Tuesday, April 13, 2021

EIG MENANDATANGANI PERJANJIAN INFRASTRUKTUR $12.4 BILLION DENGAN ARAMCO

 Konsortium yang diketuai oleh EIG akan memperoleh 49% kepentingan ekuiti dalam entiti baharu, Aramco Oil Pipelines Co., dengan hak kepada pembayaran tarif selama 25 tahun untuk minyak yang diangkut melalui rangkaian saluran paip minyak mentah Aramco yang stabil


Satu daripada urus niaga infrastruktur tenaga terbesar di dunia

WASHINGTON, 12 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- EIG, sebuah pelabur institusi terkemuka kepada sektor tenaga global dan satu daripada pelabur infrastruktur terkemuka di dunia, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memasuki satu perjanjian pajakan dan pajakan balik dengan Saudi Arabian Oil Co. (“Aramco”), di mana sebuah konsortium pelabur yang diketuai oleh EIG akan memperoleh 49% kepentingan ekuiti di dalam Aramco Oil Pipelines Company (“Aramco Oil Piplines”), sebuah entiti yang baharu dibentuk dengan hak kepada pembayaran tarif selama 25 tahun untuk minyak yang diangkut melalui rangkaian saluran paip minyak mentah Aramco yang stabil. Urus niaga itu bernilai kira-kira $12.4 bilion dengan Aramco memegang baki 51% kepentingan di dalam entiti baharu itu, menunjukkan jumlah nilai ekuiti bagi Aramco Oil Pipeline sekitar kira-kira $25.3 bilion.

Rangkaian saluran paip itu, yang termasuk kesemua saluran paip minyak mentah Aramco yang stabil bagi yang sedia ada dan yang akan datang di Kerajaan Arab Saudi, menghubungkan medan minyak ke rangkaian hiliran. Rangkaian saluran paip itu mengangkut 100% minyak mentah Aramco yang dihasilkan di Kerajaan itu di bawah Perjanjian Konsesi itu.

Sebagai sebahagian daripada urus niaga itu, Aramco akan memajak hak penggunaan di dalam rangkaian saluran paip minyak mentah mereka yang stabil kepada Aramco Oil Pipelines, dan Aramco Oil Pipelines akan memajak balik kepada Aramco hak eksklusif kepada penggunaan, mengangkut, mengendali dan menyelenggara rangkaian saluran paip itu sepanjang tempoh 25 tahun itu sebagai pertukaran bagi satu tarif berasaskan volum suku tahun, yang dibayar oleh Aramco. Tarif itu akan disokong oleh komitmen volum minimum. Aramco akan pada setiap masa mengekalkan hak milik kepada, dan kawalan pengendalian bagi, rangkaian saluran paip itu dan akan menanggung semua risiko pengendalian dan perbelanjaan modal. Urus niaga tersebut tidak akan mengenakan sebarang sekatan pada volum pengeluaran minyak mentah Aramco yang sebenar yang tertakluk kepada keputusan pengeluaran yang dikeluarkan oleh Kerajaan itu.

“Ini adalah satu peluang yang luar biasa bagi pelabur EIG, dan kami amat bangga untuk bekerjasama dengan Aramco dalam aset infrastruktur global tersohor ini,” kata R. Blair Thomas, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif EIG. “Urus niaga ini adalah sejajar dengan falsafah EIG untuk melabur di dalam aset yang berkualiti tinggi dengan aliran tunai yang dikontrakkan dalam infrastruktur kritikal. Kami tidak sabar-sabar melihat kepada satu perkongsian jangka panjang dengan Aramco dan untuk menyampaikan nilai bagi pelabur kami melalui pelaburan penting ini.”

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Aramco, Amin H. Nasser, berkata: “Urus niaga penting ini menentukan jalan ke hadapan bagi program pengoptimuman portfolio kami. Kami memanfaatkan peluang-peluang baharu yang juga sejajar secara strategik dengan program Shareek yang baru dilancarkan oleh Kerajaan. Struktur modal Aramco yang kukuh akan dipertingkatkan lagi dengan perjanjian ini, yang seterusnya akan membantu memaksimumkan pulangan bagi pemegang saham kami. Di samping itu, rakan-rakan jangka panjang kami dalam usaha sama ini akan mendapat keuntungan daripada pelaburan di satu daripada infrastruktur tenaga yang paling hebat di dunia. Melangkah ke hadapan, kami akan terus meneroka peluang-peluang yang menguatkan strategi penciptaan nilai jangka panjang kami.”

