Thursday, December 2, 2021

SATU PELUANG UNTUK MENGGUNAKAN PELBAGAI API KOREA, APPETIZER HACKATHON AKAN DIADAKAN UNTUK RANTAU ASIA TENGGARA




- Diadakan buat pertama kali tahun ini di bawah tema ‘Norma Baharu dalam Pasca COVID-19 - Permulaan bagi Inovasi dengan menggunakan Awan’


- Pasukan tempat pertama akan menerima sejumlah USD 5,000 dalam bentuk hadiah wang dan kira-kira USD 17,000 dalam bentuk kredit daripada Naver Cloud

SEOUL, Korea Selatan, 2 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dihoskan oleh Naver Cloud dan dianjurkan oleh Persatuan Industri Perisian Korea, APPETIZER HACKATHON akan menerima permohonan untuk penyertaan dari 6 Disember (Isnin) 9 pagi sehingga 23 Disember (Khamis) 3 petang (Waktu Standard Korea).

Diadakan buat pertama kali tahun ini, APPETIZER HACKATHON memilih tema ‘Norma Baharu dalam Era Pasca COVID-19, Permulaan bagi Inovasi dengan menggunakan Awan’, untuk mewujudkan sebuah dunia yang lebih baik dengan menambahkan idea-idea kreatif kepada aliran perniagaan yang berubah dengan pantas disebabkan oleh COVID-19.

Penyaringan dokumen akan dijalankan selama dua hari dari 28 hingga 29 Disember untuk memilih 30 peserta akhir bagi menyertai APPETIZER HACKATHON, dan 30 pasukan bagi pemohon yang berjaya akan diumumkan pada 30 Disember.

Orientasi dan seminar dalam talian untuk mengumumkan permulaan bagi APPETIZER HACKATHON bagi 30 peserta akhir akan diadakan pada 5 Januari (Rabu) tahun depan. Selain itu, 10 syarikat API yang mengambil bahagian akan secara langsung memberikan bimbingan dalam talian kepada finalis yang ingin menerima bimbingan dari 10 Januari hingga 14 Januari.

30 peserta akhir itu mesti menyerahkan satu pembentangan rakaman video mengenai idea mereka selewat-lewatnya pada 18 Januari (Selasa) yang akan dinilai untuk penyaringan akhir selama dua hari dari 20 Januari hingga 21 Januari. Video itu akan dinilai berdasarkan kepada pembezaan, keaslian, kesesuaian tema, kebolehlaksanaan dan keberkesanan. Melalui saringan akhir ini, 8 pasukan akan dipilih ke pusingan akhir pada 24 Januari (Isnin). Pengumuman final dalam talian dan majlis anugerah untuk menandakan kemuncak hackathon itu akan diadakan pada 27 Januari (Khamis).

Jumlah hadiah wang bagi APPETIZER HACKATHON ini adalah kira-kira USD 27,000. Pasukan tempat pertama pada hackathon itu akan menerima sejumlah USD 5,000 dalam bentuk wang tunai, dua pasukan tempat kedua akan menerima USD 3,000 setiap satu, dan lima pasukan tempat ketiga akan menerima USD 1,000 setiap satu. Semua pasukan yang mengambil bahagian dalam jadual program hackathon itu sehingga tamat akan diberikan hadiah wang tunai sebanyak USD 500 walaupun mereka tidak berjaya ke pusingan akhir.

Selain hadiah wang, terdapat manfaat praktikal yang lain dari APPETIZER HACKATHON ini. Sebanyak 30 pasukan yang mengambil bahagian yang lulus penyaringan dokumen itu akan diberikan kredit bernilai kira-kira USD 2,500 yang boleh digunakan dalam Naver Cloud. Tambahan pula, pasukan tempat pertama pada hackathon itu akan diberikan ganjaran kredit bernilai kira-kira USD 17,000 untuk digunakan selama satu tahun di Naver Cloud.

Acara penyertaan awal akan diadakan selama 5 hari dari tarikh mula pendaftaran pada 6 hingga 10 Disember, dan 15 pasukan yang melengkapkan hackathon itu akan diberikan pelbagai hadiah seperti Apple iPad generasi ke-9.

