Tuesday, February 9, 2021

LIVERAMP AKAN MEMPEROLEHI DATAFLEETS UNTUK MEMPERKASAKAN KERJASAMA DATA TERAGIH BAGI GENERASI SETERUSNYA

Memperluaskan Keupayaan Perlindungan Data

Menyediakan Perusahaan dengan Kelenturan Maksimum dan Kawalan ke atas Data – Di mana sahaja Data Berada

Memperluaskan Peluang Pasaran Tempat Selamat


SAN FRANCISCO, 9 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- LiveRamp® (NYSE: RAMP), platform penyambungan data terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa ia telah mengadakan satu perjanjian muktamad untuk memperoleh DataFleets, sebuah platform data awan yang membolehkan silo data disatukan tanpa perlu memindahkan data atau menjejaskan privasi. Pemerolehan ini memperluaskan keupayaan perlindungan data LiveRamp untuk membuka akses dan kawalan data yang lebih besar bagi pelanggan mereka. Di samping itu, urus janji itu membuka kes penggunaan baharu dan juga pasaran baharu bagi kerjasama data teragih melalui Tempat Selamat LiveRamp.

LIVERAMP AKAN MEMPEROLEHI DATAFLEETS UNTUK MEMPERKASAKAN KERJASAMA DATA TERAGIH BAGI GENERASI SETERUSNYA

"BELANJAWAN 2021 : DIGITALISASI BANTU PKS DAN USAHAWAN MIKRO TRANFORMASI PERNIAGAAN"

KOTA BHARU 8 Feb (Bernama) -- Mengapa digitalisasi mampu transformasikan perniagaan pada hari ini? Penggunaan automasi dan teknologi digital dalam perniagaan ketika krisis pandemik Covid-19 adalah jalan terbaik untuk membolehkan pertumbuhan ekonomi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Usahawan Mikro meningkatkan kecekapan dan daya saing dan seterusnya menjana keuntungan.

Justeru, teknologi digital, seperti internet dan teknologi mudah alih telah mengubah sektor perindustrian terutamanya berkaitan pengoperasian dan menyusun atur syarikat kerana ciri-ciri dan kepantasan inovasi teknologi digital. Selain itu, teknologi kecerdasan buatan atau lebih dikenali sebagai Artificial Intelligence (AI) turut dilhat mampu mengautomasikan operasi dan kerja dengan lebih menjimatkan banyak masa dan tenaga manusia.

Namun, tidak mudah bagi syarikat atau usahawan PKS untuk menerima dan mengaplikasikan transformasi digital dalam perniagaan mereka. Justeru, kerajaan memperuntukkan pelbagai inisiatif serta bantuan pembangunan teknologi digital kepada PKS dan Usahawan Mikro pada Belanjawan 2021 baru-baru ini untuk memberi nafas baharu kepada PKS meneruskan perniagaan mereka.
 
Dalam Belanjawan 2021 kerajaan telah memperkenalkan geran khas Skim Transformasi Digitalisasi Industri melalui Bank Pembangunan Malaysia (BPMB) kepada PKS, menerusi geran BPMB itu sebanyak RM1 bilion diperuntukkan yang bertujuan untuk meningkatkan pembangunan digitalisasi dalam perniagaan.
 
Selain itu, RM150 juta sebagai dana tambahan turut diperuntukan untuk mendukung kepada automasi dan modenisasi iaitu melalui Skim Geran Digitalisasi dan Geran Automasi.
 
Melalui peruntukan geran ini, PKS mikro dan syarikat layak memohon dengan syarat sekurang-kurangnya enam bulan telah beroperasi. Justeru, penyediaan dana khas teknologi digital ini dapat membantu industri PKS menuju ke arah globalisasi, meningkatkan daya saing dan persaingan yang lebih kompetitif.
 
PELUANG PERLUASAN DAN PERTUMBUHAN UNTUK PKS
 
Sebelum wujudnya era 'norma baharu', terdapat banyak cara yang dapat dilakukan oleh PKS untuk mengembangkan perniagaan mereka dan merancang pertumbuhan. Diantaranya ialah dengan membangunkan corong jualan, membuat program kesetiaan pelanggan, mempelajari persaingan dengan lebih mendalam, membentuk persekutuan strategi, bekerja dengan data raya untuk mengenalpasti kelompok pelanggan yang berpotensi, mempertimbangkan model francais dan banyak lagi.
 
