Thursday, July 8, 2021

TINJAUAN MENGUNJURKAN PERMINTAAN BAGI GRADUAN SEKOLAH PERNIAGAAN AKAN BANGKIT SEMULA DALAM ERA PASCAPANDEMIK

 9 daripada 10 perekrut korporat meningkatkan pengambilan MBA dan premium gaji yang digerakkan oleh pertumbuhan sektor teknologi



RESTON, Va., 8 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Graduate Management Admission Council™ (GMAC™), sebuah pertubuhan global untuk sekolah perniagaan graduan terkemuka, hari ini melancarkan Tinjauan Perekrut Korporat 2021 tahunannya. Laporan tersebut mendapati perekrut korporat mengunjurkan permintaan sihat untuk graduan sekolah perniagaan, dengan sembilan dalam sepuluh daripada mereka menjangkakan peningkatan permintaan atau permintaan yang kekal stabil dalam lima tahun berikutnya. Selain itu, peratusan perekrut yang lebih tinggi pada tahun 2021 (37%) menjangkakan permintaan akan meningkat lebih tinggi daripada tahun sebelumnya (30%), dengan lebih daripada separuh perekrut Eropah (54%) berkongsi pendapat yang sama berbanding perekrut di Asia (32%) dan Amerika (34%).

“Dalam masa lebih sedekad, kadar perekrut ditinjau yang merancang untuk menggaji graduan MBA telah meningkat dengan ketara, satu trend yang banyak diperhatikan di Eropah, peratusannya meningkat hampir dua kali ganda (86%) pada tahun 2021 daripada 44 peratus pada tahun 2010, dan di Amerika Syarikat, peratusan ini meningkat daripada 56 peratus kepada 94 peratus, peningkatan sebanyak 68 peratus,” kata Sangeet Chowfla, presiden dan CEO GMAC. “Seiring dengan pemulihan dan pembinaan semula tenaga kerja syarikat selepas pandemik, bukanlah sesuatu yang mengejutkan melihat graduan sekolah perniagaan ― dengan permintaan tinggi bagi kemahiran kepimpinan dan pengurusan mereka ― mengukuhkan nilai mereka sebagai pekerja dan berada dalam kedudukan yang unik untuk memenuhi cabaran ekonomi hari ini.”

Penemuan Utama

Gaji dan pengambilan MBA dijangka kembali kepada paras sebelum pandemik

Pada tahun 2020, unjuran gaji median MBA mencecah paras paling tinggi $115,000 sebelum COVID-19 menjejaskan ekonomi global dengan teruk dan menyebabkannya jatuh ke paras $105,000, tiga bulan selepas dilanda pandemik. Walau bagaimanapun, gaji median MBA bagi tahun 2021 diunjurkan akan pulih semula kepada paras tahun 2020 sebelum pandemik, iaitu pada $115,000. Pada kadar ini, gaji median graduan MBA ialah 77 peratus lebih tinggi berbanding graduan ijazah sarjana muda ($65,000) dan 53 peratus lebih tinggi berbanding graduan yang digaji terus daripada industri ($75,000). Premium gaji ini menunjukkan bahawa pelaburan untuk mendapatkan kelayakan MBA akan sentiasa berbaloi untuk jangka masa panjang, membantu graduan MBA menjana $3 juta lebih banyak sepanjang hayat mereka, berbanding graduan yang hanya memperoleh ijazah sarjana. mba.com yang dimiliki GMAC menawarkan alat yang berguna untuk mengira pulangan pelaburan (ROI) bagi graduan sekolah perniagaan.

Sebelum pandemik, 92 peratus perekrut menyatakan bahawa mereka merancang untuk menggaji graduan MBA pada tahun 2020. Namun, gangguan yang berpunca daripada COVID-19 telah menjejaskan perancangan ini, lalu menyebabkan pengambilan sebenar graduan MBA (80%) lebih rendah berbanding unjuran tahun 2020. Untuk masa yang akan datang, peratusan perekrut merancang untuk menggaji MBA pada tahun 2021 (91%) kembali ke paras yang sama seperti sebelum pandemik tahun 2020 (92%). Unjuran pengambilan MBA menunjukkan kelebihan dalam rantau dan industri utama. Secara khususnya, 95 peratus perekrut dalam sektor perundingan, industri yang paling banyak mahukan graduan MBA, bercadang menggaji mereka—pembalikan daripada pengambilan sebenar pada tahun 2020, sebanyak 76%.

Sektor teknologi menggaji dan menaikkan pangkat graduan MBA

Menurut responden tinjauan, permintaan graduan MBA oleh industri teknologi dijangka meningkat sebanyak 10 peratus pada tahun 2021 berbanding sebelum pandemik 2020. Malah, permintaan bagi graduan MBA mengatasi permintaan pada tiga tahun sebelumnya, dengan 96 peratus perekrut teknologi merancang untuk menggaji graduan MBA pada tahun 2021. Data juga menunjukkan dua daripada tiga (68%) perekrut dalam sektor teknologi bersetuju bahawa kebanyakan pemimpin dalam organisasi mereka mempunyai pendidikan sekolah perniagaan graduan—peningkatan 11 peratus daripada tahun 2020 (57%).

