Friday, August 7, 2020

INGREDION INCORPORATED MELAPORKAN HASIL SUKU TAHUN KEDUA 2020

 · EPS* yang dilaporkan dan dilaraskan bagi suku tahun kedua 2020 masing-masing ialah $0.98 dan $1.12 berbanding masing-masing $1.56 dan $1.66 pada suku tahun kedua 2019

· EPS yang dilaporkan dan dilaraskan bagi tempoh terkini 2020 masing-masing ialah $2.08 dan $2.72 berbanding masing-masing $3.04 dan $3.19 pada tempoh setahun yang lalu
· Pemerolehan PureCircle yang selesai pada 1 Julai memperluas penyelesaian berterusan dan mampan Syarikat ini dalam pengurangan gula dengan pemanis stevia dan perisa semula jadi
· Kemajuan kukuh yang berterusan untuk program Cost Smart membolehkan Syarikat menambahkan sasaran simpanan prestasi kewangan sebanyak $20 juta menjadi $170 juta menjelang tahun 2021

WESTCHESTER, Ill., 6 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Ingredion Incorporated (NYSE: INGR), peneraju global bagi pembekal penyelesaian bahan kepada industri pembuatan makanan melaporkan hasil bagi suku tahun kedua 2020 pada hari ini. Hasil dilaporkan adalah menurut prinsip perakaunan yang diterima umum (“GAAP”) di A.S. bagi tahun 2020 dan 2019, termasuk item yang dikecualikan daripada ukuran kewangan bukan GAAP yang dibentangkan oleh Syarikat.

"Sebagai perniagaan yang penting dalam rantaian bekalan makanan, kami pantas menyesuaikan diri untuk memenuhi perubahan keperluan pelanggan kerana turun naik permintaan pengguna berpunca dari sekatan dan kawalan pergerakan COVID-19 di seluruh dunia," kata Jim Zallie, presiden dan ketua pegawai eksekutif Ingredion. “Sepanjang suku tahun, kami mengalami penurunan yang ketara dalam penggunaan luar dari rumah yang mempengaruhi permintaan bahan global, terutamanya pada bulan April dan Mei. Sejak itu, kami telah melihat peningkatan berturutan pada bulan Jun dan Julai kerana peningkatan pergerakan pengguna dan pengurangan sekatan.”

“Kami masih menumpukan pada menjadi lebih optimum untuk realiti baharu, bekerja secara maya dengan pelanggan untuk mencipta bersama, memanfaatkan peluang untuk mendorong penyederhanaan dan kecekapan dalam perniagaan kami. Hasilnya, kami berjaya meningkatkan sasaran simpanan Cost Smart kami daripada $150 juta ke $170 menjelang 2021. Kami juga memperkukuh lembaran baki kami dan mengurangkan kos kewangan masa depan melalui tawaran hutang senior $1 bilion,” kata Zallie.

“Dengan selesainya pemerolehan kami bagi PureCircle, pemimpin global dalam sektor pemanis semula jadi stevia, kami meneruskan strategi jangka panjang untuk mendorong pertumbuhan kepakaran. Selain itu, kami memulakan pelaburan pengembangan bernilai $85 juta di China, salah satu pasaran kanji terbesar dan berkembang pesat, ini bertujuan mengembangkan platform pemberi tekstur berasaskan kanji kami. Kami akan terus mengejar peluang M&A sambil kekal berdisiplin dalam pendekatan peruntukan modal kami.” 

"Walaupun ada ketidakpastian tentang perkara yang mendatang, saya yakin dengan pekerja kami yang berbakat dan berdedikasi, tindakan yang kami ambil adalah tepat untuk berinovasi demi pelanggan, menyediakan bahan dan penyelesaian yang berkualiti serta keluar dari pandemik ini dengan kedudukan lebih baik untuk berjaya," kata Zallie.

