Tuesday, October 5, 2021

TDCX MENGUMUMKAN PENENTUAN HARGA BAGI TAWARAN AWAM PERMULAAN

SINGAPURA & NEW YORK, 1 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- TDCX Inc. (“TDCX” atau “Syarikat” itu), sebuah penyedia penyelesaian pengalaman pelanggan digital dengan pertumbuhan tinggi bagi syarikat-syarikat perdana dan teknologi, hari ini mengumumkan penentuan harga bagi tawaran awam permulaan mereka bagi 19,358,957 Saham American Depositary (“ADS”) . Setiap ADS mewakili satu saham biasa Kelas A, pada satu harga kepada orang awam sebanyak AS$18 bagi setiap ADS.

TDCX memberi pilihan kepada penaja jamin dengan satu pilihan 30 hari untuk membeli sehingga 2,903,843 ADS tambahan pada harga penawaran awam permulaan, ditolak diskaun dan komisen pengunderaitan. Hasil kutipan kasar bagi penawaran itu dijangka sekitar AS$401 juta sekiranya penaja jamin memilih untuk menggunakan opsyen terlebih perumpukan mereka sepenuhnya.

Saham tersebut dijangka mula didagangkan di Bursa Saham New York pada 1 Oktober 2021 di bawah simbol “TDCX”. Penawaran itu dijangka ditutup pada 5 Oktober 2021, tertakluk kepada syarat penutupan lazim yang memuaskan.

TDCX berhasrat untuk menggunakan hasil bersih daripada penawaran ini untuk membayar balik jumlah tertunggak di bawah satu kemudahan kredit pinjaman berjangka yang bergabung dengan Credit Suisse dan tujuan membiayai korporat am.

Goldman Sachs & Co. LLC dan Credit Suisse Securities (AS) LLC bertindak sebagai penaja jamin bersama bagi penawaran tersebut.

Tawaran awam permulaan itu dibuat hanya melalui kaedah sebuah prospektus. Apabila tersedia, salinan bagi prospektus akhir itu boleh diperoleh dari:

Goldman Sachs & Co. L.L.C.
200 West Street
New York, NY 10282-2198
Perhatian: Jabatan Prospektus (1-866-471-2526)
E-mel: prospectus-ny@gs.com

Credit Suisse Securities (AS) L.L.C.
6933 Louis Stephens Drive
Morrisville, NC 27560
Perhatian: Jabatan Prospektus (1-800-221-1037)
E-mel: usa.prospectus@credit-suisse.com

Satu penyata pendaftaran yang berkaitan dengan sekuriti ini telah dikemukakan dengan, dan diisytihar berkuat kuasa oleh, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa pada 30 September 2021. Siaran akhbar ini bukan merupakan satu tawaran untuk menjual atau permintaan untuk satu tawaran untuk membeli, dan juga tidak akan ada sebarang penjualan sekuriti itu di mana-mana negeri atau bidang kuasa di mana satu tawaran, permintaan atau penjualan tersebut adalah tidak sah sebelum pendaftaran atau kelayakan di bawah undang-undang sekuriti bagi negeri atau bidang kuasa tersebut.

Maklumat mengenai TDCX

TDCX adalah sebuah penyedia penyelesaian pengalaman pelanggan digital dengan pertumbuhan tinggi bagi syarikat-syarikat perdana dan teknologi berinovatif yang lain. Syarikat itu menawarkan penyelesaian CX saluran pelbagai arah, perkhidmatan jualan dan pemasaran digital dan perkhidmatan pemantauan dan penyederhanaan kandungan. Syarikat itu mempunyai satu rekod perkhidmatan bagi kejayaan dengan pelanggan di dalam pelancongan dan perhotelan, pengiklanan digital dan media, barang pengguna yang bergerak pantas, teknologi, perkhidmatan kewangan, fintech, organisasi kerajaan dan bukan kerajaan, permainan, e-dagang dan pendidikan. TDCX mempunyai sebuah kehadiran antarabangsa dengan pejabat di Singapura, Filipina, Malaysia, Thailand, China, Jepun, Sepanyol, India, Colombia dan Romania, dan melayani pelanggan mereka di peringkat global dalam lebih 20 bahasa. TDCX telah memenangi lebih 270 anugerah.

