Saturday, January 11, 2025

BITGET MENGEMBANGKAN EKOSISTEM BGB DENGAN INTEGRASI MORPH CHAIN DAN KOLAM KECAIRAN $1.1 JUTA DI BULBASWAP

VICTORIA, Seychelles, 10 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget, bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 terkemuka, dengan sukacitanya mengumumkan integrasi silang rantaian token asalnya, Bitget Token (BGB), ke dalam Morph Chain. Langkah strategik ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam mengembangkan ekosistem BGB atas rantaian dan komitmennya untuk memperkasakan pengguna dengan aksesibiliti dan utiliti yang lebih luas.

Dengan integrasi ini, BGB kini tersedia di Morph Bridge, memudahkan pemindahan token yang lancar merentasi pelbagai rantaian blok. Bitget juga telah melancarkan kolam kecairan untuk BGB di Bulbaswap, pasaran perdagangan dan kecairan utama di Morph, dengan Jumlah Nilai Terkunci (TVL) melebihi $1.1 juta dalam beberapa hari selepas pelancarannya. Pengguna kini boleh mengambil bahagian dalam kolam kecairan untuk memperoleh ganjaran sambil menyokong pertumbuhan ekosistem BGB.

Bagi memberikan insentif kepada aktiviti atas rantaian yang berkaitan dengan BGB, peserta The Great Token Migration (Morph Zoo Musim 2) boleh menyertakan BGB dalam aktiviti pemindahan token mereka untuk memperoleh Morph Points. Tindakan yang layak termasuk memindahkan BGB dari Ethereum ke Morph, memindahkannya semula dari Morph ke Ethereum dan menyimpan BGB di Morph untuk mengumpul mata Musim 2. Pengguna Bitget Wallet mendapat manfaat daripada pengganda 1.2x pada skor jambatan semasa acara tersebut.

Gracy Chen, Ketua Pegawai Elsekutif Bitget, mengulas tentang integrasi ini: "Komitmen kami terhadap pertumbuhan jangka panjang dan utiliti BGB tetap kukuh. Dengan memindahkan BGB ke Morph Chain dan memperkenalkan kolam kecairan baharu, kami sedang mengembangkan jangkauannya dan memberikan lebih banyak peluang kepada pengguna. Integrasi ini selaras dengan visi kami untuk menjadikan BGB sebagai asas kepada aplikasi terdesentralisasi dan dunia nyata, memberi kuasa kepada komuniti BGB untuk mengambil bahagian sepenuhnya dalam ekosistem Web3 yang berkembang."

Integrasi Morph Chain selaras dengan strategi lebih luas Bitget untuk meningkatkan utiliti BGB dalam senario atas rantaian dan luar rantaian. Baru-baru ini, Bitget melancarkan kertas putih BGB baharu, yang menggariskan rancangan bercita-cita tinggi untuk masa depan token tersebut. Inisiatif utama termasuk program pembelian balik dan pembakaran untuk mewujudkan model deflasi bagi menyokong nilai jangka panjang. Fasa pertama inisiatif ini telah menyaksikan 800 juta BGB dibakar, mewakili 40% daripada jumlah bekalan keseluruhan.

Kertas putih tersebut juga menggariskan rancangan untuk meletakkan BGB sebagai aset teras untuk staking, penyediaan kecairan, dan aplikasi DeFi atas rantaian. Selain itu, Bitget sedang giat berusaha untuk mengintegrasikan BGB ke dalam kes penggunaan PayFi, membolehkan utiliti dunia nyata yang merangkumi pembayaran untuk makan, perjalanan dan membeli-belah melalui Kad Bitget.

Pada tahun 2024, BGB menunjukkan pertumbuhan yang luar biasa, mencapai peningkatan sepuluh kali ganda sepanjang tahun dan mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu token bursa yang paling berjaya. Menurut CoinMarketCap, BGB kini menduduki tempat ke-25 dengan permodalan pasaran sebanyak 74 bilion.
Morph ialah penyelesaian penskalaan Layer 2 yang canggih dibina atas Ethereum, direka untuk meningkatkan kelajuan transaksi dan mengurangkan kos sambil mengekalkan keselamatan dan desentralisasi Ethereum. Disokong oleh pelabur terkemuka seperti DragonFly Capital, Pantera Capital dan Foresight Ventures, Morph melancarkan mainnetnya pada penghujung 2024, memperkenalkan jambatan silang rantaian yang lancar dan menyokong ekosistem aplikasi terdesentralisasi (dApps) yang berkembang.

Perihal Bitget

Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitget merupakan sebuah syarikat bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka di dunia. Menyediakan perkhidmatan kepada lebih 45 juta pengguna di lebih daripada 150 negara dan rantau, Bitget komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui penggunaan ciri dagangan salinan perintisnya dan penyelesaian dagangan lain, sambil menawarkan akses kepada harga Bitcoin, harga Ethereum serta harga mata wang kripto yang lain dalam masa nyata. Bitget Wallet yang sebelum ini dikenali sebagai BitKeep, merupakan dompet kripto berbilang rantaian bertaraf dunia yang menawarkan pelbagai penyelesaian dan ciri Web3 yang komprehensif, termasuk kefungsian dompet, pertukaran token, NFT Marketplace, penyemak imbas DApp dan banyak lagi.

Bitget berada di barisan hadapan dalam memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA, dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM, termasuk menjadi rakan kongsi global atlet Kebangsaan Turki Buse Tosun Çavuşoğlu (Juara dunia gusti), Samet Gümüş (Pemenang pingat emas tinju) dan İlkin Aydın (Pemain pasukan bola tampar kebangsaan), untuk memberikan inspirasi kepada komuniti global bagi merangkul masa depan mata wang kripto.

