Thursday, June 3, 2021
MEMBINA MASA DEPAN YANG LESTARI: HISENSE DAN PEKERJA MEREKA
QINGDAO, China, 2 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Menjalani kehidupan mengikut kebiasaan baharu, ESG telah menjadi satu daripada topik paling popular di dunia. Satu kesan positif terhadap masyarakat dan menyediakan peluang-peluang pembangunan yang berterusan bagi pekerja telah secara beransur-ansur menjadi kriteria baharu bagi syarikat-syarikat untuk menerangkan pertumbuhan mereka. Dengan memberikan keutamaan kepada bakat, Hisense berusaha untuk membina sebuah pasukan global yang termasuk pekerja daripada pelbagai budaya dan pengalaman unik, dan untuk menyediakan persekitaran kerja yang sama rata dan sihat bagi mendorong kejayaannya. Bersama dengan lebih 90,000 orang pekerja di seluruh dunia, Hisense sedang mencipta satu masa depan yang lestari dan sentiasa memberikan pengaruh sosial yang positif.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210601005474/en/
Memberi tumpuan kepada pemupukan bakat tempatan dan rangkuman kebudayaan
Hisense menyokong masyarakat tempatan untuk mengurangkan tekanan pengangguran mereka dan bagi mengurangkan kadar jenayah yang berkaitan secara tidak langsung. Melalui pelaburan mereka di taman-taman perindustrian di seluruh dunia, Hisense mewujudkan lebih daripada 3,000 jawatan pekerjaan di Afrika Selatan dan lebih 2,000 di Mexico dengan satu jangkaan untuk berkembang menjadi lebih 7,000 pada masa akan datang, yang berjaya membantu wilayah tempatan mengembangkan ekonomi mereka dan meningkatkan pembangunan yang berterusan.
Hisense menyediakan peluang-peluang pekerjaan yang sama rata tanpa mengira kaum dan jantina dengan latihan profesional dan sistematik semasa merekrut pekerja tempatan. Sebagai contoh, Nicalette, seorang ibu tunggal, yang menyertai Hisense Afrika Selatan pada tahun 2002, telah dinaikkan pangkat menjadi Pengurus Selepas Jualan melalui prestasi kerja beliau yang sangat baik dan keupayaannya yang berkembang pantas. Sistem pekerjaan dan pemupukan bakat Hisense telah meningkatkan minat beliau untuk bekerja dan juga menjadikan kehidupannya bertambah baik, menurut Nicalette.
Memelihara perkembangan kerjaya pekerja
Untuk memperkasakan pekerja, Hisense telah mewujudkan syarat dan ruang yang diperlukan bagi mereka memaksimumkan potensi dan nilai mereka. Hisense melaksanakan satu mekanisme kenaikan pangkat yang fleksibel, yang membolehkan pekerja untuk memilih di antara laluan kerjaya bagi “pengurusan” dan “R&D” untuk pengembangan seterusnya, yang memastikan satu saluran kenaikan pangkat yang lancar bagi semua orang.
Kolej Hisense, universiti korporat itu, berhasrat untuk membantu pekerja mencapai perkembangan kerjaya yang lebih baik. Satu struktur latihan yang komprehensif dan pelbagai platform latihan dalaman (termasuk kuliah luar talian, laman web, APP, dll.) telah disediakan untuk membantu pekerja belajar dan memperbaiki diri pada bila-bila masa, di mana sahaja.
“Apa yang menjadikan bekerja di sini berbeza daripada syarikat lain adalah bahawa Hisense sentiasa memberikan motivasi kepada pekerja mereka untuk mencapai matlamat kerjaya dan memberikan mereka sokongan, yang membolehkan mereka untuk berkembang dengan syarikat itu.” kata Robin Silberbauer, yang menyertai Hisense Afrika Selatan pada tahun 2015.
