Thursday, November 14, 2019

CEYLON GRAPHITE MENGUMUMKAN LESEN PERLINDUNGAN ALAM SEKITAR UNTUK PROJEK K1 SARCON DEVELOPMENT

VANCOUVER, British Columbia, 13 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Ceylon Graphite Corp. (“Ceylon Graphite”) (TSX-V: CYL) (OTC: CYLYF) (FSE: CCY) hari ini mengumumkan anak syarikat milik penuhnya, Sarcon Development (Pvt) Ltd (“Sarcon”) telah diberikan Lesen Perlindungan Alam Sekitar (“EPL”) bagi Projek Perlombongan Grafit K1 di Karasnagla, Sri Lanka daripada Pihak Berkuasa Alam Sekitar Pusat (CEA) dengan Nombor 17501 (R0) bertarikh 14 Oktober 2019 di bawah peruntukan Akta 47 Alam Sekitar Kebangsaan 1980 dan pindaan Akta Nombor 56 pada tahun 1988 dan Nombor 53 pada tahun 2000 daripada Kerajaan Sri Lanka. CEA ialah Pengawal Selia Alam Sekitar di Sri Lanka yang ditubuhkan melalui Akta Parlimen.

CYL juga mengumumkan bahawa anak syarikat Sarcon, BPA Lanka (Private) Ltd telah membeli tanah bersebelahan projek K1 yang akan membolehkan syarikat itu membina adit dari syaf utama. Adit itu akan memudahkan penyingkiran grafit dari lombong, membantu pengudaraan dan penyahairan dari kawasan syaf.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12797

NUVECTRA® TERUS MENYOKONG PESAKIT SEMASA DENGAN IMPLAN ALGOVITA® SEMENTARA SYARIKAT MEMFAILKAN BAB 11 SECARA SUKARELA

Proses Diselia Mahkamah Tiada Impak terhadap Keselamatan atau Kefungsian Peranti Algovita; Syarikat akan Terus Menyokong Doktor Perubatan


PLANO, Texas, 14 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Nuvectra Corporation (NASDAQ: NVTR) (“Nuvectra” atau “Syarikat”), sebuah syarikat peranti perubatan neurostimulasi, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah memilih untuk memfailkan petisyen sukarela untuk penyusunan semula di bawah Bab 11 Kod Kebankrapan Amerika Syarikat di Mahkamah Kebankrapan A.S. bagi Daerah Timur Texas (“Mahkamah”). Syarikat mahu menggunakan proses diselia Mahkamah untuk meneruskan penilaian untuk beberapa pilihan bagi memaksimumkan nilai dan menangani tanggungan kewangannya. Lembaga Pengarah dan pasukan pengurusan terus yakin bahawa Syarikat dan asetnya mempunyai nilai yang agak besar dan sedang meneroka beberapa pilihan, termasuklah penjualan Syarikat secara keseluruhan, bagi Sistem Stimulasi Korda Spina Algovita (“Algovita”), daripada Virtis® atau aset tertentu.

Tambahan lagi, Nuvectra komited dalam menyokong pesakit semasa menggunakan Algovita, dan juga doktor perubatan, klinisian dan kemudahan yang merawat pesakit dengan Algovita. Keselamatan dan kefungsian Algovita tidak akan menerima impak daripada proses diselia Mahkamah. Syarikat kini sedang menggantung sokongannya terhadap implan masa depan sehinggalah hala tuju Syarikat ditentukan dan Syarikat mengesyorkan doktor perubatan menghentikan sebarang implantasi baharu dan juga prosedur percubaan dan kajian klinikal yang sedang dijalankan, sehinggalah pada waktu tersebut.

Dr. Fred Parks, Ketua Pegawai Eksekutif Nuvectra, mengomen, “Sejak pelancaran sebagai syarikat bebas, Nuvectra telah melabur dalam misi kami untuk membantu doktor perubatan menambah baik kehidupan orang yang mengalami kondisi kronik. Kami berjaya membawa masuk Algovita ke dalam pasaran dan mendapat peluang dalam perancangan kami, termasuklah Virtis, yang kami percaya akan menjana nilai pada masa depan. Untuk membiayai usaha inovasi dan komersialisasi kami, Syarikat telah berhutang dengan banyak. Kami telah berusaha untuk mencapai laluan alternatif ke hadapan menerusi kajian semula pilihan yang meluas untuk perniagaan kami semenjak beberapa bulan lalu. Susulan perbincangan yang membina dengan peminjam kami, proses diselia Mahkamah yang kami mulakan hari ini akan memberi kami masa dan fleksibiliti yang kami perlukan untuk menilai semula pilihan kami, memaksimumkan nilai aset kami dan menyelesaikan tanggungan kewangan kami.”

