Friday, January 11, 2019

TOSHIBA MEMORY MEMPERKENALKAN PAKEJ TUNGGAL 1TB[1] PCIE® GEN3 X4L SSD DENGAN INGATAN KILAT 3D 96-LAPISAN

Prestasi membaca yang terkemuka di dalam industri dalam pakej tunggal SSD

TOKYO, 9 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Memory Corporation, peneraju dunia di dalam penyelesaian ingatan, hari ini mengumumkan siri BG4, satu barisan baharu bagi pakej tunggal NVMe™ SSD dengan kapasiti sehingga 1,024GB[2], yang menempatkan kedua-dua ingatan kilat 3D 96-lapisan yang berinovatif dan satu pengawal serba baharu ke dalam satu pakej untuk menyampaikan prestasi membaca yang terbaik dalam kelasnya[3]. Siri BG4 itu pada masa ini diuji sebagai sampel kepada pelanggan PC OEM dalam kuantiti terhad, dengan ketersediaan sampel am dijangka kemudian pada suku kedua kalendar 2019.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190108006172/en/

Siri baharu bagi pakej tunggal SSD ini, yang menampilkan PCIe® Gen3 x4lorong, menawarkan prestasi membaca berurutan sehingga 2,250 MB/s[4], dan dengan pengurusan kilat yang lebih baik menyampaikan prestasi membaca secara rawak yang terkemuka di dalam industri[5] hingga 380,000 IOPS[4]. Pakej tunggal BG4 SSD itu adalah sesuai untuk sistem yang padat dan yang berorientasikan prestasi, seperti komputer riba ultra tipis, sistem tertanam loT dan but pelayan di pusat-pusat data.

Selain itu, siri BG4 itu semakin bertambah baik ke atas siri BG3 generasi terdahulu dalam prestasi menulis jujukan dan secara rawak dengan masing-masing kira-kira 70%[6] dan 90%[6]. Tambahan pula, kecekapan kuasa telah dipertingkatkan sehingga 20%[7] dalam membaca dan 7%[7] dalam menulis dengan menggunakan ingatan kilat 3D BiCS FLASHTM  Toshiba Memory yang canggih dan sebuah pengawal SSD yang baharu.

Siri SSD pakej tunggal BG4 itu akan tersedia dalam empat kapasiti iaitu 128GB, 256GB, 512GB, dan 1,024GB, dengan satu profil ketinggian[8] 1.3mm yang nipis untuk kapasiti sehingga 512GB. Pilihan faktor bentuk termasuk sebuah pakej tunggal peletakan permukaan M.2 1620 (16 x 20mm) atau sebuah modul M.2 2230 (22 x 30mm) boleh alih, yang membolehkan lebih banyak fleksibiliti reka bentuk untuk PC mudah alih yang nipis dan ringan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11782

Thursday, January 10, 2019

NOVAK DJOKOVIC MELUANGKAN MASA UNTUK BERTEMU LAWANNYA YANG PALING MENCABAR, TERIMA KASIH KEPADA SEIKO

MELBOURNE, AUSTRALIA, 10 Jan., 2019/Medianet International-AsiaNet/--
 
Novak Djokovic, bintang ATP yang berkedudukan paling tinggi dalam senarai pemain dan duta jenama bagi jam tangan SEIKO, telah meluangkan masa daripada jadual latihan beliau untuk bertemu lawannya yang paling mencabar -- dirinya sendiri. Bintang tenis nombor satu dunia itu telah bertemu dengan avatar dirinya sendiri, yang dicipta khas, yang digabungkan dalam sebuah permainan komputer realiti maya yang pertama di dunia.

Dicipta khas oleh SEIKO Australia, permainan yang seakan realistik itu telah dibangunkan untuk membuat bermain di gelanggang itu seperti autentik dengan merasakan memegang raket itu seolah-olah realistik.  

Untuk imej yang beresolusi tinggi, sila layari Siaran Berita Multimedia:
http://news.medianet.com.au/believe-advertising/novak-djokovic-takes-time-meet-greatest
 
Membawa kepada acara itu, peminat tenis telah bertarung di Federation Square di Melbourne, dengan bermain permainan VR yang direka khas dengan empat pemenang teratas berpeluang untuk bertemu Novak dan menerima sebuah jam tangan SEIKO Novak Djokovic edisi terhad dengan pemenang turut menerima sekeping cek bernilai $1,000, ihsan daripada SEIKO Australia.