Memelihara kesihatan dan kesejahteraan pekerja
Semasa pandemik itu, Hisense telah melakukan segala yang mungkin untuk menjamin kesihatan pekerja dan keluarga mereka dengan mengedarkan bahan-bahan pencegahan wabak dan menyokong bekerja di rumah.
Hisense juga bekerjasama dengan organisasi EAP (“Program Bantuan Pekerja”) profesional untuk menyediakan penjagaan kesihatan mental bagi pekerja dan keluarga mereka, agar setiap pekerja boleh dengan mudah mendapatkan perkhidmatan kaunseling psikologi profesional, yang secara efektif membantu mereka meningkatkan kesihatan mental dan menyahut cabaran-cabaran kerja dan kehidupan.
Hisense akan menumpukan perhatian kepada pengembangan bakat dalam jangka panjang dan secara aktif mewujudkan sebuah persekitaran tempat kerja yang inklusif untuk memajukan pembangunan berterusan bagi komuniti tempatan dengan tenaga kerja global mereka.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14606
Wednesday, June 2, 2021
BAND ROYALTY SEDANG MENGUBAH LANDSKAP NFT
NEW YORK, 2 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- melalui InvestorWire — BAND Royalty hari ini mengumumkan penempatannya dalam sebuah editorial yang diterbitkan oleh NetworkNewsWire ("NNW"), antara 50+ jenama yang dipercayai dalam InvestorBrandNetwork (“IBN”), syarikat berita dan penerbitan kewangan pelbagai aspek untuk entiti persendirian dan awam.
Untuk melihat penerbitan penuh, “NFTs Flipping the Script, Bringing Value Back to Music Artists,” sila lawati: https://nnw.fm/dvON4
Buat masa ini, pelabur runcit hanya boleh mendapatkan pendedahan kepada industri muzik dengan membeli saham label muzik awam, melabur dalam dana yang membeli/menjual royalti muzik atau melalui laman web yang melelong hak royalti, biasanya dalam julat dolar enam angka. Bagi perkara yang sering dianggap sebagai peluang tingkat bawah, BAND Royalty mengubah landskap ini dan memberikan akses kepada pelabur runcit untuk mengambil bahagian dengan memiliki NFT.
Selepas jualan persendirian NFT muzik yang menghasilkan hampir $1 juta, BAND melancarkan platform jualan NFT sendiri pada laman webnya, mencipta platform NFT muzik sahaja yang pertama pada bulan ini. Syarikat itu membuka akses kepada siri pertama 3,000 NFT BAND pada platformnya, memeringkatkan pelepasan berdasarkan kesukaran untuk didapati. Rancangan syarikat adalah untuk memastikan kiraan NFT mantap, sama seperti projek NFT lain yang popular seperti CryptoPunks dan Hashmasks, yang kedua-duanya telah mencatatkan jualan pasaran sekunder yang mencecah jutaan dolar. Matlamat jangka panjang mereka adalah memiliki maksimum 12,000 NFT BAND merentasi empat siri berbeza untuk dikeluarkan dalam tempoh 18 bulan yang akan datang.
Perihal BAND Royalty
BAND Royalty membolehkan penggemar dan peminat muzik menikmati muzik sehingga tahap seterusnya dengan menawarkan NFT BAND yang membolehkan pemiliknya mendapatkan kripto daripada sesetengah lagu yang paling popular di dunia. Peluang unik ini membolehkan individu berkongsi pendapatan penstriman setiap kali lagu dalam katalog muzik BAND dimainkan. Nama BAND diterbitkan daripada parap pengasas bersamanya, pakar rantaian blok Barnaby Andersun (BA) + Noble Drakoln (ND).
