaian komunikasi kumpulan segera yang profesional, mudah digunakan dan kos efektif untuk pengguna perusahaan dan perniagaan.


SHENZHEN, China, 20 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hytera Communications (SZSE: 002583), pembekal global terkemuka bagi teknologi dan penyelesaian komunikasi profesional, hari ini mengeluarkan radio dua-hala mudah alih HP56X dan HP50X untuk mengembangkan dan mengukuhkan portfolio Radio Mudah Alih Digital (DMR) generasi baharu. Model HP5 dibangunkan untuk menyediakan komunikasi suara yang boleh dipercayai untuk pasukan keselamatan, operasi, juruteknik dan penyelenggaraan di bangunan pejabat, stadium, taman perindustrian, kampus sekolah, hospital, dsb.

H-Series, termasuk radio mudah alih, radio mudah alih, dan pengulang, direka bentuk dan dibangunkan pada platform perkakasan dan perisian baharu. Hytera memulakan pengenalan radio DMR H-Series generasi akan datang dengan radio dua-hala mudah alih HP7, radio mudah alih HM7, dan pengulang HR106X ke pasaran global pada penghujung tahun 2021; kemudian diikuti model HP6, HM6 dan HR6. Dengan kelebihan daya saing yang jelas dalam pasaran, model H-Series telah diterima pakai dengan pantas oleh pelanggan di seluruh negara. Kini model HP5 terbaharu meningkatkan lagi keupayaan Hytera untuk memberi perkhidmatan kepada lebih ramai pelanggan daripada pelbagai sektor.

HP5 series, direka untuk perusahaan dan perniagaan dengan pasukan yang lebih kecil, cemerlang dalam mengimbangi fungsi, kebolehgunaan dan poin harga. Model HP5 mempunyai tombol dwi khusus untuk kawalan kelantangan dan saluran untuk memudahkan operasi radio. Dengan port universal Type-C, radio HP5 boleh dicas dengan bank kuasa atau pengecas kereta seperti cara mengecas telefon pintar biasa.

Radio HP56X dan HP50X menyampaikan audio yang jelas yang didayakan oleh pembatalan bunyi berasaskan AI, yang menyekat lolongan maklum balas yang menjengkelkan dan menapis bunyi ambien yang tidak diingini. Dengan sensitiviti 0.18μV (‒122dBm) HP5 Series memastikan panggilan suara push-to-talk yang stabil walaupun di hujung liputan.

“Pengguna perusahaan dan perniagaan mungkin memerlukan lebih fungsi daripada sistem radio dua-hala mereka berbanding pengguna keselamatan awam. Sebagai contoh, panggilan jauh biasanya merupakan ciri standard yang diperlukan oleh pihak polis, tidak semestinya satu kemestian bagi pengguna perniagaan,” kata Howe Tian, Pengurus Besar Barisan Produk Peranti di Hytera. “Walau bagaimanapun, keperluan untuk serba boleh, ergonomik, dan kebolehpercayaan adalah sama. Dengan mengambil kira perkara ini, kami mereka bentuk radio mudah alih HP5. Kami percaya HP5 akan menjadi alat produktiviti dan keselamatan yang hebat untuk pelbagai senario profesional.”

HP5 series adalah kalis-air dan kalis-habuk gred IP67 dan memenuhi keperluan ketenteraan MIL-STD-810G yang ketat untuk perlindungan terhadap getaran, penurunan 1.5 meter, suhu melampau, dsb. Modul GPS dan BT 5.2 menjadikan kedua-dua radio baharu ini sebagai serba boleh dalam penyelesaian penghantaran dan pengurusan keseluruhan.

Tarikh ketersediaan produk baharu mungkin berbeza di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut tentang Radio dua-hala mudah alih DMR profesional HP5 series Hytera, sila lawati:
HP56X: https://www.hytera.com/en/product-new/digital-radio/dmr-radio/hp56x.html
HP50X: https://www.hytera.com/en/product-new/digital-radio/dmr-radio/hp50x.html

Tentang Hytera

Hytera Communications Corporation Limited (SZSE: 002583) ialah pembekal global terkemuka bagi teknologi dan penyelesaian komunikasi profesional. Dengan keupayaan suara, video dan data, kami menyediakan sambungan yang lebih pantas, selamat dan serba boleh untuk pengguna perniagaan dan misi kritikal. Kami menjadikan dunia lebih cekap dan selamat dengan membolehkan pelanggan kami mencapai lebih banyak dalam kedua-dua operasi harian dan tindak balas kecemasan.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16733

Thursday, January 19, 2023

SPRYKER BAKAL MEMIMPIN TRANSFORMASI DIGITAL UNTUK JENAMA PERKHIDMATAN KOLAM FRANCAIS TERBESAR DI DUNIA

 Poolwerx telah memilih Spryker untuk menghubungkan pengalaman dalam talian dan dalam kedai mereka melalui penyelesaian pasaran berbilang saluran gabungan


BRISBANE, Australia, 19 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Spryker, platform utama untuk Pasaran Perusahaan, Thing Commerce dan Unified Commerce, telah mengumumkan bahawa mereka telah dipilih oleh Poolwerx, jenama perkhidmatan kolam francais terbesar di dunia dan Jenama Perkhidmatan Kolam No. 1 di Australia, untuk mengetuai inisiatif transformasi digital mereka. Poolwerx bekerjasama dengan Spryker untuk menghubungkan pengalaman kedai digital dan runcit mereka serta membolehkan perdagangan merentas keseluruhan rangkaian mereka.

