Friday, May 3, 2019

​LEDDARTECH MELANTIK RICHARD LARUE, PEGUAM ANTARABANGSA KORPORAT BERPENGALAMAN KE DALAM PASUKAN EKSEKUTIFNYA

​LEDDARTECH MELANTIK RICHARD LARUE, PEGUAM ANTARABANGSA KORPORAT BERPENGALAMAN KE DALAM PASUKAN EKSEKUTIFNYA

AEGIS SECURITY MENAWARKAN KOMPUTER MINI PERTAMA DI DUNIA YANG SEPENUHNYA MELINDUNGI ANONIMITI ANDA




LONDON, 2 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Aegis Security Manufacturing Limited mula menjual komputer mini pertama di dunia yang sepenuhnya melindungi anonimiti anda di internet, serta sebarang maklumat yang disimpan dalam memori dalaman peranti tersebut.

Komputer mini ini dipanggil Aegis One. Peranti kompak ini mengandungi pemproses ARM Cortex 1.4 Ghz yang moden, paparan warna 2.8 inci berciri penuh dengan resolusi 320 * 240 piksel, bekas aluminium logam penuh dan memori dalaman antara 16 hingga 256GB.

Selama lebih daripada dua tahun, Aegis Security telah membangunkan perisian untuk melindungi kerahsiaan kliennya secara pasti, yang kemudiannya disepadukan ke dalam Aegis One. Hasil kerja ini ialah sistem perisian: Aegis VPN - rangkaian maya peribadi dengan seni bina pelayannya sendiri serta saluran komunikasi sehingga 1 gbit, sambungan selamat sepenuhnya serta tiada log; Aegis Crypt ialah sistem penyulitan data moden berpandukan piawai AES-XTS-PLAIN64, kata laluan diperlukan untuk memasuki sistem semasa proses but; Aegis Firewall ialah firewall dikonfigurasikan secara profesional yang menyekat dan menapis semua data masuk dan keluar.

Sistem ini dibina berasaskan pengedaran Debian (sejenis sistem Linux), ia berbeza dalam kebolehpercayaan yang berparas tinggi, antara muka yang mudah dan pilihan pemeribadian yang meluas. Sistem ini membenarkan anda memasang program yang diperlukan untuk aplikasi kerja dan hiburan, repositori pada hari ini mengandungi lebih daripada 1000 program yang berlainan. 

Thursday, May 2, 2019

KAMERA BERBILANG BARIS BAHARU YANG VERSATIL MENDAYAKAN PENGIMEJAN BERKELAJUAN TINGGI 5 GPIKS/SAAT UNTUK APLIKASI PENGLIHATAN YANG MENCABAR

Kamera Linea ML daripada Teledyne DALSA yang telah memenangi anugerah kini dalam pengeluaran


WATERLOO, Ontario, 2 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Teledyne DALSA, syarikat Teledyne Technologies dan peneraju global dalam teknologi penglihatan mesin, berbesar hati untuk mengumumkan bahawa model pertama kamera Linea ML yang terbaru kini dalam pengeluaran sepenuhnya. Kamera CMOS berbilang baris lanjutan, Linea ML™ dalam pilihan monokrom, berwarna dan berbilang spektrum akan mengubah cara kamera imbas baris digunakan dalam banyak aplikasi penglihatan mesin.

Kini dalam pengeluaran penuh, model monokrom 16k Linea ML beroperasi dalam baris tunggal atau berbilang pada kadar baris maks sebanyak 300 kHz, atau pemprosesan data 5 GPiks/saat.  Pendedahan berturutan dengan integrasi mula dan tamat bebas untuk setiap baris membolehkan penggunaan konfigurasi iluminasi versatil dengan teknologi pencahayaan LED terbaru. Model warna 16k menyediakan warna asli RGB berkelajuan tinggi, mempunyai resolusi tinggi dan fideliti tinggi tanpa sebarang interpolasi.

“Kumpulan kamera Linea ML menawarkan keupayaan versatil untuk memenuhi keperluan aplikasi yang semakin mencabar dalam penglihatan mesin pada hari ini. Selain daripada pengimejan mono dan berwarna, model terbaru menyertakan mod HDR direka bentuk secara khusus untuk menangkap suasana cerah dan gelap dengan julat dinamik yang dipertingkatkan. Selanjutnya, keupayaan pengimejan multifield™ pembahagian masa membolehkan pengguna akhir menangkap berbilang imej menggunakan medan cerah, medan gelap dan cahaya latar belakang dalam imbasan tunggal” kata Xing-Fei He, Pengurus Kanan Produk.