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarikat ini, lawati https://BandRoyalty.com
NOTA KEPADA PELABUR: Berita dan kemas kini terkini berkaitan BAND tersedia dalam bilik berita syarikat melalui https://ibn.fm/BAND
Perihal NetworkNewsWire
NetworkNewsWire (NNW) merupakan perkhidmatan maklumat yang menyediakan (1) akses kepada pelayan pengagregatan berita dan pensindiketan, (2) NetworkNewsBreaks yang meringkaskan berita dan maklumat korporat, (3) perkhidmatan siaran akhbar yang dipertingkatkan, (4) perkhidmatan pengedaran dan pengoptimuman media sosial serta (5) rangkaian penuh penyelesaian komunikasi korporat. Sebagai syarikat edaran berita dan kandungan kewangan berbilang aspek dengan pasukan wartawan dan penulis penyumbang yang meluas, NNW berada pada kedudukan unik untuk memberikan perkhidmatan kepada syarikat persendirian dan awam yang ingin mencapai hadirin meluas yang terdiri daripada pelabur, pengguna, wartawan dan masyarakat umum. NNW memiliki rangkaian edaran yang semakin berkembang yang terdiri daripada lebih 5,000 gerai pensindiketan utama di seluruh negara. Dengan memintas lebihan beban dalam pasaran hari ini, NNW memberi kliennya kebolehlihatan, pengiktirafan dan kesedaran jenama yang tiada tandingannya.
NNW merupakan tempat berita, kandungan dan maklumat bertumpu.
Untuk menerima peringatan teks SMS daripada NetworkNewsWire, hantar teks “STOCKS” kepada 77948 (Telefon Mudah Alih A.S. Sahaja)
Untuk maklumat lanjut, sila lawati https://www.NetworkNewsWire.com
Sila lihat terma penggunaan penuh dan penafian pada laman web NetworkNewsWire yang berkenaan untuk semua kandungan yang disediakan oleh NNW, apabila diterbitkan atau diterbitkan semula: http://NNW.fm/Disclaimer
NetworkNewsWire (NNW)
New York, New York
www.NetworkNewsWire.com
212.418.1217 Pejabat
Editor@NetworkNewsWire.com
NetworkNewsWire ialah sebahagian daripada InvestorBrandNetwork
SUMBER: BAND Royalty
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14608
KADOKAWA ASCII MEMPERKENALKAN INNO 2021: INOVASI, KERJASAMA KE SELURUH DUNIA, DAN SOKONGAN JPY3,000,000 UNTUK PEMIKIR KREATIF
TOKYO, 2 Jun, 2021 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
- Peluang-peluang untuk Menerima Sokongan bagi Reka Cipta dan Idea Luar Biasa Pemohon -
KADOKAWA ASCII Research Laboratories, Inc. di Tokyo, agensi pelaksana bagi “Program INNO-vation,” yang dilaksanakan oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi Jepun, membentangkan Program INNO-vation 2021 (https://inno.go.jp/en/), satu usaha tahunan untuk menggalakkan inovasi global pada satu tahap yang belum pernah terjadi sebelum ini, mencari minda kreatif dan berfikiran tidak lazim untuk membantu manusia sejagat mengambil langkah-langkah seterusnya di dalam revolusi teknologi.
Imej 1: https://kyodonewsprwire.jp/img/202105255366-O2-1xt11AEf
Imej 2: https://kyodonewsprwire.jp/img/202105255366-O1-ge48HDeH
Dengan berpeluang untuk menerima sokongan bagi teknologi eksentrik, pemohon boleh menjadi sebahagian daripada program siswazah yang dihormati penaja untuk menggalakkan kerjasama dan kerja berpasukan, dan menggerakkan idea-idea mereka ke dalam masa depan yang sentiasa berubah. Ketika dekad baharu bermula, Program INNO-vation itu membuka pintunya kepada permohonan di peringkat antarabangsa dan berharap dapat membina sebuah masa depan baharu yang cerah bersama, mengatasi impak COVID-19 baru-baru ini terhadap masyarakat.