“Syarikat teknologi meletakkan nilai yang tinggi pada pemimpin yang bukan sekadar mahir dari segi teknikal, tetapi juga mempunyai kemahiran strategi, perseorangan, komunikasi dan pembuatan keputusan yang kukuh, serta memahami kepentingan kepelbagaian dan keterangkuman serta kemampanan dalam organisasi mereka - kemahiran ini penting untuk memacu pertumbuhan dan inovasi organisasi,” kata Peter Johnson, Pembantu Dekan Haas School of Business, UC Berkeley. “Kemahiran teras ini mewakili pengenalan sekolah perniagaan yang diterapkan kepada graduan MBA dan program sarjana perniagaan mereka.”

Persepsi program dalam talian adalah bercampur-campur dengan bergantung pada rantau, sektor

Program dalam talian semakin menarik perhatian kebelakangan ini. Mengikut data GMAC, lebih 50 program MBA dalam talian menerima skor GMAT pada tahun ujian (TY) tahun 2020 berbanding lima tahun terdahulu pada TY 2016. Selain itu, 84 peratus program MBA dalam talian melaporkan peningkatan permohonan dalam Tinjauan Trend Permohonan GMAC 2020.

Walau bagaimanapun, apabila bertanya kepada perekrut korporat tentang tahap persetujuan mereka dengan pernyataan “My organization values graduates of online and in-person programs equally,” hanya satu per tiga (34%) daripada mereka bersetuju. Dari segi industri, perekrut daripada industri kewangan dan perakaunan (41%) lebih berkemungkinan menganggap graduan program dalam talian sebagai setara dengan graduan di kampus, berbanding perekrut dalam industri perundingan (25%) atau teknologi (28%). Memandangkan program dalam talian jelas merupakan satu bahagian pendidikan pengurusan graduan yang semakin membangun, kemampanan permintaan memerlukan tahap penerimaan yang lebih tinggi daripada majikan, terutama apabila penyelidikan calon terkini GMAC menunjukkan perbezaan serupa dari segi persepsi terhadap program dalam talian berbanding program bersemuka.

“Memandangkan sekolah perniagaan sentiasa memperkembangkan modaliti dan semakin ramai calon dapat mengakses program MBA dan sarjana perniagaan melalui penyampaian dalam talian, ini memberikan peluang kepada komuniti pendidikan pengurusan graduan untuk melaraskan jangkaan dan hasil bagi graduan perekrut korporat,” kata Chowfla.

Perihal Tinjauan

GMAC telah menjalankan Tinjauan Perekrut Korporat bagi pihak komuniti pendidikan pengurusan graduan sejak tahun 2001. Tinjauan tahun ini, dilakukan dengan kerjasama Association of MBAs (AMBA), European Foundation for Management Development (EFMD), MBA Career Services & Employer Alliance (MBA CSEA), dan pejabat perkhidmatan kerjaya di sekolah perniagaan graduan yang mengambil bahagian di seluruh dunia, menerima 529 respons antara 25 Februari - 31 Mac 2021. Butiran lanjut laporan penuh dan siri penyelidikan lain yang diterbitkan oleh GMAC, tersedia di gmac.com.

Perihal GMAC™

Graduate Management Admission Council™ (GMAC™) ialah persatuan dipacu misi bagi sekolah perniagaan siswazah di seluruh dunia. Diasaskan pada 1953, GMAC mewujudkan penyelesaian dan pengalaman yang membolehkan sekolah perniagaan dan calon meneroka, menilai dan berhubung antara satu sama lain dengan lebih baik. 

GMAC menyediakan penyelidikan bertaraf dunia, persidangan industri, alat perekrutan dan penilaian untuk industri pendidikan pengurusan siswazah, serta alat, sumber, acara dan perkhidmatan yang membantu untuk membimbing calon sepanjang perjalanan pendidikan peringkat yang lebih tinggi mereka. Dimiliki dan ditadbir oleh GMAC, peperiksaan Graduate Management Admission Test™ (GMAT™) merupakan penilaian sekolah perniagaan siswazah yang paling banyak digunakan.

