Saturday, September 11, 2021

KUMPULAN AD PORTS DAN KUMPULAN CMA CGM MENGUMUMKAN PERJANJIAN UNTUK MELABUR AED 570 JUTA DI TERMINAL BAHARU DI PELABUHAN KHALIFA




  • Di bawah satu perjanjian konsesi selama 35 tahun, terminal serba canggih itu akan dibuka pada tahun 2024 dengan kapasiti awal 1.8 juta TEU
  • Pelabuhan Khalifa menjadi sebuah hab serantau bagi Tiga daripada Empat syarikat perkapalan Utama di Dunia
ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 10 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kumpulan AD Ports, fasilitator utama bagi logistik, industri, dan perdagangan di rantau itu, dan Kumpulan CMA CGM yang berpangkalan di Perancis, sebuah pemimpin dunia di dalam perkapalan dan logistik, telah mengumumkan penandatanganan satu perjanjian konsesi selama 35 tahun.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210909005619/en/

Di bawah syarat-syarat perjanjian itu, sebuah terminal baharu akan didirikan di Pelabuhan Khalifa,  pelabuhan kontena separa automatik yang pertama di wilayah GCC, yang akan dikendalikan oleh sebuah usaha sama yang dimiliki oleh anak syarikat CMA CGM, CMA Terminals (dengan pegangan 70 peratus ekuiti) dan Kumpulan AD Ports (30 peratus kepentingan). Rakan-rakan kongsi itu dijangka memberikan komitmen kira-kira  AED 570 juta (USD 154 juta) kepada projek tersebut.

Sebuah terminal serba canggih untuk mengiringi pertumbuhan Pelabuhan Khalifa

Dengan pembinaan bermula pada tahun 2021, terminal baharu itu akan diserahkan pada tahun 2024 dengan, pada fasa 1, sebuah dermaga yang di peringkat awal panjangnya 800 meter dan satu anggaran kapasiti tahunan 1.8 juta TEU. Kumpulan AD Ports akan bertanggungjawab untuk membangunkan pelbagai kerja dan infrastruktur marin sokongan.  Ini termasuk sehingga 1,200 meter dinding dermaga, sebuah pemecah ombak 3,800 meter, sebuah platform rel yang dibina sepenuhnya, dan halaman terminal seluas 700,000 meter persegi.

Terminal itu akan menyediakan CMA CGM sebagai sebuah hab serantau baharu dan akan membolehkan Kumpulan itu untuk membangunkan penawaran perkhidmatan mereka di antara Abu Dhabi dan Asia Selatan, Asia Barat, Afrika Timur, Eropah dan Mediterranean serta Timur Tengah dan benua kecil India.

Dengan pelaburan utama ini, Kumpulan CMA CGM terus bergerak ke hadapan dengan strategi pengembangan global mereka sebagai sebuah pengendali terminal terkemuka. Kumpulan itu pada masa ini mengendalikan 49 terminal pelabuhan di 27 buah negara melalui anak syarikat mereka CMA Terminals dan Terminal Link.

Pelabuhan Khalifa, sebuah hab bagi tiga daripada empat syarikat perkapalan paling utama di dunia.

Kumpulan CMA CGM adalah yang ketiga daripada empat entiti perkapalan paling utama di dunia untuk bergabung tenaga dengan fasilitator terkemuka Abu Dhabi bagi perdagangan, logistik dan industri. Perjanjian itu mengesahkan kedudukan Pelabuhan Khalifa sebagai satu daripada hanya beberapa pelabuhan utama di dunia yang menyediakan hab bagi tiga daripada syarikat perkapalan utama di dunia, serta berfungsi sebagai satu bahagian penting di dalam perdagangan maritim global yang menghubungkan pasaran dari timur ke barat. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14960

Thursday, September 9, 2021

TOSHIBA MELANCARKAN MIKROPENGAWAL ARM® CORTEX®-M4 BAGI KUMPULAN M4G BAHARU UNTUK PEMPROSESAN DATA BERKELAJUAN TINGGI DALAM KELAS LANJUTAN KELUARGA TXZ+™

 


TOKYO, 8 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”) telah memulakan pengeluaran besar-besaran bagi 20 peranti baharu di dalam kumpulan M4G untuk pemprosesan data berkelajuan tinggi sebagai produk baharu untuk kelas lanjutan keluarga TXZ+™  yang dikeluarkan di dalam sebuah proses 40nm. Produk-produk ini menggunakan teras Arm Cortex-M4 dengan FPU, yang berfungsi sehingga 200MHz, mengintegrasikan maksimum 2MB kod kilat dan memori data kilat 32KB dengan daya tahan kitar tulis 100K, dan dilengkapi dengan pelbagai pilihan antara muka dan komunikasi. Hasilnya, peranti kumpulan M4G sangat sesuai untuk aplikasi peralatan pejabat, bangunan dan automasi kilang. 
 
