Friday, May 30, 2025

Kumpulan Profesional Reka Bentuk ASEAN yang Memenangi Anugerah Mengadakan Lawatan ke Australia untuk Mengukuhkan Hubungan dan Memudahkan Perkongsian Pengetahuan

Pemenang ASEAN dengan Daniel Bourke of fjcstudio di Warships Pavilion, Australian National Maritime Museum

SINGAPURA, 30 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Arkitek terkemuka daripada lima firma yang memenangi BlueScope Steel Architectural Awards sulung telah mengembara ke Australia pada April ini untuk meraikan kecemerlangan reka bentuk, meningkatkan keupayaan dan berkongsi pengetahuan. Anugerah ini dianjurkan oleh NS BlueScope dengan kerjasama beberapa badan  dihormati  industri — Association of Siamese Architects under Royal Patronage (ASA), Ikatan Arsitek Indonesia (IAI), University of Architecture Ho Chi Minh City (UAH), ACG Media Group Malaysia dan AustCham Singapore.

Delegasi tersebut telah melawat beberapa reka bentuk keluli moden terbaik di Australia, termasuk Darling Quarter dan National Maritime Museum Australia di Sydney. Di Brisbane, mereka  turut mengunjungi Kangaroo Point Bridge, Convention & Exhibition Center Brisbane dan UQ Sustainability Walk di University of Queensland. Beberapa projek antaranya menggunakan produk keluli BlueScope seperti keluli COLORBOND® and XLERPLATE® yang terkenal kerana ketahanannya, kepelbagaian penggunaannya dan tarikan estetiknya, membantu merealisasikan reka bentuk seni bina yang  luar biasa. Studio seni bina yang terkenal yang terlibat dalam projek ini,  seperti fjcstudio di Sydney dan Cox Architecture di Brisbane, telah menjadi hos delegasi sepanjang lawatan.

Richard Coulson, Pengerusi Lembaga Pengarah Cox Architecture dan salah seorang hakim bagi anugerah BSAA ASEAN tahun  lalu, berkata bahawa ini merupakan peluang  berharga untuk mempamerkan reka bentuk Australia sambil belajar daripada firma seni bina terkemuka ASEAN.

“Amat menyeronokkan menerima delegasi daripada ASEAN sebagai tetamu sambil membentangkan proses reka bentuk terkini dan penyelesaian keluli canggih yang digunakan di Australia. Kami gembira dapat menyertai perbincangan yang produktif dan menarik bersama rakan sekerja kami dari ASEAN  sambil berkongsi  pelbagai idea dan falsafah,” katanya.

Selain lawatan tapak dan dialog bersama pengamal terkenal, delegasi ini juga menghadiri Australian Architecture Conference 2025 di Opera House Sydney. Di sini, mereka berpeluang menjalinkan rangkaian dengan rakan sekerja daripada Australia dan komuniti seni bina global yang lebih luas, serta menghadiri pembentangan tentang topik daripada reka bentuk berasaskan AI,  penyahkarbonan, bangunan tinggi dan masa depan pusat bandar.

Ar. Melvyn J Kanny, prinsipal MJ Kanny Architect dari Malaysia, yang turut serta lawatan ini, berkata  peluang seperti ini akan membantu memperkukuh  rangkaian hubungan untuk  firma reka bentuk di ASEAN.

“Lawatan ini membuka peluang besar untuk belajar daripada komuniti seni bina Australia dan global,  serta berkongsi maklumat tentang hasil kerja hebat yang sedang dijalankan di ASEAN. ‘Circle of Excellence in Steel Architectural Design’ kami, yang terdiri daripada pemenang anugerah ASEAN edisi sulung akan terus berkembang dengan pelaksanaan edisi seterusnya. Ia membentuk asas yang  kukuh untuk membina komuniti rentas rantau yang mampu memberi sumbangan yang lebih besar kepada pembelajaran kolektif industri kami.”

Delegasi lawatan ini terdiri daripada wakil:

 - Arkiskape Sdn. Bhd. (Malaysia)
 - MJ Kanny Architect (Malaysia)
 - Razin Architects Sdn. Bhd. (Malaysia)
 - Ar. Naksit Wisetmora (Thailand)
 - Studio Sifah (Thailand)

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang NS BlueScope klik di sini.