Kenyataan yang Berpandangan ke Hadapan

Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan yang berpandangan ke hadapan. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan termasuk semua kenyataan yang bukan berbentuk fakta sejarah. Dalam kes tertentu, anda boleh mengenal pasti kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini dengan penggunaan perkataan seperti “pandangan,” “percaya,” “mengharapkan,” “berpotensi,” “terus,” “mungkin,” “akan,” “seharusnya,” “boleh,” “mencari,” “meramalkan,” “berhasrat,” “arah aliran,” “merencanakan,” “anggaran,” “menjangka” atau versi negatif bagi perkataan ini atau perkataan lain yang sebanding. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini termasuk mana-mana kenyataan mengenai jangkaan permulaan untuk perdagangan bagi saham biasa Kelas A Syarikat itu, penutupan tawaran awam permulaan bagi Syarikat itu dan jangkaan penggunaan daripada hasil bersih yang diterima oleh Syarikat itu daripada penawaran tersebut. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan tersebut adalah tertakluk kepada pelbagai risiko dan ketidakpastian. Sewajarnya, terdapat atau akan ada faktor penting yang boleh menyebabkan keputusan atau hasil yang sebenarnya untuk berbeza secara material daripada yang ditunjukkan di dalam kenyataan ini. Faktor-faktor ini termasuk tetapi tidak terhad kepada faktor-faktor yang dijelaskan di bawah “Faktor Risiko” di dalam penyata pendaftaran Syarikat itu yang berkaitan dengan tawaran awam permulaan. Faktor-faktor ini tidak boleh ditafsirkan sebagai lengkap dan harus dibaca  bersama dengan kenyataan amaran lain yang termasuk di dalam penyata pendaftaran itu. TDCX tidak berkewajiban untuk mengemas kini atau menyemak mana-mana kenyataan yang berpandangan ke hadapan secara terbuka, sama ada hasil daripada maklumat baharu, perkembangan masa depan atau sebaliknya, kecuali sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20210930006054/en/

Hubungi

Media:
TDCX
Eunice Seow
+65 8432 8388
eunice.seow@tdcx.com 

Pelabur:
TDCX
Jason Lim
+65 9799 6550
lim.jason@tdcx.com

Sumber : TDCX INC.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

Monday, October 4, 2021

MARY KAY INC. BERPADU TENAGA DENGAN EQUAL RIGHTS TRUST UNTUK MERINTIS PENYELIDIKAN MENGENAI KETIDAKSAMAAN GENDER DALAM ALGORITMA DAN KECERDASAN BUATAN




DALLAS, 4 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Mary Kay Inc., sebuah pemimpin dunia di dalam pemerkasaan wanita, hari ini mengumumkan satu perkongsian dengan Equal Rights Trust (ERT), sebuah organisasi di mana misi mereka adalah untuk menghapuskan semua bentuk diskriminasi dan memastikan setiap orang dapat mengambil bahagian di dalam masyarakat pada asas yang sama rata. Diwujudkan pada tahun 2007, Trust itu bekerjasama untuk memajukan persamaan melalui undang-undang di seluruh dunia. Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, Mary Kay Inc. akan membantu ERT memulakan langkah terhadap satu bidang penyelidikan yang berinovatif mengenai kecerdasan buatan dan algoritma melalui lensa yang berasaskan gender.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: 
https://www.businesswire.com/news/home/20211004005308/en/

“Sebagai sebuah syarikat yang diasaskan pada misi untuk memperkayakan kehidupan wanita di mana sahaja, Mary Kay sentiasa mencari organisasi yang kita dapat wujudkan jalinan kerjasama untuk memberi impak kepada kesamaan gender di seluruh dunia,” kata Julia Simon, Ketua Pegawai Undang-undang dan Ketua Pegawai Kepelbagaian bagi Mary Kay Inc. “Kami sangat gembira untuk menyokong Equal Rights Trust di atas usaha mereka untuk membantu memajukan kesamaan dengan mereka bentuk dan seterusnya menempa jalan ke hadapan untuk bekerjasama dengan sektor swasta. Usaha kami dengan ERT secara khusus memberi tumpuan kepada merangka landskap baharu bagi kecerdasan buatan dan kesamaan gender, satu kebimbangan yang semakin meningkat di dalam era digital.”

Sokongan Mary Kay kepada ERT akan mempelopori satu bidang baharu bagi penyelidikan  mengenai impak diskriminasi terhadap sistem algoritma. ERT telah membangun dan menggalakkan model bagi penilaian impak kesamaan, yang menganjurkan satu pendekatan “kesamaan mengikut reka bentuk” dalam membuat keputusan awam dan swasta sebagai satu kaedah untuk memastikan penyertaan yang mempunyai kesamaan dan tidak mempunyai diskriminasi. Satu keutamaan langsung adalah untuk melancarkan satu inisiatif untuk mewujud dan menangani impak diskriminasi yang muncul bagi pembuatan algoritma, khususnya yang berkaitan dengan gender.

“Penggunaan algoritma dan kecerdasan buatan semakin merebak,” kata Ariane Adam, Timbalan Pengarah bagi Equal Rights Trust. “Teknologi ini dengan pantas menjadi bahagian penting di dalam analisis, komunikasi, dan bahkan infrastruktur undang-undang bagi masyarakat kita. Walaupun percambahan global bagi sistem itu, kita baharu sahaja mula memahami kepincangan, kekurangan, dan batasan bagi pembuatan keputusan algoritma, terutama di dalam perkara berhubung diskriminasi. Kami sangat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Mary Kay bagi memberikan penerangan mengenai potensi impak diskriminasi dalam menggunakan teknologi tersebut, khususnya bagi wanita.”