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20210907005393/en/ 

Mikropengawal di dalam kumpulan M4G itu telah meningkatkan fungsi komunikasi yang disatukan sebagai sebuah antara muka ingatan bersiri yang juga menyokong Kuad/Oktal SPI, antara muka audio (I²S), antara muka bus luaran selain UART, FUART, TSPI dan I²C. Di samping itu, peranti itu mempunyai sebuah DMAC 3-unit terbina dalam dan sebuah struktur matriks bus, yang sangat meningkatkan daya pemprosesan komunikasi berbanding dengan produk konvensional Toshiba.

ETAK SALAI: KANDUNGAN NUTRISI MAKANAN

JELI, 6 Sept (Bernama) -- Secara umumnya, etak salai yang diproses dan dijual di kedua-dua daerah yang banyak mengeluarkan etak salai dan ramai penggemarnya di negeri Kelantan iaitu di Tumpat dan Pasir Mas mencatatkan kandungan lemak antara 8.75 peratus hingga 11.14 peratus, kandungan protein antara  8.33 peratus hingga 10.92 peratus dan kandungan karbohidrat antara 0.22  peratus hingga 1.91 peratus. 

Dengan kandungan nilai nutrisi yang dicatatkan, etak salai boleh dikategorikan sebagai makanan ringan berkhasiat dan sesuai dimakan oleh penggemarnya.

Corbicula fluminea nama saintifiknya yang juga dikenali sebagai “Kerang Asia” atau "Kerang Emas" merupakan kerang atau lokan air tawar bersaiz kecil berbentuk segi tiga bujur yang mempunyai dua bilah cengkerang dan makan secara saring atau filter feeder. 

Ia boleh ditemui di dasar sungai atau tasik yang berpasir, berselut atau campuran kedua-duanya. Warna kulit lokan air tawar atau etak ini bergantung kepada habitatnya iaitu jenis dasar sungai, kualiti air sungai dan kadar aliran sungai. 

Sungai yang mempunyai air yang jernih, air mengalir deras dan mempunyai dasar sungai berpasir akan menghasilkan etak berwarna kuning keemasan. 

Sementara etak yang ditemui dalam sungai yang berkelodak, air mengalir perlahan dengan dasar berselut akan berwarna gelap atau hitam.  Bagi etak yang ditemui di sungai yang agak berkelodak, air mengalir agak perlahan dan dasarnya terdiri daripada campuran pasir dan selut, warna etak adalah kehijauan. 

Di Negeri Kelantan lokan ini dikenali sebagai “etak” dalam dialek Kelantan.  Etak digunakan sebagai bahan asas dalam penyediaan makanan oleh penduduk-penduduk di benua Asia seperti China, Taiwan, Jepun, Vietnam, Thailand, Indonesia, Cambodia dan Malaysia.

Kaedah memasak etak pada dasarnya adalah sama dengan kaedah memasak kerang samada digoreng, masak sup atau dibuat sambal tumis dan dimakan sebagai lauk-pauk bersama nasi putih. 

Walau bagaimanapun, di negeri Kelantan ianya agak unik, etak yang telah diperap dengan rempah ratus disalai sebelum dimakan sebagai makanan ringan.

Etak salai boleh ditemui dijual di pasar-pasar basah, pasar-pasar malam dan juga di tepi-tepi jalan utama di seluruh negeri Kelantan. 

Oleh itu, etak telah menjadi satu produk lokan air tawar yang mempunyai nilai ekonomi yang tinggi bagi negara-negara di Asia Tenggara terutama di Cambodia dan Malaysia. 

PRAXONOMY DAN INSTITUT PENGARAH KORPORAT MALAYSIA (ICDM) MENGUMUMKAN PERKONGSIAN UNTUK MEMPERCEPATKAN TRANSFORMASI DIGITAL DI BILIK LEMBAGA

Perkongsian yang dinamik menggabungkan Praxonomy dan objektif ICDM untuk menyampaikan satu penyelesaian transformatif tadbir urus mesyuarat lembaga kepada pemimpin-pemimpin lembaga di Malaysia

LONDON & KUALA LUMPUR, Malaysia, 9 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Praxonomy, sebuah penyedia penyelesaian portal lembaga SaaS global yang baru muncul yang komited untuk memacukan tadbir urus korporat moden, hari ini mengumumkan perkongsian mereka dengan Institut Pengarah Korporat Malaysia (ICDM), Institut nasional bagi Pengarah-pengarah (IoD) yang diwujudkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia bagi meningkatkan keberkesanan lembaga dan pengarah di negara itu.

