Tuesday, December 15, 2020

LITHIUM WERKS MENCAPAI IATF 16949 DAN MEMBAHARUI ISO 9001

 


AUSTIN, Texas dan ENSCHEDE, Belanda, 15 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Lithium Werks berasa sukacita untuk mengumumkan bahawa mereka telah membaharui pensijilan ISO 9001 yang telah dimiliki sekian lama, kini sah sehingga lewat tahun 2023, dan menaik taraf Pensijilan Kualiti Automotif TS 16949:2009 yang sebelumnya kepada pensijilan IATF 16949:2016 yang baharu, berdaftar dengan BSI (Institut Standard British), untuk loji Penyalutan Elektrod dan Penghimpunan Sel Changzhou.


Pasukan Petugas Automotif Antarabangsa IATF 16949:2016 ialah Sistem Pengurusan Kualiti Automotif pilihan dan menggantikan ISO/TS 16949:2009 dengan menyepadukan banyak sistem Pengurusan Kualiti Automotif antarabangsa seperti: VDA (Jerman), AIAG dan QS-9000 (Amerika Utara), AVSQ (Itali), FIEV (Perancis) dan SMMT (UK).

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14106

Mesin DAEM Baharu Kumpulan ixFintech Mendarat Di Cyberport, Hong Kong

 HONG KONG, 14 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) — Hari ini, Kumpulan ixFintech mengumumkan bahawa produk baharu mereka, Mesin Pertukaran Aset Digital (DAEM), akan mendarat di Cyberport, Hong Kong*, yang akan membolehkan komuniti Cyberport untuk melakukan percubaan pusingan pertama mereka. Mesin itu membolehkan komuniti Cyberport dan pengunjung untuk belajar dan mengalami serta membeli dan menjual aset digital dengan menggunakan wang tunai dan dompet digital, melihat prestasi Indeks ixCrypto, serta fungsi-fungsi lain yang berkaitan dengan KYC. Berbeza dengan ATM kripto yang lain, DAEM adalah merupakan mesin pertukaran yang benar-benar terpencar yang pertama di dunia yang dilengkapi dengan teknologi keselamatan pengkomputeran pascakuantum.

“2020 menandakan tahun bagi Kumpulan itu untuk bergerak ke ruang DEFI dengan siapnya DAEM,” kata Irene Wong, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Kumpulan IX Fintech. “Kami sangat berterima kasih kerana mendapat sokongan daripada rakan-rakan kami, 01 Communique dari Kanada dan CryptoGo dari Hong Kong untuk merealisasikan visi kami mengenai ATM generasi baharu itu – DAEM. Kami berharap DAEM baharu itu akan menyumbang kepada rangka tindakan ixFintech bagi ekosistem aset digital dan merealisasikan visi kami mengenai pembayaran masa depan dan pengiriman wang blok rantai. Di masa hadapan, kami akan bekerjasama dengan beberapa pengeluar produk kewangan untuk menyediakan produk kewangan yang berkaitan dengan Indeks ixCrypto, kemudian tokenkan produk ini, dan menyediakan lebih banyak pilihan pelaburan alternatif kepada pengguna DAEM.”

Kumpulan ixFintech baru-baru ini telah mengembangkan kehadiran mereka di Singapura dengan menggabungkan sebuah anak syarikat baharu IXFINTECH SG PTE. LTD, dengan memberi tumpuan kepada perniagaan yang berkaitan dengan aset digital. Untuk maklumat lanjut mengenai DAEM, sila layari http://daemtech.com/. Untuk melakukan satu percubaan, sila hubungi daem@ixfintech.com.

