Wednesday, August 9, 2023

KIOXIA MEMPERKENALKAN SSD PCIE® 5.0 BAHARU UNTUK INFRASTRUKTUR PERUSAHAAN DAN PUSAT DATA

 

SSD PCIe(R) 5.0 untuk Infrastruktur Perusahaan dan Pusat Data: Siri KIOXIA CD8P (Foto: Business Wire) 

Pemacu Pusat Data NVMe™ Siri KIOXIA CD8P Baharu Dioptimumkan untuk Prestasi, Kependaman dan Kualiti Perkhidmatan dalam Faktor Bentuk E3.S dan 2.5-inci (U.2)

TOKYO, 9 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kioxia Corporation, peneraju dunia dalam penyelesaian ingatan, hari ini mengumumkan penambahan Siri KIOXIA CD8P kepada barisan pemacu keadaan pepejal (SSD) kelas pusat datanya. Siri KIOXIA CD8P sangat sesuai untuk pelayan tujuan umum dan persekitaran awan yang boleh memanfaatkan prestasi PCIe® 5.0 (32GT/s x4). Aplikasi pusat data ini boleh menjana beban kerja bercampur yang kompleks merentasi sistem maya berskala besar dalam pusat data operasi 24x7. Pemacu baharu ini tersedia dalam kapasiti sehingga 30.72 terabait (TB) [1] dan dalam kedua-dua Faktor Bentuk Standard Perusahaan dan Pusat Data (EDSFF), serta faktor bentuk E3.S dan 2.5 inci (U.2).

Dioptimumkan untuk prestasi, kependaman, pengurangan kuasa dan keperluan terma bagi persekitaran pusat data yang kuasa dan kecekapan penyejukan adalah kritikal, Siri KIOXIA CD8P memberikan kebolehramalan dan konsistensi yang diperlukan untuk pengalaman pengguna yang lancar.

Siri KIOXIA CD8P merealisasikan kira-kira 60% hingga 80% peningkatan dalam prestasi bacaan berjujukan jika dibandingkan dengan SSD PCIe 4.0 generasi sebelumnya, termasuk:
• Prestasi membaca rawak[2] sehingga 2,000K IOPS[3] dan prestasi menulis rawak[2] sehingga 400K IOPS
• Kependaman peratusan ke-99.999 yang rendah dan konsisten di bawah 250us dalam beban kerja bacaan rawak standard[4], dan di bawah 1.8ms dalam beban kerja bercampur gaya OLTP yang standard[5]
• Reka bentuk port tunggal, dioptimumkan untuk beban kerja kelas pusat data

Pemacu pusat data baharu adalah berdasarkan KIOXIA BiCS FLASH™ generasi 5, teknologi sel tiga peringkat (TLC) memori kilat 3D, dan menggunakan pengawal yang dibangunkan secara dalaman. SSD Siri KIOXIA CD8P mematuhi spesifikasi PCIe 5.0 dan NVMe™ 2.0 serta Antara Muka Pengurusan NVM Express™ (NVMe-MI™) v1.1d, dan menyokong spesifikasi NVMe SSD Pusat Data Projek Pengiraan Terbuka (OCP) (bukan semua keperluan).

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17350

Tuesday, August 8, 2023

LYNK DAN VODAFONE COOK ISLANDS AKAN MEMULAKAN PERKHIDMATAN SAT2PHONE UNTUK PELANGGAN

Pengumuman menandakan operator rangkaian mudah alih kedua di dunia yang memulakan perkhidmatan sat2phone dengan Lynk

FALLS CHURCH, Va., 8 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Lynk Global, Inc. (Lynk), penyedia telekomunikasi sat2phone yang terkemuka di dunia, dan Vodafone Cook Islands, hari ini telah mengumumkan permulaan perkhidmatan awal satelit terus-ke-telefon bimbit kepada pelanggan Vodafone Cook Island menggunakan “menara-sel-di-angkasa” Lynk.  Vodafone Cook Islands ialah operator rangkaian mudah alih (MNO) kedua di dunia yang akan melancarkan teknologi sat2phone Lynk sebagai perkhidmatan pelanggan.

Vodafone ialah penyedia perkhidmatan telekomunikasi terkemuka di Kepulauan Cook, yang menawarkan rangkaian mudah alih, jalur lebar, talian tetap, dan pelbagai perkhidmatan dan penyelesaian telekomunikasi berasaskan teknologi merentasi semua pulau yang berpenghuni.  Dengan sejarah yang kaya dan komitmen kepada inovasi, syarikat ini telah memainkan peranan penting dalam membentuk landskap digital Kepulauan Cook.  Syarikat ini telah melabur secara berterusan dalam teknologi dan infrastruktur terkini untuk menyediakan rangkaian yang lancar dan stabil untuk pelanggannya.  Sama ada ia panggilan suara, pemesejan, akses internet atau penyelesaian keusahawanan, Vodafone Cook Islands menawarkan pelbagai perkhidmatan yang menyeluruh untuk memenuhi keperluan individu, penduduk dan perniagaan.

“Dengan kawasan Kepulauan Cook yang luas, kami di Vodafone sentiasa mencari teknologi inovatif untuk meningkatkan ketersambungan ke pulau-pulau yang terpencil, atol dan lautan di antaranya.  Perkhidmatan Lynk adalah unik dalam menangani keperluan kami untuk memperluaskan liputan mudah alih kami tetapi tanpa perbelanjaan modal yang membebankan.  Kami melihat komuniti terpencil kami, nelayan kami dan pengendali kapal layar yang melawat, memanfaatkan ketersambungan dan liputan tambahan yang disediakan oleh Lynk,” kata Phlillip Henderson, CEO, Vodafone Cook Islands.

