Tuesday, May 20, 2025

NIPPON EXPRESS HOLDINGS Melengkapkan Pemerolehan Saham bagi Cold Chain Bangladesh Limited

TOKYO, 19 Mei, 2025 /Kyodo JBN/ --

NIPPON EXPRESS HOLDINGS, Inc. dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa melalui anak syarikat mereka, Nippon Express (Asia Selatan & Oceania) Pte. Ltd., ia telah memperoleh 20% pegangan saham di dalam Cold Chain Bangladesh Limited (kemudian dari ini "CCBL"), sebuah syarikat logistik yang melibatkan diri di dalam operasi logistik domestik di Bangladesh. Pengambilalihan itu dibuat pada 15 Mei, 2025.

Logo NX:
https://drive.google.com/file/d/1dqm0cxpYamnvMUra1AGXMuGlX932Z353/view?usp=drive_link

Foto mengenai Ahmed Rajeeb Samdani (kiri), seorang pemegang saham bagi CCBL, dan Katsuhito Kobayashi, Presiden bagi Nippon Express (Asia Selatan & Oceania) Pte. Ltd.: https://drive.google.com/file/d/1ufUYlDOF6mPZMK2i9A69ZxPg1jbLe2cU/view?usp=drive_link

Kumpulan NX memasuki pasaran logistik Bangladesh pada tahun 2012 dan telah mengembangkan perniagaan itu terutamanya melalui penyediaan perkhidmatan penghantaran antarabangsa, dengan memberi tumpuan kepada industri pakaian. Kini, sebagai tindak balas kepada permintaan yang semakin meningkat bagi perkhidmatan logistik domestik dan untuk mengembangkan pangkalan pelanggan mereka di Bangladesh, Kumpulan NX telah mengambil keputusan untuk mengukuhkan lagi operasi logistik domestik mereka di negara itu.

CCBL, yang beribu pejabat di Dhaka, Bangladesh, ialah sebuah syarikat logistik pihak ketiga yang mengkhususkan diri di dalam logistik pengedaran domestik. CCBL mempunyai sebuah infrastruktur logistik di seluruh negara dengan keupayaan untuk mengendalikan semua jenis barangan, termasuk yang memerlukan penyimpanan dan pengangkutan suhu terkawal.

Strategi Kumpulan NX adalah untuk mengukuhkan perniagaan logistik domestik mereka di Bangladesh dengan memanfaatkan rangkaian dan aset logistik domestik CCBL, dengan itu meraih peluang-peluang logistik yang timbul daripada permintaan domestik yang semakin meningkat. Seterusnya, dengan memanfaatkan rangkaian logistik global mereka, termasuk penghantaran, Kumpulan NX akan menyediakan penyelesaian hujung ke hujung bagi rantaian bekalan pelanggan mereka.

Kumpulan NX menyasarkan untuk merealisasikan peluang-peluang pertumbuhan di Bangladesh pada peringkat awal melalui pelaburan ini di dalam pasaran logistik Bangladesh, sekali gus menyumbang kepada penciptaan nilai bagi pelanggan dan pemegang saham mereka.

Gambaran keseluruhan bagi CCBL
(1) Nama Syarikat: Cold Chain Bangladesh Limited
(2) Alamat Ibu Pejabat: Menara Shanta Western, Tingkat 5, 501 & 502, 186, Gulshan-Tejgaon Link Road, Tejgaon I/A, Dhaka-1208
(3) Tapak dan Kemudahan:
- 13 tapak di 10 bandar  raya di Bangladesh (dengan penyimpanan suhu terkawal, lihat peta tapak di bawah)
- 50 kenderaan (termasuk kenderaan suhu terkawal)
(4) Wakil: Rezaul Alam, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif
(5) Perniagaan: Logistik (penghantaran gudang, pengangkutan trak domestik) dan perkhidmatan nilai tambah yang lain

Peta tapak:
https://drive.google.com/file/d/15tGBLJxpCjEDUZUpyJkiBxJM6MWjPFi2/view?usp=drive_link

Maklumat mengenai Kumpulan NX:
https://drive.google.com/file/d/1g1Rtb9Mie5yhenpOr8A007kKolh1gBJ6/view?usp=drive_link

Laman web rasmi Kumpulan NX: https://www.nipponexpress.com/

Akaun LinkedIn rasmi Kumpulan NX: https://www.linkedin.com/company/nippon-express-group/

Sumber: NIPPON EXPRESS HOLDINGS, INC.