* Mesin itu pada masa ini ditempatkan di Ruang Pintar, Teras E, 4/F, Cyberport 3

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14098


PHOENIX SOFTWARE INTERNATIONAL® MEMPERLUAS PERJANJIAN PELESENAN KOD SUMBER IBM® Z/OS® JES3

Terbitan baharu berfungsi untuk membawakan kefungsian tambahan kepada JES3plus®, JES3 dan JES2


EL SEGUNDO, Calif., 14 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Phoenix Software International, Inc., hari ini mengumumkan bahawa mereka telah memperluas perjanjian pelesenan kod sumber dengan IBM untuk IBM z/OS® JES3. Sebagai sebahagian daripada perjanjian tersebut, Phoenix Software International merancang untuk mengembangkan lesen kod sumber JES3 yang awal untuk menambahkan komponen tambahan dalam ruang Pemindahan Data Pukal. Perkara ini membolehkan Phoenix Software International untuk membawakan set penawaran produk baharu kepada pasaran, termasuk komponen Pemindahan Data Pukal (BDT) terbitan, Fail kepada Fail untuk persekitaran JES2, JES3 dan JES3plus® dan Masukkan Kerja Rangkaian (NJE) Seni Bina Rangkaian Sistem (SNA) untuk persekitaran JES3 dan JES3plusyang dirancang untuk tahun 2021.

Elemen Fail kepada Fail BDT membolehkan pengguna satu sistem z/OS menyalin atau mengalihkan Data Berjujukan dan Berpetak MVS kepada atau daripada sistem z/OS lain melalui rangkaian SNA tradisional atau rangkaian yang dibawakan melalui infrastruktur IP yang menggunakan teknologi Pemanjang Perusahaan (EE). Fail kepada Fail menyokong jadual yang berstruktur untuk operasi menyalin/mengalih dan berfungsi dengan sebarang sistem z/OS tanpa mengira JES yang digunakan. Elemen SNA/NJE BDT membolehkan sistem z/OS menggunakan JES3 atau JES3plus untuk memindahkan kerja dan output kerja dengan rangkaian berasaskan SNA yang sama.

JES3plus® V1R0, produk terbitan JES3 keluaran pertama oleh Phoenix Software, tersedia pada awal tahun ini menawarkan penyelesaian untuk pelanggan z/OS yang masih menginginkan kefungsian berasaskan JES3. Peningkatan fungsi sedang diuji di lapangan sekarang dan dijangka tersedia secara umum kepada pengguna pada suku pertama tahun 2021.

Untuk membaca kandungan penuh, lihat kiriman Blog Phoenix Software International: https://phoenixsoftware.com/article.php?20201210

Untuk maklumat lanjut tentang JES3plus, lawati https://phoenixsoftware.com/jes3plus.htm.

Perihal Phoenix Software International

Phoenix Software International, Inc., (www.phoenixsoftware.com), ialah syarikat pembangunan perisian sistem yang menyediakan aplikasi perisian lanjutan kepada perusahaan di seluruh dunia. Syarikat menawarkan pelbagai penyelesaian kepada cabaran perniagaan moden.

Maklumat Hubungan Akhbar:
(310) 338-0400
news@phoenixsoftware.com
 
Sumber: Phoenix Software International

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14101

LAPORAN MENGENAI PEMBANGUNAN BERKUALITI TINGGI BAGI PELABUHAN-PELABUHAN CHINA 2020 (PELABUHAN LAUT) DIKELUARKAN

 BEIJING, 14 Dis., 2020 /Xinhua-AsiaNet/--

 
Perkhidmatan Maklumat Ekonomi China dan Institut Penyelidikan Pengangkutan Bawaan Air  China telah bersama-sama mengeluarkan Laporan mengenai Pembangunan Berkualiti Tinggi bagi Pelabuhan-pelabuhan China (Pelabuhan Laut) pada Forum mengenai Mempromosikan Pembangunan Pelabuhan – Pengeluaran Laporan mengenai Pembangunan Berkualiti Tinggi bagi Pelabuhan-pelabuhan China (Pelabuhan Laut) yang diadakan di Hangzhou pada 4 Disember, 2020.

Adalah difahamkan bahawa berdasarkan kepada konsep pembangunan berkualiti tinggi bagi “inovatif, diselaraskan, hijau, terbuka dan perkongsian”, Laporan mengenai Pembangunan Berkualiti Tinggi bagi Pelabuhan-pelabuhan China (Pelabuhan Laut) itu telah membina satu sistem penunjuk penilaian yang terdiri daripada empat penunjuk gred pertama dan 10 penunjuk gred kedua untuk menilai pembangunan berkualiti tinggi bagi 22 pelabuhan pesisir pantai utama di China.

