Thursday, April 25, 2019

AmInvest raih anugerah Pengurus Dana Pendapatan Tetap Domestik Terbaik

KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- AmInvest meraih anugerah Pengurus Dana Pendapatan Tetap Domestik Terbaik 2018 pada majlis Anugerah Tahunan Pengurus Dana Luaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 2019 baru-baru ini.

Anugerah itu mengiktiraf prestasi cemerlang pengurus dana luaran dalam menguruskan portfolio pelaburan KWSP.

"Pandangan jauh pasukan kami dan keupayaan untuk menggunakan strategi pelaburan defensif, ditambah dengan proses pelaburan yang mantap, telah memainkan peranan penting dalam membantu mengurangkan impak ke atas portfolio pelaburan semasa keadaan pasaran yang tidak menentu pada 2018,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Goh Wee Peng dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehingga Mac 2019, jumlah nilai Aset Di bawah Pengurusan AmInvest berada di paras tertingginya kira-kira RM40.5 bilion, di mana 82 peratus daripadanya terdiri daripada pelaburan pendapatan tetap.

-- BERNAMA

Wednesday, April 24, 2019

KEIO PLAZA HOTEL TAMA MEMBUKA BILIK-BILIK MY MELODY, LITTLE TWIN STARS PADA 15 JUN, 2019 - MIMPI INDAH DI BILIK HELLO KITTY DAN BILIK WATAK SANRIO KAMI

TOKYO, 24 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- The Keio Plaza Hotel Co., Ltd., satu daripada syarikat hotel paling berprestij di Jepun yang mengendalikan hotel-hotel yang terletak di daerah Shinjuku, Tokyo dan lokasi lain, dengan bangga mengumumkan pengukuhan hubungan kerjasama dengan Sanrio Co., Ltd. (Ibu Pejabat: Shinagawa, Tokyo, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif: Shintaro Tsuji) untuk mengembangkan kemudahan dan perkhidmatan yang menampilkan “Hello Kitty” dan watak-watak Sanrio yang lain di Keio Plaza Hotel Tama kami. Tama Hotel kami akan mengubahsuai empat buah bilik tambahan, termasuk dua bilik masing-masing dalam tema “My Melody” dan “Little Twin Stars” (Kiki dan Lala) yang telah dipuja oleh peminat di seluruh dunia sejak penciptaan mereka pada tahun 1975, yang akan dibuka pada Sabtu 15 Jun, 2019, dan dengan itu menjadi hotel pertama di dunia untuk mengendalikan bilik-bilik yang bertema ini secara tetap.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190423005311/en/
 
Bilik My Melody direka dalam bentuk imej watak yang lurus bendul, ceria dan penyayang bagi watak yang bermain sorok-sorok di sebuah hutan. Bilik Little Twin Stars direka dengan pelbagai imej bagi adik lelaki Kiki dan kakak Lala yang bermain di taman hiburan di awan.

Keio Plaza Hotel Tama kali pertama membuka empat bilik tema pada November 2014 berdasarkan kepada “Hello Kitty”, dan bilik-bilik baharu itu akan meningkatkan jumlah bilik yang bertemakan Hello Kitty kepada lapan. Tempahan bagi bilik-bilik baharu My Melody dan Little Twin Stars telah dibuka dari Isnin 15 April, 2019.

Versi Lengkap bagi Siaran Media
 
Maklumat mengenai Keio Plaza Hotel
The Keio Plaza Hotel Co., Ltd., satu daripada syarikat hotel paling berprestij di Jepun yang mengendalikan hotel-hotel yang terletak di daerah Shinjuku, bandar raya Tama, dan kota raya Hachioji di Tokyo dan Sapporo, Hokkaido. Hotel kami menjadi tuan rumah kepada pelbagai tetamu tempatan dan antarabangsa yang melawat kami kerana kemudahan kami yang mengalu-alukan, layanan mesra dan perkhidmatan unik yang membolehkan mereka untuk mengalami budaya Jepun.