Digabungkan dengan pencekup bingkai prestasi tinggi siri CLHS Xtium™2 daripada Teledyne DALSA, produk baharu ini mewakili satu kemajuan  dalam pemprosesan data dalam industri ini. Dibina berdasarkan teknologi medan yang diperakui, antara muka optik gentian CLHS generasi baharu menawarkan pemindahan data berdaya pemprosesan tinggi dan boleh dipercayai. Kabel optik gentian mengurangkan kos sistem, menghasilkan kabel lebih panjang (sehingga 300 m), kalis sinaran elektromagnet dan sesuai untuk persekitaran industri. Kumpulan pencekup bingkai Xtium2 Teledyne DALSA yang berprestasi tinggi menampilkan platform PCI Express Gen 3 x8.

Ciri Utama:
  • Kelajuan kadar baris sehingga 300 kHz dalam resolusi 16k/8k, atau 5 Gpiks/saat
  • Pengimejan Mono/HDR dengan output tunggal atau duaan
  • Pengimejan multifield dan pembahagian masa dalam satu imbasan menggunakan pendedahan berturutan
  • Antara muka optik gentian Camera Link HS untuk pemindahan data yang boleh dipercayai dan kabel panjang  
  • Kos sistem lebih rendah
Sila lawati halaman produk Linea untuk mendapatkan maklumat lanjut. Untuk pertanyaan jualan, lawati halaman hubungan kami dan untuk imej resolusi penuh, kit media dalam talian kami.

Perihal Produk dan Perkhidmatan Penglihatan Mesin Teledyne DALSA
Teledyne DALSA adalah sebahagian daripada kumpulan Teledyne Imaging dan peneraju dalam reka bentuk, pengeluaran dan pengerahan komponen pengimejan digital untuk penglihatan mesin. Sensor imej, kamera, kamera pintar, pencekup bingkai, perisian dan penyelesaian penglihatan Teledyne DALSA digunakan dalam ribuan sistem pemeriksaan di seluruh dunia dan merentasi berbilang industri. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati www.teledynedalsa.com/imaging.

Teledyne Imaging ialah sekumpulan syarikat peneraju yang bernaung di bawah jenama Teledyne. Teledyne Imaging membentuk kumpulan pakar merentas spektrum dengan pengalaman beberapa dekad lamanya. Secara individu, setiap syarikat menawarkan penyelesaian yang terbaik dalam bidangnya. Secara berkumpulan, syarikat-syarikat ini menggabungkan dan menggunakan kekuatan satu sama lain untuk menyediakan portfolio teknologi pengimejan dan berkaitan yang paling meluas dan mendalam di dunia. Daripada penyelesaian aeroangkasa hingga pemeriksaan industri, kajian saintifik, spektroskopi, radiografi dan radioterapi, pensurveian geospatial, MEMS dan semikonduktor canggih, Teledyne Imaging menawarkan sokongan pelanggan di seluruh dunia dan kepakaran teknikal untuk menjalankan tugas yang sukar. Alat, teknologi dan penyelesaian penglihatan mereka dibina untuk memberikan kelebihan yang unik dan berdaya saing kepada pelanggan.

Semua tanda dagangan didaftarkan oleh syarikat masing-masing.
Teledyne DALSA berhak membuat perubahan pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan.

Hubungan Media:
Geralyn Miller
Pengurus Kanan, Hubungan Media Global
Tel: +1-519-886-6001 samb. 2187
E-mel: geralyn.miller@teledyne.com

Hubungan Jualan:
Sales.americas@teledynedalsa.com
Sales.europe@teledynedalsa.com
Sales.asia@teledynedalsa.com

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/bff9c66f-bd38-42fa-83e9-fe2034126e3d