Crocus Technology Memperkenalkan Penderia Sudut 2D TMR XtremeSense™ Generasi Ke-2

 CT310, penderia 2D TMR lasak disasarkan untuk aplikasi yang menuntut pengesanan kedudukan sudut tanpa sentuhan, berketepatan tinggi


SANTA CLARA, Calif., 6 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --
 Crocus Technology Inc., pembekal utama penderia Magneto-Rintangan Terowong (TMR) XtremeSense™ yang distruptif, hari ini mengumumkan penderia CT310, penderia sudut dua dimensi (2D) yang berkeupayaan ukuran beresolusi tinggi disebabkan prestasi hingar rendahnya.  CT310 ialah produk pengganti generasi seterusnya untuk CT300 yang dikeluarkan pada tahun 2018.

CT310 dibangunkan menggunakan teknologi 2D TMR XtremeSense™ berpaten Crocus yang membolehkan prestasi tinggi dengan ralat sudut yang ultra-rendah dan kestabilan hebat melalui julat magnetik, suhu dan voltan yang luas untuk memenuhi keperluan permintaan pasaran. CT310 terdiri daripada dua rangkaian perintang titi penuh yang mempunyai julat pengendalian sebanyak 25 mT hingga 90 mT. Melalui julat ini, CT310 mengekalkan ralat sudut yang kurang daripada 0.25° dengan pampasan melalui julat suhu luas sebanyak -40°C hingga +150°C. CT310 boleh digunakan dalam konfigurasi hujung aci atau sisi aci dengan respons frekuensi yang sangat tinggi, dan penggunaan arus kurang daripada 250 µA.

“CT310, dibina dengan teknologi 2D TMR XtremeSense™ Crocus, ialah penderia kedudukan sudut lasak dengan prestasi yang mendahului peranti pesaing dari segi ketepatan, resolusi, penggunaan kuasa dan kebolehharapan melalui dedahan suhu dengan medan magnetik besar,” kata Zack Deiri, Presiden dan CEO Crocus Technology. Kesensitifan tinggi (400mV/V) CT310 membolehkan pereka bentuk untuk menggunakan peranti dalam sistem mereka tanpa memerlukan komponen luaran seperti penguat yang mengurangkan kos penyelesaian keseluruhan. CT310 amat sesuai dengan aplikasi pengekod magnetik yang menggantikan teknologi mekanikal dan optik yang telah lapuk. CT310 menawarkan penyelesaian penderiaan sudut tanpa sentuhan untuk aplikasi seperti dron, kawalan motor, robotik, barangan putih, dan automotif. Crocus menawarkan papan penilaian dengan output digital dan analog yang mudah digunakan untuk meringkaskan dan mempercepat penilaian produk oleh pelanggan.”   

CT310 tersedia dalam in wafer/KGD (Known-Good-Die), suatu pakej TSSOP 8-lead, dan dalam pakej profil ultra-rendah dan DFN 8-lead faktor bentuk kecil 2.00 x 2.00 x 0.45 mm. Sampel tersedia sekarang dan akan memasuki pengeluaran penuh pada bulan September 2020.

Perihal Crocus Technology

Crocus Technology membangunkan dan mengeluarkan penderia magnetik canggih berdasarkan teknologi penderia TMR XtremeSense™ yang dipatenkan. Teknologi penderia magnetik yang disruptif Crocus membawa kemajuan yang ketara kepada IoT dan peranti pintar, aplikasi industri, pengguna, perubatan dan elektronik automotif yang memerlukan ketepatan tinggi, resolusi tinggi, prestasi suhu yang stabil dan penggunaan kuasa yang rendah. Crocus beribu pejabat di Santa Clara, California. Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://www.crocus-technology.com.