Urus niaga itu dijangka ditutup secepat yang boleh dilaksanakan, tertakluk kepada syarat-syarat penutupan biasa, termasuk sebarang kawalan penggabungan yang diperlukan dan kelulusan kawal selia yang berkaitan.

HSBC Bank plc bertindak sebagai penasihat kewangan kepada EIG berhubung dengan urus niaga itu, dan Latham & Watkins bertindak sebagai penasihat undang-undang EIG.

Maklumat mengenai EIG

EIG adalah sebuah pelabur institusi terkemuka untuk sektor tenaga global dengan $22.0 bilion di bawah pengurusan setakat 31 Disember, 2020. EIG membuat pengkhususan di dalam pelaburan persendirian dalam tenaga dan infrastruktur yang berkaitan dengan tenaga di peringkat global. Sepanjang 39 tahun sejarahnya, EIG telah memberikan komitmen lebih $34.9 bilion kepada sektor tenaga melalui 365 projek atau syarikat di 36 buah negara di enam benua. Pelanggan EIG termasuk banyak pelan pencen terkemuka, syarikat insurans, pembiayaan, yayasan dan dana kekayaan negara di Amerika Syarikat, Asia dan Eropah. EIG beribu pejabat di Washington, D.C. dan mempunyai pejabat di Houston, London, Sydney, Rio de Janeiro, Hong Kong dan Seoul. Untuk maklumat tambahan, sila layari  laman web EIG di www.eigpartners.com.

Maklumat mengenai Aramco

Aramco adalah sebuah syarikat tenaga dan kimia bersepadu global. Kami didorong oleh kepercayaan utama kami bahawa tenaga adalah merupakan peluang. Dari pengeluaran kira-kira satu dalam setiap lapan tong bagi bekalan minyak dunia kepada mengembangkan teknologi tenaga baharu, pasukan global kami berdedikasi untuk mewujudkan impak dalam semua yang kami lakukan. Kami memberi tumpuan kepada menjadikan sumber kami lebih boleh diharapkan, lebih mapan dan lebih berguna. Ini membantu menggalakkan kestabilan dan pertumbuhan jangka panjang di seluruh dunia. www.aramco.com.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14444

Monday, April 12, 2021

BERKSHIRE HATHAWAY SPECIALTY INSURANCE MENAMAKAN IDIE SI SEBAGAI KETUA BAGI INSURANS KEMALANGAN & KESIHATAN, ASIA

BOSTON & SINGAPURA, 12 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Berkshire Hathaway Specialty Insurance (BHSI) hari ini mengumumkan bahawa ia telah melantik Idie Si sebagai Ketua bagi Insurans Kemalangan & Kesihatan (A&H) untuk rantau itu.

“Kami amat gembira untuk mengalu-alukan Idie ke BHSI. Pengetahuan yang mendalam, kepakaran yang luas dan kemahiran kepimpinan beliau akan menjadi satu aset besar bagi kami ketika kami terus mengembangkan penawaran A&H kami dan memperluaskan portfolio ke seluruh rantau itu,” kata Marc Breuil, Ketua bagi Asia Timur Tengah, BHSI. “Pelantikan Idie memperkukuhkan komitmen kami terhadap ruang A&H merentasi rantau itu, di mana kami melihat peluang-peluang yang amat besar untuk memberi perkhidmatan yang selanjutnya kepada broker dan pelanggan kami.”