Namun, apabila fenomena 'norma baharu' masuk ke dalam lanskap ekonomi Malaysia, pilihan ini menjadi kurang relevan lagi bagi PKS. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di era 'norma baharu' telah membatasi pergerakan dalam aktiviti perniagaan dan menyulitkan mobiliti perniagaan dari satu lokasi ke lokasi lain.
 
Akibatnya, ia telah melambatkan pengembangan kemajuan dan membantut pertumbuhan PKS. Dengan mengambil kira kekangan dan limitasi yang dihadapi oleh PKS ini, Kerajaan melalui Bajet 2021 telah mengusulkan satu usaha untuk mendukung pengembangan bidang sains dan teknologi.
 
Oleh itu, kerajaan akan memperuntukkan RM400 juta ringgit khusus untuk membiayai projek-projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam usaha mencipta dan mencari cara baru untuk membantu perluasan dan pertumbuhan PKS melalui penggunaan teknologi.
 
Dengan itu, RM20 juta ringgit lagi diperuntukkan dalam mewujudkan kepakaran dalam bidang sains dan teknologi.
 
Mengikuti perkembangan aktiviti digitalisasi yang sedang dijalankan oleh kerajaan, PKS dan Perusahaan Mikro termasuk di dalam gelombang pertama pengembangan pengembangan perniagaan seperti sejumlah RM 150 juta ringgit untuk program latihan dan bantuan penjualan serta peralatan digital. Ini melibatkan 10 ribu pengusaha tempatan untuk mendorong penerapan e-dagang di bawah kempen PKS e-dagang dan PKS Mikro.
 
Menurut Forbes, syarikat yang masih belum melaburkan perniagaan mereka kepada digitalisasi pada tahun 2020 berkemungkinan besar tidak akan dapat bertahan pada tahun 2021. Transformasi digital adalah suatu kemestian bagi setiap perniagaan pada masa kini dalam memastikan kelestarian perniagaan mereka.
 
Pada Belanjawan 2021, kerajaan telah memperuntukkan RM150 juta untuk inisiatif “Shop Malaysia Online” sebagai usaha mendorong PKS memasuki ekonomi digital dengan menggunakan platform e-commerce.
 
Semua PKS harus merebut peluang untuk menukar operasi tradisional mereka ke platform dalam talian. Di samping itu, kerajaan juga memperuntukkan RM 100 juta dalam Belanjawan 2021 untuk latihan ICT untuk meningkatkan kemahiran digital rakyat Malaysia.
 
Untuk pulih, banyak PKS telah memutuskan untuk mengekalkan produk mereka namun mengubah model perniagaan dan mengambil pendekatan perniagaan secara dalam talian. Oleh itu, kerajaan telah memperuntukkan bajet untuk membantu PKS menyiapkan diri dengan lebih pantas ke arah digitalisasi.
 
PKS telah disarankan untuk menyertai jaringan program Jaringan Prihatin dan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang diperkenalkan oleh kerajaan dalam Belanjawan 2021.
 
Salah satu objektif Belanjawan 2021 adalah untuk memberi tumpuan kepada kelangsungan perniagaan. Lebih banyak dana diperuntukkan untuk menyokong aktiviti keusahawanan agar dapat bertahan dalam ekonomi yang mencabar saat ini.
 
Dana ini turut menawarkan peluang perniagaan baru kepada PKS terutamanya perusahaan mikro dan pengusaha wanita. Apa yang lebih penting adalah kerajaan juga melakukan banyak usaha untuk mendorong PKS untuk memperoleh daya saing dengan mengaplikasikan teknologi IR4.0 dan digital dalam operasi perniagaan mereka kerana RM1 juta telah diperuntukkan untuk sektor ini.
 
Disamping itu, Belanjawan 2021 telah memperuntukkan RM100 juta untuk program latihan melalui Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF). Oleh itu, ia membuka peluang kepada pemilik perniagaan yang prihatin terhadap kemampuan digital pekerja mereka untuk mengambil tindakan untuk meningkatkan kemahiran pekerja mereka dan sekaligus mampu berdaya saing dengan pengusaha kecil yang lain.
 