Dari 1 Jun, 2021, sehingga 2 Ogos, 2021, Program INNO-vation itu menerima permohonan untuk mencari inovator ini dan menawarkan sokongan kepada cadangan yang berjaya.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14607
MARY KAY INC. MENYERTAI YAYASAN ELLEN MACARTHUR DENGAN SATU KOMITMEN TERHADAP SEBUAH EKONOMI KITARAN
DALLAS, 2 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc., sebuah penyokong global bagi kesedaran alam sekitar dan tanggungjawab korporat, telah menyertai Yayasan Ellen MacArthur sebagai ahli bagi Rangkaian mereka, sebagai sebahagian daripada komitmen mereka untuk menjadi sebuah perniagaan yang berkitaran dan lebih lestari. Mary Kay dilantik di antara organisasi berpengaruh yang lain termasuk The Ford Motor Company, International Paper, Mattel dan The Fashion Institute of Technology.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20210601005094/en/
Yayasan Ellen MacArthur adalah sebuah badan amal yang berpusat di United Kingdom yang mengembang dan menggalakkan idea mengenai sebuah ekonomi kitaran, berdasarkan kepada prinsip-prinsip penghapusan sisa dan pencemaran, memelihara produk dan bahan yang digunakan, dan menjanakan semula sistem semula jadi. Yayasan Ellen MacArthur bekerjasama dengan — dan memberi inspirasi kepada — perniagaan, ahli akademik, pembuat dasar, dan institusi untuk menggerakkan penyelesaian sistem secara besar-besaran, di peringkat global.
“Selama hampir 60 tahun, Mary Kay telah berusaha untuk memperkayakan kehidupan wanita, memajukan bidang kesihatan kulit, dan mewujudkan satu kesan positif masyarakat di seluruh dunia,” kata Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Operasi di Mary Kay Inc. “Industri kosmetik dan penjagaan peribadi sedang berada dalam peralihan ketika syarikat-syarikat berkembang untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi operasi yang telus dan peka terhadap alam sekitar, dan produk yang lebih bersih dan bersumberkan etika. Kami berada di sini untuk itu.”
Mary Kay, yang akan mengumumkan strategi kelestarian mereka pada akhir tahun ini, berharap untuk bekerjasama dengan Yayasan Ellen MacArthur dan organisasi Rangkaian yang lain untuk terus menerapkan amalan-amalan ekonomi — dengan satu tumpuan kepada penyumberan bahan. Syarikat itu komited untuk mengurangkan jejak alam sekitar mereka dan mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan kecekapan di dalam operasi mereka, dengan memikirkan jangka panjang untuk menggabungkan amalan perniagaan yang bertanggungjawab.
Kemudahan pembuatan global Mary Kay di China telah mencapai status sifar sisa-ke-tapak pelupusan pada tahun 2014. Pusat pembuatan global itu yang terletak di Texas, Amerika Syarikat, telah mencapai status tersebut pada tahun 2011.
“Mary Kay dan ahli baharu Ellen MacArthur Foundation Network berkongsi satu cita-cita untuk mengubah cara mereka menjalankan perniagaan,” kata Joe Murphy, Ketua Ellen MacArthur Foundation Network. “Kami berharap dapat menyokong mereka, dan memudahkan peluang-peluang kerjasama dengan organisasi Rangkaian yang lain, ketika mereka berusaha untuk menjadi lebih membulat.”
PAMERAN TEKNOLOGI PIKOM KEMBALI LAGI - LEBIH BESAR & LEBIH BAIK, KEMBALI DENGAN BARANG YANG DITAWARKAN DENGAN HARGA MURAH & PELUANG-PELUANG PERNIAGAAN
KUALA LUMPUR, 1 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- PIKOM akan menganjurkan pameran teknologi dalam talian berskala besar yang pertama seumpamanya di Malaysia pada tahun ini. Pameran Teknologi PIKOM adalah sebuah platform digital yang inklusif, disatukan yang merangkumi sebuah tempat pasaran e-dagang, ruang pameran dan jalan untuk memadan dan menemukan perniagaan-ke-perniagaan (B2B).