“Lynk telah diamanahkan untuk menyediakan perkhidmatan untuk Vodafone Cook Islands, yang meliputi 15 pulau dan 1,960,027+ kilometer persegi Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) yang terdiri daripada Kepulauan Cook,” kata Dan Dooley, ketua pegawai komersial Lynk.  “Wilayah ini sangat luas, dan Lynk berbangga untuk bekerja dengan Vodafone untuk menyambungkan pelanggan mereka.  Perkhidmatan awal Sat2Phone akan bermula sebagai perkhidmatan beta di kawasan yang dinamakan sebagai ‘Laluan Manuae’ dan bertambah dari semasa ke semasa. Sama seperti perkhidmatan yang kami tawarkan kepada PNCC di Palau, Lynk juga akan menyediakan perkhidmatan sandaran yang meningkatkan keutuhan rangkaian apabila bencana alam merosakkan rangkaian atas tanah,” kata Dooley.

Monday, August 7, 2023

BERKSHIRE HATHAWAY SPECIALTY INSURANCE MENGALU-ALUKAN LOUIS BIDMEAD SEBAGAI KETUA INSURANS LIABILITI TRANSAKSI UNTUK ASIA DAN TIMUR TENGAH

BOSTON & SINGAPURA, 8 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE ) -- Hari ini, Berkshire Hathaway Specialty Insurance (BHSI) mengumumkan bahawa mereka telah memilih Louis Bidmead sebagai Ketua Insurans Liabiliti Transaksi untuk Asia dan Timur Tengah. Dalam peranan ini, beliau akan bekerjasama dengan pasukan liabiliti transaksi global BHSI untuk menyediakan perkhidmatan perlindungan daripada BHSI yang menyeluruh untuk mengurus risiko penyatuan, pemerolehan dan transaksi korporat yang lain. Beliau akan melapor kepada Scotland Walsh-Riddle, Ketua Eksekutif & Liabiliti Profesional untuk Asia, BHSI.


“BHSI terus mengembangkan portfolio liabiliti transaksi kami di Singapura dan merentasi Asia serta Timur Tengah,” kata Scotland. “Louis mempunyai pengetahuan tentang selok-belok transaksi M&A yang mendalam dan saya tidak sabar bagi menugasnya untuk memimpin pasukan kami sementara kami menyampaikan penyelesaian yang sesuai dan tepat pada masanya kepada pelanggan.”

Louis datang ke BHSI dengan pengalaman selama 14 tahun sebagai seorang peguam yang mengkhusus dalam transaksi M&A dan penasihat korporat di firma guaman utama serta seorang penaja jamin kanan, menyediakan penyelesaian waranti & insurans pampasan di syarikat insurans global. Beliau ditempatkan di Singapura dan boleh dihubungi di Louis.Bidmead@bhspecialty.com.

Syarikat Berkshire Hathaway Specialty Insurance (diperbadankan di Nebraska, AS) menyediakan insurans hartanah komersial, kecederaan, liabiliti profesional penjagaan kesihatan, bidang eksekutif dan profesional, liabiliti transaksi, tanggungan, laut, pengembaraan, program, kemalangan dan kesihatan, kerugian tersukat perubatan, pemilik rumah dan multinasional. Syarat perlindungan yang sebenar dan muktamad untuk semua bidang produk mungkin berbeza. Di rantau Asia dan Timur Tengah, syarat perlindungan ini menaja jamin dokumen Syarikat Berkshire Hathaway Specialty Insurance, yang mempunyai penarafan kekuatan kewangan pada A++ daripada AM Best dan AA+ daripada Standard & Poor’s. Berkshire Hathaway Specialty Insurance berpusat di Boston, syarikat ini mempunyai pejabat di Atlanta, Boston, Chicago, Columbia, Dallas, Houston, Indianapolis, Irvine, Los Angeles, New York, Plymouth Meeting, San Francisco, San Ramon, Seattle, Stevens Point, Adelaide, Auckland, Barcelona, Brisbane, Brussels, Cologne, Dubai, Dublin, Frankfurt, Hong Kong, Kuala Lumpur, London, Lyon, Macau, Madrid, Manchester, Melbourne, Munich, Perancis, Perth, Singapura, Sydney, Toronto, dan Zurich.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Hubungan

MEDIA
JoAnn Lee / +1 617.936.2937
 
Sumber: Berkshire Hathaway Specialty Insurance

Friday, August 4, 2023

CYBLE BERJAYA MEMPEROLEH $24 JUTA DALAM PEMBIAYAAN SIRI B UNTUK MEMAJUKAN LAGI PENYELESAIAN PERISIKAN ANCAMAN DIKUASAKAN OLEH KECERDASAN BUATAN (AI)

Beenu Arora (Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama, Cyble) dengan Manish Chachada (Ketua Pegawai Operasi dan Pengasas Bersama, Cyble) (Grafik: Business Wire)

ATLANTA, 4 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Cyble, penyedia perkhidmatan perisikan ancaman paling pesat berkembang yang menggabungkan keselamatan siber dan kecerdasan buatan untuk membangunkan penyelesaian perisikan ancaman canggih, mengumumkan suntikan modal sebanyak $24 juta melalui pembiayaan Siri B.

Cyble telah mendapat pengiktirafan secara berterusan sebagai penyelesaian pilihan untuk Web Tertutup dan Perisikan Ancaman dalam kalangan pakar keselamatan siber, berjaya mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju masa depan digital yang selamat dengan teknologi AI termaju.

