Thursday, January 24, 2019

PAPA JOHN'S MELANTIK MARVIN BOAKYE SEBAGAI KETUA PEGAWAI AWAM PERTAMA

LOUISVILLE, Ky, 24 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Papa John's International, Inc., (NASDAQ: PZZA) satu daripada syarikat penghantaran pizza terbesar di dunia, hari ini mengumumkan pelantikan Marvin Boakye sebagai Ketua Pegawai Awam mereka yang pertama. Beliau akan berkhidmat sebagai seorang daripada anggota Pasukan Kepimpinan Eksekutif Papa John’s dan melapor kepada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Steve Ritchie.

Boakye mempunyai lebih daripada 20 tahun pengalaman dalam sumber manusia, serta kepakaran di dalam pengurusan perubahan dan transformasi budaya. Beliau telah memegang peranan kepimpinan sumber manusia untuk organisasi merentasi Amerika Syarikat, Kanada dan Amerika Latin. Boakye menyertai Papa John’s setelah berkhidmat sebagai naib presiden bagi sumber manusia di syarikat petroleum Andeavor di San Antonio, Texas, yang baru-baru ini diperolehi oleh Marathon Petroleum. Sebelum Andeavor, beliau merupakan ketua pegawai sumber manusia bagi MTS Allstream, sebuah syarikat telekomunikasi yang kini menjadi sebahagian daripada Bell Canada, dan memegang jawatan kanan sumber manusia di Goodyear, Pulte Group dan The Home Depot.

"Kepakaran Boakye akan membantu kami untuk terus mendorong Papa John’s ke hadapan di dalam transformasi kami untuk menjadi sebuah tempat yang lebih baik untuk bekerja bagi 120,000 anggota pasukan korporat dan francais kami," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Papa John’s, Steve Ritchie. "Dalam pencarian kami bagi seorang Ketua Pegawai Awam, matlamat kami adalah untuk mengenalpasti seorang pemimpin pembangunan bakat yang mempunyai kepakaran di dalam memacukan perubahan organisasi. Latar belakang Boakye yang mengagumkan akan menjadi satu aset penting kepada strategi pertumbuhan Papa John’s, terutama ketika kami terus memberi tumpuan kepada perniagaan kami di luar Amerika Utara."

Boakye akan memainkan satu peranan kepimpinan yang kritikal di dalam melaksanakan strategi pengurusan bakat syarikat itu, yang termasuk mengawasi operasi pekerja; pampasan dan faedah; dan pembelajaran dan pembangunan. Beliau menggantikan Naib Presiden Kanan bagi Operasi Pekerja Bob Smith, yang bersara dari Papa John’s pada Ogos 2018 selepas berkhidmat selama 15 tahun dengan syarikat itu.

Maklumat mengenai Papa John's

Beribu pejabat di Louisville, Kentucky, Papa John's International, Inc. (NASDAQ: PZZA) adalah syarikat penghantaran pizza ketiga terbesar di dunia. Pada tahun 2018, pengguna menilai Papa John’s No. 1 di dalam kualiti produk dan perkhidmatan di kalangan rantaian pizza kebangsaan di dalam Indeks Kepuasan Pelanggan Amerika (ACSI). Untuk 17 tahun daripada 19 tahun yang lalu, pengguna telah menilai Papa John’s No. 1 di dalam kepuasan pelanggan di kalangan rantaian pizza kebangsaan di dalam Indeks Kepuasan Pelanggan Amerika (ACSI).

Untuk maklumat lanjut mengenai syarikat itu atau bagi memesan pizza secara dalam talian, sila layari Papa John's di www.papajohns.com.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190123005518/en/

Hubungi

Madeline Chadwick
Naib Presiden bagi Komunikasi
(Pejabat) 502.261.4189
Madeline_Chadwick@papajohns.com

Sumber : Papa John’s International, Inc.

Y ANALYTICS DILANCARKAN UNTUK MENYATUKAN MODAL DAN PENYELIDIKAN BAGI KEBAIKAN

Y Analytics akan membantu pengagih modal untuk memahami, menilai, dan mengurus impak sosial dan alam sekitar dengan lebih baik, meningkatkan keberkesanan dan jangkauan modal yang kami labur sebagai sebuah masyarakat
 
WASHINGTON & DAVOS, Switzerland, 24 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) --Hari ini menandakan pelancaran Y Analytics, sebuah organisasi baharu dan bebas yang ditubuhkan untuk memacukan pelaburan yang semakin meningkat dan lebih berkesan di dalam mewujudkan kebaikan sosial dan alam sekitar dengan melengkapkan pengagih modal dengan asas penyelidikan untuk memahami dengan berkesan impak daripada keputusan mereka. Organisasi itu, yang beribu pejabat di Washington, D.C. dan diketuai oleh Maryanne Hancock, akan membantu merapatkan jurang di antara komuniti penyelidikan dan pengagih modal. Akhirnya, ini akan memastikan bahawa modal yang ditujukan untuk menangani Matlamat Pembangunan Mapan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu digunakan dengan cara paling cekap, dan paling meluas, sehinggakan kita memajukan kemampuan kita untuk mengarahkan kapitalisme ke arah penyelesaian yang mempunyai potensi untuk mewujudkan kesan yang nyata dan ketara.

