Wednesday, January 16, 2019

BLINQ AKAN MELANCARKAN E-DAGANG MEWAH KE ASIA TENGGARA

SINGAPURA, 14 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Usahawan yang berpengalaman Bob Chua kini kembali dengan usaha niaga terbaru beliau, BlinQ, yang memberi tumpuan kepada ruang e-dagang fesyen mewah yang pesat berkembang di Asia. Selepas dua jalan keluar Data Besar yang berjaya dan sebuah IPO di Bursa Saham London, Chua berhasrat untuk menguasai apa yang beliau percaya adalah sebuah pasaran yang belum diterokai.

Pasaran mewah peribadi itu pada masa ini dianggarkan bernilai $300 bilion dan akan berkembang kepada $500 bilion menjelang tahun 2020. Hampir 44% diperolehi dari Asia menurut laporan fesyen global McKinsey.

Chua berkata, "BlinQ menggunakan corak AR dan Algoritma untuk menyediakan pengguna dengan trend dan kelengkapan peribadi terkini dari peranti digital mereka. Ia juga membolehkan pengguna untuk memilih bagaimana cara mereka ingin menggunakan fesyen, yang mungkin tidak semestinya untuk membeli, tetapi juga untuk menyewa, melanggan, atau membayar kemudian bagi reka bentuk mewah terkini dari jenama-jenama utama dan akan datang merentasi Asia Tenggara".

Chua menambah, "Terdapat gangguan runcit yang jelas berlaku di merata tempat, dan penggunaan e-dagang di ruang mewah sedang berkembang pada satu kadar yang menakjubkan di Asia. Kami melihat satu peluang besar terutamanya dengan sebuah platform tumpuan sepenuhnya bagi menyediakan kepada pengguna dengan sebuah ciri bilik maya yang berubah-ubah, sebuah tempat pasaran dan pelbagai cara untuk menggunakan fesyen". Dalam satu cara kami menggabungkan model-model ASOS, Farfetch, Rent-the-Runway dan The RealReal yang berjaya ke dalam satu platform tunggal, dan pada masa yang sama mensasarkan warga Asia yang kaya. Platform pelbagai jenama dan berbilang mod itu membolehkan bagi penonton yang lebih meluas untuk menikmati kemewahan...terutamanya di kalangan generasi millennial.

Dari satu sudut B2B, kami merancang untuk memperolehi pendapatan daripada platform kami dengan melabel-putihkan ciri-ciri bilik AR (Realiti Terimbuh) maya kami yang berubah-ubah ke tapak e-dagang yang lain, yang pada akhirnya akan mengurangkan pulangan (pada masa ini dianggarkan pada 60% bagi kesemua pembelian dalam talian) dan meningkatkan kecenderungan membeli (dianggarkan akan memacukan 30%-40% lebih banyak jualan disebabkan oleh mencuba sebelum membeli).

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11789

Tuesday, January 15, 2019

HENRY SCHEIN DAN VETS FIRST CHOICE UMUMKAN LEMBAGA PENGARAH BAGI COVETRUS

David E. Shaw akan berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga; Philip Laskawy berkhidmat sebagai Pengarah Bebas Utama  


MELVILLE, N.Y. & PORTLAND, Maine, 15 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Henry Schein, Inc. (Nasdaq: HSIC) dan Vets First Choice hari ini mengumumkan mereka yang terpilih yang akan terdiri daripada 11 ahli lembaga pengarah bagi Covetrus, syarikat awam kendiri baharu yang akan diwujudkan daripada keluaran sampingan yang dirancang bagi perniagaan Henry Schein Animal Health dan penggabungan seterusnya dengan Vets First Choice. Penggabungan itu dijangka dilaksanakan pada atau sekitar 4 Februari, 2019.

Sebagaimana yang diumumkan sebelum ini, David E. Shaw, Pengasas Bersama dan Pengerusi bagi Vets First Choice, akan menjadi Pengerusi bagi Lembaga Covetrus. Encik Shaw telah membantu membina beberapa syarikat berasaskan sains yang berjaya termasuk Ikaria dan IDEXX di mana beliau merupakan pengerusi pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif. Philip A. Laskawy, bekas rakan kongsi, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi firma perakaunan EY LLP, dan kini sebagai Pengarah Bebas Utama bagi lembaga pengarah Henry Schein, akan bertindak sebagai Pengarah Bebas Utama bagi Covetrus. Individu berikut juga dijangka dilantik ke lembaga pengarah Covetrus yang lain:
  • Benjamin Shaw, Presiden, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Covetrus dan Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Vets First Choice
  • Betsy Atkins, Ketua Pegawai Eksekutif bagi firma modal teroka Baja LLC
  • Deborah G. Ellinger, Penasihat Kanan bagi The Boston Consulting Group dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan/atau Presiden bagi empat firma sokongan ekuiti-persendirian, termasuk Ideal Image
  • Sandra L. Helton, bekas Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan bagi  Telephone and Data Systems, Inc.
  • Mark J. Manoff, bekas rakan dan Naib Pengerusi Americas bagi EY
  • Edward M. McNamara, Presiden dan pengasas bersama bagi syarikat pembinaan teroka TeamLaunch, LLC
  • Steven Paladino, Naib Presiden Eksekutif, Ketua Pegawai Kewangan dan Ahli Lembaga bagi Henry Schein
  • Ravi Sachdev, Rakan di Clayton Dubilier & Rice
  • Benjamin Wolin, bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama bagi Everyday Health dan penasihat bagi 3L Capital LLC