Maklumat mengenai Keio Plaza Hotel Tama
Keio Plaza Hotel Tama, yang terletak di Bandar Baharu Tama di mana sebuah komuniti berkembang pesat di pinggir bandar raya Tokyo. Sanrio Puroland, kediaman bagi Hello Kitty terletak hanya lima minit berjalan kaki dari hotel itu. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman web, YouTube, atau Instagram kami. Sila ikuti @keioplaza_tama_hellokitty_room di Instagram.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20190423005311/en/

Hubungi

Keio Plaza Hotel Tokyo
Keiko Kawashima, +81-3-5322-8010
Pengurus Perhubungan Awam
keiko-kawashima@keioplaza.co.jp
 
Sumber : Keio Plaza Hotel Tokyo

SIMEX (OTC: ARGB), PLATFORM PERISIAN INFRASTRUKTUR

SIMEX (OTC: ARGB), PLATFORM PERISIAN INFRASTRUKTUR

Tuesday, April 23, 2019

PERNIAGAAN KECIL MALAYSIA BERSIKAP POSITIF, MEMBERI TUMPUAN PADA PEMACU PERTUMBUHAN

KUALA LUMPUR, Malaysia, 23 Apr., 2019/Medianet International-AsiaNet/--

Keadaan perniagaan untuk sektor perniagaan kecil Malaysia adalah positif untuk tahun 2018.  Keyakinan terhadap pertumbuhan perniagaan dan ekonomi berada pada tahap paling tinggi sejak tahun 2012, menurut data kajian baharu yang dikeluarkan hari ini oleh CPA Australia.

Penemuan dari Kaji Selidik Perniagaan Kecil Asia Pasifik ke-10 CPA Australia adalah lanjutan daripada kaji selidik ke atas lebih dari 3,600 pengurus perniagaan kecil di Malaysia, Vietnam, Indonesia, Tanah Besar China, Hong Kong, Taiwan, Filipina, Singapura, Australia dan New Zealand.

Ketua Negara CPA Australia di Malaysia, Priya Terumalay berkata keputusan kaji selidik itu menunjukkan satu anjakan positif di dalam sentimen di kalangan perniagaan kecil Malaysia yang mencerminkan tumpuan yang berterusan oleh sektor itu kepada pemacu bagi pertumbuhan.

“Sektor perniagaan kecil Malaysia telah menikmati tempoh 12 bulan yang kukuh, dengan 65.5 peratus daripada responden melaporkan bahawa mereka berkembang sepanjang tempoh ini.

“Melihat kepada tahun 2019, hasilnya adalah lebih positif, dengan tiga perempat daripada perniagaan kecil menjangka akan berkembang pada tahun ini.

“Anjakan positif sentimen juga mencerminkan keyakinan perniagaan kecil terhadap ekonomi Malaysia, dengan hampir 70 peratus (69.1 peratus) menjangkakan ekonomi Malaysia akan berkembang jauh lebih tinggi daripada jangkaan untuk tahun 2018 di mana 53.7 peratus menjangkakan ekonomi akan berkembang.

“Dalam satu tempoh yang menyaksikan ketidaktentuan dalam ekonomi global, peningkatan keyakinan perniagaan kecil di Malaysia merupakan satu undi keyakinan terhadap arah haluan ekonomi negara.

“Tidak memeranjatkan untuk melihat satu peningkatan pada keyakinan perniagaan kecil di Malaysia. Sepanjang 10 tahun kaji selidik ini dijalankan,  perniagaan kecil Malaysia telah menunjukkan tumpuan kepada faktor-faktor yang dikaitkan dengan pertumbuhan jangka panjang, termasuk inovasi, e-dagang dan teknologi. Perniagaan kecil juga menunjukkan tumpuan yang kuat terhadap pengaruh positif pertumbuhan seperti peningkatan kepuasan pelanggan, menarik dan mengekalkan tenaga kerja yang cekap serta strategi perniagaan yang lebih baik.