Idie datang ke BHSI dengan memiliki lebih satu dekad pengalaman yang tertumpu kepada insurans A&H di pasaran Asia dan London. Beliau baru-baru ini merupakan Penaja Jamin Kanan Kemalangan & Kesihatan di Canopius Asia Pte Ltd di Singapura. Sebelum itu, beliau adalah seorang Penaja Jamin Kemalangan & Kesihatan di Tokio Marine Kiln Syndicate Ltd, di pejabatnya di Hong Kong, Singapura dan London. Idie memiliki ijazah sarjana muda dari University of Denver di Colorado.

BERKSHIRE HATHAWAY SPECIALTY INSURANCE MENAMAKAN IDIE SI SEBAGAI KETUA BAGI INSURANS KEMALANGAN & KESIHATAN, ASIA

PLATFORM PEMANTAUAN PESAKIT JARAK JAUH PRA DIPILIH OLEH MERCK KGAA, DARMSTADT, GERMANY UNTUK DIGUNAKAN DALAM GABUNGAN DENGAN SISTEM RAWATAN HORMON PERTUMBUHAN MANUSIA MILIKNYA

 Infrastruktur berdasarkan awan PRA membolehkan Merck KGaA, Darmstadt, Germany untuk menyampaikan pengalaman produk yang lebih baik dan diskalakan bagi peningkatan masa hadapan RALEIGH, N.C., 9 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- PRA Health Sciences (NASDAQ: PRAH) hari ini mengumumkan bahawa Merck KGaA, Darmstadt, Germany, yang dikenali di Amerika Syarikat sebagai EMD Serono, telah memilih platform pemantauan pesakit jarak jauh PRA untuk digunakan dalam gabungan dengan sistem rawatan hormon pertumbuhan manusia (HCH) miliknya. Di bawah perjanjian ini, platform pemantauan pesakit jarak jauh PRA menyokong sistem rawatan HGH Merck KGaA, Darmstadt, Germany termasuklah growlink™, sebuah aplikasi mudah alih untuk pesakit yang dipreskripsikan dengan rawatan HGH, dan easypod® Connect, platform yang selamat untuk profesional jagaan kesihatan (HCP) dalam bidang endokrinologi untuk memantau kepatuhan pesakit, menyemak sejarah suntikan, dan berkongsi maklumat tentang perkembangan pesakit yang menghidap gangguan hormon pertumbuhan. “Pesakit dan pembayar mengharapkan kami untuk menawarkan teknologi baharu seperti aplikasi yang menyokong rawatan, dengan tahap privasi dan keselamatan data yang tertinggi,” kata Andre Musto, Presiden Kanan dan Ketua Metabolisme Kardiovaskular & Endokrinologi, Merck KGaA, Darmstadt, Germany. “Dengan growlink dan easypod Connect, yang disokong oleh platform pemantauan pesakit jarak jauh PRA, kami boleh menawarkan alat yang inovatif untuk membantu dalam mengurus keadaan mereka dan memastikan pembayar menggunakan rawatan yang berkesan sambil menghormati privasi dan keselamatan data mereka sepenuhnya.” Rawatan hormon pertumbuhan manusia kerap dipreskripsikan untuk kanak-kanak dan remaja yang mengalami kekurangan hormon pertumbuhan, keadaan yang memberikan kesan kepada kira-kira 1:4,000 hingga 1:10,000 kanak-kanak¹ setiap tahun di A.S. Walaupun terdapat kelaziman bagi kekurangan hormon pertumbuhan dan pilihan rawatan, salah satu cabaran terbesar adalah untuk memastikan pesakit mematuhi rejimen tersebut. Menambahkan lapisan teknologi ini kepada rawatan HGH memudahkan penglibatan pesakit dengan lebih baik, membantu HCP memanfaatkan lawatan pesakit dengan lebih baik dan memastikan rawatan diambil dengan kerap dan pada dos yang betul, mengoptimumkan hasil rawatan dan memberikan keyakinan pembayar. Dalam persekitaran dunia nyata, HCP akan menggunakan easypod Connect untuk mengundang pesakit memuat turun aplikasi mudah alih, growlink. Kemudian pesakit memuat turun aplikasi mudah alih, menandatangani borang ePersetujuan pada aplikasi dan menyegerakkan aplikasi dengan peranti perubatan penyuntik HGG milik Merck KGaA, Darmstadt, Germany iaitu easypod. Peranti ini mampu mengawal sendiri dos HGH yang sesuai berdasarkan protokol rawatan. Sistem empat bahagian – aplikasi mudah alih (growlink) Merck KGaA, Darmstadt, Germany, peranti yang disambungkan (easypod), dan platform HCP (easypod Connect) dilengkapi oleh teknologi pemantauan pesakit jarak jauh PRA – membolehkan HCP untuk melihat gambaran tepat bagi pematuhan, tinggi, berat, dan hasil lain pesakit sementara menawarkan pesakit cara yang lebih mudah untuk mengikuti rejimen rawatan mereka dan mengurus keadaan mereka. “Selama bertahun-tahun, PRA telah berfokus pada mereka bentuk platform kesihatan digital hujung-ke-hujung yang menyokong penyampaian jagaan kesihatan mudah alih, seperti pemantauan pesakit jarak jauh,” kata Kent Thoelke, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Saintifik, PRA Health Sciences. “Kerjasama kami dengan Merck KGaA, Darmstadt, Germany untuk menyokong growlink dan easypod Connect merupakan contoh cara industri sedang maju dengan pesakit di pusat inovasi kami.” http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14442