Sebagai contoh, program transformasi perniagaan adalah salah satu pendekatan kerajaan bagi meningkatkan kemampuan perniagaan bersaiz mikro dan kecil dalam mengharungi norma perniagaan baru. Tambahan lagi, kempen promosi digitalisasi PKS seperti insentif e-commerce dan geran digitalisasi dan automasi mencerminkan usaha serius kerajaan untuk meningkatkan daya saing PKS. 

Tidak keterlaluan untuk mengatakan Belanjawan 2021 telah berjaya menyediakan program sokongan komprehensif dalam mempersiapkan PKS untuk menghadapi ketidaktentuan ekonomi ekoran wabak covid-19.
 
Justeru, sistem penyampaian yang cekap dan berkesan sangat diperlukan agar semua insentif dan sokongan yang digariskan dalam Belanjawan 2021 dapat memberi manafaat kepada semua PKS.

Manakala adalah penting untuk PKS menggunakan semua insentif dan program sokongan dengan efisyen agar objektif dan aspirasi kerajaan tercapai.
 
Penulis : Dr. Siti Afiqah Zainuddin adalah Pensyarah Kanan Jabatan Perniagaan dan Perakaunan Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
 
SUMBER : Pusat Komunikasi Korporat, Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14229 

Monday, February 8, 2021

WORLDREMIT BEKERJASAMA DENGAN PALAWAN PAWNSHOP DI FILIPINA UNTUK MEMBOLEHKAN WARGA FILIPINA MENGAMBIL WANG TUNAI DI LEBIH BANYAK LOKASI PADA 2021 INI

 WorldRemit menyambut tahun baharu dengan sebuah rakan pembayaran kiriman wang yang baharu



MANILA, Filipina, 9 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- WorldRemit, sebuah perniagaan pembayaran rentas sempadan digital yang terkemuka mengalu-alukan tahun baharu dengan sebuah rakan pembayaran kiriman wang yang baharu di Filipina dengan Palawan Pawnshop. Melalui perkongsian ini, penerima WorldRemit kini boleh secara terus menyatakan WorldRemit ketika menuntut pengiriman wang mereka di lebih  3,300 cawangan Palawan Pawnshop di seluruh negara, dan di 2,000 lokasi rakan mereka juga.

“Di WorldRemit, kami ingin memastikan kiriman wang dikirim kembali ke Filipina dengan cepat dan selamat, dan agar penerima dapat menuntut mereka dengan mudah di mana sahaja mereka berada. Dengan menjalin kerjasama dengan Palawan Pawnshop, kami terus membangunkan jaringan kami yang sudah mantap di negara itu dengan 25,000 lokasi rakan kutipan tunai dengan menambahkan 5,000 lagi,” kata Earl Melivo, Pengarah Negara Filipina bagi WorldRemit.

Dengan pengembalian semula bagi sekatan pergerakan di negara-negara pengirim dan keterbatasan pergerakan yang berterusan di Filipina, peranan bagi penyedia perkhidmatan digital seperti WorldRemit terbukti penting dalam menghubungkan orang dengan orang yang mereka sayangi dan memastikan aliran pengiriman wang yang berterusan.

“Matlamat kami di WorldRemit adalah untuk menjadikan perkhidmatan kewangan digital lebih mudah diakses oleh pengirim dan penerima. Dengan ketibaan tahun 2021, kami terus berusaha membangunkan teknologi kami dan pada masa yang sama meningkatkan jaringan rakan kongsi kami untuk menyediakan ketenangan kepada Pekerja Filipina di Luar Negara (OFW) bahawa mereka dapat terus menyara keluarga mereka di kampung halaman,” kata Melivo.