Teks bahasa asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan  ini disediakan hanya sebagaiSahaja rujukan, dan hendaklah  disemak dengan teks bahasa asal, yang merupakan satu-satunya versi sah dari segi undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20250504099078/en

Contacts

 James Li | Naib Presiden, Business Transformation, NS BlueScope Pte. Ltd.
 T +65 6832 3512 | M +65 9626 2750
 E james.li@bluescope.com | W www.nsbluescope.com
 A 238B Thomson Road, #17-01 Novena Square Tower B, Singapore 307685
 
Sumber: NS BLUESCOPE

--BERNAMA

PPZ-MAIWP DAN BSN METERAI MOU PERLUAS INISIATIF WAKAF TUNAI MELALUI PLATFORM DIGITAL

 

Dari kiri: Timbalan Ketua Eksekutif BSN, Mujibburrahman Abd Rasid, Ketua Eksekutif BSN , Jay Khairil Jeremy Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Datuk Haji Abdul Hakim Amir Osman dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Mohammed Hassan. 

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) baru-baru ini telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Bank Simpanan Nasional (BSN) di ibu pejabat PPZ-MAIWP.
 
Majlis ini merupakan simbolik kepada kerjasama strategik di antara dua institusi dalam usaha memperkukuh ekosistem wakaf dan zakat di Wilayah Persekutuan, di mana BSN secara rasminya telah dilantik sebagai ejen kutipan wakaf tunai PPZ-MAIWP.
 
Melalui MoU ini, kemudahan Sistem Pembayaran Wakaf dalam talian menerusi aplikasi MyBSN juga telah diperkenal bagi memudahkan pengguna menunaikan wakaf dengan lebih cepat, selamat dan telus.
 
Selain itu, pelanggan BSN turut mempunyai akses kepada pelbagai saluran sedia ada untuk tujuan berwakaf, termasuk ATM/ CDM, perbankan internet, e-Biller, QR DuitNow, pendebitan keuntungan melalui akaun simpanan, ejen bank dan juga di kaunter-kaunter BSN. Setiap transaksi akan dikemaskini secara automatik bagi memudahkan pewakaf menyemak rekod sumbangan wakaf secara langsung.
 
Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Datuk Haji Abdul Hakim Amir Osman berkata, sinergi di antara PPZ-MAIWP dan BSN ini bukan yang pertama, memandangkan institusi perbankan ini telah dilantik sebagai ejen rasmi kutipan zakat PPZ-MAIWP sejak tahun 2011.
 
“PPZ-MAIWP amat optimis bahawa BSN, sebagai rakan strategik yang memiliki kepakaran luas dalam perkhidmatan kewangan, mampu membantu meningkatkan kutipan wakaf di Wilayah Persekutuan melalui pelbagai platform berwakaf yang disediakan. Kami juga yakin masyarakat berpeluang untuk berwakaf dengan lebih mudah dan mesra pengguna, sekali gus menyemarakkan lagi budaya memberi tanpa ganjaran dalam kalangan umat Islam,” katanya.

Untuk rekod, ini merupakan tahun ketiga PPZ-MAIWP diamanahkan untuk mengutip wakaf tunai di Wilayah Persekutuan. Suku pertama 2025 iaitu di antara Januari hingga April memperlihatkan kutipan wakaf tunai meningkat lebih 50% berbanding tempoh sama tahun sebelumnya, iaitu daripada RM2.19 juta kepada RM3.31 juta.

Pada masa sama, sebanyak 33 buah projek khas meliputi sektor kesihatan, pendidikan, perumahan, sosial dan kecemasan perlu disempurnakan dengan keperluan dana keseluruhan berjumlah RM748 juta.

Sementara itu, Ketua Eksekutif BSN, Jay Khairil Jeremy Abdullah, berkata, “BSN percaya bahawa wakaf mempunyai potensi besar sebagai pemacu pembangunan sosioekonomi ummah. Melalui kerjasama ini, BSN komited untuk menyediakan akses yang lebih mudah, diyakini dan inklusif kepada masyarakat untuk berwakaf secara digital, selaras dengan komitmen kami dalam memperkasa kewangan sosial Islam seterusnya mendukung inisiatif pendigitalan.”

PPZ-MAIWP menyeru kepada semua pelanggan yang mempunyai akaun simpanan dengan BSN memberikan keizinan kepada BSN untuk menyalurkan keuntungan bulanan yang diterima di dalam akaun simpanan pelanggan kepada PPZ-MAIWP. Sumbangan ini akan dimanfaatkan dengan menjalankan inisiatif-inisiatif wakaf yang telah dirancang. Pelanggan BSN boleh memberi keizinan dengan hadir ke mana-mana cawangan BSN yang terdekat.

