Friday, March 24, 2023

MARY KAY MENEGASKAN KEPENTINGAN KEPIMPINAN WANITA DAN KETERLIBATAN SEKTOR SWASTA DALAM PEMULIHARAAN DI SIDANG KEMUNCAK LAUTAN DUNIA 2023 YANG DIANJURKAN OLEH ECONOMIST IMPACT




DALLAS, 24 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) --
 Mary Kay Inc., penyokong global untuk kelestarian korporat dan penandatangan kepada Prinsip Lautan Mampan Kompak Global PBB, terus memainkan peranan penting dalam pemuliharaan lautan. Pada bulan Februari, jenama kecantikan itu melancarkan platform rintisan, mesra pengguna yang menawarkan panduan dan alat sokongan keputusan berguna, serta pengetahuan praktikal untuk pengamal marin. Berikutan pengumuman itu, baru-baru ini Mary Kay menyertai Sidang Kemuncak dan Ekspo Lautan Dunia 2023 yang Ke-10 di Lisbon, Portugal, yang dianjurkan oleh Economist Impact.

Sidang Kemuncak Lautan Sedunia ialah acara global tahunan yang menghimpunkan keratan lintang komuniti lautan paling luas, daripada perniagaan dan kewangan kepada kerajaan, penggubal dasar negara dan antarabangsa, masyarakat sivil dan ahli akademik. Lebih 1,500 peserta dari lebih daripada 100 negara menghadiri sidang kemuncak tiga hari tersebut, apabila 188 penceramah membincangkan beberapa cabaran paling mendesak yang dihadapi oleh lautan, seperti perubahan iklim, kehilangan biodiversiti dan pencemaran.

Sandra Silva, Pengurus Besar Mary Kay Portugal, ialah seorang daripada ahli panel terkenal semasa sesi perbincangan mengenai "Meletakkan Pemulihan Terumbu Karang sebagai Pusat Tindakan Pemuliharaan Lautan", apabila beliau menyertai penceramah terkenal lain termasuk Yabanex Batista dari Dana Global untuk Terumbu Karang (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu), Tom Moore dari Universiti Sains dan Teknologi Raja Abdullah (Arab Saudi) dan Deborah Brosnan dari Deborah Brosnan & Associates.

Silva menekankan kepentingan pemuliharaan lautan, dengan menyatakan, "Lautan adalah kritikal untuk sumber pencarian berbilion individu dan kita semua mempunyai peranan penting untuk dilakukan dalam pemuliharaan lautan dan ekonomi lautan yang mampan. Mary Kay menyokong pemerkasaan wanita dalam semua aspek kehidupan dan perniagaan, termasuk kesihatan planet kita."

Martin Koehring, ketua Inisiatif Lautan Dunia, Economist Impact, menyatakan, "Mengekalkan momentum dalam tindakan yang diambil terhadap lautan, termasuk melalui sidang kemuncak dan penerbitan kami, adalah amat penting. Pada tahun ini, sidang kemuncak berkenaan memacu kemajuan dengan menampilkan sesi bersilang industri untuk memanfaatkan sinergi dan menggalakkan keterlibatan bersilang sektor. Penyertaan Mary Kay dalam Sidang Kemuncak dan Ekspo Lautan Dunia 2023 menunjukkan komitmen berterusan syarikat terhadap pemuliharaan lautan dan dedikasi untuk mencipta masa depan mampan bagi semua.”

Inisiatif Lautan Dunia mengubah momentum dan tumpuan utama Sidang Kemuncak Lautan Dunia menjadi program sepanjang tahun terhadap lautan yang memperkasa keupayaan penuh Economist Impact, menggabungkan kepintaran kumpulan pemikir dengan kreativiti jenama media untuk melibatkan penonton berpengaruh pada peringkat global. Inisiatif Lautan Dunia berusaha menyedarkan, mendorong dan memupuk kerjasama lebih baik antara perniagaan, penggubal dasar, pelabur, saintis dan NGO untuk mencari penyelesaian kepada cabaran dan peluang lautan paling mendesak.

Mary Kay telah berusaha meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan lautan dan terumbu karang melalui kerjasama dengan The Nature Conservancy selama lebih 32 tahun. Satu daripada projek utama di bawah sokongan Mary Kay dikenali sebagai "Terumbu Super," yang mengenal pasti, melindungi dan mengembangkan rangkaian global terumbu karang yang amat berdaya tahan dan boleh bertahan dalam lautan yang semakin panas.

“Pasukan Terumbu Super berjaya menghimpunkan pihak kerajaan dan komuniti terumbu bersama pakar dalam sains lautan, pemuliharaan dan pengurusan dari Institusi Oseanografi Woods Hole, Universiti Stanford, dan The Nature Conservancy, bersama-sama dengan sokongan sektor swasta dari Mary Kay pada saat kritikal dalam sejarah terumbu karang ini,” kata Dr. Elizabeth McLeod dari The Nature Conservancy.

