Friday, October 22, 2021

ZOOM DINAMAKAN PENERAJU DALAM GARTNER® MAGIC QUADRANT™ UNTUK KOMUNIKASI DISATUKAN SEBAGAI PERKHIDMATAN 2021

SAN JOSE, Calif., 22 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Zoom Video Communications, Inc. (NASDAQ: ZM), hari ini mengumumkan bahawa firma analisis Gartner telah menamakan Zoom sebagai Peneraju dalam Magic Quadrant untuk UCaaS 2021. Ini ialah kali kedua Zoom dinamakan dalam Gartner Magic Quadrant untuk UCaaS (tahun 2020 ialah tahun pertama Zoom diiktiraf) dan kali kedua berturut-turut sebagai Peneraju.

Laporan ini menganalisis 14 syarikat di ruang UCaaS, dengan menamakan Zoom sebagai Peneraju.

ZOOM DINAMAKAN PENERAJU DALAM GARTNER® MAGIC QUADRANT™ UNTUK KOMUNIKASI DISATUKAN SEBAGAI PERKHIDMATAN 2021

Wednesday, October 20, 2021

SILVER LAKE MEMPEROLEHI GRUPO BC DARI L-GAM

 Melabur dengan Pemegang Saham Pengasas dan Pasukan Pengurusan untuk Menyokong Pertumbuhan Organik dan Mempercepatkan Hala Tuju M&A bagi Penyedia Perkhidmatan Pengurusan Gadai Janji, Perundangan dan Perkhidmatan Digital Terkemuka bagi Iberia dan Amerika Latin


MADRID & LONDON, 20 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Grupo BC, penyedia perkhidmatan pengurusan gadai janji, undang-undang dan digital yang terkemuka kepada sektor kewangan di Iberia dan Amerika Latin, hari ini mengumumkan bahawa Silver Lake, sebuah firma pelaburan teknologi global terkemuka, bersama dengan pemegang saham pengasas dan pasukan pengurusan Grupo BC, akan memperoleh 100% ke atas syarikat itu dari pemegang majoriti L-GAM agar dapat menggalakkan fasa seterusnya bagi pertumbuhan dan penciptaan nilai Grupo BC.

Santiago Bellver, Pengerusi bagi Grupo BC, dan Xavier Costa, Ketua Pegawai Eksekutif bagi  Grupo BC, berkata: “Kami berterima kasih kepada L-GAM di atas sokongan dan kerjasama sepanjang enam tahun bagi pelaburan mereka di dalam Grupo BC, dan gembira dengan perkongsian baharu itu dengan Silver Lake, sebuah pelabur teknologi global terkemuka yang meletakkan kepercayaan mereka terhadap kami dan dengan siapa kami akan dapat memperkukuhkan pertumbuhan organik kami berkat kepakaran teknologi mereka dan melalui pemerolehan terpilih. Kami akan menyampaikan objektif bagi pelan strategik kami dan komposisi bagi Lembaga Pengarah yang baharu itu tidak lama lagi.”

Christian Lucas, Ketua Bersama bagi Silver Lake EMEA, berkata: “Grupo BC adalah sebuah syarikat yang luar biasa dengan cadangan nilai yang unik sebagai sebuah penyedia teknologi yang dibolehkan bagi perkhidmatan dan perisian misi kritikal yang berskala kepada institusi kewangan merentasi Iberia dan Amerika Latin. Kami kagum dengan cara Santiago, Xavier dan anggota pasukan yang lain telah membangun dan seterusnya mendigitalkan platform Grupo BC selama ini, menjadikannya rakan pilihan bagi pelanggan di seluruh ekosistem mereka. Melabur dalam model perniagaan yang berdaya maju, terkemuka dan teknologi yang dibolehkan adalah teras bagi DNA Silver Lake, dan kami merasa istimewa untuk menjalin kerjasama dengan pengurusan ketika Grupo BC memasuki fasa baharu bagi pertumbuhan organik dan tak organik.”