Teras transformasi ini adalah meningkatkan pengalaman untuk pelanggan, rakan kongsi francais dan pasukan Poolwerx melalui penggunaan unik keupayaan pasaran Spryker untuk menyampaikan portal e-dagang pelanggan baharu, portal rakan kongsi francais untuk menguruskan produk dan pesanan mereka sendiri, serta portal pengendali untuk menyediakan kebolehlihatan dan keupayaan operasi merentas semua persekitaran dan saluran.

“Kami memerlukan sistem yang membolehkan kami berinovasi dengan pantas dan menyesuaikan diri dengan apa-apa sahaja yang akan berlaku pada masa depan, sama ada mendayakan kumpulan pintar melalui keupayaannya mengendalikan data IoT atau mewujudkan saluran jualan baharu melalui keupayaannya untuk mengaktifkan suara. Senibina monolitik kami sebelum ini tidak dapat bergerak dengan cukup pantas dan menyebabkan kami membuat penyelesaian yang tidak sesuai dan tidak memenuhi keperluan pengguna kami," kata Shannon O’Brien, Ketua Pegawai Inovasi dan Teknologi di Poolwerx. "Pada masa kini, jangkaan pengalaman pengguna bergerak lebih cepat daripada sebelumnya. Pasukan kami dan pelanggan kami memerlukan sistem yang tidak menyukarkan dan membolehkan mereka melakukan tugas mereka dengan lebih mudah, lebih cepat dan lebih baik. Jika anda melakukan perkara yang sama dengan semua orang, anda akan kekal biasa-biasa sahaja. Jika anda melakukan sesuatu yang lain daripada semua orang, anda menjadi luar biasa. Spryker membolehkan kami bergerak lebih cepat ke arah menjadi luar biasa."

Menggunakan pendekatan API pertama mereka, Spryker akan menghubungkan sistem yang berasingan sebelum ini merentasi seni bina runcit, perkhidmatan dan belakang tabir. Ini akan membolehkan Poolwerx melihat dan mengurus segala-galanya dengan berkesan daripada portal pentadbiran tunggal yang disediakan oleh Spryker. Pasukan runcit dan juruteknik perkhidmatan kolam akan memperolehi maklumat yang betul yang disampaikan kepada mereka tepat pada masanya dan rakan francais akan mempunyai keupayaan perniagaan yang dinaik taraf dengan ketara. Perkara paling penting ialaj pelanggan akan memperolehi pengalaman berbilang saluran yang terhubung sepenuhnya dan mudah digunakan supaya mereka boleh menikmati kolam mereka dan tidak bimbang mengenainya.

Poolwerx sedang mencari penyelesaian perdagangan yang boleh menyatukan pelbagai data dari sistem berasingan. Dengan Spryker mengendalikan pelanggan, pengurusan pesanan dan e-dagang, Poolwerx dapat menyampaikan pengalaman perdagangan yang paling maju dalam industri kolam renang di seluruh dunia.

“Pasukan dan saya teruja untuk mereka bentuk penyelesaian pasaran berbilang saluran yang disesuaikan dengan keperluan perniagaan kami dengan menggunakan seni bina tanpa UI Spryker. Peluang yang diperolehi daripada strategi ini untuk keseluruhan pengalaman perdagangan adalah tidak terhingga," kata O’Brien. “Kami mempunyai pelan hala tuju yang panjang yang perlu kami bina tetapi kami yakin kami dapat menyampaikan aliran kerja yang paling kompleks dengan menggunakan platform Spryker yang boleh digubah.”

Komitmen Poolwerx terhadap transformasi digital telah menjadikan mereka peneraju dalam pasaran dan bekerjasama dengan Spryker hanyalah langkah seterusnya dalam perjalanan mereka ke pengalaman perdagangan yang boleh digubah sepenuhnya. Platform tanpa UI Spryker dibina untuk jenis perdagangan canggih yang dikendalikan oleh perniagaan global Poolwerx," kata Chris Gourvelos, Pengurus Jualan Kanan APAC di Spryker. Pelanggan Poolwerx akan dapat membuat pembelian di mana sahaja, bila-bila masa, pada mana-mana peranti tidak lama lagi. Pasukan sokongan Poolwerx akan dapat melihat semua aspek interaksi pelanggan, semua dengan pertukaran masa ke nilai yang lebih pantas dan fleksibiliti untuk menyesuaikan diri dengan pasaran yang berbeza. Spryker bersedia untuk bekerjasama dengan Poolwerx untuk merealisasikan matlamat ini dan dengan berbuat demikian meningkatkan keupayaan perdagangan dan keseluruhan pengalaman digital dengan signifikan."