Thursday, April 8, 2021

PLATFORM PROTOTAIP NTT COM BERKONGSI DENGAN SELAMAT DATA BERKAITAN PELEPASAN CO2 DARI SWITZERLAND KE TAPAK-TAPAK DI JERMAN DAN JEPUN

 

Carta aliran bagi percubaan perkongsian data baru-baru ini (Grafik: Business Wire)

— Perkongsian antarabangsa bagi data yang dilindungi kedaulatan dijangka akan menyokong penyahkarbonan, dll. —

TOKYO, 8 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications Corporation (NTT Com), penyelesaian ICT dan perniagaan komunikasi antarabangsa di dalam Kumpulan NTT, hari ini mengumumkan bahawa ia telah berjaya di dalam satu percubaan berkongsi data talian pengeluaran yang berkaitan dengan pelepasan CO2 melalui satu platform prototaip yang membolehkan saling hubungan melalui standard IDS yang menyokong kedaulatan data di dalam ekosistem data GAIA-X. Data percubaan itu, yang biasanya tidak akan tersedia untuk dikongsi disebabkan oleh tahap kerahsiaannya yang tinggi walaupun rakan perniagaan yang menjalankan perniagaan sebenarnya perlu untuk melakukan pengiraan pelepasan CO2, telah dihantar dengan selamat ke tapak-tapak yang ditentukan di Jerman dan Jepun dari Taman Inovasi Switzerland Biel/Bienne di Switzerland.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210407006040/en/

GAIA-X adalah satu inisiatif yang diumumkan oleh kerajaan Jerman dan Perancis pada Oktober 2019 untuk menyokong perkongsian data melalui infrastruktur yang memastikan perlindungan, ketelusan, kebolehpercayaan dan saling kendali data untuk melindungi hak-hak bagi syarikat, kerajaan, institusi dan rakyat negara-negara Eropah.

NTT Com menjalankan percubaan itu di bawah anggapan bahawa data tersebut akan digunakan oleh syarikat-syarikat yang terlibat dalam perniagaan sebenar untuk mengkaji semula kaedah pembuatan mereka bagi mencapai penyahkarbonan yang lebih besar. Platform prototaip itu, yang membolehkan saling sambung dengan Penyambung IDS, juga dilengkapi dengan DATA Trust®, satu mekanisme untuk perkongsian selamat bagi data yang sangat sulit.

Percubaan itu membabitkan perkongsian bagi data penggunaan elektrik yang biasanya digunakan oleh rakan perniagaan untuk mengira pelepasan CO2 yang dihasilkan semasa pembuatan bagi produk tertentu. Percubaan itu mengesahkan bahawa platform NTT boleh berkongsi data tersebut dengan selamat dengan hanya pihak-pihak yang dibenarkan oleh undang-undang atau kontrak.