Klik di sini untuk menonton perbincangan panel tentang Meletakkan Pemulihan Terumbu Karang sebagai Pusat Tindakan Pemuliharaan Lautan.

ADAKAH ANDA TAHU?

• Mandat Air Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ialah inisiatif Kompak Global PBB yang menggerakkan pemimpin perniagaan mengenai air, sanitasi dan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. (Mary Kay ialah penandatangan dan menyertai pada bulan Februari 2021).
• Prinsip Lautan Mampan, yang dihasilkan melalui perundingan dengan lebih 300 pihak berkepentingan, menyediakan rangka kerja untuk amalan perniagaan bertanggungjawab di seluruh sektor dan geografi. Pihak tersebut membina dan menambah Sepuluh Prinsip Kompak Global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai hak asasi manusia, buruh, alam sekitar dan antirasuah. (Mary Kay ialah penandatangan dan menyertai pada bulan Februari 2021).
• Lautan mempunyai peranan penting dalam peralihan kepada ekonomi sifar bersih, berdaya tahan dan saksama, serta melaksanakan keseluruhan Agenda 2030 untuk Pembangunan Mampan. Komuniti perniagaan global mempunyai tanggungjawab bersama, untuk mengambil tindakan yang perlu bagi menjamin lautan yang sihat. (Mary Kay ialah ahli dan menyertai pada bulan Ogos 2022).

MAKLUMAT TENTANG MARY KAY

Seorang pengasas asal yang berjaya mengatasi penghalang kemajuan profesion, Mary Kay Ash mendirikan syarikat kecantikan impiannya pada tahun 1963 dengan satu matlamat: memperkaya kehidupan wanita. Impian tersebut telah berkembang menjadi syarikat bernilai berbilion dolar dengan jutaan ahli tenaga jualan bebas di lebih daripada 35 negara. Sebagai syarikat pembangunan keusahawanan, Mary Kay komited untuk memperkasa wanita mengharungi perjalanan mereka melalui pendidikan, pementoran, sokongan, rangkaian dan inovasi. Mary Kay berdedikasi untuk melabur dalam sains di sebalik kecantikan dan pembuatan penjagaan kulit termaju, kosmetik warna, suplemen pemakanan dan wangian. Mary Kay percaya dalam memperkaya kehidupan hari ini untuk hari esok yang mampan, bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia yang menumpukan kepada mempromosikan kecemerlangan perniagaan, menyokong penyelidikan kanser, memajukan kesaksamaan jantina, melindungi mangsa yang terselamat daripada keganasan rumah tangga, menghiasi komuniti kita dan menggalakkan kanak-kanak mengejar impian mereka. Ketahui lebih lanjut di marykayglobal.com, temui Mary Kay dalam Facebook, Instagram dan LinkedIn, atau ikuti kami dalam Twitter.

Maklumat Tentang The Nature Conservancy

The Nature Conservancy ialah organisasi pemuliharaan global khusus untuk memulihara tanah dan perairan yang menjadi tempat bergantung kepada semua hidupan. Berpandukan sains, kami mencipta penyelesaian berinovatif di tempat kerja sebenar terhadap cabaran paling sukar di dunia kita supaya alam semula jadi dan orang ramai boleh berkembang maju bersama. Kami sedang mengatasi perubahan iklim, memulihara tanah, perairan dan lautan pada skala yang belum pernah dilakukan sebelum ini, menyediakan makanan dan air secara mampan dan membantu menjadikan bandar lebih mampan. Apabila bekerja di 76 negara dan wilayah —37 melalui impak pemuliharaan langsung dan 39 melalui rakan niaga— kami menggunakan pendekatan kerjasama yang melibatkan komuniti tempatan, kerajaan, sektor swasta dan rakan niaga lain. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila kunjungi www.nature.org atau ikuti @nature_press dalam Twitter.

Maklumat Tentang Inisiatif Lautan Dunia

Inisiatif Lautan Dunia Economist Impact menyokong pembangunan ekonomi lautan mampan dengan menangani cabaran terbesar yang dihadapi oleh laut kita: perubahan iklim, kehilangan biodiversiti dan pencemaran. Sepanjang tahun dan di Sidang Kemuncak Lautan Dunia utama, kami memberikan inspirasi kepada pemikiran yang berani, membolehkan kerjasama baharu dan meneroka tindakan paling berkesan untuk planet biru yang sihat. Ketahui lebih lanjut di impact.economist.com/ocean. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16945

Thursday, March 23, 2023

KEMAS KINI MENGENAI RANCANGAN LANGSUNG PERCUMA CHARLIE PUTH DI HUMY MIXI, 25 MAC: PEMINAT BAKAL MENGUNDI UNTUK LAGU; 10 MINIT PERTAMA AKAN DISTRIM SECARA SERENTAK DI SALURAN YOUTUBE RASMI CHARLIE

TOKYO, 24 Mac, 2023 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
MIXI, Inc. dengan bangganya ingin mengumumkan butiran terkini mengenai acara dalam talian percuma "humy mempersembahkan: Pengalaman Penstriman Langsung Charlie Puth" (tersedia di kawasan terpilih) yang akan diadakan pada 25 Mac (UTC) di platform komunikasi peminat rasmi Charlie Puth, humy.
 
