Thursday, October 7, 2021

TETRATE MENGUMUMKAN KETERSEDIAAN UMUM BAGI LANGGANAN TETRATE ISTIO DAN TETRATE SERVICE BRIDGE DI TEMPAT PASARAN AWS

 Penawaran baharu memperkemas pengerahan dan meningkatkan masa ke nilai bagi pelanggan


SANTA CLARA, Calif., 8 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Tetrate, syarikat jaringan perkhidmatan perusahaan yang dimulakan oleh pengasas Istio untuk menguruskan kerumitan bagi infrastruktur aplikasi awan hibrid moden, mengumumkan ketersediaan bagi Langganan Tetrate Istio (TIS) dan produk utama Tetrate Service Bridge (TSB) di Tempat Pasaran AWS, sebuah katalog digital dengan beribu-ribu senarai perisian daripada vendor perisian bebas dan Rakan Perundingan mereka untuk menjual penyelesaian mereka kepada pelanggan Amazon Web Services (AWS). Tempat Pasaran AWS menjadikannya mudah untuk mencari, membeli, mengguna, dan menguruskan penyelesaian perisian yang berfungsi pada AWS.

Ketersediaan global yang baharu ini membolehkan perolehan dan pengerahan Istio gred perusahaan yang lancar untuk pelanggan. Proses pembelian automatik dan dipercepatkan bagi produk TIS dan TSB Tetrate di Tempat Pasaran AWS memastikan masa ke nilai yang pantas bagi pelanggan yang memanfaatkan penyelesaian Tetrate untuk mendapatkan satu lapisan tambahan bagi keselamatan, ketangkasan perniagaan, dan kesinambungan perniagaan merentasi aplikasi mereka pada persekitaran AWS dan hibrid.

“Pelanggan telah memaklumkan kepada kami bahawa, dalam pemodenan aplikasi mereka dan perjalanan migrasi ke awan, keselamatan rangkaian aplikasi dan kebolehcerapan merentasi pelbagai komponen bagi aplikasi mereka berjalan di dalam kontena dan mesin maya, sama ada di dalam pusat data mereka atau di awan AWS, adalah sangat penting,” kata Deepak Singh, Naib Presiden, Compute Services, AWS. “Tetrate Service Bridge dan Langganan Tetrate Istio kini tersedia di Tempat Pasaran AWS, yang membolehkan pelanggan untuk menyambung, menjamin selamat, dan menguruskan aplikasi merentasi kluster, Awan AWS, dan pusat-pusat data. Ini akan mempercepatkan pemodenan aplikasi dan perjalanan migrasi ke awan bagi pelanggan AWS.”

TIS menawarkan sokongan perusahaan bagi Istio, satu daripada jaringan perkhidmatan tersedia yang paling banyak digunakan. Sokongan itu datang daripada pengasas dan penyelenggara Istio dan Envoy. Dengan ketersediaan Tempat Pasaran AWS, pelanggan mendapat binaan diperiksa oleh huluan Istio dengan pengurusan kitaran hayat jaringan perkhidmatan yang boleh diramalkan serta bantuan daripada pakar terkemuka di dunia untuk menyerapkan jaringan perkhidmatan dengan cekap dan selamat. TIS disokong untuk Amazon Elastic Kubernetes Service (Amazon EKS) dan Amazon EKS Anywhere untuk memudahkan penciptaan, penyebaran dan operasi bagi infrastruktur aplikasi moden.

TSB adalah sebuah platform penyambungan aplikasi yang komprehensif yang menyediakan perusahaan dengan satu cara bersepadu dan konsisten untuk menjamin keselamatan dan menguruskan perkhidmatan dan beban kerja tradisional merentasi persekitaran pengerahan yang kompleks dan heterogen.

Ketersediaan di Tempat Pasaran AWS dibina berdasarkan pengumuman baru-baru ini daripada Tetrate: sokongan TIS untuk Peta Awan AWS dan pelancaran TSB untuk AWS App Mesh, Amazon EKS Distro, Amazon Elastic Container Service Anywhere, dan Amazon EKS Anywhere.