Dari Maryanne Hancock, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Y Analytics: "Kami sedang membina di atas usaha yang meluas dari orang lain, yang telah berusaha selama beberapa dekad untuk memajukan pemahaman dunia tentang apa yang mewujudkan impak. Y Analytics telah dibina berdasarkan kepada pembelajaran dari kerja mereka, menggunakan penyelidikan untuk memahami apa yang mewujudkan impak, membina peranti yang berkesan untuk meramalkan, menaja jamin, dan mengurusnya, dan berkongsi kerja itu dengan orang lain untuk memacukan pembuatan keputusan yang lebih baik. Membolehkan keputusan yang lebih baik di sekitar bagaimana dunia mengarahkan modal ke arah perubahan akan menjadi penting di dalam mencapai kemajuan yang kita cuba lakukan."

Dari Bono, Pengasas Bersama bagi The Rise Fund: "Kapitalisme bukannya tidak bermoral, tetapi ia kurang mempunyai kesedaran moral dan ia memerlukan hala tuju. Sekiranya kapitalisme ingin menjadi satu kekuatan untuk kebaikan, kita perlu mempunyai keupayaan untuk mengukur apabila ia melakukan kebaikan dan apabila ia melakukan kemudaratan. Untuk memujuk pelabur-pelabur institusi terbesar membuat komitmen ke atas dana mereka bagi menangani beberapa cabaran yang paling mendesak di dunia, kita perlu mempunyai keyakinan tentang pulangan impak itu sepertimana pendirian kita mengenai pulangan kewangan - pemikiran yang keliru tidak memadai. Kita memerlukan fakta sebenar - itulah matlamat kenapa Y Analytics telah diwujudkan untuk menyediakannya."

Dari Bill McGlashan, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi The Rise Fund: "Kita menghadapi beberapa siri cabaran ekonomi dan alam sekitar global yang menggentarkan, dan sebagaimana yang dipaparkan oleh Matlamat Pembangunan Mapan PBB, kita perlu mengaktifkan enjin keusahawanan yang berskala bagi mencapai matlamat tersebut. Untuk melakukan itu, kita perlu membantu orang ramai memahami dengan lebih baik apa yang mewujudkan perubahan sebenar dan memperkasakan mereka untuk mengembangkan penyelesaian yang berjaya. Y Analytics akan membantu memaklumkan modal yang dicari mengenai perubahan, sekali gus memastikan bahawa setiap dolar digunakan secara paling berkesan dan menyediakan satu bahasa umum untuk mencapai kesan positif - merapatkan jurang untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mapan dan memajukan kemajuan ke arah kelestarian dan rangkuman ekonomi." 
 
Dari Sir Ronald Cohen, Pengerusi bagi Kumpulan Pemandu Global untuk Impak Pelaburan: "Pelancaran Y Analytics melambangkan satu lagi langkah di dalam usaha penting untuk menyalurkan peningkatan pelaburan bagi memperbaiki kehidupan dan planet ini. Ia adalah satu mitos bahawa impak tidak dapat diukur dan dibandingkan dengan pasti. Jika impak pelaburan merupakan kapal roket kita kepada peningkatan sosial, pengukuran impak adalah sistem pengemudian kita. Saya tidak sabar-sabar untuk menyokong usaha Y Analytics bagi mempercepatkan impak bagi kemajuan revolusi."

Dari Anders Strömblad, Ketua bagi Pengurusan Luaran, AP2: "Kami menyokong misi Y Analytics dalam mengejar suatu pemahaman yang lebih baik mengenai bagaimana untuk mendorong impak sosial dan alam sekitar yang positif di samping pulangan kadar pasaran. Bagi pelabur, impak tidak boleh sekadar satu istilah kualitatif, ia mestilah bersifat intrinsik kepada dan bersepadu sepenuhnya di dalam model perniagaan seseorang dan boleh diukur. Kerja-kerja Y Analytics untuk lebih memahami dan menilai apa yang mewujudkan impak dan untuk mengesan dan menilainya dari masa ke masa adalah penting; kita semua tahu mengapa kita perlu mempertimbangkan impak sosial dan alam sekitar, tetapi bagaimana kita memikul tanggungjawab bagi matlamat kita adalah pokok kepada isu itu."