Logo:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M102029/202303143896/_prw_PI2fl_9UBS3556.jpg
 
 
Foto:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M102029/202303143896/_prw_PI3fl_S3Y4Er7K.png
 
 
1. Sebahagian distrim  langsung secara serentak di YouTube
10 minit pertama bagi acara itu akan distrim langsung secara serentak pada saluran YouTube rasmi Charlie Puth (https://www.youtube.com/user/CharliesVlogs), yang mempunyai lebih 21.8 juta pelanggan (setakat Mac 2023).
 
2. Melibatkan penonton
- Senarai set pilihan peminat
Lagu-lagu yang dipersembahkan akan dipilih oleh peminat melalui satu tinjauan pendapat sebelum acara itu.
 
- Sesi soal jawab
Soalan daripada peminat yang telah dikemukakan lebih awal akan dijawab semasa acara tersebut.
Peminat boleh menikmati interaksi dengan Charlie yang tidak boleh dialami di tempat lain.
 
3. Kempen menjelang acara itu sedang dijalankan
- 10 pemenang bertuah akan mendapat langganan Premium selama 3 bulan
Langganan Premium 3 bulan untuk "humy bersama Charlie Puth" akan diberikan kepada 10 pengguna yang layak. Pemenang akan dipilih secara undian.
 
- Cara untuk memohon:
1) Ikuti akaun Twitter rasmi (@humyCharlieputh)
2) Daftar untuk mendapatkan sebuah akaun humy secara percuma
3) Petik Tweet kempen itu dengan menggunakan tanda pagar berikut: #charlie_cp #humy
 
Ketahui lebih lanjut mengenai kempen itu di bawah:
https://humy.me/en/news/1cba14ed-8ae0-41ae-b482-cd9c85de905e
 
Butiran Acara
- Nama acara
humy mempersembahkan: Pengalaman Penstriman Langsung Charlie Puth
- Tarikh: Sabtu, 25 Mac 2023, jam 3:00 pagi (UTC)
*Disebabkan oleh kebimbangan penerbitan, penstriman langsung itu akan bermula satu jam lebih awal daripada yang diumumkan sebelum ini.
- Tersedia kepada sesiapa sahaja yang mempunyai akaun humy (pendaftaran adalah percuma).
- Tersedia di kawasan terpilih
 
- Tapak acara:
https://charlieputh.humy.me/special/1st-livestreaming/en
 
- Bagaimana untuk menonton
1) Daftar secara percuma dari tapak acara itu
2) Akses halaman tontonan dari tapak acara itu pada hari acara tersebut
 
Maklumat mengenai Charlie Puth
Charlie Puth telah terbukti sebagai seorang daripada artis yang berjaya dan paling konsisten di dalam industri itu dan rakan usaha sama yang dicari. Puth telah memperoleh lapan single pelbagai platinum, empat pencalonan GRAMMY, tiga Anugerah Muzik Billboard, sebuah Anugerah Pilihan Pengkritik dan satu pencalonan Golden Globe. LP beliau pada 2018 yang dicalonkan untuk GRAMMY, Voicenotes, telah diperakui Emas oleh Persatuan Industri Rakaman Amerika (RIAA) hanya empat hari selepas ia dikeluarkan dan telah mencatatkan lebih 5.6 bilion penstriman di seluruh dunia. Baru-baru ini, Puth telah mengeluarkan album studio ketiga beliau yang sangat dinanti-nantikan CHARLIE melalui Atlantic Records. Dengan menampilkan single hit "Left and Right (yang menampilkan Jung Kook dari BTS)," "That's Hilarious" dan "Light Switch," "koleksi yang dibuat secara pakar" itu (dari majalah Rolling Stone) telah melepasi 1 bilion penstriman di peringkat global dan menerima ulasan yang positif di seluruh dunia. Selepas pelancaran CHARLIE, Puth memulakan jelajah "One Night Only" beliau, dengan mengalu-alukan peminat di seluruh dunia secara dekat dan peribadi sambil berkongsi album terbaharu beliau dan lagu-lagu hits terbaik beliau. Pada tahun 2020, kerjasama Puth dengan Gabby Barrett pada remix "I Hope" mereka telah membolehkan beliau mencapai lagu 10 teratas yang keempat bagi beliau di Billboard Hot 100, mencapai nombor satu di carta "Lagu Pop Dewasa" dan memenangi sebuah Anugerah Muzik Billboard 2021 untuk "Kerjasama Utama." Puth juga menulis bersama dan menghasilkan The Kid Laroi dan single Justin Bieber yang telah mencatatkan rekod, “STAY”, yang dengan pantas menjadi satu daripada lagu paling popular untuk tahun 2021 dan memegang gelaran sebagai No. 1 paling lama di carta Billboard Global 200 dan yang pertama untuk mendahuluinya dengan dua digit -- menghabiskan masa selama 11 minggu di bahagian atas carta.
 