Perkongsian strategik itu membolehkan Praxonomy untuk berinteraksi dengan komuniti ahli korporat ICDM dengan menyediakan faedah langganan kepada penyelesaian portal lembaga mereka, Boardlogic. Boardlogic adalah sebuah platform awan yang praktikal, efektif, dan mesra pengguna yang akan membolehkan ahli-ahli korporat di lembaga-lembaga ICDM untuk beralih kepada penggunaan tanpa kertas dengan pek lembaga digital, bekerjasama dan membuat keputusan di mana sahaja dalam sebuah persekitaran berpusat dan sangat selamat. Dengan menyingkirkan cabaran pentadbiran dan keselamatan yang berkaitan dengan proses mesyuarat lembaga dan memperkenalkan aliran kerja yang lebih cekap, Boardlogic membantu pengarah-pengarah korporat untuk sebaliknya memberi tumpuan kepada mandat tadbir urus mereka.

PRAXONOMY DAN INSTITUT PENGARAH KORPORAT MALAYSIA (ICDM) MENGUMUMKAN PERKONGSIAN UNTUK MEMPERCEPATKAN TRANSFORMASI DIGITAL DI BILIK LEMBAGA

Wednesday, September 8, 2021

APLIKASI MATEMATIK DALAM BIOSAINS

JELI, 8 Sept (Bernama) -- Sebagai seorang pensyarah bidang matematik berhadapan dengan situasi ketakutan atau kegelisahan matematik oleh sebahagian besar pelajar adalah perkara biasa. 

Kebanyakan mereka berkongsi pengalaman yang tidak menyenangkan dalam matematik.    Maka tidak hairanlah sekiranya ada yang mengatakan MATHS adalah singkatan kepada Mental Arithmetic Teachers Harassing Students.

Oleh itu, memastikan para pelajara merasa teruja, seronok dan menarik sepanjang pembelajaran matematik merupakan cabaran kepada tenaga pengajar dalam bidang ini. 

Sebenarnya matematik adalah seni kefahaman manusia. Intipati matematik bukanlah untuk menjadikan perkara-perkara yang rumit bertambah rumit, tetapi untuk menjadikan perkara rumit lebih mudah. Ini dapat dilakukan melalui pencarian pola, dan pola matematik yang terhasil itu mesti indah dengan penjelasan yang bermakna. 

Apabila pola matematik ditemui dalam sesuatu kajian, maka pola matematik tersebut dapat digunakan untuk menjelaskan dan mengawal kejadian dan situasi semula jadi dalam bidang yang dikaji. Terdapat banyak aplikasi matematik dalam pelbagai bidang ilmu, namun artikel ini akan hanya berkongsi contoh mudah aplikasi matematik dalam biosains.

Kontemporari biosains menyatukan pengetahuan dan kefahaman tentang kehidupan dalam pelbagai skala dan perspektif; dari evolusi, biodiversiti dan ekologi hingga genetik, biokimia dan biologi molekul.

Dalam biosains, matematik membantu dalam pemodelan. Pemodelan merujuk kepada aplikasi matematik dalam membina model bagi mewakili sesuatu proses dalam biosains.

Setelah model dibina, ia akan digunakan untuk meramalkan atau mengoptimumkan proses tersebut.  Banyak kegunaan model matematik dalam biosains bergantung kepada tujuan atau objektif kajian yang dijalankan. 

Antaranya, model matematik boleh digunakan untuk menggambarkan fenomena biologi dalam kajian berkaitan biosains.  Ianya boleh juga digunakan sebagai bukti untuk menyokong atau membantah hipotesis kajian. 

Selain itu model matematik juga boleh  dijadikan sebagai rujukan dalam mencadangkan eksperimen baru atau proses simulasi untuk sesuatu rawatan yang belum diuji dalam makmal.   Akhir sekali, model matematik ini juga boleh digunakan untuk menganggar parameter yang tidak dapat diakses secara eksperimen.

APLIKASI MATEMATIK DALAM BIOSAINS

PROGRAM CSR HASIL PRIHATIN: LHDNM TERUS SANTUNI GOLONGAN MEMERLUKAN DI MELAKA DAN TEMERLOH, PAHANG

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Dalam usaha berterusan menyantuni golongan rentan yang memerlukan, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) melalui Program CSR Hasil Prihatin telah menyumbangkan sebanyak 950 bakul makanan di Melaka dan Temerloh, Pahang pada hari ini.
 
Di Melaka, penyerahan sebanyak 750 bakul makanan oleh Puan Zubaidah Binti Hamzah, Pengarah Negeri LHDNM Negeri Sembilan/Melaka kepada wakil-wakil penerima sumbangan telah berlangsung di Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Melaka Tengah, Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Jasin, Pusat Islam Melaka, Majlis Agama Islam Melaka dan Menara Hasil Melaka.
 