“Hasrat kami adalah untuk mewujudkan sebuah lembaga yang mencerminkan sifat yang luas dan transformatif mengenai peluang Covetrus, dan kami percaya bahawa senarai ini mencapai perkara itu dari segi kaliber, kepelbagaian, kebebasan dan kualiti-kualiti lain,” kata David Shaw. “Kumpulan ini mempunyai satu gabungan pengalaman yang relevan, pengetahuan domain bertaraf global dan keupayaan yang luas merentasi fungsi-fungsi lembaga utama yang akan membantu Covetrus meningkatkan platform perkhidmatan yang dibolehkan oleh teknologi mereka merentasi ke seluruh dunia dan menyampaikan misi mereka untuk memajukan dunia perubatan veterinar.”

“Adalah menjadi satu penghormatan untuk dipertanggungjawabkan dengan peranan sebagai Pengarah Bebas Utama dan untuk menyertai sebuah pasukan yang mempunyai pengarah-pengarah yang berkualiti tinggi,” kata Philip Laskawy. “Di Covetrus, kami akan mempunyai satu komitmen yang teguh untuk tadbir urus korporat yang kukuh kerana kami menumpukan pada penekanan sebuah rangka kerja kebertanggungjawaban yang memacukan penciptaan nilai jangka panjang.”

Maklumat Tambahan dan Di mana untuk Mendapatkannya

Satu kenyataan pendaftaran pada Borang S-1/S-4 yang berkaitan dengan urus niaga ini telah dikemukakan dengan SEC, tetapi belum lagi menjadi efektif. Pelabur dan pemegang sekuriti diminta membaca dengan teliti kenyataan pendaftaran/prospektus itu (termasuk sebarang pindaan atau tambahan padanya dan apa-apa dokumen yang digabungkan oleh rujukan dalam hal itu) dan mana-mana dokumen lain yang berkaitan yang dikemukakan dengan SEC apabila ia tersedia, kerana ia akan mengandungi maklumat penting mengenai pihak-pihak berkaitan dan urus niaga yang dicadangkan itu. Kenyataan pendaftaran, prospektus awal dan dokumen lain yang berkaitan yang difailkan dengan SEC, apabila ia tersedia, boleh diperolehi secara percuma dari laman web SEC di www.sec.gov. Dokumen ini, apabila ia tersedia, boleh juga diperolehi secara percuma dari Henry Schein, Inc. atas permintaan bertulis kepada Carolynne Borders di Henry Schein, Inc., 135 Jalan Duryea, Melville, NY 11747. Komunikasi ini tidak akan menjadi satu tawaran untuk menjual atau permintaan tawaran untuk menjual atau permintaan tawaran untuk membeli apa-apa sekuriti, dan tidak ada penjualan sekuriti dalam mana-mana bidang kuasa di mana tawaran, permintaan atau penjualan sedemikian adalah menyalahi undang-undang sebelum pendaftaran atau kelayakan di bawah undang-undang sekuriti di mana-mana bidang kuasa yang berkaitan. Tidak ada tawaran sekuriti boleh dibuat kecuali melalui prospektus yang memenuhi syarat-syarat Seksyen 10 Akta Sekuriti 1933, sebagaimana yang dipinda.

Kenyataan yang Berpandangan ke Hadapan

Selaras dengan peruntukan "Safe Harbor" bagi Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995, pihak-pihak itu menyediakan kenyataan peringatan berikut berhubung faktor-faktor penting yang, antara lain, boleh menyebabkan keputusan di masa hadapan  untuk berbeza daripada kenyataan yang berpandangan ke hadapan, harapan dan andaian yang dinyatakan atau tersirat di sini. Kenyataan ini dikenal pasti dengan menggunakan istilah seperti “mungkin,”  “boleh,” “menjangka,” “berhasrat,” “percaya,” “merancang,” “anggaran,” “ramalan,” “projek," “menduga” atau sebutan lain yang sebanding. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kenyataan mengenai manfaat urus niaga itu, termasuk keputusan kewangan, operasi masa hadapan, rancangan, objektif, harapan dan hasrat masa hadapan. Semua kenyataan yang menangani prestasi operasi, peristiwa atau perkembangan yang kami jangkakan atau dijangka akan berlaku pada masa akan datang -- termasuk kenyataan yang berkaitan dengan sinergi yang dijangkakan dan jadual waktu yang dijangka untuk menyelesaikan urus niaga yang dicadangkan itu -- adalah merupakan kenyataan yang berpandangan ke hadapan.