Maklumat mengenai humy
humy ialah sebuah platform komunikasi di mana pengguna boleh menikmati kandungan artis secara eksklusif serta komunikasi dua hala di antara artis dan peminat dengan membeli sebuah langganan. Perkhidmatan itu boleh digunakan dengan sebuah pelayar web. Mereka yang mendaftar secara percuma boleh melihat, mengulas dan menyukai sebahagian daripada kandungan eksklusif itu.
 
Gambaran keseluruhan humy
Nama perkhidmatan: humy
Genre: Platform komunikasi peminat
Yuran keahlian:
- Pendaftaran adalah percuma.
- Pelan premium: $100.00 (USD) setahun
Ketersediaan: Tersedia di lebih 150 buah negara
Cara untuk menggunakannya: Cari "humy" pada pelayar web anda atau pergi ke
https://charlieputh.humy.me/en
 
 
Maklumat mengenai MIXI, Inc. ( https://mixi.co.jp/en )
Dengan matlamat untuk memperkayakan komunikasi dan memberikan inspirasi kepada detik-detik kegembiraan, MIXI komited untuk menyediakan perkhidmatan komunikasi yang menyeronokkan bagi rakan taulan dan keluarga, termasuk mixi, MONSTER STRIKE, FamilyAlbum dan TIPSTAR. Syarikat itu meletakkan “Kejutan Pengguna Didahulukan” sebagai teras mereka dan memberi tumpuan kepada menggalakkan hubungan yang mendalam dan penuh bermakna daripada hanya meningkatkan kuantiti dan kekerapan berkomunikasi. Melalui usaha ini, syarikat itu percaya ia memberi inspirasi kepada komunikasi yang lebih mendalam dan lebih kaya di dunia. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16947

MARY KAY INC. MENERIMA PENSIJILAN MAJLIS PENGAWASAN HUTAN DAN MERAIKAN PENANAMAN 1.3 JUTA POKOK BERSAMA YAYASAN ARBOR DAY




Pada Hari Hutan Antarabangsa, Mary Kay Menegaskan Komitmen Berterusan Syarikat terhadap Pemuliharaan dan Penyelesaian Berasaskan Alam Semula Jadi


DALLAS, 23 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc., penyokong global untuk tanggungjawab sosial korporat dan kelestarian, meraikan Hari Hutan Antarabangsa dengan mengetengahkan pensijilan terkini syarikat tersebut yang diterima daripada Majlis Pengawasan Hutan (Forest Stewardship Council® atau FSC®).

Pensijilan ini diguna pakai untuk Pusat Cetakan dan Pengimejan Digital Mary Kay yang terletak di ibu pejabat korporat global dan pusat pengedaran serantau yang terletak di Texas Utara, serta perkara ini mengesahkan komitmen Mary Kay terhadap sokongan aktiviti perhutanan bertanggungjawab dengan menggunakan 100% bahan kitar semula FSC atau sumber kertas campuran FSC bagi tujuan pencetakan komersial, terutamanya untuk sisipan kertas produk yang dieksport ke seluruh dunia.

FSC® ialah organisasi global bukan untuk keuntungan yang menggalakkan pengurusan hutan bertanggungjawab di seluruh dunia dengan menentukan standard berdasarkan prinsip yang dipersetujui untuk pengawasan hutan bertanggungjawab yang disokong oleh pihak berkepentingan alam sekitar, sosial dan ekonomi. Pensijilan FSC bermakna penyumberan mampan yang mengutamakan hutan dan manusia, serta memastikan produk datang daripada hutan yang diuruskan secara bertanggungjawab.

“Kami berbangga dengan kemajuan dalam perjalanan kelestarian kami ini,” kata Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Operasi Mary Kay. “Sijil FSC ialah hasil usaha gigih, persediaan, pelaksanaan protokol baharu dan latihan selama berbulan-bulan. Pencapaian ini menegaskan komitmen Mary Kay terhadap alam sekitar dan kecemerlangan perniagaan.”

Syarikat kecantikan dan keusahawanan global ikonik bersedia meraikan ulang tahun yang ke-60 pada tahun 2023 ini dengan meneruskan komitmen selama beberapa dekad dalam usaha memperkaya kehidupan di seluruh dunia dan mengurangkan impak yang menjejaskan alam sekitar.

Pada tahun ini, Mary Kay juga meraikan kerjasama selama 15 tahun dengan Yayasan Arbor Day. Kerjasama Mary Kay dan Yayasan Arbor Day bermula pada tahun 2008. Sorotan utama termasuk:

• Pada tahun 2008, perunding kecantikan bebas Mary Kay terlibat dalam program kitar semula apabila sebatang pokok ditanam di dalam hutan yang memerlukan setiap kompak lama dikitar semula. Terima kasih kepada usaha pengitaran semula pada peringkat kebangsaan oleh Perunding Kecantikan Bebas dan pelanggan mereka, serta pekerja Syarikat, Mary Kay berjaya melebihi matlamat pengumpulan sebanyak 200,000 kompak lama.