Pusingan pembiayaan, diterajui bersama oleh Blackbird Ventures dan King River Capital dengan penyertaan daripada Spider Capital, January Capital, Summit Peak Ventures dan lain-lain, akan memacu hala tuju teknikal Cyble, terutamanya dalam meningkatkan penyelesaian keselamatan yang dipacu AI dan memajukan pengembangan global syarikat tersebut.

Pelabur baharu Zeb Rice, pengasas bersama di King River Capital dan ahli lembaga Cyble yang terkini, mengulas, “Daripada usaha meluas kami dalam AI sepanjang 15 tahun yang lalu, sememangnya terbukti bahawa Cyble menggunakan teknologi rintisan ini dengan cara yang merevolusikan keselamatan siber. Platform Cyble boleh mengenal pasti dan melindungi daripada pelbagai ancaman yang datang dari seluruh web pada skala yang belum pernah berlaku sebelum ini. Serta tahap pertumbuhan dan kaliber pangkalan asas pelanggan membuktikan pengiktirafan global daripada syarikat yang memerlukan perlindungan terbaik seumpamanya dalam landskap digital yang sentiasa berkembang dan rumit. Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Cyble pada detik yang amat penting ini.”

Pelabur tetap, Tom Humphrey dari Blackbird Ventures, berkata, “Pertumbuhan Cyble cukup luar biasa untuk diperhatikan. Hanya dalam masa setahun, syarikat tersebut telah menyaksikan pertambahan saiz pasukan kepada dua kali ganda, pangkalan pelanggan pula melonjak hampir empat kali ganda dan jejak syarikat terus berkembang ke Timur Tengah, Eropah dan Amerika Latin. Beenu dan Manish telah muncul sebagai pemimpin dan berjaya membina pasukan kepimpinan yang kuat di sekeliling mereka.”

Bersama pekerja yang berpangkalan di 11 negara, pengaruh global Cyble berkembang merentasi pasaran maju dan baharu muncul. Cyble telah membina pelbagai penyelesaian perisikan ancaman tersuai daripada entiti kerajaan kepada syarikat Fortune 50 dan syarikat permulaan yang tangkas.

Apabila bercakap tentang pembiayaan Siri B, pengasas syarikat, yang merupakan alumni Columbia Business School dan London Business School, menyatakan pandangan mereka. Beenu Arora, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Cyble, berkata, “Pelaburan ini merupakan bukti kerja keras yang pasukan kami telah laburkan untuk melaksanakan visi kami. Di Cyble, misi kami cukup berani: untuk mendemokrasikan keselamatan siber. Melalui penyelesaian berinovatif seperti Cyble Vision, Cyble Hawk, AmIBreached, Cyble Odin dan The Cyber Express, kami menyasar bagi memastikan laluan menuju keselamatan digital boleh diakses oleh semua. Apabila Kecerdasan Buatan terus berkembang, kepentingan pertahanan siber juga mengalami perubahan yang sama. Di Cyble, kami komited dalam menyediakan cerapan termaju dan alatan AI yang diperlukan kepada perniagaan dan individu untuk menjamin keselamatan wilayah digital masing-masing.”

Manish Chachada, Ketua Pegawai Operasi (COO) dan Pengasas Bersama Cyble, menambah, “Lonjakan dalam peperangan siber global telah menekankan keperluan kritikal bagi syarikat untuk meningkatkan langkah keselamatan masing-masing dan memantau aktiviti web tertutup. Perisikan ancaman menjadi semakin penting berbanding sebelum ini”

CYBLE BERJAYA MEMPEROLEH $24 JUTA DALAM PEMBIAYAAN SIRI B UNTUK MEMAJUKAN LAGI PENYELESAIAN PERISIKAN ANCAMAN DIKUASAKAN OLEH KECERDASAN BUATAN (AI)

Thursday, August 3, 2023

ZENAS BIOPHARMA UMUMKAN PENERBITAN KAJIAN FASA 2 OBEXELIMAB, RAWATAN KAJIAN UNTUK PENYAKIT BERKAITAN IGG4 (IGG4-RD), DALAM THE LANCET RHEUMATOLOGY

Kajian mendapati obexelimab menghasilkan peningkatan klinikal yang pesat, kuat dan berterusan, termasuk remisi klinikal lengkap, dalam kebanyakan pesakit yang menghidap IgG4-RD aktif

Hasil menyokong pembangunan berterusan obexelimab untuk rawatan IgG4-RD dan kemungkinan keadaan autoimun antara sel B yang lain.

WALTHAM, Mass., 3 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Zenas BioPharma, sebuah syarikat biofarmaseutikal global komited untuk menjadi peneraju dalam pembangunan dan pengkomersialan terapi berasaskan imun, mengumumkan The Lancet Rheumatology telah menerbitkan penemuan kajian Fasa 2 yang menilai obexelimab untuk rawatan pesakit Penyakit Berkaitan IgG4 (IgG4-RD). Berdasarkan hasil kajian ini, kajian Fasa 3 pada pesakit yang menghidap IgG4-RD sedang dijalankan untuk menyelidik dengan lebih lanjut tentang keberkesanan dan keselamatan obexelimab yang diberikan sebagai suntikan subkutaneus.

IgG4-RD ialah penyakit fibro-inflamasi kronik berpengantara imun yang boleh menjejaskan pelbagai organ termasuk kelenjar air liur utama, orbit, kelenjar lakrima, pankreas, pokok hempedu, paru-paru, buah pinggang, dan retroperitoneum. Kira-kira 20,000 pesakit didiagnosis dengan penyakit IgG4-RD di Amerika Syarikat sahaja. Walaupun pengiktirafannya semakin meningkat, masih terdapat keperluan untuk penyelidikan lanjut dan pilihan terapeutik yang berkesan untuk individu yang menghidap penyakit yang melemahkan ini.

