Wednesday, December 14, 2022

MPC RANGKUL ANUGERAH IBR ASEAN 2022




PETALING JAYA, 13 Dis (Bernama) -- 
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) meraih  pencapaian yang membanggakan apabila berjaya merangkul Anugerah International Business Review (IBR) ASEAN 2022 untuk kategori Kecemerlangan Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan  dalam usaha menyebarluaskan initiatif Produktiviti negara.
 
Anugerah anjuran The IBR Asia Group adalah untuk mengiktiraf organisasi awam dan swasta yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang serta menyumbang ke arah peningkatan ekonomi dan pembangunan negara.
 
Menurut Ketua Pengarah MPC, YBhg. Dato' Abdul Latif Haji Abu Seman kejayaan tersebut menjadi pendorong dan sebagai pencetus semangat untuk MPC terus komited dalam memastikan sasaran pertumbuhan produktiviti 3.6 peratus setahun tercapai.
 
"Untuk mencapai pertumbuhan produktiviti lebih tinggi, negara perlu memberi fokus kepada lima pemacu produktiviti utama yang perlu diperincikan pada peringkat nasional, sektor dan perusahaan iaitu bakat, teknologi, persekitaran perniagaan, struktur industri dan minda produktif.
 
"MPC memberi tumpuan kepada usaha memperbaiki dan memantapkan persekitaran perniagaan bagi organisasi swasta menerusi peraturan tangkas dan pelaksanaan Amalan Baik Peraturan (GRP). Tadbir urus baik serta peraturan berkualiti membantu melonjakkan prestasi Malaysia ke tangga 10 teratas di dalam Indeks Daya Saing Digital Global," katanya.
 
Menurut beliau dalam pembangunan bakat negara, MPC membantu menangani isu kebergantungan negara kepada pekerja asing kurang mahir dengan meningkatkan kemahiran serta pendidikan bakat menerusi inisiatif Academy in Factory (AiF).
 
Sehingga kini, lebih 3,000 bakat dan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi untuk belia berjaya ditempatkan di lebih 50 syarikat menyertai inisiatif AiF.

Selain itu, MPC komited membimbing organisasi ke arah pendigitalan dan inovasi menerusi MyReskill IOT dan Industry4WRD diterajui bersama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi merealisasikan agenda transformasi industri dengan menjadikan teknologi dan digitalisasi sebagai pemangkin memacu produktiviti negara.
 
MPC kini merancang strategi untuk membentuk minda produktif secara bersasar dan sistematik bagi mentransformasi pemikiran rakyat ke arah minda produktif seterusnya membudayakan produktiviti sebagai cara hidup.
 
Mengenai  Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) adalah badan berkanun di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). MPC menggalakkan produktiviti, kualiti dan daya saing kepada industri dan organisasi di Malaysia. Visi MPC adalah menjadi organisasi terkemuka dalam peningkatan produktiviti untuk daya saing global dan inovasi.
 
Sumber: Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16630

Tuesday, December 13, 2022

ACTYV.AI MELANTIK SANJEEV CHHABRA SEBAGAI KETUA PEGAWAI PERTUMBUHAN UNTUK MEMACU PENGEMBANGAN GLOBAL




BENGALURU, India, 13 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) --
 actyv.ai, pencipta kategori dalam SaaS perusahaan dengan BNPL B2B terbenam dan ruang insurans, telah mengumumkan pelantikan Sanjeev Chhabra sebagai Ketua Pegawai Pertumbuhan untuk memacu pengembangan global.

Sanjeev Chhabra, ahli alumni IIT (Bombay) dan IIM (Ahmedabad), merupakan jurubank korporat yang mempunyai pengalaman lebih daripada 25 tahun dalam pengurusan pelanggan dan risiko kredit. Beliau pernah berkhidmat di beberapa institusi kewangan termasuk Standard Chartered Bank (Kewangan Mampan, Pengurusan Kredit & Portfolio, Kewangan Berkeumpilan) di seluruh Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Singapura dan India, ING Bank (Perbankan Pelaburan) dan Bank of America (Kewangan Korporat). Beliau mempunyai pendedahan luas pada peringkat antarabangsa di seluruh geografi termasuk Asia Tenggara, Timur Tengah (GCC), Afrika dan India, membina dan memimpin pasukan memacu pertumbuhan hasil. Bidang kepakaran beliau ialah memulakan dan melaksanakan transaksi kompleks di seluruh sektor untuk dana ekuiti korporat yang besar, syarikat multinasional dan persendirian.