Dr. Parks meneruskan, “Kami komited dalam menyokong pesakit yang sedang menggunakan peranti kami dan doktor perubatan dan klinisian mereka dengan mengekalkan pasukan pakar klinikal dan pakar sokongan produk.”

Pesakit atau doktor perubatan dengan pertanyaan berkenaan Algovita hendaklah menghubungi Perkhidmatan Pelanggan Nuvectra dengan menghubungi 1-844-727-7897 (atau +1-214-618-4980 untuk panggilan dari luar A.S.) dan memilih pilihan satu atau hantarkan emel kepada support@nuvectramed.com.

Syarikat telah memfailkan beberapa usul lazim untuk meminta kebenaran Mahkamah menyokong operasinya semasa proses diselia Mahkamah, termasuklah usul cagaran wang tunai konsensual dan satu usul untuk membayar gaji dan faedah kepada pekerja. Syarikat menjangkakan akan menerima kelulusan Mahkamah bagi permintaan ini tidak lama lagi.

Maklumat Tambahan
Sumber tambahan untuk vendor dan pihak luar lain, termasuklah pemfailan mahkamah dan dokumen lain yang berkaitan proses Bab 11, boleh didapati di laman web yang ditadbir oleh ejen tuntutan Nuvectra, KCC, di http://www.kccllc.net/nuvectra. Maklumat juga boleh didapati dengan menghubungi 1-888-201-2205 (A.S. dan Kanada) atau +1-310-751-1839 (Antarabangsa).

Norton Rose Fulbright US LLP dan Dorsey & Whitney LLP berkhidmat sebagai peguam Syarikat dan Alvarez & Marsal berkhidmat sebagai penasihat penyusunan semula.

Tentang Nuvectra Corporation
Nuvectra® ialah sebuah syarikat neurostimulasi yang komited dalam membantu doktor perubatan menambah baik kehidupan mereka yang mengalami kondisi kronik. Sistem Stimulasi Korda Spina (SCS) Algovita® ialah penawaran komersial pertama kami dan ditanda CE dan diluluskan oleh FDA untuk rawatan sakit tak tertahan yang kronik pada trunkus dan/atau anggota. Platform teknologi inovatif kami juga mempunyai keupayaan yang sedang dibangunkan untuk menyokong petunjuk lain seperti neuromodulasi sakrum (SNM) untuk rawatan pundi kencing terlebih aktif, dan stimulasi otak dalam (DBS) untuk rawatan Penyakit Parkinson.