GMAC juga memiliki dan mentadbir peperiksaan NMAT oleh GMAC™ (NMAT™) dan Penilaian Eksekutif (EA). Lebih daripada 7 juta calon yang mengikuti pengajian sarjana perniagaan atau MBA telah melawat mba.com yang dimiliki GMAC pada tahun lalu untuk meneroka pilihan sekolah perniagaan, mempersiapkan diri dan mendaftar untuk ujian serta mendapatkan nasihat tentang proses kemasukan. BusinessBecause dan The MBA Tour merupakan subsidiari GMAC, sebuah organisasi global dengan pejabat di China, India, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kerja kami, sila lawati www.gmac.com

Orang Hubungan Media:

Teresa Hsu
Pengurus Kanan, Hubungan Media
202-390-4180 (mudah alih)
thsu@gmac.com

SUMBER : Graduate Management Admission Council

Wednesday, July 7, 2021

PAREXEL AKAN DIPEROLEH OLEH EQT PRIVATE EQUITY DAN GOLDMAN SACHS ASSET MANAGEMENT

BOSTON dan DURHAM, N.C., 7 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Parexel, sebuah organisasi penyelidikan klinikal global (CRO) terkemuka yang berfokus pada pembangunan dan penyampaian terapi baharu yang inovatif untuk memajukan kesihatan pesakit, hari ini mengumumkan pelaksanaan perjanjian penggabungan muktamad yang menyatakan organisasi tersebut akan diperoleh oleh dana EQT IX (“EQT Private Equity”) dan perniagaan Ekuiti Peribadi dalam Goldman Sachs Asset Management (“Goldman Sachs”) daripada Pamplona Capital Management LP pada harga $8.5 bilion.

“Sepanjang 18 bulan yang lalu, Parexel telah meneruskan trajektori pertumbuhan kukuhnya dalam menyampaikan fokus yang mengutamakan pesakitnya dan mempercepat terapi baharu kepada pesakit yang memerlukan di seluruh dunia,” kata CEO Parexel, Jamie Macdonald. “Dengan pasaran untuk perkhidmatan penyelidikan klinikal sumber luaran yang dijangka akan berkembang pada CAGR konservatif 8 hingga 9 peratus, fokus kami kekal dalam memajukan dan mengembangkan Parexel untuk memenuhi keperluan pelanggan kami merentasi landskap pembangunan klinikal yang semakin berkembang. EQT dan Goldman Sachs menyokong visi ini dan komited untuk melabur dalam Parexel dan warga kami untuk memanfaatkan peluang pasaran yang menarik ini dan membawakan perubahan untuk pesakit.”

Eric Liu, Rakan Kongsi dan Ketua Bersama Jagaan Kesihatan Global di EQT, memberikan komen, “Kami telah mengikuti perkembangan Parexel sepanjang beberapa tahun lalu dan berasa kagum dengan perkembangan dan trajektori syarikat. Pelaburan kami dalam Parexel menggambarkan fokus tematik EQT terhadap industri sains hayat, serta komitmen kami untuk bekerjasama dengan perniagaan yang mempunyai impak positif pada masyarakat. Kami berasa teruja untuk bekerjasama dengan Goldman Sachs bagi peringkat perjalanan Parexel yang seterusnya, dan menyokong Jamie, yang merupakan penasihat kanan yang lama di EQT sebelum beliau memegang jawatan di Parexel, serta seluruh pasukan Parexel.”

Jo Natauri, Rakan Kongsi dan Ketua Pelaburan Jagaan Kesihatan Peribadi di Goldman Sachs Asset Management, memberikan komen, “Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan Jamie Macdonald, seluruh pasukan pengurusan Parexel dan EQT untuk menyokong Parexel, yang mempunyai rekod prestasi yang hebat dalam menyampaikan kecemerlangan klinikal kepada pelanggan besar dalam sektor farmasi dan bioteknologi di seluruh dunia. Kami percaya pelaburan ini akan mempercepat pertumbuhan Parexel memandangkan pelaburan tertumpu pada jejak global syarikat, keupayaan pengoperasian yang kukuh dan rangkaian jagaan kesihatan yang meluas.”

John Halsted, Rakan Kongsi Pengurusan, Pamplona Capital Management, memberikan komen, “Kami amat berbangga dengan kemajuan Parexel sepanjang empat tahun lalu dan usaha penting yang mereka lakukan dalam membawakan terapi baharu yang menarik kepada pesakit yang memerlukannya. Secara khususnya, mereka berjaya menyesuaikan perniagaan untuk beroperasi tatkala berlakunya pandemik global dan menyokong perkembangan terapi untuk memerangi pandemik COVID-19. Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka dalam fasa pertumbuhan mereka yang seterusnya."

