Wednesday, March 24, 2021

DYADIC DAN MEDYTOX AKAN MEMBANGUNKAN VAKSIN TERHADAP VARIAN COVID-19

· Memperluas kerjasama penyelidikan vaksin COVID-19 yang bermula pada Julai 2020.
· Medytox dan Dyadic akan bekerjasama untuk membangunkan vaksin dan/atau dos tambahan (booster) COVID-19 didayakan C1, yang akan mengimunkan orang ramai terhadap dua atau lebih varian COVID-19 semasa dan pada masa akan datang (contohnya, vaksin COVID-19 tetravalen atau kuadrivalen)
· Lesen eksklusif untuk Republik Korea dan beberapa negara Asia Tenggara, jika berjaya
· Protokol pengeluaran untuk menghasilkan vaksin daripada C1 telah berjaya dipindahkan dan dihasilkan semula di Medytox

JUPITER, Fla., 24 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Dyadic International, Inc. (“Dyadic”, “kami” atau “Syarikat”) (NASDAQ: DYAI), sebuah syarikat bioteknologi global yang berfokus pada peningkatan, penggunaan dan pengerahan platform pengeluaran protein sel C1 proprietarinya, bagi mempercepat pembangunan, mengurangkan kos pengeluaran dan meningkatkan prestasi vaksin biologi dan terapeutik pada skala komersial yang fleksibel, mengumumkan hari ini bahawa Syarikat mereka sedang memperluas perkongsiannya dengan Medytox, Inc. (“Medytox”) dari Korea Selatan, sebuah syarikat biofarmaseutikal global yang menghasilkan jualan di lebih kurang 60 buah negara. Dyadic dan Medytox akan bekerjasama membangunkan vaksin dan/atau dos tambahan (booster) COVID-19 yang dikeluarkan C1, yang jika berjaya, akan digunakan untuk mengimunkan orang ramai terhadap dua atau lebih varian COVID-19 semasa dan pada masa akan datang. Projek ini akan dapat menyediakan bekalan tempatan khusus, untuk membantu dalam memerangi COVID-19, di rantau ini.

DYADIC DAN MEDYTOX AKAN MEMBANGUNKAN VAKSIN TERHADAP VARIAN COVID-19

Tuesday, March 23, 2021

KUMPULAN T.Y. LIN INTERNATIONAL, SEBUAH JENAMA TERKEMUKA DI DALAM KUMPULAN DAR, MENGAMBIL TIM RISBRIDGER UNTUK MEMPERCEPATKAN PERTUMBUHAN DI DALAM SEKTOR PENERBANGAN DAN SAINS & TEKNOLOGI MERENTASI RANTAU ASIA PASIFIK

 

Tim Risbridger, Kumpulan T.Y. Lin International, Sektor Penerbangan dan Sains & Teknologi, Rantau Asia Pasifik (Foto: Business Wire)

SAN FRANCISCO, 23 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kumpulan T.Y. Lin International (Kumpulan TYLI), sebuah firma perundingan infrastruktur perkhidmatan lengkap yang diiktiraf di seluruh dunia, mengalu-alukan Tim Risbridger, yang telah diambil untuk mempercepatkan pertumbuhan Penerbangan dan Sains & Teknologi kami di Rantau Asia Pasifik (APAC). Berpangkalan di Singapura, Risbridger akan menyokong aktiviti pembangunan perniagaan dan pengurusan akaun di dua sektor pasaran yang pesat berkembang ini memandangkan pengalaman beliau yang mendalam dan kejayaan merentasi Infrastruktur dan Bangunan. Sebagai menyokong Kumpulan Dar, syarikat induk Kumpulan TYLI, beliau akan membangunkan dan mengetuai program pelanggan yang memanfaatkan pelbagai keupayaan dan portfolio lengkap bagi jenama-jenama Kumpulan Dar, termasuk Currie & Brown, Kumpulan Integral, Landrum & Brown, Penspen, Perkins&Will, dan T.Y. Lin International untuk mewujudkan penyelesaian yang unggul dan berbeza bagi kepentingan pelanggan di rantau APAC.