SUMBER : Teledyne DALSA

SIGMA SYSTEMS MENGUMUMKAN PENJUALAN SYARIKAT KEPADA HANSEN TECHNOLOGIES

Sigma Systems, sebuah pembekal global yang terkemuka bagi mewujud-menjual-menyampaikan penyelesaian perisian untuk syarikat-syarikat telekom, media, dan berteknologi tinggi, telah menandatangani satu perjanjian yang bakal diperolehi oleh syarikat pengebilan, pengurusan data dan penjagaan pelanggan yang berpangkalan di Australia, Hansen Technologies

TORONTO, 2 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sigma Systems, peneraju dunia di dalam perisian yang berasaskan katalog dengan sukacitanya mengumumkan pengambilalihan mereka oleh Hansen Technologies, sebuah pemimpin di dalam penyelesaian pengebilan, pengurusan data dan penjagaan pelanggan untuk industri Tenaga, Air, TV Berbayar, dan Telekomunikasi. Selepas penutupan penjualan itu, Hansen akan memperolehi pemilikan sepenuhnya ke atas Sigma Systems. Hansen Technologies adalah sebuah syarikat awam yang disenaraikan di Bursa Saham Australia (ASX: HSN).

Dalam persekitaran yang sangat berinovatif pada hari ini, penyedia perkhidmatan memberi tumpuan kepada bagaimana untuk mempercepatkan inovasi produk dan perkhidmatan, mengubah perniagaan mereka bagi menjadi organisasi digital yang boleh dengan lebih efektif membuat penawaran berinovatif yang baharu, menjual mereka tanpa geseran di saluran pilihan pelanggan, dan menyampaikan perkhidmatan tersebut sebagaimana yang dijanjikan. Dari inovasi perkhidmatan digital sehingga kepada merealisasikan hasil dan sokongan pelanggan, pengambilalihan Sigma dan penawaran gabungan produk yang dihasilkan dari kedua-dua syarikat itu akan terus mengukuh dan memperluaskan proposisi nilai merentasi industri Telecom, Media, IoT, Tenaga dan Utiliti yang kami tawarkan perkhidmatan. Gabungan bagi kedua-dua syarikat yang berkembang pesat ini mewujudkan sebuah organisasi yang lebih mantap dengan kepakaran yang lebih tinggi, pakar penyampaian yang lebih berbakat, memperluaskan skala R&D dan mempelbagaikan perniagaan kami merentasi industri menegak.

Andrew Hansen, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Hansen Technologies, mengulas: “Dengan rasa penuh bersemangat saya mengalu-alukan Sigma Systems ke dalam Kumpulan Hansen Technologies. Pengambilalihan itu merupakan satu langkah strategik untuk meningkatkan nilai proposisi kami kepada telekomunikasi, tv berbayar dan tenaga menegak. Sepanjang 10 tahun yang lalu, kami telah memacukan satu strategi pertumbuhan yang luar biasa melalui pengambilalihan, mencapai satu kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 28% dalam tempoh empat tahun yang lalu. Membawa Sigma Systems ke dalam kumpulan ini mengukuhkan lagi keupayaan kami untuk memberikan penyelesaian yang bernilai kepada pangkalan pelanggan kami dan mewujudkan peluang pengembangan baharu untuk menjual silang penyelesaian perisian Sigma kepada pangkalan pelanggan tenaga kami yang luas.”

Tim Spencer, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Sigma Systems, mengulas: “Dengan memiliki sejarah selama 23 tahun dalam memenuhi keperluan industri telekom, adalah dengan rasa bangga bahawa kami telah berpindah ke bab seterusnya di dalam sejarah Sigma. Pada tahun lepas, Sigma telah meneruskan satu strategi pertumbuhan yang agresif melalui peningkatan tumpuan kepada penerimaan produk dan awan, pertumbuhan melalui menegak bersebelahan, dan satu strategi rakan pergi-ke-pasaran yang dipertingkatkan. Pemerolehan Sigma oleh Hansen Technologies melambangkan dua buah syarikat yang kuat yang berpadu tenaga, satu proposisi nilai kukuh yang digabungkan, dan pemecutan bagi strategi Sigma. Kami menanti-nantikan kepada peluang-peluang baharu di hadapan kami untuk memacukan nilai bagi pelanggan Sigma dan Hansen dan pemegang saham bagi syarikat itu.”

