TOKYO, 24 April, 2026 /Kyodo JBN/ --
NIPPON EXPRESS HOLDINGS, INC. (selepas ini dirujuk sebagai “Kumpulan NX”) telah mencapai satu persetujuan untuk mengambil alih kesemua saham di dalam Metro Supply Chain Group Inc. (“Metro Supply Chain Group ”) yang berpangkalan di Montreal, Kanada, dan telah menandatangani satu perjanjian pembelian saham bertarikh 17 April, 2026.
Logo: https://drive.google.com/file/d/1dqm0cxpYamnvMUra1AGXMuGlX932Z353/view?usp=drive_link
Urus niaga itu menilaikan Metro Supply Chain Group Inc. pada CAD1.8 bilion (kira-kira 207.0 bilion yen) pada satu asas nilai perusahaan, sekali gus menjadikannya pengambilalihan terbesar dalam sejarah Kumpulan NX. Selain itu, baki tambahan sehingga CAD400 juta (kira-kira 46.0 bilion yen) boleh jadi dibayar kepada penjual, bergantung kepada syarikat itu memenuhi sasaran kewangan tertentu seperti yang ditakrifkan di dalam perjanjian pembelian saham berkenaan.
Metro Supply Chain Group Inc. mempunyai jejak operasi yang kukuh di Kanada, Amerika Syarikat dan United Kingdom, serta menyediakan perkhidmatan logistik pihak ketiga (3PL) kepada pelbagai industri, termasuk barangan pengguna, automotif, pembuatan dan penjagaan kesihatan. Melalui pengambilalihan ini, Kumpulan NX dijangka dapat memperluaskan kehadiran mereka secara signifikan di pasaran Amerika Utara serta meningkatkan keupayaan logistik hujung-ke-hujung mereka. Urus niaga itu merupakan satu langkah penting di dalam mempercepatkan visi jangka panjang Kumpulan NX — seperti yang digariskan dalam pelan pengurusan mereka “Pelan Pengurusan Kumpulan NX 2028 Pertumbuhan Dinamik 2.0” — untuk menjadi “sebuah syarikat logistik yang mempunyai kehadiran kukuh di pasaran global.”
Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://drive.google.com/file/d/1SvzqxdP0zEEDCtmm2yhpGjBuDkM3iJea/view?usp=drive_link
Maklumat mengenai Kumpulan NX: https://drive.google.com/file/d/1mbvBL6C8THZNrR5LREgGeafNkEdaAmV-/view?usp=drive_link
Laman web rasmi Kumpulan NX: https://www.nipponexpress.com/
Akaun LinkedIn rasmi Kumpulan NX: https://www.linkedin.com/company/nippon-express-group/
Sumber: NIPPON EXPRESS HOLDINGS, INC.

No comments:
Post a Comment