Nota Peringatan Berkenaan Pernyataan Prospektif

Siaran akhbar ini mengandungi "pernyataan prospektif," termasuklah kenyataan yang kami buat berkenaan pandangan untuk Nuvectra sebagai syarikat dagangan awam bebas. Pernyataan prospektif hanyalah berdasarkan kepercayaan, jangkaan dan anggapan semasa kami berkenaan masa depan perniagaan, perancangan dan strategi masa depan, unjuran, peristiwa dan aliran yang dijangka, ekonomi dan kondisi masa depan lain, dan oleh itu tertakluk pada ketaktentuan semula jadi, risiko dan perubahan dalam keadaan yang sukar diramalkan dan mungkin di luar kawalan kami. Prestasi sebenar kami mungkin berbeza secara material daripada yang ditunjukkan di dalam pernyataan prospektif tersebut. Oleh itu, anda tidak seharusnya bergantung pada sebarang pernyataan prospektif ini. Sebarang pernyataan prospektif yang dibuat oleh kami hanyalah berdasarkan maklumat tersedia kepada kami sekarang dan hanya memberikan gambaran mulai tarikh pernyataan dibuat.  Faktor penting yang boleh menyebabkan keputusan sebenar menjadi berbeza secara material berbanding yang ditunjukkan dalam pernyataan prospektif itu termasuklah: (i) keupayaan kami untuk menskala dan meneruskan operasi dengan berjaya semasa proses diselia mahkamah; (ii) keupayaan kami untuk berjaya menjual aset atau mengambil langkah lain untuk memaksimumkan nilai dan menyelesaikan tanggungan kewangan kami di bawah proses diselia mahkamah; (iii) kesan buruk yang mungkin berlaku akibat proses diselia mahkamah terhadap kecairan dan hasil operasi; (iv) kemungkinan keputusan buruk dalam proses yang diluluskan mahkamah, termasuklah kemungkinan bahawa kami mungkin gagal untuk memperoleh kelulusan tepat pada masanya berkenaan usul yang telah kami failkan atau akan failkan pada masa hadapan; (v) risiko bahawa usul yang difailkan oleh pihak ketiga boleh dilanjutkan atau menghalang objektif kami, di bawah proses diselia mahkamah; (vi) atrisi pekerja dan keupayaan kami untuk mengekalkan pengurusan dan pegawai utama lain akibat gangguan dan ketaktentuan, termasuklah keupayaan kami untuk menyediakan pampasan dan manfaat mencukupi semasa proses diselia mahkamah; (vii) keupayaan kami untuk mengekalkan hubungan dengan pembekal, pelanggan, pekerja dan pihak ketiga lain dan pihak berkuasa kawal atur lain akibat proses diselia mahkamah; (viii) kesan daripada petisyen penyusunan semula terhadap kami dan kepentingan pelbagai konstituen, termasuklah pemegang saham umum kami; (ix) kesan buruk petisyen penyusunan semula yang boleh timbul terhadap keupayaan kami untuk mengakses pasaran modal pada masa depan, jika diinginkan; (x) tempoh masa yang kami akan beroperasi di bawah proses diselia mahkamah dan keberadaan modal operasi yang berterusan semasa menunggu prosiding; (xi) kos pentadbiran dan undang-undang yang meningkat berkaitan proses diselia mahkamah dan litigasi dan risiko inheren lain yang terlibat dalam proses penyusunan semula; (xii) keupayaan kami untuk berjaya memasarkan Algovita dan mengembangkan peningkatan atau penambahbaikan kepada Algovita; (xiii) ketaktentuan dan masa untuk memperoleh kelulusan kawal atur di Amerika Syarikat dan Eropah untuk sistem neuromodulasi sakrum Virtis kami; (xiv) skop perlindungan untuk hak harta intelek kami merangkumi Algovita dan produk lain menggunakan platform teknologi neurostimulasi kami, berserta sebarang peningkatan atau penambahbaikan produk lain; dan (xv) pematuhan kami terhadap keperluan kawal atur dan undang-undang berkenaan peranti perubatan yang boleh diimplan dan interaksi dengan pakar penjagaan kesihatan. Sila lihat bahagian bertajuk “Faktor Risiko” dalam Laporan Tahunan Nuvectra pada Form 10-K dan dalam pemfailan terbitan suku tahunan dan berkala untuk keterangannya dan risiko dan ketaktentuan lain.  Kami tidak menggalas sebarang tanggungjawab untuk mengemas kini sebarang pernyataan prospektif secara terbuka, sama ada bertulis atau lisan, yang mungkin akan dibuat dari masa ke masa, sama ada disebabkan oleh maklumat baharu, perkembangan masa depan atau sebaliknya.

Pelabur
Jennifer Kosharek
Ketua Pegawai Kewangan
investors@nuvectramed.com

Media
Michael Freitag / Nicholas Lamplough / Aaron Palash
Joele Frank Wilkinson Brimmer Katcher
(212) 355-4449 

SUMBER : Nuvectra

Wednesday, November 13, 2019

GA-ASI AKAN MENJALANKAN SIRI DEMONSTRASI KEUPAYAAN DI EROPAH

GA-ASI AKAN MENJALANKAN SIRI DEMONSTRASI KEUPAYAAN DI EROPAH

GT ADVANCED TECHNOLOGIES MENCAPAI PENSIJILAN ISO-9001:2015

Pengeluaran Utama dan Pencapaian Kualiti dalam Masa Kurang Setahun


HUDSON, N.H., 13 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- GTAT Corporation, d/b/a GT Advanced Technologies (GTAT), berbangga untuk mengumumkan bahawa mereka telah mencapai pensijilan ISO-9001:2015 menerusi juruaudit TÜV Rheinland di Amerika Utara, sebuah syarikat pengujian, pemeriksaan dan pensijilan pihak ketiga yang terkenal seluruh dunia. GTAT mengeluarkan bahan silikon karbida di kemudahan utamanya di Hudson, New Hampshire.