Mengulas mengenai pelantikan tersebut, Raghunath Subramanian, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Global actyv.ai yang beribu pejabat di Singapura, berkata, “Sanjeev membawa pemikiran strategik dan merupakan pembina perniagaan yang cukup terkenal dengan keandalan, integriti dan disiplin beliau. Kepimpinan dan pengalaman beliau dalam memacu sinergi untuk memberikan pencapaian luar biasa akan mempercepat pertumbuhan dan pengembangan global platform kami pada masa akan datang.”

Sanjeev Chhabra berkata, “Saya amat teruja untuk menyertai actyv.ai sebagai Ketua Pegawai Pertumbuhan, langkah mencabar dalam kerjaya saya yang seterusnya. Ini akan membolehkan saya membina pencapaian actyv.ai yang ketara dalam menawarkan penyelesaian teknologi, secara global.” Beliau seterusnya menambah, “actyv.ai menawarkan peluang luar biasa untuk memberikan pertumbuhan yang bertanggungjawab dan mampan di seluruh perusahaan dan ekosistem rantaian bekalan syarikat melalui tawaran BNPL B2B terbenam, kewangan dan insurans.”

Maklumat Tentang actyv.ai
actyv.ai ialah platform SaaS perusahaan dikuasakan oleh Kecerdasan Buatan (AI) dengan Beli Sekarang Bayar Nanti (BNPL) B2B terbenam dan insurans, mengubah rantaian bekalan B2B global dengan menjadikan transaksi perniagaan lebih pantas dan mudah. Melalui perkongsian dengan institusi kewangan, actyv.ai membolehkan perusahaan, pembekal, pengedar dan peruncit berkembang. actyv Go, actyv Score, actyv PayLater, actyv Insure, actyv Invest dan actyv Discover ialah pelbagai kategori produk dalam platform. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://www.actyv.ai

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16629

FUZHOU, SEBUAH BANDAR RAYA HIJAU DENGAN PENYEPADUAN BERHARMONI BAGI ALAM SEMULA JADI DAN INDUSTRI, EKOLOGI DAN PEMBANGUNAN YANG DIMODENKAN




FUZHOU, China, 13 Dis., 2022 /Xinhua-AsiaNet/--

 
Baru-baru ini, video promosi mengenai Fuzhou di Wilayah Fujian, yang bertajuk “Fuzhou Menanti Anda untuk Menerokanya – Ekonomi Hijau”, telah dikeluarkan melalui akaun media sosial luar negara termasuk “Paris Oriental Center”, “Discover Fujian” dan “Discover Fuzhou”, yang menunjukkan dunia Fuzhou, sebuah bandar raya hijau dengan penyepaduan berharmoni bagi alam semula jadi dan industri, ekologi dan pembangunan yang dimodenkan.

Di dalam video promosi itu, kehijauan dapat dilihat di merata-rata tempat di seluruh bandar raya itu, seperti di bangunan-bangunan tinggi yang moden, taman-taman tepi sungai, laluan pejalan kaki di desa dan pekan-pekan serta rumah-rumah purba. Kemudahan kuasa angin yang bertaburan di sepanjang pantai terus membawa tenaga bersih ke bandar raya itu. E-tadbir urus dan perkhidmatan digital mereka menyampaikan sebuah kehidupan bandar yang cekap, mudah dan pintar, menurut Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa Perbandaran CPC Fuzhou.

Akhir-akhir ini, “teknik membuat teh tradisional dan adat yang berkaitan” China telah dimasukkan ke dalam Senarai Perwakilan bagi Warisan Kebudayaan Tak Ketara Kemanusiaan bagi Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO). Proses menghasilkan bau teh jasmine Fuzhou adalah satu daripada program perwakilan bagi senarai itu, dan juga satu pencapaian simbolik bagi pembangunan hijau Fuzhou.