Prototaip itu telah dibangunkan dengan menggunakan teknologi pengedaran data perniagaan-ke-perniagaan Nippon Telegraph and Telephone Corporation (Pusat Inovasi Perisian), dengan kerjasama Inisiatif IoT Revolusi & Perindustrian Robot (RRI), International Data Spaces Association (IDSA), Fraunhofer-Gesellschaft, Taman Inovasi Switzerland Biel/Bienne dan Taman Inovasi Jepun.

NTT Com merancang untuk mempamerkan hasil percubaan itu di tapak bersama IDSA dan RRI semasa pameran perindustrian Hannover Messe di Jerman dari 12-16 April.

“Jepun sangat rapat dengan Eropah dalam bidang industri, dengan satu pengalaman yang kukuh di dalam automotif, keluli, atau pembuatan,” kata Hubert Tardieu, Pengerusi bagi GAIA-X AISBL. “Objektif utama di dalam setiap industri sekarang ini adalah perkongsian data dan penyatuan perkhidmatan seperti di GAIA-X. NTT Communications memulakan dengan satu percubaan pertama di dalam perkongsian data di antara Jepun, Jerman dan Switzerland, dengan menggunakan standard IDS yang menyokong kedaulatan data di dalam ekosistem data GAIA-X. Kami berbangga di GAIA-X AISBL untuk menyokong dengan kukuh pelancaran bagi NTT Communications jurang Hab Jepun dan mula lebih banyak penggunaan kes di sekitar GAIA-X.”

Bergerak ke hadapan, NTT Com akan membina satu persekitaran ujian di Jepun untuk berhubung dengan GAIA-X dan memulakan ujian saling kendali dengan pelbagai syarikat rakan di seluruh dunia pada musim panas ini. Sekiranya semuanya berjalan lancar, NTT Com berharap dapat melancarkan satu platform rasmi dalam tahun fiskal yang berakhir pada Mac 2022. Pelancaran itu akan diselaraskan dengan organisasi dan kumpulan yang terlibat dengan pengedaran data antarabangsa, termasuk Data Society Alliance, OPC Foundation Japan, RRI, GAIA- X AISBL dan IDSA.

Penggunaan data telah menjadi amat diperlukan untuk inisiatif seperti penyahkarbonan global, pencapaian awal bagi Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan pengukuhan bagi industri-industri. Namun, pada masa yang sama, sistem dan teknologi undang-undang untuk mengawal selia dan menguruskan penggunaan data sedang dikembangkan di seluruh dunia, satu daripadanya adalah GAIA-X, untuk mencegah kebocoran bagi rahsia korporat dan negara dan untuk melindungi kedaulatan data.

Di masa hadapan, adalah diharapkan syarikat-syarikat akan diminta menggunakan GAIA-X untuk menghantar dan menerima data yang sangat sulit ke dan dari rakan perniagaan di negara-negara Eropah. Ini bermaksud bahawa syarikat-syarikat yang tidak dapat menggunakan GAIA-X tidak akan dapat melakukan perniagaan dengan rakan-rakan Eropah sekiranya ia melibatkan perkongsian data yang sensitif. Platform NTT Com yang dibayangkan, bagaimanapun, akan membolehkan syarikat-syarikat tersebut untuk dengan mudah berhubung dengan GAIA-X tanpa perlu menghabiskan masa yang berharga dan wang untuk satu penyelesaian perkongsian data yang dapat diterima.

Maklumat mengenai NTT Communications

NTT Communications menyelesaikan cabaran teknologi dunia dengan membantu perusahaan mengatasi kerumitan dan risiko di dalam persekitaran ICT mereka dengan penyelesaian infrastruktur IT yang terurus. Penyelesaian ini disokong oleh infrastruktur kami di seluruh dunia, termasuk rangkaian awam dan persendirian peringkat 1 global yang terkemuka di dalam industri yang menjangkau ke lebih 190 buah negara/wilayah, dan lebih 500,000m2 bagi kemudahan pusat data yang paling maju di dunia. Pasukan perkhidmatan profesional global kami menyediakan perundingan dan seni bina untuk daya ketahanan dan keselamatan yang diperlukan bagi kejayaan perniagaan anda, dan kemampuan berskala dan global kami tidak ada bandingannya. Digabungkan dengan NTT Ltd., NTT Data, NTT DOCOMO, kami adalah merupakan Kumpulan NTT.
www.ntt.com | Twitter@NTT Com | Facebook@NTT Com | LinkedIn@NTT Com