Pada majlis ini, BSN turut menyampaikan sumbangan wakaf tunai berjumlah RM20,000 kepada PPZ-MAIWP sebagai sokongan kepada projek-projek wakaf yang sedang dilaksanakan. Kerjasama PPZ-MAIWP dan BSN dijangka memberi kesan positif jangka panjang kepada pengukuhan sistem sokongan sosial Islam serta memperluas capaian masyarakat kepada saluran berwakaf secara digital, seiring dengan aspirasi negara ke arah digitalisasi perkhidmatan awam dan kewangan Islam.

Turut hadir pada majlis ini adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) PPZ-MAIWP, Mohammed Hassan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) PPZ-MAIWP, Haji Azrin Dato’ Haji Abdul Manan, Timbalan Ketua Eksekutif BSN, Mujibburrahman Abd Rashid dan Ketua Pegawai Syariah BSN, Anuar Elias.

Untuk maklumat lanjut berkaitan wakaf tunai PPZ-MAIWP, orang ramai boleh layari portal wakaf PPZ di laman wakafppz.com.my atau di talian 1-300-88-5757.

MENGENAI PPZ-MAIWP
Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) adalah sebuah agensi yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk mengutip zakat harta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. PPZ- MAIWP telah merevolusikan institusi zakat dengan memperkenalkan sistem kutipan zakat melalui institusi yang berciri korporat di negara Malaysia. Sejak penubuhan, PPZ-MAIWP telah berusaha menambah baik operasi dan perkhidmatan untuk meningkatkan kemudahan umat Islam dalam melaksanakan kefardhuan berzakat. Setakat ini PPZ- MAIWP telah menyediakan pelbagai saluran bayaran zakat secara online dan offline bagi memberi pilihan dan kemudahan kepada umat Islam. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zakat.com.my 

Mengenai Bank Simpanan Nasional (BSN)
Didorong oleh misi untuk menyampaikan kehidupan yang lebih baik dalam jangkauan semua rakyat Malaysia, BSN komited untuk menyediakan perkhidmatan kewangan secara menyeluruh dan komprehensif kepada semua rakyat Malaysia. BSN bertekad untuk memberi rakyat Malaysia peluang yang saksama untuk mencapai masa depan kewangan yang lebih baik dan cerah, serta menjadi gerbang laluan untuk kehidupan yang lebih baik. Untuk merealisasikannya, BSN memanfaatkan kepakaran dan pengalaman rangkuman kewangan, disokong oleh produk dan perkhidmatan yang komprehensif disampaikan melalui pelbagai titik sentuh di semua kawasan di negara ini. 
 
Ditubuhkan sejak 1974, BSN kini mempunyai 7,609 kakitangan dan disokong oleh 387 cawangan, 40 Pusat Mikro Kewangan, 573 Mesin Teler Automatik (ATM), 147 Mesin Deposit Wang Tunai (CDM), 261 Mesin Kitar Semula Tunai (CRM), 10 Cawangan Bank Bergerak (CBB) – 5 di Sabah, 4 di Sarawak dan 1 di Pahang serta lebih 2,193 Ejen Bank BSN (EB BSN) di seluruh negara. BSN mempunyai lebih 10.3 juta pelanggan di seluruh Malaysia dengan pendeposit runcit berjumlah RM22.0 bilion (sehingga Februari 2025).
 
BSN menawarkan pelbagai produk Islamik termasuk produk Simpanan, Pengurusan Kewangan, Pembiayaan Perniagaan dan Peribadi serta Kad Kredit.

Layari laman sesawang BSN www.bsn.com.my  

SUMBER: PPZ-MAIWP

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 

PPZ-MAIWP
Nama: NORAZLINA MOHD NORDIN
Pengurus Kanan Komunikasi Korporat
Tel: 019 728 3839

Nama: NOR ATHIRAH MOHD HANAPIAH
Eksekutif Komunikasi Korporat
Tel: 013 456 2603


Bank Simpanan Nasional (BSN)
Nama: Christina Geeta Thomas
Jabatan Komunikasi Strategik BSN
Tel: 0193302842
E-mel: christina@bsn.com.my

 
Nama: Tengku Ainifarihin Tengku Abdullah
Jabatan Komunikasi Strategik BSN
Tel: 0174477423
E-mel: ainifarihin@bsn.com.my 
 
--BERNAMA

Bitget Menyenaraikan Ripple USD (RLUSD) untuk Memperluaskan Tawaran Stablecoin dalam Pasaran Spot

VICTORIA, Seychelles, 30 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget, sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka telah mengumumkan penyenaraian Ripple USD (RLUSD) di platform perdagangan spot syarikat itu. RLUSD yang merupakan stablecoin bertaraf perusahaan yang disokong oleh USD dan diterbitkan oleh Ripple itu memasuki ekosistem Bitget pada saat permintaan terhadap aset digital yang selamat dan mematuhi peraturan terus meningkat, terutamanya dalam kalangan peserta institusi serta pembangun yang menumpukan pada kes penggunaan blok rantai bertaraf perusahaan.