Pemerolehan ke atas Sigma Systems ditetapkan untuk ditutup pada 31 Mei, 2019. Untuk maklumat lanjut mengenai Sigma Systems, produk dan perkhidmatan mereka yang telah memenangi anugerah, dan mendapatkan Seterusnya Dilakukan Sekarangsila layari www.sigma-systems.com atau hubungi kami di info@sigma-systems.com.

Untuk maklumat lanjut mengenai Hansen Technologies, sila layari www.hansencx.com.

Maklumat mengenai Sigma Systems (sigma-systems.com atau Twitter @SigmaSystems)
Sigma Systems adalah peneraju dunia di dalam penyelesaian perisian yang berasaskan katalog untuk komunikasi, media, dan syarikat-syarikat berteknologi tinggi. Ia memberi perkhidmatan kepada lebih 80 pelanggan di 40 buah negara dengan produk-produk mereka yang telah memenangi anugerah. Portfolio syarikat itu merangkumi ke seluruh perusahaan Katalog, Sebut Harga Konfigurasi (CPQ), produk Pengurusan Pesanan, Peruntukan, Wawasan dan Inventori Portfolio, dan menawarkan satu set perkhidmatan utama termasuk perkhidmatan profesional, perkhidmatan awan, dan perkhidmatan yang terurus. Sigma menggunakan satu pendekatan yang tangkas untuk melaksanakan produk B/OSS mereka bagi pelanggan mereka. Sigma mempunyai pejabat di Amerika Utara dan Selatan, Eropah dan Asia Pasifik, dengan rakan teknologi dan pengintegrasian di seluruh dunia.

Maklumat mengenai Hansen Technologies
Hansen Technologies adalah sebuah peneraju dunia di dalam pengebilan, pengurusan data dan penjagaan pelanggan. Dengan lebih 40 tahun pengalaman, Kumpulan Hansen Technologies mempunyai lebih daripada 1000 orang pakar. Penyelesaian Hansen yang terbukti dan berskala serta penawaran yang berinovatif dan fleksibel, membolehkan lebih daripada 500 pelanggan untuk menyampaikan inisiatif perniagaan akhir-ke-akhir yang menjimatkan kos untuk meningkatkan pengalaman pelanggan mereka.

Hansen mempunyai pejabat di seluruh dunia di Denmark, Finland, Norway, Sweden, Jerman, Belanda, Australia, New Zealand, China, Argentina, Afrika Selatan dan Amerika Syarikat dengan memberi perkhidmatan kepada pelanggan di lebih 80 buah negara. www.hansencx.com

Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190501005429/en/

Hubungi
Adnan Bashir
Pengurus Kanan Perhubungan Korporat
Sigma Systems
+1 647 204 0999

Chloe Purcell
Ketua bagi Perhubungan Awam
Milner Strategic Marketing Ltd.
+44 1473 633123

Sumber : Sigma Systems

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA
 

UNISYS MEMPERLUASKAN PENYELESAIAN PERKHIDMATAN TERURUS CLOUDFORTE(TM) BAGI PERSEKITARAN IT HIBRID UNTUK MEMPERCEPATKAN TRANSFORMASI DIGITAL ORGANISASI

LAS VEGAS dan BLUE BELL, Pa., 1 Mei, 2019/Medianet International-AsiaNet/--

Pendekatan yang berorientasikan perkhidmatan yang berbeza bergabung dengan teknologi dari Unisys dan Dell, yang membolehkan pelanggan untuk membina pelaburan IT yang sedia ada dan pada masa yang sama mengintegrasikan penyelesaian awan bagi generasi akan datang
 
Unisys Corporation (http://www.unisys.com/) (NYSE: UIS) hari ini mengumumkan pada Dell Technologies World 2019 ( https://www.delltechnologiesworld.com/index.htm) bahawa penyelesaian perkhidmatan terurus Unisys CloudForte(TM) (https://www.unisys.com/offerings/cloud-and-infrastructure-services/cloudforte)
mereka kini tersedia untuk persekitaran awan hibrid yang merangkumi awan peribadi dan sumber pusat data konvensional serta awan awam.
 