Felipe Merry del Val dan Tito Soso, Rakan kongsi di L-GAM, menambah: “Perjalanan kami dengan Grupo BC telah menjadi sebuah kisah transformasi yang luar biasa, pertumbuhan dan kejayaan yang berlipat kali ganda, dan apa yang penting adalah sebuah perkongsian yang sangat bermanfaat dengan sebuah pasukan pengurusan yang bertaraf dunia yang diketuai oleh Pengerusi Santiago Bellver dan ketua pegawai eksekutif Xavier Costa, yang mana kami ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas usaha dan pencapaian yang luar biasa itu. Kami berharap Grupo BC terus berjaya dalam usaha yang merangsangkan untuk masa depan mereka.”

Ditubuhkan pada 1974 dan beribu pejabat di Madrid, Grupo BC adalah platform pemprosesan teknologi tinggi, penyedia perisian dan perkhidmatan terkemuka bagi  pengurusan gadai janji, pembrokeran gadai janji dalam talian, penyelesaian undang-undang (pemprosesan tuntutan dan pengurusan pinjaman), dan penyelesaian digital kepada sektor kewangan di Sepanyol , Portugal, Mexico, Brazil, Colombia, Chile dan Peru. Grupo BC adalah sebuah pemimpin pasaran di kawasan tumpuan utama mereka dengan lebih 500,000 fail gadai janji diproses setiap tahun dan mempunyai 5,300 orang pekerja. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.grupobc.com.

Pelaburan Silver Lake ditujukan untuk memajukan lagi pembangunan produk agar untuk memperkukuh dan memperluaskan rangkaian penyelesaian Grupo BC serta meneruskan rekod perkhidmatan mereka dalam menjadi perintis kepada inovasi digital, selaras dengan tumpuan jelas pengurusan dalam membina keupayaan perisian dan analitik data bagi Grupo BC untuk meningkatkan penyelesaian berpusatkan pelanggan mereka dan mendorong pertumbuhan organik dan tak organik yang berterusan.

Urus niaga itu dijangka dimuktamadkan pada November 2021. Syarat pelaburan selanjutnya tidak dinyatakan. Socios Financieros dan Canson Capital Partners berperanan sebagai penasihat kewangan kepada Grupo BC dan pemegang sahamnya. dwf-RCD berperanan sebagai penasihat undang-undang kepada Grupo BC dan pemegang sahamnya. Paul, Weiss, Rifkind, Wharton & Garrison LLP dan Uría Menéndez berkhidmat sebagai penasihat undang-undang untuk Silver Lake.

Maklumat mengenai Silver Lake

Silver Lake adalah sebuah firma pelaburan teknologi global, dengan mempunyai lebih $88 bilion dalam aset gabungan di bawah pengurusan dan modal yang komited dan sebuah pasukan profesional yang berpusat di Amerika Utara, Eropah dan Asia. Syarikat-syarikat portfolio Silver Lake secara kolektif menjanakan lebih $221 bilion pendapatan setiap tahun dan mempunyai lebih 526,000 orang pekerja di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut mengenai Silver Lake dan portfolio mereka, sila layari http://www.silverlake.com.

Maklumat mengenai L-GAM

L-GAM adalah sebuah syarikat pelaburan antarabangsa yang ditubuhkan pada tahun 2013 oleh golongan profesional mereka dengan perkongsian bersama Princely House of Liechtenstein dan keluarga besar yang lain di Eropah, Asia dan Amerika. Model perniagaan mereka yang unik dan berbeza adalah didasarkan kepada sebuah industri jangka panjang, seperti tumpuan pelaburan dalam perkongsian dengan PKS yang sangat terkenal di seluruh Eropah. Untuk maklumat lanjut mengenai L-GAM, sila layari http://www.l-gam.com.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15124