FICO, Jabatan Pertahanan di antara pelanggan dan rakan yang menggunakan produk Tetrate

“Tetrate, melalui Istio dan platform mereka, telah membolehkan penyulitan hujung ke hujung dan kepatuhan PCI untuk beban kerja Amazon EKS kami dan juga membantu meningkatkan kecekapan operasi kami,” kata Jeet Kaul, Naib Presiden Kejuruteraan, FICO.

“Kami bekerjasama dengan Tetrate untuk membantu menjamin keselamatan dan mengoperasikan dengan lancar Platform One dengan Istio. Platform One berfungsi dengan sistem paling kritikal di DoD. Pasukan Tetrate telah menyediakan kepakaran bertaraf dunia, melatih ahli pasukan kami, mengkaji semula kerangka dan konfigurasi platform kami, dan membantu melakukan penyahpepijatan dan peningkatan. Kami mendapat sokongan pengeluaran yang sangat baik untuk menjalankan platform kami dengan lancar, dan kami bergantung kepada mereka dan platform mereka untuk satu lapisan kritikal bagi tindanan kami,” kata Nicolas Chaillan, Ketua Pegawai Perisian, Tentera Udara Amerika Syarikat.

Maklumat mengenai Tetrate

Dimulakan oleh pengasas Istio untuk membayangkan semula rangkaian aplikasi, Tetrate adalah sebuah syarikat jaringan perkhidmatan perusahaan yang menguruskan kerumitan bagi infrastruktur aplikasi awan hibrid moden. Produk utama mereka, Tetrate Service Bridge, menyediakan sebuah platform penyambungan aplikasi pinggir ke beban kerja untuk memberikan kesinambungan, ketangkasan, dan keselamatan perniagaan bagi perusahaan dalam perjalanan daripada monolit tradisional kepada awan. Pelanggan mendapat kebolehcerapan yang konsisten, terbina dalam, keselamatan waktu jalan dan pengurusan trafik di mana-mana persekitaran. Tetrate tetap menjadi sebuah penyumbang utama kepada projek sumber terbuka Istio dan Envoy Proxy. Dapatkan maklumat lanjut di www.tetrate.io.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20211007005209/en/

Hubungi

Annie Fink, Bospar
Annie@bospar.com

Sumber : Tetrate
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


Wednesday, October 6, 2021

MENYELESAIKAN CABARAN PENDERIAAN DAN PERSEPSI KRITIKAL, SERTAI LEDDARTECH DI TIGA ACARA UTAMA ANTARABANGSA PADA BULAN OKTOBER 2021

QUEBEC CITY, Oct. 5 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, peneraju global dalam ADAS Tahap 1-5 dan teknologi penderiaan AD, berasa sukacita untuk meneruskan penyertaannya dalam beberapa acara digital dan secara bersemuka pada bulan Oktober sebagai pempamer dan penyampai. Acara maya dan secara langsung ini akan mempamerkan platform teknologi hujung ke hujung LeddarTech yang menyeluruh, yang mendayakan pelanggan untuk menyelesaikan cabaran penderiaan dan persepsi kritikal merentasi keseluruhan rantaian nilai bagi pasaran automotif dan mobiliti. Penyelesaian yang ditampilkan ini termasuk platform pergabungan penderia dan persepsi LeddarVision™ dan platform pembangunan LiDAR yang cekap kos, boleh skala berdasarkan teknologi LeddarEngine™ berpaten.

“Perkembangan pesat pemanduan berautonomi banyak bergantung pada kerjasama profesional yang bersependapat dan pasukan kami amat teruja untuk membentangkan, mempamerkan, dan menjalinkan rangkaian di acara akan datang ini,” kata Daniel Aitken, Naib Presiden Pemasaran, Komunikasi, dan Pengurusan Produk Global di LeddarTech.

ITS World Congress – 11-15 Oktober (Secara langsung di Hamburg, Jerman)

Menampilkan demonstrasi LeddarTech dalam pemilihan modul ITS LiDAR yang telah digunakan di seluruh dunia.

ITS World Congress ialah acara terbesar dan paling terkemuka dunia yang berfokus pada mobiliti pintar dan pendigitalan pengangkutan. Setiap tahun, acara ini meraikan kemajuan mobiliti pintar sementara mereka menggariskan kepentingan sistem pengangkutan pintar (ITS). Untuk 2021, ITS World akan merangkumi sesi secara langsung, interaktif, dan merangsang minda apabila pakar industri menyampaikan perkembangan terkini dalam ITS, mempamerkan dan mendemonstrasikan teknologi canggih dalam ruang pameran yang luas acara ini. Acara ini juga akan merangkumi lawatan teknikal dan peluang demonstrasi secara langsung.