Y Analytics adalah satu hasil perkembangan daripada The Rise Fund dan sebahagiannya dimaklumkan oleh pengalaman pelaburan aktif, yang berjumlah hampir $2 bilion merentasi 25 pelaburan dalam pelbagai sektor industri dan merangkumi pasaran di seluruh dunia. Membangunkan di atas usaha The Rise Fund – dengan perkongsian dengan Bridgespan dan KPMG – dan dikendalikan oleh satu kumpulan terdiri daripada ahli-ahli ekonomi dan penyelidik, Y Analytics akan berusaha untuk menterjemahkan penyelidikan untuk membantu pembuat keputusan menilai impak di bahagian depan bagi proses peruntukan modal dan menguruskan impak dengan ketat selepas itu. Ia akan juga bekerjasama dengan organisasi lain yang bekerja secara kreatif di ruang ini dan berkongsi pembelajaran mereka untuk membantu memajukan pengetahuan di dalam bidang itu. Ia akan memberi tumpuan kepada dua aliran utama kerja:
  • Penciptaan, Kemajuan dan Pengawalan bagi Disiplin yang berasaskan Penyelidikan – Membina mekanisme dan metodologi yang merapatkan jurang di antara komuniti penyelidikan, pengagih modal, dan pembuat keputusan utama yang lain. Y Analytics akan secara aktif berkongsi pendekatan dan pembelajaran dengan orang ramai untuk membantu memajukan bidang itu.
  • Penilaian Impak dan Perkhidmatan Analitik – Membantu pelabur membuat keputusan yang lebih berkesan, berasaskan bukti dengan menggunakan satu pendekatan yang ketat yang mengurus dan menterjemahkan penyelidikan untuk memaklumkan anggaran bagi impak bersih dari segi ekonomi yang diwujudkan oleh sebuah pelaburan merentasi beberapa laluan impak.

Y Analytics akan secara aktif melibatkan pemimpin merentasi pelbagai bidang untuk memastikan ia membawa pelbagai perspektif ke dalam usaha mereka. Lembaga Penasihat Editorial mereka termasuk Helene Gayle (Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi The Chicago Community Trust dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif bagi CARE), Lenny Mendonca (Rakan Kanan Emeritus, McKinsey and Company), Judith Rodin (bekas Presiden, Yayasan Rockefeller dan Presiden Emerita, Universiti Pennsylvania), Laura Tyson (Profesor Unggul di Graduate School, Haas School of Business dan Pengerusi, Lembaga Pemegang Amanah, Pusat Blum bagi Membangunkan Ekonomi, Universiti California, Berkeley), dan Robert J. Zimmer (Presiden, Universiti Chicago). Ia sedang membentuk perkongsian dengan institusi penyelidikan terkemuka, seperti Abdul Latif Jameel Poverty Action Lab di MIT, World Resources Institute dan dengan penyelidik terkemuka yang akan berkhidmat sebagai sebuah Majlis Penasihat Penyelidikan. Rakan-rakan ini akan membantu Y Analytics mengembangkan satu pemahaman yang lebih menyeluruh tentang laluan impak yang berpotensi dan secara berterusan memajukan usaha mereka.

Y Analytics akan bekerjasama dengan dan berkhidmat dengan pelbagai organisasi dan industri dari masa ke masa.

Maklumat mengenai Y Analytics: Y Analytics adalah sebuah perbadanan faedah awam baharu yang bebas, di mana penyelidikan dan modal bertumpu untuk kebaikan. Y Analytics merapatkan jurang di antara pembuat keputusan dan komuniti penyelidikan, dengan menggunakan satu pendekatan yang berasaskan penyelidikan untuk membantu agar lebih memahami impak daripada keputusan peruntukan modal. Y Analytics akan membolehkan peningkatan kecekapan dan jangkauan bagi setiap dolar yang dilaburkan dan akhirnya membantu memangkinkan sebuah masa hadapan yang mapan. Organisasi itu, yang termasuk pembentukan sebuah gabungan yang tidak mencari keuntungan beribu pejabat di Washington DC dan diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Maryanne Hancock.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190123005305/en/
 
Hubungi

Frank Thomas
The Rise Fund
Frank.Thomas@therisefund.com
atau
Francesca Gilmore
Freuds
Francesca.gilmore@freuds.com

