Wednesday, March 18, 2020

PROXIMUS MELANJUTKAN KERJASAMA AWAN PERIBADI SYNCHRONOSS

Pembaharuan kontrak tiga tahun itu membolehkan pelanggan Proximus terus menyandarkan kandungan digital bernilai dengan selamat kepada perkhidmatan awan yang selamat dan mudah


BRIDGEWATER, N.J., 18 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. (NASDAQ: SNCR), peneraju global dan pembawa pembaharuan bagi produk awan, pemesejan, digital dan IoT, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah memperbaharu kontraknya untuk menyediakan Proximus dengan platform Awan Peribadi Synchronoss.

Sebagai operator telekomunikasi terbesar Belgium, Proximus telah menawarkan platform Synchronoss kepada pelanggan jalur lebarnya sejak 2015 menerusi penawaran awan label putih. Pelanggan boleh menyandarkan, menyimpan dan menyegerakkan kandungan daripada komputer riba, tablet, komputer peribadi dan telefon pintar kepada akaun mereka pada awan.

Pemanjangan kontrak tiga tahun itu bermaksud Proximus akan terus menyampaikan Awan Peribadi Synchronoss menerusi model percuma premium sedia ada. Pelanggan jalur lebar diberikan 10 gigabait dalam bentuk storan percuma dan juga pilihan untuk membayar €2.95 sebulan untuk 100 gigabait storan atau €9.95 untuk satu terabait. Pelanggan menentukan sama ada sandaran berlaku secara automatik atau manual dan mereka memilih jenis fail, contohnya gambar, video, dokumen, atau ketiga-tiganya, untuk disertakan dalam sandaran mereka.

“Awan Peribadi Synchronoss telah menjadi aset hebat untuk pelanggan kami,” kata Sébastien Leblanc, Ketua Pengurusan Produk Pengguna untuk Proximus. “Kita hidup dalam dunia yang pelanggan meletakkan nilai yang tinggi untuk kandungan digital mereka dapat disimpan dengan selamat dan mudah diakses. Di Proximus, kami mengenal pasti keperluan ini dan teruja untuk melanjutkan perkongsian dengan Synchronoss agar kami boleh terus memberikan perkhidmatan sandaran awan yang mudah untuk pelanggan kami.”

Penyelesaian Awan Peribadi Synchronoss digunakan oleh beberapa operator terkemuka dunia, termasuklah Verizon, AT&T, BT dan SFR di samping Proximus.

Glenn Lurie, Presiden dan CEO di Synchronoss, berkata pembekal rangkaian mudah alih dan syarikat telekomunikasi seperti Proximus secara jelas memahami pelbagai manfaat dalam menawarkan pelanggan peluang untuk menyandarkan dan menyimpan data peribadi secara langsung ke awan.

“Menyediakan perkhidmatan sandaran berjenama pembawa yang selamat dan mudah digunakan merentasi sebarang platform bukan hanya menyampaikan nilai tambah penting kepada pelanggan daripada jenama yang mereka sudah percaya, tetapi juga mencipta aliran hasil baharu untuk pembekal telekomunikasi. Kami berbesar hati kerana Proximus telah melanjutkan hubungan yang sudah lama wujud ini dan kami gembira untuk terus menyampaikan kebolehan untuk memberikan peluang kepada pelanggan untuk melindungi data penting dan memori bernilai mereka, memperkaya pengalaman pengguna dan mengukuhkan kesetiaan pelanggan dan melakukan semua itu sambil membangunkan hasil keseluruhan syarikat,” kata Lurie.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyelesaian Awan Peribadi Synchronoss, lawati halaman penyelesaian awan Synchronoss di https://synchronoss.com/solutions/cloud/.

Perihal Synchronoss Technologies, Inc.
Synchronoss (NASDAQ: SNCR) mentransformasikan cara syarikat mencipta pendapatan baharu, mengurangkan kos dan menggembirakan pelanggan mereka dengan produk dan platform awan, pemesejan, digital dan IoT yang menyokong jutaan pelanggan di seluruh dunia. Teknologi baharu yang selamat, boleh diskala dan berinovatif, perkongsian dipercayai dan warga yang berbakat Synchronoss mengubah cara pelanggan TMT mengembangkan perniagaan mereka. Untuk maklumat lanjut, lawati kami di www.synchronoss.com.