PELANCARAN BESAR-BESARAN GLOBAL DEVELOPMENT OF TIENS GROUP: SWAP, TRANSCENDENCE AND SUCCESS


Table

Pelancaran Besar-besaran Global Development of TIENS Group: Swap, Transcendence and Chinese Success (Foto: Business Wire)


TIANJIN, China, 20 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Adakah anda masih ingat bahawa pada tahun 2015, sebuah syarikat persendirian telah mengatur lebih 6,700 pekerja untuk mengembara ke Nice, France, dan telah mencatat Guinness World Record, di mana ianya telah dilaporkan oleh media arus perdana di 167 negara seluruh dunia dan telah menjadi berita global? Ramai para ilmuwan, pakar dan media ingin tahu dan teroka jenis apakah syarikat ini dan bagaimana ianya mencapai kejayaan global dalam masa hanya 20 tahun. Tafsiran, rahsia dan jawapan kepada pembangunan syarikat selamat 26 tahun telah ditulis dalam buku Unlocking the Emperor's Door yang diterbitkan di London pada Januari 2021 dan dalam buku Global Development of TIENS Group: Swap, Transcendence and Success yang diterbitkan dengan begitu gah di peringkat global pada Oktober 2021. Dua buku ini, bersama dengan Encik Li Jinyuan dan TIENS Group, New Swap and Transcendence Theory, membentuk sistem teori berilmu TIENS Group.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20211016005016/en/

Mr. Li Jinyuan and TIENS Group merakam cerita-cerita keusahawanan, New Swap and Transcendence Theory mempersembahkan inovasi teori, Open the Emperor’s Door merakamkan proses pembangunan, dan Global Development of TIENS Group: Swap, Transcendence and Success menyepadukan sistem teori. En. Li Jinyuan, Pengerusi Kumpulan TIENS, meluahkan harapan beliau yang empat buku ini dapat membimbing semua orang untuk membuka pintu kebijaksanaan, mengorak langkah untuk mengejar, masuk ke dewan impian dan akhirnya mencapai kemuncak kejayaan mereka sendiri!

Mr. Li Jinyuan and TIENS Group

En. Li Jinyuan bekerja keras untuk mencapai impian beliau dengan sepenuh kudrat beliau. Dalam hanya beberapa tahun, Kumpulan TIENS yang beliau asaskan mempunyai berbilion aset; pada 1997, Kumpulan ini memfokuskan usahanya dan membuka pasaran di 37 negara sekaligus, dan pada 2002, ia membangunkan lebih daripada 60 cawangan dalam negara, membuka pasaran antarabangsa dan rangkaian pemasaran, dan menjual produknya ke 86 negara dan kawasan; kemajuan dan skala pembangunannya adalah menakjubkan!

En. Li Jinyuan merakamkan cerita-cerita keusahawanan beliau dan rakan-rakan dalam buku Mr. Li Jinyuan and TIENS Group pada 2002, memaparkan sifat-sifat berkualiti seperti impian, keberanian, ketabahan, minda dan kejujuran, yang merupakan bantuan hebat bagi seorang pemimpin untuk menggalakkan pembangunan perniagaan daan memberikan asas teori untuk buku susulan New Swap and Transcendence Theory.
 
New Swap and Transcendence Theory

TIENS telah mengatasi pelbagai masalah dan halangan dalam proses pembangunan pasaran antarabangsa. Selepas bertahun-tahun mengumpul pengalaman sebagai peneraju, En. Li Jinyuan memahami dengan mendalam bahawa bimbingan teori bersama dan saintifik adalah sangat penting dalam pembangunan syarikat. Beliau merumuskan pengalaman dan pengajaran berkenaan pembangunan pasaran antarabangsa TIENS dengan cermat, menggabungkan persekitaran pasaran yang serba berubah, berjalan bersama trend semasa, membuat jalan ke arah kejayaan beliau sendiri, dan mengajukan "New Swap and Transcendence Theory" yang bersifat saintifik dan amali, yang merupakan strategi dan taktik pembangunan langkah ke hadapan asli. New Swap and Transcendence Theory disusun oleh En. Li Jinyuan telah diterbitkan pada 2003, yang menarik lebih banyak perhatian kepada TIENS, dan kemudian rakan-rakan antarabangsa mengambil pembangunan TIENS sebagai contoh untuk meneroka pembangunan ekonomi pantas dalam Open the Empire's Door.
 