Di seluruh dunia, penggunaan glukokortikoid secara meluas adalah dianggap sebagai standard penjagaan untuk merawat IgG4-RD. Tiada pilihan rawatan yang diluluskan untuk penyakit ini. Walaupun biasa digunakan, glukokortikoid dan terapi pengurangan sel B yang tersedia jarang membawa kepada remisi tanpa rawatan jangka panjang, dan dikaitkan dengan risiko ketoksikan yang tinggi terhadap pesakit ini. Terapi sedemikian juga menjejaskan tindak balas vaksin, termasuk untuk SARS-CoV-2 dan influenza.

Dalam kajian perintis prospektif, label terbuka, cabang tunggal, pusat tunggal untuk menilai keberkesanan dan keselamatan obexelimab dalam rawatan pesakit yang menghid ap IgG4-RD (pendaftaran clinicaltrials.gov NCT02725476), obexelimab menunjukkan peningkatan yang kukuh dalam Indeks Responder IgG4-RD, ukuran aktiviti penyakit, dengan menghalang fungsi sel B, tanpa mengurangkan sel B.

Manuskrip yang diterbitkan, bertajuk “Obexelimab for the Treatment of Patients with IgG4-Related Disease: An Open-Label, Single-Arm, Pilot Study to Evaluate Efficacy, Safety, and Mechanism of Action,” tersedia dalam talian dan akan muncul dalam edisi Ogos The Lancet Rheumatology 2023;5(8) [E428-E429].

Berikut ialah penemuan utama dalam kertas kerja:
  • Obexelimab menghasilkan peningkatan klinikal yang pesat, kuat dan berterusan, termasuk remisi lengkap (Skor 0 Indeks Responder IgG4-RD), dalam kebanyakan pesakit IgG4-RD aktif.
  • Semasa dalam rawatan dengan obexelimab, pengurangan dalam sel B yang beredar, termasuk plasmablast, diperhatikan tanpa bukti kematian sel.
  • Selain itu, pengurangan sel B yang beredar dan pemulihan semula yang cepat kepada paras yang hampir normal selepas pemberhentian rawatan menunjukkan bahawa obexelimab boleh menyebabkan penyerapan sel B dalam organ limfoid atau sumsum tulang.
  • Obexelimab diterima dengan baik. Sebahagian besar kejadian buruk berkaitan rawatan ialah gred 1 atau 2, dengan kejadian buruk yang paling biasa ialah kejadian berkaitan infusi gastrousus, kebanyakannya adalah ringan.
“Penemuan kami adalah langkah penting ke hadapan dalam memahami mekanisme asas Penyakit Berkaitan IgG4; membuka jalan untuk strategi rawatan yang lebih disasarkan,” kata John Stone, MD, MPH, Profesor Perubatan di Harvard Medical School, dan Edward A. Fox Pengerusi dalam Perubatan di Mass General Hospital. “Pasukan kami berbesar hati kerana penyelidikan kami diiktiraf oleh The Lancet Rheumatology, dan kami amat berterima kasih kepada pesakit yang menyertai kajian terobosan ini.”

Perihal Obexelimab

Obexelimab ialah Fasa 3 peringkat penyelidikan, dwifungsi, bukan sitolitik, antibodi monoklonal yang dimanusiakan yang meniru tindakan kompleks antigen-antibodi dengan mengikat CD19 dan FcγRIIb untuk merencat aktiviti sel nasabah B. Dalam beberapa kajian klinikal peringkat awal dalam pelbagai penyakit autoimun, 198 subjek telah dirawat dengan obexelimab. Dalam kajian klinikal peringkat ini, obexelimab berkesan menunjukkan perencatan fungsi sel B tanpa mengurangkan sel, menghasilkan kesan rawatan yang menggalakkan pada pesakit dengan pelbagai penyakit autoimun. Zenas memperoleh hak eksklusif sedunia ke atas obexelimab daripada Xencor, Inc.

Maklumat lanjut tentang kajian Fasa 3 (INDIGO) untuk rawatan Penyakit Berkaitan IgG4 boleh didapati di clinicaltrials.gov: NCT05662241.

Perihal Zenas BioPharma

Zenas BioPharma ialah sebuah syarikat biofarmaseutikal global yang komited untuk menjadi peneraju dalam pembangunan dan pengkomersialan terapi berasaskan imun untuk pesakit di seluruh dunia. Dengan pembangunan dan operasi klinikal di peringkat global, Zenas memajukan portfolio global yang mendalam dan seimbang bagi terapeutik autoimun berpotensi yang pertama dan terbaik dalam kelas dalam bidang keperluan perubatan yang sangat banyak tidak dipenuhi sambil memenuhi keperluan nilai persekitaran penjagaan kesihatan global yang dinamik. Usaha yang sedang dijalankan syarikat terus berkembang melalui strategi pembangunan perniagaan yang berjaya. Pasukan kepimpinan kami yang berpengalaman dan rangkaian rakan kongsi perniagaan memacu kecemerlangan operasi untuk menyampaikan terapi yang berpotensi mengubah untuk meningkatkan kehidupan mereka yang menghadapi penyakit autoimun dan jarang berlaku. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Zenas BioPharma, sila lawati www.zenasbio.com dan ikuti kami di Twitter di @ZenasBioPharma dan LinkedIn. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17338

LIBERTY RESOURCES ACQUISITION CORP. UMUMKAN PELANCARAN LAMAN WEB PERHUBUNGAN PELABUR BAHARU

NEW YORK, 2 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --  Liberty Resources Acquisition Corp. (NASDAQ: LIBY, LIBYU, LIBYW) (“Liberty”), syarikat perolehan tujuan khas, hari ini umumkan kejayaan pelancaran laman web perhubungan pelabur baharu di https://www.liberty-resources.com/.

