Monday, June 22, 2026
PROGRAM LOCAL BUSINESS CONNECT (LBC) HULU SELANGOR SIRI 2 PERKUKUH HUBUNGAN ANTARA PELABUR DAN USAHAWAN TEMPATAN
HULU SELANGOR, 22 Jun (Bernama) -- Kerajaan Negeri Selangor melalui Invest Selangor telah menganjurkan Program Local Business Connect (LBC) Hulu Selangor Siri 2 yang berjaya menghimpunkan kira-kira 200 peserta terdiri daripada usahawan, pelabur dan pemain industri bagi meneroka peluang kerjasama perniagaan serta pembangunan kerjaya.Program ini merupakan kesinambungan kepada LBC Siri 1 yang telah diadakan di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam pada 12 Februari 2026 yang lalu. Siri pertama program tersebut berjaya menarik lebih 290 peserta untuk sesi padanan perniagaan dan kerjaya dengan 71 pencari kerja dipanggil menghadiri temuduga peringkat kedua dan 25 orang berjaya memperoleh pekerjaan pada hari yang sama.
Objektif penganjuran LBC khususnya di Hulu Selangor bertujuan menghubungkan syarikat pelabur, pemain industri dan usahawan tempatan melalui sesi jaringan dan padanan perniagaan. Inisiatif ini selaras dengan usaha Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan manfaat pelaburan dapat diterjemahkan kepada peluang ekonomi dan pekerjaan yang memberi impak langsung kepada masyarakat setempat.
Program ini mendapat kerjasama strategik daripada agensi seperti PERKESO, Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), Yayasan Hijrah Selangor, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia.
Selain sesi padanan perniagaan, PERKESO turut menganjurkan Hari Kerjaya yang menawarkan pelbagai peluang pekerjaan kepada penduduk Hulu Selangor dan kawasan sekitarnya. Program tersebut turut menyediakan ceramah kerjaya, khidmat nasihat pekerjaan dan klinik semakan resume.
Empat syarikat utama yang terlibat dalam sesi padanan perniagaan ialah Linergy Power Sdn. Bhd., PHN Industry Sdn. Bhd., Sipro Plastic Industries Sdn. Bhd. dan Chery Auto Malaysia Sdn. Bhd. Syarikat-syarikat ini sedang melaksanakan pembangunan, pengembangan dan pengukuhan operasi mereka di Hulu Selangor serta berpotensi membuka lebih banyak peluang perniagaan kepada usahawan tempatan.
Menurut YBhg. Dato’ Hasan Azhari bin Haji Idris, pertumbuhan pelaburan di Selangor bukan sahaja merancakkan ekonomi negeri, malah membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat. Melalui inisiatif seperti Local Business Connect, kami mahu memastikan komuniti setempat turut mendapat manfaat langsung daripada pembangunan dan pelaburan yang dilaksanakan khususnya di Hulu Selangor.
Mengenai Invest Selangor
Invest Selangor Berhad merupakan agensi promosi pelaburan Kerajaan Negeri Selangor yang berperanan memudah cara pertumbuhan perniagaan serta peluang pelaburan di negeri paling maju dan berdaya saing di Malaysia. Sebagai pusat sehenti (one-stop centre) Invest Selangor menyediakan khidmat nasihat, maklumat pasaran dan sokongan fasilitasi kepada pelabur tempatan serta antarabangsa yang ingin memulakan atau mengembangkan operasi perniagaan di Selangor iaitu gerbang ke pasaran ASEAN.
Dengan kedudukan strategik, infrastruktur bertaraf dunia dan ekosistem perniagaan yang dinamik Selangor terus menjadi destinasi pilihan bagi pelaburan bernilai tinggi merentasi pelbagai sektor sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai pemacu utama ekonomi Malaysia. Sejak tahun 1999 Invest Selangor telah berjaya menarik lebih daripada 7,069 projek pembuatan yang menyumbang kepada 508,316 peluang pekerjaan serta merekodkan nilai pelaburan melebihi RM256.6 bilion.
Invest Selangor turut menganjurkan Selangor International Business Summit (SIBS) dan Selangor Aerospace Summit (SAS) iaitu platform strategik yang menghimpunkan pemimpin industri, penggubal dasar dan usahawan dari seluruh ASEAN dan peringkat antarabangsa. Melalui pelbagai inisiatif strategik Invest Selangor kekal komited dalam memacu pembangunan ekonomi yang berdaya tahan, mampan dan berteraskan inovasi sekali gus memperkukuh kedudukan Selangor sebagai destinasi pelaburan utama di rantau ini.
Untuk maklumat pelaburan negeri Selangor, lawati www.investselangor.my
SUMBER: Invest Selangor Berhad
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Nur Azyyana Abu Bakar
E-mel: azyyana@investselangor.my
Nama: Maryani Binti Mat Saad
E-mel: maryani@investselangor.my
--BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PROGRAM LOCAL BUSINESS CONNECT (LBC) HULU SELANGOR SIRI 2 PERKUKUH HUBUNGAN ANTARA PELABUR DAN USAHAWAN TEMPATAN
Keenam dari kiri: Yang Berhormat Tuan Ng Sze Han, EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Negeri Selangor, YBhg. Dato' Hasan Azhari bin...
-
Aplikasi Pelbagai Bahasa Tabelog untuk Pengembara Antarabangsa — Perkhidmatan Carian dan Tempahan Restoran Terbesar Jepun Alami Dunia Kulina...
-
NetBox Copilot mempercepatkan operasi dan automasi, disamping menyediakan keupayaan layan diri kepada pasukan bukan IT NEW YORK, 12 Feb (B...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
No comments:
Post a Comment