Sebagai penghormatan kepada Yayasan Novak Djokovic, Novak telah menyampaikan kepada kanak-kanak, di atas pentas, setiap seorang dengan seutas jam tangan khas yang direka untuk Yayasan itu.

Novak juga bercakap dengan penonton Melbourne dalam satu sesi soal jawab.

"Saya bermain tenis semata-mata kerana emosi yang merangkumi kecintaan, keseronokan dan keghairahan terhadap sukan itu dan selagi ada api membara di dalam diri saya, saya akan terus bermain."

"Perlawanan menentang Nadal yang berlangsung selama 6 jam pada Terbuka Australia 2012 – itu merupakan perlawanan yang paling mengujakan yang pernah saya alami."

"Saya cuba untuk menjadi sedar mengenai pernafasan saya kerana ketika berada di gelanggang tenis itu anda berada bersendirian. Anda mempunyai tempat duduk untuk anda tuju, untuk mencari sokongan tetapi segala yang anda lakukan di atas gelanggang itu adalah sama sekali terpulang kepada anda – celaan itu dan pujian itu. Ia adalah penting kerana semua gangguan ini benar-benar memusatkan diri anda dengan menyedari mengenai pernafasan anda dan perasaan berada di sana pada masa itu. Ia lebih senang bercakap daripada membuatnya."

"Tekanan yang tinggi seringkali menjadi satu halangan yang besar bagi sesiapa pun sebab itulah saya merasa sokongan terbesar bagi saya dan bagi setiap atlet dan setiap manusia adalah diri anda sendiri. Jika anda dapat menguasai diri anda dan mengawal pemikiran dan emosi anda, kemudian anda akan berupaya untuk menyinar," kata Djokovic.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai SEIKO, sila layari www.seikowatches.com
 
Pertanyaan Perhubungan Awam – Adrian Falk, afalk@believeadvertising.com,
believe advertising, telefon +61-2-9388-0033 atau telefon bimbit +61-414-639-009
 
SUMBER: SEIKO 

WEWORK MEMETERAI PELABURAN $6 BILION DARI SOFTBANK

WEWORK MEMETERAI PELABURAN $6 BILION DARI SOFTBANK

Wednesday, January 9, 2019

DOUBLEVERIFY BEKERJASAMA DENGAN MOPUB UNTUK MEMERANGI PENIPUAN IKLAN MUDAH ALIH

Kerjasama memperluaskan perlindungan penipuan DV merentas pertukaran aplikasi mudah alih MoPub

NEW YORK, 9 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- DoubleVerify ("DV"), penyedia bebas terkemuka perisian pengukuran pasaran dan analitis, hari ini mengumumkan kerjasama dengan MoPub, penyedia penyelesaian pengewangan terkemuka untuk pembina dan pembangun aplikasi mudah alih di serata dunia. Sebagai sebahagian daripada kerjasama, DoubleVerify akan membekalkan pengesanan dan pelaporan penipuan untuk kempen aplikasi mudah alih merentas pertukaran MoPub – memperluaskan perlindungan kualiti untuk pengiklan global dan mendayakan MoPub untuk berterusan memperhalusi kualiti inventori aplikasi mudah alihnya.

“Kerjasama DV dengan MoPub mencerminkan komitmen kami untuk menyediakan perlindungan kualiti yang konsisten dan komprehensif untuk pengiklan global,” ujar Matt McLaughlin, COO di DoubleVerify. “Dengan perbelanjaan iklan kian tertumpu secara mudah alih, adalah mustahak bahawa jenama mempunyai ketelusan terhadap kualiti inventori aplikasi mudah alih. Kami berbangga dengan kerjasama kami bersama MoPub, yang mengembangkan asas keupayaan pencegahan penipuan kami dan seterusnya meletakkan DV sebagai peneraju pengesahan aplikasi mudah alih.”

Sebagai sebahagian daripada penyelesaian penipuan mudah alih utama industri, DoubleVerify mengenalpasti dan menyaring jenis penipuan dalam aplikasi paling ketara, termasuk aktiviti iklan latar belakang, iklan tersembunyi, penyalahgunaan aplikasi (spoofing) dan manipulasi ukuran. Pada Mac 2017, DV menerima pentauliahan Media Rating Council (MRC) bagi teknologi kesan dan halang trafik tak sah canggih (SIVT) untuk video aplikasi mudah alih dan pengiklanan paparan.