Untuk maklumat lanjut, layari: Laman web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com

Amaran Risiko: Harga aset digital tertakluk kepada turun naik dan mungkin mengalami ketidakstabilan yang ketara. Pelabur disarankan agar hanya memperuntukkan dana yang mereka sanggup tanggung jika mengalami kerugian. Nilai mana-mana pelaburan boleh terjejas dan terdapat kemungkinan bahawa objektif kewangan mungkin tidak tercapai serta pelaburan pokok tidak dikembalikan. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa diperoleh dan pengalaman kewangan peribadi serta kedudukan kewangan perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi masa lalu bukanlah penunjuk yang boleh dipercayai untuk keputusan masa depan. Bitget tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang mungkin berlaku. Tiada apa-apa yang terkandung di sini harus dianggap sebagai nasihat kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk kepada Syarat Penggunaan kami.

Foto yang disertakan bersama-sama pengumuman ini tersedia di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/4f042830-e0ae-43ad-9503-71c971587134

SUMBER: Bitget Limited

--BERNAMA


DISCLAIMER: BERNAMA MREM are not accountable for any causes of website defacement, misuse, or illegal activities connected to cryptocurrency, blockchain, tokenisation, or bitcoin. This material should not be considered as guidance or an opinion, as it does not constitute financial or investment advice. Use this information at your own risk; we are not liable for any losses or damages caused by the republication of this article.

Friday, January 10, 2025

AWS MELANCARKAN REGION INFRASTRUKTUR DI THAILAND

AWS Asia Pacific (Thailand) Region memberi pelanggan lebih banyak pilihan untuk menjalankan beban kerja dan menyimpan data secara selamat di Thailand sambil memberikan perkhidmatan kepada pengguna akhir walaupun dengan kependaman yang lebih rendah


Region baharu mencerminkan komitmen jangka panjang AWS untuk memenuhi permintaan yang tinggi terhadap perkhidmatan berasaskan awan di Thailand dan merentasi Asia Pasifik

AWS merancang untuk melabur lebih daripada $5 bilion dan menyokong purata lebih daripada 11,000 kerja setara sepenuh masa setiap tahun di Thailand, menambah kira-kira $10 bilion pada KDNK Thailand

Pelanggan aktif di Thailand dan merentasi Asia Tenggara termasuk 2C2P, Ascend Money, Bank of Ayudhya, Big Data Institute, The Center of Excellence in Digital and AI for Mental Health, Kumpulan Charoen Pokphand, Dailitech, Digital Government Development Agency, ECV, G-Able, Kumpulan KASIKORN Business-Technology, Metro Systems, NTT DATA, Stock Exchange of Thailand dan ramai pelanggan lain yang membuat pembaharuan pada AWS
 
SEATTLE, 10 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Amazon Web Services, Inc. (AWS), sebuah syarikat Amazon.com, Inc. (NASDAQ: AMZN), hari ini mengumumkan pelancaran AWS Asia Pacific (Thailand) Region. Kini, pembangun, syarikat pemula, usahawan dan perusahaan, serta organisasi kerajaan, pendidikan dan tanpa untung, akan mempunyai pilihan yang lebih banyak untuk menjalankan aplikasi mereka dan memberikan perkhidmatan kepada pengguna akhir daripada pusat data AWS yang terletak di Thailand. Sebagai sebahagian daripada komitmen jangka panjangnya, AWS merancang untuk melabur lebih daripada $5 bilion di Thailand. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai AWS Global Infrastructure, lawati aws.amazon.com/about-aws/global-infrastructure

AWS menganggar pembinaan dan operasi berterusan AWS Region baharu akan menambahkan kira-kira $10 bilion kepada hasil dalam negeri kasar (KDNK) Thailand dan menyokong purata lebih daripada 11,000 kerja setara sepenuh masa pada perniagaan luaran setiap tahun. Kerja ini, termasuk pembinaan, penyelenggaraan kemudahan, kejuruteraan, telekomunikasi dan lain-lain dalam ekonomi negara yang lebih meluas, akan menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan AWS di Thailand.

“Saya ingin menyampaikan penghargaan saya kepada Amazon Web Services kerana melabur dalam pembangunan pusat data di Thailand,” kata Paetongtarn Shinawatra, perdana menteri Thailand. “Saya gembira kerana potensi dan kesediaan Thailand telah diiktiraf oleh salah satu syarikat terkemuka di dunia. Saya tidak sabar untuk melihat AWS memainkan peranan penting, dalam perkongsian dengan kerajaan, dalam memajukan Thailand ke arah masyarakat digital yang lebih terangkum dan mengembangkan akses kepada perkhidmatan digital untuk semua warganegara.”

“Kita terus melihat penerimaan perkhidmatan awan yang pantas merentasi Asia Pasifik kerana lebih ramai pelanggan menyerlahkan potensi penuh perkhidmatan awan yang paling selamat, boleh diharap dan meluas di dunia,” kata Prasad Kalyanaraman, naib presiden Infrastructure Services di AWS. “AWS Region baharu di Thailand akan membatu pelanggan merentasi semua industri meletak atur aplikasi lanjutan dengan pelbagai pilihan teknologi AWS yang menawarkan kedua-dua keupayaan awan teras, seperti mengira, menyimpan, menganalisis dan rangkaian serta perkhidmatan yang membolehkan pelanggan berkembang lebih pantas, seperti kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin. Dengan pelancaran hari ini, AWS berasa bangga untuk menyokong transformasi digital Thailand dan membantu mempercepatkan peranannya sebagai hab serantau untuk kecerdasan buatan.”