--BERNAMA

Hytera Merapatkan Jurang Teknologi & Budaya di Pavilion China sempena Ekspo 2025

Radio PoC Hytera PNC380 digunakan oleh pasukan Pavilion China bagi memastikan koordinasi masa nyata yang lancar sepanjang Ekspo 2025 Osaka berlangsung.



OSAKA, Jepun, 19 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) --
 Hytera, peneraju global dalam penyediaan teknologi dan penyelesaian komunikasi profesional, telah menganjurkan Hari Tema syarikat tersebut di Pavilion China sempena Ekspo Dunia 2025 Osaka pada 11 Mei. Acara ini telah menarik perhatian pengunjung dari seluruh dunia dengan demonstrasi langsung peranti tekan-untuk-cakap, aktiviti daftar masuk interaktif, serta kemunculan maskot jenama bernama “Xiao Hai” — menyerlahkan cara teknologi komunikasi profesional mampu menghubungkan manusia dan budaya di pentas global.


Sejak pembukaan Ekspo 2025 pada 13 April, platform HyTalk PoC oleh Hytera telah beroperasi dengan lancar di Pavilion China. “Kami berasa bangga kerana berjaya melaksanakan semua operasi komunikasi kritikal dengan jayanya sepanjang fasa awal pembukaan pavilion, yang membolehkan penyelarasan lancar antara pasukan pelbagai fungsi,” kata Edward Lin, Pengarah Jualan Hytera Jepun. Tambah beliau lagi, “Kami berhasrat untuk mengetengahkan teknologi kami kepada khalayak global serta menonjolkan peranannya dalam pengurusan acara berskala besar dan keselamatan awam. Kami akan terus menyediakan sokongan komunikasi yang boleh dipercayai sepanjang tempoh Ekspo, bagi memastikan kelancaran operasi sehingga acara ini berakhir pada bulan Oktober.”

Pada Hari Tema tersebut, Hytera mempersembahkan pelbagai inovasi generasi baharu termasuk kamera badan (Body-Worn Camera, BWC), radio PoC, serta model terbaharu HP798EX IIC — sebuah radio tahan letupan yang diperakui di Jepun, direka khas untuk persekitaran berisiko tinggi yang mengandungi habuk mudah terbakar dan gas letupan.

Wakil daripada komuniti rakan kongsi tempatan Hytera telah dijemput untuk melawat Pavilion China, menyaksikan sendiri sistem PoC yang telah digunakan, serta bertukar pandangan bersama pasukan Hytera mengenai produk-produk terbaharu. Radio Tahan Letupan Hytera kini digunakan secara meluas dalam sektor bomba dan petrokimia di Jepun, memberikan komunikasi kritikal yang amat diperlukan di lokasi berisiko tinggi,” kata Encik Shin Ryu, Ketua Pegawai Eksekutif General Trading Japan Co., Ltd., pengedar rasmi Hytera di Jepun.

Daripada zon kraf tradisional hinggalah pameran teknologi futuristik, Hari Tema Hytera bukan sekadar paparan produk — ia membawakan naratif tentang ketersambungan antara budaya, generasi dan komuniti profesional. Sepanjang berlangsungnya Ekspo, Hytera kekal komited untuk memperkasakan operasi yang lebih selamat dan efisien melalui komunikasi yang boleh dipercayai — membantu para profesional kekal berhubung, bermaklumat dan dilindungi setiap hari.

Maklumat tentang Hytera

Hytera Communications Corporation Limited (SZSE: 002583) ialah penyedia global terkemuka dalam teknologi dan penyelesaian komunikasi profesional. Dengan keupayaan suara, video, dan data, kami menyediakan sambungan yang lebih pantas, selamat, dan serba boleh untuk pengguna perniagaan dan misi kritikal. Kami menjadikan dunia lebih cekap dan selamat dengan membolehkan pelanggan kami mencapai lebih banyak dalam operasi harian dan tindak balas kecemasan.
 
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20250513829953/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Contacts
lele.yao@hytera.com
 
Sumber: Hytera Communications Corporation Limited

--BERNAMA

Almal Real Estate Development Melancarkan 'The One by Almal' – Memperkenalkan Penanda Aras Baharu dalam Kehidupan Gaya Resort Global Merentasi Asia Tenggara

The One by Almal (Foto: AETOSWire)

BALI, Indonesia, 19 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Almal Real Estate Development, pemaju berpangkalan di UAE yang terkenal dengan pembangunan hartanah mewah, mengumumkan kemasukan strategiknya ke pasaran Asia Tenggara dengan pelancaran 'The One by Almal' di Bali, Indonesia. Pelancaran ini menandakan permulaan pengembangan antarabangsa Almal di bawah pelan pengembangan progresif 2030 mereka, dengan projek-projek tambahan yang sudah dirancang untuk Thailand, Vietnam, Filipina, Seychelles, dan Mauritius.