ZENAS BIOPHARMA MELANCARKAN SYARIKAT BIOFARMASEUTIKAL RENTAS SEMPADAN UNTUK MEMBAWAKAN INOVASI KEPADA PEMBANGUNAN DAN PENGHANTARAN TERAPI BERASASKAN IMUN

 Calon produk utama, ZB001, mempunyai potensi terbaik dalam kelasnya di China untuk Penyakit Mata Tiroid


Program tujuh rangkaian yang semakin maju dengan pantas, termasuk tiga di seluruh dunia, dengan potensi terbaik dalam kelasnya dalam bidang autoimun dan penyakit jarang jumpa

Mengembangkan pasukan kepimpinan terbukti yang terdiri daripada eksekutif industri sains hayat

Syarikat diasaskan dan pada permulaan dibiayai oleh Tellus BioVentures dan Fairmount


HONG KONG dan BOSTON, 23 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Zenas BioPharma (“Zenas”) dilancarkan hari ini sebagai syarikat biofarmaseutikal rentas sempadan yang komited untuk menjadi peneraju global dalam pembangunan dan penghantaran terapi berasaskan imun bagi pesakit di China dan di seluruh dunia.

Zenas diasaskan dan pada permulaan dibiayai oleh Tellus BioVentures, LLC (“Tellus”) dan Fairmount Funds Management LLC (“Fairmount”) dan juga disokong oleh himpunan dana pelaburan sains hayat global yang utama termasuklah Quan Capital, WuXi Biologics Healthcare Ventures dan Wellington Management.

Lonnie Moulder, Ahli Pengurusan Tellus dan Pengasas Zenas, memegang Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Interim. Sebagai pengasas dan eksekutif sains hayat yang veteran, beliau membawakan rekod prestasi kejayaan dan kemahiran yang diperlukan kepada Zenas untuk menavigasi landskap biofarmaseutikal global. En. Moulder telah mengumpul pasukan kepimpinan berpengalaman dengan kelayakan kukuh dalam memperoleh, membangunkan dan mengkomersialkan produk di seluruh dunia.

“Kami berasa suka cita tentang pelancaran Zenas BioPharma dan rangkaian calon produk terbeza miliknya. Produk yang berpotensi terbaik dalam kelasnya bertujuan untuk membawa inovasi kepada pesakit dengan diagnosis yang terabai sementara memaksimumkan nilai merentasi ekosistem jagaan kesihatan,” kata En. Moulder. “Pasukan kepimpinan Zenas dan rangkaian rakan kongsi perniagaan kita akan memacu kecemerlangan operasi bagi menyampaikan terapi transformatif yang berpotensi untuk meningkatkan kehidupan orang yang menghidap penyakit autoimun dan penyakit jarang jumpa.”

“Kami teruja untuk melabur dan menyokong usaha sama baharu ini dengan pasukan yang terbukti dan berpengalaman,” tambah Marietta Wu, MD, Ph.D., MBA, Pengarah Urusan di Quan Capital dan Ahli Lembaga Zenas. “Imunologi ialah bahagian inovasi transformatif yang dijangka akan menyelesaikan banyak keperluan perubatan yang masih belum dipenuhi. Kami yakin bahawa dengan memanfaatkan keupayaan serta sumber penyelidikan dan pembangunan rentas sempadan, Zenas akan memajukan portfolio semasanya dengan pantas dan menetapkan kepimpinan globalnya dengan rangkaian yang dikembangkan berserta jejak yang kukuh di China.”

Rangkaian yang Semakin Maju dengan Pantas

Keluaran sulung Zenas ialah rangkaian tujuh terapeutik berasaskan imun yang inovatif mendalam yang akan terus berkembang melalui strategi pembangunan perniagaan yang berjaya. Zenas memiliki hak seluruh dunia untuk tiga daripada tujuh program tersebut, yang meletakkan Syarikat ini dalam kedudukan unik global dalam skop.