Daripada “perkhidmatan pejabat tunggal”, yang mempelopori perkhidmatan semakan dan kelulusan berpusat di China, kepada “perkhidmatan sehenti”, “laluan hijau” yang standard dan telus mewujudkan sebuah persekitaran perniagaan yang bertaraf dunia. Daripada harta hijau kepada komuniti hijau, Fuzhou mempamerkan sebuah bandar raya hijau bagi perniagaan, kebolehdiaman dan pelancongan untuk orang ramai di seluruh dunia.
 
Sumber: Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa Perbandaran CPC Fuzhou 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16628

"HUMY BERSAMA CHARLIE PUTH" -- PERKHIDMATAN KOMUNIKASI BERASASKAN LANGGANAN AKAN DIPERKENALKAN PADA 2 DISEMBER

TOKYO, 12 Dis., 2022 /Kyodo JBN-Asianet/ --

MIXI, Inc. dengan bangganya ingin mengumumkan pelancaran humy, sebuah platform berasaskan langganan yang membuat pengkhususan di dalam komunikasi di antara artis dan peminat, pada 2 Disember, 2022.
 
Logo bagi humy:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M102029/202211250405/_prw_PI2fl_82m4YWqc.jpg

 
 
MIXI ialah sebuah syarikat teknologi Jepun di Tokyo. Dengan matlamat untuk memperkayakan komunikasi dan memberikan inspirasi kepada detik-detik kegembiraan, syarikat itu komited untuk menyediakan perkhidmatan komunikasi global yang menyeronokkan bagi rakan taulan dan keluarga, termasuk mixi, MONSTER STRIKE, FamilyAlbum dan TIPSTAR. Dengan menggunakan kepakaran yang diperoleh daripada perkhidmatan komunikasi ini, syarikat itu telah membangunkan sebuah perniagaan baharu di dalam industri muzik untuk mewujudkan hubungan baharu dan bermakna di antara peminat dan artis.
 
MIXI tidak bersendirian di dalam visi mereka mengenai humy dan berusaha ke arah inovasi. Adalah satu penghormatan buat MIXI untuk mengumumkan satu perkongsian global dengan Charlie Puth, penyanyi, penulis lagu dan penerbit yang mendapat pencalonan GRAMMY dan meraih pelbagai platinum, sebagai artis pertama di humy. Perkhidmatan komunikasi peminat rasmi “humy bersama Charlie Puth” akan dilancarkan serentak di seluruh dunia pada 2 Disember. (Tidak tersedia di sesetengah negara dan wilayah.)

Laman web rasmi: https://charlieputh.humy.me/
 
Gambar mengenai humy bersama Charlie Puth:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M102029/202211250405/_prw_PI1fl_650jsFk1.jpg

 

humy ialah sebuah platform di mana pengguna membayar satu yuran tahunan untuk menjadi pelanggan Premium bagi perkhidmatan komunikasi peminat rasmi artis kegemaran mereka. Pelanggan premium bukan sahaja boleh melihat kandungan yang memberi ruang ke dalam kerja  dan kehidupan peribadi artis itu, tetapi juga mengambil bahagian di dalam konsert dan acara-acara peminat dalam talian yang boleh diakses oleh pelanggan sahaja. Faedah pelanggan termasuk akses kepada satu rangkaian sosial yang eksklusif di mana peminat boleh berkomunikasi secara langsung dengan artis dan melihat paparan yang hanya boleh dinikmati di sini. Pelanggan juga menerima kad ucapan digital untuk acara-acara dan boleh menyertai cabutan untuk tiket konsert sebelum ia mula dijual.

Gambaran Keseluruhan Perkhidmatan
- Nama: humy bersama Charlie Puth
- Laman web: https://charlieputh.humy.me/
- Kandungan untuk Pelanggan sahaja:
1) Konsert Dalam Talian (satu atau lebih setahun)
2) Pertemuan Peminat Dalam Talian (satu atau lebih setahun)
3) Akses Keutamaan kepada Cabutan Jualan Tiket*
4) Rangkaian Sosial Eksklusif
5) Video Khas
6) Kad Keahlian Digital
7) Kad Ucapan Digital
 
*Tidak terpakai untuk semua persembahan Charlie Puth. Persembahan yang layak akan diumumkan di laman web rasmi setelah tarikh disahkan.