Menetapkan standard global baharu, 'The One by Almal' memperkenalkan konsep Kediaman Bergaya Resort. Menggabungkan secara harmoni kediaman eksklusif, villa, dan rumah bandar dengan perkhidmatan resort terpilih, program kesejahteraan yang holistik, serta destinasi tempat makan yang unik, projek pertama jenama ini di Nusa Dua akan menawarkan gaya hidup tepi pantai yang lebih premium, direka khas untuk penghuni dan pelancong elit.

"Almal bukan sekadar berkembang, kami membentuk masa hadapan kehidupan bergaya resort di seluruh dunia ," kata Dmitriy Starovoitov , Pengasas Almal Real Estate Development, "Kemasukan kami ke Asia Tenggara adalah langkah strategik, dan dilakukan berdasarkan kejayaan kami yang telah terbukti di UAE, di mana kami telah mencipta rekod dan penanda aras baharu dalam projek-projek hospitaliti dan kediaman mewah."

Rekod prestasi Almal yang mengagumkan termasuk projek-projek seperti The Unexpected Al Marjan Island Hotel & Residence di Ras Al Khaimah—yang diiktiraf kerana mencapai jualan tertinggi—serta Harrisoni Villas di Dubai, koleksi eksklusif villa tepi pantai bernilai lebih $30 juta setiap satu. Pemaju ini juga merupakan pencetus konsep The Smart Space yang bakal menjadi pusat perniagaan berjenama pertama di UAE dalam fasa pra-pembinaan di UAE, mencerminkan komitmen Almal dalam memperkenalkan kelas aset baharu kepada pasaran global yang dinamik.

Selaras dengan strategi pengembangannya, Almal terus meningkatkan aksesibiliti kepada portfolio mereka melalui pelbagai saluran pelaburan tersuai. Pelancaran terkini aplikasi 'The One' merupakan sebahagian daripada visi ini, menawarkan para pelanggan pintu digital yang lancar dan telus untuk meneroka peluang akan datang dalam portfolio global jenama yang semakin berkembang.

"Misi kami bukan sekadar menjayakan pembangunan ikonik—kami ingin membina hubungan yang bermakna dengan pelabur, rakan kongsi, dan pemain industri yang sehaluan, yang berkongsi semangat kami terhadap inovasi dan kecemerlangan," tambah Starovoitov.

The One by Almal menandakan langkah berani seterusnya dalam misi syarikat untuk mentafsirkan semula kehidupan mewah pada pentas global.

Untuk maklumat lanjut, layari www.almal-investments.com dan www.theonebyalmal.com.

Sumber: AETOSWire

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/20250515599411/en
 
Contacts

Hubungan Media:
Oksana Vitkovska, Ketua Pemasaran
ov@almal-investments.com
 
Sumber: Almal Real Estate Development

--BERNAMA

Monday, May 19, 2025

AUCNET Memperolehi Usaha Sama Singapura sebagai Anak Syarikat milik 100%

 TOKYO, 19 Mei, 2025 /Kyodo JBN/ --


- Meningkatkan Rangkaian Global dan Pertumbuhan Pengedaran Tempatan di ASEAN dan Oceania-

AUCNET INC. (kemudian dari ini: AUCNET), sebuah syarikat reka bentuk pasaran bulat yang beribu pejabat di Bandar raya Minato, Tokyo, dengan sukacitanya ingin mengumumkan pengambilalihan sepenuhnya usaha sama mereka, SG e-Auction Pte. Ltd. (kemudian dari ini: SG e-Auction) Singapura, yang mengendalikan perniagaan pengedaran barangan mewah terpakai di Singapura dan di seluruh ASEAN, dengan tujuan untuk mengembangkan rangkaian pelanggan global dan pengedaran tempatan mereka di rantau ASEAN dan Oceania.

AUCNET telah melancarkan lelongan kereta terpakai masa nyata yang pertama di dunia pada tahun 1985 dan telah berkembang untuk meliputi pelbagai bidang, termasuk produk digital terpakai, motosikal terpakai dan barangan mewah terpakai. Selama bertahun-tahun, ia telah membangunkan kepakaran dan satu rangkaian pengedaran yang kukuh di dalam pasaran sekunder.