Sumber : Y Analytics

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

TOSHIBA MEMPERLUASKAN BARISAN IC PERANGKAI ETHERNET UNTUK APLIKASI AUTOMOTIF DAN PERINDUSTRIAN


-- Tiga produk baharu menawarkan protokol antara muka termaju, pemindahan pendaman rendah dan pengoptimuman sistem --

TOKYO, 22 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation ("Toshiba") telah memperluaskan barisan IC perangkai Ethernet automotif mereka dengan “siri TC9562” yang baharu: TC9562AXBG, yang menawarkan lebih banyak antara muka berbanding dengan IC perangkai Toshiba yang sedia ada, siri TC9560; TC9562BXBG yang menyokong Ethernet TSN[1] dan Ethernet AVB[2]; dan TC9562XBG, yang menawarkan konfigurasi IC yang lebih mudah berbanding dengan produk semasa.
Penghantaran sampel akan bermula pada Februari, dan pengeluaran secara besar-besaran akan bermula pada Oktober.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:  https://www.businesswire.com/news/home/20190121005177/en/

Spesifikasi Ethernet AVB itu menawarkan penghantaran data yang boleh dipercayai secara tepat masa dan semakin digunakan di dalam kenderaan. Toshiba pada masa ini menawarkan siri TC9560 bagi penyelesaian Gigabit Ethernet (10/100/1000Mbp) yang mematuhi IEEE 802.1AS[3] dan IEEE 802.1Qav[4].

Semakin banyak kenderaan di jalan raya sekarang mempunyai penyambungan di dalam kenderaan, yang melengkapkan mereka dengan akses internet dan selular, dan membolehkan maklumat untuk dikongsi di antara sistem dan peranti di dalam kenderaan dan dengan sistem dan perkhidmatan luaran. Di samping itu, komunikasi pendaman yang rendah adalah penting untuk sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) dan teknologi pemanduan autonomi. Perkembangan ini kesemuanya memerlukan sistem komunikasi automotif yang lebih kompleks yang disokong oleh standard penghantaran yang boleh dipercayai dengan penghantaran data tepat masa. Standard Ethernet TSN telah dibangunkan dengan jelas untuk memenuhi keperluan ini.

Keluarga produk baharu Toshiba bertindak balas terhadap permintaan pasaran dengan sokongan untuk kedua-dua AVB semasa dan standard rangkaian TSN yang baharu. TC9562XBG menawarkan pelaksanaan lebih mudah berbanding dengan keluarga produk semasa. TC9562AXBG menyokong keupayaan antara muka yang diperluaskan dengan SGMII, ditambah antara muka RGMII, RMII dan MII[5], bagi produk-produk semasa. TC9562BXBG menyokong standard Ethernet TSN IEEE 802.1Qbv, IEEE 802.1Qbu[6] dan IEEE 802.3br[7] sebagai tambahan kepada keupayaan TC9562AXBG.

Toshiba mensasarkan satu mod kuasa rendah untuk siri TC9562 bagi penggunaan kuasa 0.5mW dan masa pemulihan 100ms (tipikal)[8].

IC perangkai yang baharu itu akan mempunyai kelayakan AEC[9]-Q100 gred 3.

Aplikasi

Maklumat hibur di dalam kenderaan, telematik, penguat audio dan peralatan perindustrian
 
Garis kasar bagi Produk Baharu
 
Nombor Bahagian TC9562XBG/TC9562AXBG/TC9562BXBG
CPU teras Arm® Cortex®-M3
Antara muka HOS PCIe I/F: Gen2.0(5GT), Titik akhir, Lorong tunggal
Antara muka Automotif - Ethernet AVB MAC bersepadu
Pilihan Antara muka bagi SGMII/RGMII/RMII/MII
(TC9562AXBG, TC9562BXBG menyokong SGMII )
mematuhi standard IEEE802.1AS, IEEE802.1Qav
- Ethernet AVB/TSN MAC bersepadu (Hanya untuk TC9562BXBG)
mematuhi standard IEEE 802.1Qbv, IEEE 802.1Qbu, IEEE 802.3br
Antara muka Audio Pilihan bagi I2S atau TDM
Antara muka periferal - I2C atau SPI
- Kuad-SPI
- UART 2 saluran
- Port sampukan
- GPIO
Voltan Bekalan Pilihan bagi 1.8V/3.3V (Untuk I/O)
Pilihan bagi 1.8V/2.5V/3.3V (Untuk RGMII/RMII/MII)
1.8V (Untuk SGMII, PCIe)
1.1V (Untuk Teras)
Pakej P-LFBGA 120 bola; 9mm x 9mm, 0.65mm pic
 