Laman web perhubungan pelabur menampilkan format yang mudah dinavigasi dan akses diperkemas kepada maklumat pelabur penting, termasuk siaran akhbar syarikat terkini, maklumat sektor dan banyak lagi.

Seperti yang diumumkan sebelum ini, Liberty memeterai perjanjian gabungan perniagaan muktamad berkuat kuasa 15 Disember 2022 yang akan menyebabkan Liberty menjadi anak syarikat milik penuh Liberty Onshore Energy B.V. (“PubCo”). Melalui penstrukturan semula yang kompleks, PubCo akan menjadi syarikat induk gabungan yang terhasil dan dijangka meneruskan penyenaraian di Bursa Saham Nasdaq (“NASDAQ”).

Perihal Liberty Resources Acquisition Corp.

Liberty Resources Acquisition Corp. ialah syarikat cek kosong baru disusun yang ditubuhkan untuk tujuan melaksanakan penggabungan, bursa saham modal, perolehan aset, pembelian saham, penyusunan semula atau gabungan perniagaan yang serupa dengan satu atau lebih perniagaan. Syarikat ini diketuai oleh Dato’ Maznah Binti Abdul Jalil, Ketua Pegawai Eksekutif Liberty, dan Dato’ Khalid bin Hj Ahmad, Ketua Pegawai Kewangan Liberty. Liberty ditaja oleh Liberty Fields, LLC.

Mengenai Caspi Oil Gas LLP

COG ialah pemilik konsesi Rakushechnoye Oil Field, yang terletak di Kazakhstan Barat. Blok Lesen Rakushechnoye terletak di pesisir Laut Caspian di semenanjung Mangyshlak, Kazakhstan Barat. Blok ini meliputi kawasan seluas kira-kira 287 km persegi di barat daya Wilayah Manghystau. Secara geologi, medan ini terletak di dalam lembangan enapan Mangyshlak Selatan dan dua medan terbesar, Zhetybai dan Uzen, yang masing-masing terletak kira-kira 65 kilometer ke utara dan 85 kilometer ke timur laut. COG mempunyai rizab minyak dan gas berkualiti tinggi yang menguntungkan dengan API 47 dan sulfur sifar. Tambahan pula, kepekatan LPG bagi C3 + C4 adalah antara 10% - 12% daripada rizab gas.

Tiada Tawaran atau Pemancingan

Siaran akhbar ini berkaitan dengan cadangan gabungan perniagaan antara Liberty dan Caspi dan bukan pernyataan proksi atau permintaan proksi, persetujuan atau kebenaran berkenaan dengan mana-mana sekuriti atau berkenaan dengan Gabungan Perniagaan yang dicadangkan dan tidak akan membentuk suatu tawaran untuk menjual atau permintaan tawaran untuk membeli sekuriti Liberty dan Caspi, mahu pun akan terdapat apa-apa penjualan bagi mana-mana sekuriti yang sedemikian di mana-mana negeri atau bidang kuasa apabila tawaran, permintaan atau penjualan sedemikian adalah menyalahi undang-undang sebelum pendaftaran atau kelayakan di bawah undang-undang sekuriti negeri atau bidang kuasa tersebut. Tiada penawaran sekuriti boleh dibuat melainkan melalui prospektus yang memenuhi keperluan Seksyen 10 Akta Sekuriti 1933, seperti yang dipinda, atau pengecualian daripadanya.

Peserta yang terlibat dalam Pemancingan

Liberty dan para pengarah dan pegawai eksekutifnya boleh dianggap sebagai peserta yang mahu mendapatkan proksi daripada pemegang sahamnya berhubung dengan gabungan perniagaan. Senarai nama-nama pengarah dan pegawai eksekutif tersebut dan perihalan kepentingan mereka dalam Liberty akan disertakan dalam penyata/prospektus proksi untuk gabungan perniagaan yang dicadangkan apabila tersedia di www.sec.gov. Maklumat tentang pengarah dan pegawai eksekutif Liberty serta pemilikan mereka terhadap saham biasa Liberty dinyatakan dalam prospektus Liberty, bertarikh 3 November 2021, seperti yang diubah suai atau ditambah dengan mana-mana Borang 3 atau Borang 4 yang difailkan dengan SEC sejak tarikh pemfailan tersebut. Maklumat lain mengenai kepentingan peserta untuk mendapatkan proksi akan disertakan dalam penyataan/prospektus proksi yang berkaitan dengan gabungan perniagaan yang dicadangkan apabila ia tersedia. Dokumen ini boleh diperoleh secara percuma daripada sumber yang dinyatakan di atas.

Caspi dan pengarah dan pegawai eksekutifnya juga boleh dianggap sebagai peserta dalam permintaan proksi daripada pemegang saham Liberty berkaitan dengan gabungan perniagaan yang dicadangkan. Senarai nama pengarah dan pegawai eksekutif tersebut dan maklumat mengenai kepentingan mereka dalam gabungan perniagaan yang dicadangkan akan disertakan dalam penyata proksi/prospektus untuk gabungan perniagaan yang dicadangkan.