Pada tahun 2015, AUCNET telah menubuhkan sebuah anak syarikat, AUCNET CONSUMER PRODUCTS INC. (Ibu pejabat: Bandar raya Minato, Tokyo, Ketua Pegawai Eksekutif: Yasuto Saito, kemudian dari ini: ACP), untuk melibatkan diri di dalam perniagaan jualan semula fesyen. Hari ini, ACP menyokong pengendalian satu daripada lelongan jenama mewah dalam talian yang terbesar Jepun, dengan bekerjasama bersama lebih 5,500 syarikat di seluruh dunia, dan mencapai satu volum urus niaga tahunan lebih daripada 52 bilion yen.

ACP telah mengembangkan perniagaan mereka ke dalam sektor niaga-ke-pengguna atau B2C dengan memperoleh GALLERY RARE Ltd. (Ibu pejabat: Bandar raya Osaka, Osaka, Ketua Pegawai Eksekutif: Fumitoshi Teraoka, kemudian dari ini: GALLERY RARE) pada tahun 2020, dan Defactostandard, Ltd. (Ibu pejabat: Bandar raya Ota, Tokyo, Ketua Pegawai Eksekutif: Yasuto Saito, kemudian dari ini: Defactostandard), yang beroperasi di bawah jenama “Brandear,” pada tahun 2024.

Sebagai sebahagian daripada pengembangan antarabangsa mereka, ACP telah membentuk sebuah usaha sama dengan sebuah kedai pajak gadai terkemuka di Singapura pada tahun 2017. Syarikat itu meneruskan pertumbuhan mereka dengan membuka pejabat di Amerika Utara (Los Angeles, California) dan Eropah (Copenhagen, Denmark) pada tahun 2022, dengan secara aktif mengembangkan perniagaan mereka.

Selaras dengan strategi global mereka untuk perniagaan jualan semula fesyen, AUCNET telah menjadikan syarikat itu sebagai sebuah anak syarikat milik mereka sepenuhnya. Pemerolehan ini mengukuhkan lagi perniagaan global AUCNET di dalam pasaran jualan semula yang berkembang pesat, termasuk barangan mewah, di kawasan ASEAN dan Oceania.

Tujuan bagi Pemerolehan SG e-Auction

(1) Mempercepatkan pengembangan rangkaian itu yang dibina oleh SG e-Auction di rantau ASEAN, sambil meningkatkan perkhidmatan pelanggan bagi 400 ahli mereka yang sedia ada.

(2) Memperluaskan pengedaran di rantau ASEAN dan Oceania, dengan berpusat di sekitar Singapura.

(3) Membangunkan perniagaan jualan semula fesyen AUCNET, yang merangkumi ACP, GALLERY RARE dan Defactostandard.

Untuk mengukuhkan kehadiran jenama AUCNET di rantau ASEAN dan Oceania dan mempercepatkan pengembangan mereka di peringkat antarabangsa, syarikat itu merancang untuk menukar nama mereka kepada AUCNET ASIA Pacific (tentatif) selepas pengambilalihan itu.

AUCNET ASIA Pacific (tentatif) akan menyasarkan untuk meningkatkan lagi pelanggan antarabangsa mereka, dan menyumbang kepada mencapai pengedaran global.

Imej mengenai Miya Komatsuzaki (Ketua Pegawai Operasi SG e-Auction): https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M105709/202504308146/_prw_PI1fl_5DqKsMRo.jpeg

-Gambaran keseluruhan mengenai AUCNET ASIA Pacific (tentatif)

Nama syarikat: AUCNET ASIA Pacific

Ibu Pejabat: 7 CHANGI BUSINESS PARK VISTA, #01-01, IBU PEJABAT SOOKEE, SINGAPURA 486042

Wakil: Pengarah, Yasuto Saito

Maklumat mengenai AUCNET INC.: https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M105709/202504308146/_prw_PA2fl_k4WnxF5U.pdf

Sumber: AUCNET INC.

--BERNAMA

Sunday, May 18, 2025

IEEE Memberi Sokongan Strategik dalam Usaha Indonesia Memperkenalkan Peraturan Reka Bentuk Mesra Usia yang Pertama di Asia

 


IEEE pemangkin peraturan bersejarah yang mengikat bagi melindungi kanak-kanak di alam maya
 

PISCATAWAY, New Jersey, 19 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Persatuan Piawaian IEEE (IEEE SA), iaitu organisasi pembangunan piawaian berasaskan konsensus global di bawah IEEE, badan profesional teknikal terbesar di dunia yang berdedikasi memajukan teknologi demi kesejahteraan manusia mengumumkan kejayaan kerjasamanya dengan penggubal dasar dalam penggubalan Peraturan Kerajaan Indonesia yang baharu diluluskan, iaitu Tadbir Urus Sistem Elektronik dalam Perlindungan Kanak-Kanak.