Akhir sekali, hanya peserta yang menetap di negara-negara Asia Tenggara boleh memohon untuk hackathon ini. Pasukan yang mengambil bahagian boleh menggunakan 10 API yang berbeza dalam hackathon itu . Maklumat terperinci mengenai APPETIZER HACKATHON ini dan pendaftaran dalam talian boleh didapati di laman web (www.api-appetizer.com). Maklumat terperinci tentang syarikat-syarikat API yang menghadiri hackathon itu boleh didapati di www.appetizer.kr. Maklumat lanjut juga boleh didapati di halaman Facebook atau halaman LinkedIn. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15321

BITMEX MEMPERKENALKAN PRODUK KRIPTO 'EARN' PALING BERBALOI SETAKAT INI





BitMEX EARN menawarkan sehingga 100% APR pada Tether bagi pengguna awal

MAHE, Seychelles, 1 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Platform perdagangan mata wang kripto global BitMEX telah mengumumkan pelancaran BitMEX EARN. Produk ini yang memberi ganjaran faedah menawarkan kadar peratusan tahunan (APR) paling tinggi bagi semua produk Earn awam.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20211130005722/en/

Produk itu memberi ganjaran kepada pengguna yang melanggan dana mereka untuk satu tempoh yang ditetapkan dengan satu pembayaran faedah, di antara 14 - 100% APR. Tambahan pula, BitMEX EARN adalah satu-satunya produk jenis itu di dalam pasaran yang disokong 100% oleh dana insurans. Semua pembayaran adalah dijamin oleh dana insurans BitMEX - satu daripada dana terbesar di dalam industri itu.

Mata wang kripto pertama yang tersedia di BitMEX EARN ialah Tether (USDT ERC-20). Pelanggan BitMEX yang melanggan kepada produk itu sebelum 7 Disember 2021 boleh melanggan kepada satu tawaran awal untuk memperoleh sehingga 100% APR pada Tether bagi deposit sehingga USDT 1,000 untuk setiap pengguna dan sehingga 14% APR untuk deposit sehingga USDT 100,000 bagi setiap pengguna. Butiran lanjut tentang BitMEX EARN boleh diperolehi di sini.

Alexander Höptner, Ketua Pegawai Eksekutif di BitMEX, berkata: “BitMEX EARN membolehkan sesiapa sahaja untuk menjana pulangan dua digit dengan mudah - jauh lebih tinggi daripada kadar yang anda akan dapat dengan produk TradFi. APR produk EARN kami jauh melebihi apa yang ditawarkan pada platform kripto yang lain, di mana kadar tajuknya pada produk serupa biasanya terikat dengan keperluan pertaruhan yang tidak dapat dicapai. Kami juga telah memperkemas proses langganan kami, menjadikan ini satu produk yang menarik kepada semua jenis peniaga - bukan hanya kepada golongan profesional.”

BitMEX EARN adalah sebahagian daripada transformasi perniagaan mereka yang bercita-cita tinggi, yang dikenali sebagai strategi ’Melangkaui Derivatif’. BitMEX menambah lima segmen perniagaan global baharu (Spot, Pembrokeran, Penjagaan, Produk Maklumat dan Akademi) selepas melancarkan sebuah program pengesahan dan pematuhan pengguna yang ketat pada 2020. Pada Januari 2021, BitMEX mengumumkan penyiapan bagi program pengesahan pengguna mereka, yang membuat BitMEX sebagai satu daripada bursa derivatif kripto terbesar yang mempunyai pangkalan pengguna aktif yang disahkan sepenuhnya. BitMEX EARN mengikuti pengenalan syarikat itu bagi USDT untuk margin dan penyelesaian pada pertukaran berterusan pada November 2021.

BitMEX EARN dilancarkan pada 1 Disember 2021, dengan langganan dibuka untuk dua produk pertama sehingga 7 Disember 2021 (atau sehingga dilanggan sepenuhnya). Untuk melanggan atau mengetahui lebih lanjut, sila layari laman web BitMEX EARN.