Semua kenyataan yang berpandangan ke hadapan yang dibuat oleh kami adalah tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian dan tidak menjamin prestasi masa hadapan. Oleh itu, anda tidak boleh bergantung pada mana-mana kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini. Kenyataan-kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini melibatkan risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidakpastian dan faktor-faktor lain yang mungkin menyebabkan keputusan, prestasi dan pencapaian atau hasil industri kami secara nyata berbeza daripada hasil, prestasi atau pencapaian pada masa hadapan yang dinyatakan atau tersirat oleh kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu. Sebagai contoh, kenyataan-kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor termasuk, tanpa had, risiko yang berkaitan dengan keupayaan untuk menyelesaikan urus niaga itu dan pemasaan sewaktu penutupan urus niaga itu; keupayaan untuk mendapatkan kelulusan yang diperlukan; keupayaan untuk mengintegrasikan dengan jayanya operasi dan pekerja; keupayaan untuk merealisasikan faedah dan sinergi yang dijangkakan daripada urus niaga itu; kesan potensi daripada pengumuman bagi urus niaga itu atau penyempurnaan urus niaga mengenai hubungan, termasuk dengan pekerja, pelanggan dan pesaing; keupayaan untuk mengekalkan kakitangan utama; keupayaan untuk mencapai sasaran prestasi; perubahan di dalam pasaran kewangan, kadar faedah dan kadar tukaran mata wang asing; dan risiko dan faktor tambahan yang dibincangkan dalam Kenyataan Pendaftaran itu, termasuk yang dibincangkan di bawah tajuk “Faktor Risiko” di dalam Kenyataan Pendaftaran itu. Kami tidak bertanggungjawab dan tidak mempunyai obligasi untuk mengemas kini sebarang kenyataan yang berpandangan ke hadapan yang terkandung di sini.

Maklumat mengenai Henry Schein

Henry Schein, Inc. (Nasdaq: HSIC) adalah sebuah syarikat penyelesaian untuk kalangan profesional penjagaan kesihatan yang dikuasai oleh sebuah rangkaian manusia dan teknologi. Dengan lebih daripada 22,000 Ahli-ahli Pasukan Scheinyang memberi perkhidmatan kepada lebih 1 juta pelanggan di seluruh dunia, Syarikat itu adalah penyedia terbesar dunia bagi penyelesaian Perniagaan, Klinikal, Teknologi, dan Rantaian Bekalan untuk meningkatkan kecekapan bagi pengamal pergigian, kesihatan haiwan, dan perubatan. Syarikat itu juga menyediakan makmal pergigian, klinik penjagaan kesihatan kerajaan dan institusi, dan tempat penjagaan alternatif yang lain.

Sebuah Syarikat Fortune 500® dan sebuah ahli indeks S&P 500® dan Nasdaq 100®, rangkaian penasihat yang dipercayai Henry Schein menyediakan kepada profesional penjagaan kesihatan dengan penyelesaian bernilai yang mereka perlukan untuk meningkatkan kejayaan operasi dan hasil klinikal. Syarikat itu menawarkan kepada pelanggan dengan produk dan penyelesaian yang eksklusif dan berinovatif, termasuk perisian pengurusan amalan, penyelesaian e-dagang, produk khusus dan pembedahan, serta satu rangkaian luas  perkhidmatan kewangan. Henry Schein beroperasi melalui satu rangkaian pengedaran berpusat dan automatik, dengan satu pemilihan lebih daripada 120,000 produk berjenama dan produk berjenama peribadi Henry Schein di dalam stok, serta lebih daripada 180,000 produk tambahan yang tersedia sebagai barangan pesanan khas.

Beribu pejabat di Melville, N.Y., Henry Schein mempunyai operasi atau firma gabungan di 34 buah negara. Jualan Syarikat itu mencapai rekod $12.5 bilion pada tahun 2017, dan telah berkembang pada kadar tahunan kompaun kira-kira 15% sejak Henry Schein menjadi sebuah syarikat awam pada tahun 1995. Untuk maklumat lanjut, sila layari Henry Schein di www.henryschein.com, Facebook.com/HenrySchein dan @HenrySchein on Twitter.
 
Maklumat mengenai Vets First Choice

Vets First Choice adalah sebuah inovator di dalam perkhidmatan yang dibolehkan teknologi yang memberi kuasa kepada doktor-doktor haiwan dengan pandangan yang direka untuk meningkatkan penglibatan pelanggan dan kesihatan amalan veterinar. Platform Vets First Choice, yang diintegrasikan dengan aliran kerja perisian pengurusan amalan veterinar, memanfaatkan wawasan dan analisis, perkhidmatan penglibatan pelanggan dan perkhidmatan farmasi, untuk menyampaikan kepatuhan perubatan yang lebih baik melalui pengurusan preskripsi proaktif. Dengan bekerja secara langsung dengan amalan veterinar untuk menguruskan jurang di dalam penjagaan, Vets First Choice berhasrat untuk membolehkan pelanggan veterinar mereka mewujudkan peluang-peluang pendapatan baharu, menyesuaikan diri kepada perubahan tingkah laku pembelian oleh pemilik haiwan, meningkatkan perhubungan pelanggan mereka dan mempertingkatkan kualiti bagi hasil penjagaan dan kesihatan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.vetsfirstchoice.com.