Berdasarkan inisiatif dan piawaian IEEE yang memfokuskan kepada tadbir urus data kanak-kanak dan reka bentuk mengikut kesesuaian umur, IEEE SA telah menyumbang kerangka kerja penting dalam membimbing reka bentuk platform dan sistem Internet yang sesuai mengikut umur sepanjang proses pengawalseliaan di Indonesia. Peraturan ini merupakan yang pertama seumpamanya di Asia dan Global Selatan, yang memperkenalkan keperluan yang boleh dikuatkuasakan kepada platform digital bagi melindungi privasi, keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak sebagai pendekatan menyeluruh dan berkesan terhadap isu ketagihan dalam talian dalam kalangan kanak-kanak. Pelaksanaan peraturan bersejarah ini oleh Indonesia menandakan satu langkah penting dalam perlindungan kanak-kanak di alam maya peringkat global.

Kanak-kanak kini merangkumi kira-kira satu pertiga daripada semua pengguna Internet di seluruh dunia. Ketersambungan yang semakin meluas telah membolehkan golongan muda mendapat manfaat daripada kandungan pendidikan, alat komunikasi dan hiburan. Namun, keadaan ini juga mendedahkan mereka kepada kandungan berbahaya, eksploitasi, risiko privasi data dan masalah ketagihan yang berpotensi. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan dan badan masyarakat sivil telah menyeru kepada amalan reka bentuk yang sesuai mengikut umur, iaitu mereka bentuk produk digital dengan perlindungan dan ciri khusus untuk kanak-kanak bagi menangani risiko-risiko ini. Peraturan baharu Indonesia memberi perhatian kepada isu penting ini dengan mewajibkan penyedia perkhidmatan dalam talian untuk mengutamakan kepentingan terbaik kanak-kanak dalam reka bentuk dan pelaksanaan platform mereka.

Peraturan ini berlandaskan Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu terhadap Hak Kanak-Kanak dan Ulasan Umum No. 25, menetapkan bahawa mana-mana produk atau perkhidmatan digital yang berkemungkinan digunakan oleh kanak-kanak mesti menyediakan tahap privasi yang tinggi secara lalai. Antara ketetapan paling penting ialah larangan terhadap pemprofilan dan penjejakan lokasi geografi yang tepat ke atas kanak-kanak. Selain itu, amalan reka bentuk yang bersifat manipulatif termasuk taktik ‘nudging’ untuk melemahkan tetapan privasi atau permintaan maklumat peribadi yang berlebihan turut dilarang sama sekali.

“Inilah contoh bagaimana IEEE melaksanakan misinya secara nyata untuk menyokong keperluan masyarakat dan kanak-kanak, di mana perspektif global dan pengetahuan teknikal IEEE digabungkan dengan komitmen pihak berkuasa Indonesia bagi mencapai hasil yang berjaya,” kata Sophia Muirhead, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi IEEE. “Melalui kerjasama ini, kami berjaya membangunkan rangka kerja undang-undang dan peraturan yang praktikal serta berpandangan ke hadapan yang akan menjadikan ruang digital lebih selamat untuk generasi akan datang di Indonesia, dan kami berharap ia turut memberi inspirasi kepada tindakan serupa di peringkat global.”

Peraturan baharu Indonesia ini sejajar rapat dengan beberapa rangka kerja dan peraturan undang-undang paling maju di dunia, seperti Kod Reka Bentuk Mengikut Umur di United Kingdom dan California. Peraturan ini juga berpandukan piawaian yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, termasuk IEEE 2089™, iaitu Piawaian IEEE untuk Rangka Kerja Perkhidmatan Digital Mesra Umur (berdasarkan prinsip 5Rights untuk kanak-kanak), dan IEEE 2089.1™, iaitu Piawaian IEEE untuk Pengesahan Umur Dalam Talian. Dengan mengintegrasikan peruntukan utama daripada piawaian ini, peraturan tersebut memastikan perkhidmatan dalam talian mematuhi garis panduan yang telah diteliti secara global dalam melindungi data dan pengalaman kanak-kanak. IEEE SA juga baru-baru ini melancarkan program pensijilan berkaitan untuk membantu industri mematuhi amalan terbaik dalam pengesahan umur.