Pernyataan Peringatan Berkenaan Pernyataan Prospektif

Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan yang membentuk “pernyataan prospektif,” termasuk berkenaan dengan Gabungan Perniagaan yang dicadangkan, dalam pengertian undang-undang sekuriti persekutuan. Pernyataan prospektif mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pernyataan berkenaan dengan produk Caspi, kemungkinan kelulusan kawal selia produk tersebut dan cadangan penggunaannya; Prospek pertumbuhan Caspi dan pasaran sasaran berpotensi Caspi, serta saiz pasaran tersebut; unjuran prestasi kewangan dan operasi Caspi; tawaran produk dan perkhidmatan baharu yang Caspi mungkin akan perkenalkan pada masa hadapan; gabungan perniagaan yang berpotensi, termasuk nilai perusahaan tersirat, struktur pemilikan pasca penutupan yang dijangkakan dan kemungkinan dan keupayaan pihak-pihak untuk berjaya melaksanakan potensi transaksi; kesan dijangkakan daripada pengumuman atau penangguhan gabungan perniagaan yang dicadangkan pada hubungan perniagaan Liberty atau Caspi, prestasi, dan perniagaan secara amnya; dan pernyataan lain mengenai jangkaan, harapan, kepercayaan, niat atau strategi Liberty dan Caspi mengenai masa depan.

Selain itu, apa-apa pernyataan yang merujuk kepada unjuran, ramalan atau pencirian lain bagi peristiwa atau keadaan masa hadapan, termasuk sebarang andaian asas, adalah pernyataan prospektif. Perkataan "jangka," "percaya," "terus," "boleh," "anggaran," "jangka," "berniat," "pandangan," "akan," "rancang," "mungkin," "berpotensi," "ramalkan," "unjuran," "sepatutnya,", "akan" dan ungkapan yang serupa mungkin mengenal pasti pernyataan prospektif, tetapi ketiadaan perkataan ini tidak bermakna bahawa itu bukan pernyataan prospektif. Pernyataan prospektif ialah ramalan, unjuran dan pernyataan lain tentang peristiwa masa hadapan yang berdasarkan jangkaan dan andaian semasa dan, akibatnya, tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian. Anda hendaklah mempertimbangkan dengan teliti risiko dan ketidakpastian yang diterangkan dalam bahagian "Faktor Risiko" bagi mana-mana pernyataan proksi yang berkaitan dengan gabungan perniagaan yang dicadangkan, yang dijangka akan difailkan oleh Liberty dengan SEC, dokumen-dokumen lain yang difailkan oleh Liberty dari semasa ke semasa dengan SEC, dan sebarang faktor risiko yang disediakan untuk anda berkaitan dengan Liberty, Caspi dan transaksi tersebut. Pernyataan prospektif ini melibatkan beberapa risiko dan ketidakpastian (sesetengahnya berada di luar kawalan Liberty dan Caspi), dan andaian lain, yang mungkin menyebabkan keputusan atau prestasi sebenar berbeza secara material berbanding yang dinyatakan atau tersirat oleh pernyataan prospektif ini. Tiada jaminan boleh diberikan bahawa gabungan perniagaan yang dibincangkan di atas akan diselesaikan mengikut terma yang diterangkan, atau sama sekali. Pernyataan prospektif tertakluk kepada pelbagai syarat, kebanyakannya di luar kawalan Liberty, termasuk yang dinyatakan dalam bahagian Faktor Risiko Penyata Pendaftaran dan penyata proksi awal untuk Gabungan Perniagaan yang dicadangkan. Salinan dokumen ini tersedia atau akan tersedia di tapak web SEC, www.sec.gov. Liberty tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini penyata-penyata ini untuk semakan atau perubahan selepas tarikh keluaran ini, kecuali seperti yang dikehendaki oleh undang-undang.

Selain faktor-faktor yang didedahkan sebelum ini dalam laporan Liberty yang difailkan dengan SEC dan yang dikenal pasti di tempat lain dalam komunikasi ini, faktor-faktor berikut, antara lain, boleh menyebabkan keputusan sebenar dan masa kejadian berbeza secara material daripada keputusan yang dijangkakan atau jangkaan lain yang dinyatakan dalam pernyataan prospektif: perubahan dalam perniagaan dalam dan luar negara, pasaran, kewangan, politik dan keadaan undang-undang; ketidakupayaan pihak-pihak untuk melaksanakan gabungan perniagaan yang dicadangkan dengan jayanya atau tepat pada masanya, termasuk risiko bahawa mana-mana kelulusan kawal selia tidak diperoleh, tertunda atau tertakluk kepada syarat yang tidak dijangka yang boleh memberi kesan buruk kepada syarikat gabungan atau faedah yang dijangkakan daripada gabungan perniagaan yang dicadangkan atau bahawa kelulusan pemegang saham Liberty atau Caspi tidak diperoleh; bahawa kelulusan yang diperlukan dari kerajaan Kazakhstan tidak diperoleh; penstrukturan semula Caspi tidak dimuktamadkan atau pemiutang Caspi tidak bersetuju dengan transaksi tersebut; ketidakupayaan untuk melengkapkan tawaran PIPE berkaitan dengan gabungan perniagaan yang dicadangkan; kegagalan untuk merealisasikan faedah yang dijangkakan daripada gabungan perniagaan yang dicadangkan; risiko yang berkaitan dengan ketidakpastian maklumat kewangan yang diunjurkan berkenaan dengan Caspi; jumlah permintaan penebusan yang dibuat oleh pemegang saham Liberty; tahap keseluruhan permintaan minyak dan gas dan keupayaan Caspi untuk menyampaikan produknya ke pasaran global; keadaan ekonomi am dan faktor-faktor lain yang mempengaruhi keyakinan, pilihan dan tingkah laku pengguna; gangguan dan turun naik dalam pasaran mata wang, modal dan kredit global; keupayaan untuk mengekalkan penyenaraian sekuriti Liberty di NASDAQ yang mana ia dipercayai akan menjadi syarikat tersenarai pertama dengan operasinya terutamanya di Kazakhstan; Keupayaan Caspi untuk melaksanakan strategi perniagaannya; perubahan dalam peraturan kerajaan, Pendedahan Caspi kepada tuntutan litigasi dan kontingensi kerugian lain; gangguan dan kesan lain kepada perniagaan Caspi, akibat daripada pandemik global COVID-19 dan tindakan kerajaan serta langkah-langkah sekatan yang dilaksanakan sebagai tindak balas; kestabilan pembekal Caspi, serta permintaan pengguna untuk minyak dan gas, memandangkan wabak penyakit dan kebimbangan berkaitan kesihatan seperti pandemik global COVID-19; kesan trend perubahan iklim global yang mungkin terhadap Caspi dan pembekal dan pelanggannya atau peraturan yang bertujuan untuk mengurangkan perubahan iklim boleh menjejaskan pengeluaran Caspi; Keupayaan Caspi untuk merekrut dan mengekalkan kakitangan yang berkelayakan untuk menyampaikan perkhidmatan mereka; sebarang pelanggaran, atau gangguan dalam, sistem maklumat Caspi; turun naik dalam mata wang asing; perubahan dalam undang-undang dan liabiliti cukai, tarif, undang-undang, peraturan, risiko politik dan ekonomi.

Keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar mungkin berbeza secara material, dan berpotensi memberi kesan buruk, daripada mana-mana unjuran dan pernyataan prospektif dan andaian yang berdasarkan pernyataan prospektif tersebut. Tidak ada jaminan bahawa data yang terkandung di sini mencerminkan prestasi masa depan pada sebarang tahap. Anda diberi amaran agar tidak meletakkan pergantungan yang tidak wajar pada pernyataan prospektif sebagai peramal prestasi masa hadapan sebagai maklumat kewangan yang diunjurkan dan maklumat lain adalah berdasarkan anggaran dan andaian yang sememangnya tertakluk kepada pelbagai risiko, ketidakpastian dan faktor lain yang ketara, yang kebanyakannya di luar kawalan kami. Semua maklumat yang dinyatakan di sini hanya berkenaan pada tarikh ini dalam kes maklumat tentang Liberty dan Caspi atau tarikh maklumat sedemikian dalam kes maklumat daripada orang selain Liberty atau Caspi, dan kami menafikan sebarang niat atau kewajipan untuk mengemas kini sebarang pernyataan prospektif akibat daripada perkembangan yang berlaku selepas tarikh komunikasi ini. Ramalan dan anggaran mengenai industri dan pasaran akhir Caspi adalah berdasarkan sumber yang kami percaya boleh diandalkan, namun tiada jaminan ramalan dan anggaran ini akan terbukti tepat secara keseluruhan atau sebahagian. Angka tahunan, pro forma, unjuran dan anggaran digunakan untuk tujuan ilustrasi sahaja, bukan ramalan dan mungkin tidak menggambarkan keputusan sebenar.

Maklumat Hubungan

Garry Richard Stein
Liberty Resources Acquisition Corp.
Telefon: 1-305-809-7217
info@liberty-resources.com

MZ Group
Shannon Devine
+1-203-741-8811
LIBY@mzgroup.us

SUMBER: Liberty Resources Acquisition Corp.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17336

OAG MEMPEROLEH INFARE DAN MENERIMA PELABURAN BAHARU DARIPADA VITRUVIAN PARTNERS

 Perolehan ini menambah data tambang udara kepada platform kecerdasan OAG yang terkemuka dalam pasaran


LONDON, 3 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- OAG, platform data yang terkemuka di dunia untuk industri perjalanan global, telah memperoleh Infare, penyedia data perjalanan udara pesaing, daripada Ventiga Capital dalam perjanjian yang mempunyai nilai gabungan entiti yang melebihi US$500j. Bersama, OAG dan Infare akan menempuh perjalanan yang mengujakan selepas ini untuk memanfaatkan platform data hujung-ke-hujung yang terkemuka dalam pasaran untuk memenuhi keperluan kecerdasan perjalanan udara dalam misi yang kritikal di seluruh dunia.

Dengan warisan industri yang terkenal, kedua-dua perniagaan berkongsi minat yang mendalam untuk kualiti, ketepatan dan penumpuan kepada pelanggan. Bersama, OAG dan Infare mempunyai peluang yang besar untuk memberi perkhidmatan kepada rakan kongsi syarikat penerbangan dan ekosistem perjalanan yang lebih luas dengan data berkualiti tinggi dan penyelesaian inovatif.

Infare ialah rakan kongsi pilihan untuk syarikat penerbangan yang memerlukan sumber data perjalanan udara pesaing paling berkualiti untuk menyokong pertumbuhan mereka.  Gabungan penyelesaian data sedia ada OAG dengan data tambang udara mewujudkan proposisi yang menarik untuk pelanggan yang boleh mendapat gambaran yang lebih luas tentang penawaran dan permintaan.  Ini membolehkan pelanggan meramal sumber, menilai permintaan perjalanan dan persaingan, dan membina model yang lebih kompleks dan inovatif untuk memacu hasil dan pertumbuhan yang menguntungkan.

Melalui perolehan ini, OAG kini berkembang kepada lebih 300 pekerja di seluruh dunia merentasi 10 pejabat.

Phil Callow, CEO OAG, mengulas:

“Peningkatan dinasmisme dalam perjalanan global dan teknologi meningkatkan keperluan untuk data yang lebih terperinci dan canggih untuk memahami, mengurus dan berkembang dalam industri perjalanan udara.  Perolehan Infare memantapkan keupayaan kami untuk memberikan maklumat yang konsisten dan tepat merentasi rantaian nilai penawaran dan permintaan yang lebih luas.  Bersama, kami mendayakan pelanggan baharu dan sedia ada untuk berkembang maju dan berinovasi dan mendahului rakan sejawat mereka.  Saya teruja untuk mengalu-alukan rakan sekerja Infare ke dalam keluarga OAG.”