“Kami gembira dapat bekerjasama dengan Pamplona dan mengucapkan terima kasih kepada mereka atas kepimpinan dan sokongan dalam mentransformasikan Parexel di bawah pemilikan mereka,” simpul En. Macdonald. “Sepanjang beberapa bulan lalu, keupayaan kami untuk berubah dan menyesuaikan diri telah memupuk cara kerja baharu di samping membangunkan rekod prestasi yang kukuh bagi kualiti dan penyampaian pelanggan di seluruh dunia. Sementara kita terus meneruskan pembangunan klinikal di era baharu ini dan berfokus secara agresif untuk memenuhi keperluan pelanggan kami terhadap inovasi dalam bahagian seperti Bukti Dunia Sebenar, Percubaan Klinikal Terpencar, Biostatistik dan Pengurusan Data — dan di rantau utama seperti Asia/Pasifik, tempat kami merupakan antara CRO paling besar dan paling lama — kami teruja untuk bekerjasama dengan EQT dan Goldman Sachs. Kami tak sabar untuk memanfaatkan pengalaman industri mereka yang kukuh dan mempercepat Parexel untuk salah satu CRO terkemuka dan paling pesat membangun di dunia.”

Urus niaga ini tertakluk pada syarat biasa, termasuk penerimaan kelulusan kawal selia yang berkenaan. Evercore bertindak sebagai penasihat kewangan untuk Parexel, dan Kirkland & Ellis LLP menyediakan penasihat undang-undang berkaitan urus niaga tersebut. Goldman Sachs dan Jefferies LLC bertindak sebagai penasihat kewangan untuk EQT Private Equity dan Goldman Sachs Asset Management, manakala Simpson Thacher & Bartlett LLP menyediakan penasihat undang-undang berkaitan urus niaga tersebut.

Perihal Parexel
Parexel menyokong pembangunan ubat-ubatan baharu yang inovatif untuk meningkatkan kesihatan pesakit. Kami menyediakan perkhidmatan untuk membantu klien sains hayat dan biofarmaseutikal di mana-mana sahaja, yang mengubah penemuan saintifik kepada rawatan baharu. Daripada percubaan klinikal terpencar sehinggalah perkhidmatan perundingan kawal selia untuk memanfaatkan cerapan dunia sebenar, keupayaan terapeutik, teknikal dan fungsian didasari oleh keyakinan penuh kami dalam perkara yang kami lakukan. Parexel dinamakan “Best Contract Research Organization” pada bulan Disember 2020 oleh panel bebas untuk Informa Pharma Intelligence. Untuk maklumat lanjut, lawati parexel.com dan ikuti kami di LinkedIn, Twitter, dan Instagram.

Perihal EQT
EQT ialah organisasi pelaburan global yang dipacu tujuan dengan lebih daripada EUR 67 bilion dalam bentuk aset di bawah pengurusan merentasi 26 dana aktif. Dana EQT mempunyai syarikat portfolio di Eropah, Asia Pasifik dan Amerika dengan jumlah jualan lebih kurang EUR 29 bilion dan lebih 175,000 orang pekerja. EQT bekerja dengan syarikat portfolio untuk mencapai pertumbuhan mampan, kecemerlangan operasi dan kepimpinan pasaran. Untuk maklumat lanjut, lawati www.eqtgroup.com atau ikuti EQT di LinkedIn, Twitter, YouTube dan Instagram.

Perihal Goldman Sachs Asset Management Private Equity
Menggabungkan pelaburan tradisional dan alternatif, Goldman Sachs Asset Management menyediakan pelanggan di seluruh dunia dengan perkongsian berdedikasi dan fokus pada prestasi jangka masa panjang. Sebagai bahagian pelaburan utama dalam Goldman Sachs (NYSE: GS), kami menyampaikan perkhidmatan pelaburan dan nasihat untuk institusi utama dunia, penasihat kewangan dan individu, daripada rangkaian global kami yang meluas dan wawasan pakar yang disesuaikan merentasi setiap rantau dan pasaran—menyelia aset lebih daripada $2 trilion di bawah pengawasan di seluruh dunia, setakat 31 Mac 2021. Didorong semangat prestasi klien, kami berusaha membina hubungan jangka panjang berdasarkan keyakinan, hasil mampan dan kejayaan bersama dari semasa ke semasa. Goldman Sachs Asset Management melabur dalam spektrum lengkap alternatif, termasuk ekuiti persendirian, ekuiti pertumbuhan, kredit swasta, hartanah dan infrastruktur. Ditubuhkan pada tahun 1986, perniagaan Ekuiti Persendirian dalam Goldman Sachs Asset Management telah melabur lebih daripada $75 bilion sejak ditubuhkan. Kami menggabungkan rangkaian hubungan global, wawasan unik merentasi pasaran, industri dan rantau serta sumber seluruh dunia bagi Goldman Sachs untuk membina perniagaan dan mempercepat penciptaan nilai merentasi portfolio kami. Ikuti kami di LinkedIn.