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210407006040/en/

Hubungi

Untuk maklumat lanjut
Akira Sakaino, Takashi Horikoshi, Hideaki Niitsuma
Pejabat Kilang Pintar
Perancangan Perniagaan, Bahagian Penyelesaian Perniagaan
NTT Communications
smart-factory@ntt.com

Sumber : NTT Communications Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

Tuesday, April 6, 2021

INNOPHYS MELANCARKAN SUT ROBOTIK MEMBANTU KERJA YANG BOLEH DIPAKAI "MUSCLE SUIT EVERY" DI MALAYSIA

 TOKYO, 5 April, 2021 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

 
- Menandakan Kemajuan Pertama mereka ke Asia Tenggara -

Innophys Co., Ltd. (kemudian dari ini “Innophys”) mengeluarkan sut robotik membantu kerja yang boleh dipakai “MUSCLE SUIT Every” di Malaysia pada 5 April.
 
Foto 1:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M106291
/202103172382/_prw_PI1fl_9rp4Q4Qp.jpg

 
 
Syarikat yang berpangkalan di Tokyo itu telah menempatkan produk tersebut di pasaran Malaysia sebagai sebahagian daripada usaha mereka untuk mempromosikan penjualan siri MUSCLE SUIT itu ke luar negara.

Malaysia adalah negara Asia Tenggara yang pertama di mana Innophys menjual produk tersebut. Syarikat itu berhasrat untuk memanfaatkan potensi permintaan bagi MUSCLE SUIT Every dari sebilangan besar pekerja di industri pembuatan dan logistik di Malaysia di mana pekerja sering meletakkan beban yang berat di bahagian belakang mereka. Lebih-lebih lagi, syarikat itu menjangkakan permintaan untuk produk tersebut akan berkembang di industri penjagaan perawatan tempatan. Dengan berlatar-belakangkan faktor-faktor ini, Innophys telah memilih untuk bekerjasama dengan ejen jualan tempatan untuk memasarkan produk tersebut di Malaysia.
 
- Laman web global rasmi MUSCLE SUIT Every: https://innophys.net/musclesuit/
- Maklumat mengenai ejen jualan di luar negera:
https://innophys.net/musclesuit/distributors-and-retailers/
 
Maklumat mengenai MUSCLE SUIT Every
 
MUSCLE SUIT Every adalah sejenis sut robotik untuk meringankan beban di bahagian belakang pekerja ketika mereka melakukan kerja berat, seperti mengangkat seseorang atau barang yang berat, dan menjaga postur membengkok ke hadapan. Kapasiti MUSCLE SUIT Every untuk membantu orang adalah sehingga 25.5kgf, dan beratnya hanya 3.8 kilogram.
 
Foto 2:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M106291
/202103172382/_prw_PI2fl_R21173O2.jpg

 
 
Setakat akhir Disember 2020, siri MUSCLE SUIT itu telah terjual lebih dari 16,000 unit. Peranti itu boleh digunakan di pelbagai tempat kerja, termasuk pembuatan, pertanian, penjagaan perawatan, logistik dan pembinaan, memandangkan otot tiruannya menggunakan udara termampat untuk memberikan daya bantuan tanpa bergantung kepada kuasa elektrik.
 