Penyampaian bagi inisiatif itu boleh dibahagikan kepada tiga fasa:
  • Fasa 1: penyelidikan mengenai munculnya impak yang berdiskriminasi bagi penggunaan pembuatan keputusan algoritma di dalam bidang pekerjaan, akses kepada pinjaman, dan akses kepada perumahan, termasuk satu tumpuan kepada impak wanita sebagai sebuah kumpulan yang sangat terdedah kepada diskriminasi dalam konteks ini .
  • Fasa 2: keterlibatan dengan pelbagai pelaku untuk membangunkan strategi advokasi untuk menggesa bagi satu kesamaan dengan pendekatan reka bentuk di dalam reka bentuk, pengembangan, pengeluaran dan pemantauan bagi teknologi AI.
  • Fasa 3: terlibat dengan pelaku antarabangsa, serantau dan kebangsaan untuk menetapkan standard yang mewajibkan satu persamaan dengan pendekatan reka bentuk.
Perkongsian itu dengan Equal Rights Trust adalah merupakan inisiatif terbaharu yang disokong oleh Mary Kay pada tahun 2021 untuk menyokong bagi kesamaan gender di mana sahaja. Selama hampir 60 tahun, Mary Kay telah komited untuk memperkasakan wanita dan keluarga mereka dengan menjalin perkongsian dengan organisasi dari seluruh dunia.

MAKLUMAT MENGENAI EQUAL RIGHTS TRUST

Equal Rights Trust adalah sebuah organisasi bukan kerajaan antarabangsa yang bebas yang wujud untuk menghapuskan diskriminasi dan memastikan semua orang dapat mengambil bahagian di dalam masyarakat mengikut asas yang sama rata. Untuk mencapai misi ini, ia bekerja dalam perkongsian dengan pejuang kesamaan – organisasi masyarakat sivil (CSO), peguam, wakil kerajaan, dan pihak lain yang komited untuk menggunakan undang-undang bagi mewujudkan sebuah dunia yang sama rata – memberikan mereka dengan sokongan teknikal, strategik dan praktikal yang mereka perlukan untuk berusaha bagi penerapan dan pelaksanaan undang-undang kesaksamaan yang komprehensif. Sejak tahun 2007, ia telah menyokong pejuang kesamaan di hampir 50 buah negara, dan pada masa yang sama membangunkan konsensus di peringkat antarabangsa mengenai perlunya dan kandungan bagi undang-undang kesamaan yang komprehensif. Ketahui maklumat lanjut di equalrightstrust.org

MAKLUMAT MENGENAI MARY KAY

Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikannya 58 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: membangunkan peluang-peluang yang berbaloi untuk wanita, menawarkan produk-produk yang sangat menarik dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan persendirian di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna, makanan tambahan dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dan keluarga mereka dengan bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia, dengan memberi tumpuan kepada menyokong penyelidikan kanser, melindungi mangsa yang terselamat daripada penderaan rumah tangga, mencantikkan komuniti kita, dan mendorong anak-anak untuk mengejar impian mereka. Visi asal Mary Kay Ash terus bersinar — selangkah demi selangkah. Ketahui maklumat lanjut di marykayglobal.com 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15066

MEMULAKAN DALAM SATU ERA BAHARU BAGI PENDIDIKAN PERUBATAN DI NTHU

 


Table
 
Dekan bagi Kolej Sains Hayat Kao Ruey-Ho (kiri) dan ketua Jabatan Sains Perubatan Chen Linyi (kanan) membuat persiapan bagi program pasca ijazah sarjana muda dalam bidang perubatan. (Foto: Universiti Nasional Tsing Hua)


HSINCHU, Taiwan, 4 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Rancangan Universiti Nasional Tsing Hua untuk mewujudkan sebuah program pasca ijazah sarjana muda dalam bidang perubatan telah diluluskan pada satu mesyuarat rentas kementerian baru-baru ini yang diadakan di Kementerian Pendidikan. Proses pengambilan dan kemasukan permohonan sekolah itu akan dimulakan pada akhir 2021, dan kelas pertama bagi pelajar tajaan kerajaan akan didaftarkan pada September 2022.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20211001005043/en/

Presiden NTHU Hocheng Hong berkata bahawa NTHU sudah mempunyai sebuah asas yang teguh di dalam penyelidikan merentasi disiplin di dalam sains perubatan, termasuk analisis data besar, penerapan kecerdasan buatan (AI), kejuruteraan bio, sains bahan, dan perubatan nuklear, di mana sekolah itu berada pada kedudukan yang baik untuk melatih doktor yang pakar di dalam lebih daripada satu kepakaran. Oleh itu, program baharu ini merupakan satu lonjakan kuantum di dalam pendidikan perubatan di Taiwan.