- Pelan: Pelan premium: $100.00 (USD) setahun
- Kaedah Pembayaran: Kad kredit, PayPal
- Tarikh dan Masa Siaran yang Dirancang:
1 Disember, 2022: Mexico 9:00 malam (CST)
2 Disember, 2022: Brazil 12:00 tengah malam (BRT), Afrika Selatan 5:00 pagi (SAST),
Arab Saudi 6:00 pagi (AST), India 8:30 pagi (IST), Indonesia 10:00 pagi (WIB),
Jepun 12:00 tengah hari (JST), Australia 2:00 petang (AEDT)
(Sesetengah negara mungkin tidak dimasukkan.)
 
Mesej dari Charlie Puth
“Saya sangat teruja untuk bekerjasama dengan MIXI sebagai artis pertama yang dipaparkan di humy! Ia bukan satu rahsia bahawa saya suka membiarkan peminat untuk menyertai proses kreatif dan kehidupan seharian saya, tetapi saya lebih teruja kerana mempunyai satu lagi platform lain untuk berhubung dengan orang ramai di seluruh dunia.”

Maklumat mengenai Charlie Puth
Charlie Puth telah terbukti sebagai seorang daripada artis yang berjaya dan paling konsisten di dalam industri muzik dan rakan usaha sama yang dicari. Puth telah memperoleh lapan single pelbagai platinum, empat pencalonan GRAMMY, tiga Anugerah Muzik Billboard, sebuah Anugerah Pilihan Pengkritik dan satu pencalonan Golden Globe. LP beliau pada 2018 yang dicalonkan untuk GRAMMY, Voicenotes, telah diperakui Emas oleh Persatuan Industri Rakaman Amerika (RIAA) hanya empat hari selepas ia dikeluarkan dan telah mencatatkan lebih 5.6 bilion penstriman di seluruh dunia. Kerjasama Puth pada tahun 2020 dengan Gabby Barrett pada adunan semula mereka “I Hope” membolehkan beliau memperoleh lagu 10 teratas beliau keempat di Billboard Hot 100, mencapai nombor satu di carta “Lagu Pop Dewasa” Billboard dan memenangi sebuah Anugerah Muzik Billboard 2021 untuk “Kolaborasi Utama.” Puth juga telah menulis bersama dan menghasilkan The Kid Laroi dan single oleh Justin Bieber yang telah memecahkan rekod bertajuk “STAY,” yang dengan cepat menjadi satu daripada lagu terbesar untuk tahun 2021 dan memegang gelaran untuk lagu paling lama di tangga No. 1 di carta Billboard Global 200 dan yang pertama untuk mendahuluinya untuk dua digit -- menghabiskan tempoh selama 11 minggu di bahagian atas carta itu. Puth baru-baru ini telah mengeluarkan album studio ketiga beliau yang dinanti-nantikan CHARLIE melalui Atlantic Records. Dengan menampilkan hit single “Left and Right (yang menampilkan Jung Kook dari BTS),” “That's Hilarious” dan “Light Switch,” “koleksi yang dibuat dengan mahir” (dari majalah Rolling Stone) telah melepasi 1 bilion penstriman global dan menerima pujian pengkritik. Puth baru-baru ini memulakan jelajah “One Night Only” beliau, mengalu-alukan peminat dari seluruh dunia secara dekat dan peribadi sambil berkongsi album terbaharu beliau dan lagu hit terhebat beliau.
Untuk maklumat lanjut dan tarikh lawatan akan datang, sila layari:
https://www.charlieputh.com/tour/
 
Maklumat mengenai MIXI, Inc.
Dengan matlamat untuk memperkayakan komunikasi dan memberikan inspirasi kepada detik-detik kegembiraan, MIXI komited untuk menyediakan perkhidmatan komunikasi yang menyeronokkan bagi rakan taulan dan keluarga, termasuk mixi, MONSTER STRIKE, FamilyAlbum dan TIPSTAR. Syarikat itu meletakkan “Kejutan Pengguna Didahulukan” sebagai teras mereka dan memberi tumpuan kepada menggalakkan hubungan yang mendalam dan penuh bermakna daripada hanya meningkatkan kuantiti dan kekerapan berkomunikasi. Melalui usaha ini, syarikat itu percaya ia memberi inspirasi kepada komunikasi yang lebih mendalam dan lebih kaya di dunia.
 