Manakala di Temerloh, Pahang pula, melalui kerjasama dengan Masjid Taman Temerloh Jaya dan Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan Penyayang Daerah Temerloh (PSKPDT), LHDNM telah mengagihkan sebanyak 200 bakul makanan kepada para penduduk yang terjejas akibat pandemik COVID-19 di sekitar Temerloh, Mentakab, Kuala Krau, Lanchang dan mukim berhampiran.
 
Program CSR Hasil Prihatin merupakan satu manifestasi komitmen tanggungjawab sosial LHDNM terhadap masyarakat khususnya golongan yang amat memerlukan dalam tempoh yang mencabar ini. Sehingga kini sebanyak 9,779 bakul makanan telah diagihkan dengan harapan ia dapat membantu meringankan bebanan setiap penerima sumbangan berkenaan.

PROGRAM CSR HASIL PRIHATIN: LHDNM TERUS SANTUNI GOLONGAN MEMERLUKAN DI MELAKA DAN TEMERLOH, PAHANG

Tuesday, September 7, 2021

HASIL INOVASI DARI TEAM EXCELLENCE HOSPITAL KPJ JOHOR SPECIALIST TINGKATKAN KUALITI KEHIDUPAN PELANGGAN

PETALING JAYA, 7 Sept (Bernama) -- Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) sentiasa menggalakkan organisasi untuk membudayakan inovasi dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan demi kesejahteraan kehidupan masyarakat. Projek inovasi yang telah dijalankan melalui program intervensi produktiviti dan inovasi oleh MPC telah memberi impak yang besar kepada Hospital KPJ Johor Specialist.
 
Mereka telah menghasilkan alat sokongan yg dinamakan SHOECOEYE yang dapat mengurangkan risiko pesakit dari terjatuh sebanyak 22%. Selain dari itu, mereka berjaya meningkatkan jumlah pesakit dirawat sebanyak 6.78% serta meningkatkan kadar kesediaan bilik untuk menerima pesakit baru (Bed Occupancy Rate) kepada 6%. Hasil jumlah pendapatan dan penjimatan kos projek secara keseluruhannya telah menyumbang sebanyak RM243,128 setahun.
 
MPC menyediakan platform kepada industri seperti program Konvensyen Team Excellence untuk mempamerkan projek inovasi yang telah dijalankan di organisasi masing-masing melalui pendekatan kreativiti, inovasi dan penciptaan nilai (value creation) bagi meningkatkan kemahiran serta daya saing dalam industri. Menurut YBhg. Datin Zainon Bakar, Timbalan Ketua Pengarah MPC, “Penganjuran konvensyen Team Excellence dapat memperkukuhkan budaya inovasi secara berterusan melalui penambahbaikan inovasi dalam proses kerja, kualiti dan produktiviti. Pada tahun 2020, sebanyak 273 kumpulan telah menyertai konvensyen Team Excellence peringkat wilayah (RISTEx) di seluruh Malaysia dan secara keseluruhannya penciptaan nilai yang dihasilkan dari projek mereka adalah berjumlah RM368 juta”.
 
“Kebanyakan projek-projek inovasi yang dihasilkan menekankan tentang kecekapan sistem, proses dan cara kerja dalam organisasi yang mengambil kira faktor alam sekitar dan kelestarian. Pada tahun ini, MPC mengharapkan lebih banyak inovasi dapat dihasilkan untuk dimanfaatkan dalam kehidupan masyarakat seperti yang dipamerkan oleh Hospital KPJ Johor Specialist”, menurut YBhg. Datin Zainon.
 
Program RISTEx ini akan dilaksanakan melalui atas talian pada 8-9 September 2021 iaitu secara serentak di Ibu Pejabat bersama Pejabat-Pejabat Wilayah MPC dari jam 9 pagi hingga 4 petang. Gabungan enam wilayah ini dijangka dapat memberi penjimatan dalam kos dan masa malah meningkatkan kecekapan pentadbiran RISTEx pada kali ini. Penganjuran RISTEx 2021 ini juga diperkukuhkan lagi dengan transformasi digital, di mana pengurusan konvensyen bermula dari proses pendaftaran, sehinggalah penjanaan sijil penyertaan, diurus secara atas talian melalui Sistem TE Go Digital.
 
Mengenai Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC):
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) ialah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). MPC menjalankan aktiviti bagi peningkatan produktiviti, kualiti dan daya saing. Visi utama MPC ialah menjadi peneraju dalam meningkatkan produktiviti ke arah daya saing global yang kompetitif dan berinovasi.  

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14946

Univar Solutions Menyelesaikan Pengambilalihan Perniagaan Lavo Bulk di Kanada

Transaksi ini mengukuhkan kehadiran syarikat di Kanada Timur serta memperluas penyelesaian dan keupayaan kimia yang saling melengkapi untuk...