Sebagai stablecoin yang ditambatkan kepada dolar A.S.pada nisbah 1:1, RLUSD diterbitkan secara natif pada XRP Ledger (XRPL) dan juga Ethereum, dengan memanfaatkan kelebihan unik setiap blok rantai. Aset ini disokong oleh rizab berasingan yang dipegang dalam fiat USD dan setara tunai. Keputusan Bitget untuk menyenaraikan RLUSD sejajar dengan strateginya untuk menyokong aset didorong utiliti yang tinggi serta kukuh dalam pasaran spot Bitget yang semakin berkembang, yang berfungsi sebagai ruang yang diatur untuk projek yang memajukan penggunaan blok rantai melalui aplikasi dunia sebenar.

"Kami teruja dapat bekerjasama dengan Ripple, sebuah pasukan yang gigih berusaha memacu penerimaan kripto," kata Gracy Chen, Ketua Pegawai Eksekutif Bitget. "RLUSD menonjol sebagai salah satu daripada beberapa stablecoin yang diterbitkan oleh syarikat amanah tujuan terhad berkanun di bawah Jabatan Perkhidmatan Kewangan New York atau NYDFS, sekaligus meletakkannya dalam rangka kerja kawal selia yang jelas dan unik. Langkah ini amat penting bagi institusi yang ingin melaksanakan ketelusan dan pematuhan dalam landskap aset digital yang semakin berkembang. Penyenaraian RLUSD juga selaras dengan strategi kami pada tahun 2025 untuk memperluaskan penawaran kepada institusi serta membina ekosistem yang lebih kukuh dan boleh dipercayai.”

Penyenaraian RLUSD di Bitget telah memperluaskan akses dan menyediakan platform perdagangan yang dipercayai bagi salah satu aset digital yang paling dipantau dalam industri.

Bitget terus memperluaskan penyenaraiannya untuk menyokong permintaan yang semakin meningkat dalam pasaran kripto. Penyepaduan RLUSD bertindak balas terhadap gelombang berterusan stablecoin yang semakin popular sebagai alat penting dalam kewangan tak terpusat (DeFi), permainan, dan ekosistem aset tokenisasi.

Bitget menawarkan lebih daripada 900 pasangan kripto, serta komitmen untuk memperluaskan pilihan tawaran dengan menghubungkan pengguna dengan pelbagai ekosistem seperti Bitcoin, Ethereum, Solana, Base serta TON. Penyenaraian RLUSD mencerminkan langkah strategik untuk menerima pakai stablecoin yang dikawal selia, sekaligus membuka peluang kepada perdagangan projek kripto yang inovatif.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai RLUSD di Bitget, sila lawati di sini.

Perihal Bitget

Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitget merupakan sebuah bursa mata wang kripto dan Web3 yang terkemuka di dunia. Memberi perkhidmatan kepada lebih 100 juta pengguna di lebih 150 negara dan rantau, bursa Bitget komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ciri perdagangan salinan perintisnya dan penyelesaian perdagangan lain. Bitget turut menawarkan akses secara masa nyata kepada harga Bitcoinharga Ethereum serta harga mata wang kripto yang lain. Bitget Wallet yang sebelum ini dikenali sebagai BitKeep, merupakan dompet kripto berbilang rantaian bertaraf dunia yang menawarkan pelbagai penyelesaian dan ciri Web3 yang komprehensif, termasuk kefungsian dompet, pertukaran token, NFT Marketplace, pelayar DApp dan pelbagai lagi.

Bitget berada di barisan hadapan dalam memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA, dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM, termasuk menjadi rakan kongsi global atlet Kebangsaan Turki Buse Tosun ÇavuÅŸoÄŸlu (Juara gusti dunia), Samet Gümüş (Pemenang pingat emas tinju) dan Ä°lkin Aydın (Pemain pasukan bola tampar kebangsaan), untuk memberikan inspirasi kepada komuniti global bagi merangkul masa depan mata wang kripto.