CloudForte(TM) untuk Hibrid menyediakan satu penghadang terhadap kerumitan dan perbelanjaan yang berlebihan ketika organisasi mempercepatkan transformasi digital mereka, sekali gus membolehkan mereka untuk merealisasikan manfaat berikut:
 
- Menggerakkan pelaburan mereka yang sedia ada di dalam sumber IT dan pada masa yang sama mengintegrasikan keupayaan baharu untuk mempercepatkan transformasi digital secara selamat;
- Mengautomasikan operasi awan untuk akses pada bila-bila masa, di mana sahaja kepada sumber-sumber pengkomputeran;
- Mempercepatkan pemodenan aplikasi merentasi persekitaran bersepadu;
- Menyelaraskan tadbir urus merentasi kitaran hayat awan
 
Penyelesaian baharu itu melengkapkan pelaksanaan CloudForte yang Unisys telah lancarkan untuk Perkhidmatan Web Amazon (AWS) yang digunakan secara meluas (https://www.unisys.com/offerings/cloud-and-infrastructure-services/cloudforte/cloudforte-for-aws) dan persekitaran awan awam Microsoft Azure ( https://www.unisys.com/offerings/cloud-and-infrastructure-services/cloudforte/cloudforte-for-azure), yang boleh diintegrasikan dengan selamat ke dalam CloudForte untuk ekosistem Hibrid.
 
Pendekatan Pusat Awan Unisys bagi Pengaktifan membezakan CloudForte untuk Hibrid daripada penawaran lain di pasaran. Ia terdiri daripada satu suite perkhidmatan nasihat, transformasi infrastruktur, operasi, pengoptimuman dan pemodenan aplikasi yang disampaikan oleh lebih daripada 1,000 orang profesional dengan pensijilan awan.
 
Pendekatan itu menguatkan kuasa bagi perisian Unisys dan Dell Technologies yang membolehkan CloudForte untuk platform Hibrid. Penawaran Unisys itu termasuk:
 
- Satu platform perisian sebagai satu perkhidmatan automatik untuk mengenal pasti dan menyediakan  perkhidmatan awan persendirian, awam dan hibrid yang diperlukan untuk menyediakan  sumber yang paling berkesan dan menjimatkan kos bagi sesuatu tugas yang diberikan;
- Analisis tepat masa dan pengurusan pepetak tunggal yang telus bagi persekitaran hibrid dan sistem pengurusan perkhidmatan;
- Keupayaan untuk pemodenan gred perindustrian bagi aplikasi legasi melalui pengenalpastian bagi aset IT legasi dan keutamaan bagi penghijrahan mereka kepada awan;
- Rangka tindakan pra penduduk tersedia dalam katalog layan diri untuk   pelaksanaan yang mudah dan tadbir urus yang selamat.
 
Perisian Dell Technologies melengkapkan komponen Unisys bagi CloudForte untuk Hibrid termasuk persekitaran operasi awan maya VMware dan penawaran kontena VMware Enterprise PKS; Peranti aplikasi pembangunan dan pemodenan yang penting; CloudVelox untuk penghijrahan beban kerja; dan CloudHealth oleh VMware untuk pengurusan kos.
          
“Pengubahsuaian digital dan penerimaan awan keseluruhan bagi organisasi semakin pesat berkembang, tetapi tanpa disangka-sangka boleh bertukar menjadi sukar untuk ditadbir dan dioptimumkan,” kata Chris Wick, naib presiden, Perkhidmatan Transformasi Infrastruktur, Unisys. “CloudForte untuk Hibrid menyediakan satu penawaran yang didorong oleh perkhidmatan yang memberi kuasa kepada organisasi untuk mewujudkan sebuah persekitaran IT digital yang dibolehkan awan dengan mengintegrasi dan menguruskan kesemua sumber IT mereka dengan lancar, selamat dan menjimatkan kos.”
  
Organisasi yang menggunakan CloudForte untuk Hibrid boleh mendapat manfaat daripada pendekatan Percaya Sifar Unisys (https://www.unisys.com/offerings/security-solutions) kepada keselamatan perusahaan: tidak mempercayai mana-mana pengguna atau peranti di dalam atau di luar rangkaian persendirian dan memberikan akses yang paling sedikit kepada identifikasi yang boleh dipercayai. Unisys menawarkan kepakaran mendalam dalam keselamatan perusahaan untuk persekitaran mudah alih dan awan, termasuk produk dan perkhidmatan yang didasarkan kepada Unisys Stealth(R) (https://www.unisys.com/offerings/security-solutions/unisys-stealth-products-and-services). Stealth(TM) menggunakan pengasingan dinamik berasaskan identiti(TM), yang memberi kuasa kepada pelanggan untuk bertindak balas terhadap ancaman dalam sekelip masa  dengan cepat dan proaktif mengasingkan pengguna dan peranti, sekali gus membolehkan perniagaan untuk terus beroperasi walaupun ketika diserang.
 