Dengan pelancaran AWS Asia Pacific (Thailand) Region, AWS mempunyai 111 Zon Ketersediaan merentasi 35 rantau geografi, dengan pelan yang diumumkan untuk melancarkan 15 lagi Zon Ketersediaan dan lima lagi AWS Region di Mexico, New Zealand, Kerajaan Arab Saudi, Taiwan dan AWS European Sovereign Cloud. AWS Region terdiri daripada Zon Ketersediaan yang meletakkan infrastruktur di lokasi geografi yang berasingan dan berbeza. AWS Asia Pacific (Thailand) Region terdiri daripada tiga Zon Ketersediaan yang terletak cukup jauh dari satu sama lain untuk menyokong kesinambungan perniagaan pelanggan tetapi cukup dekat dalam memberikan kependaman yang rendah untuk aplikasi ketersediaan tinggi yang menggunakan berbilang Zon Ketersediaan. Setiap Zon Ketersediaan mempunyai kuasa, penyejukan dan keselamatan fizikal yang bebas, dan disambungkan melalui rangkaian kependaman ultra-rendah yang lewah. Pelanggan AWS yang memfokuskan pada ketersediaan yang tinggi boleh mereka bentuk aplikasi mereka untuk berjalan dalam berbilang Zon Ketersediaan untuk mencapai had terima kegagalan yang jauh lebih besar.

AWS menawarkan portfolio perkhidmatan yang lebih meluas dan mendalam, termasuk analisis, mengira, pangkalan data, IoT, AI generatif, pembelajaran mesin, perkhidmatan mudah alih, penyimpanan dan teknologi awan yang lain. Pelanggan dari syarikat pemula dan perusahaan hingga organisasi sektor awam dan tanpa untung akan dapat menggunakan teknologi lanjutan daripada penyedia awan terkemuka dunia untuk mendorong inovasi, memenuhi keutamaan wilayah data, mencapai kependaman lebih rendah dan melayan permintaan untuk perkhidmatan awan di Thailand dan merentasi Asia Pasifik.

Pelanggan dan Rakan Niaga AWS mengalu-alukan AWS Region di Thailand

Organisasi merentasi ASEAN dan di Thailand merupakan antara berjuta-juta pelanggan aktif yang menggunakan AWS dalam lebih daripada 190 negara di seluruh dunia. Perusahaan di Thailand memilih AWS untuk membuat pembaharuan, mendorong kecekapan kos dan mempercepatkan asa untuk pasaran. Pelanggan Thai yang menggunakan AWS termasuk 2C2P, Ascend Money, Bank of Ayudhya, Kumpulan Charoen Pokphand (Kumpulan CP) dan Kumpulan KASIKORN Business-Technology. Pelanggan sektor awam Thailand menggunakan AWS untuk membantu mendorong penjimatan kos dan memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat tempatan. Pelanggan ini termasuk Big Data Institute (BDI), Digital Government Development Agency, Center of Excellence in Digital and AI for Mental Health (AIMET), dan Stock Exchange of Thailand (SET). Syarikat pemula dan perniagaan kecil Thai, termasuk BODA Technology & Consultancy, Kumpulan BOTNOI, Flow Account, Pomelo Fashion dan Sunday Technology, menggunakan AWS sebagai asas untuk berkembang pesat di seluruh negara dalam rantau Asia Pasifik dan seluruh dunia.

Bank of Ayudhya Public Company Limited, salah satu bank terkemuka Thailand, bergantung pada AWS untuk menangani cabaran khusus seperti meningkatkan pengalaman pengguna, menambah baik kebolehcapaian kewangan dan mengoptimumkan kecekapan operasi. Bank ini menggunakan perkhidmatan awan AWS, termasuk analisis data, pembelajaran mesin dan AI, untuk membuat pembaharuan dan melancarkan proses. “Sebagaimana penyedia awan strategik kami, AWS memainkan peranan penting dalam mendorong program awan Krungsri, yang memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 12 juta orang. Dengan Thailand Region tempatan, ini akan mengembangkan perkongsian Krungsri dan AWS secara luar biasa dan akan meluaskan kemungkinan dengan ketara,” kata Pochara Vanaratseath, ketua IT, Bank of Ayudhya Public Company Limited.

Kumpulan Charoen Pokphand (Kumpulan CP) merupakan konglomerat terbesar Thailand, beroperasi merentasi perniagaan pertanian, makanan, runcit, telekomunikasi dan e-dagang di lebih 21 buah negara. Kumpulan CP menggunakan untuk mendorong transformasi digital, meningkatkan kecekapan operasi, berkembang dengan pesat, menambah baik keupayaan analisis data, membangunkan produk dan perkhidmatan digital baharu dan membuat pembaharuan merentasi pelbagai unit perniagaan mereka. “Pelaburan oleh AWS ini sangat sesuai dengan komitmen kami untuk melaksanakan teknologi termaju untuk mendorong pertumbuhan yang lestari dan menambah baik kehidupan,” kata Thanasorn Jaidee, presiden True Internet Data Center (True IDC), sebuah anak syarikat Kumpulan CP. “Rantai baharu ini akan membolehkan kita mempercepatkan inisiatif transformasi digital kita, meningkatkan keselamatan data dan sikap pematuhan serta membangunkan penyelesaian inovatif yang lebih cekap. Kami tidak sabar untuk memanfaatkan infrastruktur AWS tempatan ini dan menyumbang kepada ekonomi digital Thailand.”