“Perniagaan kecil dari Malaysia terus menjadi pengguna teknologi digital yang agak kuat, terutamanya jika dibandingkan dengan pesaing dari Australia, Singapura dan New Zealand. Lebih 40 peratus daripada perniagaan Malaysia yang dikaji selidik (43.4 peratus) memperolehi lebih daripada sepuluh peratus pendapatan mereka dari jualan dalam talian. Sebahagian besar menggunakan media sosial untuk tujuan perniagaan, dengan 45.1 peratus menyatakan bahawa mereka menggunakannya untuk menjual produk atau perkhidmatan mereka.
 
“Terdapat tumpuan yang agak kukuh terhadap inovasi di kalangan perniagaan kecil Malaysia dengan 29.3 peratus menyatakan bahawa mereka akan membuat pembaharuan pada tahun 2019, mengatasi purata tinjauan itu sebanyak 20.8 peratus. Kerajaan Malaysia telah banyak berusaha untuk menggalakkan budaya inovasi dan keusahawanan dengan perkembangan dasar.

“Peralihan sentimen positif sektor perniagaan kecil Malaysia diterjemahkan ke dalam peluang pekerjaan, dengan lebih daripada satu perempat (25.7 peratus) menyatakan mereka telah menambah pekerja pada tahun 2018 dan besar kemungkinan menjadi pencipta peluang pekerjaan yang lebih mantap pada tahun 2019, dengan 45.1 peratus menjangka akan menambah bilangan tenaga kerja.

“Kebimbangan mengenai perang perdagangan global memberi impak kepada perniagaan kecil Malaysia, dengan lebih satu pertiga (33.6 peratus) menjangkakan bahawa isu ini akan mempunyai kesan negatif terhadap perniagaan mereka pada tahun 2019, hampir dengan purata tinjauan sebanyak 34.7 peratus. Bagaimanapun, bagi sebahagian daripada perniagaan kecil Malaysia, satu konflik perdagangan boleh mewujudkan peluang dengan 22 peratus menyatakan bahawa mereka menjangkakan perang perdagangan akan mempunyai kesan positif terhadap perniagaan mereka.

“Kami menjangka keadaan perniagaan positif perniagaan kecil Malaysia pada tahun 2018 akan berterusan ke tahun 2019 dengan perniagaan kecil terus memberi tumpuan kepada inovasi, e-dagang dan teknologi,” kata Priya.

-Tamat-

Mengenai CPA Australia
CPA Australia adalah salah satu badan perakaunan terbesar di dunia dengan lebih daripada 164,000 ahli yang bekerja di 150 buah negara dan wilayah di seluruh dunia. Lebih daripada 25,000 ahli bekerja dalam kedudukan kepimpinan kanan. Ia telah mewujudkan pangkalan keahlian yang mantap dengan lebih dari 10,000 ahli di Malaysia. 

Mengenai Kaji Selidik Perniagaan Kecil Asia Pasifik CPA Australia
Kaji Selidik Perniagaan Kecil Asia Pasifik CPA Australia menyediakan wawasan tahunan mengenai pandangan perniagaan kecil merentasi rantau dan membentuk sebahagian daripada kajian garisan bujur yang bermula pada tahun 2009. Kaji selidik tahunan ke-10 CPA Australia terdiri daripada tinjauan yang meluas ke atas 3607 pengurus perniagaan kecil di 10 pasaran, termasuk Hong Kong, Tanah Besar China, Taiwan, Malaysia, Vietnam, Indonesia, Singapura, Filipina, Australia dan New Zealand. 