© 2020 Crocus Technology International Corp.  Hak cipta terpelihara.  Crocus Technology, XtremeSense dan gabungan daripadanya ialah tanda dagangan Crocus Technology Inc. dan Crocus Technology SA. Nama lain adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan mungkin ialah tanda dagangan pemilik masing-masing

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:  

Wayne Seto
Crocus Technology
Tel: +1-408-380-8316
E-mel: wseto@crocus-technology.com

SUMBER: Crocus Technology

​
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13654

Thursday, August 6, 2020

Zynga Mengumumkan Keputusan Kewangan Suku Kedua 2020

SAN FRANCISCO, 6 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Zynga Inc. (Nasdaq: ZNGA) hari ini mengeluarkan keputusan kewangan mereka bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun, 2020 dengan memaparkan Surat Perolehan Suku Tahun Q2 2020 pengurusan pada laman web Perhubungan Pelabur mereka. Sila lihat Surat Perolehan Suku Tahun yang dilampirkan atau layari http://investor.zynga.com/financial-information/quarterly-results untuk mengakses surat tersebut.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20200805005297/en/

“Kami menyampaikan keputusan yang luar biasa pada suku kedua, dengan mencapai pendapatan dan tempahan suku tahunan kami yang paling tinggi dan menghasilkan aliran tunai pengoperasian suku tahunan terbaik buat Zynga dalam tempoh lebih lapan tahun. Kami juga melaksanakan pemerolehan transformasi kami bagi Peak dan sekarang memasuki suku ketiga dengan lapan francais forever, menambahkan skala yang signifikan kepada asas perkhidmatan langsung kami,” kata Frank Gibeau, Ketua Pegawai Eksekutif Zynga. “Selain itu, kami telah membuat satu perjanjian untuk memperolehi Rollic, pemaju dan penerbit yang berpangkalan dari Istanbul yang mempunyai sebuah portfolio bagi permainan hiper-kasual yang popular di satu daripada kategori permainan mudah alih terbesar dan paling pantas berkembang.”

Pengurusan Zynga akan juga mengadakan satu panggilan persidangan pada pukul 2:00 petang Waktu Pasifik (5:00 petang Waktu Timur) hari ini untuk membincangkan mengenai pencapaian syarikat itu. Soalan boleh diajukan semasa panggilan persidangan itu dan Zynga akan menjawab seberapa banyak mungkin soalan.
 
Panggilan persidangan itu boleh diakses di http://investor.zynga.com –  satu ulang semula akan tersedia melalui laman web itu selepas panggilan itu – atau melalui nombor mendail persidangan di bawah:
 
• Nombor Mendail Bebas Tol: (800) 537-0745
• Nombor Mendail Antarabangsa: (253) 237-1142
• ID Persidangan: 5769759
 
Maklumat mengenai Zynga Inc.
 
Zynga adalah sebuah peneraju dunia di dalam hiburan interaktif dengan satu misi untuk menghubungkan dunia menerusi permainan. Sehingga kini, lebih daripada satu bilion orang telah memainkan francais Zynga termasuk CSR Racing™, Empires & Puzzles™, Merge Dragons!™, Merge Magic!™, Toon Blast™, Toy Blast™, dan Words With Friends™. Permainan Zynga boleh didapati di lebih daripada 150 buah negara dan boleh dimainkan merentasi platform sosial dan peranti mudah alih di seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 2007, syarikat itu beribu pejabat di San Francisco dengan mempunyai lokasi di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Ireland, India, Turki dan Finland. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zynga.com atau ikuti Zynga di Twitter, Instagram, Facebook atau di blog Zynga.