Maklumat mengenai BitMEX

BitMEX adalah sebuah platform perdagangan yang menawarkan pelabur dengan akses kepada pasaran kewangan mata wang digital global. BitMEX dimiliki oleh HDR Global Trading Limited. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang BitMEX, visi kami, pasukan yang semakin berkembang dan jalan ke hadapan, sila ikuti kami di Twitter, Telegram, dan di Blog BitMEX. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi press@bitmex.com. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15314

VIETNAM AIRLINES MEMULAKAN PENERBANGAN KOMERSIAL TANPA HENTI SECARA TETAP KE AMERIKA SYARIKAT

BANDAR HO CHI MINH, Vietnam, 1 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Vietnam Airlines, syarikat penerbangan paling pesat berkembang di Asia Tenggara, hari ini mengumumkan kejayaan penerbangan tanpa henti yang pertama ke Amerika Syarikat, menandakan titik kejayaan perkembangan yang penting untuk pembawa bendera Vietnam ini.

Penerbangan sulung, No.VN98, dari Bandar Ho Chi Minh ke San Francisco, membawa penumpang menggunakan Boeing 787-9 Dreamliner, salah satu pesawat yang berteknologi paling canggih dalam barisan pesawat Vietnam Airlines.

Penerbangan bersejarah ini menandakan perkembangan penting penerbangan Vietnam dan Vietnam Airlines sebagai pesawat pertama negara yang melakukan penerbangan komersial tanpa henti secara tetap ke A.S.

Perkara ini mengiktiraf usaha 20 tahun Vietnam Airlines, sejak penubuhan pejabat perhubungan di San Francisco yang menjadi asas kepada laluan terus antara dua negara ini.

“Vietnam Airlines sangat berbangga kerana menjadi syarikat penerbangan pertama negara yang menjalankan penerbangan carter ke A.S. pada lebih daripada setahun yang lalu untuk mengalu-alukan rakan senegara kembali ke tanah air. Hari ini, kami berbesar hati untuk mengumumkan kejayaan penerbangan komersial tanpa henti sulung ke A.S., menandakan titik penting baharu untuk Vietnam Airlines dan syarikat penerbangan Vietnam,” ujar Le Hong Ha, Presiden & CEO Vietnam Airlines.

“Kami berbesar hati untuk menjadi lapangan terbang pertama di A.S. yang menawarkan penerbangan tanpa henti secara tetap ke Vietnam. Kami berbangga untuk menawarkan pengalaman berkelas dunia dengan akses lancar ke seluruh Kawasan Teluk San Francisco dan berterima kasih kepada Vietnam Airlines kerana menjadikan San Francisco sebagai destinasi A.S. pertama,” kata Ivar C. Satero, Pengarah Lapangan Terbang San Francisco.

Sebagai permulaan, Vietnam Airlines akan melakukan 2 penerbangan setiap minggu dari Bandar Ho Chi Minh ke San Francisco menggunakan Boeing 787 dan Airbus A350, dua pesawat berbadan lebar yang paling moden.

Syarikat penerbangan ini bermatlamat untuk menambahkan kepada 7 penerbangan setiap minggu selepas pandemik Covid-19 berjaya dikawal dan merancang untuk membuka laluan baharu untuk menghubungkan Los Angeles ke Hanoi dan Bandar Ho Chi Minh.

Perihal Vietnam Airlines:

Vietnam Airlines - ahli Perikatan SkyTeam - ialah syarikat penerbangan terkemuka Vietnam dan syarikat penerbangan utama di Asia Tenggara, mengendalikan 95 laluan ke 22 destinasi domestik dan 29 destinasi antarabangsa dengan purata 400 penerbangan setiap hari. Skytrax - organisasi penilaian syarikat penerbangan dan lapangan terbang terkemuka dunia - telah memberikan taraf Syarikat Penerbangan 4-Bintang kepada Vietnam Airlines selama empat tahun berturut-turut.  