Maklumat Hubungan

Pelabur:
Joseph Crivelli
Synchronoss
908-566-3131
investor@synchronoss.com

Media
Anais Merlin, CCgroup (Antarabangsa)
T: +44 20 3824 9200
E: synchronoss@ccgrouppr.com

Diane Rose, CCgroup (Amerika Utara)
T: +1 727.238.7567
E: diane@ccgrouppr.com 

SUMBER : Synchronoss Technologies, Inc.

Friday, March 13, 2020

HAMPIR 2 JUTA TEMPAT DUDUK SYARIKAT PENERBANGAN TERJEJAS OLEH LARANGAN PERJALANAN BAHARU, DEMIKIAN MENURUT ANALISIS OAG

10.9% daripada semua penerbangan antarabangsa Amerika Syarikat dan 16.9% daripada tempat duduk antarabangsa Amerika Syarikat yang dijadualkan akan terjejas


LONDON & SINGAPURA, 13 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- OAG, pembekal bagi data perjalanan dan wawasan yang terkemuka di dunia, telah mengeluarkan analisis terkini mereka mengenai impak global terhadap koronavirus pada pasaran perjalanan udara.

Larangan perjalanan Eropah ke Amerika Syarikat akan membawa implikasi yang meluas bagi industri penerbangan global. Larangan itu akan menjejaskan 10.9% daripada semua penerbangan antarabangsa dan 16.9% daripada semua tempat duduk antarabangsa yang dijadualkan di antara Amerika Syarikat dan negara-negara Schengen. Secara keseluruhan, 6,747 penerbangan dan kira-kira 2 juta tempat duduk akan terjejas bagi setiap hala dalam tempoh empat minggu akan datang.

Delta dan United Airlines merupakan syarikat penerbangan Amerika Syarikat yang paling terjejas. Bersama-sama, mereka mencakupi 31% daripada penerbangan yang terjejas. Lufthansa adalah merupakan syarikat penerbangan Eropah yang paling terjejas (13%). Negara-negara Eropah yang paling terjejas ialah Jerman, Perancis dan Belanda — yang mana 57% daripada semua penerbangan adalah di antara Kawasan Schengen dan Amerika Syarikat.

“COVID-19 telah menyebabkan gangguan tunggal yang terbesar kepada pasaran perjalanan udara,” kata John Grant, penganalisis kanan penerbangan di OAG. “Keadaan ini adalah sangat cair, dengan halangan perjalanan, kapasiti dan jadual penerbangan berubah pada setiap hari. Kami menjangkakan jumlah pembatalan yang signifikan dari syarikat-syarikat penerbangan Amerika Syarikat dan Eropah pada hari-hari yang mendatang.”

Melihat ke hadapan kepada kapasiti yang dijadualkan bagi April 2020, setakat 12 Mac, 2020, terdapat pada masa ini 13,169 penerbangan satu hala berjadual dari Eropah ke Amerika Syarikat, termasuk United Kingdom. Negara-negara yang mempunyai penerbangan berjadual yang paling banyak termasuk United Kingdom (4,121 penerbangan), Jerman (1,741 penerbangan), Perancis (1,570 penerbangan), Belanda (1,212 penerbangan) dan Sepanyol (851 penerbangan).

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman khusus OAG: https://www.oag.com/coronavirus-airline-schedules-data 

Maklumat mengenai OAG

OAG adalah sebuah pembekal data perjalanan global yang terkemuka, yang telah menjanakan pertumbuhan dan inovasi bagi ekosistem perjalanan udara sejak tahun 1929.