Ditubuhkan pada tahun 2016, Kumpulan KASIKORN Business-Technology (KBTG) merupakan pasukan teknologi KASIKORNBANK, salah satu bank komersial terkemuka Thailand dan bergantung pada AWS bagi membolehkan lebih daripada 400 aplikasi untuk menjadikan perkhidmatan kewangan mudah diakses, mudah dan terangkum kepada pelanggan merentasi Asia Pasifik. “Menggunakan AWS sebagai asas untuk pembangunan lanjut merupakan strategi kaedah gaya baharu bagi kami, membolehkan kami memantapkan kepimpinan kami dalam industri teknologi kewangan,” kata Tawan Jithavech, ketua pegawai teknologi di KBTG. “Kami telah memilih AWS kerana spektrum perkhidmatannya yang meluas, kepakaran yang mendalam dalam penyelesaian awan dan ketangkasan yang dapat membantu kami mengembangkan operasi kami. Dengan AWS Thailand Region baharu, kami akan meningkatkan masa respons rangkaian kami dengan mudah, dapat menyegerakkan data dengan lebih berkesan dan memberikan perkhidmatan kewangan yang unggul secara konsisten kepada pelanggan kami dengan cepat dan selamat dengan bergantung pada infrastruktur yang paling selamat, boleh diharap dan tersedia di dunia.”

Agensi kerajaan Thai, Big Data Institute (BDI), merupakan syarikat pertama yang mengubah Thailand menjadi negara yang dipacu data melalui pembangunan National Big Data Platform, yang memperkasakan badan kerajaan untuk merumuskan dasar termaklum yang menangani cabaran ekonomi dan sosial yang penting. BDI telah melancarkan beberapa inisiatif penyepaduan data, termasuk platform Health Link, Travel Link dan Thai Large Language Model (Thai LLM), semua bermatlamat untuk meningkatkan kebolehcapaian data dan utiliti ke seluruh sektor. “Dengan AWS Thailand Region baharu, kami teruja untuk mengumumkan bahawa Big Data Institute akan memindahkan Health Link, perkhidmatan pertukaran maklumat kesihatan dinyahpusatkan kami, ke pusat data AWS di Thailand,” kata Dr. Tiranee Achalakul, presiden dan CEO BDI. “Health Link ditetapkan untuk memberikan penjagaan pesakit yang berkesan dengan membolehkan akses yang lancar kepada rekod kesihatan tanpa menyimpan maklumat sensitif secara berpusat. Kami telah memilih AWS sebagai penyedia awan utama kami kerana infrastruktur boleh berkembang, mantap dan selamat yang terkenal, digabungkan dengan sokongan kejuruteraan dan perundingan yang luar biasa. Ketika kami mengembangkan pangkalan pengguna Health Link kami, mengekalkan persekitaran operasi yang stabil, selamat dan cekap akan diutamakan – dan kami tahu kami boleh melakukannya dengan AWS.”

Stock Exchange of Thailand (SET) telah menjadi tapak perdagangan sekuriti utama Thailand sejak tahun 1975, dengan platform perdagangan dalam taliannya yang menyokong lebih daripada 3.6 juta pengguna. AWS memberikan SET infrastruktur awan kependaman rendah, mantap dan sangat boleh berkembang untuk platform platform perdagangan dalam taliannya yang boleh memenuhi keperluan keselamatan dan pematuhan yang lebih ketat. “Dengan peningkatan dalam pelaburan digital, penting bagi SET untuk menyesuaikan diri dengan permintaan pasaran baharu dan menawarkan perkhidmatan yang dapat memenuhi selera generasi yang sedang berkembang ini,” kata Thirapun Sanpakit, naib presiden eksekutif kanan dan ketua bahagian IT di Stock Exchange of Thailand. “Menggunakan AWS untuk platform perdagangan dalam talian SET membantu kami mengembangkan dengan mudah untuk menampung 500,000 pengguna serentak, sambil mengekalkan kecekapan operasi maksimum. Dengan AWS Thailand Region baharu, kami akan mengembangkan tawaran data pasaran kependaman rendah untuk meningkatkan lagi pengalaman perdagangan pelabur kami.”

The AWS Partner Network (APN) termasuk sepuluh ribu vendor perisian bebas (ISV) dan penyepadu sistem (SI) di seluruh dunia. Rakan Niaga AWS membina penyelesaian dan perkhidmatan inovatif pada AWS dan APN membantu dengan menyediakan sokongan perniagaan, teknikal, pemasaran dan pelan pemasaran kepada pelanggan. ISV AWS, rakan kongsi teknologi, SI dan rakan kongsi perundingan membantu perusahaan dan pelanggan sektor awam berpindah ke AWS, mengatur letak aplikasi kritikal misi dan memberikan pilihan lengkap perkhidmatan pemantauan, automasi dan pengurusan untuk persekitaran awan pelanggan. Rakan Niaga AWS di Thailand termasuk Com7, Dailitech, Dakok, Deloitte, Fujitsu, G-Able, Inteltion, Metro Systems, MFEC, NTT DATA, SiS Distribution, SoftwareOne, True IDC dan Yip in Tsoi & Co., Ltd. Untuk senarai lengkap Rakan Niaga AWS, lawati aws.amazon.com/partners.

Dailitech ialah syarikat teknologi Thai yang mengkhusus dalam penyelesaian data dan AI yang memfokuskan pada aspek asas rangkaian, keselamatan dan pemindahan aplikasi ke awan AWS. “Pelancaran AWS Asia Pacific (Thailand) Region akan meningkatkan dengan ketara keupayaan Dailitech untuk mempercepatkan inovasi dan menambah baik prestasi untuk pelanggan kami di Asia Tenggara,” kata Dr. Vit Niennattrakul, pengarah urusan, Dailitech. “Kami juga berasa bangga dan teruja bahawa pengembangan oleh AWS ini mengukuhkan lagi kedudukan Thailand sebagai pemain utama dalam ekonomi digital rantau dan ia akan menyerlahkan potensi yang besar untuk perniagaan Thai dan juga untuk rakyat Thai.”