• Dari tahun 2009 hingga 2012, kerjasama Mary Kay dengan Yayasan Arbor Day menyokong Bilik Darjah untuk Penerokaan Alam Semula Jadi di tempat perlindungan keganasan rumah tangga bertujuan menyediakan penghuni tempat yang selamat untuk berhubung dengan alam semula jadi.

• Bermula pada tahun 2013, Mary Kay mula menyokong projek penghutanan semula berskala besar di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Brazil, China, Jerman, Ireland, Peru dan Madagascar.

• Pada tahun 2018, sebaik sahaja Mary Kay memotong reben di kemudahan Pembuatan / R&D Richard R. Rogers baharu di Lewisville, TX, sambutan bagi meraikan pencapaian kemudahan tersebut diadakan dengan menanam pokok yang kesejuta melalui upacara penanaman pokok tersebut di tapak lokasi.

• Setakat ini, Mary Kay dan Yayasan Arbor Day telah menanam sebanyak 1.3 juta pokok melalui kerjasama itu dan terus berusaha ke arah impak pada masa akan datang.

“Komitmen berterusan Mary Kay yang telah ditunjukkan terhadap sokongan gabungan pelbagai projek yang menanam pokok yang betul di tempat yang sesuai telah menjadikan kerjasama ini benar-benar istimewa,” kata Katie Loos, Presiden Yayasan Arbor Day. “Selama bertahun-tahun, kerjasama kami telah berkembang bertujuan mewujudkan impak global di dalam hutan yang paling memerlukan. Mary Kay memahami perkara yang dimaksudkan dan diperlukan untuk menjadi pengelola yang baik kepada ekosistem dan komuniti kami yang paling berisiko, malah kami begitu teruja untuk melihat masa depan kerjasama ini untuk dunia.”

Ketahui lebih lanjut tentang wawasan Mary Kay bagi memperkaya kehidupan hari ini untuk hari esok yang mampan di https://marykayglobal.com/sustainability/.

Maklumat Tentang Mary Kay

Seorang pengasas asal yang berjaya mengatasi penghalang kemajuan profesion, Mary Kay Ash mendirikan syarikat kecantikan impiannya pada tahun 1963 dengan satu matlamat: memperkaya kehidupan wanita. Impian tersebut telah berkembang menjadi syarikat bernilai berbilion dolar dengan jutaan ahli tenaga jualan bebas di lebih daripada 35 negara. Sebagai syarikat pembangunan keusahawanan, Mary Kay komited untuk memperkasa wanita mengharungi perjalanan mereka melalui pendidikan, pementoran, sokongan, rangkaian dan inovasi. Mary Kay berdedikasi untuk melabur dalam sains di sebalik kecantikan dan pembuatan penjagaan kulit termaju, kosmetik warna, suplemen pemakanan dan wangian. Mary Kay percaya dalam memperkaya kehidupan hari ini untuk hari esok yang mampan, bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia yang menumpukan kepada mempromosikan kecemerlangan perniagaan, menyokong penyelidikan kanser, memajukan kesaksamaan jantina, melindungi mangsa yang terselamat daripada keganasan rumah tangga, menghiasi komuniti kita dan menggalakkan kanak-kanak mengejar impian mereka. Ketahui lebih lanjut di marykayglobal.com, temui Mary Kay dalam Facebook, Instagram dan LinkedIn, atau ikuti kami dalam Twitter.

Maklumat Tentang Yayasan Arbor Day

Diasaskan pada tahun 1972, Yayasan Arbor Day telah berkembang menjadi organisasi keahlian bukan untung terbesar yang khusus untuk menanam pokok, dengan lebih daripada sejuta ahli, penyokong dan rakan niaga yang dihargai. Sepanjang 50 tahun yang lalu, hampir 500 juta pokok Yayasan Arbor Day telah ditanam di kawasan kejiranan, komuniti, bandar dan hutan di seluruh dunia. Wawasan kami ialah memimpin ke arah dunia yang menggunakan pokok bagi menyelesaikan isu kritikal untuk terus hidup.

Sebagai satu daripada yayasan pemuliharaan yang beroperasi terbesar di dunia, Yayasan Arbor Day, melalui ahli, rakan niaga dan program, mendidik dan melibatkan pihak berkepentingan, serta komuniti di seluruh dunia melibatkan diri masing-masing dalam misi menanam, memupuk dan meraikan pokok. Maklumat lanjut tersedia di arborday.org.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16941

KEMAS KINI – OHMYHOME UMUMKAN PENETAPAN HARGA BAGI TAWARAN AWAM AWAL

SINGAPURA, 23 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Ohmyhome Limited ("Ohmyhome"), sebuah syarikat teknologi hartanah dipacu data yang berpangkalan di Singapura semalam mengumumkan penetapan harga tawaran awam awalnya bagi 3,775,000 saham biasa pada harga $4.00 sesaham. Ohmyhome menawarkan 2,800,000 saham biasa dan pemegang saham penjual yang dinamakan dalam prospektus menawarkan 975,000 saham biasa. Ohmyhome tidak akan menerima sebarang hasil daripada penjualan saham oleh pemegang saham yang menjual.

