Friday, July 24, 2026

Humanoid Mengutip Dana Sebanyak $152 Juta pada Penilaian Pasca Pelaburan $1.35 Bilion, Sekali Gus Menjadi Unikorn Robotik Humanoid Tulen Pertama Di Eropah

Pasukan kepimpinan Humanoid dengan wakil daripada Prime Movers Lab, pelabur utama dalam pembiayaan Siri A Humanoid.

 · Humanoid mengumumkan pusingan pelaburan Siri A, sekali gus mencapai penilaian sebanyak $1.35 bilion hanya dua tahun selepas penubuhannya.

· Ia merupakan Siri A terbesar untuk syarikat robotik berfokuskan humanoid di Eropah, sekali gus meletakkan Humanoid sebagai unikorn robotik berfokuskan humanoid terkemuka di UK dan benua Eropah.
· Modal baharu ini akan mempercepat pembangunan robot generasi seterusnya oleh Humanoid, pelaksanaan komersial dengan peneraju industri global dan evolusi platform AI proprietari dalam usaha merealisasikan humanoid serbaguna.
· Pelaburan ini menandakan detik penentu untuk ekosistem teknologi Eropah, yang menunjukkan bahawa syarikat AI Fizikal yang berdaya saing secara global boleh dibina dan dikembangkan di Eropah.
 
LONDON, 24 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Humanoid, sebuah syarikat robotik dan AI berpangkalan di UK yang membangunkan robot humanoid untuk industri, mengumumkan pembiayaan Siri A berjumlah $152 Juta pada penilaian pasca pelaburan sebanyak $1.35 bilion. Pembiayaan ini meningkatkan jumlah dana yang berjaya diperoleh setakat ini kepada $270 juta. Pusingan ini diterajui oleh Prime Movers Lab, sebuah firman modal teroka yang menumpukan kepada pelaburan dalam syarikat pemula saintifik penemuan ulung yang berusaha merevolusikan industri terpenting dunia dan mengubah kehidupan berbilion orang , dengan penyertaan Schaeffler, Bosch, Fubon Financial Holding Venture Capital dan Aglaé Ventures.

Kini merupakan detik penentu untuk ekosistem teknologi Eropah yang meletakkan rantau ini sebagai antara peneraju global dalam salah satu sektor teknologi yang berkembang paling pesat di dunia. Sehingga kini, sebahagian besar momentum AI Fizikal tertumpu di Amerika Syarikat dan China. Pelaburan ini menunjukkan bawah UK dan benua Eropah boleh menghasilkan dan mengembangkan syarikat robotik humanoid yang berdaya saing secara global dan berada di peringkat paling maju dalam bidang ini.

Modal baharu ini akan membiayai fasa pertumbuhan Humanoid seterusnya, sekali gus mengukuhkan kepimpinan teknologinya dan mempercepat pelaksanaan komersial dan pengembangan perniagaannya. Syarikat akan menumpukan pada:

· Pembangunan dan pelancaran platform robotik humanoid generasinya yang seterusnya;
· Pelaksanaan komersial jangka panjang di kemudahan pelanggan merentasi logistik, pembuatan, runcit dan sektor lain, bermula dengan pelancaran robot versi Beta pada Q4 2026;
· Permulaan pembuatan besar-besaran robot humanoid berasaskan roda;
· Pembangunan AI dan perisian, termasuk Otak AI proprietari Humanoid, KinetIQ, sedang dibangunkan untuk merealisasikan robot serbaguna bagi kegunaan industri.

Humanoid telah menjadi salah satu syarikat yang berkembang paling pesat dalam industri dan menjalin kerjasama utama dengan syarikat Fortune 500, termasuk SAP, NVIDIA, Bosch dan Siemens. Paling ketara, Humanoid baru-baru ini telah memeterai perjanjian komersial terbesar dalam industri yang diumumkan kepada umum bersama Schaeffler bagi pelaksanaan berskala besar ribuan robot humanoid dalam persekitaran pembuatan.

Dalam tempoh hanya dua tahun, kami telah berkembang daripada sekadar sebuah idea kepada menjadi unikorn robotik humanoid tulen pertama di Eropah, menjalinkan kerjasama dengan beberapa syarikat industri terkemuka dunia dan membina salah satu saluran peluang perniagaan terkuat dalam industri ini. Perkara yang telah kami capai dalam tempoh yang begitu singkat biasanya memerlukan masa sedekad untuk dicapai. Semua ini tidak mungkin dapat dicapai tanpa pasukan luar biasa yang setiap hari mencabar batasan terhadap perkara yang dianggap mampu dicapai oleh manusia. Pembiayaan ini memberi kami sumber untuk bergerak jauh lebih pantas dan mengubah robot humanoid daripada teknologi penemuan unggul kepada alat industri harian ,” kata Artem Sokolov , Pengasas dan CEO Humanoid.