NTT DATA, sebahagian daripada Kumpulan NTT global, ialah penyedia perkhidmatan IT terkemuka. Mereka bekerjasama dengan AWS untuk menawarkan perkhidmatan pemindahan, pengurusan dan pengoptimuman awan ke perniagaan di Thailand. NTT DATA memanfaatkan infrastruktur dan alat AWS untuk membantu klien mempercepatkan transformasi digital, meningkatkan kecekapan operasi dan membuat pembaharuan dalam bidang seperti IoT dan analisis data. “Pelaburan strategik oleh AWS ini sangat sesuai dengan komitmen kami untuk mendorong transformasi digital di Thailand dan rantau ASEAN yang lebih luas,” kata Sutas Kongdumrongkiat, CEO, Thailand, Kemboja, Laos dan Myanmar, NTT DATA. “AWS Thailand Region baharu akan membolehkan kami menawarkan kepada klien kami penyelesaian awan yang ditingkatkan dengan prestasi yang ditambah baik, kependaman lebih rendah dan kedaulatan data yang lebih kukuh. Sebagai Rakan Niaga AWS yang sudah lama, kami teruja untuk memanfaatkan infrastruktur tempatan ini bagi mempercepatkan inovasi, terutamanya dalam bidang seperti IoT, bandar pintar dan Industry 4.0. Pembangunan ini akan mengukuhkan kedudukan Thailand sebagai hab digital dan memupuk peluang baharu untuk perniagaan merentasi pelbagai sektor.”

Melabur di Thailand

AWS Asia Pacific (Thailand) Region baharu adalah pelaburan berterusan AWS terkini di Thailand untuk memberi pelanggan perkhidmatan awan lanjutan dan selamat, berserta dengan program peningkatan kemahiran, latihan dan penglibatan komuniti. Sejak tahun 2020, AWS telah melancarkan enam lokasi pinggir Amazon CloudFront di Thailand, yang mempercepatkan penghantaran data, video, aplikasi dan API kepada pengguna seluruh dunia dengan kependaman rendah dan kelajuan pemindahan tinggi. Pada tahun 2020. AWS telah melancarkan AWS Outpost di Thailand untuk menyampaikan infrastruktur dan perkhidmatan AWS kepada hampir semua lokasi di premis atau pinggir untuk pengalaman hibrid yang benar-benar konsisten. Pada tahun 2022, AWS mendalami pelaburannya di Thailand dengan pelancaran Zon Tempatan AWS di Bangkok. Zon Tempatan AWS ialah jenis pelaksanaan infrastruktur AWS yang menempatkan perkhidmatan mengira, menyimpan, pangkalan data dan pilihan lain lebih dekat dengan populasi dan pusat industri yang besar, membolehkan pelanggan menyampaikan aplikasi yang memerlukan kependaman satu digit milisaat kepada pengguna akhir.

Sejak tahun 2017, AWS telah melatih lebih daripada 50,000 individu di Thailand dalam kemahiran awan. AWS terus melabur dalam meningkatkan kemahiran pembangun, pelajar dan generasi pemimpin IT seterusnya di Thailand dengan kemahiran awan yang dicari-cari melalui program AWS Skills to Jobs Tech Alliance dan AWS Training & Certification seperti AWS Academy. AWS juga melancarkan program “Tech for Digital Future” di Thailand untuk memberikan kemahiran pengkomputeran awan asas kepada pelajar sekolah tinggi dan vokasional mengenai asas awan di Thai. AWS Academy menyediakan institusi pendidikan yang lebih tinggi di seluruh dunia kurikulum pengkomputeran awan sedia diajar secara percuma yang menyediakan pelajar untuk Pensijilan AWS yang diiktiraf industri dan kerja awan dalam permintaan. AWS Academy pada masa ini menjalankan kursus di lebih daripada 30 buah universiti di Thailand, termasuk Universiti Chulakongkorn, Institut Teknologi Ladkrabang King Mongkut, Universiti Mahidol, Universiti Siam dan Universiti Terbuka Sukhothai Thammathirat, yang merangkumi asas awan, pembinaan awan, operasi awan, pembangunan awan dan kejuruteraan data, serta pensijilan khusus berkaitan pembelajaran mesin, keselamatan siber dan domain lain. Sejak program dilancarkan, lebih daripada sejuta pelajar telah dilatih oleh AWS Academy secara global.

Komitmen kepada kelestarian

Amazon komitmen untuk menjadi perniagaan yang lebih lestari dan mencapai karbon sifar bersih di seluruh operasinya menjelang tahun 2040, 10 tahun lebih awal daripada Perjanjian Paris, sebagai sebahagian daripada Climate Pledge. Amazon mengasaskan bersama Climate Pledge dan menjadi penandatangan pertamanya pada tahun 2019.

AWS sentiasa berusaha mencari jalan untuk meningkatkan kecekapan tenaga pusat datanya—mengoptimumkan reka bentuk pusat data, melabur dalam cip dibina khas dan membuat pembaharuan dengan teknologi penyejukan baharu. Laporan oleh Accenture, dijalankan oleh AWS, menganggar infrastruktur AWS adalah sehingga 4.1 kali lebih cekap berbanding di premis dan apabila beban kerja dioptimumkan pada AWS, jejak karbon berkaitan boleh dikurangkan sehingga 99%. Dengan AWS Asia Pacific (Thailand) Region, pelanggan juga boleh mendapat manfaat daripada usaha kelestarian AWS merentasi infrastrukturnya. Untuk maklumat lanjut mengenai usaha kelestarian AWS, lawati aws.amazon.com/about-aws/sustainability.