Presiden Hocheng berkata bahawa NTHU sudah mempunyai jumlah anggota fakulti, pendanaan, dan infrastruktur yang mencukupi untuk program baharu tersebut. Di samping 180 ahli fakulti yang sedia ada yang mengajar kursus-kursus yang berkaitan, program itu telah  baru-baru ini merekrut 71 orang ahli fakulti sepenuh masa, dan 87 pakar perubatan saintis dari pusat-pusat perubatan terkemuka di seluruh Taiwan sebagai anggota fakulti tambahan. Tambahan pula, pejabat sementara bagi program ini telah mengumpulkan NT$2 bilion untuk pendidikan perubatan. Satu rancangan yang sedang berjalan untuk mewujudkan sebuah hospital pendidikan dan kompleks perubatan yang canggih di Taoyuan Aerotropolis di sebelah Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan sedang dikaji semula oleh Kementerian Kesihatan dan Kebajikan.

Program pasca ijazah sarjana muda dalam bidang perubatan itu adalah sebuah program empat tahun, dibuka untuk graduan dari semua disiplin ilmu. Pelajar yang ditaja oleh kerajaan akan diwajibkan berkhidmat di kemudahan kesihatan awam selama enam tahun. Mereka akan mendapat satu peluang untuk menjalani latihan lanjutan selama dua tahun di sebuah pusat perubatan.

NTHU akan menggunakan pengalaman mereka yang luas di dalam pengambilan pelajar untuk menerima hanya pemohon yang memenuhi kelayakan kemasukan yang ketat, proses pemilihan pelajar yang berinovatif dapat membuka satu jalan baharu untuk pendidikan perubatan di Taiwan.

Program pasca ijazah sarjana muda dalam bidang perubatan itu akan menjadi sebahagian daripada Kolej Sains Hayat dan Perubatan (pada masa ini Kolej Sains Hayat). Dekan Kolej bagi Sains Hayat, Kao Ruey-Ho, bekas Penguasa di Pusat Perubatan Tzu Chi, berkata bahawa pemohon yang mendaftar secara terus ke NTHU akan dinilai berdasarkan kepada markah ujian, transkrip, dan temuramah, untuk memilih pelajar yang telah menunjukkan kecemerlangan akademik , serta minat untuk perubatan dan kebajikan awam.

Pelajar yang ditaja oleh kerajaan di dalam program itu akan mengikuti beberapa kursus yang direka untuk mempersiapkan mereka bagi menjalani tugas di kawasan luar bandar, seperti Praktikum Perubatan Komuniti, dan memanfaatkan teknologi diagnosis AI dan teknologi teleperubatan; mereka akan juga menghadiri seminar mengenai altruisme dan dedikasi terhadap kesihatan awam, yang akan diajar oleh pemenang bagi Anugerah Sumbangan Perubatan.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20211001005043/en/

Hubungi

Holly Hsueh
NTHU
(886)3-5162006
hoyu@mx.nthu.edu.tw

Sumber : Universiti Nasional Tsing Hua  

Sunday, October 3, 2021

TDCX BERSEDIA UNTUK MEREBUT PELUANG DARIPADA PASARAN PERKHIDMATAN CX PENYUMBERLUARAN AS$100 BILION DENGAN DAGANGAN SULUNG DI NYSE

 Penyedia perkhidmatan pengalaman pelanggan digital pertama di Asia yang disenaraikan di Amerika Syarikat


SINGAPURA & NEW YORK, 4 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- TDCX Inc. (NYSE: TDCX), sebuah penyedia penyelesaian pengalaman pelanggan digital dengan pertumbuhan tinggi bagi syarikat-syarikat perdana dan teknologi, mengumumkan penyenaraian mereka di Bursa Saham New York (“NYSE”). Sebagai sebuah syarikat tersenarai, TDCX berada pada kedudukan yang baik untuk mempercepatkan strategi pertumbuhan mereka untuk merebut peluang daripada pasaran  perkhidmatan pengalaman penyumberluaran global (“CX”), yang dijangka bernilai AS$100 bilion menjelang tahun 2025ˡ.

Beribu pejabat di Singapura, TDCX menyediakan penyelesaian CX digital yang dipercayai untuk membantu syarikat teknologi yang berkembang pesat dan jenama lain yang dikenali di seluruh dunia menguruskan interaksi pelanggan yang kompleks dan kritikal bagi pihak mereka. IPO itu mengumpulkan hasil kasar AS$348.5 juta, dengan menjadikan nilai pasaran syarikat itu kepada AS$2.57 bilion atau S$3.50 bilion². Sekiranya penjamin jamin memilih untuk menggunakan opsyen lebihan penguntukan mereka secara sepenuhnya, jumlah hasil kasar bagi penawaran itu akan menjadi kira-kira AS$401 juta, dengan membawa nilai pasaran syarikat itu kepada AS$2.62 bilion atau S$3.57 bilion³.