Saham tersebut telah diluluskan untuk penyenaraian di Pasaran Modal Nasdaq dan dijangka mula berdagang di bawah simbol penanda "OMH" pada 21 Mac 2023. Tawaran itu dijangka ditutup pada atau sekitar 23 Mac 2023, tertakluk kepada kepuasan terhadap syarat penutupan biasa.

Tawaran sedang dijalankan atas dasar komitmen yang kukuh. Prime Number Capital LLC bertindak sebagai penyelaras tempahan tunggal untuk penawaran tersebut. SBI China Capital Financial Services Limited akan bertindak sebagai pengurus bersama. Ortoli Rosenstadt LLP bertindak sebagai peguam A.S. kepada Ohmyhome, Sichenzia Ross Ference LLP pula bertindak sebagai peguam A.S. kepada Prime Number Capital LLC berhubung dengan tawaran ini.

Tawaran ini dibuat hanya melalui prospektus tersebut. Salinan prospektus akhir yang berkaitan dengan tawaran itu boleh diperoleh apabila tersedia daripada Prime Number Capital LLC melalui e-mel di info@pncps.com.

Penyata pendaftaran yang berkaitan dengan penjualan sekuriti ini telah difailkan dengan dan diisytiharkan berkuat kuasa oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (Nombor Fail: 333- 268691). Siaran akhbar ini tidak membentuk penawaran untuk menjual atau pengumpanan bagi penawaran untuk membeli sekuriti ini, atau jualan sekuriti ini tidak dilakukan di mana-mana negeri atau bidang kuasa yang penawaran, pengumpanan atau penjualan sedemikian adalah menyalahi undang-undang berikutan pendaftaran atau kelayakan di bawah undang-undang sekuriti bagi mana-mana negeri atau bidang kuasa tersebut.

Perihal Ohmyhome

Ohmyhome adalah sebuah platform teknologi hartanah kedai sehenti yang berpangkalan di Singapura yang menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan hartanah hujung ke hujung kepada pelanggan akhir secara langsung untuk membantu mereka membeli, menjual, menyewa dan mengubah suai rumah mereka dan banyak lagi dengan satu aplikasi.

Ohmyhome berdedikasi untuk membawa kepantasan, kemudahan dan kebolehpercayaan kepada industri perkhidmatan berkaitan hartanah dan untuk menjadi penyelesaian hartanah yang paling dipercayai dan menyeluruh untuk semua orang.

Pertanyaan Media:

omh@blueshirtgroup.com

Perhubungan Pelabur

ir@ohmyhome.com

SUMBER: Ohmyhome


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16942

Wednesday, March 22, 2023

EKSPO INDUSTRI DATA BESAR ANTARABANGSA CHINA 2023 MENGESAHKAN 93 PERUSAHAAN AKAN MENGAMBIL BAHAGIAN DI DALAM PAMERAN ITU TERMASUK HUAWEI DAN ALIBABA

 

Kapsyen: Ekspo Industri Data Besar Antarabangsa China 2023

GUIYANG, China, 21 Mac, 2023 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Pada 17 Mac, kumpulan pameran bagi Jawatankuasa Eksekutif Ekspo Industri Data Besar Antarabangsa China 2023 telah memaklumkan bahawa setakat ini 93 perusahaan termasuk China Electronics Corporation, Huawei dan Alibaba telah mengesahkan untuk mengambil bahagian di dalam Ekspo itu, yang akan diadakan dari 26 hingga 28 Mei tahun ini.

Perhubungan am bagi kumpulan pameran Ekspo itu Luo Geng memperkenalkan bahawa pada tahun ini Ekspo itu akan mewujudkan enam dewan pameran tema luar talian, termasuk pavilion antarabangsa, pavilion pengiraan barat nombor timur, pavilion industri digital, pavilion digital industri, pavilion pemandangan inovasi dan pavilion kehidupan digital. Ekspo itu merancang untuk menarik 320 perusahaan ke pameran, dengan memberi tumpuan kepada teknologi baharu, produk baharu, rancangan baharu, aplikasi baharu bagi medan data besar, dan kawasan pameran yang meliputi 60,000 meter persegi. Kumpulan pameran Ekspo itu telah mengeluarkan jemputan kepada perusahaan yang berkaitan industri data besar untuk mengambil bahagian. Pada masa ini, 93 perusahaan telah mengesahkan akan menyertai pameran itu, termasuk 12 perusahaan antarabangsa dan 81 perusahaan domestik.