Kenyataan yang Berpandangan ke hadapan

Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan yang berpandangan ke hadapan, yang berkaitan dengan, antara lain, unjuran panduan bagi pendapatan dan tempahan tahun penuh 2020 dan pemerolehan Rollic. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan sering kali merangkumi perkataan seperti “pandangan,” “unjuran,” “dirancang,” “bercadang,” “akan,” “menjangka,” “percaya,” “sasaran,” “mengharapkan,” dan kenyataan-kenyataan dalam bentuk kala kelak yang umumnya berpandangan ke hadapan. Pencapaian atau kejayaan bagi perkara-perkara yang diliputi oleh kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu melibatkan risiko, ketidaktentuan, dan tanggapan yang signifikan. Kebergantungan berlebihan tidak seharusnya diletakkan pada kenyataan yang berpandangan ke hadapan seperti itu, yang didasarkan kepada maklumat yang tersedia kepada kami pada tarikh tersebut. Kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini kenyataan tersebut. Maklumat lanjut tentang risiko, ketidaktentuan, dan tanggapan ini adalah atau akan dijelaskan dengan lebih terperinci dalam pemfailan awam kami dengan Suruhanjaya Bursa dan Sekuriti (“SEC”), dan salinannya boleh diperolehi dengan melayari laman web Perhubungan Pelabur kami di  http://investor.zynga.com atau di laman web SEC di www.sec.gov.

Nota Editor

Untuk memuat turun rakaman bahagian filem B-roll Zynga dan visual penting bagi permainan itu, sila layari: https://bit.ly/ZyngaQ22020

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200805005297/en/

Hubungi

Perhubungan Pelabur:
Rebecca Lau
Investors@zynga.com

Media:
Sarah Ross
Sarah@zynga.com

Sumber : Zynga

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


ENTEGRIS ASIA PTE LTD. DAN SIMTECH MENUBUHKAN SEBUAH MAKMAL PENYELIDIKAN BERSAMA YANG MEMBERI TUMPUAN KEPADA MEMPERLUAS DAN MENINGKATKAN KEUPAYAAN PEMBANGUNAN PRODUK ENTEGRIS DENGAN MENGGUNAKAN PEMBUATAN BAHAN TAMBAHAN (PERCETAKAN 3D)

 Secara usaha sama dengan SIMTech, syarikat itu akan menerokai keupayaan reka bentuk produk baharu dan peluang-peluang pasaran yang diperluaskan di dalam Percetakan 3D



SINGAPURA, 6 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Entegris, Inc. (NASDAQ: ENTG), sebuah pembekal bertaraf dunia bagi penyelesaian bahan dan proses termaju untuk semikonduktor dan industri teknologi tinggi yang lain, hari ini mengumumkan bahawa ia akan melancarkan sebuah makmal penyelidikan bersama dengan Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*STAR) bagi Institut Teknologi Pengilangan Singapura (SIMTech). Makmal itu akan berfungsi sebagai sebuah pusat teknologi di mana Entegris akan menerokai keupayaan untuk mengembangkan produk baharu dengan menggunakan teknologi percetakan 3D dengan pemodelan dan simulasi serba canggih.

Menurut Ketua Pegawai Teknologi Entegris, Jim O'Neill, usaha bersama itu akan memungkinkan bagi Entegris untuk menerokai tatasusunan inovasi yang lebih luas di dalam reka bentuk produk dan mensimulasikan prestasi mereka sebelum membuat prototaip. “Percetakan 3D mempunyai potensi untuk menjadikan keupayaan reka bentuk produk kami lebih mantap dengan membolehkan reka bentuk yang lebih kompleks berbanding kemudahan proses pembuatan tradisional. Sebagai contoh, penghantaran bersih gas di dalam proses pembuatan adalah sangat penting bagi pelanggan kami di dalam industri semikonduktor. Dengan menggunakan percetakan 3D, kami dapat menerokai reka bentuk geometrik yang lebih kompleks untuk membran di dalam penyelesaian penapisan kami,” kata beliau.

“Menggabungkan satu pemahaman yang mendalam mengenai sifat-sifat bahan asas dengan model konfigurasi reka bentuk baharu, kami akan membolehkan produk baharu dengan ciri-ciri prestasi yang unik. Dalam kes penapis gas, sebagai contoh, menggunakan komponen cetakan 3D untuk memperbaiki atau mengawal ciri-ciri tertentu membuka pintu untuk meningkatkan aliran gas tanpa menjejaskan kecekapan penyingkiran zarah.