Perihal Pamplona Capital Management
Pamplona Capital Management ialah pengurus pelaburan pakar yang ditubuhkan pada tahun 2005 yang menyediakan platform pelaburan alternatif merentasi ekuiti persendirian dan strategi kepelbagaian lain. Dengan pejabat di New York, London, Madrid dan Malta, Pamplona mengurus aset melebihi $11 bilion untuk pelbagai klien termasuk dana pencen awam, pengurus kekayaan antarabangsa, syarikat multinasional, pejabat keluarga dan dana lindung nilai. Pamplona melabur modal jangka panjang merentasi struktur modal syarikat portfolio dalam situasi pasaran awam dan swasta.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14752

Saturday, July 3, 2021

INSTITUTIONAL INVESTOR RESEARCH MENGUMUMKAN RANKING PASUKAN EKSEKUTIF ASIA 2021

Status All-Star - 14 buah syarikat di Tanah Besar China dan 12 buah syarikat di Seluruh Asia mendapat tempat pertama dalam sekurang-kurangnya empat kategori dalam sektor mereka. 

Firma mendapat kedudukan teratas melalui program IR, ESG, kepimpinan eksekutif dan respons COVID yang cemerlang.

HONG KONG, 1 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Hari ini, Institutional Investor Research (II Research) mengumumkan keputusan tinjauan Pasukan Eksekutif Asia Tahunan ke-11 mereka, menyaksikan CEO, CFO, Pegawai Perhubungan Pelabur, dan program Perhubungan Pelabur utama Asia yang mendukung standard pentadbiran korporat dan memudah cara pelaburan ke dalam syarikat mereka dengan paling baik diumumkan. Sebanyak 116 buah syarikat yang mendapat kedudukan penerbitan dalam kategori yang disenaraikan di atas menjadi syarikat Honoured, dan 46 daripada syarikat tersebut diberi pengiktirafan Most Honoured Company yang menjadi rebutan.

Seramai 4,084 pelabur dan pengurus portfolio serta juruanalisis daripada 1,285 firma pengundi mengambil bahagian dalam tinjauan ini, dengan pencalonan seramai 1,438 buah syarikat dan 2,690 orang individu merentasi 18 buah sektor. Ini termasuk 3,503 profesional pelaburan belian daripada 1,178 syarikat pelaburan belian dengan anggaran $1,863 bilion dalam ekuiti Asia (tidak termasuk Jepun) dan 581 orang juruanalisis pelaburan jualan daripada 107 syarikat.

Syarikat ini dinilai dalam beberapa bahagian teras, termasuk Pendedahan Kewangan, Perkhidmatan & Komunikasi, respons COVID-19 dan ESG. Apabila disampaikan bersama atribut tambahan CEO dan CFO, kita dapat lihat, walaupun terdapat peningkatan undian bagi kedudukan ini, penilaian ini juga lebih teliti. 

Friday, July 2, 2021

DATACONNECT KINI TERSEDIA DI SELURUH DUNIA MERENTASI ENAM PLATFORM DIGITAL UTAMA

 


Table

DataConnect adalah satu kerjasama di antara CNH Industrial, John Deere, CLAAS dan 365FarmNet bagi membolehkan ladang-ladang untuk melihat semua kenderaan mereka dalam satu platform digital tunggal pilihan mereka. Ilustrasi: Jenama-jenama DataConnect


Armada jenama campuran kini boleh dilihat dalam satu portal tunggal pilihan

BERLIN & HARSEWINKEL, Jerman, & MANNHEIM, Jerman & BURR RIDGE, Ill., 2 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- DataConnect, inisiatif global untuk membolehkan melihat armada jenama campuran dalam satu platform tunggal, kini disiarkan secara langsung dengan satu rangkaian enam platform digital utama yang diperluaskan dan tersedia kepada operasi ladang di seluruh dunia. Case IH, STEYR dan New Holland kini bergabung dengan John Deere, CLAAS dan platform pengurusan ladang Eropah 365FarmNet, yang melancarkan ciri itu pada akhir musim luruh yang lalu.

Mana-mana operasi ladang yang menggunakan mana-mana jentuai foraj terdorong diri, kombin atau traktor dari jenama-jenama yang turut serta sekarang boleh melihat kesemuanya dalam satu platform yang mengambil bahagian. Sebelum ini, untuk melihat maklumat seperti itu memerlukan pengurusan portal tambahan bagi setiap jenama yang terlibat.

Dengan pendekatan baharu ini, pelanggan boleh melihat lima parameter data jentera yang berbeza daripada armada jentera mereka:
  • lokasi jentera semasa
  • kedudukan sejarah jentera
  • tahap tangki bahan api
  • status bagi jentera di ladang
  • kelajuan jentera
Mana-mana pengendali/pemilik ladang yang mahu menggunakan pilihan tersebut hanya perlu memberikan kebenaran kepada diri sendiri mereka untuk melihat semua peralatan di platform yang paling sesuai untuk mereka. Setelah disambungkan, jentera bagi pengilang lain muncul secara automatik di portal itu. Kenderaan itu bahkan dipaparkan dengan ikon dalam warna jenama masing-masing.