Encik Laurent Junique, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas bagi TDCX, berkata, “Penyenaraian kami yang berjaya menggambarkan syarikat bertaraf dunia yang telah kami bina dan kedudukan kami sebagai rakan terbaik untuk perkhidmatan pengalaman pelanggan digital transformatif. Melalui lebih daripada 13,000 ahli pasukan kami yang berbakat, pelbagai etnik dan pelbagai kebudayaan yang berada di tengah-tengah operasi kami, kami membantu pelanggan kami untuk menyelesaikan interaksi pelanggan mereka yang paling kompleks dan mendesak di lebih 20 bahasa setiap hari merentasi 10 kawasan geografi. Kami sangat berterima kasih di atas sokongan pelanggan kami, yang kebanyakannya adalah syarikat teknologi global yang mendorong pertumbuhan ekonomi digital.”

Menurut Frost & Sullivan, terdapat sebuah pasaran yang besar dan berkembang pesat untuk penyelesaian CX digital. Di Asia Tenggara, jumlah permintaan dijangka akan mencapai AS$14 bilion menjelang tahun 2025, dengan permintaan daripada industri Ekonomi Baharu menerajui pertumbuhan itu pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun 19 peratus dari 2016⁴.

“Ketika pengguna semakin menjalani kehidupan mereka secara dalam talian, jangkaan untuk melakukan sesuatu perkara dengan lebih mudah, selesa dan berdasarkan permintaan akan hanya meningkat. Pengalaman pelanggan adalah dan akan terus menjadi pembeza bagi jenama di dalam era digital. Menjadi sebuah syarikat awam membolehkan kami untuk mempercepatkan momentum pertumbuhan dan menempatkan kami untuk merebut peluang pasaran di Asia dan kawasan pertumbuhan tinggi lain di seluruh dunia.

“Ketika kami melihat ke hadapan, kami memberi tumpuan kepada melaksanakan strategi pertumbuhan kami dan melabur lebih jauh di dalam pekerja, teknologi dan jaringan kami. Dengan pemahaman kami yang mendalam mengenai keperluan pengguna, terutama di Asia, kehadiran strategik di pasaran utama dan kumpulan bakat yang beragam, kami akan dapat terus menduga dan menyokong pelanggan kami ketika mereka mencari sebuah rakan yang berada di barisan hadapan dalam menyampaikan pengalaman pelanggan yang transformatif,” kata Encik Junique.

Maklumat mengenai TDCX

TDCX adalah sebuah penyedia penyelesaian pengalaman pelanggan digital dengan pertumbuhan tinggi bagi syarikat-syarikat perdana dan teknologi berinovatif yang lain. Syarikat itu menawarkan penyelesaian CX saluran pelbagai arah, perkhidmatan jualan dan pemasaran digital dan perkhidmatan pemantauan dan penyederhanaan kandungan. Syarikat itu mempunyai satu rekod perkhidmatan bagi kejayaan dengan pelanggan di dalam pelancongan dan perhotelan, pengiklanan digital dan media, barang pengguna yang bergerak pantas, teknologi, perkhidmatan kewangan, fintech, organisasi kerajaan dan bukan kerajaan, permainan, e-dagang dan pendidikan. TDCX mempunyai sebuah kehadiran antarabangsa dengan pejabat di Singapura, Filipina, Malaysia, Thailand, China, Jepun, Sepanyol, India, Colombia dan Romania, dan melayani pelanggan mereka di peringkat global dalam lebih 20 bahasa. TDCX telah memenangi lebih 270 anugerah.
_____________________________
ˡ Menurut Frost & Sullivan.
²,³Berdasarkan kepada kadar pertukaran SGD/USD=1.36141.
⁴ Kadar pertumbuhan tahunan kompaun merujuk kepada saiz pasaran Ekonomi Baharu dari 2016 sehingga 2025E.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20211001005456/en/

Hubungi

Media:
TDCX
Eunice Seow
+65 8432 8388
eunice.seow@tdcx.com

Pelabur:
TDCX
Jason Lim
+65 9799 6550
lim.jason@tdcx.com

Sumber : TDCX Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

Saturday, October 2, 2021

​JOHNS MANVILLE MEMPERBAHARUI IKRAR UNTUK MEMBINA SEBUAH HARI ESOK YANG LEBIH BAIK, MENETAPKAN MATLAMAT 2025 DALAM LAPORAN KELESTARIAN BAHARU

DENVER, 1 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Johns Manville (JM), sebuah pengeluar global terkemuka bagi produk bangunan cekap tenaga dan bahan khas yang direkayasa dan sebuah syarikat Berkshire Hathaway, telah mengeluarkan Laporan Kelestarian 2021 mereka hari ini. Laporan ketujuh JM menyampaikan komitmen mereka terhadap satu pendekatan seimbang yang memberi manfaat kepada pihak berkepentingan dan juga syarikat itu. Laporan itu boleh diperolehi di www.jm.com/sustainability.

