Monday, May 5, 2025

Perma-Pipe International Holdings, Inc. Mengumumkan Keputusan Kewangan Suku Keempat dan Tahun Kewangan 2024

 


• Syarikat ini menjana jualan bersih sebanyak $45.0 juta untuk suku ini dan $158.4 juta untuk tahun ini
• Pendapatan sebelum cukai ialah $5.3 juta untuk suku ini dan $18.5 juta untuk tahun ini
• Baki kerja tertangguh bernilai $138.1 juta setakat 31 Januari 2025, berbanding $68.5 juta pada 31 Januari 2024
 

SPRING, Texas, 5 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Perma-Pipe International Holdings, Inc. (NASDAQ: PPIH) mengumumkan hari ini keputusan kewangan bagi suku keempat dan tahun kewangan 2024 yang berakhir pada 31 Januari 2025.

“Jualan bagi suku keempat dan keseluruhan tahun 2024 menunjukkan pertumbuhan sederhana dan berjumlah $45.0 juta dan $158.4 juta, menghasilkan peningkatan sebanyak $4.8 juta dan $7.7 juta, berbanding tahun sebelumnya.

Pendapatan sebelum cukai ialah $5.3 juta dan $18.5 juta dalam suku keempat dan bagi keseluruhan tahun 2024, yang meningkat sebanyak $2.1 juta dan $8.6 juta, berbanding tahun sebelumnya. Peningkatan besar ini terhasil daripada tumpuan kami kepada produk dan perkhidmatan yang memberikan margin yang lebih tinggi dan menyumbang kepada prestasi margin yang lebih baik.

Pendapatan bersih selepas cukai dan faedah minoriti ialah $1.5 juta dan $9.0 juta dalam suku keempat dan bagi keseluruhan tahun 2024. Walaupun pendapatan bersih 2024 menunjukkan penurunan sebanyak $1.5 juta, berbanding $10.5 juta tahun lepas, pengurangan ini adalah disebabkan oleh manfaat cukai bukan tunai sekali sebanyak $5.9 juta dalam tahun sebelumnya selepas dibenarkan untuk mengiktiraf manfaat kerugian cukai terdahulu. Jika diabaikan impak manfaat cukai, pendapatan bersih selepas cukai dan faedah minoriti menunjukkan peningkatan sebanyak $4.4 juta,” kata CEO David Mansfield.

“Baki kerja tertangguh telah menunjukkan pertumbuhan besar sepanjang tahun dan kini bernilai $138.1 juta, menunjukkan peningkatan 102%, berbanding tahun sebelumnya. Peningkatan dalam baki kerja tertangguh ini membolehkan kami berada pada kedudukan yang baik untuk memulakan 2025,” Encik Mansfield mengulas.

“Kami telah mencapai kejayaan yang agak besar sepanjang tahun, ditunjukkan oleh pendapatan sebelum cukai, margin yang lebih baik dan pertumbuhan besar dalam baki kerja tertangguh. Usahasama di Arab Saudi yang dijalin pada tahun 2023 terus melangkaui jangkaan, dan kami mula menyaksikan peningkatan aktiviti di fasiliti Vars, Ontario di Kanada,” Encik Mansfield selanjutnya berkata.

“2024 adalah tahun yang kukuh bagi Syarikat. Keupayaan kami untuk memperoleh beberapa anugerah projek berskala besar memberikan momentum yang baik pada tahun 2025, serta memposisikan Perma-Pipe sebagai pembekal yang berdaya saing untuk projek mega masa hadapan. Ini termasuk peluang di Qatar. Kejayaan usahasama ini telah membolehkan kami bertapak dengan lebih kukuh di Arab Saudi, dan kami rasa lebih bersemangat dengan perkembangan positif baru-baru ini di Amerika Utara," kata Encik Mansfield.

Keputusan Tahun Kewangan 2024

Jualan bersih ialah $158.4 juta dan $150.7 juta dalam tahun-tahun yang berakhir pada 31 Januari 2025 dan 2024, masing-masing. Peningkatan sebanyak $7.7 juta pada dasarnya adalah hasil daripada jumlah jualan yang lebih tinggi di Timur Tengah dan Kanada.