Inovasi Zenas ditakrifkan oleh pemilihan calon produk yang direka bentuk dengan potensi terbaik dalam kelasnya kemudian penggunaan pembangunan terbeza dan strategi komersial yang maju untuk memenuhi keperluan pesakit DAN keperluan nilai persekitaran jagaan kesihatan dinamik. Inovasi Zenas selanjutnya merangkumi pemerolehan atau penemuan calon produk terbaik dalam kelasnya yang berdasarkan pengetahuan baharu dalam bidang imunologi yang sentiasa berkembang.

ZB001 dan ZB011

Zenas sedang membangunkan calon produk utamanya ZB001, antibodi monoklon (mAb) reseptor pertumbuhan faktor 1 seakan insulin (IGF1R), untuk kemungkinan rawatan pesakit di China dengan penyakit mata tiroid (TED). TED ialah keadaan melemahkan yang memberikan impak ketara kepada kuali kehidupan dan boleh menyebabkan proptosis (“mata tersembul”), penglihatan berganda dan kehilangan penglihatan. ZB001, produk yang berpotensi terbaik dalam kelasnya di China, mempunyai pelesenan dalam secara eksklusif dari Viridian Therapeutics, Inc. (“Viridian”) (NASDAQ: VRDN).

Lebih daripada 100 pesakit onkologi sebelum ini telah dirawat dengan antibodi dalam kajian AS dan EU, di bawah nama AVE-1642, membolehkan pemahaman tentang profil farmakokinetik dan farmakodinamik, serta keselamatan dan kebolehtoleran. Viridian memelihara semua hak di luar China dan sedang membangunkan mAb IGF1R di bawah nama VRDN-001. Program ini semakin berkembang maju dengan pemfailan permohonan Investigational New Drug (“IND”) oleh Viridian yang dijangka akan dibuat pada lewat 2021, diikuti oleh pemfailan Zenas di China. Data daripada percubaan klinikal pertama yang melibatkan pesakit dijangka akan tersedia pada tahun 2022.

Selaras dengan pembangunan ZB001, Viridian dan Zenas memulakan program ZB011, yang ingin meningkatkan antibodi menyasarkan IGF1R untuk meningkatkan lagi pendosan dan kemudahan.

ZB002, ZB003 dan ZB004

Rangkaian Zenas juga termasuk tiga mAb yang berpotensi terbaik dalam kelasnya (ZB002, ZB003, ZB004) secara eksklusif di seluruh dunia daripada Xencor, Inc. (NASDAQ: XNCR). Ketiga-tiga mAb ini dijuruterakan dengan teknologi XmAb™ untuk meningkatkan kemujaraban, separuh hayat dan kestabilan serta menjalankan kajian yang membolehkan IND untuk menyokong pembangunan klinikal bagi kedua-dua petunjuk penyakit autoimun baharu dan yang telah diketahui.

ZB005 dan ZB006

Zenas juga telah memasuki kerjasama dengan Dianthus Therapeutics, Inc. (“Dianthus”) yang memberikan China hak untuk dua program mAb, ZB005 dan ZB006. Dianthus merupakan syarikat bioteknologi pegangan persendirian yang memfokuskan pada penemuan dan pembangunan terapeutik monoklon yang memodulasikan sistem pelengkap imun untuk rawatan penyakit autoimun. Aktiviti yang membolehkan IND sedang dilakukan untuk ZB005, yang pertama daripada dua program.

Perihal Zenas BioPharma

Zenas BioPharma ialah syarikat biofarmaseutikal rentas sempadan (berpangkalan di China-AS) yang komited untuk menjadi peneraju global dalam pembangunan dan penghantaran terapi berdasarkan imun bagi pesakit di China dan di seluruh dunia. Zenas sedang berkembang pesat dalam rangkaian terapeutik inovatif mendalam yang terus berkembang melalui strategi pembangunan perniagaan kita yang berjaya. Pasukan kepimpinan kami yang berpengalaman dan rangkaian rakan kongsi perniagaan kami memacu kecemerlangan operasi untuk menyediakan terapi yang berpotensi transformatif untuk meningkatkan kehidupan mereka yang menghidap penyakit autoimun dan penyakit jarang jumpa. Untuk maklumat lanjut tentang Zenas BioPharma, sila lawati www.zenasbio.com dan ikuti kami di Twitter di @ZenasBioPharma dan LinkedIn.