Hasil penilaian itu menunjukkan bahawa pada tahun 2020, skor komprehensif paling tinggi di antara 22 pelabuhan pesisir pantai utama adalah 9.07, purata 5.74, dan paling rendah 3.87. Pelabuhan Shanghai, Pelabuhan Ningbo Zhoushan, Pelabuhan Shenzhen dan Pelabuhan Qingdao adalah yang utama di antara pelabuhan-pelabuhan ini.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14102

LEDDARTECH MENYERTAI PROGRAM RAKAN KONGSI STMICROELECTRONICS UNTUK MEMPERCEPAT MASA KEPADA PASARAN PELANGGAN

QUEBEC CITY, 14 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, peneraju global dalam ADAS Tahap 1-5 dan teknologi penderiaan AD, mengumumkan bahawa mereka telah menyertai Program Rakan Kongsi STMicroelectronics untuk bekerjasama dengan STMicroelectronics melalui pembangunan bersama dan promosi penyelesaian LiDAR berdasarkan penyelesaian pengimbasan pancaran laser berasaskan cermin MEMS oleh STMicroelectronics dan komponen penderiaan dan produk perisian LeddarTech.


LeddarTech percaya bahawa kerjasama industri membawa kepada nilai pengguna akhir yang lebih besar dan perkara itu diperlukan secara khusus untuk menyelesaikan cabaran untuk menyampaikan sistem ADAS dan pelaksanaan pemanduan berautonomi. Kepercayaan ini membawa LeddarTech untuk mewujudkan dan merancang Leddar™ Ecosystem yang terdiri daripada pembekal terkenal dalam industri yang menyokong pembangunan pelanggan dalam penyelesaian penderiaan automotif untuk aplikasi ADAS dan AD.

Direka bentuk dengan kesedaran aplikasi automotif dan industri yang mencabar, penyelesaian pengimbasan pancaran laser berasaskan cermin MEMS ST adalah ideal untuk pelbagai aplikasi berprestasi tinggi, berketepatan tinggi dan berkebolehpercayaan tinggi. ST sebagai pembekal unggul bagi penyelesaian pengimbasan pancaran laser berasaskan cermin MEMS, menyediakan blok binaan dan kunci yang kritikal dalam mendayakan teknologi untuk LeddarTech.

Selari dengan LeddarTech, Ecosystem menyampaikan kepakaran teknikal, teknologi, komponen, perisian, alatan dan perkhidmatan yang memanfaatkan platform LeddarTech yang agnostik terhadap perkakasan yang terbuka dan boleh skala. Ahlinya mempunyai prakelayakan untuk penyepaduan dengan pergabungan penderia dan perisian persepsi LeddarEngine™ dan LeddarVision™ oleh LeddarTech.

Penambahan STMicroelectronics kepada Leddar Ecosystem dan penyertaan LeddarTech dalam Program Rakan Kongsi STMicroelectronics memaksimumkan ketangkasan reka bentuk dan mengurangkan masa kitaran, kos dan risiko, membawa kepada masa pasaran kepada pasaran yang lebih pendek untuk pelanggan.

“Program Rakan Kongsi ST membantu pasukan reka bentuk pelanggan mengakses kemahiran dan sumber tambahan untuk membantu dalam pembangunan kejuruteraan dan memendekkan masa kepada pasaran untuk produk baharu,” kata Alessandro Maloberti, Pengarah Ekosistem Rakan Kongsi, STMicroelectronics. “Dengan memilih, melayakkan, dan mengesahkan rakan kongsi program kami, sekali lagi kami mengambil langkah besar dalam membantu pelanggan untuk mempercepat reka bentuk dan pembangunan, serta menyediakan produk dan perkhidmatan paling teguh dan cekap kepada pasaran.”

“Perkongsian ini melingkungi penyampaian LeddarTech bagi teknologi penderiaan penting, perisian dan kepakaran dalam komponen yang digabungkan dengan penyelesaian pengimbasan pancaran berasaskan cermin MEMS oleh ST yang terbukti. Pendekatan ini membolehkan pelanggan ST untuk membangunkan dan melaksanakan penderia LiDAR dan sistem ADAS & AD berkaitan yang memenuhi keperluan prestasi dan kos yang ketat mereka,” kata Michael Poulin, Naib Presiden Perkongsian Strategik dan Pembangunan Korporat di LeddarTech. “ST memiliki rekod prestasi terbukti dalam menyampaikan kualiti, kebolehramalan dan jumlah yang diperlukan dalam automotif. Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan mereka untuk membolehkan pelaksanaan teknologi LiDAR secara besar-besaran bagi dalam pasaran kereta penumpang,” kata Encik Poulin.