“Kualiti trafik adalah keutamaan utama untuk MoPub dan klien kami, oleh sebab trafik tak sah (IVT) merupakan kebimbangan utama dalam industri,” ujar Boris Logvinskiy, Ketua Produk MoPub. “Kerjasama merupakan langkah penting bagi usaha ini. Kami percaya bahawa pembekal perkhidmatan dengan pentauliahan MRC seperti DoubleVerify menawarkan kepakaran, teknologi, integriti data dan perkhidmatan yang diperlukan untuk membantu kami mengekalkan pertukaran yang bersih untuk bertrilion-trilion permintaan iklan yang kami bantu.”

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang keupayaan aplikasi mudah alih DoubleVerify, hubungi sales@doubleverify.com.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11783

HANGZHOU: MEWUJUDKAN SEBUAH PERSEKITARAN PERNIAGAAN BERTARAF DUNIA DAN MENGGALAKKAN PEMBANGUNAN EKONOMI BERKUALITI TINGGI

HANGZHOU, China, 9 Jan., 2019 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada 9 November, satu persidangan mobilisasi peringkat tinggi telah diadakan di Hangzhou, sebuah bandar raya di timur China, dengan menyarankan untuk mewujudkan sebuah persekitaran perniagaan bertaraf dunia dan berusaha untuk menjadi sebuah kawasan demonstrasi bagi pembangunan berkualiti tinggi untuk ekonomi persendirian China. Dengan tumpuan kepada perkhidmatan kerajaan, pelaburan dan perdagangan, pembangunan perindustrian, keusahawanan dan inovasi, ekologi dan kehidupan, persekitaran untuk peraturan undang-undang, enam inisiatif utama dan dua puluh lapan langkah diperkenalkan dalam persidangan itu.

"Langkah-langkah ini, yang melibatkan beberapa aspek, seperti pembinaan persekitaran perkakasan dan perisian serta pembangunan perindustrian, adalah merupakan usaha pembaharuan yang paling berkos tinggi dan berkuasa yang telah dibuat di Hangzhou sejak beberapa tahun kebelakangan ini, yang bertujuan untuk menyuntik tenaga baharu ke dalam Hangzhou bagi mencipta sebuah persekitaran perniagaan bertaraf dunia dan mempromosikan pembangunan ekonomi yang berkualiti tinggi," kata seorang pegawai dari Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Perbandaran Hangzhou.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Hangzhou telah berusaha keras untuk mewujudkan sebuah persekitaran perniagaan bertaraf dunia selaras dengan piawaian, peraturan dan amalan antarabangsa, dengan mengoptimumkan secara berterusan institusi dan mekanisme, menaik taraf pembangunan bagi ekonomi sebenar sepenuhnya, dan menggalakkan pembangunan ekonomi berkualiti tinggi dengan persekitaran perniagaan kelas satu. Oleh itu, satu interaksi positif di antara persekitaran perniagaan peringkat tinggi dan pembangunan ekonomi berkualiti tinggi telah terbentuk secara beransur-ansur.

Ia mengambil masa hanya setengah jam bagi Cheng Yaling untuk mendapatkan sebuah lesen perniagaan melalui terminal perkhidmatan perniagaan layan diri. Syarikat yang beliau dan rakan perniagaan beliau wujudkan telah bertapak dengan jayanya di Bandar Raya Sains dan Teknologi Xiasha Hangzhou.

Dengan galakan bagi pembaharuan pendaftaran perniagaan, proses dan masa yang diperlukan untuk perkhidmatan kerajaan telah dipendekkan dengan ketara dan perkara-perkara pasaran baharu telah muncul. Pada separuh pertama tahun 2018 sahaja, 64 ribu syarikat baharu telah ditubuhkan, iaitu pertumbuhan hampir 30% tahun-ke-tahun. Hangzhou juga telah meningkatkan pemotongan cukai untuk membantu syarikat-syarikat meningkatkan daya saing mereka. Dari Januari hingga ke September tahun ini, pihak berkuasa cukai di bandar raya itu telah mengurangkan tambahan 15.43% bagi pendapatan cukai daripada syarikat-syarikat, berbanding dengan tempoh yang sama tahun lepas, sekali gus mengurangkan lagi beban cukai syarikat-syarikat, mengurangkan kos operasi dan kos pembiayaan mereka.