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15309 

INTERACTIVE BROKERS MENGEMBANGKAN PERANTI UNTUK PELABUR GLOBAL

GlobalAnalyst membantu pelabur mencari peluang baharu dan mempelbagaikan portfolio mereka

GREENWICH, Conn., 1 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Interactive Brokers Group (Nasdaq: IBKR), sebuah firma pembrokeran global, hari ini memperkenalkan GlobalAnalyst, sebuah peranti baharu yang membolehkan pelabur untuk membandingkan penilaian relatif dan metrik kewangan bagi saham di seluruh dunia.

GlobalAnalyst direka bagi pelabur yang berminat di dalam kepelbagaian portfolio antarabangsa untuk menemui syarikat-syarikat yang kurang nilai yang mungkin mempunyai potensi pertumbuhan yang lebih besar. Menyedari bahawa ia boleh menjadi mencabar bagi pelabur untuk menilai merit relatif bagi saham-saham yang didagangkan dalam mata wang yang berbeza, Interactive Brokers mencipta sebuah peranti yang mudah namun berkuasa untuk membandingkan sebarang jumlah saham mengikut pelbagai metrik dalam satu daripada 27 mata wang pilihan pengguna. Begitu juga, pengguna boleh membeli dan menjual serta mengikuti saham-saham ini dalam mata wang pilihan mereka, kesemuanya dalam sebuah akaun pada satu skrin.

INTERACTIVE BROKERS MENGEMBANGKAN PERANTI UNTUK PELABUR GLOBAL

Wednesday, December 1, 2021

INVERIS TRAINING SOLUTIONS MEMPERKENALKAN SRCE™ - SATU SISTEM LATIHAN REALITI DIPERKUATKAN, REVOLUSIONER

SUWANEE, Ga., 30 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- InVeris Training Solutions, penyedia terkemuka bagi sistem latihan realistik bersepadu dan senjata maya untuk tentera, agensi penguatkuasa undang-undang dan lapang sasar komersial, hari ini memperkenalkan SRCE™ (Lihat, Berlatih, Pengalaman Kolektif atau “Source”), sebuah simulator latihan baharu senjata yang tidak terikat, berasaskan realiti diperkukuhkan. InVeris Training Solutions menyediakan teknologi realiti diperkukuhkan yang paling termaju yang tersedia di dalam sebuah simulator latihan ketenteraan dan penguatkuasa undang-undang, satu pencapaian yang sebelum ini dianggap masih jauh untuk dilaksanakan oleh kebanyakan pihak di dalam industri itu.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20211129005628/en/

“Realiti yang diperkukuhkan menyampaikan yang terbaik bagi dunia maya dan dunia nyata dalam satu cara yang seakan hidup, lancar, boleh disesuaikan dan menjimatkan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif InVeris Al Weggeman. “Kemudahan latihan fizikal boleh diimbas dan diperkuatkan untuk menjadi tempat latihan menembak segera dengan menyepadukan kandungan di luar dalam hanya beberapa minit. Lebih penting lagi, kami boleh membanding dan mengukur prestasi individu dan pasukan dengan pengesanan lokasi masa nyata yang berketepatan tinggi bagi setiap peserta, senjata dan juga peluru.”

Latihan kritikal yang menggunakan kekerasan kini boleh berlaku pada titik keperluan atau di mana sahaja di dunia. Teknologi imersif yang lengkap yang tidak pernah dialami sebelum ini menyampaikan satu cara untuk melihat, berlatih dan secara kolektif mengalami teknik, taktik dan prosedur dengan lokasi masa nyata, pergerakan, orientasi dan penderiaan biometrik untuk latihan dan operasi. Teknologi pengimbasan proprietari SRCE membolehkan seorang pengajar untuk merakamkan ruang yang dimaksudkan untuk digunakan sebagai tempat latihan menembak dengan menggunakan sebuah tablet atau peranti lain dengan kamera beresolusi tinggi. Pasukan musuh, suspek, umpan, tebusan dan pihak lain kesemuanya dihantar secara digital, menghapuskan keperluan untuk pemain memainkan peranan sebagai lawan. Keupayaan SRCE untuk mewujudkan sebuah tempat latihan menembak maya membolehkan kepada penembak aktif dan latihan misi. Teknologi yang boleh dipakai dan tidak terikat, termasuk sebuah paparan AR yang dipasang di kepala, menyediakan keasyikan realistik tanpa menjejaskan kebebasan pergerakan dan serasi sepenuhnya dengan senjata simulasi BlueFire® InVeris yang sangat tepat.