“Memperoleh Pensijilan ISO adalah antara perkembangan yang kami berjaya capai dengan sangat pantas,” kata Ketua Pegawai Eksekutif GTAT, Greg Knight. “Dalam masa kurang setahun, kami telah melengkapkan kemudahan kami, mencapai pengeluaran volum dan mencapai pensijilan ISO. Saya rasa tiada syarikat lain dalam industri kami yang berjaya mencapai pencapaian ini dengan lebih cepat.”

Silikon karbida ialah bahan substrat pilihan bagi semikonduktor elektronik kuasa yang digunakan dalam penggunaan seperti kenderaan elektrik dan sebagainya. Silikon karbida CrystX™ GTAT dijual kepada rakan kongsi industri yang mengeluarkan wafer yang dikerat dan gilap. Memandangkan silikon karbida lebih baik berbanding silikon untuk penggunaan sedemikian, permintaan untuknya adalah amat tinggi.

Pertumbuhan pantas GTAT sebagai pengeluar silikon karbida yang mempunyai pensijilan ISO mencerminkan permintaan tinggi daripada pembuat semikonduktor elektronik kuasa. “Tumpuan kami sememangnya untuk menskalakan pengeluaran dan mencapai pensijilan kualiti yang sewajarnya dengan pantas agar pasaran yang berkembang boleh memanfaatkan produk yang kami keluarkan,” kata Knight. Pada Ogos, GTAT telah menandatangani perjanjian pembekalan jangka panjang dengan GlobalWafers Co. (GWC) yang berpangkalan di Taiwan untuk silikon karbidanya, CrystX™.

TENTANG GTAT

GT Advanced Technologies ialah syarikat teknologi pelbagaian dengan kepakaran pertumbuhan habluran dalam silikon karbida dan nilam.  Bahan penting yang mempunyai permintaan tinggi ini memberikan prestasi dan nilai terjamin merentasi pasaran global yang semakin luas.  Syarikat ini menumpukan pada peningkatan bekalan bahan sambil mengurangkan kos, yang membantu mempercepat penggunaan produk seperti kenderaan elektrik, elektronik kuasa, optik aeroangkasa dan infrastruktur telekom 5G yang semakin terkenal. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang syarikat, sila lawati www.gtat.com.

Maklumat Hubungan
info@gtat.com

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/0a0d16c1-6712-4a4c-b54a-08417ba2ae6b 

SUMBER : GT Advanced Technologies

INTEROP TECHNOLOGIES MEMENANGI ANUGERAH KOMUNIKASI LANJUTAN UTAMA BAGI RCS

BERLIN dan FORT MYERS, Florida, 13 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Interop Technologies™ hari ini mengumumkan bahawa syarikat tersebut telah memenangi Anugerah Komunikasi Lanjutan Utama 2019 bagi teknologi Perkhidmatan Komunikasi Kaya (RCS) di Voice and Advanced Communications Summit Informa yang diadakan di Berlin pada minggu lepas.

Interop telah dicalonkan oleh panel pakar penganalisis industri yang adil atas keupayaannya untuk menghasilkan penyelesaian RCS inovatif yang meningkatkan pengalaman pengguna akhir.

Penyelesaian RCS akhir ke akhir Interop yang diiktiraf oleh GSMA membolehkan operator mudah alih mengembangkan pemesejan legasi dan kekal berdaya saing dalam pasaran mereka dengan menyampaikan pengalaman pelanggan yang cemerlang melalui keterlibatan diperibadikan di samping merebut peluang pendapatan baharu dan mengurangkan kos sokongan pelanggan.

“Kami teruja kerana dedikasi kami terhadap kecemerlangan dan inovasi teknologi RCS untuk operator mudah alih telah diiktiraf dengan penerimaan Anugerah Komunikasi Lanjutan Utama Informa,” kata John Dwyer, presiden dan CEO Interop Technologies. “RCS mempengaruhi industri wayarles global dan operator perlu bekerjasama pantas dengan pakar pemesejan yang berkualiti dan fleksibel semasa mereka bersedia untuk pelancaran. Anugerah ini menunjukkan bahawa kami merupakan rakan kongsi dan juga meraikan kewujudan kami selama 20 tahun dalam pemesejan pembawa, 12 tahun dalam teknologi pemesejan RCS dan komitmen berterusan kami untuk kekal menjadi pilihan operator pada masa hadapan.”