Bagi syarikat-syarikat bersaiz kecil dan sederhana dan syarikat-syarikat ekonomi baharu, di samping pemotongan cukai, anugerah kewangan dan geran, dan dasar-dasar sokongan lain, Hangzhou telah secara khusus membiayai dan menubuhkan sejumlah dana panduan. Antaranya, dana panduan bagi keusahawanan dan pelaburan telah melabur di dalam 473 projek sehingga September 2018, yang membawa kepada hampir 5 bilion Yuan dalam bentuk pelaburan sosial, dengan membimbing modal sosial ke dalam inovasi dan perniagaan. Dengan sokongannya, banyak platform untuk "Keusahawanan dan Inovasi Massa" telah ditubuhkan, seperti ruang inovasi orang ramai, inkubator perniagaan teknologi, dan bandar-bandar yang dipaparkan.

Di samping itu, Hangzhou juga menyediakan kepada pelabur-pelabur bukan tempatan dengan satu siri perkhidmatan khas percuma, seperti perundingan pelaburan, galakan pelaburan, perlindungan pelaburan dan sebagainya.

Satu daripada penerima bagi dasar-dasar sokongan ini adalah WeDoctor, yang mana diwujudkan pada tahun 2010. Sebagai sebuah pengamal "hospital dalam talian", WeDoctor telah berkembang pesat dengan sokongan daripada kerajaan perbandaran Hangzhou. Pada Mei tahun ini, ia telah menjadi satu-satunya syarikat penjagaan kesihatan di dunia yang dimasukkan ke dalam senarai "30 Syarikat Teknologi Persendirian Paling Bernilai Di Dunia". Setakat ini, WeDoctor telah berkembang menjadi “unikorn” teknologi penjagaan kesihatan terbesar di dunia dengan penilaian sebanyak 5.5 bilion dolar.

“Kerajaan bertanggungjawab ke atas matahari dan hujan, sementara syarikat-syarikat itu bertanggungjawab untuk pertumbuhan yang sihat. Inilah gambaran sebenar bagi persekitaran perniagaan Hangzhou.“ Liao Jieyuan, pengasas bagi WeDoctor, berkata bahawa untuk syarikat-syarikat swasta, selain mengembangkan ciri-ciri mereka sendiri, perkara yang paling penting adalah untuk bergaul dengan kerajaan dalam frekuensi yang sama.

"Jagalah dengan baik ekonomi persendirian itu seperti mata anda sendiri dan layanlah syarikat-syarikat persendirian itu seperti keluarga anda." Zhou Jiangyong, seorang ahli jawatankuasa tetap bagi Jawatankuasa Wilayah Zhejiang CPC dan setiausaha bagi Jawatankuasa Perbandaran Hangzhou, menyatakan bahawa ekonomi persendirian itu adalah daya endogenus untuk pembangunan ekonomi bagi sesebuah rantau, sementara persekitaran perniagaan adalah pancaran matahari, hujan dan tanah subur yang memelihara dan mengukuhkan ekonomi persendirian.

Di Hangzhou, di mana ekonomi persendirian adalah satu kuasa pasaran yang penting, vitaliti bagi ekonomi persendrian dan trend bagi syarikat-syarikat persendirian adalah penunjuk arah angin untuk persekitaran perniagaan dan kualiti pembangunan ekonomi Hangzhou.

"Saya sangat suka Hangzhou. Jawatankuasa Perbandaran Hangzhou dan perkhidmatan kerajaan bagi perusahaan telah menyentuh hati saya. Saya berharap untuk menghasilkan lebih banyak syarikat berteknologi tinggi bagi Hangzhou melalui usaha saya," kata Ding Lei, pengerusi bagi Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi NetEase, dengan penuh bersemangat. NetEase adalah sebuah syarikat teknologi Internet terkemuka di China, yang mempunyai reputasi yang baik di dalam pelbagai bidang perniagaan, seperti permainan, e-dagang, berita, e-mel, budaya dan hiburan, pendidikan dalam talian, dan sebagainya.