Laman web Rasmi MIXI: https://mixi.co.jp/en/
 

Sumber: MIXI, Inc. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16621

Monday, December 12, 2022

THE FOOD PURVEYOR MELANTIK KOK KIAN KEE SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF BAHARU

Kok Kian Kee dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu



KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- The Food Purveyor (TFP) baru-baru ini mengumumkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif, Geoff King telah bersara berkuat kuasa 30 November 2022. “Sejak 2018, Geoff telah memainkan peranan penting dalam pembangunan dan kejayaan organisasi, dan walaupun kami akan merindui beliau dan kepimpinannya, kami mendoakan yang terbaik dalam keputusannya untuk berundur dari jawatan dan untuk pengurusan beliau seterusnya. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau atas perkhidmatan berdedikasi selama ini yang menyumbangkan banyak pencapaian penting,” kata Ong Kim Too, Pengerusi Eksekutif Kumpulan TFP.

Geoff King, Ketua Pegawai Eksekutif, berkata: “Saya telah mengetuai pasukan berbakat yang menakjubkan sejak empat tahun lalu dalam pembinaan The Food Purveyor sehingga pencapaianya hari ini. Sepanjang tempoh ini, saya bekerjasama dengan ramai rakan kongsi perniagaan kami demi memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua atas sokongan mereka sepanjang tempoh saya sebagai CEO”.

 


PERSIDANGAN PENGGALAKAN PELABURAN GLOBAL SHENZHEN DIADAKAN, MENARIK PELABURAN SEBANYAK 879 BILION YUAN

SHENZHEN, China, 12 Dis., 2022 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada 9 Disember, 2022, Persidangan Penggalakan Pelaburan Global Shenzhen telah diadakan. Ia membawa kepada rundingan dan penandatanganan 315 kontrak projek, termasuk kontrak dengan Amazon, Intel, dan Maersk, yang merangkumi sejumlah pelaburan yang dirancang sebanyak 879 bilion yuan.

Dari 2019 hingga 2021, Persidangan Penggalakan Pelaburan Global Shenzhen telah menyaksikan rundingan kumulatif dan penandatanganan lebih daripada 600 projek; ini telah menghasilkan di dalam sejumlah pelaburan yang disasarkan lebih daripada 2 trilion yuan. Dalam sepanjang empat tahun yang lalu, bersama-sama dengan pelaburan yang semakin meningkat, sejumlah besar projek bagi industri strategik baru muncul, seperti tenaga baharu, maklumat elektronik, perlindungan ekologi, bioperubatan dan bahan baharu, telah diwujudkan dan dibangunkan di Shenzhen.

Perbadanan-perbadanan multinasional telah menjadi saksi kepada keterbukaan China kepada dunia luar dan peserta penting di dalam pembangunan ekonomi dan sosial China. Pada persidangan tahun ini, projek-projek pelaburan asing meliputi pelbagai bidang, termasuk pembuatan termaju, teknologi maklumat generasi baharu, bioperubatan dan kesihatan, industri marin, dan perkhidmatan moden.

"Kami merancang untuk melabur di dalam pembinaan, di Zon Terikat Komprehensif Yantian, sebuah pusat logistik bersepadu pelbagai arah, pintar dan hijau yang akan mempengaruhi rantau Asia Pasifik dalam satu cara yang positif. Kami akan bekerjasama dengan Shenzhen untuk menerokai pengesahan bagi hak karbon, menyiasat pembinaan perdagangan karbon, dan melihat kepada kemungkinan meningkatkan input di dalam bahan api hijau," kata Caroline Wu, Pengarah Urusan bagi Greater China of Maersk.