Lihat versi sumber di  businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20190114005412/en/

Hubungi

William Durling
Naib Presiden bagi Komunikasi Korporat
wdurling@vetsfirstchoice.com
603-769-7471

Nicholas Jansen
Naib Presiden bagi Perhubungan Pelabur
nicholas.jansen@vetsfirstchoice.com
407-761-8172

Ann Marie Gothard
Naib Presiden, Perhubungan Media Koporat
annmarie.gothard@henryschein.com
631-390-8169

Carolynne Borders
Naib Presiden, Perhubungan Pelabur
carolynne.borders@henryschein.com
631-390-8105

Sumber : Vets First Choice

GRADUATE MANAGEMENT ADMISSION COUNCIL MEMPEROLEH THE MBA TOUR

Pemerolehan ini akan memanfaatkan data dan aset digital GMAC untuk menggalakkan lebih banyak dialog strategik antara sekolah perniagaan dan calon
 
RESTON, Va., 15 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Graduate Management Admission Council (GMAC), persatuan global untuk sekolah perniagaan terkemuka telah memperoleh The MBA Tour, jenama yang terkenal dalam industri pendidikan pengurusan siswazah. 
 
The MBA Tour menyokong usaha pengambilan global untuk sekolah perniagaan dengan mengadakan acara yang berfokuskan pendidikan perniagaan setiap tahun di seluruh dunia.  GMAC bercadang untuk menambah tawaran asas The MBA Tour, mengembangkannya ke pasaran tambahan dan meneroka cara untuk meningkatkan interaksi antara sekolah perniagaan dengan bakal pelajar, dengan cara yang diperibadikan dan kaya dengan data.
 
Pemerolehan itu sejajar dengan misi GMAC; untuk membina alat yang membantu sekolah perniagaan dan individu berbakat menemui dan menilai satu sama lain. GMAC akan menambah nilai dengan menyepadukan maklumat pasaran dan aset digitalnya untuk mencipta pengalaman acara yang lebih kaya dan menarik bakal pelajar menerusi penyelesaian pengambilan komprehensif yang menjajarkan data, capaian dan kehadirannya bersama beberapa titik interaksi calon. Tambahan lagi, GMAC akan mengembangkan acara The MBA Tour ke pasaran yang kurang mendapat perhatian, memberikan akses pengambilan yang lebih mudah kepada kelompok bakal pelajar baharu.  Dengan cara ini, GMAC akan menyediakan lebih peluang kepada sekolah untuk menjalin hubungan yang lebih kukuh, bermaklumat dan bermakna.  Dengan maklumat yang lebih banyak sebagai panduan, bakal pelajar mampu membuat keputusan yang lebih baik dari saat mereka mempertimbangkan pengajian ijazah perniagaan hingga saat mereka masuk ke fasa permohonan.    
 
“Pemerolehan The MBA Tour adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk membangunkan cara yang lebih bijak dan inovatif bagi membantu sekolah perniagaan mengembangkan rancangan calon mereka dan dalam masa yang sama menyediakan program dengan penyelesaian yang lebih intuitif dan didorong oleh data untuk memenuhi keperluan pengambilan mereka,” kata Sangeet Chowfla, presiden dan CEO GMAC. “Mencipta rancangan yang teguh dan pelbagai adalah isu kritikal yang dihadapi oleh sekolah perniagaan di seluruh dunia dan GMAC mengiktiraf peranan penting yang dimainkannya dalam menghubungkan sekolah dan calon.”
 
The MBA Tour yang kini dimiliki sepenuhnya oleh GMAC memulakan operasinya pada tahun 1993.  Ia mengehoskan lebih daripada 60 acara pendidikan perniagaan setiap tahun merentasi 6 benua dan menghubungkan calon dengan sekolah perniagaan dari Amerika Utara, Eropah, Asia, Australia dan Amerika Selatan.
 
“The MBA Tour sentiasa komited untuk menyediakan peluang terbaik kepada sekolah bagi menemui calon berkelayakan”, kata Peter von Loesecke, CEO dan Pengarah Urusan The MBA Tour.  “GMAC berada di kedudukan yang baik untuk menjadikan acara ini lebih menarik untuk sekolah dan calon dengan menggunakan data dan skala mereka dalam menyediakan calon dan sekolah untuk perbincangan yang lebih bermakna.” 
 
Pemerolehan telah diselesaikan pada 10 Januari 2019.
 
Perihal GMAC
Graduate Management Admission Council (GMAC) ialah persatuan sekolah perniagaan terkemuka di seluruh dunia. Diasaskan pada tahun 1953, kami komited untuk mencipta penyelesaian bagi sekolah perniagaan dan calonnya meneroka, menilai dan berhubung dengan satu sama lain. Kami bekerja bagi pihak sekolah dan komuniti pendidikan pengurusan siswazah dan membimbing calon dalam perjalanan mereka ke pendidikan tinggi bagi memastikan tiada bakat yang ketinggalan.
 
GMAC menyediakan penyelidikan bertaraf dunia, peluang pembangunan dan penilaian profesional untuk industri, yang direka bentuk untuk meningkatkan seni dan sains penerimaan masuk. Dimiliki dan ditadbir oleh GMAC, Graduate Management Admission Test® (GMAT®) ialah penilaian sekolah perniagaan siswazah yang paling meluas digunakan dan diiktiraf oleh lebih daripada 7,000 program di seluruh dunia. Penilaian GMAC lain termasuklah peperiksaan NMAT oleh GMAC™ (NMAT®), untuk kemasukan ke program pengurusan siswazah di Asia Selatan, Afrika Selatan dan Filipina dan Penilaian Eksekutif (EA) yang direka bentuk khusus untuk Program Eksekutif di seluruh dunia.
 