Foto 3:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M106291
/202103172382/_prw_PI5fl_A4yG751d.jpg

 
 
Foto 4:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M106291
/202103172382/_prw_PI4fl_AKk1YEBG.jpg

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14428

Monday, April 5, 2021

SEKARANG PW POWER SYSTEMS AKAN MENJADI MITSUBISHI POWER AERO, YANG BERERTI INTEGRASI PERUSAHAAN YANG LEBIH BAIK

· PW Power Systems telah menjadi pereka dan peneraju global dalam penyelesaian tenaga atas permintaan selama 60 tahun, menyediakan turbin gas terbitan aero yang fleksibel, penjejakan pantas, disesuaikan untuk memenuhi keperluan tenaga kritikal di seluruh dunia.
· Penggunaan jenama Mitsubishi Power adalah sebahagian daripada usaha yang lebih luas untuk mengintegrasikan pembuatan, penjualan, pemasaran, kewangan, perkhidmatan dan pelaksanaan jejak langkah Mitsubishi Power

LAKE MARY, Fla., 6 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini, PW Power Systems secara rasmi menukar namanya menjadi Mitsubishi Power Aero. Mengguna pakai jenama Mitsubishi Power adalah sebahagian daripada usaha yang lebih besar untuk menggunakan sinergi yang memberi manfaat kepada pelanggan turbin gas terbitan aero. Kekuatan portfolio produk dan perkhidmatan terbitan aero akan ditingkatkan dengan memanfaatkan lebih banyak sumber dan teknologi syarikat induk Mitsubishi Power Aero.

SEKARANG PW POWER SYSTEMS AKAN MENJADI MITSUBISHI POWER AERO, YANG BERERTI INTEGRASI PERUSAHAAN YANG LEBIH BAIK

Friday, April 2, 2021

TECHNOLOGY PARK MALAYSIA SOKONG PLATFORM PASAR KREATIF USAHAWAN TEMPATAN

 KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Penganjur pasar kreatif Tempatan Street kembali menawarkan peluang untuk komuniti belia serta usahawan tempatan mempromosi produk dan idea meliputi pelbagai bidang seperti rekaan, muzik, fesyen dan budaya.

 
Program selama dua hari akan berlangsung di kompleks rekreasi Technoflex, Technology Park Malaysia di Bukit Jalil pada 3 dan 4 April 2021, dari jam 10 pagi hingga 9 malam.
 
Lokasi yang ditaja oleh Technology Park Malaysia (TPM) Corporation Sdn Bhd tersebut merupakan sokongan TPM terhadap usaha memperkasa semula golongan usahawan B40 serta industri kecil sederhana (IKS) yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.
 
Selain memartabatkan industri seni kreatif tempatan, TPM mahukan kompleks Technoflex menjadi lokasi pilihan untuk pelbagai aktiviti riadah dan rekreasi santai sesuai untuk seisi keluarga, pada kadar sewa yang berpatutan.
 
Menurut Pengarah Tempatan Street, Mohd Nasir Abdul Rashid, program Tempatan Street kali ini dijalankan secara sederhana berbanding tahun-tahun sebelum memandangkan Kuala Lumpur masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.
 
Walaubagaimanapun, faktor tersebut tidak menghalang penyertaan vendor sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang memerlukan platform sebegini untuk kelangsungan perniagaan mereka.
 
“Sokongan rakyat Malaysia untuk menghargai jenama produk gaya hidup dan usaha kreatif belia tempatan amat diperlukan terutamanya pada masa ini” tambah beliau.
 
Antara artis yang akan membuat penampilan isitimewa adalah Nasir Jani, Pyan Habib, Nabil Ahmad, Radhi & Qi OAG, Andy Flop Poppy dan Pretty Ugly.
 
Masuk ke Tempatan Street adalah percuma. Selain aktiviti jualan jenama tempatan dan penampilan artis, pengunjung juga akan disajikan dengan pertandingan skateboard, konvoi Vespa, aktiviti berbasikal, jualan makanan dan carboot sale di sepanjang festival itu.
 
Technology Park Malaysia Sdn Bhd, sebuah agensi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, mempunyai infrastruktur bersepadu, kemudahan dan perkhidmatan sokongan untuk membantu usahawan yang berminat mengkomersialkan idea mereka dalam tiga kelompok industri, iaitu ICT, Kejuruteraan dan Bioteknologi.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14423

Univar Solutions Menyelesaikan Pengambilalihan Perniagaan Lavo Bulk di Kanada

Transaksi ini mengukuhkan kehadiran syarikat di Kanada Timur serta memperluas penyelesaian dan keupayaan kimia yang saling melengkapi untuk...