Beribu pejabat di United Kingdom, OAG mempunyai operasi global di Amerika Syarikat, Singapura, Jepun, Lithuania dan China.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.oag.com dan ikuti kami di Twitter @OAG Aviation.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200312005629/en/

Hubungi

Hubungan Media:
UK & ROW
Katy Ludwell
Pengurus Pemasaran
pressoffice@oag.com

Sumber : OAG

SYMPHONY HEALTH BEKERJASAMA DENGAN DATAVANT UNTUK PANDANGAN PALING MENDALAM INDUSTRI BAGI PERJALANAN PESAKIT

RALEIGH, N.C., 13 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) — PRA Health Sciences (NASDAQ: PRAH) hari ini mengumumkan kerjasama antara Symphony Health dengan Datavant yang mengembangkan keluasan data yang tersedia untuk penyepaduan dan membolehkan syarikat sains hayat mendapatkan pandangan yang paling mendalam dan paling holistik bagi perjalanan pesakit dalam pasaran komersial.
Enjin nyahpengenalan Synoma® proprietari Symphony Health membolehkan penyepaduan set data pelengkap merentasi ekosistem kesihatan menggunakan token unik. Melalui kerjasama secara rapat dengan Datavant, Symphony Health memberi pelanggannya kefleksibelan untuk menyambungkan data yang disepadukan melalui Synoma kepada ratusan set data unik yang tersedia melalui Datavant.
Dengan memanfaatkan nyahpengenalan terbaik dalam kelasnya dan penyepaduan dengan enjin Synoma proprietari Symphony Health, pelanggan akan dapat menyambung, mengembang dan menganalisis semua jenis data berkaitan – rekod kesihatan elektronik, tuntutan perubatan dan farmasi, set data makmal diagnosis, demografi dan maklumat daripada peranti dipakai dan penderia pesakit yang dikumpul semasa percubaan klinikal. Memanfaatkan set data disepadukan ini, pelanggan kemudiannya boleh membina aset data khusus dan sesuai untuk penggunaan, strategi data tersuai dan membangunkan wawasan unik untuk perniagaan mereka dengan sokongan daripada pakar data PRA dan Symphony.

Kajian: RCS Tajaan Operator Akan Memenangi Hati Pengguna Dan Bajet Jenama

BRIDGEWATER, N.J., 13 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Amerika Syarikat merupakan pasaran yang bersedia untuk pemesejan canggih tajaan operator dan disasarkan jenama berdasarkan Rich Communications Services (RCS), menurut perbualan kumpulan fokus yang dijalankan oleh Synchronoss (NASDAQ: SNCR). Selepas mengumpulkan pengguna-pengguna A.S. pelbagai peringkat usia untuk berbincang tentang tabiat pemesejan mudah alih mereka, Synchronoss kini mampu menunjukkan nilai RCS kepada operator dan jenama untuk meningkatkan keterlibatan pelanggan dan mencipta pendapatan baharu.

RCS merupakan platform pemesejan canggih merentasi operator yang mudah digunakan dan kaya dengan ciri yang boleh didapati pada semua peranti mudah alih. Evolusi pemesejan SMS yang dipimpin operator ini bukan sahaja menggabungkan kebolehan multimedia canggih ke dalam mesej teks tetapi juga memberi pengguna keupayaan untuk mencapai segalanya yang mereka sedang lakukan merentasi pelbagai aplikasi daripada platform pemesejan tunggal dan dengan senarai kenalan tunggal untuk rakan, keluarga dan perkhidmatan.

RCS juga berfungsi sebagai ekosistem pemasaran langsung hebat dan bersifat persendirian yang boleh operator tawarkan kepada jenama. Jenama akan dapat memanfaatkan saluran komunikasi baharu diperibadikan yang selamat, berasaskan izin dan memanfaatkan respons SMS terbuka dan kadar klik yang lebih tinggi. Pada waktu yang sama, operator akan memperoleh peluang untuk meningkatkan pendapatan mereka di luar garisan tradisional perniagaan dan mengukuhkan lagi reputasi mereka sebagai pelindung privasi pelanggan.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13185

Thursday, March 12, 2020

CENTILI LANTIK ZORAN VASILJEV SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN YANG BAHARU



Eksekutif telco dan teknologi terkemuka akan memimpin syarikat itu ketika ia memanfaatkan peluang-peluang pertumbuhan di dalam pengewangan dan penglibatan digital

LONDON, 11 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat pengewangan digital dan pengebilan pembawa global Centili telah melantik Zoran Vasiljev, seorang eksekutif telco dan teknologi terkemuka, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan mereka.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:  https://www.businesswire.com/news/home/20200310005644/en/

Pelantikan beliau akan menjadi kunci kepada pengukuhan kepimpinan syarikat ketika Centili bergerak untuk memanfaatkan peluang-peluang yang semakin meningkat di dalam industri pengewangan digital dengan produk baharu dan menegak pasaran, dengan memanfaatkan platform mereka yang telah memenangi anugerah.