Unisys adalah sebuah rakan Dell EMC Titanium (https://www.unisys.com/strategic-alliance-partners/dellemc) dan satu daripada rakan Dell EMC yang paling lama. Melalui kerjasama ini, Unisys dan Dell EMC memberikan penyelesaian yang selamat kepada persekitaran yang mencabar termasuk kerajaan, perbankan, tempahan penerbangan dan pengendalian kargo, menangani persekitaran urus niaga tinggi yang menyokong polis, pelabuhan, agensi pertahanan dan perusahaan komersial di seluruh dunia.
 
Penyelesaian awan Unisys yang memacukan perkhidmatan telah mendapat momentum yang signifikan di tempat pasaran, yang terbaharu sebagai satu komponen utama di dalam penyelesaian awan untuk Jabatan Amerika Syarikat bagi Pejabat Perbendaharaan bagi Pengawal Mata Wang (https://www.unisys.com/offerings/cloud-and-infrastructure-services/news%20release/unisys-to-provide-cloud-access-for-us-treasury-department-occ) dan Jabatan Amerika Syarikat bagi Hal Ehwal Veteran (VA) (https://www.unisys.com/offerings/cloud-and-infrastructure-services/news%20release/unisys-to-assist-department-veterans-affairs). Selain itu, ISG telah menamakan Unisys sebagai antara  25 penyedia perkhidmatan Paling Atas untuk transformasi digital (http://outreach.unisys.com/LP=1823?src=pr) dan memperakui transformasi digital selamat yang berterusan oleh syarikat itu sebagai satu daripada “25 Terbaik” (https://www.snl.com/IRW/file/4305772/Index?KeyFile=392614318) untuk contoh-contoh bagi inisiatif sedemikian. Transformasi digital Unisys juga telah memperolehi Anugerah CIO 100 (http://www.cio100.com/awards/) yang berprestij pada tahun 2018 dan 2019.
 
Maklumat mengenai Unisys
 
Unisys adalah sebuah syarikat teknologi maklumat bertaraf dunia yang membina penyelesaian berfokuskan keselamatan dan berprestasi tinggi untuk perniagaan dan kerajaan yang paling mencabar di Dunia. Penawaran Unisys termasuk perisian dan perkhidmatan keselamatan; transformasi digital dan perkhidmatan tempat kerja; aplikasi dan perkhidmatan industri; dan persekitaran pengendalian perisian berinovatif untuk pengkomputeran perusahaan yang berintensiti tinggi. Untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana Unisys membina hasil keputusan yang lebih baik dan selamat untuk pelanggan mereka merentasi pasaran Kerajaan, Perkhidmatan Kewangan dan Perdagangan, sila layari  www.unisys.com

Ikuti Unisys di Twitter(http://twitter.com/UnisysCorp) dan LinkedIn
(http://www.linkedin.com/company/unisys).
 
###
 
NOMBOR SIARAN: 0501/9675
 
Unisys dan produk dan perkhidmatan Unisys yang lain yang dinyatakan di sini, serta logo mereka masing-masing, adalah merupakan tanda perniagaan atau tanda perniagaan berdaftar milik Unisys Corporation. Mana-mana jenama atau produk lain yang dirujuk di sini adalah diperakui sebagai tanda perniagaan atau tanda perniagaan berdaftar bagi pemegang mereka masing-masing.
UIS-C
 
SUMBER: Unisys Australia

--BERNAMA

ALLIED WORLD MENGUMUMKAN PELANCARAN JENDELA TAKAFUL SEMULA

ZUG, Switzerland, 2 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Allied World Assurance Company Holdings, GmbH hari ini mengumumkan penubuhan sebuah jendela takaful semula oleh Allied World Assurance Company, Ltd bagi cawangan Labuan (“Cawangan Labuan”). Jendela itu akan memenuhi peluang-peluang takaful semula umum pengguna dan komersial yang meliputi hartanah, kecederaan, pembinaan & kejuruteraan, barisan profesional, liabiliti penjagaan kesihatan, kargo laut dan kemalangan peribadi kumpulan.