Unlocking the Emperor’s Door

Christopher Sheedy, seorang wartawan dan penulis rakyat Australia yang terkenal, menulis Unlocking the Emperor's Door daripada kaca mata pihak ketiga melalui penyiasatan dan pemahaman mendalam, yang diterbitkan di London, England pada Januari 2021. Christopher Sheedy percaya yang di bawah latar belakang penyepaduan ekonomi global, amalan pembangunan TIENS dan New Swap and Transcendence Theory yang disempurnakan telah membawakan amalan-amalan dan idea-idea baru untuk pembangunan pantas lebih banyak syarikat, dan rakan-rakan antarabangsa memuji Unlocking the Empire's Door. En. Li Jinyuan menumpukan usaha beliau kepada kajian untuk menggabungkan amalan inovatif baru ini, dan dengan itu mengoptimumkan, menggayakan, menyempurnakan dan mempromosikan lanjut New Swap and Transcendence Theory, yang membawa kepada penerbitan Global Development of TIENS Group: Swap, Transcendence and Success pada Oktober 2021.
 
Global Development of TIENS Group: Swap, Transcendence and Success

Global Development of TIENS Group: Swap, Transcendence and Success menggabungkan amalan-amalan inovatif baru untuk membentuk penambahbaikan teori. Melalui analisis empirik dan kajian perbandingan, ia menjelaskan secara menyeluruh tentang bagaimana satu kumpulan syarikat global, dalam kandungan 'penggantian dan pengaturan semula', menyepadukan amalan-amalan perniagaan, teknologi maklumat, pengurusan rangkaian dan teknologi komunikasi terbaru, teknologi kecerdasan gabungan dan sambungan, blockchain dan teknologi platform, dll. untuk merealisasikan gabungan rapat perniagaan tradisional dan teknologi maklumat rangkaian moden, dan merealisasikan 'penukaran kendiri dan peralihan' dengan asas ini. Lebih penting lagi, buku ini menganalisa dengan mendalam faktor-faktor utama kejayaan dan menyenaraikan kes-kes biasa di mana faktor-faktor ini menggalakkan pembangunan syarikat-syarikat, di mana ia memainkan peranan rujukan dan bimbingan yang sangat penting untuk susun atur dan pembangunan global syarikat-syarikat.

En. Li Jinyuan mengatakan bahawa TIENS akan terus berkembang ke hadapan, menggalakkan usaha ketiga dengan keyakinan penuh, mempercepatkan pelaksanaan strategi ‘satu tubuh dan pelbagai sayap’ di bawah panduan ‘teori peralihan penggantian baru’ dan konsep ‘kewujudan bersama, perkongsian dan menang bersama’, dengan itu terus mengembangkan pasaran global secara mendalam, terus mempraktikkan misi awal untuk ‘membawakan kesihatan kepada manusia dan menjaga masyarakat’, dan mencapai nilai lebih hebat.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20211016005016/en/


Hubungi

Syarikat:TIENS
Orang Hubungan:yukai.wang
Emel:zcfw@tiens.com
Laman Web:https://www.tiens.com/
Telefon: 4006090933
Lokasi: No. 18, Xinyuan Road, Wuqing Development Zone, Tianjin New Technology Industrial Park

Sumber : TIENS  

Tuesday, October 19, 2021

MILLIKEN & COMPANY MEMPEROLEHI ENCAPSYS, LLC

SPARTANBURG, S.C., 20 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Milliken & Company (“Milliken”), sebuah pengeluar kepelbagaian global dengan lebih satu setengah abad sebagai pakar sains bahan, telah memperoleh secara rasmi Encapsys, LLC (“Encapsys”), sebuah peneraju dunia di dalam mikroenkapsulasi, dari Cypress Performance Group LLC (“Cypress”). Urus niaga ditutup secara rasmi pada 18 Oktober, 2021.


Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20211018005946/en/

“Untuk mengubahkan keadaan pada kelestarian memerlukan pemikiran yang besar dan kerjasama yang teguh. Kami sangat teruja untuk mengalu-alukan Encapsys ke dalam Milliken,” kata Halsey Cook, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Milliken & Company. “Kepakaran Encapsys yang digabung dengan keupayaan kami untuk meningkatkan skala akan menggerakkan usaha kami untuk menyampaikan inovasi yang lestari bagi pelanggan kami.”

“Encapsys membawa satu gabungan inovasi, sains dan teknologi yang unik kepada pasukan Milliken,” kata Cindy Boiter, naib presiden eksekutif dan presiden bagi Perniagaan Kimia Milliken. “Meningkatkan portfolio kami bagi bahan kimia khusus dengan jangkauan global, pemerolehan ini akan mempercepatkan penyelesaian mapan bagi pasaran dan pelanggan yang kami layani.”

Ketika Encapsys disepadukan ke dalam Milliken, operasi harian akan diteruskan tanpa gangguan, termasuk perhubungan dengan pembekal dan pelanggan sedia ada.

Beribu pejabat di Appleton, Wisconsin, Encapsys adalah sebuah pemimpin di dalam teknologi mikroenkapsulasi, yang meletakkan sebuah tempurung polimer yang seragam pada bahan teras pada tahap mikron untuk membuat kapsul. Mikroenkapsulasi mempunyai aplikasi merentasi industri dan membantu syarikat mencapai produk yang lebih lestari dengan meningkatkan penggunaan yang bertanggungjawab dan penyampaian bahan aktif yang cekap.

“Rakan sekutu Encapsys sangat teruja untuk menjadi ahli pasukan Milliken dan mengalu-alukan sebuah organisasi bertaraf dunia ke Timur Laut Wisconsin,” kata Mary Goggans, presiden bagi Encapsys. “Budaya dan nilai kami adalah satu padanan yang sesuai, dan kami berharap dapat memanfaatkan keupayaan Milliken di peringkat global untuk mempercepatkan inovasi dan pertumbuhan.”

Milliken diwakili oleh penasihat undang-undang Jones Day dan penasihat kewangan J.P. Morgan Securities LLC. BofA Securities, Inc. dan Credit Suisse Securities (Amerika Syarikat) LLC bertindak sebagai penasihat kewangan, dan Morgan, Lewis & Bockius LLP bertindak sebagai penasihat undang-undang kepada Encapsys.

Maklumat mengenai Milliken

Milliken & Company adalah sebuah peneraju pembuatan global yang memberi tumpuan kepada sains bahan yang menyampaikan penemuan esok pada hari ini. Dari molekul yang terkemuka di dalam industri kepada inovasi yang mapan, Milliken mencipta produk yang meningkatkan kehidupan orang ramai dan menyampaikan penyelesaian bagi pelanggan dan komuniti mereka. Dengan menggunakan ribuan paten dan satu portfolio dengan aplikasi merentasi perniagaan tekstil, lantai, kimia khusus dan penjagaan kesihatan, syarikat itu memanfaatkan integriti dan kecemerlangan bersama untuk memberi kesan positif kepada dunia selama beberapa generasi. Ketahui lebih lanjut mengenai pemikiran ingin tahu Milliken dan penyelesaian yang penuh inspirasi di milliken.com  dan di Facebook, Instagram, LinkedIn dan Twitter.