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20210531005207/en/
Pameran Teknologi PIKOM adalah sebuah ruang interaktif digital termaju yang membawa pempamer, perniagaan dan komuniti teknologi bersama di dalam sebuah platform tunggal, mengatasi halangan yang dikenakan oleh pandemik Covid-19 yang sedang berlaku. Acara dalam talian itu mempamerkan lebih 20,000 SKU oleh pempamer teknologi dan dijangka menarik lebih daripada 500,000 peserta. Berpangsikan daripada sebuah tempat fizikal kepada ruang digital membawa maksud ahli-ahli dan perniagaan PIKOM boleh berhubung secara langsung dengan pelanggan dan menerokai peluang-peluang baharu.
“Atas sebab tertentu setiap tahun, banyak daripada pengguna kami selalu memberitahu kami bahawa PIKOM PC Fair harus membuat kemunculan semula. Dalam satu cara, Pameran Teknologi PIKOM yang pertama ini adalah hadiah kami kepada peminat PC Fair kami yang setia. Dengan lebih dari 20,000 produk dan perkhidmatan dipaparkan dalam satu platform tunggal, pengalaman itu akan melebihi jangkaan daripada PC Fair sebelum ini,” kata Pengerusi PIKOM, Danny Lee.
Dikuasakan oleh teknologi AI dan Data Besar Fusionex, platform itu akan meningkatkan dorongan ke arah transformasi digital. Dengan peranti pemasaran digital tertanam dan berasaskan prestasi, ciri-ciri penstriman langsung dan keupayaan analitik data, pempamer akan dapat mengembangkan perniagaan mereka dengan lancar dengan disokong oleh wawasan yang dipacukan oleh data yang bermakna untuk mengatasi halangan perniagaan dan operasi yang terhasil daripada krisis semasa.
Hadirin yang log masuk ke acara maya itu akan disambut oleh pelbagai kemudahan digital yang direka untuk meningkatkan pengalaman maya mereka seperti sebuah direktori digital untuk membantu pelayaran dalam talian, petak maya, kempen promosi interaktif dan banyak lagi. Terdapat juga fungsi B2B bagi profesional yang ingin menjalin jaringan di antara satu sama lain. Daripada padanan B2B dan pameran produk maya sehingga kepada permintaan sebut harga dan pilihan pembelian pukal, perniagaan daripada semua jenis saiz mempunyai peluang untuk memperkenalkan penawaran baharu di samping menampilkan perkembangan dan inovasi terbaharu mereka.
“Dunia telah berubah buat selama-lamanya oleh pandemik Covid-19. Perniagaan perlu menyesuaikan diri dengan pantas agar dapat terus mapan dan kekal kental dan bukannya bergantung kepada kaedah usang. Transformasi digital, jika dilakukan dengan teliti, adalah jawapannya. Ia tidak hanya menghapuskan halangan fizikal tetapi merupakan daya penggerak yang menggalakkan inovasi terobosan, merevolusikan ekosistem perniagaan, dan menggalakkan kerjasama di dalam dan di antara organisasi. PIKOM adalah suara bagi industri ICT dan Fusionex amat teruja kerana dapat menjadi rakan teknologi mereka kerana kami berkongsi satu visi yang sama untuk membolehkan perniagaan berkembang pada detik masa yang sukar ini, serta meningkatkan ekonomi negara ke tahap yang lebih tinggi,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex, Dato' Seri Ivan Teh.
Maklumat mengenai PIKOM
PIKOM, PERSATUAN INDUSTRI KOMPUTER DAN MULTIMEDIA MALAYSIA, adalah persatuan yang mewakili industri teknologi di Malaysia. Keahlian mereka pada masa ini berjumlah lebih daripada 1,000 syarikat aktif yang terlibat di dalam keseluruhan spektrum bagi produk dan perkhidmatan teknologi, dan yang menguasai 80% daripada keseluruhan perniagaan teknologi di Malaysia.