Portal utama kami untuk sumber dan maklumat tentang pendidikan pengurusan siswazah, www.mba.com, menerima lebih daripada 6 juta pengunjung setahun dan menampilkan alat pemadanan School Search dan Graduate Management Admission Service® (GMASS®) yang memadankan calon dengan sekolah perniagaan.
 
GMAC ialah organisasi global dengan pejabat di Hong Kong, China, Gurugram, India, Singapura, London, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang usaha kami, sila lawati www.gmac.com.
 
Hubungan media:
Geoffrey Basye, Pengarah Hubungan Media, GMAC
+1 (703) 668-9799 atau gbasye@gmac.com
 
Sumber: Graduate Management Admission Council
 
--BERNAMA

TOSHIBA INFRASTRUCTURE SYSTEMS & SOLUTIONS CORPORATION: PENGUMUMAN BAGI SATU PESANAN UNTUK PERALATAN ELEKTRIK SISTEM TARIKAN BAGI TREN KOMUTER UNTUK PENTADBIRAN KERETA API TAIWAN

KAWASAKI, Jepun, 15 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Infrastructure Systems & Solutions Corporation (selepas ini TISS) telah menerima satu pesanan untuk peralatan elektrik sistem tarikan untuk 520 gerabak bagi tren komuter (52 kereta api yang terdiri daripada 10 gerabak setiap satu) untuk Pentadbiran Kereta api Taiwan (selepas ini TRA). TISS merancang untuk memulakan beberapa penghantaran ke syarikat pengeluar stok guling itu Hyundai Rotem Company pada tahun 2019, dan operasi komersil akan bermula dari akhir tahun 2020.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190114005858/en/

Pesanan itu adalah untuk set lengkap bagi peralatan elektrik sistem tarikan seperti transformer, penukar kuasa dan motor tarikan, terutamanya bagi tren komuter yang berjalan di atas landasan kereta api di sepanjang pantai barat Taiwan kira-kira 430 km panjang.
Dua jenis transformer akan dikirim: jenis pendinginan udara paksa, yang membekalkan kuasa kepada kedua-dua unit kuasa tambahan dan penukar kuasa yang memacu dan mengawal motor tarikan dan yang telah digunakan oleh TRA, dan jenis pendinginan diri kompak, yang membekalkan kuasa hanya kepada sebuah penukar kuasa.
Tambahan pula, penukar kuasa terdiri daripada sebuah penukar PWM*1 tiga peringkat dan sebuah penyongsang VVVF*2 dua peringkat jenis voltan tiga fasa yang menggunakan komponen IGBT*3 dan telah digunakan oleh TRA bagi tren komuter siri EMU800, dan menggunakan sebuah sistem kawalan yang sesuai untuk sistem arahan kelajuan unik TRA bagi memastikan kebolehpercayaan yang tinggi dan menjimatkan tenaga.

Bermula pada tahun 2000 dengan penghantaran peralatan elektrik ke TRA untuk stok guling dalam tren komuter siri EMU600, TISS kini telah menyediakan TRA dengan peralatan elektrik lebih daripada 700 unit stok guling, dan TISS juga telah membekalkan peralatan elektrik untuk Rel Kelajuan Tinggi Taiwan. Pesanan terbaharu ini menunjukkan pengiktirafan yang diperolehi oleh TISS untuk pengalamannya yang luas di pasaran Taiwan.
Pada tahun 2015, TRA mengumumkan satu pelan 10 tahun untuk melabur 100 bilion dolar Taiwan (kira-kira 360 bilion yen) untuk membeli lebih 1,300 unit stok guling baharu, dan sedang dalam proses melaksanakan pelan itu. TISS akan memberi tumpuan kepada Taiwan sebagai sebuah pasaran utama untuk operasi perniagaan kereta api dan akan terus menjalankan aktiviti pemasaran di Taiwan.

* 1: Modulasi Lebar Denyut
* 2: Frekuensi Pembolehubah Voltan Pembolehubah
* 3: Transistor Dwikutub Get Tertebat

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190114005858/en/

Hubungi

Toshiba Infrastructure Systems & Solutions
Kenta Katsumata
Perhubungan Awam Kumpulan
Bahagian Perancangan Perniagaan
tiss-pr@ml.toshiba.co.jp

Sumber : Toshiba Infrastructure Systems & Solutions Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

MEMBENTUK MASA DEPAN: BAGAIMANA UNIVERSITI ZHEJIANG MENGUBAH KEHIDUPAN

HANGZHOU, China, 14 Jan., 2019/Xinhua-AsiaNet/--

Tanggungjawab. Kerja keras. Kesetiaan. Inilah tiga rukun bagi sebuah kehidupan yang baik menurut Profesor Madya Universiti Zhejiang Imran Haider Shamsi; seorang lelaki yang mewakili moto universiti itu: mencari kebenaran, memburu inovasi.

Lapan belas tahun di ZJU telah membantu memupuk bakat Shamsi, dari seorang mahasiwa sehingga Ph.D. dan pemegang Pasca kedoktoran untuk menjadi ahli fakulti asing mereka yang pertama di Jabatan Agronomi, Kolej Pertanian dan Bioteknologi.