“JM sedang meneruskan perjalanan mereka di dalam kelestarian dengan niat dan ikrar yang diperbaharui untuk Membina sebuah Hari Esok yang Lebih Baik,” kata Bob Wamboldt, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif. “Tumpuan kami terhadap kelestarian melengkapi nilai-nilai teras kami iaitu Orang, Semangat, Melaksana dan Melindungi, yang membantu kami mendorong Pengalaman JM yang positif dan berkuasa untuk pekerja, pelanggan dan pembekal kami.”

Laporan baharu itu termasuk satu kemas kini mengenai kemajuan terhadap Matlamat Kelestarian 2020 JM dan memperkenalkan Matlamat Kelestarian 2025 di dalam satu rangka kerja universal baharu.

“Peristiwa yang berkaitan dengan pandemik global, ketidakadilan kaum, perubahan iklim dan ketidakstabilan ekonomi mengukuhkan mengapa kelestarian adalah sangat penting,” kata Tim Swales, Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Teknologi. “Rangka kerja kelestarian baharu kami berhasrat untuk mengurangkan impak kami di planet ini dengan secara signifikan mengurangkan penciptaan dan penimbunan sampah, memperluaskan sokongan bagi tenaga kerja global kami dengan satu penekanan kepada keselamatan, kepelbagaian dan penyertaan, dan membuat pembaharuan produk yang lebih cekap tenaga bagi sebuah masa depan yang nyahkarbon.”

Laporan 2021 itu telah dibangunkan “bersesuaian” dengan pilihan Teras Standard Pelaporan Kelestarian GRI dan telah dikaji semula oleh Perkhidmatan Pendedahan Kematanan GRI.

Maklumat mengenai Johns Manville

Johns Manville, sebuah syarikat Berkshire Hathaway (NYSE: BRK.A, BRK.B), adalah sebuah pengeluar terkemuka dan pemasar bagi produk berkualiti premium untuk penebat bangunan, penebat mekanikal, bumbung komersil dan penebat bumbung, serta gentian dan bukan tenunan untuk penggunaan komersial, perindustrian dan kediaman. JM melayani pasaran yang termasuk aeroangkasa, automotif dan pengangkutan, pengendalian udara, perkakasan, HVAC, paip dan peralatan, penurasan, pengalisan air, bangunan, lantai, dalaman dan tenaga angin. Menceburi perniagaan sejak tahun 1858, syarikat yang berpusat di Denver itu mempunyai jualan tahunan lebih $3 bilion dan memegang kedudukan kepimpinan di kesemua pasaran utama yang dilayani mereka. Johns Manville mempunyai 8,000 orang pekerja dan mengendalikan 46 kemudahan pembuatan di Amerika Utara, Eropah dan China. Maklumat tambahan boleh diperolehi di www.jm.com. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15054

Friday, October 1, 2021

BANK MUAMALAT, AKPK ANJUR SIRI WEBINAR UNTUK BANTU INDIVIDU HARUNGI CABARAN KEWANGAN ERA PANDEMIK

Jalin kerjasama untuk tingkatkan tahap celik kewangan ketika norma baharu 

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) pada 30 September 2021 telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi membangunkan siri webinar literasi kewangan dan pengurusan hutang. Melalui MoU ini, Bank Muamalat akan menganjurkan siri webinar tersebut secara percuma untuk kakitangan syarikat panelnya, sementara AKPK akan menyediakan tenaga pakar bagi menyampaikan modul berhubung pengurusan kewangan kepada peserta.
 
Pada majlis menandatangani MoU yang diadakan secara maya ini,  Bank Muamalat diwakili oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairul Kamarudin sementara AKPK pula diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azaddin Ngah Tasir. Majlis ini turut disaksikan oleh Pengarah Bahagian Perbankan Runcit, Zury Rahimee Zainal Abiden dan Pengurus Khas Perhubungan Awam (Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif), Mohamad Khalil Jamaldin. 
 
Jalinan kerjasama antara Bank Muamalat, selaku sebuah institusi perbankan Islam sepenuhnya di negara ini, dan AKPK adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia. Sehingga kini, Bank Muamalat telah pun menganjurkan 65 sesi webinar dengan jumlah capaian penonton sebanyak 67,033. Program ini akan diteruskan hingga Disember 2021 dengan penyertaan AKPK bagi memberi pendedahan mengenai pengurusan kewangan untuk meningkatkan tahap celik kewangan dalam kalangan peserta di era pandemik.
 
Presiden and Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata siri webinar ini bertujuan membantu peserta untuk menangani cabaran dalam menguruskan kewangan peribadi terutamanya susulan situasi pandemik COVID-19 yang berlarutan di negara ini. Peserta webinar akan diberikan pendedahan mengenai amalan pengurusan kewangan yang berhemat, termasuk aspek pengurusan pembiayaan.