Vasiljev membawa ilmu pengetahuan dan legasi yang tiada tolok bandingannya di dalam membina dan menjalankan usaha niaga digital yang berjaya.

– Saya amat teruja dengan peluang untuk memimpin pasukan Centili yang bertaraf dunia itu. Dengan asas teknologi yang mantap dan sebuah pasukan yang berpengalaman, Centili berada pada kedudukan yang unik untuk memaksimumkan peluang-peluang pertumbuhan baharu, ketika semakin banyak jenama digital utama dunia bergantung kepada Centili untuk mempercepatkan jangkauan dan pertumbuhan mereka. Saya tidak sabar-sabar untuk membawa pengalaman saya dalam menaikkan perniagaan ke Centili ketika kedua-duanya berkembang pesat dengan perniagaan mereka yang teguh dan ketika kami melaksanakan pelan pertumbuhan yang bercita-cita tinggi, kata Zoran Vasiljev.

Beliau mempunyai lebih daripada 20 tahun pengalaman antarabangsa di dalam media digital, telekom, dan perundingan pengurusan. Beliau menghabiskan tiga tahun terakhir sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi Apigate. Terdahulu di dalam kerjaya beliau, beliau telah mengetuai projek-projek di dalam EU, MENA dan APAC, dengan memegang peranan eksekutif utama dan kepimpinan dengan Axiata Digital, StarHub, Arthur D. Little, Value Partners dan Kumpulan Peppers & Rogers.

– Zoran mempunyai pencapaian yang mengagumkan di dalam perniagaan antarabangsa dan pengurusan strategik. Sepanjang beberapa tahun yang lalu, kami telah menyaksikan beliau berjaya memperjuangkan isu-isu yang paling mendesak di dalam pendigitan dan pengewangan. Kami menanti-nantikan perkara-perkara yang hebat di masa hadapan buat Centili di bawah bimbingan, tenaga dan keghairahan beliau, ketika syarikat itu bergerak untuk memanfaatkan peluang-peluang di dalam pembayaran dan penglibatan mudah alih, kata Roberto Kutic bagi pihak pemilik syarikat.

Maklumat

Centili bergandingan dengan lebih 280 MNO dan pedagang global dan kebangsaan terkemuka bagi membolehkan pembayaran mikro, pengenalan pengguna dan penglibatan mudah alih. Syarikat itu menganggap Badoo, Wargaming, iTaxi dan Busuu di kalangan pelanggan mereka. Ia telah diiktiraf sebagai vendor pengebilan pembawa langsung Tingkat 1 pada tahun 2018 dan 2019.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13172

Wednesday, March 11, 2020

AT&T AKAN MELAKSANAKAN PENYELESAIAN AWAN PERIBADI SYNCHRONOSS

Penyelesaian menyeluruh akan membolehkan pelanggan AT&T untuk menyandarkan kandungan peribadi yang bernilai secara selamat daripada sebarang telefon pintar Android menerusi perkhidmatan awan nilai tambah

BRIDGEWATER, N.J., 11 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. (NASDAQ: SNCR), peneraju global dan pembawa pembaharuan bagi produk awan, pemesejan, digital dan IoT, hari ini mengumumkan bahawa mereka sedang menguasakan Awan Peribadi AT&T, sebuah perkhidmatan baharu untuk pelanggan wayarles AT&T Mobility. Penyelesaian Synchronoss ini akan disepadukan dalam rangkaian perkhidmatan AT&T yang terpilih, menggunakan awan untuk meningkatkan pengalaman keseluruhan pelanggan. Penyelesaian ini juga akan membolehkan AT&T untuk menyediakan perkhidmatan nilai tambah baharu kepada pelanggan wayarles mereka.

