Tuesday, June 3, 2025

SIRIM MERAIH 10 PINGAT DAN DUA ANUGERAH UTAMA DI ITEX 2025

 

Gambar penyelidik SIRIM yang meraih pingat emas dan perak di ITEX 2025.

Bioactive Antimicrobial Material Enriched with Citrus Extract for Sustainable Applications (BioCitrusProtect) Antara Pemenang Emas SIRIM


KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- SIRIM Berhad peneraju dalam penyelidikan dan inovasi teknologi tempatan melakar sebuah lagi kejayaan cemerlang apabila sepuluh projek penyertaannya memenangi pingat di Pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX 2025)

Daripada sepuluh penyertaan, enam projek SIRIM dianugerahkan pingat emas dan empat lagi meraih pingat perak. Dua inovasi terbaik SIRIM turut menerima anugerah Best Invention dan Best Green Invention dalam kategori Institusi Penyelidikan.

Antara projek yang memenangi pingat emas ialah:

1. Automated Drone Station (ADS) For Smart Aerial Monitoring and Surveillance. (Best Invention)
2. Bioactive Antimicrobial Material Enriched with Citrus Extract for Sustainable Applications (BioCitrusProtect). (Best Green Invention)
3. QUANTUMLFA: Revolutionising Hepatitis B Detection.
4. Sustainable Innovation: Biodegradable Microbeads from Pineapple Fibre.
5. Digitalisation of Clear Aligners Production Through Direct 3D Printing.
6. REP4WRD®: Agile Best Practices for Industry. 

Automated Drone Station (ADS) For Smart Aerial Monitoring and Surveillance adalah platform pintar yang direka untuk mengurus, mengecas dan melancarkan dron tanpa pengawasan manusia. Dron ini boleh digunakan serta-merta untuk pemantauan secara langsung, kawalan perimeter dan pengesanan ancaman. Stesen pintar ini memastikan perlindungan 24/7 dengan tindak balas automatik dan sambungan data berkelajuan tinggi.

Bioactive Antimicrobial Material Enriched with Citrus Extract for Sustainable Applications (BioCitrusProtect) ini menggabungkan kitosan, bakteria selulosa, dan naringin daripada sitrus untuk memberikan penyelesaian semula jadi dan berkesan dalam menghalang mikroorganisma berbahaya. Ia berpotensi digunakan dalam pembungkusan makanan, salutan makanan, lapisan kotak, dan membran penapis udara, sekaligus menawarkan alternatif lestari dan mesra alam berbanding penyelesaian antimikrob konvensional.

QuantumLFA adalah kit ujian pantas yang dibangunkan untuk mengesan antigen permukaan Hepatitis B (HBsAg) yang memberi keputusan pantas berasaskan sifat pendarfluor unggul untuk sensitiviti yang lebih tinggi berbanding kit konvensional berasaskan nanopartikel emas. Kit ini menyokong pemantauan klinikal, penilaian rawatan, dan integrasi kesihatan digital, bagi meningkatkan nilainya dalam pelbagai asas penjagaan kesihatan.

Sustainable Innovation: Biodegradable Microbeads from Pineapple Fibre atau PhytoBead menawarkan penyelesaian lestari dan saintifik untuk menggantikan mikrobid plastik dalam produk penjagaan kulit dan penjagaan diri. Inovasi ini memberikan alternatif semula jadi dan biodegradasi untuk pengelupasan dalam scrub, pencuci dan aplikasi seumpamanya. Dibangunkan melalui proses sifar sisa, PhytoBead selamat untuk kulit, mesra alam, dan selari dengan matlamat ekonomi global kitaran.

Digitalisation of Clear Aligners Production Through Direct 3D Printing memperkenalkan aliran kerja digital sepenuhnya untuk penghasilan pendakap gigi lutsinar menggunakan pencetakan 3D langsung. Proses ini menggabungkan pengimbasan intraoral, perancangan rawatan digital dan percetakan 3D langsung menggunakan bahan resin yang biokompatibel. Ciptaan ini sesuai untuk amalan pergigian moden yang ingin beralih kepada model  pembuatan yang berfokuskan  kepada pesakit di mana kelajuan, ketepatan dan kebolehsuaian adalah kunci utama.

REP4WRD®: Agile Best Practices for Industry adalah sebuah kerangka yang direka untuk membantu organisasi dalam melaksanakan metodologi Agile dengan berkesan. Aplikasi utamanya termasuk pembangunan perisian, projek bukan IT, pelaksanaan perusahaan berskala besar, permulaan & inovasi, serta persekitaran hibrid.

Sementara itu, empat projek lain memenangi pingat perak adalah Green Plastics Sustainable Solutions Through G0-Terra Innovations, Smart Mosquito Repellent Dispenser (X-IOT), Low Pressure Storage System Using Amine-Functionalized Multiwall Carbon Nanotube (MWCNT) as Adsorbent Materials for Natural Gas Storage dan AI-Based Automated Data Extraction API for Dynamic Paper-Based Documents (aIDEA)

Dato’ Indera Ir. Dr. Ahmad Sabirin Arshad, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SIRIM Berhad berkata, “Pengiktirafan enam pingat emas dan empat perak, termasuk dua anugerah utama, membuktikan komitmen SIRIM dalam memacu penyelesaian lestari yang bukan sahaja memajukan kemampuan teknologi negara, malah menyumbang kepada penyelesaian cabaran global”.

Kejayaan ini sekali lagi membuktikan peranan SIRIM sebagai peneraju inovasi tempatan dan pemangkin kepada aspirasi Malaysia sebagai hab teknologi dan penyelidikan bertaraf dunia. Edisi ke-36 ITEX kali ini mempamerkan 900 ciptaan teknologi dan produk dari lebih 15 negara.

MENGENAI SIRIM
SIRIM Berhad, anak syarikat Kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri adalah organisasi peneraju bagi penyelesaian teknologi dan kualiti yang memberi tumpuan kepada Penyelidikan Perindustrian, Pembangunan Teknologi dan Pengkomersilan; Pensijilan, Pengujian dan Pemeriksaan; Pengukuran dan Penentukuran; Latihan; Penyelidikan dan Pembangunan Standard; Keusahawanan berasaskan Teknologi; dan Perundingan Reka bentuk. www.sirim.my
 
Untuk berita terbaru, ikuti akaun Sosial Media SIRIM Berhad:
Facebook
Instagram
LinkedIn
TikTok
YouTube
 
SUMBER: SIRIM Berhad


UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Perhubungan Media SIRIM
Name: Mohamad Ariff Fahmy
Tel: 017 4637027
E-mail: fahmy@sirim.my

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Tellus Power Globe Holding Limited, BinHendi Holding dan Sing Family Enterprise Group Menandatangani Perjanjian Usaha Sama untuk Melancarkan Salah Satu Syarikat Pengeluaran Pengecas EV Pertama di Timur Tengah dengan Sokongan Kementerian Pelaburan UAE

IRVINE, California, 18 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --  Tellus Power Globe Holding Limited (“Tellus Power” atau “Syarikat”), sebuah penyedia...