“Dengan menyumbangkan kepakaran teknikal kami yang neutral dan bertaraf dunia kepada usaha pembangunan dasar di Indonesia, kami membantu menangani cabaran sosio-teknikal yang kompleks, iaitu cara menjadikan dunia dalam talian lebih selamat untuk kanak-kanak dengan pendekatan yang mengimbangi inovasi dan perlindungan,” kata Alpesh Shah, Pengarah Urusan IEEE SA. “Pencapaian ini memerlukan kerjasama yang luar biasa merentas bidang teknikal, kerajaan, dan masyarakat sivil, dan ini menegaskan perkara yang boleh dicapai apabila kita semua bekerjasama demi anak-anak kita.”

Penglibatan di Indonesia menjadi contoh model pembangunan dasar yang kolaboratif. Terinspirasi oleh kejayaan ini dan kerjasama lain yang serupa, IEEE SA baru-baru ini melancarkan Kerjasama Dasar Teknologi untuk terus memanfaatkan kepakaran IEEE yang neutral dan dipercayai bagi membantu kerajaan menangani cabaran teknikal dan sosial yang kompleks dalam bidang strategik seperti tadbir urus digital. Melalui usaha seperti ini, IEEE SA mengukuhkan komitmennya sebagai rakan yang bernilai dalam memajukan teknologi demi manfaat manusia sejagat.

· Lihat butiran lanjut tentang kerjasama ini di Indonesia
· Ketahui lebih lanjut tentang cara IEEE mendayakan pengalaman digital yang boleh dipercayai untuk kanak-kanak
 
Maklumat tentang Persatuan Piawaian IEEE

Persatuan Piawaian IEEE (IEEE SA) ialah sebuah organisasi kerjasama para inovator menetapkan piawaian teknologi bertaraf dunia. IEEE SA menyediakan persekitaran dan platform terbuka di peringkat global yang membina konsensus, membolehkan individu bekerjasama dalam pembangunan piawaian teknologi terkini yang relevan dengan pasaran serta penyelesaian industri yang membentuk dunia yang lebih baik, lebih selamat dan mampan. Untuk maklumat lanjut, sila lawati standards.ieee.org.

Maklumat tentang IEEE

IEEE ialah organisasi profesional teknikal terbesar di dunia dan sebuah badan amal awam yang berdedikasi untuk memajukan teknologi demi manfaat manusia sejagat. Menerusi penerbitannya yang banyak dirujuk, persidangan, piawaian teknologi, serta aktiviti profesional dan pendidikan, IEEE menjadi suara yang dipercayai dalam pelbagai bidang daripada sistem aeroangkasa, komputer dan telekomunikasi hinggalah ke kejuruteraan bioperubatan, kuasa elektrik dan elektronik pengguna. Ketahui lebih lanjut di www.ieee.org.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Hubungi

Tania Olabi-Colón
Pengarah, Pemasaran Jenama & Komunikasi
 
Corey Ruth
Pengurus, Pemasaran Jenama & Komunikasi
 
standards-pr@ieee.org
 
Sumber: IEEE Standards Association 

Bitget Meningkatkan Pegangan Pasaran dalam Sorotan Laporan Bulanan April 2025

VICTORIA, Seychelles, 19 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget, sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka, telah mengeluarkan Laporan Ketelusan edisi April 2025, yang menyerlahkan pertumbuhan, pencapaian kawal selia dan momentum yang berterusan sepanjang bulan tersebut melalui inovasi yang konsisten dan pelaksanaan yang kukuh walaupun pasaran mengalami ketidaktentuan yang lebih luas.


Dalam bulan yang dilihat mencatat pembetulan pasaran dan sikap berhati-hati pelabur, Bitget mencatatkan jumlah perdagangan niaga hadapan sebanyak $757.6 bilion, yang mewakili pertumbuhan sebanyak 17.3% bulan ke bulan. Jumlah perdagangan spot juga meningkat kepada $68.6 bilion, dan angka ini dianggap melawan arus kemerosotan industri dalam pelbagai sektor. Keuntungan ini menyumbang kepada kebangkitan Bitget sebagai bursa kripto ketiga terbesar berdasarkan jumlah dagangan, dengan pegangan pasaran sebanyak 7.2% serta mencerminkan prestasi kukuh dan momentum berterusan dalam persekitaran pasaran yang kompetitif. Menurut Coingecko dan WuBlockchain, Bitget berlawanan dengan trend bursa yang lebih luas, dan terus meningkatkan pegangan pasaran di saat bursa lain mengalami penyusutan. Jumlah pengguna Bitget juga telah melangkaui 120 juta orang dan ini menandakan usaha libat urus yang kukuh oleh platform tersebut serta kepercayaan pengguna terhadap produk dan perkhidmatan Bitget.