AT&T akan menawarkan penyelesaian Awan Peribadi Synchronoss versi mereka sebagai perkhidmatan nilai tambah kendiri yang akan bersepadu dengan perkhidmatan berasaskan awan AT&T berikut:

• Pemindahan Mudah Alih AT&T – Penyepaduan Synchronoss akan memberi pengguna aplikasi Pemindahan Mudah Alih AT&T, sebuah perkhidmatan yang membolehkan pemindahan kandungan yang mudah daripada satu peranti kepada peranti yang lain, pilihan untuk mendaftar dalam perkhidmatan Awan Peribadi AT&T. Ini akan meluaskan keupayaan AT&T untuk menyokong dan melindungi kandungan pelanggan dengan memastikan bahawa kandungan dipindahkan dan disandarkan dengan selamat.

• Penyediaan & Pemindahan AT&T (Pengalaman Terus dari Kotak) – Kefungsian yang disediakan oleh Synchronoss, yang sebelum ini diumumkan pada pertengahan 2019, memberi pelanggan yang menggunakan pengalaman permulaan AT&T, keupayaan untuk memilih sendiri produk dan perkhidmatan nilai tambah secara mudah semasa proses penyediaan peranti.

Glenn Lurie, Presiden dan CEO di Synchronoss, berkata, “Operator hari ini mestilah menyediakan kepada pelanggan mereka produk dan perkhidmatan yang dipertingkat yang akan terus meningkatkan pengalaman keseluruhan mereka. Penyelesaian Awan Peribadi Synchronoss mencapai ini dengan mengautomatikkan penyandaran peranti dan meringkaskan cara pelanggan mengurus dan berinteraksi dengan kandungan mereka.  Ini membolehkan AT&T keupayaan untuk membawa perkhidmatan baharu kepada pelanggan.”

“Keupayaan untuk menawarkan kebolehan awan peribadi yang selamat sudah menjadi semakin penting kepada operator global,” kata Lurie. “Dengan melaksanakan penyelesaian Awan Peribadi Synchronoss, AT&T kini sedang meningkatkan pengalaman pelanggan dengan ketara. Membenamkan awan ke dalam pengalaman penyediaan peranti terus dari kotak, meningkatkan perkhidmatan pemindahan kandungan dan menyediakan akses mudah kepada sandaran data berasaskan awan yang sangat diperlukan menjadikan AT&T peneraju dalam memenuhi keperluan pelanggan, meningkatkan penglibatan pengguna dan memacu pendapatan baharu.”

“Awan Peribadi AT&T adalah penting untuk menyediakan kepada pelanggan kami cara untuk menyimpan, memindah dan akses kandungan peribadi mereka menerusi peranti mudah alih,” kata Kevin Petersen, SVP Pemasaran Produk Wayarles. “Penyelesaian Synchronoss memberi kita keupayaan untuk menyepadukan manfaat ini ke dalam perkhidmatan kita sendiri – satu manfaat besar untuk kedua-dua pelanggan, yang lebih gemar mengurus perkhidmatan mereka secara digital dan untuk AT&T dengan manfaat daripada kepuasan pelanggan yang meningkat.”

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyelesaian Awan Peribadi Synchronoss, lawati halaman penyelesaian awan laman web Synchronoss pada https://synchronoss.com/solutions/cloud/

Perihal Synchronoss Technologies, Inc.
Synchronoss (NASDAQ: SNCR) mentransformasikan cara syarikat mencipta pendapatan baharu, mengurangkan kos dan menggembirakan pelanggan mereka dengan produk dan platform awan, pemesejan, digital dan IoT yang menyokong jutaan pelanggan di seluruh dunia. Teknologi baharu yang selamat, boleh diskala dan berinovatif, perkongsian dipercayai dan warga yang berbakat Synchronoss mengubah cara pelanggan TMT mengembangkan perniagaan mereka. Untuk maklumat lanjut, lawati kami di www.synchronoss.com.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13174

Univar Solutions Menyelesaikan Pengambilalihan Perniagaan Lavo Bulk di Kanada

Transaksi ini mengukuhkan kehadiran syarikat di Kanada Timur serta memperluas penyelesaian dan keupayaan kimia yang saling melengkapi untuk...