PERSIDANGAN PENGGALAKAN PELABURAN GLOBAL SHENZHEN DIADAKAN, MENARIK PELABURAN SEBANYAK 879 BILION YUAN

Thursday, December 8, 2022

MEDIDATA MELANCARKAN APLIKASI ASAL MYMEDIDATA BAHARU UNTUK MEMPERCEPAT PERMULAAN KAJIAN DAN MENAMBAH BAIK PENGALAMAN PESAKIT

Direka bentuk hasil maklum balas yang diterima daripada pelanggan dan pesakit bagi mengembangkan pilihan untuk eCOA dan aktiviti Ujian Klinikal Terpencar (DCT) lain

· Aplikasi myMedidata yang dikuasakan oleh alat binaan Pereka Bentuk Medidata baharu mampu mengurangkan masa permulaan kajian dengan ketara
· Penyepaduan penuh dengan platform Medidata termasuk Rave EDC
· Pesakit boleh menggunakan akaun myMedidata mereka secara bergantian dalam aplikasi, portal berasaskan web, peranti sendiri atau yang diperuntukkan, untuk memperkasa pilihan pesakit dan meluaskan akses
· Satu-satunya penyelesaian DCT lengkap dalam industri yang disokong oleh pasukan pakar Medidata yang dipercayai, serta standard data dan privasi yang menjadi contoh

NEW YORK, 9 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Medidata, syarikat Dassault Systèmes, melancarkan aplikasi myMedidata asal baharu yang berpusatkan pesakit, direka bentuk untuk memberikan peserta kajian pilihan lain untuk pengalaman platform yang lancar dan log masuk tunggal bagi semua aktiviti ujian kendalian jauh syarikat. Aplikasi ini akan menampilkan semua penyelesaian berpusatkan pesakit myMedidata, dengan tumpuan awal pada eCOA (penilaian hasil klinikal elektronik). Aplikasi myMedidata tersedia pada iOS dan Android, serta boleh digunakan pada peranti pesakit sendiri (BYOD) atau melalui peranti yang diperuntukkan.

“Tambahan terkini kami pada myMedidata membawakan aplikasi berinovatif kepada pesakit yang direka bentuk bersama dengan pasukan cerapan pesakit kami, maklum balas pelanggan dan pengalaman yang diperoleh daripada pengendalian DCT terbesar di dunia sejak 20 tahun yang lalu,” ujar Matt Noble, naib presiden kanan, Awan Pesakit Medidata. “Medidata memanfaatkan cerapan unik daripada penaja, CRO, tapak dan pesakit untuk membuat perbezaan bermakna dalam pengalaman ujian klinikal.”

Unik kepada industri, aplikasi myMedidata disatukan dengan Platform Medidata, termasuk Rave EDC (penangkapan data elektronik), lalu menghasilkan ekosistem selenggara diri sepenuhnya apabila input pesakit, aktiviti berasaskan tapak dan pengurusan data di balik tabir beroperasi bersama dengan lancar.

Aplikasi ini dikonfigurasikan dengan menggunakan Pereka Bentuk Medidata, alat konfigurasi platform baharu, membawa pembina aliran kerja mudah alih yang berpusatkan pesakit kepada aplikasi myMedidata. Apabila menggunakan Pereka Bentuk, penaja dan rakan kongsi CRO boleh membina pelbagai pengalaman pesakit melalui templat skrin seret dan lepas berintuitif dan alatan aliran kerja visual, yang menyediakan pangkalan data klinikal secara serentak di latar belakang tanpa memerlukan apa-apa kod tersuai. Pereka Bentuk mengurangkan masa binaan kajian secara drastik dengan menggunakan Medidata dan perpustakaan pelanggan, termasuk instrumen eCOA prabina, penterjemahan dan konfigurasi kajian.

Medidata ialah anak syarikat milik penuh Dassault Systèmes, yang bersama dengan platform 3DEXPERIENCE dijangka menerajui transformasi digital sains hayat dalam era perubatan yang diperibadikan dengan platform saintifik dan perniagaan komprehensif yang pertama, daripada penyelidikan kepada pengkomersialan.

MEDIDATA MELANCARKAN APLIKASI ASAL MYMEDIDATA BAHARU UNTUK MEMPERCEPAT PERMULAAN KAJIAN DAN MENAMBAH BAIK PENGALAMAN PESAKIT

Univar Solutions Menyelesaikan Pengambilalihan Perniagaan Lavo Bulk di Kanada

Transaksi ini mengukuhkan kehadiran syarikat di Kanada Timur serta memperluas penyelesaian dan keupayaan kimia yang saling melengkapi untuk...