Ramesh Sivanathan, Naib Presiden, Pengurus Negara & Pegawai Utama bagi Cawangan Labuan, berkata, “Kami sangat teruja bagi menyokong cita-cita Malaysia untuk menjadi sebuah hab insurans Islam antarabangsa yang dihormati dan berharap dapat menyokong segmen yang pesat berkembang ini di pasaran Malaysia.”

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai penyelesaian takaful semula Allied World yang boleh didapati dari Cawangan Labuan, sila e-mel info.malaysia@awac.com.

Maklumat mengenai Allied World

Allied World Assurance Company Holdings, GmbH, melalui anak-anak syarikat mereka, adalah sebuah pembekal global bagi penyelesaian insurans dan insurans semula. Kami beroperasi di bawah jenama Allied World dan telah menyokong pelanggan, penerima sid dan rakan dagangan dengan perkhidmatan yang bertimbang rasa dan liputan yang bermakna sejak tahun 2001. Kami adalah sebuah anak syarikat Fairfax Financial Holdings Limited, dan kami mendapat manfaat daripada satu rangkaian entiti gabungan di seluruh dunia yang membolehkan kami untuk berfikir dan bertindak balas dalam cara bukan tradisional. Asas modal kami adalah kukuh, penyelesaian kami adalah untuk bertindak lebih awal dan bukannya untuk bertindak balas kepada trend yang berubah-ubah, dan pasukan-pasukan kami memberi tumpuan dalam mewujudkan perhubungan jangka panjang yang saling menguntungkan. Ketahui lebih lanjut mengenai bagaimana kami boleh membantu anda menguruskan risiko anda dengan melayari: Web: www.awac.com | Facebook: www.facebook.com/alliedworld | LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/allied-world

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20190501005467/en/

Hubungi

Rebecca Haggerty
Naib Presiden, Pemasaran & Komunikasi
Allied World
Telefon: +44 207 220 0695
E-mel: rebecca.haggerty@awac.com

Sumber : Allied World Assurance Company Holdings, GmbH

Wednesday, May 1, 2019

LZS AGIH ZAKAT, BANTU PERSIAPAN AWAL KEDATANGAN RAMADAN

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengagihkan bantuan zakat berjumlah RM26,300,410 kepada 54,509 penerima asnaf fakir, miskin dan mualaf di seluruh Selangor bagi membantu persiapan awal menyambut Ramadan dan Hari Raya.

Menurut LZS dalam satu kenyataan, daripada jumlah itu sejumlah RM7,029,560 diagihkan kepada 14,714 orang dalam kalangan asnaf fakir, manakala RM17,737,360 diagihkan kepada 38,940 asnaf miskin dan RM1,533,490 diagihkan kepada 4,204 asnaf mualaf.

Setiap penerima mendapat bantuan zakat antara RM300 dan RM1,000 bergantung kepada jumlah tanggungan dan diagihkan menerusi kredit ke akaun bank, kaedah V-Cash (Vaucher Tunai) atau serahan tunai pada program.

Penyerahan bantuan disempurnakan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Dr. Daroyah Alwi bersempena Majlis Serahan Bantuan Ramadan dan Raya Lembaga Zakat Selangor 2019, baru-baru ini.

Daerah Klang mencatatkan jumlah penerima bantuan tertinggi iaitu 10,260 asnaf fakir, miskin dan mualaf melibatkan peruntukan agihan zakat RM4,797,550 dan diikuti Petaling dengan jumlah penerima 8,722 dengan jumlah RM3,939,770 dan daerah Hulu Langat seramai 8,419 orang dengan peruntukan RM3,885,090.

Pada majlis yang sama, syarikat Utas Maju Sdn Bhd menyerahkan zakat perniagaannya bagi tahun 2018 berjumlah RM148,002.51.

-- BERNAMA

Univar Solutions Menyelesaikan Pengambilalihan Perniagaan Lavo Bulk di Kanada

Transaksi ini mengukuhkan kehadiran syarikat di Kanada Timur serta memperluas penyelesaian dan keupayaan kimia yang saling melengkapi untuk...