Terdapat 5 Cabang di bawah PIKOM: OM; CIO; Keselamatan Siber; E-Dagang: Pelaburan Usaha Niaga. Cabang-cabang ini membantu meningkat dan memacukan iklim perniagaan bagi semua syarikat ahli, bersama-sama dengan menggalakkan pertumbuhan industri sejajar dengan hala tuju / aspirasi kebangsaan Digital Malaysia.
Sebagai Suara bagi Industri Teknologi, PIKOM memikul tugas untuk mengembangkan saiz dan keupayaan bagi industri teknologi di Malaysia dengan mewujudkan peluang-peluang bagi anggota mereka dan juga seluruh rakyat Malaysia untuk memanfaatkan faedah yang ditawarkan oleh kemajuan di dalam teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkara berikut:
- Mempelopori, mempromosi & menggalakkan pengembangan bagi sumber, kemahiran profesional dan program-program di dalam industri digital dan teknologi di Malaysia.
- Mewakili industri teknologi tempatan kepada Kerajaan dan sektor swasta di dalam dan luar negara.
- Menyediakan sebuah platform untuk syarikat-syarikat dan pengguna teknologi untuk bertemu, menjalin rangkaian, belajar dan berkongsi idea untuk membangunkan industri dan meningkatkan aplikasi.
- Memupuk standard yang tinggi bagi tatakelakuan, perkhidmatan dan prestasi di seluruh industri teknologi.
- Menggalak dan memasarkan perkhidmatan teknologi tempatan kepada rantau itu dan ke luar negara.
Maklumat mengenai Fusionex
Fusionex adalah sebuah pemimpin teknologi data yang telah mantap yang memenangi pelbagai anugerah yang mengkhususkan diri di dalam Analisis, Pengurusan Data Besar, IR 4.0, Internet Benda, Pembelajaran Mesin dan Kecerdasan Buatan. Penawaran mereka yang serba canggih itu adalah tertumpu kepada membantu pelanggan membuka nilai dan memperolehi wawasan daripada data.
Dipaparkan di Forbes, Bloomberg, Gartner, IDC, Forrester, Edison dan Huffington Post, Fusionex adalah syarikat Analisis Data Besar yang terbesar dan pemimpin pasaran di ASEAN, dengan membawa platform paling canggih, berinovatif dan dipacu oleh kejayaan data kepada pelanggan mereka (termasuk syarikat-syarikat Fortune 500, syarikat FTSE, konglomerat besar dan juga pelbagai perusahaan kecil dan sederhana [PKS]) yang merentasi Amerika Syarikat, Eropah dan juga Asia Pasifik. Fusionex adalah juga merupakan sebuah syarikat MDEC Pecutan Rangkaian Inovasi Global (GAIN) serta sebuah penerima anugerah MSC R&D MGS.
Laporan Gartner mengenai Analisis Moden dan Kecerdasan Perniagaan telah menyenarai pendek dan memuji platform teknologi data Fusionex. Di samping itu, Fusionex telah dikenal pasti sebagai sebuah Pemain Utama di dalam Laporan MarketScape IDC untuk Data Besar & Analisis. Fusionex adalah satu-satunya syarikat yang berpangkalan di ASEAN yang dipaparkan di dalam kedua-dua laporan tersebut, sekali gus mengesahkan kelayakan mereka di dalam pasaran teknologi data untuk rantau ini.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Fusionex, sila layari www.fusionex-international.com.
Tuesday, June 1, 2021
PANGKALAN DATA PENGETAHUAN FARMASEUTIKAL DRUGBANK MEMPERLUAS LIPUTAN KE MALAYSIA
“Dengan penambahan baharu ini, pangkalan pengetahuan farmaseutikal kami menjadi lebih mudah dicapai dan menyeluruh,” jelas Mike Wilson, CEO DrugBank. “Ini membolehkan pelanggan baharu di seluruh dunia mengakses tawaran produk kami dengan lebih baik dan membantu pelanggan sedia ada berkembang dalam pasaran baharu”.