"Robotik humanoid akan menjadi antara teknologi penentu dalam dekad akan datang, sekali gus mengubah cara kerja komersial dan industri dilaksanakan. Kami menjangkakan bidang ini akan menyatukan beberapa peneraju kategori utama merentasi AS, Eropah dan China. Humanoid AI akan menjadi salah satu daripada segelintir syarikat robotik yang akan menentukan masa depan robotik humanoid di Eropah dan seterusnya," kata Zia Huque, Rakan Kongsi Umum di Prime Movers Lab.

Klaus Rosenfeld , CEO Schaeffler AG, ,memberikan komen: “Robotik humanoid berkembang pesat daripada konsep berwawasan kepada realiti industri dan Schaeffler, sebagai sebuah syarikat teknologi pergerakan terkemuka, berada dalam kedudukan yang unik untuk membantu membentuk evolusi ini. Dengan menggabungkan kepakaran industri dan kecemerlangan pembuatan kami selama berdekad-dekad dengan platform AI fizikal penemuan unggul Humanoid, kami sentiasa menyokong salah satu sempadan yang paling mengujakan dalam teknologi. Kami berasa bangga untuk menyokong Humanoid sebagai pelabur strategik dan juga rakan kongsi komersial ketika mereka mengembangkan teknologi yang berupaya untuk mentakrifkan semula produktiviti secara asas merentasi industri global.”

“Kami melihat peluang pertumbuhan yang ketara dalam bidang robotik humanoid. Melalui anak syarikat kami, Robert Bosch Robotics GmbH, Kami telah menjalin kerjasama pembuatan dengan Humanoid. Bosch akan bertindak sebagai rakan kongsi pembuatan kontrak Humanoid, serta turut menyediakan khidmat perundingan strategik serta kepakaran teknikal dalam reka bentuk perkakasan, pengeluaran dan rantaian bekalan,” kata Mathias Pillin , Ketua Pegawai Teknologi Robert Bosch GmbH.

"Humanoid telah menunjukkan pelaksanaan yang luar biasa dalam tempoh masa yang amat singkat, mengubah teknologi AI dan robotik penemuan unggul menjadi pelaksanaan industri sebenar. Kami teruja untuk menyokong peringkat pertumbuhan syarikat yang seterusnya sebagai rakan kongsi strategik jangka panjang dan tidak sabar untuk menyumbang kepada pengembangan globalnya,” Fubon Financial Holding Venture Capital berkata.

Penilaian ini mencerminkan kepantasan pelaksanaan Humanoid serta keyakinan pasaran yang meningkat bahawa robot humanoid semakin berdaya maju dari segi komersial. Perkara yang dahulunya dianggap sebagai eksperimen penyelidikan jangka panjang kini telah berkembang menjadi teknologi industri yang sedia untuk dilaksanakan. Melalui robot berodanya, Humanoid berhasrat untuk menangani kekurangan buruh global merentasi pembuatan, logistik dan sektor penting lain, sekali gus menyelesaikan masalah operasi sebenar untuk pelanggannya.

Pendekatan bersepadu secara menegak syarikat ini menggabungkan perkakasan robotik proprietari dengan otak AI miliknya, KinetIQ, yang membolehkan robot memahami, membuat penaakulan dan melaksanakan tugas fizikal yang rumit dalam persekitaran industri sebenar. Melalui pembiayaan ini, Humanoid berhasrat untuk mempercepat peralihan ke arah masa hadapan di mana robot pintar boleh bekerja dengan selamat dengan manusia merentasi ekonomi industri dunia.

Mengenai Humanoid

Humanoid ialah syarikat robotik berpangkalan di UK yang membina robot humanoid untuk kegunaan industri. Diasaskan oleh Artem Sokolov pada tahun 2024, Humanoid menyatukan lebih 250 jurutera, penyelidik dan pereka baharu daripada syarikat teknologi global terkenal. Semua robot beroperasi menggunakan KinetIQ, rangka kerja AI empat lapisan proprietari Humanoid yang direka bentuk untuk pelaksanaan dunia sebenar.

Dengan pejabat di London, Boston, Vancouver dan San Diego, syarikat ini memberi tumpuan kepada pembangunan penyelesaian robotik yang berdaya maju dari segi komersial, boleh dikembangkan dan selamat untuk aplikasi dunia sebenar.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20260723238282/en

Hubungi

Untuk pertanyaan media, temu bual atau maklumat lanjut, sila hubungi: og@thehumanoid.ai

Sumber: Humanoid

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Humanoid Mengutip Dana Sebanyak $152 Juta pada Penilaian Pasca Pelaburan $1.35 Bilion, Sekali Gus Menjadi Unikorn Robotik Humanoid Tulen Pertama Di Eropah

Pasukan kepimpinan Humanoid dengan wakil daripada Prime Movers Lab, pelabur utama dalam pembiayaan Siri A Humanoid.   · Humanoid mengumumkan...