Sejarah panjang Interop Technologies dalam pembangunan teknologi pemesejan teras untuk operator mudah alih telah menyediakan asas kukuh bagi syarikat untuk menjadi peneraju dalam teknologi RCS. Di samping memiliki dan memegang akreditasi GSMA Universal Profile (UP) yang pertama dan paling lama bagi penyelesaian RCS, pembangunan dan dedikasi Interop yang berterusan dalam pemesejan mudah alih telah menjadikan syarikat itu salah satu pembekal penyelesaian RCS paling diiktiraf di dunia. Selepas standard UP 1.0 dan 2.0 dikeluarkan, Interop menjadi rakan kongsi ujian dan akreditasi penyelesaian rangkaian yang mendapat permintaan tertinggi bagi pengeluar peranti terbesar industri dan pelanggan/pembangun Sistem Operasi.

RCS yang merupakan peningkatan pemesejan SMS tradisional yang dinanti-nantikan telah dilancarkan oleh 81 operator di seluruh dunia dan GSMA meramalkan tambahan 27 lagi operator sebelum suku pertama tahun 2020.

Interop Technologies akan menyertai pameran di Kongres Mudah Alih Dunia 2020 di Barcelona pada 24 – 27 Februari. Ketahui lebih lanjut di www.interoptechnologies.com/events.

Perihal Interop Technologies
Interop Technologies merupakan pembekal utama rangkaian komunikasi maya dan penyelesaian terurus berdasarkan awan bagi pemesejan mudah alih, suara dan ketersambungan. Interop Technologies yang diasaskan pada tahun 2002 bertekad untuk membekalkan perkhidmatan dan penyelesaian kepada operator rangkaian mudah alih, membantu mereka mengurangkan kerumitan pengedaran dan mengurus teknologi komunikasi generasi akan datang. Melalui penyelesaian RCS akhir ke akhir yang diiktiraf oleh GSMA, Interop komited untuk menyampaikan teknologi bertaraf Telco yang diselaraskan dan mempunyai tahap kefleksibelan pengedaran dan pengurusan kitar hayat tertinggi yang tersedia bagi ekosistem RCS global.

Interop Technologies memiliki ibu pejabat di Fort Myers, Florida, dengan pejabat di Irving, Texas, dan ibu pejabat rantau EMEA di Dublin, Ireland.

Orang Hubungan Media
Lisa Murray, APR, CPRC
Pengurus Kanan, Komunikasi Pemasaran Bersepadu
Tel: +1 (239) 425-9079
Telefon Bimbit: +1 (239) 357-3442
media@interoptechnologies.com

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/31bc58ec-75a9-4b00-9372-135ca637bdc6 

SUMBER : Interop Technologies

MICHAEL BUCKLEY KEMBALI KE TRUE RELIGION APPAREL SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

MANHATTAN BEACH, Calif., 13 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- True Religion Apparel, Inc., mengumumkan bahawa Lembaga Pengarah itu telah melantik Michael Buckley sebagai Ketua Pegawai Eksekutif mereka yang baharu, berkuatkuasa serta merta. Encik Buckley sebelum ini pernah menjadi Presiden bagi True Religion Apparel dari tahun 2006 hingga 2010. Beliau akan bertanggungjawab untuk membangun dan melaksanakan visi dan hala tuju masa hadapan bagi True Religion. Encik Buckley akan melapor kepada Lembaga Pengarah Syarikat itu.