Poolwerx dan Spryker akan memuat pembentangan di NRF 2023 pada 17 Januari pada 2:45 petang di Aras 1, Pentas Ekspo 1. Perbualan yang bertajuk, “Sink or swim: How Poolwerx is reimagining their digital commerce future with Spryker,” akan melihat cara peneraju industri mengubah secara digital perniagaan francais canggih mereka yang berkembang pesat dengan platform yang boleh digubah sepenuhnya dan seterusnya.

Poolwerx
ialah jenama perkhidmatan kolam francais global terbesar di dunia. Ditubuhkan oleh CEO dan usahawan Australia John O’Brien pada tahun 1992, Poolwerx telah berkembang kepada 630+ kenderaan perkhidmatan dan 170 kedai di Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat.

Poolwerx mempunyai pelbagai aliran pendapatan, pelanggan berulang, persaingan terhad, kedudukan yang kukuh dalam sektor perkhidmatan rumah yang semakin berkembang dan merupakan peneraju teknologi. Poolwerx juga memperjuangkan kepentingan mengajar kemahiran air yang menyelamatkan nyawa melalui inisiatif komuniti tahunannya, Responsible Pool Person dan Learn2Swim Week, dengan kerjasama Kids Alive. Untuk maklumat lanjut, layari www.poolwerx.com.au

Spryker adalah
platform perdagangan komposit terkemuka untuk perusahaan dengan model perniagaan yang canggih untuk mendayakan pertumbuhan, inovasi dan pembezaan. Direka khusus untuk perniagaan transaksi yang canggih, model API pertama, tanpa UI Spryker yang mudah digunakan, menawarkan pendekatan terbaik yang memberikan fleksibiliti kepada perniagaan untuk menyesuaikan diri, menskala dan pergi ke pasaran dengan cepat sambil memudahkan pertukaran masa ke nilai yang lebih pantas sepanjang perjalanan transformasi digital mereka. Sebagai peneraju platform global untuk Pasaran Perusahaan B2B dan B2C, Perdagangan Benda, dan Perdagangan Terhubung, Spryker telah memperkasakan 150+ pelanggan perusahaan global di seluruh dunia dan dipercayai oleh jenama seperti ALDI, Siemens, Hilti, dan Ricoh. Spryker diiktiraf oleh Gartner® sebagai Berwawasan dalam 2022 Magic Quadrant™ untuk Perdagangan Digital dan juga disenaraikan sebagai Syarikat Kukuh dalam The Forrester Wave™: B2B Commerce Solutions, Q2 2022. Spryker ialah syarikat teknologi persendirian yang beribu pejabat di Berlin dan New York.

https://spryker.com
Ikut Spryker di LinkedIn dan Twitter

Butiran hubungan:

press@spryker.com

SUMBER: Spryker Systems GmbH

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16731

AGENSI PROMOSI INDUSTRI IT BUSAN BERJAYA MENAMATKAN PROGRAM LATIHAN ASEAN-ROK XR 2022

 ·   Program latihan 5 hari ASEAN-ROK XR yang bermula dari 28 November hingga 2 Disember itu berjaya disempurnakan.

·   19 individu termasuk pegawai dari negara ASEAN seperti Kemboja, Indonesia, Malaysia dan Vietnam, serta Nepal menyertai program tersebut.
·    Promosi Projek Bersama ASEAN-KOREA melalui pertukaran maklumat Realiti Lanjutan (XR) dan Metasemesta antara negara.
 
BUSAN, Korea Selatan, 18 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Agensi Promosi Industri IT Busan (Presiden Jeong Mun-Seob) mengumumkan tamat Program Latihan ASEAN-ROK XR dengan 19 individu dari organisasi berkaitan pelancongan kebudayaan serta pegawai kerajaan tempatan di Perkampungan Penumpuan ICT ASEAN-ROK di Busan.

Sepanjang tempoh lima hari dari 28 November hingga 2 Disember, pasukan tersebut membangunkan langkah kerjasama khusus antara Korea dan ASEAN dalam bidang teknologi XR dan metasemesta.

Program latihan itu dianjurkan bersama oleh Agensi Promosi Industri IT Busan, Pusat Maklumat dan Rangkaian Antarabangsa untuk Warisan Kebudayaan Tidak Ketara di Rantau Asia-Pasifik di bawah naungan UNESCO (Ketua Pengarah Kim Ji-Sung) dan Pertubuhan Promosi Pelancongan bagi Bandar Asia Pasifik (Setiausaha Agung Woo Kyoung-Ha).

Program latihan itu dianjurkan untuk menambah baik kerjasama dalam bidang pelancongan dan warisan kebudayaan XR antara Korea dan negara ASEAN. Program tersebut terdiri daripada latihan teori XR/Metasemesta, Pengenalan kajian kes penumpuan pelancongan dan warisan kebudayaan, serta industri teknologi XR/Metasemesta Korea, Lawatan kemudahan dan syarikat utama di Korea dan Menulis cadangan projek bersama oleh pementoran pasukan dan pakar. 

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...