LeddarTech akan menjadi sebahagian daripada perwakilan Quebec yang aktif bersama Investissement Québec dan Propulsion Québec.

Tarikh: 11-15 Oktober, 2021

Tempat: The Hamburg Messe & Congress Center

Daftar di sini.

Autotech Council Science Fair – 14-15 Oktober (Secara Langsung & Dalam Talian)

Menampilkan demonstrasi LeddarEngine oleh LeddarTech, yang terdiri daripada SoC LCA3, dan perisian pemprosesan isyarat proprietari yang menyampaikan prestasi julat, resolusi dan pengesanan yang diperlukan untuk menyokong tahap pemanduan berautonomi tertinggi untuk pelbagai jenis kenderaan. Juga dipamerkan pada acara ini ialah kenderaan robot pengesanan tepi jalan kami, Wheel-E™, yang menyerlahkan ciri-ciri platform pembangunan LeddarTech.

Annual Science Fair Autotech Council merupakan peluang setahun sekali untuk syarikat teknologi untuk memperkenalkan inovasi mereka kepada eksekutif strategi, R&D, pencarian, dan perkongsian daripada seluruh industri mobiliti. Tahun ini, Science Fair ialah acara dalam talian dwiformat dan di tapak, tempat pembuat kereta, vendor, syarikat permulaan, akademik dan pelabur mempromosikan inovasi, produk dan projek pembangunan bersama dalam format tunjukkan dan beritahu.

Tarikh: 14-15 Oktober, 2021

Tempat: Milpitas (California) & dalam talian

Daftar di sini.

Arm DevSummit – 19-21 Oktober (Maya)

Menampilkan Pierre Olivier, CTO LeddarTech sebagai ahli panel dengan Arm, Continental, dan Amazon

Arm DevSummit 2021 ialah persidangan maya tiga hari yang menyampaikan cerapan berkaitan aliran teknologi terkini dan memberikan peluang kepada peserta peluang untuk meningkatkan kemahiran dalam sesi teknikal dan bengkel amali sambil menyediakan keupayaan untuk berhubung dengan pembangun perisian dan pereka perkakasan yang bersependapat. Pierre Olivier, CTO LeddarTech, akan menyertai ahli panel daripada Arm, Amazon, and Continental untuk perbincangan panel menarik yang melibatkan pakar menawarkan cerapan kepada cara pembuat automobil telah menerima strategi pengkomputeran yang lebih berpusat, menggantikan banyak mikropengawal dan mikropemproses dengan SoC yang sedikit tetapi lebih berkuasa. Dengan pemproses zon ini, kereta benar-benar boleh menjadi ditakrifkan perisian. Perbincangan panel ini akan menerokai transformasi ini sementara berkongsi cabaran dan peluang yang datang dengan membawakan kecerdasan yang lebih fleksibel dan menyeluruh kepada kereta.

Panel ditampilkan: “Buckle Up - The Software-Defined Car Is Here”

Tarikh: 20 Oktober, 2021, 12:00 tgh hari – 12:50 tgh hari EST

Daftar di sini.

Untuk senarai lengkap acara langsung dan maya LeddarTech yang akan datang, sila layari leddartech.com/events.

Perihal LeddarTech

LeddarTech ialah peneraju dalam platform penderiaan persekitaran untuk kenderaan berautonomi dan sistem bantuan pemandu lanjutan. Diasaskan pada tahun 2007, LeddarTech telah berubah menjadi syarikat penderiaan persekitaran hujung ke hujung yang menyeluruh dengan membolehkan pelanggan menyelesaikan cabaran penderiaan dan persepsi kritikal merentasi seluruh rantai nilai bagi segmen pasaran automotif dan mobiliti. Dengan platform pergabungan penderia dan persepsi LeddarVision™ dan penyelesaian pembangunan LiDAR yang mesra kos, boleh skala dan serba boleh miliknya untuk LiDAR berkeadaan pepejal bergred automotif berdasarkan LeddarEngine™, LeddarTech membolehkan penyepadu sistem automotif Peringkat 1-2 untuk membangunkan penyelesaian penderiaan tindanan penuh untuk autonomi tahap 1 hingga 5. Penyelesaian ini dikerahkan secara aktif dalam penggunaan kenderaan ulang-alik, trak, bas, kenderaan penghantaran, bandar/kilang pintar dan roboteksi berautonomi. Syarikat ini bertanggungjawab untuk beberapa inovasi dalam aplikasi penderiaan jauh automotif dan mobiliti yang canggih, dengan lebih 100 teknologi berpaten (diluluskan atau menunggu kelulusan) meningkatkan keupayaan ADAS dan pemanduan berautonomi.

Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh diakses di www.leddartech.com, dan pada LinkedIn, Twitter, Facebook, dan YouTube.

Maklumat Hubungan:
Daniel Aitken, Naib Presiden, Pemasaran, Komunikasi, dan Pengurusan Produk Global, LeddarTech Inc.
Tel.: + 1-418-653-9000 samb. 232
daniel.aitken@leddartech.com

Leddar, LeddarTech, LeddarSteer, LeddarEngine, LeddarVision, LeddarSP, LeddarCore, VAYADrive, VayaVision, dan logo berkaitan ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar LeddarTech Inc. dan subsidiarinya. Semua jenama, nama produk dan tanda lain ialah atau mungkin ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar yang digunakan untuk mengenal pasti produk atau perkhidmatan pemilik masing-masing.
 
Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/70d41a88-ac06-4e91-86ff-03bbaa381ebf/ms 
 

Sumber: LeddarTech inc. 

--BERNAMA

Tuesday, October 5, 2021

DELPHIX INDIA MELEBIHI 100 PEKERJA DALAM MASA DUA TAHUN

Syarikat Terus Menggaji untuk Beberapa Peluang Kepimpinan

BENGALURU, India, 6 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Delphix, syarikat data peneraju industri untuk DevOps, hari ini mengumumkan syarikat telah melepasi 100 pekerja di India, hanya dua tahun selepas melancarkan Pusat R&D canggih di NCR. Syarikat ini terus menggaji secara agresif, walaupun tatkala pandemik dan kini mempunyai lebih daripada 30 jawatan kosong pada peringkat Pengarah dan Senior di Kejuruteraan, Pemasaran, dan IT.

“Kami telah melancarkan pusat R&D kejuruteraan India kami pada tahun 2019 untuk menyokong inovasi dan pertumbuhan. Kami beruntung kerana adanya individu berbakat di negara ini menyertai pasukan kami,” kata Jedidiah Yueh, CEO Delphix.

Pekerja Delphix di India telah merintis beberapa inovasi utama syarikat, termasuk projek kejuruteraan utama untuk menyepadukan Oracle, SAP S/4HANA, Salesforce, SQL Server, Postgres, MongoDB, dan lain-lain.

“Modal intelektual pasukan jurutera kami di India tiada tandingannya. Saya tidak sabar untuk meneruskan momentum ini dan terus mengembangkan kehadiran kita di seluruh negara,” kata Vijay Anthony Sebastian, Pengarah Urusan, India.

Pasukan Sumber Manusia syarikat juga telah dinamakan sebagai pemenang Anugerah Stevie® Gangsa dalam kategori “HR Team of The Year” di American Business Awards® Tahunan ke-19. Anugerah ini mengiktiraf usaha pasukan untuk membawa syarikat daripada “bertahan kepada berkembang maju” semasa pandemik.

“Apabila pandemik menjejaskan hampir 40% daripada pekerja kita di India, beban kerja ini dikongsikan dengan rantau lain, tempoh masa rehat yang panjang akan diberikan untuk mereka yang terjejas dan pasukan tugas teras interim terbentuk untuk membantu dan menyokong pekerja yang menghadapi kesukaran. Kami juga mewujudkan dasar utamakan jarak jauh untuk pekerja berpangkalan di India kami,” kata Jason Binder, Naib Presiden Warga di Delphix.