“Melalui kerjasama ini, Bank Muamalat dapat melaksanakan tanggungjawab kewangan sosialnya untuk membantu memupuk tabiat kewangan yang baik bagi menghasilkan impak positif ke atas ekonomi negara. Kerjasama antara Bank Muamalat dengan AKPK adalah hasil visi bersama kedua belah pihak untuk meningkatkan tahap celik kewangan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Usaha ini perlu diperhebatkan kerana ramai individu mengalami kemelut kewangan akibat pengurangan gaji atau pemberhentian kerja sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan,” kata Khairul.
 
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, Azaddin Ngah Tasir berkata pandemik COVID-19 telah menyedarkan orang ramai mengenai betapa pentingnya menguruskan kewangan masing-masing, terutamanya pada waktu yang mencabar ini.
 
“Melalui kolaborasi dengan Bank Muamalat, AKPK dapat meningkatkan capaiannya kepada lebih ramai individu masyarakat—isi rumah, mahupun PKS—untuk memberikan pendidikan kewangan dan khidmat nasihat kewangan serta pengurusan hutang yang bertumpuan pelanggan. Memperkasakan individu dengan literasi kewangan akan memberikan mereka ketenangan minda. Mereka bukan sahaja dapat menilai dan mencari jalan penyelesaian kewangan untuk melangsaikan hutang tetapi juga dapat meningkatkan taraf hidup untuk masa hadapan yang lebih baik,” kata Azaddin.
 
Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan perkhidmatan kewangan yang disediakan oleh Bank Muamalat sila  layari www.muamalat.com.my,  hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Bank Muamalat di talian 03-2600 5500 atau imbas kod QR di bawah untuk memohon pembiayaan.

Mengenai Bank Muamalat Malaysia Berhad

Bank Muamalat adalah sebuah insitusi kewangan Islam yang telah ditubuhkan pada 1 Oktober 1999, dan dikawal selia di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA). Sebagai sebuah institusi kewangan Islam sepenuhnya, Bank Muamalat menawarkan pelbagai perkhidmatan yang memenuhi keperluan kedua-dua pihak iaitu individu dan institusi.

Secara umum, Bank Muamalat menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan individu seperti akaun deposit, pengurusan aset, pembiayaan kenderaan, pembiayaan rumah dan juga pembiayaan peribadi. Bank Muamalat juga menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan kepada pelanggan insitusi dan korporat, daripada khidmat pengurusan tunai, penyelesaian pembayaran,  kewangan perdagangan dan eksport antarabangsa, pertukaran asing, pembiayaan, dan urusniaga pasaran modal. Bank Muamalat mempunyai 67 buah cawangan, selain mempunyai kemudahan perbankan internet iaitu i-Muamalat, serta e-muamalat yang merujuk kepada rangkaian ATM, CDM, dan CICO yang boleh didapati di hampir 141 lokasi seluruh negara. Kami juga turut menyediakan perbankan internet korporat mengikut keselesaan anda.

Bank Muamalat merupakan ahli Kumpulan DRB-HICOM Berhad di mana ia memiliki 70% saham Bank dengan baki kepentingan dipegang oleh Khazanah Nasional Berhad, sebuah cabang pelaburan negara. Bank Muamalat telah diterima secara rasmi sebagai ahli GABV pada 15 November 2017. Bank Muamalat ialah bank Islam pertama di dunia dan yang pertama di rantau Asia Tenggara menjadi ahli Global Alliance for Banking in Values (GABV).

Mengenai AKPK

AKPK beribu pejabat di Menara Bumiputra-Commerce sejak Jun 2020. Pada masa ini, orang ramai digalakkan untuk menghubungi AKPK melalui pautan perkhidmatannya, services.akpk.org.my untuk pertanyaan atau bantuan, atau mengunjungi laman webnya di akpk.org.my atau rujuk laman media sosial AKPK di @AKPKofficial untuk maklumat lanjut. Harap maklum bahawa perkhidmatan AKPK adalah PERCUMA kepada individu dan PKS dan tidak pernah melantik ejen pihak ketiga untuk menjalankan perkhidmatannya.

Tanpa mengira perubahan dan pengembangannya, AKPK terus mengguna pakai moto sejagatnya, iaitu Amalkan Pengurusan Kewangan yang Berhemat Sebagai Budaya Hidup.