DataConnect berfungsi tanpa sebarang komponen perkakasan dan perisian tambahan dan memastikan pengendalian data secara selamat. Penyelesaian itu akan digunakan untuk beratus ribu jentera yang sudah bersambung.

Penambahan CNH Industrial bermaksud bahawa pengguna AFS Connect, platform telematik bagi Case IH, MyPLM Connect untuk New Holland, dan S-Tech bagi STEYR, akan mempunyai pilihan untuk pertukaran data dari awan ke awan dengan kedua-dua Pusat Operasi John Deere dan portal CLAAS TELEMATICS atau 365FarmNet.

Galeri Foto/Multimedia Tersedia:
https://www.businesswire.com/news/home/52452318/en

Hubungi

John Deere Walldorf GmbH & Co. KG, Impexstraße 3, 69190 Walldorf,
Ralf Lenge, telefon: +49 171 4161599, e-mel: LengeRalf@JohnDeere.com

365FarmNet Group KGaA mbH & CoKG, Hausvogteiplatz 10, 10117 Berlin,
Yasmin Möhring, telefon: +49 151 172 81 869 e-mel: moehring@365farmnet.com

CLAAS KGaA mbH, Mühlenwinkel 1, 33428 Harsewinkel,
Matthias Mumme, telefon: 05247/12-2288, e-mel: matthias.mumme@claas.com

CNH Industrial, Amerika Syarikat
Dan Danford, telefon: +1 (262) 321-8856, e-mel: dan.danford@cnhind.com

Sumber : CNH Industrial

Thursday, July 1, 2021

TEAMLAB PLANETS DI TOKYO MELANCARKAN DUA KARYA SENI TAMAN HIDUP BAHARU YANG MENGASYIKKAN PADA 2 JULAI




Sebuah muzium di mana pengunjung berjalan melalui air menjadi lebih mengasyikkan dengan penambahan sebuah taman interaktif yang mempunyai 13,000 orkid hidup yang mekar seperti terawang-awang di udara, dan sebuah taman lumut yang selalu berubah dengan ovoid bersinar yang bergema dengan cahaya dan bunyi.


TOKYO, 30 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- teamLab Planets TOKYO  di Toyosu, Tokyo menyambut ulang tahun ketiga mereka dengan satu pengembangan: pada 2 Julai, muzium itu membuka sebuah Kawasan Taman baharu dengan dua karya seni taman interaktif.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210629005465/en/

Dua taman akan dibuka untuk orang ramai: sebuah taman di mana pengunjung dapat bergabung secara serentak dengan bunga untuk menjadi satu, mengasyikkan diri dengan lebih 13,000 orkid hidup yang mekar seperti terawang-awang di udara; dan sebuah taman lumut yang dipenuhi dengan ovoid yang bersinar dan bergema ketika ditolak oleh orang atau ditiup angin.

Terdiri daripada sembilan karya seni, termasuk empat ruang seni raksasa dan dua taman, teamLab Planets membawa pengunjung ke suatu pengalaman yang mengasyikkan di sebuah muzium di mana mereka berjalan melalui air, dan sebuah taman di mana mereka bergabung secara serentak dan harmoni dengan bunga.

Sorotan Video teamLab Planets: https://youtu.be/-uJTk_mRmUY

teamLab Planets

teamLab Planets adalah sebuah muzium di mana anda berjalan melalui air, dan sebuah taman di mana anda bergabung secara serentak dan harmoni dengan bunga. Terdapat sejumlah 10 karya seni, termasuk empat ruang pameran yang luas dan dua taman.

Dengan mengasyikkan keseluruhan jasad dengan orang lain di dalam karya seni badan yang mengasyikkan yang luas ini, batasan di antara jasad dan karya seni lesap, batasan di antara diri sendiri, lain-lain, dan dunia menjadi sesuatu yang berterusan, dan kita menerokai satu perhubungan baharu tanpa batasan di antara diri kita dan dunia.

Pelawat memasuki muzium itu dengan berkaki ayam, dan menjadi asyik sepenuhnya dengan pelawat lain di ruang-ruang kerja seni yang luas.

Butiran Pameran: planets.teamlab.art/

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14730

KONSORTIUM IMUGS MENUNJUKKAN KEUPAYAAN BERPASUKAN BERAWAK-TANPA PEMANDU, DIKETUAI OLEH MILREM ROBOTICS




TALLIN, Estonia, 30 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Konsortium di sebalik iMUGS itu, sebuah projek 32,6 MEUR dengan matlamat untuk mengembangkan sistem bumi tanpa pemandu standard Eropah (UGS), menunjukkan hasil daripada fasa pertama projek itu – menyebarkan sistem tanpa pemandu ke medan perang dan bekerjasama dengan unit dan kenderaan berawak. Demonstrasi itu telah dipelopori oleh penyelaras konsortium itu, pemaju robotik dan sistem berautonomi terkemuka Eropah Milrem Robotics.