Pada bulan April, Bitget mencapai lonjakan yang besar dalam pengawalseliaan dengan memperoleh lesen DASP dan juga BSP di El Salvador, yang membolehkan Bitget menawarkan perkhidmatan kripto yang lengkap—spot, derivatif, pegangan atau staking dan hasil—di bawah salah satu rangka kerja aset digital yang paling progresif di dunia.

Bulan itu juga menandakan pelancaran Bitget Onchain, yang merupakan satu ciri yang membolehkan pengguna berdagang aset dalam rantaian terus melalui aplikasi Bitget menggunakan USDT atau USDC. Ciri ini akan merapatkan jurang antara UX terpusat dan akses tak terpusat yang menjadikan Web3 lebih mudah digunakan.

Untuk menyokong pertumbuhan institusi, Bitget telah menaik taraf Program Insentif Kecairan dengan kadar pembuat-pengambil yang lebih baik dan pendaftaran yang lebih pantas, sekali gus meningkatkan kecairan yang meliputi pasaran spot dan derivatif.

Dalam bidang pemasaran, Bitget bekerjasama dengan bintang FC Barcelona, Raphinha dalam kempen global yang menonjolkan alat perdagangan pintar seperti Copy Trading, Launchpool dan Pre-market. Kempen ini dipadankan dengan inisiatif "Your Team, Your Skin" bersama LALIGA yang membolehkan pengguna memperibadikan antara muka perdagangan mereka dengan jenama pasukan itu.

Laporan Pekerjaan Penyelidikan Bitget menganggarkan bahawa rantai blok boleh mencipta 500,000 peluang pekerjaan menjelang 2028, selaras dengan laluan pertumbuhan sektor AI serta menekankan kesan rantai blok yang semakin meluas.

Akhir sekali, Bitget mengukuhkan kehadiran globalnya dengan pengaktifan yang imersif di TOKEN2049 Dubai dan Paris Blockchain Week, termasuk acara sampingan seperti Cryptoverse Dream Night, yang menyerlahkan komitmennya terhadap komuniti dan inovasi.

Di antara kejayaan mematuhi peraturan kawal selia, pertumbuhan pengguna yang pesat dan tumpuan terhadap kebolehaksesan dan keselamatan, Bitget menerajui industri sebagai salah satu pemain utama dalam evolusi industri kripto. Sedang sentimen pasaran mula berubah, Bitget telah bersedia untuk menerajui fasa penggunaan kripto dan penyepaduan WEB3 yang seterusnya.

Untuk laporan lengkap ketelusan, layari di sini.

Perihal Bitget

Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitget merupakan sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka di dunia. Bursa Bitget memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 120 juta pengguna di lebih 150 negara dan rantau serta komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ciri perdagangan salinan perintisnya dan penyelesaian perdagangan lain. Bitget turut menawarkan akses secara masa nyata kepada harga Bitcoin, harga Ethereum serta harga mata wang kripto yang lain. Bitget Wallet yang sebelum ini dikenali sebagai BitKeep merupakan dompet kripto berbilang rantaian bertaraf dunia yang menawarkan pelbagai penyelesaian dan ciri Web3 yang komprehensif, termasuk kefungsian dompet, pertukaran token, NFT Marketplace, penyemak imbas DApp dan pelbagai lagi.

Bitget berada di barisan hadapan dalam memacu penggunaan kripto melalui kerjasama strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA, dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM, termasuk menjadi rakan kongsi global atlet Kebangsaan Turki Buse Tosun ÇavuÅŸoÄŸlu (Juara gusti dunia), Samet Gümüş (Pemenang pingat emas tinju) dan Ä°lkin Aydın (Pemain pasukan bola tampar kebangsaan), untuk memberikan inspirasi kepada komuniti global bagi merangkul masa depan mata wang kripto.

Untuk maklumat lanjut, layari: Laman web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com

Amaran Risiko: Harga aset digital tertakluk kepada turun naik dan mungkin mengalami ketidakstabilan yang ketara. Pelabur disarankan agar hanya memperuntukkan dana yang mereka sanggup tanggung jika mengalami kerugian. Nilai mana-mana pelaburan boleh terjejas dan terdapat kemungkinan bahawa objektif kewangan mungkin tidak tercapai serta pelaburan pokok tidak dapat diperoleh semula. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa diperoleh dan pengalaman kewangan peribadi serta kedudukan kewangan perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi pada masa lalu bukanlah penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Bitget tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa yang terkandung di sini harus dianggap sebagai nasihat kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk Syarat Penggunaan kami.