Ringkaran Pasaran – Malaysia 
https://www.cpaaustralia.com.au/~/media/corporate/allfiles/document/professional-resources/business-management/small-business-survey/small-business-survey-2018-market-summary-malaysia.pdf?la=en 

Kaji Selidik Perniagaan Kecil Asia Pasifik CPA Australia 
https://www.cpaaustralia.com.au/~/media/corporate/allfiles/document/professional-resources/business-management/small-business-survey/small-business-survey-2018.pdf?la=en


Perhubungan Media 
Nirmala Ramoo
Senior Manager – Professional Development & Communications
CPA Australia
Tel: +603 2267 3350
Email: nirmala.ramoo@cpaaustralia.com.au   

Sumber: CPA Australia

Friday, April 19, 2019

AMAZON DAN GOOGLE MENGUMUMKAN APLIKASI YOUTUBE RASMI UNTUK DILANCARKAN DI FIRE TV; APLIKASI PRIME VIDEO AKAN DATANG KE CHROMECAST DAN ANDROID TV

Aplikasi YouTube rasmi itu akan tersedia di Fire TV pada bulan-bulan akan datang, memberikan pengguna akses yang lancar kepada sebuah dunia hiburan – termasuk video muzik, pencipta kegemaran mereka, filem, rancangan, berita, sukan secara langsung dan banyak lagi

Ahli-ahli Prime yang membuat penstriman ke peranti Chromecast dan di Android TV akan mempunyai akses yang tiada had, dalam beberapa bulan akan datang, kepada ribuan tajuk dan Karya Asal Amazon termasuk The Marvelous Mrs. Maisel, Jack Ryan karya Tom Clancy, Homecoming, Hanna dan The Widow yang telah memenangi anugerah Golden Globe


SEATTLE & MOUNTAIN VIEW, Calif., 19 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini, Amazon (NASDAQ: AMZN) dan Google (NASDAQ: GOOGL) mengumumkan bahawa pada bulan-bulan akan datang, kedua-dua buah syarikat akan melancarkan aplikasi YouTube rasmi pada peranti Amazon Fire TV dan TV pintar Edisi Fire TV, serta aplikasi Prime Video untuk penstriman ke peranti Chromecast dan peranti terbina dalam Chromecast. Di samping itu, Prime Video akan tersedia secara meluas merentasi rakan peranti Android TV, dan di aplikasi YouTube TV dan YouTube Kids akan juga disalurkan ke Fire TV pada lewat tahun ini.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190418005212/en/

“Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Amazon bagi melancarkan aplikasi YouTube rasmi pada peranti Fire TV di seluruh dunia,” kata Heather Rivera, Ketua Global bagi Perkongsian Produk di YouTube. “Membawa pengalaman YouTube perdana kami ke Amazon Fire TV memberikan kepada pengguna kami lebih banyak cara untuk menonton video dan pencipta yang mereka suka.”

“Kami sangat teruja untuk membawa aplikasi Prime Video ke peranti Chromecast dan Android TV, dan untuk memberikan kepada pelanggan kami akses yang mudah kepada rancangan dan filem yang mereka suka,” kata Andrew Bennett, Ketua bagi Pembangunan Perniagaan Seluruh dunia untuk Prime Video. “Sama ada menonton musim terkini The Marvelous Mrs. Maisel,  menonton pasukan bersaing pada Thursday Night Football atau menyewa sebuah filem yang baru dikeluarkan, pelanggan akan mempunyai lebih banyak cara untuk menstrimkan apa yang mereka inginkan, pada bila-bila masa mereka inginkan, tanpa mengira di mana mereka berada.”

Aplikasi YouTube Rasmi di Fire TV

Aplikasi YouTube perdana itu akan menjadi cara paling mudah bagi pengguna untuk menonton kesemua kandungan YouTube kegemaran mereka di Fire TV. Pengguna akan dapat log masuk ke akaun YouTube mereka yang sedia ada, mengakses kandungan penuh perpustakaan mereka, dan memainkan video dalam 4K HDR pada 60 fps pada peranti yang disokong. Di samping itu, aplikasi YouTube TV dan YouTube Kids kendiri akan juga dilancarkan pada tahun ini pada peranti Fire TV dan TV pintar Edisi Fire TV jika tersedia.