Maklumat Hubungan

Maklumat Hubungan Pelabur:

Zenas BioPharma
IR@zenasbio.com

Orang Hubungan Media:

Lauren Bartlett
Zenas BioPharma
lauren.bartlett@zenasbio.com 

SUMBER : Zenas BioPharma (USA) LLC

PANGGILAN UNTUK PENYERTAAN DIKELUARKAN UNTUK ANUGERAH STEVIE® 2021 BAGI MAJIKAN HEBAT

Anugerah Kali Keenam Mengiktiraf Majikan dan Profesional Sumber Manusia sedang Menerima Pencalonan

FAIRFAX, Va., 23 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Anugerah Stevie telah mengeluarkan panggilan untuk penyertaan bagi Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat tahunan yang keenam, yang mengiktiraf syarikat terbaik di dunia untuk bekerja dan pasukan sumber manusia, profesional, pembekal dan produk dan perkhidmatan baharu yang membantu untuk mencipta dan memacu tempat bekerja yang hebat.

Semua individu dan organisasi di seluruh dunia - awam dan persendirian, untuk keuntungan dan bukan keuntungan, besar dan kecil - boleh menyerahkan pencalonan kepada Anugerah Stevie untuk Majikan Hebat. Tarikh akhir penyertaan awal, dengan yuran kemasukan yang dikurangkan, ialah 28 April. Tarikh akhir penyertaan ialah 2 Jun, tetapi penyertaan lewat akan diterima sehingga 13 Julai dengan bayaran yuran lewat. Butiran penyertaan boleh didapati di www.StevieAwards.com/HR.

PANGGILAN UNTUK PENYERTAAN DIKELUARKAN UNTUK ANUGERAH STEVIE® 2021 BAGI MAJIKAN HEBAT

Monday, March 22, 2021

LEBIH 600 FIRMA ANTARABANGSA AKAN MENGAMBIL BAHAGIAN DI DALAM EKSPO PENGGUNA CHINA SELATAN

 

Maskot ekspo itu, Yuanxiao, yang terdiri daripada sepasang Ungka Hainan, sejenis primat unik yang jarang ditemui di Hainan.

HAIKOU, China, 22 Mac, 2021 /Xinhua-AsiaNet/--

Lebih daripada 600 perusahaan antarabangsa dijangka mengambil bahagian di dalam Ekspo Produk Pengguna Antarabangsa China yang pertama di Haikou, ibu negeri bagi Wilayah Hainan di China selatan.

Ekspo itu, yang dijadualkan dari 7 hingga 10 Mei, 2021, akan memberi tumpuan kepada produk pengguna atasan. Ia telah menarik penyertaan daripada lebih 1,000 jenama antarabangsa, menurut penganjur.

Dianjurkan bersama oleh Kementerian Perdagangan China dan kerajaan wilayah Hainan, acara itu akan meliputi sebuah kawasan seluas 80,000 meter persegi, dengan 60,000 meter persegi diperuntukkan bagi peserta antarabangsa dan 20,000 meter persegi untuk peserta domestik. Lebih daripada 600 perusahaan domestik dijangka mengambil bahagian di dalam ekspo tersebut.

Jam tangan, kosmetik, barang kemas, kereta, kapal layar, elektronik pengguna, produk makanan dan kesihatan bagi jenama-jenama terkemuka, termasuk Vacheron Constantin, Piaget, L'Oreal, Lancome, Tesla dan Dell, akan diketengahkan sebagai sebahagian daripada paparan antarabangsa.

Selain upacara pembukaan, penganjur akan juga mengadakan satu forum mengenai inovasi penggunaan, membeli-belah bebas cukai dan industri runcit pelancongan, kata Han Shengjian, pengarah bagi Biro Pembangunan Ekonomi Antarabangsa bagi Wilayah Hainan. Beliau menambah bahawa satu siri bagi produk-produk baharu akan dilancarkan semasa ekspo tersebut.