Semasa iMUGS (Sistem Bumi Tanpa Pemandu Modular Bersepadu), sebuah kerangka berskala dan selamat siber, modular bagi sistem berawak-tanpa pemandu hibrid akan dibangunkan untuk menyeragamkan sebuah ekosistem seluruh Eropah untuk platform udara dan darat, arahan, kawalan dan peralatan komunikasi, sensor, muatan, dan algoritma. Menangani cabaran operasi termasuk peningkatan saling kendali, peningkatan kesedaran situasi dan pengambilan keputusan yang lebih cepat.

Sistem itu akan menggunakan sebuah kenderaan darat tanpa pemandu yang sedia ada – THeMIS dari Milrem Robotics – dan satu senarai khusus muatan.

“Objektif utama bagi projek iMUGS itu adalah untuk mengintegrasikan sistem robotik dengan teknologi berawak yang sedia ada ke dalam pasukan pertahanan Eropah untuk menambahkan satu keupayaan baharu yang akan mengawasi keupayaan musuh kita,” kata Kuldar Väärsi, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Milrem Robotics. Beliau menyatakan bahawa iMUGS akan menyumbang kepada autonomi strategik bagi Kesatuan Eropah dan mengukuhkan kerjasama di antara negara-negara anggota.

Semasa demonstrasi pertama itu, rakan konsortium memperlihatkan cara bagaimana THeMIS itu dapat dikerahkan ke medan perang dengan menggunakan Kereta Perisai Anggota (APC) yang biasa dan bekerjasama dengan sistem udara tanpa pemandu. Teknologi khusus yang digunakan adalah Boxer APC oleh Krauss-Maffei Wegmann (KMW) dan sebuah dron yang ditambat oleh Acecore Technologies. Sebuah dron berbilang pemutar oleh Atlas Dynamics juga merupakan sebahagian daripada senario itu.

Secara keseluruhan dua senario telah dimainkan dengan kerjasama Pasukan Pertahanan Estonia.

Dalam senario pertama itu, THeMIS yang diintegrasikan dengan dron Acecore yang ditambat telah dikendalikan di Luar Garis Tampak (BLOS) oleh anggota tentera dan digunakan untuk mengesan dan mensasarkan satu kedudukan musuh. Setelah menentukan sasaran itu, tembakan tidak langsung telah diarahkan dan tinjauan semula selepas tindakan telah dilakukan dengan menggunakan rakaman dron itu.

Tujuan bagi senario kedua itu adalah untuk mendapatkan kembali seorang yang cedera daripada sebuah kenderaan yang terhempas dan kemudian mengambil kembali kenderaan tersebut. Kedua-dua aksi itu telah dilakukan dengan THeMIS UGV sementara Boxer itu menunda UGV itu ke kawasan misi dan dron Atlas menyediakan pengawasan dan kesedaran situasi.

“Demonstrasi itu mengesahkan bahawa kita mempunyai interaksi di antara sistem berawak dan tanpa pemandu, serta interaksi bagi perkakasan dan perisian, di bawah kawalan,” kata Thomas Reining, Pengurus Projek iMUGS di Krauss-Maffei Wegmann.

Keperluan bagi UGS yang diseragamkan itu telah ditetapkan oleh tujuh negara anggota EU: Estonia, ketua bagi projek itu, dan Belgium, Finland, Perancis, Jerman, Latvia, dan Sepanyol.

“Semua negara yang mengambil bahagian telah menunjukkan minat yang besar dalam menyumbang kepada pengembangan UGS Eropah,” kata Martin Jõesaar, pegawai projek iMUGS di Estonia Center for Defense Investments. “Negara-negara itu memahami bahawa mereka harus berkembang dengan industri itu untuk mengintegrasikan teknologi baharu semacam ini dengan pantas dan membimbing industri ke arah penyelesaian terbaik.”

iMUGS adalah satu kerjasama di antara 13 pihak: Milrem Robotics (penyelaras projek), Talgen Cybersecurity, Safran Electronics & Defense, NEXTER Systems, Krauss-Maffei Wegmann, Diehl Defence, Bittium, Insta DefSec, (Un)Manned, dotOcean, Latvijas Mobilais Telefons, GMV Aerospace and Defence, dan Royal Military Academy dari Belgium.

Saksikan Demo 1 Senario 1 di sini - https://youtu.be/wAQHPdmm48M

Saksikan Demo 1 Senario 2 di sini - https://youtu.be/2vobuDOcfDA 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14728

SMARTPOOLS® TERBUKTI SEBAGAI SEBUAH PENGUBAH KEADAAN SEMASA SEKATAN PERGERAKAN PANDEMIK.