 Mengenai Amazon Web Services

Sejak tahun 2006, Amazon Web Services telah menjadi perkhidmatan awan yang paling menyeluruh dan diguna pakai secara meluas di dunia. AWS telah mengembangkan perkhidmatannya secara berterusan untuk menyokong hampir semua beban kerja dan ia kini mempunyai lebih daripada 240 perkhidmatan berciri penuh untuk mengira, menyimpan, pangkalan data, rangkaian, analisis, pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan (AI), Internet Benda (IoT), mudah alih, keselamatan, hibrid, media dan pembangunan, pelaksanaan dan pengurusan aplikasi daripada 111 Zon Ketersediaan dalam 35 rantau geografi, dengan pelan yang diumumkan untuk 15 Zon Ketersediaan lagi dan lima AWS Region lagi di Mexico, New Zealand, Kerajaan Arab Saudi, Taiwan dan AWS European Sovereign Cloud. Berjuta-juta pelanggan—termasuk syarikat pemula yang paling cepat berkembang, perusahaan paling besar dan agensi kerajaan yang terkemuka—mempercayai AWS untuk memperkasakan infrastruktur mereka, menjadi lebih tangkas dan kos yang lebih rendah. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai AWA, lawati aws.amazon.com.

Mengenai Amazon

Amazon dipandu oleh empat prinsip: obsesi pelanggan dan bukannya fokus pesaing, semangat untuk ciptaan, komitmen kepada kecemerlangan operasi dan pemikiran jangka panjang. Amazon berusaha untuk menjadi Syarikat Paling Berpusatkan Pelanggan Di Bumi, Majikan Terbaik Di Bumi dan Tempat untuk Bekerja Paling Selamat Di Bumi. Ulasan pelanggan, Membeli-belah 1-Klik, pengesyoran yang diperibadikan, Prime, Fulfillment by Amazon, AWS, Kindle Direct Publishing, Kindle, Career Choice, tablet Fire, Fire TV, Amazon Echo, Alexa, teknologi Just Walk Out, Amazon Studios dan Climate Pledge ialah beberapa perkara yang dipelopori oleh Amazon. Untuk maklumat lanjut, lawati amazon.com/about dan ikuti @AmazonNews.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Hubungan

Amazon.com, Inc.
Media Hotline
Amazon-pr@amazon.com
www.amazon.com/pr
 
Sumber: Amazon.com, Inc.

--BERNAMA

BITGET MEMPERKENALKAN DEPOSIT BANK DENGAN PENYEPADUAN ZEN, MEMBOLEHKAN AKSES UNTUK SEBELAS MATA WANG FIAT

VICTORIA, Seychelles, 9 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget, sebuah bursa mata wang kripto terkemuka dan syarikat Web3, teruja untuk mengumumkan penyepaduan ZEN.com, penyelesaian perbankan yang terkenal, ke dalam saluran deposit dan pengeluaran fiatnya. Dengan penyepaduan ini, pengguna Bitget kini boleh mendeposit dan mengeluarkan dana dengan lancar menggunakan 11 mata wang fiat yang disokong, termasuk PLN, CZK, DKK, AUD, CAD, NOK, SEK, CHF dan HUF.

Kerjasama ini menunjukkan tumpuan Bitget dalam meningkatkan kebolehcapaian dan menambah baik pengalaman pengguna, terutamanya dalam pasaran Eropah yang kurang mendapat perkhidmatan serta rantau utama seperti Oceania.

"Perkongsian kami dengan ZEN.com sejajar dengan rancangan kami untuk menjadikan dagangan kripto lebih mudah diakses oleh pengguna di seluruh dunia. Dengan menyokong lebih banyak mata wang fiat berbanding pesaing kami dan menawarkan pilihan on-ramp fiat segera, kami memperkasakan pengguna dengan penyelesaian perdagangan yang mudah dan inovatif," kata Gracy Chen, Ketua Pegawai Eksekutif di Bitget.

Penyepaduan ZEN Bitget menawarkan pelbagai faedah. Pengguna boleh mendeposit dan mengeluarkan dana dalam 11 mata wang fiat, lebih daripada apa yang CEX lain sediakan pada masa ini. Dengan fiat segera on-ramp, pengguna mendapat akses kepada penukaran tunai segera kepada kripto melalui Bitget. Tiada caj tersembunyi dan yuran deposit sifar membantu pengguna mendapat manfaat daripada rebat yuran semasa tempoh promosi tersebut.

Untuk meraikan perkongsian ini, Bitget dan ZEN melancarkan kempen eksklusif, memberi ganjaran kepada pengguna iaitu percubaan ZEN PRO selama 3 bulan, yuran deposit sifar dan rebat sehingga 25% untuk penukaran fiat kepada kripto.

Acara ini bermula dari 7 Januari 2025, 18:00 (UTC+8) hingga 4 Februari 2025, 18:00 (UTC+8). Peserta boleh mendaftar untuk percubaan PRO percuma selama 3 bulan dengan membuka akaun ZEN di sini, membuat deposit tanpa bayaran dalam mata wang fiat yang disokong dan menukar fiat kepada kripto untuk memperoleh rebat sehingga 25%.

Untuk arahan terperinci tentang cara membuat deposit melalui ZEN, layari sini.

Perihal Bitget

Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitget merupakan bursa kripto dan syarikat Web3 terkemuka di dunia. Bursa Bitget menyediakan perkhidmatan kepada lebih 45 juta pengguna di lebih 150 negara dan rantau serta komited membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ciri perdagangan salinan sebagai perintis dan penyelesaian perdagangan lain. Bitget turut menawarkan akses masa nyata harga Bitcoin, harga Ethereum serta harga mata wang kripto lain. Bitget Wallet yang sebelum ini dikenali sebagai BitKeep merupakan dompet kripto berbilang rantaian bertaraf dunia yang menawarkan pelbagai penyelesaian dan ciri Web3 yang menyeluruh, termasuk kefungsian dompet, pertukaran token, NFT Marketplace, pelayar DApp dan banyak lagi.

Bitget berada di barisan hadapan dalam memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA, dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM, termasuk menjadi rakan kongsi global atlet Kebangsaan Turki Buse Tosun Çavuşoğlu (Juara dunia gusti), Samet Gümüş (Pemenang pingat emas tinju) dan İlkin Aydın (Pemain pasukan bola tampar kebangsaan) untuk memberikan inspirasi kepada komuniti global bagi merangkul masa depan mata wang kripto.