STMicroelectronics, peneraju semikonduktor global yang berkhidmat untuk pelanggan merentasi pelbagai spektrum aplikasi elektronik, mewujudkan Program Rakan Kongsi ST untuk mempercepat usaha pembangunan pelanggan dengan mengenal pasti dan menekankan kepada mereka syarikat dengan produk dan perkhidmatan yang saling melengkapi. Di samping itu, proses pensijilan program tersebut memastikan bahawa semua rakan kongsi disemak secara berkala untuk kualiti dan kecekapan. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.st.com/partners.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14099

Monday, December 14, 2020

​INTERACTIVE BROKERS GROUP MENUBUHKAN PEJABAT EROPAH TENGAH

Thomas Peterffy, Pengasas, Pengerusi dan Pengasas, Interactive Brokers (Foto: Business Wire)


Interactive Brokers Eropah Tengah akan Berkhidmat kepada Pelabur dan Pengurus Kekayaan di Wilayah yang Berkembang Pesat

GREENWICH, Conn., 15 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Interactive Brokers Group (Nasdaq: IBKR), sebuah syarikat pembrokeran global, hari ini mengumumkan penubuhan Interactive Brokers Central Europe Zrt., (IBCE) dan pembukaan sebuah pejabat di Budapest. Dengan penambahan Hungary, firma pembrokeran global itu kini mempunyai 10 entiti di seluruh dunia di Amerika Syarikat, Australia, Kanada, Hong Kong, India, Jepun, Luxembourg, Singapura, dan United Kingdom, yang memberi perkhidmatan kepada lebih satu juta akaun pelanggan di lebih  220 buah negara dan wilayah.

​INTERACTIVE BROKERS GROUP MENUBUHKAN PEJABAT EROPAH TENGAH

Kemas Kini - dSPACE Dan LeddarTech Berganding Bahu Menyampaikan Alat Utama Dalam Mendayakan Pelaksanaan Sistem ADAS Dan AD

 PADERBORN, Jerman, dan QUEBEC CITY, 14 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- dSPACE, salah satu pembekal terkemuka bagi penyelesaian simulasi dan pengesahan dan LeddarTech®, peneraju dalam teknologi penderiaan ADAS dan AD Tahap 1-5, bersetuju untuk bekerjasama untuk bersama-sama memacu ke hadapan dalam pembangunan teknologi LiDAR untuk Sistem Bantuan Pemandu Lanjutan (ADAS) dan Pemanduan Berautonomi (AD). Kerjasama rapat ini akan membawa kepada alat simulasi dan model kejituan tinggi untuk menyokong dan mempercepat pembangunan dan pengesahan penderia LiDAR berasaskan LeddarEngine™ yang disuaikan secara optimum dan sistem ADAS & AD yang berkaitan secara signifikan.

Alat ini membolehkan pelanggan untuk menjalankan simulasi reka bentuk penderia LiDAR mereka sendiri berasaskan LeddarEngine lawan penyepaduan kotak hitam LiDAR pihak ketiga. Simulasi secara lebih khususnya membantu pereka bentuk meneroka pelbagai seni bina dan komponen penderia LiDAR dalam pembangunan reka bentuk LiDAR mereka sendiri yang optimum dan mengesahkan hasil prestasi dalam kes penggunaan aplikasi yang khusus. Pengesahan ini merangkumi simulasi yang tepat secara fizikal bagi LiDAR dan persekitaran kenderaan, termasuk objek yang bergerak (contohnya, kenderaan, pejalan kaki), jalan raya dan objek statik lain (contohnya, isyarat trafik, susur jalan).