Aplikasi Prime Video di Chromecast dan Android TV

Pengguna Chromecast dan terbina dalam Chromecast, bersama-sama dengan pengguna Android TV, akan mempunyai akses yang mudah kepada katalog Prime Video termasuk musim terbaru bagi Karya Asal Amazon seperti The Marvelous Mrs. Maisel, Hanna, Homecoming, Bosch, Catastropheand The Grand Tour, bersama dengan filem Karya Asal Amazon seperti Guava Island karya Donald Glover, dan filem yang dicalonkan oleh Anugerah Akademi seperti The Big Sick dan Cold War. Prime Video menawarkan kepada pengguna ciri-ciri eksklusif seperti X-Ray serta akses kepada tajuk-tajuk 4K yang disertakan dengan Prime tanpa dikenakan sebarang kos tambahan. Dengan Prime Video pengguna juga boleh menyewa atau membeli tajuk atau memilih lebih daripada 150 Saluran Prime Video termasuk Showtime, HBO, CBS All-Access, Cinemax dan STARZ.

Android TV adalah merupakan tanda perniagaan bagi Google LLC.

Maklumat mengenai Amazon

Amazon dipandu oleh empat prinsip: obsesi pelanggan dan bukannya tumpuan pesaing, keghairahan untuk daya cipta, komitmen kepada kecemerlangan operasi, dan pemikiran jangka panjang. Ulasan pelanggan, membeli-belah 1-Klik, cadangan peribadi, Prime, Capai Keinginan oleh Amazon, AWS, Kindle Direct Publishing, Kindle, tablet Fire, Fire TV, Amazon Echo, dan Alexa adalah beberapa daripada produk dan perkhidmatan yang dipelopori oleh Amazon. Untuk maklumat lanjut, sila layari   www.amazon.com/about dan ikuti @AmazonNews.

Maklumat mengenai Google

Misi Google adalah untuk mengatur maklumat dunia dan menjadikannya dapat diakses dan berguna secara universal. Melalui produk dan platform seperti Carian, Peta, Gmail, Android, Google Play, Chrome dan YouTube, Google memainkan satu peranan yang bermakna di dalam kehidupan sehari-hari bagi berbilion orang dan telah menjadi satu daripada syarikat paling terkenal di dunia. Google adalah merupakan sebuah anak syarikat Alphabet Inc.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20190418005212/en/

Hubungi

Amazon.com, Inc.
Talian Khidmat Media
Amazon-pr@amazon.com
www.amazon.com/pr

Sumber : Amazon.com, Inc.

FARMERS EDGE MENAMBAHKAN KECERDASAN RUANG PANDU KEPADA PLATFORM DIGITAL KETEPATAN

Peranti Berasaskan Aplikasi Menyampaikan Penyambungan Universal, Dalam Ruang Pandu dan secara Kawalan Jauh, untuk Menyediakan Sokongan Keputusan dan Penyimpanan Rekod yang Dipermudahkan untuk Analisis Keuntungan yang Tepat

WINNIPEG, Manitoba & AMES, Iowa, 18 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Farmers Edge™ hari ini mengeluarkan sebuah peranti kecerdasan di lapangan yang berasaskan aplikasi yang menyediakan suatu pengalaman digital yang lancar dari pejabat ke ruang pandu. Dengan menghubungkan penanam, peniaga, peruncit, penasihat yang dipercayai dan pihak berkepentingan utama yang berkaitan secara digital, Peranti Ruang Pandu menyediakan penglihatan lengkap bagi setiap aktiviti lapangan dan pada masa yang sama memudahkan penyimpanan rekod, meningkatkan aliran kerja, dan mengurangkan risiko bagi kehilangan data kritikal. Bersepadu dengan ciri-ciri eksklusif yang sedia ada bagi platform FarmCommand™, termasuk: keadaan cuaca dan ramalan cuaca di ladang, imej satelit harian, pemodelan ramalan, dan pengesanan perubahan kesihatan tanaman secara automatik, Peranti Ruang Pandu itu menyediakan satu lapisan tambahan bagi sokongan keputusan asas yang membolehkan tahap kecekapan dan keuntungan baharu di ladang.