Maklumat mengenai Encapsys

Beribu pejabat di Appleton, WI, Encapsys adalah sebuah inovator yang diiktiraf di seluruh dunia di dalam mikroenkapsulasi. Encapsys adalah pereka bagi mikroenkapsulasi yang telah dipatenkan dan telah memberikan penyelesaian berinovatif kepada rakan-rakan di rumah penjagaan, penjagaan diri, pertanian, tekstil, peralatan tempat tidur dan kertas tanpa karbon selama lebih 65 tahun. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Encapsys, sila layari www.encapsys.com.

Maklumat mengenai The Cypress Performance Group LLC

Encapsys telah dimiliki sejak tahun 2015 oleh The Cypress Performance Group. Cypress adalah sebuah syarikat induk yang diasaskan oleh George Sherman yang memberi tumpuan kepada perniagaan pembuatan atau perkhidmatan industri nilai ditambah. Cypress membantu syarikat-syarikat melaksanakan pelan strategik mereka dengan menggunakan sistem perniagaannya untuk memberi tumpuan kepada pertumbuhan dan kecekapan operasi dan pada masa yang sama membangunkan amalan terkemuka industri untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dan menyampaikan nilai pemegang saham.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20211018005946/en/

Hubungi

Betsy Sikma, Milliken
betsy.sikma@milliken.com
864.909.7908

Sumber : Milliken & Company

Monday, October 18, 2021

SUMBANGAN #MAFIPRIHATIN DAN TOUCH POINT ANJURAN MARDI

PASIR PUTIH, 18 Okt (Bernama) -- Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) pada 17 Oktober 2021 sekali lagi menyerahkan sumbangan MAFI Prihatin dan Touch Point yang telah disempurnakan oleh YB Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) II di MARDI Pasir Putih, Kelantan.
 
Sebanyak 250 bakul makanan telah diserahkan kepada seramai 250 penerima yang terdiri daripada barisan hadapan (frontliners) termasuk doktor dan jururawat dari Klinik Kesihatan (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), pegawai Majlis Daerah yang terlibat dalam mengendalikan Pusat Pemberian Vaksin (PPV), kakitangan Jabatan Bomba serta petugas Penyelamat Malaysia. Sumbangan bakul makanan juga turut diagihkan kepada petani dan usahawan termasuk persatuan pertanian serta penduduk setempat yang terjejas berikutan pandemik COVID-19 yang sedang melanda negara.
 
Dalam majlis yang sama, YB Timbalan Menteri II turut menyerahkan bantuan sebanyak RM130,000 yang merupakan sistem peralatan pengairan ladang kepada 10 orang petani untuk menaik taraf sistem pengairan serta pengenalan pakej mekanisasi ladang tanaman ubi keledek di bawah projek ‘Pembangunan Sistem Pengairan dan Infrastruktur Ladang bagi Pengeluaran Ubi Keledek yang Optimum’. Penggunaan sistem pengairan dan pakej mekanisasi ini telah berjaya membuktikan peningkatan hasil ubi keledek sebanyak 23% yang sekaligus dapat meningkatkan pendapatan petani.
 
Dua (2) peserta Rezeki Tani juga telah menerima bantuan peralatan untuk membantu perniagaan dalam proses pengeluaran produk santan dan kerisik serta peralatan katering bagi meningkatkan proses pengeluaran produk yang diusahakan disamping menambah pendapatan keluarga. Peserta-peserta ini diberikan khidmat bimbingan dan sentiasa dipantau oleh MARDI dari masa ke semasa supaya perniagaan yang diusahakan berdaya maju dan berkembang baik.
 
Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Haslina Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI); YB Tuan Wan Hassan Wan Ibrahim, ADUN Semerak dan YBhg. Dato’ Dr. Mohamad Zabawi Abdul Ghani, Ketua Pengarah MARDI.
 