Untuk maklumat lanjut, layari: Laman Web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com

Amaran Risiko: Harga aset digital tertakluk pada turun naik dan mungkin mengalami ketidakstabilan yang ketara. Pelabur disarankan agar hanya memperuntukkan dana yang mereka sanggup tanggung jika mengalami kerugian. Nilai mana-mana pelaburan boleh terjejas dan terdapat kemungkinan bahawa objektif kewangan mungkin tidak tercapai serta pelaburan pokok tidak dikembalikan. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa diperoleh dan pengalaman kewangan peribadi serta kedudukan kewangan perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi masa lalu bukanlah penunjuk yang boleh dipercayai untuk keputusan masa depan. Bitget tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang mungkin berlaku. Tiada apa-apa yang terkandung di sini harus dianggap sebagai nasihat kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk kepada Syarat Penggunaan kami.

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/c5896ba2-052c-4cfa-8f39-e222f41ad1be 

Sumber: Bitget Limited

--BERNAMA 

DISCLAIMER: BERNAMA MREM are not accountable for any causes of website defacement, misuse, or illegal activities connected to cryptocurrency, blockchain, tokenisation, or bitcoin. This material should not be considered as guidance or an opinion, as it does not constitute financial or investment advice. Use this information at your own risk; we are not liable for any losses or damages caused by the republication of this article. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18893

Wednesday, January 8, 2025

QUANTEXA DIIKTIRAF SEBAGAI PENERAJU KATEGORI DALAM LAPORAN PENYELESAIAN PEMANTAUAN TRANSAKSI AML CHARTIS 2024

Penyedia data, analitik dan perisian AI mencapai penarafan “terbaik dalam bidang” untuk keupayaan pencegahan pengubahan wang haram dalam penyepaduan data, pemodelan dan aliran kerja


LONDON, 8 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Quantexa, penyedia terkemuka bagi penyelesaian Perisikan Keputusan untuk sektor awam dan swasta, hari ini mengumumkan pengiktirafan yang diperoleh mereka dalam Kemaskinian RiskTech Quadrant Chartis untuk penyelesaian pemantauan transaksi pencegahan pengubahan wang haram (AML). Laporan tersebut menyerlahkan keupayaan “terbaik dalam bidang” Quantexa merentasi bidang kritikal untuk membantu institusi kewangan (FI) memerangi jenayah kewangan dan mematuhi penelitian kawal selia.

Institusi kewangan terikat oleh peraturan kebangsaan (seperti AKTA USA PATRIOT) dan peraturan supranasional (seperti Arahan Pencegahan Pengubahan Wang Haram EU) untuk mencegah pengubahan wang haram. PBB menganggarkan bahawa volum pengubahan tahunan berkisar antara dua hingga lima peratus daripada KDNK. Pematuhan dan pencegahan mungkin mencabar disebabkan oleh perubahan yang kerap kepada peraturan ini, skim pengubahan wang haram yang semakin canggih dan cabaran teknologi serta data dalaman.

Suite Penyelesaian AML Quantexa membolehkan institusi kewangan menangani cabaran ini menggunakan AI dan ML dalam resolusi entiti dan keupayaan graf pengetahuan untuk menggabungkan data yang berbeza, mendedahkan risiko tersembunyi dan melaksanakan pemantauan dan pengesanan yang proaktif. Antara kategori lain, penyelesaiannya digunakan merentasi penyiasatan yang diterajui perisikan, AML perbankan yang sepadan dan AML perdagangan dan runcit.

Chartis menyerlahkan AI Generatif sebagai ciri yang semakin penting dalam penyelesaian pemantauan transaksi AML. Pada bulan Jun, Quantexa mengumumkan Suite teknologi Generatif AI, Q Assist, yang membolehkan Unit Penyiasatan Kewangan (FIU) menggunakan data mereka sebagai sebahagian daripada proses penyiasatan mereka untuk mengenal pasti dan memahami potensi risiko.

“Quantexa terus menjadi Peneraju Kategori dalam Pemantauan Transaksi AML, membina kekuatannya dalam perisikan keputusan dan GenAI untuk membangunkan pendekatan kepada automasi penyiasatan kompleks yang menangani salah satu cabaran terbesar industri,” kata Nick Vitchev, Pengarah Penyelidikan di Chartis. “Kad skor tipologinya merupakan pendekatan baharu dan sangat praktikal dalam ekosistem yang semakin kompleks dan tertumpu kepada tipologi, manakala keupayaannya untuk menyepadukan set data dan isyarat yang luas dan pelbagai ke dalam timbunan pemantauan transaksi membantu bagi menghasilkan keberkesanan dan kecekapan.”

Alexon Bell, Ketua Pegawai Produk (FinCrime) Quantexa berkata, "Dinamakan sebagai Peneraju Kategori oleh Chartis, di samping pemain industri terkemuka, menekankan pengiktirafan yang semakin meningkat terhadap pendekatan inovatif kami untuk pemantauan AML Kontekstual dan kemajuan dalam AI generatif. Penilaian tertinggi kami dalam bidang utama seperti penyepaduan data dan sistem serta pemodelan dan tipologi risiko, menyerlahkan dedikasi kami dalam membekalkan institusi kewangan dengan alat canggih untuk memerangi jenayah kewangan. Pengiktirafan ini mengesahkan kepakaran teknologi dan komitmen kami dalam memahami serta menangani cabaran-cabaran yang terus berkembang yang dihadapi oleh pelanggan kami dalam usaha memerangi pengubahan wang haram."