 


Table
 
SmartPools® yang memenangi anugerah telah muncul sebagai sebuah jenama kolam renang dan gaya hidup antarabangsa yang terkemuka selama lebih satu dekad. Ia telah menambat hati pemilik rumah dan meningkatkan nilai bagi hartanah mereka. (Foto: Business Wire)


KUALA LUMPUR, Malaysia, 1 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sejak tahun 2007, beribu-ribu pemilik kediaman SmartPools® di seluruh dunia telah menggunakan fungsinya yang mengagumkan bagi pelbagai faedah kesihatan. Kolam renang sememangnya telah menarik perhatian pemilik rumah ketika mereka terperap di rumah untuk menghindari daripada pandemik koronavirus. “Kami telah melihat satu lonjakan di dalam pesanan pelanggan semasa sekatan pergerakan kerana kolam renang memberikan kepada pemilik rumah dengan pelepasan kesihatan yang sempurna daripada dunia luar yang tidak menentu dan menakutkan,” kata Maria Cherk, Pengarah Strategi untuk SmartPools Sdn Bhd.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20210623005995/en/

SmartPool® telah sememangnya menjadi sanjungan bagi selebriti global, peminat kecergasan dan pemilik rumah pada setiap hari disebabkan oleh alasan ini. SmartPool® yang pelbagai fungsi dan serba boleh itu melayani kanak-kanak, orang tua dan semua orang di antara mereka.

Sistem SmartPools LAPS® adalah sebuah sistem pendorongan air yang dipacu oleh volum berbanding dengan sistem yang didorong oleh tekanan (jakuzi konvensional). Air di dalam kolam bergerak seperti sebuah sungai, pada suhu yang lebih 30,000 liter seminit. Akibatnya, perenang melakukan kuak di satu tempat yang bergerak melawan arus yang seimbang dan melakukan senaman yang bersungguh-sungguh. Berenang, hidroterapi, dan aerobik air, memberikan pelbagai manfaat kesihatan yang didokumentasikan termasuk meningkatkan imuniti, kawalan tekanan, tidur yang lebih baik, dan peredaran darah yang dipertingkatkan.

SmartPools® International, sebahagian daripada kumpulan Ascenteus Holdings yang beribu pejabat di Malaysia telah muncul sebagai sebuah kontraktor jurubina kolam renang yang terkemuka di Asia yang melayani pemilik rumah, hospital, pusat kesihatan serta pemaju hartanah terkemuka. Struktur Komposit Gred Marin Lanjutan (AMGC) mereka adalah sebuah teknologi revolusioner yang menggabungkan kelenturan kolam renang kaca gentian dengan kekuatan dan ketahanan seperti keluli tahan karat. Gabungan proprietari ini telah terbukti menjadi sebuah impian yang menjadi kenyataan bagi pemilik kolam kerana ia dapat bertahan selama beberapa dekad. Oleh kerana SmartPool® telah direka untuk kemudahan yang maksimum, pemasangan dan penyelenggaraan menjadi mudah. Harganya yang menarik dan berpatutan juga menjadi satu faktor utama yang mempengaruhi keputusan pembelian.

SmartPool® telah memenangi banyak anugerah antarabangsa disebabkan oleh reka bentuknya yang teguh, ringan, kalis cuaca dan berkualiti tinggi. Sebagai contoh, Arena Debut yang berukuran 4.5 m x 2.4 m berupaya untuk menyokong berat cecair lebih dari 10,000 kg, sementara berat kering bagi struktur itu sendiri adalah kurang dari 500 kg (Kolam boleh kembung atau Intex adalah lebih ringan tetapi tidak bertahan lama). “SmartPool adalah hampir 20 kali lebih ringan berbanding dengan kolam konkrit sambil menampung jumlah air yang sama. Sebuah pengubah keadaan yang sebenarnya kerana ini memungkinkannya untuk berada di atas tanah, atau di permukaan tanah. Mungkin ini adalah sebabnya mengapa SmartPool telah dianugerahkan dengan Pensijilan Hijau yang berprestij, satu tanda penghargaan yang tidak diperoleh oleh produk kolam yang lain di mana pun di dunia,” kata Faizan Khan, Pengerusi Eksekutif bagi SmartPools Sdn Bhd.

Ketika sekatan pergerakan pandemik itu berlalu, kolam renang dan hidroterapi menjanjikan kepulangan yang sihat dan merangsangkan bagi pemilik kediaman. SmartPool® yang serba boleh itu menjadikan semuanya mungkin.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210623005995/en/

Hubungi

Nama: Adam Jamal
Telefon:+6012 785 0019
E-mel: adam@smartpools.com.my
Laman Web:https://www.smartpools.com.my

Sumber : SmartPools Sdn Bhd

Univar Solutions Menyelesaikan Pengambilalihan Perniagaan Lavo Bulk di Kanada

Transaksi ini mengukuhkan kehadiran syarikat di Kanada Timur serta memperluas penyelesaian dan keupayaan kimia yang saling melengkapi untuk...