“Sejak menyingkirkan zarah yang boleh menyebabkan kecacatan di dalam pembuatan litar bersepadu memaksimumkan hasil bagi pelanggan kami, penyelesaian penapisan yang lebih maju melambangkan satu kelebihan daya saing bagi kami,” kata O'Neill.

Percetakan 3D juga mengurangkan sisa daripada bahan seperti keluli dan plastik yang digunakan semasa memasang model di dalam persekitaran pembuatan tradisional. Di samping itu, ia meningkatkan kelajuan dengan mana reka bentuk boleh diubah suai berdasarkan kepada ujian prestasi yang disimulasikan.

Kerjasama penyelidikan itu juga termasuk usaha kerjasama dengan beberapa syarikat teknologi global terkemuka dan konsortium penyelidikan. Kerjasama ini akan membolehkan Entegris untuk menerokai penggunaan bahan-bahan baharu dengan Hitachi Metals, Ltd; teknik pencirian canggih dengan Perkhidmatan Ujian Profesional (PTS); kaedah pengukuran yang boleh dikesan dan standard rujukan dengan Pusat Metrologi Nasional (NMC) A*STAR; dan keupayaan pemodelan dan simulasi generasi akan datang dengan Ansys, ESSS North America Inc., dan CAD-IT Consultants (Asia) Pte Ltd.

Pengarah eksekutif SIMTech Dr. David Low berkata, “Peranan teknologi dan inovasi di dalam mengubah perniagaan dan industri adalah lebih penting sekarang daripada sebelumnya. Melalui perkongsian awam-swasta seperti makmal bersama baharu kami kami yang merangsangkan dengan Entegris, A*STAR bekerjasama dengan pemain-pemain industri untuk bersama-sama berinovasi dan membangunkan penyelesaian baharu bagi membantu mereka menjadi lebih berdaya saing. Makmal Bersama Entegris-SIMTech akan mewujudkan kemungkinan baharu menerusi inovasi di dalam pembuatan bahan tambahan serta penciptaan bersama peluang-peluang dengan pemain lain di dalam ekosistem pembuatan bahan tambahan.”

Dengan bekerjasama bersama SIMTech, Entegris akan mempunyai peluang untuk menyelidiki dengan peserta di makmal penyelidikan peluang-peluang pasaran baru muncul untuk menyokong teknologi percetakan 3D. Syarikat itu akan menggunakan kepakaran sains bahan termaju mereka untuk menyelidiki pencirian serbuk logam dan reka bentuk semula produk berasaskan logam baharu melalui percetakan 3D. Penyelidikan sedemikian dapat mengenal pasti cara-cara untuk mengatasi kekangan reka bentuk semasa di dalam pembuatan tradisional dan membawa kepada penemuan di dalam percetakan 3D yang menguntungkan pelbagai industri selain industri semikonduktor, termasuk industri aeroangkasa, perubatan dan tenaga.

Makmal penyelidikan bersama itu dengan SIMTech dibangunkan di atas komitmen Entegris untuk mewujudkan sebuah rangkaian pusat teknologi global yang berdekatan geografinya dengan pelanggan mereka di seluruh dunia. “Di pusat-pusat teknologi kami, kami bekerjasama secara tempatan dengan pelanggan kami untuk menerokai reka bentuk produk baharu dan bertindak balas dalam tepat masa untuk mencari penyelesaian yang dapat memenuhi hasil kritikal, kebolehpercayaan, dan cabaran prestasi mereka dalam sebuah tempat pasaran yang pantas dan cepat berkembang,” kata O'Neill. Sebagai tambahan kepada Singapore Technology Consortia yang baharu diwujudkan itu, Entegris mempunyai pusat teknologi di Taiwan, Korea, China, dan Amerika Utara.