Dengan persekitaran perniagaan yang sentiasa dioptimumkan, Hangzhou telah secara beransur-ansur meningkat menjadi sebuah bandar raya terkemuka dengan ekonomi persendirian yang kukuh di China. Daripada senarai "500 Perusahaan Persendirian Utama di China pada tahun 2018", 36 buah syarikat adalah dari Hangzhou, di mana bilangan syarikat tersenarai telah menduduki tempat pertama di negara itu selama 16 tahun berturut-turut.

"Ia dianggap sebagai satu asas penting untuk menggalakkan pembangunan berkualiti tinggi bagi mengoptimumkan persekitaran perniagaan itu." Zhou Jiangyong berkata bahawa kerajaan perbandaran akan mematuhi gabungan sempurna bagi pasaran yang berkesan dan kerajaan yang aktif, terus memperbaiki sistem dasar pembangunan industri, terus memberikan perkhidmatan "gaya pelayan", dan membuat segala usaha untuk mencipta sebuah persekitaran yang kondusif bagi pertumbuhan sihat untuk perusahaan dan usahawan. Beliau berkata bahawa mereka akan bukan sahaja membuat syarikat-syarikat bukan tempatan bersedia untuk melabur di Hangzhou, tetapi juga membiarkan syarikat-syarikat tempatan membangun dengan lebih baik di Hangzhou dan menjadi "pokok-pokok yang hidup berterusan".
 
Sumber: Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Perbandaran Hangzhou
 
--BERNAMA

TCL MELAKUKAN KEMUNCULAN BUAT PERTAMA KALI BAGI RANGKAIAN DIPERLUASKAN UNTUK TV 8K YANG DIKUASAKAN OLEH AI DI CES 2019

LAS VEGAS, 9 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- TCL, antara tiga buah jenama televisyen dan syarikat elektronik pengguna yang terkemuka di dunia, hari ini melancarkan TV 8K terbaharu mereka yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI), termasuk produk perdana TCL TV 8K X10 QLED dan sebuah TV perdana Siri-8, TV 8K QLED mereka yang pertama untuk pasaran Amerika Syarikat, di Pameran Elektronik Pengguna Antarabangsa 2019. Syarikat itu juga secara rasmi mengumumkan bahawa ia telah menyertai Persatuan 8K sebagai anggota pengasas dan melancarkan platform berjenama baharu mereka bagi penyelesaian AI, TCL AI-IN.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20190108005748/en/

TCL AI-IN adalah platform AI berjenama baharu buat TCL, di mana kesemua produk mereka yang dikuasakan oleh AI akan dikumpulkan, dan berjaya menggabungkan rakan teknologi pintar mereka seperti Android TV™, Roku (Amerika Utara sahaja) dan Amazon Alexa. Dengan platform ini, TCL sedang membangunkan sebuah ekosistem pintar yang menyediakan pengguna dengan pengalaman hidup yang mudah dan bersifat peribadi.

Di bawah platform berjenama TCL AI-IN itu, ciri-ciri utama TV 8K TCL X10 QLED 75 inci itu, yang terdapat di pasaran terpilih dari separuh kedua tahun 2019, termasuk:
  • Teknologi paparan 8K dengan resolusi 7,680 x 4,320 (33.2 megapiksel), empat kali ganda bagi jumlah bilangan piksel untuk sebuah TV 4K dan memberikan imej terperinci yang lebih hampir dengan kehidupan sebenar secara jelas;
  • Teknologi paparan Quantum Dot menyokong sebuah paparan segala macam warna yang meluas, yang menghampiri 100% daripada liputan ruang warna DCI-P3;
  • Penyelesaian zon kawalan berkontras ultra;
  • Teknologi pengimejan Dolby Vision®;
  • Bar bunyi tahap teater dari teknologi audio Onkyo dan Dolby Atmos®;
  • TV Android dengan Google Assistant terbina dalam;
  • Sebuah bar bunyi AI bersepadu;
  • Sebuah reka bentuk yang ringkas, hanya 14.5mm pada titik paling nipis, menjadikannya satu daripada produk cahaya belakang langsung 75-inci yang paling nipis di dalam industri, mengurangkan jarak optik kepada 4mm;
  • Reka bentuk pemandangan penuh.
Produk perdana TV 8K QLED dari Siri-8 itu untuk pasaran Amerika Syarikat akan boleh didapati pada tahun 2019. Spesifikasi terperinci mengenai TV itu akan didedahkan dalam masa terdekat.