Nils Gelbjerg-Hansen, CEO Infare, mengulas:

“Akses kepada data yang menyeluruh dan tepat adalah penting untuk membuat keputusan perniagaan yang bijak.  Syarikat penerbangan bergantung kepada data untuk mendapat gambaran yang berguna tentang tingkah laku pelanggan, arah aliran pasaran dan kecekapan operasi.  Platform teknologi. set data dan perisian kecerdasan kami melengkapi platform OAG dan akan memberi manfaat besar kepada pelanggan kami di seluruh dunia. Kami melihat ini sebagai peluang unik untuk mengembangkan perkhidmatan kami dan memperkenalkan produk inovatif baharu untuk pelanggan kami, kami teruja tentang perjalanan kami bersama pada masa hadapan.”

Kedua-dua pasukan pengurusan akan terus berada dalam Kumpulan ini dan akan mengekalkan pegangan saham, dengan sandaran baharu yang diberikan oleh Vitruvian Partners.

Ben Johnson, Rakan Kongsi di Vitruvian, mengulas:

“OAG dan Infare jelas merupakan peneraju dalam pasaran global mereka masing-masing.  Gabungan ini mewujudkan peluang pertumbuhan tambahan untuk kedua-dua pasukan.  Vitruvian bersedia untuk menyokong syarikat teknologi yang bercita-cita tinggi dan memperbaharui hubungan kami dengan mereka untuk tahun-tahun yang mendatang.”

Niclas Gabrán, Rakan Kongsi Pengurusan di Ventiga Capital Partners, mengulas:

“Kami gembira bekerjasama dengan Nils dan pasukannya untuk membina Infare untuk menjadi penyedia data perjalanan yang terkemuka melalui pertumbuhan organik dan perolehan.  Bab Infare yang seterusnya sebagai sebahagian daripada keluarga OAG tentunya akan mewujudkan peluang pertumbuhan selanjutnya di dalam dan di luar sektor perjalanan udara.”

Tentang OAG

OAG ialah platform data yang terkemuka untuk industri perjalanan global, memperkasakan pertumbuhan dan inovasi dalam ekosistem perjalanan udara sejak 1929.  Ia mempunyai rangkaian maklumat penerbangan yang terbesar di dunia, meliputi seluruh perjalanan daripada perancangan hingga pengalaman pelanggan.  Pelanggan merangkumi syarikat penerbangan, lapangan terbang, pemain teknologi perjalanan, penyedia perkhidmatan penerbangan, agensi kerajaan, institusi kewangan dan perunding.  Beribu pejabat di UK, OAG mempunyai operasi di USA, Singapura, Jepun, China dan Lithuania.  Untuk maklumat lanjut, lawati: www.oag.com dan ikut kami di Twitter @OAG Aviation.

Tentang Infare

Infare ialah penyedia data perjalanan udara pesaing yang terkemuka, memperkasakan syarikat penerbangan untuk membuat keputusan penentuan harga yang berkesan.  Misi Infare adalah untuk menyokong sistem syarikat penerbangan dengan data perjalanan udara pesaing berkualiti tinggi yang dihantar setiap hari, beberapa kali sehari atau secara langsung.  Ditubuhkan dalam tahun 2000 dan beribu pejabat di Copenhagen, Denmark, syarikat ini mempunyai jangkauan global dan beroperasi di seluruh dunia.  Untuk maklumat lanjut, lawati www.infare.com dan ikut kami di LinkedIn.

Tentang Vitruvian Partners

Vitruvian ialah syarikat modal pertumbuhan bebas yang beribu pejabat di London dan beroperasi di seluruh dunia.  Vitruvian menumpukan kepada situasi dinamik yang bercirikan pertumbuhan pesat dan perubahan merentasi industri yang merangkumi teknologi, perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan perniagaan dan pengguna.  Vitruvian adalah antara kumpulan modal terbesar di Eropah yang menyokong syarikat inovatif dengan pertumbuhan yang lebih tinggi.  Vitruvian Funds telah menyokong lebih 90 syarikat dan mempunyai aset di bawah pengurusan €15+ billion.  Pelaburan yang menarik perhatian sehingga kini termasuk peneraju dan inovator pasaran global dalam bidang mereka seperti Skyscanner, Sykes Holiday Cottages, CFC Underwriting, CallCredit, Travel Counsellors, Trustpilot, Farfetch, Just Eat, dan Wise.

Tentang Ventiga Capital Partners

Ventiga ialah pelabur keusahawanan yang berfokuskan pertumbuhan dan bekerja sama dengan usahawan dan pasukan pengurusan yang luar biasa untuk mencapai pertumbuhan yang lestari, menguntungkan dan nilai transformasi melalui pemilikan aktif, berfokus dan bertanggungjawab.  Ventiga melabur dalam syarikat pertumbuhan menguntungkan dengan potensi perkembangan perniagaan yang lebih tinggi, terutamanya dalam bidang perkhidmatan B2B.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Maklumat Hubungan
Pertanyaan Media
pressoffice@oag.com

UK/EMEA /ASPAC
Dom Conolly/ Harvard PR

Amerika Utara
Chrissy Azevedo
Corporate Ink untuk OAG
 
Sumber: OAG

--BERNAMA

Univar Solutions Menyelesaikan Pengambilalihan Perniagaan Lavo Bulk di Kanada

Transaksi ini mengukuhkan kehadiran syarikat di Kanada Timur serta memperluas penyelesaian dan keupayaan kimia yang saling melengkapi untuk...