Kajian semula selepas tindakan interaktif (AAR) yang tiada tandingan mengumpul data prestasi untuk analisis statistik bagi parameter yang belum pernah tersedia sebelum ini, termasuk arah muncung, pelepasan senjata, pusingan yang terlepas, pengesanan mata dan penempatan kepala. Sensor badan memantau kadar denyutan jantung, pernafasan, pandangan dan tanda biologi lain pelatih dalam masa nyata. Pelatih juga boleh melalui sesi sebelumnya, melihat setiap elemen dimainkan semula di sekeliling mereka sebagai satu visualisasi untuk menyemak semula prestasi operasi. AAR yang sangat mendalam ini mewujudkan peluang optimum untuk pengajar bagi meningkatkan kesetiaan dan pengekalan latihan.

Untuk maklumat lanjut mengenai SRCE, sila layari https://www.inveristraining.com/srce.

Maklumat mengenai InVeris Training Solutions

InVeris Training Solutions menyediakan penyelesaian latihan termaju untuk tentera, agensi penguatkuasa undang-undang dan pemilik lapang sasar komersial di seluruh dunia. Dengan syarikat legasi mereka, FATS® dan Caswell, InVeris Training Solutions telah menempatkan lebih 15,500 lapang sasar realistik dan 7,500 sistem maya di seluruh dunia sepanjang sejarah mereka selama 95 tahun. Syarikat itu beribu pejabat di Suwanee, Georgia dan bekerjasama dengan pelanggan di Amerika Syarikat dan di seluruh dunia dari kemudahan di lima benua. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15305

NIKKISO CRYOGENIC INDUSTRIES DILANTIK RAKAN NIAGA SAH PASARAN ALAT GANTI BAGI TATSUNO DI AMERIKA UTARA

TEMECULA, California, 26 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Nikkiso Clean Energy & Industrial Gases Group (“Nikkiso”) mengumumkan Memorandum Persefahaman (MOU) yang akan dimeterai dengan Tatsuno North America, Inc. ("Tatsuno") untuk memulakan kerjasama sebagai Rakan Niaga Sah Pasaran Alat Ganti bagi Pam Hidrogen syarikat itu di Amerika Utara untuk menubuhkan sebuah rangka kerja untuk kerjasama itu.

Di bawah terma perjanjian persefahaman itu, Nikkiso akan menyediakan alat ganti, penyelenggaraan dan perkhidmatan pembaikan untuk Pam Hidrogen Tatsuno daripada rangkaian kemudahan Nikkiso di Amerika Utara yang berdekatan dengan stesen-stesen pengisian hidrogen untuk pengguna akhir. Selain itu, Nikkiso akan memasang dan menyerahkan pam baharu, termasuk perbekalan kejuruteraan dan sokongan prapasang untuk sistem pengurusan pengecasan dan armada Tatsuno.

Pam hidrogen merupakan pasaran baharu dan sedang membangun yang merupakan komponen penting dalam penyelesaian stesen pengisian bahan api Hidrogen. Pam ini menyediakan bahan bakar yang selamat dan cepat diisi bagi kenderaan berat dan ringan berkapasiti 350 barg dan 700 barg.

"Kerjasama yang baru terjalin dengan Nikkiso Cryogenic Industries dan Tatsuno memperkukuh kewujudan kami dalam industri Hidrogen dan membolehkan kami memberikan perkhidmatan yang lebih baik di pasaran Amerika Utara," menurut Teru Murakami, Pengurus Besar Cryogenic Business Department, Nikkiso Co., Ltd. "Kami bersedia untuk memberikan layanan dan sokongan bermutu tinggi kepada pelanggan Tatsuno."