Maklumat mengenai Entegris

Entegris adalah sebuah pembekal bertaraf dunia bagi penyelesaian bahan dan proses termaju untuk industri semikonduktor dan teknologi tinggi yang lain. Entegris mempunyai kira-kira 5,300 orang pekerja di seluruh operasi global mereka dan memiliki ISO 9001 yang diperakui. Ia mempunyai kemudahan pembuatan, perkhidmatan pelanggan, dan/atau kemudahan penyelidikan di Amerika Syarikat, Kanada, China, Perancis, Jerman, Jepun, Malaysia, Singapura, Korea Selatan, dan Taiwan. Maklumat tambahan boleh didapati di www.entegris.com.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200803005145/en/

Hubungi

Media:
Connie Chandler
+1 978-436-6546
connie.chandler@entegris.com

Sumber : Entegris, Inc.

Sunday, August 2, 2020

ISW HOLDINGS MEMULAKAN PENGELUARAN REKA BENTUK PUSAT DATA PROCESO S19 POD5IVE 1MW UNTUK PENGHANTARAN KEPADA PROJEK BIT5IVE 100-MEGAWATT

LAS VEGAS, 3 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- melalui NetworkWire -- ISW Holdings, Inc. (OTC: ISWH) (“ISW Holdings” atau “Syarikat”), syarikat pemegangan pengurusan jenama global, teruja untuk mengumumkan pemuktamadan reka bentuk pusat data Proceso S19 Pod5ive yang baharu, yang berupaya untuk menguasakan 1MW kuasa perlombongan pengkomputeran. Bit5ive menyasarkan pengerahan pertamanya pada permulaan Ogos, dengan penghantaran pod awalnya menghala ke projek Bit5ive LLC (“Bit5ive”) tenaga boleh dibaharui 100-MW di Pennsylvania.

“Pusat Data S19 Pod5ive telah direka bentuk dari awal untuk menyampaikan skor Keberkesanan Penggunaan Kuasa (“PUE”) utama industri sebanyak 1.025,” kata Alonzo Pierce, presiden ISW Holdings. “Jika anda menyingkirkan kesemua yang tidak diperlukan untuk memaksimumkan prestasi, mengoptimumkan faktor yang selebihnya, kemudian menyepadukannya ke dalam substrat tenaga boleh dibaharui untuk mengurangkan kos sehingga kepada tahap terendah yang tersedia di dunia, inilah hasil yang akan anda dapat.”

Syarikat ini membentuk perkongsian usaha sama dengan Bit5ive pada bulan Mei (“JV”) untuk membina dan menyampaikan satu pod pusat data yang paling anggun, berkuasa dan berkesan di dunia. Ditujukan khusus untuk industri perlombongan kriptowang Pusat Data Proceso S19 Pod5ive menawarkan kefungsian generasi seterusnya, pengurusan kendiri dinamik, operasi pasang dan main, keperluan penyelenggaraan yang hampir tidak perlu, dan 1.025 PUE yang terbaik-dalam-kelasnya dalam industri.

Reka bentuk utama termasuk:
  • Kawalan persekitaran automatik dengan penderia tekanan aliran udara dan penyejuk penyejat “pintar”.
  • Keupayaan pengurusan dari jauh.
  • Keselamatan penderia gerakan.
  • Sistem pemantauan dan perisian pelombong proprietari.
  • Konfigurasi kuasa yang cekap tanpa memerlukan transformer injak turun.
  • 26 unit pengagihan kuasa dengan 27 salur keluar pada output 240v; 280 x Bitmain S19 atau Whatsminer M20/30.
  • Semua peralatan industri General Electric.
  • Patuh NEC dengan semua komponen tersenarai UL, termasuk PDU.
  • Kord kuasa prawayar dengan susut talian individu.
  • Rangkaian statik prakonfigurasi dengan susut talian individu.
  • Mudah diurus, membenarkan semua pelombong kekal dalam DHCP.
  • Sistem pengurusan proprietari berdasarkan web dengan rangkaian, peta suhu, pengambilan kuasa, termasuk laporan audit penuh untuk kawalan operasi.
  • Kos pengurusan minimum dengan penuras merv 2-11 boleh guna semula dan penuras media penyejat standard.
Untuk mendapatkan butiran lanjut dan pernyataan prospektif, lihat keseluruhan pengumuman: http://nnw.fm/ISWHoldingsS19Pod5iveAnnouncement

Pengurusan percaya pasaran peralatan perlombongan kriptowang kini dalam peringkat awal kitaran pengembangan baharu sementara evolusi produk dan permintaan yang semakin meningkat telah menghapuskan bekalan sedia ada bagi peralatan generasi sebelumnya dan pasaran sekunder atau jualan semula yang berbaki daripada pasaran bul bitcoin yang memuncak pada lewat 2017.