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/5bf1a171-5c5d-4536-b7ba-529f3be725b6 

SUMBER: Bitget Limited

PENAFIAN: 
BERNAMA MREM tidak bertanggungjawab atas sebarang sebab penodaan laman web, penyalahgunaan, atau aktiviti haram yang berkaitan dengan mata wang kripto, rantaian blok, tokenisasi, atau bitcoin. Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai panduan atau pendapat, kerana ia bukan nasihat kewangan atau pelaburan. Gunakan maklumat ini atas risiko anda sendiri; kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penerbitan semula artikel ini.  

Friday, May 16, 2025

JOHAN GHAZALI BRAND AMBASSADOR PERTAMA BLANCO FRAGRANCE 2025

Sidang Media Perlantikan Brand Ambassador di Blanco Fragrance

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- 
Sepanjang Blanco Fragrance beroperasi, buat julung kalinya Blanco Fragrance melantik Brand Ambassador pertama tahun 2025 iaitu Johan Ghazali/Jojo.

Pemilihan Johan Ghazali ini sesuai dengan hala tuju Syarikat mahu memperkenalkan Blanco Fragrance secara menyeluruh daripada golongan muda ke dewasa. Keputusan melantik Brand Ambassador ini berharap memberikan impak baru kepada syarikat dan sebagai hadiah kepada pelanggan setia Blanco Fragrance.
 
Kontrak yang berlangsung selama setahun ini akan mendatangkan beberapa kejutan dari pihak Blanco Fragrance. Setakat ini syarikat telah pun melancarkan Wangian Special Jojo Edition (Phenom) di semua platform e-commerce Blanco Fragrance.
 
Semoga kisah kejayaan ini memberi inspirasi usahawan muda tempatan untuk terus bekerja keras membina empayar bisnes masing-masing.
 
TAHUN 2025, BLANCO FRAGRANCE MEMILIKI DUA OUTLET

Mac 2025
Setakat tahun 2025, Blanco Fragrance telah memiliki 60 orang staf yang bersama menjayakan visi dan misi Syarikat. Dahulu, Blanco Fragrance mula berpusat di Jalan Laksamana, Batu Caves dan kini di Taman Amaniah, Batu Caves.
 
Kejayaan demi kejayaan, Blanco Fragrance telah membuka outlet kedua di Seberang Jaya, Penang. Khusus orang-orang utara yang mahu mengalami pengalaman haruman jenama Blanco Fragrance, orang ramai dijemput ke outlet kedua Blanco Fragrance di sana.
 
BLANCO FRAGRANCE SASAR BAYARAN ZAKAT LEBIH TINGGI 2025
 
Disember 2024
Pada tahun 2024, Blanco Fragrance telah membayar zakat sebanyak RM150,000 hasil daripada keuntungan syarikat. Syarikat Blanco Fragrance akan terus berusaha untuk membayar lebih banyak amaun zakat pada tahun 2025 ini.
Link video pembayaran zakat: https://vt.tiktok.com/ZSrCJc2PX/
 
Hasrat ini tidak akan tercapai tanpa sokongan daripada orang ramai. Terima kasih kepada semua pelanggan Blanco Fragrance daripada dulu sehingga sekarang yang masih setia bersama kami.
 
LATAR BELAKANG PENGASAS BLANCO FRAGRANCE
 
Wan Said atau nama sebenarnya Mohd Ridhuan Said, ialah seorang usahawan berasal  dari Kedah yang mengasaskan jenama minyak wangi tempatan, Blanco Fragrance. Dengan bermodalkan RM2,000 pada tahun 2015, beliau berjaya membangunkan perniagaan ini sehingga mencapai jualan jutaan ringgit.
 
Blanco Fragrance menawarkan lebih 130 jenis minyak wangi untuk lelaki dan perempuan yang dicipta oleh Wan Said antara “signature” Blanco Fragrance yang laris termasuklah “Tertawan”, “Rupawan”, “Someone”, “Rizwan” dan “One More Time”. Produk-produk ini boleh diperolehi di platform e-dagang seperti Shopee, Tiktok dan Lazada.  
 
Selain itu, Blanco Fragrance juga telah berjaya menduduki tangga teratas di platform Tiktok dan Shopee sebagai jenama tempatan minyak wangi dengan jualan produk keseluruhan lebih 3 juta unit.
 
SUMBER: Advertising.com.my

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama:  Fizan
Tel: 0176832271
E-mel: hello@blancofragrance.com.my 

--BERNAMA

Univar Solutions Menyelesaikan Pengambilalihan Perniagaan Lavo Bulk di Kanada

Transaksi ini mengukuhkan kehadiran syarikat di Kanada Timur serta memperluas penyelesaian dan keupayaan kimia yang saling melengkapi untuk...