“Kumpulan Palawan Pawnshop dan Palawan Express Pera Padala terus melayani keperluan kewangan warga Filipina setiap hari. Dengan menjadi sebuah kedai wang untuk perkhidmatan kewangan, kami membantu keluarga Filipina menjalani kehidupan yang lebih baik. Kiriman wang bukan hanya untuk perbelanjaan seharian, tetapi mereka juga menjadi diploma, rumah, dan mata pencarian bagi sesama kita,” kata Lilian Concepcion C. Selda, Naib Presiden bagi Kewangan dan Kawalan bagi Palawan Pawnshop.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara bagaimana anda boleh mengirim dan menerima wang dengan mudah melalui WorldRemit, sila layari: www.worldremit.com. Anda boleh memuat turun aplikasi WorldRemit di Google Play dan di App Store.

Maklumat mengenai WorldRemit

WorldRemit adalah sebuah perniagaan pembayaran rentas sempadan digital yang terkemuka. Kami mengganggu sebuah industri yang sebelum ini dikuasai oleh pemain legasi luar talian dengan melakukan pemindahan wang antarabangsa secara dalam talian - menjadikannya lebih selamat, lebih pantas dan mengurangkan kos. Kami pada masa ini menghantar dari 50 buah negara kepada lebih 150 buah negara, beroperasi di 6,500 koridor pemindahan wang di seluruh dunia dan menggunakan lebih 1,100 orang di seluruh dunia.

Dari segi penghantaran WorldRemit adalah 100% digital (tanpa tunai), meningkatkan kemudahan dan mempertingkatkan keselamatan. Bagi mereka yang menerima wang, syarikat itu menawarkan pelbagai pilihan termasuk deposit bank, kutipan tunai, tambah nilai masa siaran mudah alih dan wang mudah alih.

Dengan disokong oleh Accel, TCV dan Leapfrog – ibu pejabat WorldRemit berada di London, United Kingdom dengan mempunyai pejabat serantau di Amerika Syarikat, Kanada, Australia, New Zealand, Hong Kong, Singapura, Malaysia, Filipina, Afrika Selatan, Somaliland, Uganda, Kenya, Rwanda, Tanzania, Zimbabwe dan Belgium.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.worldremit.com

Maklumat mengenai Palawan Pawnshop

Palawan Pawnshop – Palawan Express Pera Padala adalah sebuah kedai wang sehenti yang menawarkan pelbagai perkhidmatan kewangan kepada rakyat Filipina di seluruh negara, tujuh hari seminggu, selama 35 tahun sekarang. Ditubuhkan pada 17 Ogos, 1985 di Puerto Princesa City yang menawarkan pembrokeran pajak gadai sahaja, ia telah memperluaskan perkhidmatannya kepada pengiriman wang, pertukaran mata wang asing, pembayaran kiriman wang antarabangsa, pembayaran ke akaun bank, pengeluaran kad tunai/ATM, pembayaran bil, insurans kemalangan, e -muatan dan kiriman wang dalam talian.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210208005918/en/

Hubungi

Untuk Pertanyaan Media
Kyara Kwan
Ketua PR APAC
WorldRemit
kkwan@worldremit.com

Sumber : WorldRemit

PELAJAR UMK HASILKAN INOVASI SOS PENCICAH NANAS DAN SOS STRAWBERI BERCILI

KOTA BHARU, 8 Feb (Bernama) -- Pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Agroteknologi), Fakulti Industri Asas Tani (FIAT), Amirul Shahadam Suhasmadi, memanfaatkan buah nanas dan strawberi yang banyak ditanam di negara ini untuk menghasilkan produk inovasi Sos Cili berperisa tanpa bahan pengawet.

Produk inovasi yang dihasilkan adalah Sos Cili berperisa Strawberi, Sos Pencicah Perisa Nanas dan Sos Pencicah perisa Ketumbar yang mula dijual di pasaran pada bulan November 2020.

Amirul Shahadam yang mengusahakan perniagaan sos cili berperisa sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran penularan Pandemik COVID-19 bersama dua rakan kongsi dengan menggunakan beberapa bahan utama lain.

Menurut Amirul Shahadam, produk tersebut adalah hasil idea beliau sendiri setelah melihat sos cili di pasaran tidak variasi dan kebanyakan pengusaha menghasilkan sos cili yang lebih kurang sama dan hanya berbeza pada jenama sahaja.

Katanya, bermula dari idea itulah tercetusnya produk sos cili berjenama Bell yang diusahakan bersama dua rakan kongsinya.