Ekspo itu akan melancarkan laluan pameran tersuai profesional. Dengan memberi tumpuan kepada keperluan perusahaan dan kawasan panas bagi industri itu, laluan profesional bagi pameran tersuai itu akan direka bentuk seperti "nombor timur dan pengiraan barat", peredaran elemen data, pembuatan pintar, data keselamatan, bandar raya pintar dan perkhidmatan awan dan sebagainya. 

XSUITE AKAN MENGHADIRI SIRI SIMPOSIUM ASIA DIGITALCFO 2023

Di Singapura, Manila dan Kuala Lumpur, vendor perisian akan membentangkan penyelesaian perisian untuk Automasi Akaun Belum Bayar (AP)


SINGAPURA & AHRENSBURG, Jerman, 21 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- xSuite Group, peneraju global dalam aliran kerja Perolehan-untuk-Pembayaran (P2P) berasaskan SAP, akan menghadiri tiga acara Siri Simposium Asia DigitalCFO 2023 yang akan diadakan tidak lama lagi: Singapura (11 Mei), Manila (13 Julai) dan Kuala Lumpur (12 Oktober). Ketua Pegawai Kewangan (CFO) dan Pemimpin Bahagian Kewangan dijemput mempelajari tentang cara memperkemas proses Akaun Belum Bayar (AP) dalam persekitaran SAP dan memimpin organisasi mereka ke tahap lebih tinggi dengan transformasi digital.

Siri Simposium Asia DigitalCFO menghimpunkan Ketua Pegawai Kewangan, Pengawal Kewangan, Pengarah Kewangan dan pakar profesional kewangan kanan lain yang berpengaruh untuk membincangkan tentang trend, cerapan dan cabaran yang menjejaskan perniagaan mereka. Peserta akan ditunjukkan dengan penyelesaian teknologi terkini dalam bidang perancangan & analisis kewangan, kewangan korporat, perakaunan dan topik utama Ketua Pegawai Kewangan yang lain – seperti topik daripada xSuite, satu daripada inovator terkemuka dalam mengoptimumkan proses akaun belum bayar dan perolehan.

Di Singapura, Manila dan Kuala Lumpur, xSuite akan mempamerkan penyelesaian perisian serba boleh untuk pemprosesan invois masuk dan cara mendapatkan penyelesaian holistik dengan penyelesaian perolehan digital. Aliran kerja berasaskan peraturan standard xSuite menguruskan invois yang dicetak dan elektronik dengan semua format dan standard biasa yang digunakan di seluruh dunia (termasuk InvoiceNow dan PEPPOL BIS Billing 3.0, format e-invois terkemuka di Kesatuan Eropah). Komponen penyelesaian untuk InvoiceNow menerima anugerah "Sedia Peppol" daripada Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) di Singapura.

xSuite menggabungkan proses penginvoisan dengan perolehan untuk memperkemas aliran kerja P2P, yang boleh dikendalikan melalui Portal Rakan Niaga xSuite. Platform pusat ini mengautomasikan pertukaran data dan dokumen serta komunikasi dengan pembekal dalam proses P2P. Pembelian, perakaunan dan pertukaran semua data dan dokumen berkaitan dengan perolehan oleh pembekal dilakukan melalui portal. Ini boleh didapati di SAP® Store, pasaran dalam talian untuk tawaran SAP dan rakan niaga, serta dibina atas Platform Teknologi Perniagaan SAP (SAP BTP).

Untuk maklumat lanjut berkenaan Acara 2023 – Asia DigitalCFO Asia, sila kunjungi https://digitalcfoasia.com/2023-events/.

Maklumat Tentang xSuite

Mempunyai pejabat di Asia, Eropah dan Amerika Syarikat, bersama pengalaman merentasi industri dan berbilang penyelesaian SAP untuk dimulakan, xSuite merupakan inovator terbaik dalam mengoptimumkan aliran kerja P2P berasaskan SAP, menyediakan perisian dan melaksanakan penyelesaian untuk lebih daripada 1,300 pelanggan. Syarikat tersebut telah menjadi rakan niaga yang dipercayai dalam memodenkan sistem AP dan mengautomasikan proses manual berasaskan cetakan.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi

Andreas Nowottka
Pengarah Urusan
Telefon +49 163 8450420
andreas.nowottka@xsuite.com
 
Sumber: xSuite Group

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16929

LAXMAN NARASIMHAN MULA MEMEGANG JAWATAN SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF STARBUCKS




SEATTLE, 21 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) --
 Berkuat kuasa hari ini, Starbucks (NASDAQ: SBUX) mengumumkan Laxman Narasimhan telah mula memegang jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif dan akan menyertai lembaga pengarah syarikat tersebut. Narasimhan dinamakan sebagai ceo baru pada 1 September 1, 2022, menggantikan pengasas syarikat dan kini bekas ceo, Howard Schultz.