Untuk kasar ialah $53.2 juta, atau 34% daripada jualan bersih dan $41.5 juta, atau 28% daripada jualan bersih, dalam tahun-tahun yang berakhir pada 21 Januari 2025 dan 2024, masing-masing. Peningkatan sebanyak $11.7 juta terhasil daripada jumlah jualan yang lebih tinggi dan margin kasar yang lebih baik di Timur Tengah dan Kanada.

Perbelanjaan am dan pentadbiran ialah $28.0 juta dan $22.6 dalam tahun-tahun yang berakhir pada 31 Januari 2025 dan 2024, masing-masing. Peningkatan sebanyak $5.4 pada dasarnya disebabkan oleh kos pampasan dan yuran profesional yang lebih tinggi.

Perbelanjaan jualan ialah $4.9 juta dan $5.5 juta dalam tahun-tahun yang berakhir pada 31 Januari 2025 dan 2024, masing-masing. Penurunan sebanyak $0.6 juta ini disebabkan oleh perbelanjaan gaji yang lebih rendah sepanjang tahun ini.

Perbelanjaan faedah ialah $1.9 juta dan $2.3 juta dalam tahun-tahun yang berakhir pada 31 Januari 2025 dan 2024, masing-masing. Penurunan sebanyak $0.4 juta ini disebabkan oleh pengurangan pinjaman dan, kadar faedah yang lebih rendah.

Pendapatan lain ialah $0.1 juta, berbanding perbelanjaan lain sebanyak $1.2 juta dalam tahun-tahun yang berakhir pada 31 Januari 2025 dan 2024, masing-masing. Perubahan ini pada dasarnya disebabkan oleh caj sekali sahaja tidak berulang berhubung dengan penjelasan pra-cukai bukan tunai hasil daripada penamatan pelan pencen Syarikat.

Kadar cukai efektif seluruh dunia ("ETR") Syarikat ialah 29.1% dan (33.6%) dalam tahun-tahun yang berakhir pada 31 Januari 2025 dan 2024, masing-masing. Perubahan dalam ETR kebanyakannya adalah disebabkan oleh perubahan dalam gabungan pendapatan dan kerugian dalam pelbagai bidang kuasa cukai dan pelepasan elaun penilaian domestik separa dalam tahun sebelumnya. Untuk maklumat lanjut, lihat Nota 7 - Cukai Pendapatan, dalam Nota kepada Penyata Kewangan Terkonsolidasi.

Pendapatan bersih yang boleh diagihkan kepada saham biasa ialah $9.0 juta dan $10.5 juta dalam tahun-tahun yang berakhir pada 31 Januari 2025 dan 2024, masing-masing. Penurunan pendapatan bersih ini adalah disebabkan oleh perubahan yang dibincangkan di atas, setelah ditolak jumlah yang boleh diagihkan kepada kepentingan bukan kawalan.

Perma-Pipe International Holdings, Inc.

"Perma-Pipe International Holdings, Inc. (“Syarikat”) ialah peneraju global dalam sistem paip pra-penebat dan pengesanan kebocoran untuk pengumpulan minyak dan gas, pemanasan dan penyejukan daerah, serta penggunaan lain. Syarikat menggunakan kepakaran kejuruteraan dan fabrikasi yang luas untuk membangunkan penyelesaian paip yang menangani cabaran kompleks berkaitan pengangkutan pelbagai jenis cecair dengan selamat dan cekap. Secara keseluruhan, Syarikat mempunyai operasi di empat belas lokasi di enam buah negara."

https://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=19274

No comments:

Post a Comment

Tellus Power Globe Holding Limited, BinHendi Holding dan Sing Family Enterprise Group Menandatangani Perjanjian Usaha Sama untuk Melancarkan Salah Satu Syarikat Pengeluaran Pengecas EV Pertama di Timur Tengah dengan Sokongan Kementerian Pelaburan UAE

IRVINE, California, 18 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --  Tellus Power Globe Holding Limited (“Tellus Power” atau “Syarikat”), sebuah penyedia...