* Spesifikasi produk dan saiz berbeza di wilayah-wilayah yang berlainan. Ketersediaan produk berbeza-beza mengikut pelan pelancaran tempatan.

Maklumat mengenai TCL Electronics

Beribu pejabat di China, TCL Electronics Holdings Limited (HKSE: 01070) adalah satu daripada tiga buah syarikat terkemuka di dalam industri TV global, dengan melibatkan diri di dalam penyelidikan dan pembangunan, pembuatan dan pengedaran bagi produk elektronik pengguna. TCL Electronics berusaha untuk membina sebuah ekosistem yang menyeluruh untuk TV pintar yang menyediakan pengguna dengan suatu pengalaman yang unggul dengan produk dan perkhidmatan pintar mereka.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20190108005748/en/

Hubungi

TCL Electronics
Rachel Wu
rachel.wu@hkstrategies.com

Sumber : TCL Electronics

Fusionex jadi hos lawatan CEC ke Malaysia

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) – Syarikat teknologi, Fusionex International, menganjurkan majlis lawatan Kelab Usahawan China (CEC) ke pejabatnya di Petaling Jaya, dengan tujuan untuk memupuk hubungan yang lebih erat dan meninjau peluang kerjasama antara Malaysia dan China.
Fusionex, dalam satu kenyataan berkata, syarikat itu menerima kedatangan delegasi China yang diketuai presiden kelab tersebut yang juga bekas presiden China Merchants Bank, Ma Weihua dan merupakan satu-satunya syarikat teknologi di Malaysia yang menganjurkan lawatan CEC ke negara ini. 
Di China, CEC merupakan platform utama bagi pemimpin-pemimpin perniagaan yang mana pengerusinya adalah Jack Ma, Pengerusi Eksekutif bagi Kumpulan Alibaba. 
Pada majlis itu Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex Datuk Seri Ivan Teh menyampaikan ucapan pembukaan manakala Weihua menyampaikan ucap tama. 
Antara topik yang dibincangkan semasa kunjungan tersebut adalah bagaimana syarikat Malaysia dan China boleh bekerjasama untuk memperbaiki dan meningkatkan pelaburan dua hala.
Di samping itu, pelbagai sektor telah dikenal pasti di mana hubungan rapat dapat dibentuk seperti pertukaran kebudayaan, perdagangan dua hala, perjalanan dan pelancongan, teknologi, dan program pertukaran. 
Sepanjang lawatan tersebut, delegasi CEC telah dibentangkan dengan gambaran keseluruhan mengenai Fusionex dan Malaysia, dengan mengetengahkan bagaimana Fusionex dapat membantu menyediakan penawaran dan teknologi mereka untuk membantu perniagaan China.
Teh berkata mereka berharapkan peluang kerjasama pada masa depan dengan CEC dan percaya China dan Malaysia boleh mendapat manfaat besar daripada penggunaan teknologi strategik. 
Sementara itu, Weihua berkata syarikat-syarikat harus mula menggunakan Kecerdasan Buatan (AI), Pembelajaran Mesin, dan Analisis Data Raya bagi mewujudkan ekosistem yang lebih pintar untuk tidak hanya kekal kompetitif tetapi berkembang maju pada masa akan datang.
CEC yang ditubuhkan oleh 31 usahawan berpengaruh, pakar ekonomi, dan diplomat terkemuka China juga merupakan hab bagi pertukaran keusahawanan, kerjasama, dan kolaborasi antarabangsa China. 
Fusionex adalah pembekal teknologi data yang telah memenangi pelbagai anugerah yang mengkhususkan diri dalam Analisis, Data Raya, Internet Pelbagai Kegunaan (IoT), Mesin Pembelajaran dan Kecerdasan Buatan.
-- BERNAMA

Univar Solutions Menyelesaikan Pengambilalihan Perniagaan Lavo Bulk di Kanada

Transaksi ini mengukuhkan kehadiran syarikat di Kanada Timur serta memperluas penyelesaian dan keupayaan kimia yang saling melengkapi untuk...