Delphix baru-baru ini mengumumkan peningkatan dalam kadar kepelbagaian pekerja keseluruhannya daripada 29.5% dalam Q4FY21 kepada 31.7% dalam Q1FY22, pertumbuhan melebihi 2% sepanjang suku tahun lepas. Wanita membentuk hampir suku tenaga kerja. Syarikat juga menyaksikan peningkatan dalam tenaga kerja wanita daripada 22.8% dalam Q4FY21 kepada 24.7% dalam Q1FY22, pertumbuhan hampir 2% berbanding suku tahun lalu.

Pada awal tahun ini, syarikat mengumumkan kadar pertumbuhan tahunannya meningkat sehingga melebihi 85% untuk tahun fiskal yang berakhir pada Januari 2021 berbanding tahun sebelumnya, memasukkannya ke dalam keberuntungan bukan GAAP. Pelanggan Delphix kini merangkumi 24 daripada syarikat Fortune 100, tujuh daripada 10 bank teratas di Amerika Utara, lima daripada 10 syarikat telekomunikasi terkemuka di dunia, dan lebih 60 pembekal insurans dan kesihatan.

Perihal Delphix
Delphix ialah syarikat data yang peneraju industri bagi DevOps.

Data adalah penting untuk menguji pelancaran aplikasi, pemodenan, penggunaan awan dan program AI/ML. Kami menyediakan platform data DevOps berautomasi untuk semua aplikasi perusahaan. Delphix menopengkan data untuk pematuhan privasi, melindungi data daripada perisian tebusan, menyampaikan data yang berkesan dan dimayakan untuk CI/CD.

Platform kami merangkumi API DevOps penting untuk peruntukan, muat semula, gulung semula, penyepaduan dan kawalan versi data. Syarikat terkemuka, termasuk Choice Hotels, J.B.Hunt, dan Fannie Mae, menggunakan Delphix untuk mempercepat transformasi digital. Untuk maklumat lanjut, lawati www.delphix.com atau ikuti kami pada LinkedIn, Twitter, dan Facebook. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15073

ADC MEMPEROLEHI PINPOINT SOFTWARE, MENERUSKAN LANGKAH UNTUK MEMPERLUASKAN PLATFORM OPERASI KEDAI TOTAL

 Pemerolehan melampaui pengurangan sisa makanan dan memacukan kelestarian bagi berusaha membantu peruncit dalam usaha mereka untuk menjadi lebih berjana semula.



TAMPA, Fla., 6 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Applied Data Corporation (ADC), peneraju pasaran global bagi platform operasi kedai total yang berasaskan SaaS mereka yang dibina untuk peruncit, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memeterai satu perjanjian untuk memperolehi Pinpoint Software, Inc., sebuah penyedia bagi penyelesaian perisian yang memacukan kecekapan operasi dan pelaksanaan untuk pekedai runcit dan peruncit lain, termasuk platform pengurusan tarikh luput yang terkemuka di dunia, Date Check Pro®. Pemerolehan itu adalah satu penambahan yang sangat strategik kepada portfolio ADC yang termasuk platform pengurusan item segar ADC, FreshIQ®, dan platform pemenuhan mengatur secara terperinci, ShopperKit, dan akan menghasilkan di dalam satu penyelesaian yang bukan sahaja dapat mengurangkan sisa makanan dan menyampaikan jualan yang lebih tinggi, tetapi akhirnya melampaui kelestarian kepada satu pendekatan yang lebih berjana semula untuk peruncit.

Bagi kebanyakan pihak di dalam ruang peruncitan global, sisa makanan menjadi satu kebimbangan utama yang memberi impak kepada paras keuntungan. Oleh kerana makanan terbuang adalah item nombor satu yang masuk ke tapak pelupusan sampah dan menyumbang kepada pelepasan gas rumah hijau atau GHG, adalah menjadi kepentingan bagi semua pihak untuk mengatasi masalah ini secara langsung. ADC dan Pinpoint berkongsi satu visi yang digabungkan untuk melengkapkan peruncit dengan peranti yang diperlukan bagi memacukan hasil kelestarian melalui penggabungan pengkuantitian, analisis, dan tindakan.