"Saya telah dihasilkan di ZJU oleh ZJU dan untuk ZJU," kata Shamsi. "Saya tahu nenek moyang saya dari Pakistan dan keluarga saya dan kepercayaan saya; saya tidak pernah hilang identiti saya. Akan tetapi saya juga mengamalkan budaya China dengan hati yang sangat terbuka."

Setelah mengambil peluang yang ditawarkan kepada beliau sebagai seorang pelajar ZJU, Shamsi amat ghairah tentang peranan beliau sebagai seorang guru yang membantu memupuk generasi masa depan pelajar ZJU dan beliau telah mengumpulkan pelbagai anugerah, termasuk tempat pertama dalam pertandingan Guru Muda Universiti Kebangsaan 2016. Beliau percaya ZJU, sebagai satu daripada universiti terkemuka yang berintensifkan penyelidikan di China, menyediakan sebuah persekitaran perintis untuk penciptaan dan penyebaran pengetahuan.

Kebebasan akademik dirasai di seluruh ZJU dan menggalakkan secara positif usaha bagi kerjasama antara disiplin, penerapan penyelidikan kepada masalah dunia sebenar, dan penerokaan idea dan konsep baharu.

Ini adalah satu pendekatan yang ditunjukkan dengan jelas di dalam Institut Reka Bentuk Antarabangsa ZJU, sebagaimana yang dijelaskan oleh timbalan pengarahnya, Lingyun Sun: "Kami sangat pandai dalam mengundang profesor dan pelajar dari jurusan lain untuk menyertai kami. Kami memikirkan bidang yang paling kreatif adalah di mana sains bertemu seni, bertemu reka bentuk, bertemu kejuruteraan – pertumpuan keempat-empat bidang ini dapat memberikan peluang yang besar."

"Idea-idea kami prihatin dengan cara bagaimana kami dapat mencipta masa depan dan ZJU adalah unik kerana persekitarannya, kerana institut bersama kami dengan Alibaba (gergasi e-dagang China yang beribu pejabat di Hangzhou) dan kerana latar belakang pembuatan tempatan. Ia adalah sangat menarik buat kami bagi mempunyai peluang untuk menggalakkan pelajar-pelajar memindahkan idea mereka ke dalam pasaran."

Pameran terbaru bagi hasil kerja pelajar-pelajar reka bentuk ZJU termasuk robot origami, sebuah basikal elektrik dan sebuah bantal teknologi yang membantu pengguna memasuki tidur ringan dengan meniru 'bunyi putih' bagi alam semula jadi. Di samping itu, sebuah produk pencahayaan yang dihidupkan jelas membuktikan satu kejayaan komersial yang besar.

Inovasi juga jelas dalam pengajaran di ZJU dan pada tahun 2018 seorang daripada pengajar mereka yang paling kreatif dan popular, Weng Kai, telah dianugerahkan dengan Anugerah Sumbangan Pengajaran Cemerlang Yongping. Di sepanjang 14 kursus dalam masa satu tahun yang beliau ajar, kelas-kelas Weng telah dihadiri oleh begitu ramai pelajar, dan pada masa yang sama beliau telah juga menarik 2 juta pendaftaran untuk Kursus-kursus Dalam Talian Terbuka Secara Besar-besaran (MOOC).

"Saya adalah seorang guru yang 'liar' kerana saya tidak dilatih dalam cara yang normal. Saya memperoleh ijazah, berfikir mungkin saya boleh mengajar dengan baik dan mahu melakukannya," kata Weng dengan nada rendah hati ketika ditanya mengenai gaya pengajaran beliau. "Sebenarnya, Universiti Zhejiang mempunyai sebuah tradisi yang sangat baik tentang bagaimana ia mengajar pelajar-pelajar. Saya lulus di sini, dan saya mempunyai pengalaman guru-guru di sini. Saya juga menggunakan dalam kelas-kelas saya dengan beberapa contoh yang diajar oleh guru saya, jadi ia seperti satu warisan, satu legasi."

Weng berada di barisan hadapan pembaharuan pengajaran dan pendidikan di ZJU selama 23 tahun. Beliau percaya bahawa hubungan rapat antara guru dan pelajar di ZJU sangat penting untuk kejayaan. "Pelajar-pelajar di sini berasa sebahagian daripada sebuah keluarga besar, kami agak rapat."

Menekankan perkara itu, Ma Keyi, seorang mahasiswi di Chu Kochen Honours College, yang dihadiri oleh 5% pelajar-pelajar terbaik ZJU, begitu beria-ria untuk memberikan contoh-contoh mengenai bagaimana beliau telah disokong dalam usaha beliau.

"Kolej itu memberikan kami dengan begitu banyak sumber," kata beliau. "Saya mempunyai peluang untuk melakukan penyelidikan dan menerbitkan kertas kerja. Sementara itu, saya boleh melakukan latihan amali untuk mendapatkan pengalaman dan mempraktikkan teori. Jika anda mempunyai satu idea dan anda ingin untuk melaksanakannya kolej ini akan membantu anda, jika anda ingin belajar di luar negara kolej ini akan membiayainya, jika anda mahu melakukan sesuatu yang bernilai atau bermakna kolej ini menyokong anda dan akan menyediakan sumbernya."