Michael Buckley adalah seorang eksekutif produk runcit dan pengguna terkemuka dengan lebih 30 tahun pengalaman industri yang berjaya di peringkat domestik dan antarabangsa di dalam jenama yang semakin meningkat dan mencipta nilai. Beliau sebelum ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif bagi Differential Brands Group (ditukar nama kepada Centric Brands selepas pemerolehan oleh Global Brands Group) sebuah syarikat dagangan awam NASDAQ. Differential memiliki jenama Hudson Jeans, Robert Graham dan Swims. Sebelum Differential, dari tahun 2011 hingga 2016 beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Robert Graham Designs sehingga ia dijual kepada Differential Brands Group dengan harga $180 juta. Sebelum Robert Graham, dari tahun 2006 hingga 2010 sebagai Presiden bagi True Religion Apparel, jualan meningkat dari $100 juta kepada lebih $300 juta, EBITDA dari $30 juta kepada lebih $90 juta dan permodalan pasaran pada NASDAQ meningkat tiga kali ganda kepada $850 juta. Platform runcit berkembang dari 1 hingga 100 buah kedai, syarikat itu memperluaskan barisan produk mereka untuk memasukkan kemeja-t, kemeja tenunan, knit top, pakaian luar dan beberapa lesen termasuk kasut, wangi-wangian, kacamata, baju renang, dan aksesori. Pada tahun 2008 dan 2009 True Religion menduduki nombor #1 sebagai syarikat pakaian dagangan awam Amerika Syarikat yang paling menguntungkan daripada semua syarikat pakaian dagangan awam di Amerika Syarikat, seperti yang diukur oleh margin keuntungan selepas cukai.

Gene Davis, Pengerusi bagi Lembaga itu menyatakan, “Kami amat teruja dan bangga untuk mengalu-alukan Michael Buckley kembali ke True Religion Apparel. Beliau membawa pengalaman bertahun-tahun dalam arena denim dan pakaian sukan lelaki dan wanita, termasuk bekas peranan beliau sebagai Presiden bagi True Religion. Michael mempunyai banyak kejayaan di dalam industri pakaian sepanjang lebih tiga puluh tahun yang lalu dan beliau membawa kemahiran yang sangat baik dan sangat relevan kepada pasukan kepimpinan True Religion. Kami mengucapkan terima kasih kepada Farla Efros kerana berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif sementara di True Religion selama enam bulan yang lalu. Kami gembira bahawa beliau dan pasukan Penasihat HRC akan terus menyokong True Religion sepanjang beberapa bulan akan datang.”

Mengulas mengenai pelantikan beliau, Encik Buckley menambah, “Saya gembira kerana dapat kembali kepada True Religion dan memimpin syarikat itu sebagai Ketua Pegawai Eksekutif mereka yang baharu pada masa yang menarik ini dalam evolusi jenama itu. Saya tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan Lembaga Pengarah, Farla Efros dan Penasihat HRC, dan seluruh pasukan True Religion.”

Maklumat mengenai True Religion Apparel, Inc.

Pada tahun 2002, True Religion muncul dalam dunia denim Los Angeles dengan menghasilkan jean lima poket yang klasik. Dengan benang lima jarumnya pada proses dua jahitan bagi setiap inci, jahitan Super T True Religion dikenali dengan serta merta kerana gaya yang tidak seperti jenama denim lain di dunia. True Religion bercakap kepada keunikan yang terdapat di dalam kita semua. Jenama itu dipakai oleh atlet, pemuzik, dan artis di seluruh dunia untuk menzahirkan gaya masing-masing. Menyampaikan pelbagai jenis gaya eksklusif yang ikonik, True Religion Brand Jeans memberi tumpuan kepada menghasilkan denim premium yang berkualiti tinggi dan pakaian sukan untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20191112005825/en/

Hubungi

Bagi pihak True Religion:
Carol Moniz
michele marie pr
1261 Broadway, Suite 802
New York, NY 10001
Pejabat: 646.863.3923
E-mel: carol@michelemariepr.com

Sumber : True Religion Apparel, Inc.

TEKNOLOGI PEMESEJAN LANJUTAN SYNCHRONOSS AKAN MEMBANTU MEMPERKASAKAN APLIKASI PEMESEJAN KAYA YANG SALING BOLEH BEROPERASI SEPENUHNYA UNTUK USAHA SAMA BAHARU CCMI DARIPADA AT&T, SPRINT, T-MOBILE DAN VERIZON

TEKNOLOGI PEMESEJAN LANJUTAN SYNCHRONOSS AKAN MEMBANTU MEMPERKASAKAN APLIKASI PEMESEJAN KAYA YANG SALING BOLEH BEROPERASI SEPENUHNYA UNTUK USAHA SAMA BAHARU CCMI DARIPADA AT

KINZA SASAR PERTUMBUHAN ASIA TENGGARA SUSULAN KEJAYAAN MANTAP DI ARAB SAUDI DAN TIMUR TENGAH

Kinza, salah satu jenama minuman ringan dari Arab Saudi yang berkembang paling pesat, akan menyertai Malaysia International Halal Showcase (...