“Tambahan pula, saya sedang menjalankan projek penyelidikan akhir berkaitan pertumbuhan vegetatif pokok cili padi dan melihat belum ada produk sos dan sos pencicah berperisa di pasaran.

“Justeru, saya cuba untuk mempelbagaikan perisa sos dan pada masa yang sama untuk mengekalkan bahan-bahan asas seperti sos yang terdapat di pasaran,” katanya.

Selepas enam bulan berada dalam pasaran, Amirul mengambil peluang dengan menggunakan platform media sosial seperti Instagram, Facebook dan Shopee pada tempoh PKP masih lagi berkuatkuasa.

Katanya, dalam tempoh promosi itu produk sos berperisa yang diperkenalkan mendapat respon baik dari pelanggan dan produk sos cilinya telah mencatatkan jualan lebih 4000 botol setiap bulan.

“Selain dijual secara online, produk sos Bell turut dipasarkan secara offline di kedai-kedai runcit di sekitar Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Pasir Mas, Jeli dan Tanah Merah.

Walaupun Amirul Shahadam mengambil jurusan berasaskan pertanian tetapi beliau tidak kekok untuk menceburi bidang perniagaan PKS berikutan peluang menimba ilmu keusahawanan di UMK telah digunakan sebaik-baik mungkin.

Syarikatnya yang berdaftar dengan Syarikat Siswa Universiti (SSU) dibawah seliaan Pusat Pendidikan dan Pembangunan Keusahawanan (CEED) di bawah Institut Keusahawanan Universiti Malaysia Kelantan (UMKEI).

Pada permulaan perniagaan, Amirul pernah memohon Skim Pinjaman Mikro, yang disediakan UMKEI sebagai pembiayaan awal untuk memajukan syarikatnya.

“Saya mendaftar SSU untuk memohon kiosk perniagaan di UMK Kampus Jeli. Dalam tempoh itu perniagaan di UMK, saya menghadiri pelbagai program-program keusahawanan yang dijalankan oleh UMKEI dan bermula dari situ timbul minatnya untuk menceburi bidang keusahawanan secara serius.

“Penglibatannya dalam aktiviti keusahawanan yang dianjurkan oleh UMKEI telah menemukan saya dengan beberapa pensyarah berpengalaman dalam bidang perniagaan seperti Dr. Wan Mohd Nazdrol Wan Mohd Nasir yang merupakan mentor dan pensyarah pembimbing untuk perniagaan sos jenama Bell.

“Saya berharap perniagaan ini dapat pergi lebih jauh dan bercita-cita untuk mengembangkan perniagaan ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya mengakhiri perbualan.

SUMBER : Pusat Komunikasi Korporat, Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Encik Mohd Adzwan Bin Kamaruzaman
Tel: 0199811719
Emel: adzwan@umk.edu.my

Nama: Syarimie Wosley
Tel: 019 9681001
Emel: syarimie@umk.edu.my

--BERNAMA

Saturday, February 6, 2021

TOSHIBA MELANCARKAN GEGANTI FOTO BERARUS TINGGI 100V UNTUK PERALATAN PERINDUSTRIAN




TOKYO, 5 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”) telah melancarkan “TLP241B,” sebuah geganti foto berarus tinggi di dalam sebuah pakej DIP4 untuk peralatan perindustrian seperti pengawal logik yang boleh diprogramkan dan antara muka I/O. Sampel dan kuantiti pengeluaran tersedia sekarang.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:  
https://www.businesswire.com/news/home/20210204005495/en/
 
TLP241B telah mengintegrasikan MOSFET berdasarkan kepada proses U-MOS bagi generasi terbaharu Toshiba. Dengan TLP241B, voltan terminal output OFF-state telah dilanjutkan kepada 100V, satu peningkatan 150% dari 40V bagi TLP241A semasa. Ia ditempatkan di dalam sebuah pakej DIP4 yang serba boleh, dan merupakan produk DIP4 yang pertama[1]  di dalam industri itu yang menyampaikan voltan terminal output 100V OFF-state, arus ON-state 2A dan voltan pengasingan 5kV. Perluasan penarafan ini merangkumi pelbagai aplikasi.