 
 
Nota:
[1] Ethernet TSN: IEEE802.1 Rangkaian Sensitif Masa
[2] Ethernet AVB: IEEE802.1 Perangkai Audio/Video
[3] IEEE 802.1AS: Standard untuk penyelarasan masa
[4] IEEE 802.1Qav: Standard untuk pembentukan trafik
[5] SGMII, RGMII, RMII, MII: Antara muka Ethernet. SGMII = Antara muka Persendirian Media Gigabit Bersiri; RGMII = Antara muka Persendirian Media Gigabit Berkurangan; RMII = Antara muka Persendirian Media Berkurangan; MII = Antara muka Persendirian Media
[6] IEEE 802.1Qbv: Standard bagi Penambahan untuk trafik berjadual
[7] IEEE 802.1Qbu/IEEE 802.3br: Standard untuk pemintasan bingkai/Penyebaran Trafik Ekspres
[8] Keputusan lazim pada 20ºC di dalam persekitaran pengukuran Toshiba
[9] AEC: Majlis Elektronik Automotif
 
* Arm dan Cortex adalah tanda perniagaan berdaftar bagi Arm Limited (atau satu daripada anak syarikat mereka) di Amerika Syarikat atau di negara lain.
* PCI Express dan PCIe adalah tanda perniagaan bagi PCI-SIG.
* Semua nama syarikat, nama produk dan nama perkhidmatan yang lain adalah merupakan  tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu, sila layari:
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/automotive/interface-bridge.html

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Pemasaran Sistem LSI III
Tel: +81-44-548-2422
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak menjadi sebuah syarikat persendirian pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti am yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.

Seramai 22,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan untuk menggalakkan penciptaan bersama bagi nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 800 bilion yen (AS$7 bilion) dan untuk menyumbang kepada sebuah masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua. Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/company.html
 

Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190121005177/en/


Hubungi

Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Jabatan Pemasaran Digital
Chiaki Nagasawa
Tel: +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA
 

Wednesday, January 23, 2019

HAIWAN TACONIC BIOSCIENCES MELENGKAPKAN MISI TERBARU KE STESEN ANGKASA ANTARABANGSA

RENSSELAER, N.Y., 22 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Taconic Biosciences, peneraju global dalam membekalkan penyelesaian model roden kejuruteraan genetik, mengumumkan pelengkapan misi terbaru ke Stesen Angkasa Antarabangsa.

Projek ini merupakan kerjasama antara Makmal Kebangsaan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Negara (NASA), Bioserve Space Technologies dengan sokongan daripada Leidos Corporation dan Taconic.  Taconic telah menyertai beberapa misi penerbangan angkasa dengan NASA sejak tahun 1985.  Terkini, sebagai sebahagian daripada muatan penyiasatan sains dan kajian yang disokong oleh misi Perkhidmatan Pembekalan Komersial SpaceX, Taconic menyediakan mencit untuk tinggal di Stesen Angkasa Antarabangsa untuk tempoh masa yang lama.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11817

MPP GLOBAL MENGHUBUNGKAN JURANG INOVASI DENGAN MEMUSATKAN PENGURUSAN PELANGGAN FIZIKAL DAN DIGITAL DAN PENGEBILAN DALAM SATU PLATFORM AWAN

WARRINGTON, UK, 18 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- MPP Global, syarikat teknologi yang menyediakan eSuite, platform pengurusan pelanggan & pengebilan paling pintar di dunia, mengumumkan pelancaran kefungsian penting baharu yang membolehkan organisasi media mencipta dan menguruskan jualan langganan fizikal dengan lancar. Hal ini menjadikan eSuite penyelesaian pengurusan langganan fizikal dan digital yang lengkap.

Pembangunan kefungsian pertama dalam industri ini didorong oleh cabaran yang biasa dihadapi oleh penerbit apabila menguruskan berbilang sistem untuk mengerahkan langganan cetakan dan digital terberkas. Ini tidak fleksibel untuk penerbit dan mengurangkan pilihan untuk pelanggan mereka, yang mengehadkan keupayaan untuk mencipta dan menawarkan berkas langganan digital dan cetakan dengan lancar.

Walaupun langganan digital dalam kalangan pelanggan meningkat, cetakan masih merupakan hampir 90% daripada hasil edaran secara global. Untuk mendorong hasil pembaca dengan berjaya, penerbit memerlukan kefungsian untuk melaksanakan strategi langganan cetakan dan digital yang saling melengkapi. Ini juga memastikan penerbit berada di kedudukan yang baik untuk sebarang perubahan terhadap penerimaan yang lebih banyak untuk langganan digital-sahaja, model perniagaan berdasarkan artikel dan masa, pada masa hadapan.