Bagi pelanggan perisian klinikal, seperti pelanggan dalam industri rekod perubatan elektronik (EMR), mereka boleh menggunakan kawasan tempatan mereka sebagai titik masukan kepada maklumat klinikal berstruktur DrugBank yang lain.
Mereka yang beroperasi di berbilang rantau boleh mengakses maklumat klinikal melalui mana-mana gabungan rantau dengan satu API tunggal. Lebih ramai pelanggan di seluruh dunia kini boleh mencari dan menyimpan ubat yang terkini dengan lebih pantas dan lebih tepat.
Selain itu, liputan yang diperluas membolehkan pelanggan yang memberikan sokongan keputusan klinikal lanjutan untuk menggunakan set data terperinci daripada DrugBank bagi analisis data dan penjanaan cerapan. Bagi pengguna sedemikian, DrugBank menyelesaikan langkah pertama yang kritikal dengan menormalkan data ubat berbilang rantau melalui pemetaan data kepada pengecam biasa, dan memastikan pemetaan ini dikemas kini secara berkala.
“Kami mendapati semakin banyak pelanggan yang bukan sahaja memerlukan alat rujukan ubat tetapi menjalankan analisis data yang kompleks untuk mendapatkan cerapan dan membuat ramalan untuk menambah baik hasil kesihatan,” kata Craig Knox, CTO DrugBank. “Set data berstruktur kami pada dasarnya membantu mereka melangkau langkah yang biasanya memakan masa yang lama, memanfaatkan data mereka yang sedia ada dan mendapatkan cerapan dengan lebih cepat.”
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang API Klinikal DrugBank, lawati www.drugbank.com/clinical
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14594
ZOLL DAN GLOBAL HEALTHCARE SG MENANDATANGANI PERJANJIAN EKSKLUSIF UNTUK PENGEDARAN BAGI SISTEM PENGURUSAN SUHU TERSASAR MUDAH ALIH DI ASIA PASIFIK
Kajian di negara-negara Asia-Pasifik, di mana suhu yang melampau boleh mencecah 50°C (122°F), telah menemukan kaitan positif di antara haba dan morbiditi dan kematian manusia.1,2 “Tekanan strok haba (EHS) telah ditunjukkan sebagai penyebab utama bagi sebahagian besar kematian mengejut semasa latihan berintensiti tinggi di tempat awam dan ketetapan ketenteraan,” kata Christopher Barnabas, Naib Presiden, Operasi Asia Pasifik ZOLL.3,4 “Kami amat teruja mengenai potensi teknologi CarbonCool yang berinovatif itu di dalam mencegah dan merawat EHS, serta perjanjian pengedaran dengan Global Healthcare SG yang akan meningkatkan lagi misi kami untuk memperbaiki hasil kelangsungan hidup di rantau itu.” 5,6
ZOLL DAN GLOBAL HEALTHCARE SG MENANDATANGANI PERJANJIAN EKSKLUSIF UNTUK PENGEDARAN BAGI SISTEM PENGURUSAN SUHU TERSASAR MUDAH ALIH DI ASIA PASIFIK
Univar Solutions Menyelesaikan Pengambilalihan Perniagaan Lavo Bulk di Kanada
Transaksi ini mengukuhkan kehadiran syarikat di Kanada Timur serta memperluas penyelesaian dan keupayaan kimia yang saling melengkapi untuk...
-
Aplikasi Pelbagai Bahasa Tabelog untuk Pengembara Antarabangsa — Perkhidmatan Carian dan Tempahan Restoran Terbesar Jepun Alami Dunia Kulina...
-
NetBox Copilot mempercepatkan operasi dan automasi, disamping menyediakan keupayaan layan diri kepada pasukan bukan IT NEW YORK, 12 Feb (B...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...