#AKM100 #keluargamalaysia #keluargaMAFI #teamMAFI #MAFIprihatin #betterMARDI 


Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
 
Akta MARDI 1969 telah membawa kepada penubuhan MARDI pada 28 Oktober 1969. Sepanjang lebih 50 tahun penubuhannya, projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dirancang dan dilaksanakan oleh MARDI telah menjana pelbagai penemuan teknologi yang memberi manfaat kepada sektor pertanian negara. Produk R&D MARDI telah terbukti mampu merealisasikan agenda utama negara dalam mentransformasikan sektor pertanian ke arah ekonomi lebih maju pada kini dan masa hadapan.

Gambar Program MAFI Prihatin di MARDI Pasir Puteh:

https://drive.google.com/drive/folders/1zfJq9TBrGF4AZ-9mzh9KLW1GZE5sYgaF?usp=sharing 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15112

Sunday, October 17, 2021

EKSPO INDUSTRI ARANG BATU DAN TENAGA KIMIA ATASAN ANTARABANGSA YULIN KE-16 DIADAKAN DI YULIN, CHINA

 

Kapsyen:  Pengunjung mempelajari mengenai pelbagai jenis robot perlombongan pada pameran itu.

YULIN, China, 15 Okt., 2021 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Ekspo Industri Arang Batu dan Tenaga Kimia Atasan Antarabangsa Yulin ke-16 dibuka pada 13 Oktober di Yulin, sebuah pangkalan bekalan tenaga utama di barat laut China di Wilayah Shaanxi. Ekspo itu dianjurkan bersama oleh Jawatankuasa Perbandaran Yulin CPC, Kerajaan Rakyat Bandar Raya Yulin, dan Majlis China bagi Promosi Majlis Kecil Shaanxi Perdagangan Antarabangsa. Ia telah menarik lebih daripada 520 pempamer yang mewakili syarikat-syarikat industri terkenal dari China dan luar negara.

Dengan jumlah keluasan 53,000 meter persegi, pameran itu merangkumi enam kategori utama, termasuk pendigitalan pintar, pembuatan pintar, pembangunan karbon rendah, perlombongan hijau, dan tenaga baharu. Acara tiga hari itu juga termasuk 13 forum dan sesi mengenai topik yang termasuk pembangunan industri tenaga atasan dan kimia, pengembangan pembuatan peralatan tenaga dan kimia, dan inovasi pintar bagi lombong arang batu. Kategori ini jelas menunjukkan satu tumpuan terhadap puncak karbon dan komitmen keneutralan karbon China.

Bandar raya Yulin, yang terletak di bahagian paling utara di Wilayah Shaanxi, adalah sebuah pangkalan bekalan tenaga utama di China. Ia adalah sebuah kawasan yang kaya dengan sumber tenaga di sepanjang Belt and Road, dengan simpanan arang batu, minyak, gas dan garam yang amat banyak di rantau itu, selain tenaga solar, angin dan biojisim yang banyak. Dengan lebih daripada 20 tahun pembangunan, Yulin telah membina sebuah pangkalan industri tenaga yang mapan dan menempatkan sebuah sistem yang berpusat kepada industri tenaga elektrik dan bahan kimia yang disokong oleh eksploitasi arang batu, minyak, gas dan garam. Di samping itu, ia telah meneroka bidang dalam perlombongan hijau, penukaran menyeluruh, dan pengeluaran tenaga bersih.

Ketika kerajaan China melancarkan rancangan karbon puncak dan keneutralan karbon mereka, kerajaan-kerajaan tempatan di semua peringkat telah mengambil tindakan untuk mengembangkan pelan khusus mereka bagi pelepasan karbon. Dengan satu tindak balas proaktif terhadap matlamat karbon puncak dan keneutralan karbon, bandar raya sumber tenaga utama di Yulin telah sampai pada empat strategi: membendung projek berintensifkan tenaga dan pelepasan tinggi; mengurangkan pelepasan karbon daripada sumbernya; menggalakkan pengumpulan karbon pada peringkat akhir; dan melancarkan sebuah sistem dwi kawalan ke atas jumlah penggunaan tenaga dan intensiti tenaga. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15106