Sistem pengurusan langganan digital-sahaja yang digunakan oleh kebanyakan penerbit tidak mampu untuk memenuhi keperluan langganan cetakan dengan jayanya, dan begitu juga sebaliknya. Memenuhi kehendak langganan digital dan fizikal menyebabkan ramai penerbit mengguna pakai platform berbeza, yang memerlukan sumber operasi tambahan dan menyebabkan penambahan kos.

Infrastruktur legasi yang tidak fleksibel, ditambah dengan penamatan sokongan daripada vendor utama untuk langganan fizikal dan cetakan juga telah menjadikannya bertambah sukar bagi organisasi media untuk melancarkan langganan berkas, dan mengerahkan atau mengubah pakej produk pada masa nyata.

Sebagai tindak balas terhadap isu ini, MPP Global telah berusaha dengan para pelanggan medianya yang ramai untuk membangunkan set ciri yang kaya untuk eSuite, yang mendayakan pelancaran pakej cetakan, digital dan berkas yang berjaya dalam masa beberapa minit, menggunakan platform awan tunggal.

eSuite kini menawarkan pengurusan langganan lengkap untuk berkas, yang termasuk gabungan produk digital, cetakan dan fizikal. Ini melenyapkan keperluan untuk penyepaduan kompleks antara sistem luaran yang berbeza dan menghasilkan keberkesanan operasi yang dipertingkatkan, masa ke pasaran yang lebih cepat dan kos pemilikan yang berkurangan.

Organisasi media boleh mengerahkan produk dan perkhidmatan baharu dengan cepat dan mudah, mengakses sistem pusat tunggal untuk pelanggan, pengurusan dan pelaporan pemenuhan dan kelayakan.

Paul Johnson, CEO & Pengasas Bersama MPP Global berkata: “Kami sangat teruja untuk mengumumkan pelancaran Langganan Fizikal, iaitu keluaran terbesar tunggal untuk ciri baharu setakat ini bagi platform eSuite. Kemas kini ini direka daripada pengalaman kami yang meluas dalam industri media, terutamanya dalam sektor Penerbitan, OTT dan Sukan yang memberikan pasukan produk kami maklumat yang diperlukan untuk membangunkan kefungsian yang menyokong keseluruhan kitaran hayat pelanggan digital dan fizikal.

“Dengan kemas kini ciri Langganan Fizikal, pelanggan kami boleh mencipta berkas produk digital dan fizikal dipratentukan atau mendayakan pelanggan untuk mencipta berkas mereka sendiri menggunakan kefungsian kart yang diperkemas. Untuk sektor Penerbitan, kami menggabungkan jadual penerbitan bagi menyediakan keupayaan untuk mengurus tarikh penerbitan unik secara fleksibel untuk pelanggan kami. Jadual penghantaran yang fleksibel juga boleh disediakan, supaya pelanggan boleh memilih untuk membuat penghantaran pada sebarang hari dan kekerapan; contohnya pada hujung minggu atau pada hari minggu sahaja. Ciri lain termasuklah cuti umum langganan, penghalaan penghantaran sementara dan berbilang alamat.

“Dengan penambahan kefungsian ini ke dalam enam modul komprehensif eSuite, Langganan Fizikal benar-benar menggabungkan pengurusan lengkap kedua-dua pelanggan fizikal dan digital dalam satu platform berpusat.”
 

Ketahui lebih lanjut: http://www.mppglobal.com/introducing-esuite-for-physical-and-digital-demo


Nota untuk Editor

Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://www.mppglobal.com atau hubungi:
Paul Rose, Naib Presiden, Pemasaran di MPP Global
+44 (0) 844 873 1418 atau paul.rose@mppglobal.com

SUMBER: MPP Global

--BERNAMA

Tuesday, January 22, 2019

PEJABAT NESTLÉ SKIN HEALTH DIBUKA DI MALAYSIA

Pasaran Asia Pasifik membuka syarikat sekutu baharu di Kuala Lumpur

 
KUALA LUMPUR, Malaysia, 22 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Nestlé Skin Health, peneraju global yang memberikan tumpuan dalam mempertingkatkan kualiti hidup dengan menyediakan penyelesaian berasaskan sains untuk kesihatan kulit, hari ini mengumumkan pembukaan pejabat baharu di Malaysia yang akan dapat membantu syarikat untuk berkembang maju di rantau ini.
 
Pembukaan cawangan di Malaysia membuktikan komitmen syarikat untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan dan penggunanya di samping memperluaskan potensi pasaran yang kian meningkat.
 