Sementara itu, maskot bagi ekspo itu yang dinamakan Yuanxiao telah dilancarkan pada Khamis, yang terdiri daripada sepasang Ungka Hainan, sejenis primat unik yang jarang ditemui di Hainan.

Sumber: Ekspo Produk Pengguna Antarabangsa China

Pautan Lampiran Imej:

Link: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=387046

Kapsyen: Maskot ekspo itu, Yuanxiao, yang terdiri daripada sepasang Ungka Hainan, sejenis primat unik yang jarang ditemui di Hainan.

--BERNAMA

Sunday, March 21, 2021

NIPPON EXPRESS MELANCARKAN PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN KARGO UDARA DOMESTIK YANG DIPERAKUI HALAL

 TOKYO, 22 Mac, 2021 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --


- Perkhidmatan Baharu Bertujuan untuk Meningkatkan Perkhidmatan Logistik Halal di Jepun -

Nippon Express Co., Ltd. sedang memperluaskan perkhidmatan logistik halal domestik mereka di Jepun dengan permulaan bagi sebuah perkhidmatan pengangkutan kargo udara domestik yang diperakui halal pada Isnin, 8 Mac.
 
Logo: https://kyodonewsprwire.jp/img/202103051929-O2-pzhqj216
 
Imej:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M103866/202103051929/_prw_PI1fl_h94QnA20.jpg

 
Penduduk Muslim di Jepun kini berjumlah kira-kira 200,000 orang dan, dengan satu peningkatan di dalam jumlah pelawat/penduduk asing dari pelbagai latar belakang kebudayaan dijangkakan, permintaan untuk produk halal di Jepun dijangka meningkat. Piawaian pensijilan yang tinggi untuk jaminan kualiti dan kawalan kebersihan telah juga memperluaskan minat terhadap produk halal di kalangan pengguna yang mementingkan kesihatan dan keselamatan.

Pada tahun 2014, Nippon Express menjadi syarikat Jepun pertama untuk memperoleh pensijilan logistik halal di Malaysia, dan sejak itu ia telah mengembangkan perkhidmatan logistik halal global. Setelah memperoleh pensijilan halal mereka yang pertama untuk penggudangan di Jepun pada tahun 2016, Syarikat itu telah memperkenalkan kotak gulung halal sahaja untuk pengangkutan disatukan bagi kargo lot kecil yang berjumlah kurang daripada muatan lori penuh serta kontena rel halal sahaja bagi kargo besar ke dalam perkhidmatan pengangkutan mereka yang berasaskan gudang ketika ia memperluaskan pengendalian mereka bagi produk halal.

Dengan menggabungkan prosedur kerja sistem yang diperakui logistik halal ke dalam perkhidmatan pengangkutan kargo udara domestik “Ekspres Berkelajuan Tinggi” mereka, Syarikat itu telah mewujudkan sebuah perkhidmatan pengangkutan halal pantas yang berupaya untuk mengendalikan penghantaran yang sekecil sebuah kotak kadbod.

Dengan minat di dalam produk halal berkembang di Jepun, Nippon Express telah membina satu rangkaian perkhidmatan logistik halal untuk menyokong rantaian bekalan pelanggan dan menyediakan keselamatan dan fikiran yang tenang kepada pelanggan Muslim dan yang lain.

Ciri-ciri bagi pengangkutan halal “Ekspres Berkelajuan Tinggi”
- Peningkatan keterlihatan untuk produk halal (label khas yang dilekatkan pada kargo)
- Pendidikan halal untuk pekerja yang terlibat di dalam operasi
- Mod penghantaran disesuaikan dengan keperluan tertentu
(perkhidmatan penghantaran pada keesokan harinya di seluruh negara, perkhidmatan waktu penghantaran yang ditentukan, perkhidmatan penghantaran sewa)
- Reka bentuk produk yang mudah untuk digunakan
(bayaran bungkusan (mengikut wilayah/berat), penghantaran pelbagai barang, perkhidmatan persinggahan pejabat perniagaan)
- Visualisasi bagi status pengangkutan melalui pengurusan berpusat
(kawalan pengesanan sehingga tujuh titik transit, pengesahan melalui laman web Nippon Express)
  
Laman web Nippon Express: http://www.nipponexpress.com/
 
Akaun LinkedIn Rasmi: NIPPON EXPRESS GROUP
https://www.linkedin.com/company/nippon-express-group/
 
Sumber: Nippon Express Co., Ltd.  