TLP241B boleh menggantikan sebuah geganti mekanikal sentuhan 1-Form-A. Tidak seperti geganti mekanikal, TLP241B tidak mempunyai sentuhan yang bergerak untuk turun mutu. Ciri-ciri pemacu arus rendahnya juga meningkatkan jangka hayat produk. Manfaat lain adalah masa tindak balas yang cepat dan penjimatan ruang PCB disebabkan oleh ukuran pakej yang lebih kecil.
 
Oleh kerana penarafan suhu kendalian maksimum adalah 110℃, margin reka bentuk suhu bagi peralatan adalah lebih mudah untuk diperoleh.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14227

Friday, February 5, 2021

IVANTI DIIKTIRAF SEBAGAI PENERAJU 2020-2021 IDC MARKETSCAPE UNTUK PERISIAN UEM SEDUNIA

 Ivanti diiktiraf kerana keupayaan keselamatan yang mendalam, sokongan mantap untuk pelbagai jenis peranti dan capaian rangkaian yang meluas


SALT LAKE CITY, 4 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Ivanti, platform automasi yang membantu menjadikan setiap sambungan IT lebih pintar dan lebih selamat, hari ini mengumumkan yang ia telah diisytiharkan sebagai Peneraju di IDC MarketScape: Penilaian Vendor Pengurusan Titik Akhir Bersepadu Sedunia 2020-2021 (doc #US46957820, Januari 2021).  Pengiktirafan ini menyusul selepas Ivanti mengambilalih MobileIron, penyedia untuk penyelesaian UEM yang berpusat kepada mudah alih.

“Kami percaya ini mengesahkan yang Ivanti/MobileIron menyediakan salah satu penyelesaian UEM menyeluruh yang kukuh untuk peranti mudah alih dan komputer peribadi (PC),” kata Alan Braithwaite, pengarah kanan pengurusan produk di Ivanti. “Pengambilalihan MobileIron mempercepatkan pelan UEM kami dengan membantu membolehkan kami untuk menemukan, mengurus dan menjamin sebarang titik akhir dalam mana-mana rangkaian. Melihat ke hadapan, kami berada pada kedudukan yang baik untuk memberikan lebih nilai kepada para pelanggan kami dengan menyediakan platform yang benar-benar bersepadu yang menyatukan UEM, keselamatan dan barisan pengurusan perkhidmatan IT kami dan membolehkan para pelanggan melakukan penjagaan, menjamin keselamatan dan melakukan servis sendiri secara proaktif dan autonomi terhadap peranti dalam ‘everywhere enterprise’ (perusahaan yang mana kakitangan boleh bekerja di mana sahaja mereka berada).”

Hari ini, penyelesaian UEM Ivanti meningkatkan produktiviti pengguna dan IT dengan membantu pentabir-pentadbir IT mengumpulkan data peranti yang lengkap, mengautomasikan perisian aturan OS, mengubahsuai persekitaran ruang kerja berdasarkan keperluan dan memperbaiki isu-isu pengguna dengan cepat.  Ia memudahkan proses-proses pengurusan dengan menyepadukan tindakan dengan penyelesaian IT melalui penggunaan konsol Ivanti tunggal dan memberikan automasi merentas sistem-sistem yang pelbagai, termasuk Windows, Mac, ChromeOS, Linux, Unix, iOS, Android, dan peranti-peranti IoT.

Menurut laporan IDC MarketScape, “Ivanti/MobileIron memiliki sokongan kukuh untuk titik akhir Windows dan macOS, pada tahap yang terperinci, termasuklah OS dan penapungan pihak ketiga, inventori perkakasan/perisian, kawalan jauh, penyediaan aplikasi dan sokongan untuk fungsi-fungsi dan ciri-ciri pengurusan legasi, seperti pengimejan peranti untuk Windows dan Mac), sokongan pengurusan GPO (Windows), pengurusan dan persediaan pencetak (Windows/macOS) dan pengedaran app moden dan legasi (Windows macOS) (pengedaran fail DMG dan sokongan Mac App Store yang diuruskan).”