Bercakap tentang pembukaan pejabat di Kuala Lumpur; Can Ongen, Timbalan Presiden dan Ketua Pasaran Antarabangsa, Nestlé Skin Health S.A, berkata; “Visi kami adalah untuk mengubah cara masyarakat sedunia berfikir tentang kesihatan kulit. Dengan wujudnya syarikat di Kuala Lumpur, para pengguna dan pakar penjagaan kesihatan di negara ini dapat menjangkakan rangkaian penyelesaian kesihatan kulit yang inovatif dan meluas dibangunkan untuk melindungi, memanfaatkan dan mempertingkatkan kesihatan kulit.”
 
Fraser Halscheid, Ketua Asiana & Pengurus Besar Singapura, Nestlé Skin Health, berkata: “Keputusan untuk mengembangkan lagi syarikat di Asia Tenggara dan membuka syarikat sekutu merupakan langkah yang bijak dalam strategi perkembangan perniagaan kami. Kami percaya betapa pentingnya menubuhkan cawangan baharu dalam pasaran. Kakitangan setempat kami akan berjaya merapatkan hubungan dengan pelanggan kami di sini dan memahami sebaiknya ciri dan keperluan pengguna kesihatan kulit di negara ini.”
 
Potensi pasaran yang kukuh

Dengan populasi melebihi 30 juta penduduk, ekonomi Malaysia kian dinamik dan pelbagai serta semakin meningkat dalam perbelanjaan pengguna. Dalam bidang penjagaan kulit dan penjagaan kesihatan diri, produk penjagaan kulit sensitif mempamerkan pertumbuhan yang memberangsangkan1 maka membuktikan potensi pasaran yang kukuh untuk Nestlé Skin Health.
 
Untuk membuktikan populariti rangkaian penjagaan kulit pengguna di Malaysia, Cetaphil, baru-baru ini telah dianugerahkan sebagai ‘Jenama Paling Digemari Pengguna’ oleh Watson, sebuah syarikat peruncit rangkaian penjagaan kesihatan dan kecantikan terbesar di Asia. Begitu juga pada 2018, syarikat peruncit rangkaian produk penjagaan diri terkemuka, Guardian, telah menganugerahkan Cetaphil Baby dengan  ‘Jenama Pilihan Pengguna Tahunan’ dalam kategori penjagaan kulit bayi.
 
Nael Itani, Pengurus Besar Indonesia dan Pasaran Eksport Asia Tenggara akan membimbing syarikat sekutu ini di bawah kepimpinan Ketua Hub Asia Tenggara, Fraser Halscheid. Pejabat di Kuala Lumpur akan dikendalikan oleh kakitangan setempat, diterajui oleh Pengarah Komersil Cindy Tiu, dengan sokongan rakan sekerja dari Nestlé Skin Health di rantau ini. Pasukan ini amat teruja kerana diberi peluang untuk membangunkan perniagaan dalam pasaran yang pantas berkembang ini.
 
Maklumat tentang Nestlé Skin Health
 
Misi Nestlé Skin Health ialah untuk mempertingkatkan kualiti hidup dengan menyediakan penyelesaian berasaskan sains untuk kesihatan kulit, rambut dan kuku. Sebagai salah sebuah syarikat peneraju bidang ini, Nestlé Skin Health menjalankan penyelidikan produk yang merintis penemuan baharu untuk memberikan teknologi dan produk yang inovatif dalam melindungi, memanfaatkan dan mempertingkatkan kesihatan kulit kepada komuniti penjagaan kesihatan serta pengguna.
 
Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.nestleskinhealth.com
 
1 Sumber: Nielsen YTD Nov 2018 (Value)
 
Maklumat Hubungan Media
Sébastien Cros, Ketua Komunikasi Korporat, info@nestleskinhealth.com

Sumber:  Nestlé Skin Health

--BERNAMA

Friday, January 18, 2019

TERNS PHARMACEUTICALS MENGUMUMKAN PELANTIKAN ERIN QUIRK, M.D., SEBAGAI KETUA PEGAWAI PERUBATAN

SAN MATEO, Calif. & SHANGHAI, 18 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Terns Pharmaceuticals Inc., sebuah syarikat biofarmaseutikal bertaraf global yang memberi perhatian kepada menemui dan membangunkan ubat-ubatan sasaran molekul, melalui mulut, molekul kecil bagi merawat NASH dan kanser, hari ini mengumumkan pelantikan Erin Quirk, M.D. sebagai Ketua Pegawai Perubatan (CMO). Dr. Quirk membawa bersama lebih dua dekad pengalaman bagi perubatan klinikal dan pembangunan ubat, yang terbaharu berkhidmat sebagai Naib Presiden bagi Penyelidikan Klinikal di Gilead Sciences.
 