ZJU juga mempunyai satu rekod yang mengagumkan dalam menyokong pelajar-pelajarnya mencapai kejayaan dalam pertandingan peringkat global. Pada tahun 2018, universiti itu meraih kejayaan pada Pertandingan Koir Antarabangsa Tokyo, RoboCup dan pertandingan Mesin Kejuruteraan Genetik Antarabangsa.

RoboCup itu – satu versi seperti manusia bagi bola sepak Piala Dunia – telah diadakan di Montreal, Kanada dan menawarkan kepada pasukan dari ZJU peluang untuk menunjukkan idea-idea inovatif mereka dalam satu pertandingan yang direka untuk menggalakkan robotik dan Penyelidikan Kecerdasan Buatan, serta melonjakkan kemajuan dalam teknologi.

Chen Zexi, seorang anggota dalam pasukan yang menang itu, mendedahkan bahawa ia adalah satu kejayaan yang memeranjatkan: "Kami menang liga bersaiz kecil. Ia sangat menakjubkan. Kami menang pada tahun 2013 dan 2014 tetapi pada tahun ini kami tidak memikirkan untuk menjadi juara kerana kami mencuba inovasi-inovasi baharu. Saya perlu memberi pujian kepada universiti itu kerana sokongan padu yang kami terima dan pembiayaan itu."

Matlamat ZJU yang dinyatakan termasuk memajukan peradaban, berkhidmat dan memimpin masyarakat, dan menggalakkan kemakmuran negara, pembangunan sosial dan kemajuan manusia. Dasar-dasar mereka adalah menyediakan platform bagi pelajar dan kakitangan mereka untuk cemerlang, seperti yang dilakukannya dengan Shamsi hampir dua dekad yang lalu. Di mana sahaja asal usul seseorang, dan apa sahaja latar belakang mereka, ZJU tidak sabar-sabar untuk membimbing evolusi mereka.

"Seorang bakat asing tidak boleh menganggap diri mereka sebagai orang asing," kata Shamsi, "Sebaliknya, anggap diri anda sebagai sebahagian daripada masyarakat di mana anda berada dan kemudian anda boleh memberi sumbangan. Bertanggungjawab untuk hidup, diri sendiri, pekerjaan anda, keluarga dan organisasi anda. Jangan takut untuk bekerja keras. Tunjukkan kesetiaan terhadap keluarga, tradisi, negara, dan organisasi tempat anda bekerja."

"Saya akan memberitahu anda satu rahsia: Setiap pagi apabila saya tiba di tempat kerja di ZJU, saya memberitahu diri saya bahawa ZJU telah memberikan saya penghormatan dan kehormatan, dan dengan kepercayaan ini saya memulakan hari saya. Ini adalah cinta yang saya miliki untuk kolej ini."

Sumber: Universiti Zhejiang

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11792

Monday, January 14, 2019

EPIQ MENGUMUMKAN PERUBAHAN KEPIMPINAN EKSEKUTIF





CEO Baru Dilantik

ATLANTA dan NEW YORK, 10 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Epiq, peneraju global dalam industri perkhidmatan undang-undang, hari ini mengumumkan David C. Dobson telah menyertai syarikat tersebut sebagai ketua pegawai eksekutif baharu, manakala John Davenport, Jr., ketua pegawai eksekutif Epiq semasa, akan dilantik sebagai pengerusi eksekutif lembaga pengarah.

Davenport mengasaskan Epiq, yang dahulunya dikenali sebagai Document Technologies, pada tahun 1998 dan mengembangkan perniagaan daripada hanya segelintir kecil pekerja dan klien, hingga menjadi organisasi global yang bernilai berbilion dolar.

“Kami telah menemui pemimpin hebat yang mencerminkan nilai teras kami dan fokus berpusatkan klien untuk mengambil alih kepimpinan Epiq,” ujar Davenport. “Selepas proses pencarian terperinci, saya teruja untuk memulakan peranan baru saya sebagai pengerusi dan berganding bahu dengan David, yang akan berterusan melaksanakan visi dan strategi kami untuk menjadi rakan khidmat undang-undang global yang terulung kepada klien di serata dunia. Saya percaya bahawa dia adalah insan yang tepat untuk memacu Epiq ke masa hadapan.”

“Saya sangat teruja dan berbesar hati untuk menyertai pasukan hebat seperti ini pada detik yang penting dalam sejarah syarikat kami,” ujar Dobson. “Saya tidak sabar untuk menyambung momentum yang John dan pasukannya telah bina.  Kami mempunyai peluang besar untuk memperluaskan lagi kedudukan kepimpinan kami dalam memberikan perkhidmatan bernilai tinggi kepada klien kami di serata dunia.”