Selepas carian di seluruh dunia untuk pemimpin baharu Starbucks, Narasimhan telah menyertai syarikat sebagai ceo baru pada 1 Oktober, 2022. Beliau membawa hampir 30 tahun pengalaman menerajui perniagaan barang pengguna global dan sebagai pemaklum terhadap syarikat-syarikat runcit, barang runcit, restoran dan e-dagang. Sepanjang lima bulan yang lalu, beliau telah memulakan suatu pengalaman keasyikan yang unik, mengembara ke tempat kerja dengan rakan kongsi (para pekerja) di lebih daripada 30 kedai, loji perkilangan dan pusat sokongan di seluruh dunia, di sepanjang jalan, beliau memperoleh pengesahan baristanya. Beliau menjadi asyik dalam rancangan penciptaan semula untuk syarikat yang dipimpin oleh Schultz yang kembali sebagai ceo sementara berkuat kuasa pada 4 April, 2022.

Sejak Schultz kembali tahun lepas, Starbucks mendedahkan strategi penciptaan semula seluruh syarikat dan terus menyampaikan lebih daripada $1 bilion dari segi pelaburan dalam rakan kongsi runcit dan kedai untuk hal yang diutamakan seperti  kenaikan gaji dan keakruan cuti sakit, faedah kesejahteraan kewangan, kerjasama dan latihan yang dimodenkan, pembaharuan kedai dan peralatan serta meraikan kopi. Syarikat tersebut melihat kenaikan harga saham sebanyak 47 peratus sejak pengumuman pendapatan Suku Kedua Tahun Fiskal 2022 hingga pengumuman pendapatan Suku Pertama Tahun Fiskal 2023, dan pertumbuhan had pasaran kira-kira $40 bilion pada masa yang sama itu. Syarikat tersebut juga menyampaikan 50 peratus dalam Jumlah Pulangan Pemegang Saham dalam tempoh masa ini, jauh mengatasi S&P 500. Baru-baru ini, Starbucks juga  dinamakan sebagai jenama restoran yang paling berharga untuk kali ke-7 tahun berturut-turut oleh Brand Finance.

Schultz berkongsi surat kepada pasukan kepimpinan kanan syarikat pada hari sebelum pengumuman tersebut – boleh dilihat di sini.

“Lembaga tersebut ingin menyatakan terima kasih yang tulus ikhlas kami kepada pengasas kami, Howard Schultz, yang mengambil alih tanggungjawab pucuk pimpinan secara tidak mementingkan diri sendiri apabila diminta— melepaskan peluang untuk ganjaran dan meninggalkan hidupnya sendiri —demi cinta syarikat kami dan rakan kongsinya,” kata Mellody Hobson, pengerusi Lembaga Pengarah Starbucks Bebas. “Kami tidak akan mencapai kejayaan seperti hari ini tanpa usaha beliau.”

Narasimhan telah secara rasminya mula memegang jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif pada hari ini dan akan mengetuai Mesyuarat Pemegang Saham Tahunan Starbucks pada hari Khamis ini, 23 Mac. Semasa beliau mula melaksanakan tugas rasmi tersebut, Narasimhan akan terus melibatkan pasukan kepimpinan, berkongsi ilmu awalnya serta wawasan dan menilai peluang untuk syarikat semasa mereka membuka jalan ke depan.

“Keasyikan yang intensif ke dalam perniagaan Laxman berganding dengan pengalaman yang luasnya sebagai pembina jenama terbukti, pereka baru dan operator telah menyediakan beliau secara unik untuk memimpin Starbucks ke arah fasa pertumbuhan seterusnya,” kata Hobson. “Keasyikan ini telah mendalami pemahaman Laxman dari segi budaya dan nilai-nilai Starbucks. Pada masa pembelajaran dan mendengar ini, beliau sudah menawan hati rakan kongsi kami di seluruh dunia.”

“Saya berasa rendah hati, telah secara rasminya mula memegang jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif Starbucks, memimpin pasukan yang luar biasa kami yang terdiri daripada lebih daripada 450,000 orang rakan kongsi memakai apron hijau di seluruh dunia. Asas yang telah disediakan oleh Howard – membina jenama global yang ikonik  ini tanpa sebarang asas disemarakkan oleh keghairahan yang abadi untuk meningkatkan  kemanusiaan – adalah betul-betul mengagumkan, dan saya berasa dihormati untuk berpeluang membina pada warisan dalam ini,” kata Narasimhan. “Sebagai perniagaan hubungan manusia, kami mempunyai kemungkinan tanpa had untuk menyampaikan bagi rakan kongsi kami, pelanggan kami, pelabur kami dan komuniti kami melalui setiap cawan dan setiap hubungan. Saya berasa ghairah untuk bekerja di samping rakan kongsi kami di seluruh dunia untuk mendedahkan masa depan tanpa had Starbucks.” 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16931

Univar Solutions Menyelesaikan Pengambilalihan Perniagaan Lavo Bulk di Kanada

Transaksi ini mengukuhkan kehadiran syarikat di Kanada Timur serta memperluas penyelesaian dan keupayaan kimia yang saling melengkapi untuk...