Perihal ISW Holdings
ISW Holdings, Inc. (ISWH) yang berpangkalan di Nevada, ialah syarikat portfolio pelbagai yang terdiri daripada barisan perniagaan penting yang memenuhi permintaan produk kepada pengguna. Kepakaran kita terletak dalam pembangunan jenama strategik, pemudahan pertumbuhan awal, dan identiti jenama melalui proses perolehan proprietari kami. Bersama-sama, dengan rakan kongsi kami, kami ingin menyediakan struktur yang memenuhi permintaan kebolehskalaan yang besar, serta keperluan pasaran yang dijangka. Kami dapat memenuhi keperluan ini melalui pelbagai proses inovatif yang strategik. ISWH mencipta dan mengurus jenama merentasi spektrum industri yang disruptif. ISWH menggerakkan syarikat proprietari melalui tahap kritikal pembangunan pasaran, yang merangkumi pengkonsepan, strategi pasaran go-to, kejuruteraan, penyepaduan produk dan kecekapan pengedaran. Syarikat juga telah bekerjasama dengan syarikat pembangunan dan perundingan perisian yang terkenal, Bengala Technologies LLC, yang sedang membangunkan penambahbaikan ketara dalam ruang pengurusan rantai bekalan; dan, perkongsian ini mempunyai paten penting yang menunggu kelulusan.

Untuk maklumat lanjut, lawati www.ISWHoldings.com.

Orang Hubungan Syarikat:
Hubungan Pelabur
info@ISWHoldings.com

Komunikasi Korporat:
InvestorBrandNetwork (IBN)
Los Angeles, California
www.InvestorBrandNetwork.com
310.299.1717 Pejabat
Editor@InvestorBrandNetwork.com

Foto tersedia: https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/360cbab4-b64e-469e-974d-9fb534ff7029/ms

Foto juga tersedia di Newscom, www.newscom.com, dan melalui AP PhotoExpress.  

SUMBER : ISW Holdings, Inc.

Wednesday, July 29, 2020

​PULSE SECURE MENYAMPAIKAN PERKHIDMATAN BERDASARKAN AWAN, SIFAR KEPERCAYAAN BAHARU UNTUK AKSES SELAMAT BERBILANG AWAN DAN IT HIBRID

Perkhidmatan Pulse Zero Trust Access (PZTA) baharu meningkatkan produktiviti, meringkaskan pengurusan dan menangani risiko siber sementara perusahaan menerima mobiliti tenaga kerja dan pengkomputeran utiliti yang meningkat

SAN JOSE, Calif., 29 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --

PZTA meringkaskan pengurusan akses dengan kebolehlihatan paparan tunggal, analisis hujung ke hujung, dasar berbutir, peruntukan automatik dan pengurangan ancaman lanjutan yang memperkasa organisasi untuk mengoptimumkan lagi sumber tenaga kerja dan sumber IT hibrid yang semakin mudah alih. 

Sementara perusahaan memajukan mobiliti tenaga kerja dan pendigitalan perniagaan, pengguna memerlukan akses kepada aplikasi pada premis dan awan daripada sebarang peranti, dari sebarang lokasi dan pada bila-bila masa. Sementara itu, serangan siber, pelanggaran data dan kewajipan pematuhan telah berkembang dengan ketara, menjadikan kepercayaan dan kawalan boleh suai adalah penting. PZTA menawarkan pengguna akses aplikasi yang diperkemas serta membolehkan organisasi mengawal selia setiap permintaan dengan mengesahkan identiti, peranti dan kedudukan keselamatan secara automatik sebelum memberikan sambungan langsung yang disulitkan antara peranti pengguna tersebut dengan aplikasi yang terletak dalam awan awam, awan peribadi atau pusat data.