“Erin adalah seorang doktor yang sangat berpengalaman dengan mempunyai rekod pencapaian yang luas dalam membangun dan mendaftarkan rawatan baharu bagi penyakit berjangkit dan penyakit hati. Kepakaran beliau sangat berharga ketika kami memajukan portfolio ubat NASH kami, termasuk TERN-101, TERN-201, dan calon-calon saluran masa depan, melalui klinik itu,” kata Weidong Zhong, Ph.D., Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Terns. “Kami sangat gembira kerana Erin menyertai kami pada masa kritikal ini dalam pertumbuhan syarikat kami, kerana kepimpinan dan latar belakang beliau yang terbukti di dalam pembangunan ubat di peringkat awal dan tahap lewat membuat beliau sesuai untuk memimpin pasukan pembangunan klinikal Terns yang sedang berkembang ini.”
 
Dr. Quirk berkata, “Saya sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada pasukan yang berdedikasi ini yang memberi tumpuan kepada membangunkan rawatan bagi NASH, yang pada masa ini tidak mempunyai rawatan yang diluluskan. Saya tidak sabar-sabar untuk memanfaatkan latar belakang pembangunan klinikal saya untuk memajukan calon-calon ubat yang penting ini.”
 
Sebelum ini Dr. Quirk adalah merupakan Naib Presiden, Penyelidikan Klinikal di Gilead Sciences di mana beliau mengawasi semua peringkat perkembangan klinikal untuk francais rawatan, pencegahan dan penyembuhan HIV Gilead dan bertanggungjawab bagi strategi dan penyelenggaraan kitaran hayat untuk portfolio HIV syarikat, memajukan pelbagai produk kompaun dan gabungan ke dalam pembangunan klinikal dan melalui proses kelulusan. Beliau juga mengetuai pembangunan klinikal bagi molekul kecil di dalam portfolio penyakit viral yang baru muncul dan diabaikan di Gilead, termasuk antiviral untuk penyakit virus Ebola. Sebelum menyertai Gilead, Dr. Quirk adalah Pengarah bagi Penyelidikan Klinikal di Merck di mana beliau memajukan ujian klinikal untuk produk-produk vaksin percubaan HIV di Merck dan menyelia perkembangan klinikal bagi molekul kecil untuk jangkitan virus hepatitis C. Dr. Quirk memiliki MD dari University of Colorado dan menamatkan latihan dalam ubat-ubatan dalaman dan penyakit berjangkit di Washington University di St. Louis di mana beliau adalah seorang ahli fakulti sebelum menyertai industri farmaseutikal.
 
Maklumat mengenai Terns Pharmaceuticals

Berpangkalan di San Mateo, CA., dan Shanghai, China, Terns Pharmaceuticals adalah sebuah syarikat biofarmaseutikal bertaraf dunia yang komited kepada menemui dan membangunkan ubat-ubatan sasaran molekul, melalui mulut, molekul kecil bagi merawat penyakit hati dan kanser. Syarikat itu menggabungkan kepakaran di dalam biologi penyakit, kimia perubatan dan keupayaan pembangunan klinikal secara meluas di China untuk memajukan saluran ubat mereka yang semakin berkembang yang dioptimumkan berbanding sasaran yang disahkan secara klinikal atau sasaran yang mempunyai pengesahan praklinik yang signifikan. Dengan menggunakan sebuah model penemuan ubat yang cekap modal, misi syarikat itu adalah untuk membawa terapi baharu yang berpotensi kepada pesakit di pasaran yang kurang mendapat perkhidmatan melalui program pembangunan khusus global dan rantau. Terns merancang untuk menumpukan aktiviti pembangunan awal mengenai kelulusan kawal selia di China dan menerokai pembangunan klinikal di pasaran global tambahan. Untuk maklumat lanjut, sila layari  www.TernsPharma.com.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190117005018/en/
 
Hubungi
 
Hubungan Media Amerika Syarikat:
Margaret Robinson
+(415)-690-0084
 
Hubungan Media China:
Eddy Wu
+ 86 180 1631 1449
 
Sumber : Terns Pharmaceuticals Inc.
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

Criteo Memperluas Jangkauan Serantau Melalui Kerjasama Penjual Semula Baharu dengan Tyroo

  Sukesh Singh – Pengarah Urusan, Asia Tenggara, Criteo Perjanjian penjual semula strategik memperkukuh kehadiran Criteo dan sokongan kepada...