“Trajektori ADC sebagai sebuah platform operasi kedai total terus berkembang untuk memenuhi keperluan peruncit di pasaran yang mengembang pada hari ini,” kata Shamus Hines, Ketua Pegawai Eksekutif bagi ADC. “Pinpoint membantu peruncit secara proaktif mengesan inventori tarikh luput merentasi kedai dan bekerjasama dengan pembeli untuk mengurangkan sisa makanan.” Hines menambah, “Sebagai sebuah syarikat, kami komited untuk meningkatkan semua operasi kedai bagi peruncit makanan. Dengan minat pengguna yang tinggi terhadap kelestarian, peruncit berhadapan dengan cabaran untuk mengurangkan sisa makanan dan pada masa yang sama memacukan jualan, dan di situlah ADC dan Pinpoint turut memainkan peranan.”

Selama hampir tiga dekad, ADC telah menjadi sebuah penyedia yang dipercayai kepada lebih 20,000 lokasi kedai runcit dan kedai serbaneka. Platform SaaS syarikat itu bagi penyelesaian runcit yang disesuaikan dengan industri sudah termasuk pemenuhan mengatur secara terperinci, pengurusan resipi, dibuat mengikut pesanan, percetakan label, pengurusan inventori dan sisa, kebolehkesanan makanan, perancangan pengeluaran, pesanan, dan pemantauan suhu. Dengan penambahan Date Check Pro dari Pinpoint, ADC akan dapat menawarkan pengurangan tambahan di dalam pengecutan daripada produk yang telah luput tempoh dan juga meningkatkan kepuasan pelanggan.

Andrew Hoeft, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Pinpoint berkata, “Di Pinpoint, kami selalu mempercayai dalam memacukan kecekapan dan memastikan pengalaman membeli-belah yang paling segar bagi pelanggan. ADC bermula dalam Kesegaran dan mempunyai keyakinan di dalam membantu peruncit mengurangkan sisa. Digabungkan dengan penekanan kami yang dikongsi bersama terhadap penerimaan pengguna dengan penyelesaian yang mudah untuk digunakan dan dipelajari, bergabung dengan ADC adalah satu perkongsian yang sempurna. Dengan menggabungkan pengetahuan dan penyelesaian pasukan kami, kami akan terus berusaha melakukan lebih daripada apa yang dibenarkan bagi teknologi operasi runcit.”

Dengan pemerolehan ini, usaha akan segera dimulakan terhadap satu penyatuan di antara platform itu dalam beberapa minggu akan datang, laman web ADC akan dipertingkatkan untuk menunjukkan ruang lingkup sepenuhnya bagi gabungan syarikat itu.

Maklumat mengenai Applied Data Corporation

Selama lebih 30 tahun, ADC telah menjadi sebuah inovator teknologi makanan. Platform kami, FreshIQ® dan ShopperKit, menawarkan kepada peruncit dengan satu pendekatan saluran pelbagai arah kepada operasi keseluruhan kedai. FreshIQ membolehkan peruncit untuk merancang, menyiapkan, menganalisis, dan menyampaikan dengan efektif barang makanan segar yang diinginkan oleh pembeli. Platform ShopperKit membolehkan pemenuhan pesanan di kedai bagi peruncit untuk menerima, mengutamakan, dan memproses pesanan daripada rakan dalam talian mereka yang membolehkan peniaga untuk menawarkan perkhidmatan pengambilan atau penghantaran di kedai kepada pelanggan dalam talian mereka. Produk ADC digunakan di seluruh dunia di lebih 120 rantaian kedai runcit dan kedai serbaneka dan lebih daripada 20,000 lokasi. Layari www.applieddatacorp.com  untuk mengetahui lebih lanjut.

Maklumat mengenai Pinpoint

Pinpoint Software, Inc. adalah syarikat induk di belakang Date Check Pro. Ditubuhkan pada tahun 2011 dan berpusat di komuniti teknologi yang berkembang pesat dan hab teknologi barang runcit di Madison, WI, Date Check Pro bermula ketika pengasasnya Andrew Hoeft berupaya menyelesaikan masalah berhubung penyusutan yang telah luput tempoh. Hari ini, kami membantu lebih satu ribu lokasi pasar raya, kedai runcit, dan kedai serbaneka di seluruh dunia menghapuskan kerugian mereka daripada produk yang sudah lapuk dan tamat tempoh serta menyediakan produk dan pengalaman yang lebih baik bagi pembeli mereka.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20211005005211/en/