Nikkiso Cryogenic Industries telah dipilih bagi kerjasama jangka panjang yang baharu ini disebabkan oleh hubungan dan pengalamannya dalam industri hidrogen. Ia juga mempunyai keupayaan untuk menyediakan perkhidmatan yang diperluas termasuk penyelesaian sistem pengisian bahan bakar Hidrogen yang lengkap. Kerjasama ini juga akan menyediakan peluang pekerjaan baharu bagi ekonomi kemudahan perkhidmatan tempatan. 

ADAGIO THERAPEUTICS MELAPORKAN BAHAWA TIADA MUTASI WUJUD DALAM VARIAN SARS-COV-2, OMICRON, DIKAITKAN DENGAN PELEPASAN DARIPADA PENEUTRALAN IN VITRO ADG20

Kajian in vitro tambahan untuk menentukan aktiviti peneutralan ADG20 terhadap Omicron sedang berjalan

Penyerahan ADG20 EUA telah dirancang untuk pencegahan dan rawatan COVID-19 pada pertengahan tahun 2022

Pembinaan inventori diteruskan dengan jangkaan EUA pada separuh kedua tahun 2022, dengan 4 juta dos yang tersedia untuk pengedaran sepanjang dua tahun seterusnya

WALTHAM, Mass., 1 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Adagio Therapeutics, Inc., (Nasdaq: ADGI) sebuah syarikat biofarmaseutikal peringkat klinikal tertumpu pada penemuan, pembangunan dan pengkomersialan penyelesaian berasaskan antibodi untuk penyakit berjangkit yang berkemungkinan pandemik, hari ini memberikan maklumat berkaitan dengan kemungkinan petunjuk antibodi SARS-CoV-2, ADG20, untuk menangani varian Omicron SARS-CoV-2 dan varian membimbangkan lain yang diketahui. ADG20 ialah calon produk antibodi monoklonal percubaan (mAb) yang direka khusus untuk memberikan aktiviti peneutralan luas dan poten terhadap SARS-CoV-2, termasuk varian membimbangkan, untuk pencegahan dan rawatan COVID-19 dengan kemungkinan tempoh perlindungan sehingga satu tahun dalam satu suntikan.

“Skala global pandemik COVID-19 yang berterusan telah menyebabkan tahap tekanan imun yang meningkat terhadap virus, yang mendorong kemunculan varian yang mengandungi mutasi yang berkaitan dengan pelepasan daripada kelas lazim bagi antibodi peneutralan yang dicetuskan oleh jangkitan semula jadi atau vaksinasi. Tidak seperti kebanyakan antibodi yang tersedia pada masa ini di bawah EUA, ADG20 telah menunjukkan sebagai menyasarkan epitop yang sangat terabadi dalam klad 1 sarbecovirus dan bahawa tidak mudah disasarkan oleh respons antibodi peneutralan endogenus," ujar Ph.D. Laura Walker, pengasas bersama dan ketua pegawai saintifik Adagio. “Disebabkan oleh sifat epitop yang sangat terabadi dan imunoresesif yang diakui oleh ADG20, kami menjangkakan bahawa ADG20 akan mengekalkan aktiviti terhadap Omicron, seperti yang telah kami perhatikan dalam model in vitro dengan semua varian membimbangkan lain sebelum ini. Selanjutnya, tiada mutasi yang hadir dalam protein pepaku bagi varian Omicron telah dikaitkan dengan pelepasan daripada peneutralan ADG20. ADG20 telah dijuruterakan untuk aktiviti peneutralan poten dan secara meluas meneutralkan aktiviti dalam menjangkakan kedua-dua perkembangan antigen pantas bagi SARS-CoV-2 dan kemunculan virus seperti SARS pada masa depan yang berkemungkinan menyebabkan pandemik.”

ADAGIO THERAPEUTICS MELAPORKAN BAHAWA TIADA MUTASI WUJUD DALAM VARIAN SARS-COV-2, OMICRON, DIKAITKAN DENGAN PELEPASAN DARIPADA PENEUTRALAN IN VITRO ADG20

Univar Solutions Menyelesaikan Pengambilalihan Perniagaan Lavo Bulk di Kanada

Transaksi ini mengukuhkan kehadiran syarikat di Kanada Timur serta memperluas penyelesaian dan keupayaan kimia yang saling melengkapi untuk...