YASH BEKERJASAMA DENGAN SOLTIUS INDONESIA UNTUK MEMBAWA PENYELESAIAN RANTAIAN BEKALAN DIGITAL (DSC) BERTARAF DUNIA KEPADA PASARAN INDONESIA

SINGAPURA, 19 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- YASH Technologies, sebuah perkhidmatan teknologi global terkemuka, dan penyedia perkhidmatan luaran, mengumumkan satu perkongsian strategik dengan Soltius Indonesia, sebuah penyedia penyelesaian perniagaan IT yang sangat dihormati di Indonesia. Perkongsian ini akan membolehkan YASH dan Soltius Indonesia untuk bersama-sama menyampaikan penyelesaian Rantaian Bekalan Digital (DSC) SAP transformatif dan perkhidmatan yang berkaitan kepada organisasi di rantau itu, terutama di dalam bidang IBP (Perancangan Perniagaan Bersepadu), IAM (Pengurusan Aset Bersepadu), DRCM (Digital R C M), Industri 4.0 dan EHS (Kesihatan dan Keselamatan Persekitaran).

“Kami gembira kerana dapat bekerjasama dengan Soltius Indonesia, satu daripada penyedia perkhidmatan teknologi terkenal di Indonesia. Perkongsian ini akan menumpukan perhatian kepada membantu pelanggan bersama kami menggambarkan semula dan mengubah rantaian bekalan global mereka dan menjadi bingkas dengan memanfaatkan suite Penyelesaian Rantaian Bekalan Digital SAP itu,” kata 
Siddhartha Bose, Naib Presiden Asia Pasifik, YASH Technologies. Beliau menambah, “Menggabungkan kepakaran YASH di dalam analisis ramalan, automasi, dan loT dengan kehadiran pasaran Soltius Indonesia di rantau itu dengan keupayaan perkhidmatan SAP bagi kedua-dua syarikat; kami akan membolehkan organisasi Indonesia untuk merealisasikan nilai perniagaan daripada penggunaan SAP DSC mereka.”

YASH membolehkan pasukan-pasukan perolehan dan rantaian bekalan perusahaan untuk mendorong kecekapan, ketahanan operasi, prestasi yang lebih tinggi, dan impak perniagaan dengan pengalaman global mereka yang luas. Soltius percaya bahawa kerjasama ini akan mempercepatkan masa kepada nilai bagi syarikat-syarikat Indonesia yang merancang untuk memulakan perjalanan rantaian bekalan digital mereka. Dengan perkongsian ini, YASH dan Soltius Indonesia akan memanfaatkan metodologi terbaik mereka dan keupayaan perundingan proses bagi memperkemaskan proses rantaian bekalan, mendorong prestasi perniagaan, dan mengoptimumkan kos.

Ketika mengumumkan perkongsian itu, 
Andreas Gunadi, Pengarah bagi Soltius Indonesia, berkata, “Kami sangat teruja kerana dapat bekerjasama dengan Yash Technologies, sebuah penyedia perkhidmatan SAP global dengan satu kehadiran yang teguh di kawasan rantaian bekalan digital. Mereka membawa penyelesaian pakej pra-konfigurasi SAP Bertauliah dan pengalaman pelaksanaan yang kaya merentasi Amerika Syarikat, Eropah, Asia, dan Timur Tengah.”



http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14376

Univar Solutions Menyelesaikan Pengambilalihan Perniagaan Lavo Bulk di Kanada

Transaksi ini mengukuhkan kehadiran syarikat di Kanada Timur serta memperluas penyelesaian dan keupayaan kimia yang saling melengkapi untuk...