Hubungi

Abby Sandbach
720.341.6354
abby.sandbach@applieddatacorp.com


Sumber : Applied Data Corporation

MENYELESAIKAN CABARAN PENDERIAAN DAN PERSEPSI KRITIKAL, SERTAI LEDDARTECH DI TIGA ACARA UTAMA ANTARABANGSA PADA BULAN OKTOBER 2021

QUEBEC CITY, Oct. 5 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, peneraju global dalam ADAS Tahap 1-5 dan teknologi penderiaan AD, berasa sukacita untuk meneruskan penyertaannya dalam beberapa acara digital dan secara bersemuka pada bulan Oktober sebagai pempamer dan penyampai. Acara maya dan secara langsung ini akan mempamerkan platform teknologi hujung ke hujung LeddarTech yang menyeluruh, yang mendayakan pelanggan untuk menyelesaikan cabaran penderiaan dan persepsi kritikal merentasi keseluruhan rantaian nilai bagi pasaran automotif dan mobiliti. Penyelesaian yang ditampilkan ini termasuk platform pergabungan penderia dan persepsi LeddarVision™ dan platform pembangunan LiDAR yang cekap kos, boleh skala berdasarkan teknologi LeddarEngine™ berpaten.

“Perkembangan pesat pemanduan berautonomi banyak bergantung pada kerjasama profesional yang bersependapat dan pasukan kami amat teruja untuk membentangkan, mempamerkan, dan menjalinkan rangkaian di acara akan datang ini,” kata Daniel Aitken, Naib Presiden Pemasaran, Komunikasi, dan Pengurusan Produk Global di LeddarTech.

AUSTRALIA BERJAYA BERSIARAN SECARA LANGSUNG DENGAN PLATFORM AMARAN AWAM EVERBRIDGE KE SELURUH NEGARA, MERUPAKAN PELANCARAN RASMI BAGI SISTEM AMARAN PENDUDUK NEGARA GENERASI SETERUSNYA BAGI KERAJAAN AUSTRALIA

Australia Berjaya Bersiaran secara Langsung Dengan Platform Amaran Awam Everbridge ke Seluruh Negara (Grafik: Business Wire)


· Everbridge menjanakan sistem Amaran Kecemasan Australia, dengan menyediakan amaran ke seluruh penduduk untuk memaklum dan melindungi 34 juta orang penduduk dan pelawat tahunan ke benua itu (sebaik sahaja pintu sempadan dibuka semula)

· Penyebaran langsung bagi sistem amaran kebangsaan Australia memperkuatkan kepimpinan Everbridge di dalam penyelesaian Amaran Awam, dengan kontrak luas di seluruh negara merentasi rantau Amerika, EMEA, dan APAC, yang berupaya untuk menjangkau lebih 2 bilion warga dan pelancong di seluruh dunia

SYDNEY, 5 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Everbridge, Inc. (NASDAQ: EVBG), peneraju dunia di dalam pengurusan acara kritikal (CEM) dan penyelesaian Amaran Awam kebangsaan, hari ini mengesahkan bahawa Kerajaan Australia secara rasmi telah melancarkan sistem amaran penduduk Amaran Keemasan mereka yang baharu, yang dikuasakan oleh Everbridge.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20211004005968/en/

Semua negeri dan wilayah Australia kini boleh mengadakan siaran langsung di Amaran Awam Everbridge berikutan satu tempoh pelaksanaan projek yang komprehensif. Everbridge akan menyertai pegawai-pegawai Kerajaan Australia pada minggu ini untuk membincangkan mengenai sistem amaran kebangsaan dan amalan terbaik Amaran Awam di Persidangan Kebingkasan Bencana Australian dan di Persidangan & Pameran Maya AFAC21.