Chartis telah mengiktiraf Quantexa sebagai Peneraju Kategori dalam lima kategori pada tahun 2024. Ini termasuk RiskTech Quadrant® untuk Penyelesaian Penipuan Perusahaan, Penyelesaian Penipuan Perusahaan dan Pembayaran, Kemaskinian Pasaran 2024 dan laporan Landskap Vendor serta sebagai salah satu vendor terunggul dalam laporan penarafan dan penyelidikan Chartis RiskTechAI 50 2024 yang sulung. Quantexa juga dinamakan Peneraju Kategori dalam RiskTech Quadrant® untuk Penyelesaian KYC dan disenaraikan antara 20 teratas dalam Laporan RiskTech100® 2025, yang menonjolkan kehadiran pasaran, inovasi dan kepimpinannya dalam risiko dan pematuhan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang AML Quantexa dan keupayaan pemantauan transaksi, layari sini.

Perihal Quantexa
Quantexa ialah syarikat perisian AI, data dan analitik global yang merintis Perisikan Keputusan untuk memperkasakan organisasi membuat keputusan operasi yang dipercayai dengan berasaskan data. Menggunakan kemajuan terbaharu dalam AI, platform Perisikan Keputusan Quantexa membantu organisasi mendedahkan risiko tersembunyi dan peluang baharu dengan menyatukan data terdiam dan mengubahnya menjadi sumber yang paling dipercayai dan boleh digunakan semula. Ia menyelesaikan cabaran utama merentasi pengurusan data, risikan pelanggan, KYC, jenayah kewangan, risiko, penipuan dan keselamatan sepanjang kitaran hayat pelanggan.

Platform Kecerdasan Keputusan Quantexa meningkatkan prestasi operasi dengan peningkatan ketepatan sehingga lebih daripada 90% dan resolusi model analisis sebanyak 60 kali lebih pantas berbanding dengan kaedah tradisional. Kajian Forrester TEI yang ditempah secara bebas mengenai Platform Perisikan Keputusan Quantexa mendapati bahawa pelanggan memperoleh ROI 228% selama tiga tahun. Ditubuhkan pada tahun 2016, Quantexa kini mempunyai lebih daripada 800 pekerja dan ribuan pengguna platform yang bekerja dengan berbilion transaksi dan titik data di seluruh dunia.

Pertanyaan Media
H: Stephanie Crisp, Fight or Flight
E: Quantexa@fightorflight.com

ATAU

H: Adam Jaffe, Naib Presiden Kanan Pemasaran Korporat
T : +1 609 502 6889
E : adamjaffe@quantexa.com

SUMBER: Quantexa Limited

--BERNAMA

Tuesday, January 7, 2025

NIKKISO CLEAN ENERGY & INDUSTRIAL GASES GROUP TELAH MENAIKKAN PANGKAT JEFF MUMFORD KEPADA NAIB PRESIDEN EKSEKUTIF UNTUK OPERASI DAN PEMBUATAN

TEMECULA, Calif., 6 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Nikkiso Clean Energy & Industrial Gases Group, merupakan sebahagian daripada segmen Perniagaan Industri Nikkiso Co., Ltd., telah melantik Jeff Mumford menjadi Naib Presiden Eksekutif untuk Operasi dan Pembuatan mereka, berkuat kuasa pada 2 Januari 2025. Dalam peranan ini, tanggungjawabnya akan merangkumi memantau operasi dan pembuatan secara global serta pengurusan bahagian korporat termasuk IT, Kemudahan, Keselamatan Persekitaran Kesihatan dan Kualiti (SHEQ) dan Pengurusan Projek.

Mumford menyertai Nikkiso pada tahun 2016 sebagai pengurus projek dan sejak itu telah dinaikkan pangkat sebanyak beberapa kali kepada peranan kepimpinan termasuk Pengarah Perolehan, Pengarah Pengurusan Projek dan Pengurus Besar di operasi Las Vegas Kumpulan. Semasa berkhidmat di Nikkiso, Jeff telah mewujudkan kecekapan di samping terus mengembangkan perniagaan.

Mumford memiliki ijazah sarjana muda dalam Kesusasteraan dan Linguistik daripada University of Nevada, Las Vegas dan merupakan Profesional Pengurusan Projek (PMP) yang diperakui.

“Jeff ialah seorang pemimpin yang telah terbukti kebolehannya, di samping dedikasi yang mengagumkan untuk melakukan penambahbaikan secara berterusan. Beliau dikenali dengan keupayaannya untuk memacu perubahan transformasi dan dalam masa yang sama, mengekalkan tumpuan pada mengembangkan perniagaan.”

Adrian Ridge
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Nikkiso Clean Energy & Industrial Gases Group

Tentang Nikkiso Clean Energy & Industrial Gases Group
Nikkiso Clean Energy & Industrial Gases Group merupakan pembekal terkemuka bagi peralatan dan penyelesaian kriogenik di seluruh dunia. Kumpulan ini memudahkan rantaian nilai sampingan kriogenik dan cecair bagi hidrogen, ammonia, karbon dioksida, LNG dan gas industri yang lain untuk pasaran tenaga, pengangkutan, marin, aeroangkasa dan gas industri di samping kekal bebas daripada molekul. Kumpulan ini diketuai oleh Cryogenic Industries, Inc. di California Selatan, A.S. — anak syarikat milik penuh Nikkiso Co., Ltd. (TSE: 6376).

Perhubungan media
pr@nikkisoceig.com

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/9ce420b1-d6ab-4dc1-af1f-4858d989f1d6

SUMBER: Cryogenic Industries

--BERNAMA

Univar Solutions Menyelesaikan Pengambilalihan Perniagaan Lavo Bulk di Kanada

Transaksi ini mengukuhkan kehadiran syarikat di Kanada Timur serta memperluas penyelesaian dan keupayaan kimia yang saling melengkapi untuk...