“Strategi pengujian yang betul, model yang betul dan antara muka sedia digunakan untuk simulasi dan pemprosesan semula merupakan blok binaan utama,” kata Dr. Christopher Wiegand, Pengurus Produk di dSPACE. “Kerjasama dengan peneraju industri dalam LiDAR automotif berkeadaan pepejal dan penyelesaian penderiaan membolehkan pelanggan kami untuk menjalankan tugas pengesahan untuk aplikasi berasaskan LiDAR dengan tepat dan pantas. Tanpa simulasi yang boleh dipercayai, sistem pemanduan automatik (SAE Tahap 3-5) tidak dapat dicapai.”

“Kerjasama antara dSpace dengan LeddarTech akan menghasilkan alat simulasi dipertingkat yang akan banyak memudahkan dan memacu pembangunan LiDAR yang teroptimum,” kata Michael Poulin, Naib Presiden, Perkongsian Strategik dan Pembangunan Korporat di LeddarTech. “Kami berbesar hati untuk mengalu-alukan dSpace sebagai ahli baharu dalam Leddar Ecosystem, menyokong pelaksanaan besar-besaran bagi LiDAR automotif dalam sistem ADAS & AD yang selamat dan cekap dari segi kos.”

Perihal dSPACE
dSPACE merupakan pembekal penyelesaian yang terkemuka untuk membangunkan kenderaan yang disambungkan, berautonomi dan dikuasakan oleh elektrik. Pengeluar automotif dan pembekal mereka terutamanya menggunakan rangkaian penyelesaian akhir ke akhir syarikat untuk menguji komponen perisian dan perkakasan kenderaan baharu mereka jauh sebelum model baru dibenarkan di jalan tersebut. dSPACE bukan sahaja rakan kongsi pembangunan yang dicari-cari dalam pembangunan kenderaan. Jurutera juga bergantung pada pengetahuan dSPACE kita dalam automasi aeroangkasa dan perindustrian. Portfolio kami terdiri daripada penyelesaian akhir ke akhir untuk simulasi dan pengesahan kepada perkhidmatan kejuruteraan dan perundingan serta latihan dan sokongan. Dengan kira-kira 1,800 pekerja di seluruh dunia, dSPACE beribu pejabat di Paderborn, Jerman; mempunyai tiga pusat projek di Jerman; dan berkhidmat untuk pelanggan melalui syarikat dSPACE rantau di AS, UK, Perancis, Jepun, China dan Croatia.

Perihal LeddarTech
LeddarTech ialah peneraju dalam platform penderiaan persekitaran untuk kenderaan berautonomi dan sistem bantuan pemandu lanjutan. Diasaskan pada tahun 2007, LeddarTech telah berubah menjadi syarikat penderiaan persekitaran hujung ke hujung yang menyeluruh dengan membolehkan pelanggan menyelesaikan cabaran penderiaan dan persepsi kritikal merentasi seluruh rantai nilai bagi segmen pasaran automotif dan mobiliti. Dengan platform pergabungan penderia dan persepsi LeddarVision™ dan penyelesaian pembangunan LiDAR yang mesra kos, boleh skala dan serba boleh miliknya untuk LiDAR berkeadaan pepejal bergred automotif berdasarkan LeddarEngine™, LeddarTech membolehkan penyepadu sistem automotif Peringkat 1-2 untuk membangunkan penyelesaian penderiaan tindanan penuh untuk autonomi tahap 1 hingga 5. Penyelesaian ini dikerahkan secara aktif dalam penggunaan kenderaan ulang-alik, trak, bas, kenderaan penghantaran, bandar/kilang pintar dan roboteksi berautonomi. Syarikat ini bertanggungjawab untuk beberapa inovasi dalam aplikasi penderiaan jauh automotif dan mobiliti yang canggih, dengan lebih 95 teknologi berpaten (diluluskan atau menunggu kelulusan) meningkatkan ADAS dan keupayaan memandu berautonomi.

Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh diakses di www.leddartech.com dan di LinkedIn, Twitter, Facebook, dan YouTube.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14100​

Univar Solutions Menyelesaikan Pengambilalihan Perniagaan Lavo Bulk di Kanada

Transaksi ini mengukuhkan kehadiran syarikat di Kanada Timur serta memperluas penyelesaian dan keupayaan kimia yang saling melengkapi untuk...