AUSTRALIA BERJAYA BERSIARAN SECARA LANGSUNG DENGAN PLATFORM AMARAN AWAM EVERBRIDGE KE SELURUH NEGARA, MERUPAKAN PELANCARAN RASMI BAGI SISTEM AMARAN PENDUDUK NEGARA GENERASI SETERUSNYA BAGI KERAJAAN AUSTRALIA

MENARA KAWALAN DATA DELPHIX MENCAPAI PEMATUHAN SOC 2 JENIS 1

Laporan Mengesahkan Protokol Keselamatan bagi Keupayaan Penopengan, Pematuhan, dan SaaS Delphix

REDWOOD CITY, Calif., 4 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --
 Delphix, syarikat data peneraju industri untuk DevOps, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah berjaya melengkapkan pemeriksaan Sistem Jenis 1 dan Kawalan Organisasi (SOC) 2 untuk Menara Kawalan Data Delphix (DCT). Pemeriksaan yang dilakukan oleh Schellman & Company, LLC (Schellman), mendapati Delphix telah mereka bentuk kawalan dengan sesuai untuk memenuhi kriteria SOC 2 untuk Kategori Perkhidmatan Keselamatan, Ketersediaan dan Kepercayaan Kerahsiaan setakat 31 Julai, 2021.

“Dengan ancaman perisian tebusan yang semakin meningkat, keselamatan dan kepercayaan data adalah wajib dalam persekitaran perniagaan hari ini,” kata Douglas Barbin, Managing Principal di Schellman. “Pemeriksaan SOC 2 Jenis 1 menunjukkan komitmen Delphix kepada pelanggannya dan keselamatan serta pematuhan mereka.”

Laporan SOC 2 ialah laporan pengakusaksian yang menyatakan pendapat tentang kawalan pada organisasi yang berkaitan dengan keselamatan, ketersediaan, dan kerahsiaan sistem atau perkhidmatan. Laporan Jenis 1 mengakusaksi kepada reka bentuk dan pelaksanaan kawalan organisasi setakat tarikh semakan.

Menara Kawalan Data Delphix menyediakan titik akhir API tunggal yang mendayakan pasukan untuk mengautomasikan pelbagai operasi data yang rumit dan kritikal, termasuklah mengurus data aplikasi perusahaan secara pusat dengan antara muka SaaS, menyampaikan data ujian melalui API, dan mencari dan menopengkan data sensitif untuk persekitaran ujian yang patuh bagi mengautomasikan rangkaian CI/CD dengan selamat. Syarikat telah membina rangka kerja kawalan yang kukuh untuk memenuhi komitmen keselamatan, ketersediaan dan kerahsiaan yang dibuat kepada pelanggan.

“Peningkatan serangan siber telah menyebabkan keselamatan diutamakan. Pengakusaksian mengesahkan dengan lebih lanjut kekukuhan dan kepatuhan protokol keselamatan kami,” kata Pritesh Parekh, Ketua Pegawai Kepercayaan & Keselamatan, Naib Presiden Kejuruteraan di Delphix. “Memandangkan lebih banyak perusahaan menjadi syarikat data, kami komited untuk menyediakan penyelesaian data yang terbaik dan paling selamat untuk DevOps.”

Pada awal tahun ini, syarikat telah mengumumkan bahawa Platform Data DevOps Delphix telah mencapaipenyepaduan disahkan SAP dengan SAP NetWeaver® dan SAP S/4HANA®. Delphix juga mengeluarkan keupayaan pematuhan data baharu yang membantu pelanggan Salesforce membuka kunci nilai strategik data Salesforce® sambil mengekalkan pematuhan privasi data.

Perihal Delphix
Delphix ialah syarikat data yang peneraju industri bagi DevOps.

Data adalah penting untuk menguji pelancaran aplikasi, pemodenan, penggunaan awan dan program AI/ML. Kami menyediakan platform data DevOps berautomasi untuk semua aplikasi perusahaan. Delphix menopengkan data untuk pematuhan privasi, melindungi data daripada perisian tebusan, menyampaikan data yang berkesan dan dimayakan untuk CI/CD.

Platform kami merangkumi API DevOps penting untuk peruntukan, muat semula, gulung semula, penyepaduan dan kawalan versi data. Syarikat terkemuka, termasuk UKG, Choice Hotels, J.B.Hunt, dan Fannie Mae, menggunakan Delphix untuk mempercepat transformasi digital. Untuk maklumat lanjut, lawati www.delphix.com atau ikuti kami di LinkedIn, Twitter, dan Facebook. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15060

Univar Solutions Menyelesaikan Pengambilalihan Perniagaan Lavo Bulk di Kanada

Transaksi ini mengukuhkan kehadiran syarikat di Kanada Timur serta memperluas penyelesaian dan keupayaan kimia yang saling melengkapi untuk...