Membina di atas kerjasama strategik baru-baru ini dengan syarikat-syarikat pertanian terkemuka, termasuk CNHi, Global Ag Risk Solutions, PartnerRe, HBS, Raven, Lindsay Corporation, Richardson Pioneer, dan NuFarm, Farmers Edge mereka bentuk Peranti Ruang Pandu itu untuk menyediakan tahap keserasian dan fleksibiliti paling tinggi yang boleh diperolehi. Peranti itu mempunyai ciri-ciri penyambungan tanpa wayar dan bercampur-campur dengan mana-mana mesin moden dan boleh digunakan untuk merancang pekerjaan, melihat penstriman data dan pemetaan secara langsung, menyesuaikan operasi lapangan, menguruskan jadual penyelenggaraan, memantau bekalan, dan berkongsi maklumat untuk menjadikannya platform mudah alih yang paling maju daripada jenis itu. Dikuasakan oleh peranti telematik jenama-agnostik yang baharu dipertingkatkan - Gen. 2 CanPlug™ - semua data dikumpul, dipindah, dan diproses secara automatik, untuk memastikan rekod yang kritikal dikekalkan untuk pelaporan yang tepat.

“Gabungan bagi interaktiviti secara langsung dan pelaporan automatik meningkatkan keupayaan bagi penanam, peruncit, dan pihak berkepentingan yang lain untuk mengenal pasti dan menangani faktor-faktor yang mungkin memberi kesan kepada pendapatan atau produktiviti sesebuah ladang,” kata Ron Osborne, Ketua Strategi dan Pegawai Produk bagi Farmers Edge. “Sama ada ia lebih bijak dalam menghantar penyembur, mengurangkan pemelahuan operator, mengawasi aplikasi tersuai untuk memastikan ketepatan, atau memahami mesin mana yang melakukan yang terbaik untuk setiap tugasan, Peranti Ruang Pandu FarmCommand menyampaikan ketelusan dan fleksibiliti yang tidak dapat ditandingi untuk membuka kunci nilai data.”

Bagaimana ia berfungsi
Peranti Ruang Pandu menghubungkan kepada Farmers Edge Gen. 2 CanPlug melalui Bluetooth, dan melalui tanpa wayar menyiarkan secara tepat masa penanaman, penyemburan, penuaian, aplikasi baja dan data pekerjaan penyelenggaraan lapangan bersama-sama dengan diagnostik prestasi peralatan ke mana-mana tablet, komputer, atau peranti mudah alih. Ia segerak secara automatik ke awan untuk menyimpan kesemua data dalam satu tempat. Dengan kedua-dua pandangan seorang pengurus dan seorang operator, peranti itu membolehkan kawalan yang lebih besar ke atas operasi lapangan melalui pemantauan, penjadualan, dan pengurusan jarak jauh.

Pandangan Pengurus — Pengurus-pengurus ladang yang menggunakan peranti itu boleh menyambung kepada pelbagai mesin di dalam sebuah lapangan kepada satu paparan, dan dengan mudah togol di antara semua mesin. Dengan membuat ketukan pantas pada mana-mana mesin di dalam satu pekerjaan memaparkan pandangan operator untuk akses kepada nilai kerja yang terperinci. Peranti itu menyediakan satu cara mudah untuk melihat semua pekerjaan yang aktif di ladang, mengakses maklumat pekerjaan, menyimpan rekod secara teratur, dan memperoleh suatu pemahaman yang sebenar tentang keuntungan.

Pandangan Operator — Operator-operator ladang menghubungkan terus dari sebuah peranti mudah alih atau tablet kepada paparan peralatan secara langsung. Dengan satu ketukan, mereka boleh melaraskan pelan di mana sahaja, melihat aplikasi atau hasil secara langsung, dan dengan mudah berkongsi data penting dengan pengurus dan penasihat yang dipercayai.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12071

Univar Solutions Menyelesaikan Pengambilalihan Perniagaan Lavo Bulk di Kanada

Transaksi ini mengukuhkan kehadiran syarikat di Kanada Timur serta memperluas penyelesaian dan keupayaan kimia yang saling melengkapi untuk...