Sumber: Bank Muamalat

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Bank Muamalat
Nama: Mathini Raman
Tel: +6013 215 1922
Emel: mathini.raman@muamalat.com.my 

AKPK
Nama: Cik Sazlin Zainal Abidin
Tel: +6012-343 0502
Emel: sazlin.za@akpk.org.my

Nama: Mohamad Khalil bin Jamaldin
Tel: +6012-219 2344
Emel: khalil@akpk.org.my 

--BERNAMA

PHOENIX SOFTWARE MENYAMPAIKAN PENINGKATAN YANG PERTAMA KEPADA TEKNOLOGI JES3 DALAM TEMPOH ENAM TAHUN DENGAN JES3PLUS® V1R1

 Phoenix Software mengeluarkan kemas kini kepada barisan produknya pada bulan September 2021


EL SEGUNDO, Calif., 30 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Phoenix Software International, Inc., hari ini mengumumkan ketersediaan umum JES3plus V1R1, kerja terbitan berdasarkan z/OS® JES3 IBM. Keluaran ini menyepadukan peningkatan prestasi SPOOL I/O yang tersedia untuk pelanggan JES3plus melalui penyampaian berterusan pada awal tahun ini. Ini ialah keluaran pertama teknologi JES3 yang mengandungi peningkatan sejak awal tahun 2015 dan selaras dengan z/OS 2.5, keluaran terakhir z/OS yang menyertakan JES3. Organisasi yang ingin kekal pada teknologi ini yang berhijrah kepada JES3plus kini boleh menikmati manfaat produk yang ditingkatkan dengan peta jalan untuk pembangunan masa hadapan.

JES3plus V1R1

JES3plus V1R1 menyokong dua teknik pemprograman saluran yang lebih baharu untuk meningkatkan prestasi:

  • ACKD – program saluran dengan awalan dipendekkan yang boleh memproses keseluruhan trek dan bukannya satu rekod pada satu masa. Peningkatan ini memanfaatkan sokongan MIDAW.
  • zHPF – program saluran yang memanfaatkan kemudahan sambungan saluran gentian (FCX) z/Architecture untuk memindahkan seluruh program saluran kepada peranti untuk pemprosesan dan bukannya memindahkan CCW apabila CCW ditemukan.
Majlis Penasihat Pelanggan JES3plus Phoenix Software sedang aktif membantu untuk mengutamakan peta jalan peningkatan produk, jadi pelanggan dijangka akan dapat melihat peningkatan tambahan yang disampaikan pada tahun 2022 melalui penyampaian berterusan.

“Kami tahu sejak awal bahawa meningkatkan JES3plus untuk menggunakan teknik I/O terkini akan menjadi keutamaan,” kata Ed Jaffe, Ketua Pegawai Teknologi di Phoenix Software International. “Menunggu mula semula global JES3 yang kritikal misi boleh terasa seperti amat lama dan anda menantikannya dengan berdebar-debar. zHPF mengurangkan penantian tersebut sebanyak lebih daripada 80% dalam persekitaran kami dan pelanggan kami dan pelanggan kami menikmati manfaat yang serupa. Pelaksanaan lancar bagi pelancaran JES3plus baharu dan ditingkatkan ini kebanyakannya adalah jasa rakan kerjasama ISV dan peserta Ujian Awal kami yang menyumbang kepada pelancaran berjaya ini melalui penyertaan yang bersungguh-sungguh dan kesabaran yang tinggi.”

(E)JES V6R1

(E)JES V6R1, keluaran terkini alat pengurusan JESplex moden Phoenix Software, termasuklah peningkatan untuk mengurus subsistem MVS, memahami penggunaan memori ruang alamat, dan mencari perangkaian sistem yang penting.

Keluaran Produk Phoenix Software: September 2021

Phoenix Software telah menyegar semula barisan produknya pada bulan ini. Muat turun produk tersedia kepada pelanggan melalui portal Sokongan Phoenix Software International. Lawati https://phoenixsoftware.com/support.htm#downloads. Keluaran produk baharu termasuklah:
  • (E)JES® V6R1
  • CONDOR® z/OS 26.0 z/VSE 32.0
  • CYGNET® z/OS 26.0 z/VSE 32.0
  • Entrypoint® 16.2
  • FALCON® z/OS 26.0 z/VSE 32.0
  • Falcon64® 11.1
  • ImagEntry® 4.73
  • JES3plus V1R1
  • Key/101® 9.1
  • PHX-Adders®/PHX-Guest® 7.3
  • PHX-KeyPlus® 5.3
  • PHX-ODE® 7.3
  • Viking Data Entry (VDE) ® 4.73
Perihal Phoenix Software International

Phoenix Software International, Inc., (https://www.phoenixsoftware.com) ialah syarikat pembangunan perisian sistem yang menyediakan aplikasi perisian lanjutan kepada perusahaan di seluruh dunia. Syarikat menawarkan pelbagai penyelesaian kepada cabaran perniagaan moden.

Maklumat hubungan akhbar:
(310) 338-0400
news@phoenixsoftware.com

SUMBER: Phoenix Software International

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15052

Univar Solutions Menyelesaikan Pengambilalihan Perniagaan Lavo Bulk di Kanada

Transaksi ini mengukuhkan kehadiran syarikat di Kanada Timur serta memperluas penyelesaian dan keupayaan kimia yang saling melengkapi untuk...