Dobson sebelum ini berkhidmat sebagai ketua pegawai eksekutif Digital River, sebuah syarikat platform dan perkhidmatan eDagang global. Sebelum Digital Rover, Dobson memegang jawatan kepimpinan tinggi di IBM, Corel, Pitney Bowes dan CA Technologies.  Dobson memegang ijazah sarjana muda dalam kejuruteraan elektrik dan pengurusan daripada McMaster University di Ontario, Kanada.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11786

Friday, January 11, 2019

SHARP MEMBAWA VISI MENGUBAH MASYARAKAT KEPADA DUNIA DI CES 2019

Mengubah Dunia dengan 8K dan AIoT 

LAS VEGAS & OSAKA, Jepun, 11 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sharp Corporation  (TOKYO: 6753) telah kembali ke CES 2019 dengan memperlihatkan barang pameran berskala lengkap mereka yang pertama dalam tempoh lebih empat tahun bagi mempamerkan portfolio penawaran yang pesat berkembang dengan potensi tulen untuk mengubah masyarakat. Bercakap di tapak syarikat itu, Bob Ishida, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua bagi Pejabat Strategi Perniagaan AIoT, menekankan mesej itu pada teras kedudukan global syarikat itu: “Mengubah dunia dengan 8K dan AIoT.”

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190110005217/en/

“Ketika infrastruktur berkembang untuk seiringan dengan jumlah maklumat yang sentiasa meningkat yang mengelilingi kita, kita melihat 8K sebagai suatu bidang yang berpotensi besar,” kata Ishida. “Di sini di CES, kami mempunyai pelbagai peranti dan penyelesaian 8K yang mempamerkan kedudukan kami sebagai sebuah pemimpin di dalam bidang yang menarik ini.”

8K World adalah nama barisan 8K Sharp yang sentiasa berkembang. Selain kamkorder 8C-B60A yang berinovatif dan monitor TV 8K yang pertama di dunia, yang serasi dengan kedua-dua penyiaran 4K dan penghantaran perintis 8K yang dilancarkan di Jepun Disember lalu, ekosistem 8K syarikat itu yang komprehensif mencakupi periferal, sistem penyuntingan dan penyelesaian visual 8K yang disasarkan untuk pelbagai sektor.

“Kami sedang meneruskan kerjasama dalam industri seperti hiburan, pendidikan, penjagaan kesihatan, keselamatan, pembinaan, pembuatan, infrastruktur sosial dan banyak lagi,” kata Ishida. "Ekosistem 8K kami sudah bersedia untuk merevolusikan bidang masing-masing, memanfaatkan rakan-rakan  kami, dan memperkayakan kehidupan peribadi dan sosial rakyat menerusi imej-imej realisme yang tiada tandingan.”

Satu lagi barisan yang diketengahkan ialah AIoT World, yang berpusat di sekitar sintesis unik Al dan IoT Sharp. “AIoT World memperluaskan konsep rumah pintar menjangkau ke luar rumah itu sendiri dengan satu rangkaian peranti IoT yang membolehkan AI yang sentiasa memantau gaya hidup pengguna dan menawarkan perkhidmatan dan penyelesaian yang optimum sama ada di rumah, di tempat kerja, atau ketika sedang bergerak,” kata Ishida.

“Di Jepun, visi Sharp bagi IoT yang Berorientasikan Rakyat telah dicontohkan oleh lebih 150 produk dalam 10 kategori, termasuk dapur, penjagaan haiwan kesayangan dan penyelesaian audiovisual. Dan kami merancang untuk melancarkan barangan tersebut ke pasaran lain mengikut keperluan, gaya hidup, dan budaya tempatan.”
Seiringan dengan pelbagai peralatan rumah yang lain, tapak itu juga mempamerkan jenama komputer bimbit Dynabook yang baharu diperolehi oleh Sharp, yang diserlahkan oleh Ishida sebagai satu lagi elemen penting di dalam wawasan syarikat itu: “Menggabungkan jenama Dynabook dengan penyelesaian AIoT dan 8K kami, kami akan menerokai kemungkinan baharu bagi komputer untuk menawarkan pengalaman yang berinovatif kepada kedua-dua pengguna dan pengguna individu di seluruh dunia.”

Maklumat mengenai Sharp

Sharp Corporation adalah sebuah pemaju dunia bagi produk-produk berinovatif dan teknologi teras yang memainkan satu peranan utama di dalam membentuk masa depan elektronik. Sharp menetapkan visi perniagaan mereka sebagai “Mengubah Dunia dengan 8K dan AIoT”.  Teknologi 8K menghasilkan imej yang mendedahkan sebuah dunia yang menjangkau di luar realiti harian kita dan melahirkan kepada penemuan baharu yang mengasyikkan. AIoT menghubungkan orang dan masyarakat melalui kecerdasan buatan dan teknologi IoT. Sebagai sumber kepada pelbagai inovasi, melalui idea-idea ini, Sharp akan terus merevolusikan dunia. Sharp Corporation mempunyai 51,734 orang pekerja di seluruh dunia (sehingga 30 September, 2018) dan mencatatkan jualan tahunan terkumpul sebanyak 2.4 trilion yen untuk tahun fiskal yang berakhir pada 31 Mac, 2018.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://sharp-world.com/

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190110005217/en/

Hubungi

Sharp Corporation
Pasukan Perhubungan Awam/Penjenamaan
pr-brand@sharp.co.jp

Sumber : Sharp Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

Univar Solutions Menyelesaikan Pengambilalihan Perniagaan Lavo Bulk di Kanada

Transaksi ini mengukuhkan kehadiran syarikat di Kanada Timur serta memperluas penyelesaian dan keupayaan kimia yang saling melengkapi untuk...