Friday, October 15, 2021

JETCRAFT COMMERCIAL BERKEMBANG DI ASIA




LONDON, 14 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Jetcraft Commercial, bahagian pesawat komersial bagi firma perdagangan pesawat global Jetcraft, hari ini mengumumkan pelantikan Christophe Potocki sebagai Naib Presiden Jualan.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20211013005898/en/

Berpusat di Singapura, Potocki akan menyokong aktiviti komersial global Jetcraft dengan tumpuan di rantau Asia. Beliau membawa bersama pengalaman penerbangan komersial selama 20 tahun kepada peranan beliau, yang terakhir berkhidmat sebagai Ketua Asia-Pasifik untuk Avions de Transport Regional (ATR) di mana beliau menyelaraskan perjanjian untuk lebih 20% bagi semua penjualan pesawat.

Raphaël Haddad, Presiden bagi Jetcraft Commercial, berkata: “Ketika kami terus memperluaskan jejak kehadiran kami di peringkat antarabangsa, adalah sangat penting bagi kami untuk mempunyai pasukan yang tepat bagi menggerakkan urusan komersial di seluruh Asia dan seterusnya.

“Pengalaman Potocki yang mengagumkan di dalam penjualan pesawat dan kemahiran di dalam pemasaran, strategi dan sokongan pelanggan menyampaikan satu gabungan yang berpotensi untuk pertumbuhan kami yang berterusan di dalam aktiviti komersial global. Kami yakin pelantikan beliau akan mempengaruhi pasukan itu.”

Jetcraft Commercial dilancarkan pada tahun 2015, dengan memanfaatkan pada kehadiran dan pengalaman antarabangsa Jetcraft yang sedia ada untuk menawarkan pelanggan dengan sebuah rakan yang tangkas di dalam komuniti penjualan dan penyewaan pesawat komersial. Dengan inventori yang pelbagai, yang menampilkan pesawat dari Airbus, Boeing, Bombardier, De Havilland Canada, Embraer dan lain-lain, Jetcraft Commercial mempunyai satu rekod yang terbukti di dalam memperoleh dan menempatkan pesawat komersial di seluruh dunia.

Untuk melihat semua penyenaraian sila lawati: jetcraft.com/inventory/commercial/

AKHIR

Maklumat mengenai Jetcraft Commercial

Jetcraft Commercial adalah bahagian pesawat komersial bagi firma perdagangan penerbangan global Jetcraft, yang menyokong syarikat penerbangan dan pengendali di dalam bidang pembelian, penjualan, pajakan, pemasaran dan pembiayaan pesawat mereka. Dengan satu jaringan yang mantap dan pasukan eksekutif jualan dan pemasaran di setiap pasaran utama di seluruh dunia, Jetcraft Commercial adalah sebuah rakan yang lincah dan berdedikasi di dalam komuniti penjualan dan penyewaan pesawat komersial dan berupaya untuk menawarkan nilai, pilihan dan kelenturan yang dituntut oleh syarikat-syarikat terbaik di dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.jetcraft.com/inventory/commercial

Maklumat mengenai Jetcraft

Jetcraft adalah pemimpin di dalam strategi jualan, pemasaran dan pemilikan pesawat antarabangsa, mengurus dan menyelenggara lebih 20 pejabat serantau di seluruh dunia. Kejayaan syarikat itu yang tidak ada tandingannya selama hampir 60 tahun di dalam penerbangan perniagaan telah memperolehnya dengan satu reputasi bertaraf dunia, bersama dengan sebuah pangkalan pelanggan yang luar biasa, satu rangkaian hubungan yang luas dan satu daripada inventori terbesar di dalam industri itu.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.jetcraft.com 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15100

Univar Solutions Menyelesaikan Pengambilalihan Perniagaan Lavo Bulk di Kanada

Transaksi ini mengukuhkan kehadiran syarikat di Kanada Timur serta memperluas penyelesaian dan keupayaan kimia yang saling melengkapi untuk...