“Dengan megambil alih MobileIron, Ivanti memperluas kemampuannya dalam pengurusan dan keselamatan titik akhir moden untuk menjadi peneraju yang mantap dalam UEM. Syarikat gabungan ini juga mempunyai rangkaian global pengendali mudah alih, penjual semula, dan rakan kongsi yang meluas dalam perisian infrastruktur perusahaan,” kata Phil Hochmuth, naib presiden program mobiliti perusahaan di IDC. "Dengan kekuatan masing-masing, perusahaan-perusahaan dan SMB (perniagaan kecil dan sederhana) yang  ingin memusatkan fungsi dan alat pengurusan mobiliti mereka harus mempertimbangkan Ivanti."

Untuk mengakses petikan laporan percuma, klik di sini.

Mengenai IDC MarketScape:

Model penilaian vendor IDC MarketScape direkabentuk untuk memberikan gambaran menyeluruh mengenai kecergasan pembekal ICT (teknologi maklumat dan komunikasi) yang kompetitif di pasaran tertentu. Metodologi penyelidikan menggunakan metodologi pemarkahan yang ketat berdasarkan kriteria kualitatif dan kuantitatif yang menghasilkan satu gambaran grafik kedudukan setiap vendor dalam pasaran tertentu. IDC MarketScape menyediakan kerangka kerja yang jelas di mana penawaran, keupayaan dan strategi produk dan perkhidmatan, dan faktor kejayaan pasaran semasa dan masa depan vendor IT dan telekomunikasi dapat dibandingkan secara bermakna. Rangka kerja ini juga memberikan penilaian teknologi 360 darjah kepada pembeli teknologi mengenai kekuatan dan kelemahan vendor semasa dan bakal vendor.
 
Mengenai Ivanti

Platform automasi Ivanti menjadikan setiap sambungan IT lebih pintar dan selamat merentas pelbagai jenis peranti, infrastruktur dan kakitangan. Dari PC dan peranti mudah alih hingga kepada infrastruktur komputer meja maya dan pusat data, Ivanti menemukan, mengurus, menjamin keselamatan dan melakukan servis aset IT daripada awan sehingga ke mana-mana bahagian dalam ‘everywhere enterprise’ - sambil menyediakan pengalaman mengikut keperluan kakitangan. Data korporat mengalir bebas ke seluruh peranti dan pelayan dalam ‘everywhere enterprise’, memberi peluang kepada pekerja untuk menjadi produktif di mana sahaja mereka bekerja dan dengan apa cara sekalipun mereka bekerja. Ivanti beribu pejabat di Salt Lake City, Utah dan mempunyai pejabat di seluruh dunia. Untuk maklumat  lanjut, lawati www.ivanti.com dan ikuti @GoIvanti.


Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20210203005014/en/

Hubungi

Jenny Pfleiderer
Jenny.Pfleiderer@ivanti.com

Sumber : Ivanti

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14224

Thursday, February 4, 2021

LEDDARTECH MENGUMUMKAN PELANTIKAN YANN DELABRIÈRE KEPADA LEMBAGA PENGARAHNYA

 QUEBEC CITY, 3 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, peneraju global dalam ADAS Tahap 1-5 dan teknologi penderiaan AD, berasa sukacita untuk mengumumkan penyertaan pelantikan En.Yann Delabrière kepada Lembaga Pengarahnya, yang meningkatkan lagi kepakaran kepelbagaian dan industri Lembaga.


En.Delabrière mempunyai pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam jawatan eksekutif kanan dalam industri aeroangkasa, identiti, keselamatan dan automotif.En.Delabrière menjawat peranan Pengarah Bukan Eksekutif ST Microelectronics buat masa ini.Beliau juga sedang memegang jawatan Pengerusi Lembaga IDEMIA, peneraju global dalam realiti terimbuh, yang sebelum ini beliau berkhidmat sebagai Presiden dan CEO.En.Delabrière juga bertindak sebagai Pengarah Bebas Utama Alstom S.A., sebuah gergasi industri yang membangunkan dan memasarkan sistem bersepadu yang menyediakan asas mampan untuk masa hadapan pengangkutan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14221

Univar Solutions Menyelesaikan Pengambilalihan Perniagaan Lavo Bulk di Kanada

Transaksi ini mengukuhkan kehadiran syarikat di Kanada Timur serta memperluas penyelesaian dan keupayaan kimia yang saling melengkapi untuk...