SKILLING MEMPERLUASKAN KEHADIRAN GLOBAL MEREKA KE LONDON


Table

Platform tukaran mata wang asing dan perdagangan dalam talian CFD Skilling terus mara dengan pengembangan global 2020 mereka, memperluaskan kehadiran fizikal mereka ke London, United Kingdom. (Foto: Business Wire) 


NICOSIA, Cyprus, 30 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Platform tukaran mata wang asing dan perdagangan dalam talian CFD Skilling terus mara dengan pengembangan global 2020 mereka, memperluaskan kehadiran fizikal mereka ke London, United Kingdom, di bawah pelantikan kanan baharu mereka, David Berg. David menyertai Kumpulan Skilling pada awal bulan ini sebagai seorang pengarah jualan global dan bertanggungjawab untuk mewujudkan sebuah bahagian berhadapan pelanggan komersial global bagi Skilling di United Kingdom.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat versi lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200729005382/en/

Mengulas mengenai pelantikan itu, Pavel Spirin, Ketua Pegawai Komersial di Kumpulan Skilling Group telah menyatakan:

“London adalah sebuah pusat kewangan global dan satu lokasi utama bagi kami dari segi pertumbuhan dan pengembangan seterusnya. Ia tidak hanya memberikan kami akses kepada, barangkali, kumpulan bakat yang paling berbeza di dunia, tetapi juga menempatkan kami pada kedudukan yang baik untuk membangunkan perhubungan penting di dalam industri itu dengan pelanggan, pembekal, dan pihak berkuasa kawal selia kami. David adalah seorang pekerja penting bagi kami, dan saya sangat teruja untuk melihat pengambilan beliau menjadi kenyataan.”

Skilling sudah memperoleh satu kebenaran FCA Cawangan United Kingdom pada awal tahun ini, untuk terus beroperasi di United Kingdom selepas Brexit, dan akan pada mulanya membuka sebuah pejabat perwakilan di London bagi membantu matlamat pengambilan dan strategi segera mereka pada tahun 2020, dengan penilaian selanjutnya akan menyusul pada akhir tahun ini.

David menyertai Skilling dengan mempunyai lebih 13 tahun pengalaman industri setelah sebelum ini berkhidmat dalam pelbagai peranan kanan jualan dan komersial di ActivTrades, ATFX, eToro, Kumpulan London Capital, antara lain.

“Saya amat teruja kerana dapat menyertai Skilling pada tahap yang menarik di dalam kitaran pertumbuhan syarikat itu dan berharap dapat memacukan operasi jualan dan komersial dari London dengan penawaran dan inisiatif produk baharu,” kata David, ketika mengulas mengenai peranan baharu beliau di Kumpulan Skilling.

Ditubuhkan pada tahun 2016, Skilling memegang lesen CySEC dan FSA Seychelles, dan satu kebenaran FCA Cawangan United Kingdom. Platform perdagangan itu terutamanya beroperasi di Eropah, tetapi berkembang ke pasaran bukan Eropah pada awal tahun ini dengan pemerolehan lesen FSA Seychelles dan penambahan platform perdagangan MetaTrader 4.

Memperdagangkan produk kewangan dengan margin membawa satu risiko yang tinggi.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200729005382/en/

Hubungi

Kumpulan Skilling
Pavel Spirin
Ketua Pegawai Komersial
marketing@skilling.com

Sumber : Skilling

Univar Solutions Menyelesaikan Pengambilalihan Perniagaan Lavo Bulk di Kanada

Transaksi ini mengukuhkan kehadiran syarikat di Kanada Timur serta memperluas penyelesaian dan keupayaan kimia yang saling melengkapi untuk...