Untuk maklumat lanjut, layari: Laman web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com

Amaran Risiko: Harga aset digital tertakluk kepada turun naik dan mungkin mengalami ketidakstabilan yang ketara. Pelabur disarankan agar hanya memperuntukkan dana yang mereka bersedia tanggung jika berlaku kerugian. Nilai mana-mana pelaburan boleh terjejas dan terdapat kemungkinan bahawa objektif kewangan mungkin tidak tercapai serta pelaburan pokok tidak dapat diperoleh semula. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa diperoleh dan pengalaman kewangan peribadi serta kedudukan kewangan perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi pada masa lalu bukanlah penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Bitget tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa yang terkandung di sini harus dianggap sebagai nasihat kewangan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Syarat Penggunaan kami.

Perihal Ripple

Ripple merupakan penyedia utama infrastruktur aset digital untuk institusi kewangan dan perusahaan lain. Ia menawarkan perisian yang ringkas, mematuhi peraturan dan boleh dipercayai untuk meningkatkan kecekapan, melancarkan proses, serta memperkukuh inovasi dalam kewangan global. Penyelesaian Ripple memanfaatkan XRP Ledger dan aset digital natifnya iaitu XRP, yang direka khusus untuk membolehkan transaksi yang pantas dengan kos yang rendah serta boleh diskalakan yang meliputi kaedah penggunaan untuk pembangun sektor dan institusi kewangan. Dengan rekod prestasi yang terbukti dalam bekerjasama dengan pengawal selia serta pembuat dasar di seluruh dunia, penyelesaian pembayaran, penjagaan aset dan stablecoin daripada Ripple menerajui ekonomi aset digital, yang mampu membina kredibiliti serta kepercayaan terhadap Ripple dalam blok rantai perusahaan. Bersama-sama pelanggan, rakan kongsi dan komuniti pembangun, kami mengubah cara dunia mencipta, menyimpan, mengurus serta menggerakkan nilai.

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di 
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/9cba8e14-64a1-4afa-b20e-1fb01bb7d4f6 

SUMBER: Bitget Limited

PENAFIAN: BERNAMA MREM tidak bertanggungjawab atas sebarang sebab penodaan laman web, penyalahgunaan, atau aktiviti haram yang berkaitan dengan mata wang kripto, rantaian blok, tokenisasi, atau bitcoin. Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai panduan atau pendapat, kerana ia bukan nasihat kewangan atau pelaburan. Gunakan maklumat ini atas risiko anda sendiri; kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penerbitan semula artikel ini. 

--BERNAMA

Tuesday, May 27, 2025

Edisi Ke-3 Persidangan Pelabur ESG Vietnam 2025 Memacu Komitmen Tindakan Bagi Matlamat Pembangunan Lestari dan Sifar Bersih

Bandar Ho Chi Minh, Vietnam, 27 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Raise Partners dan Vietnam Innovators Digest (Vietcetera Media) mengakhiri Persidangan Pelabur ESG Vietnam 2025 dengan jayanya yang diadakan pada 13 & 14 Mei 2025 di Hotel New World Saigon di Bandar Ho Chi Minh. Acara dua hari tersebut menarik lebih daripada 500 hadirin termasuk pelabur, pegawai kerajaan, pemimpin perniagaan, SME, syarikat multinasional, ahli akademik dan media yang mencari peluang untuk menavigasi perdagangan, pelaburan dan pertumbuhan lestari.

Persidangan tersebut membincangkan tema-tema penting seperti tarif perdagangan AS, peralihan geopolitik dan kedudukan Vietnam dalam ASEAN. Perbincangan panel dan ucapan dasar yang diteliti memanfaatkan kelebihan Vietnam untuk mempelbagaikan ekonomi dan pasaran eksport, ketahanan infrastruktur, pembangunan daya kerja terangkum dan pelaburan kanta jantina. Sebuah Pameran Pelabur dan Perniagaan interaktif menampilkan inovasi dan kerjasama rintisan.

Hari pertama menumpukan kepada matlamat sosioekonomi Vietnam dalam situasi global yang tidak menentu yang menekankan pendekatan dipacu misi, kepelbagaian daya kerja, bandar lestari, ketahanan sektor dan amalan terbaik ESG. Hari kedua meneliti cara pelabur, kerajaan dan sektor swasta boleh menggunakan sumber Vietnam untuk pelaburan kanta jantina, ekonomi digital dan AI, rantaian bekalan hijau, pembiayaan lestari dan e-Mobiliti.

Sarah Hooper, Jeneral Konsul Australia di Bandar Ho Chi Minh berkata "Peralihan sifar bersih global hanya boleh dicapai dengan pelabur, kerajaan dan masyarakat sivil bekerjasama. Australia terus menyokong beberapa inisiatif di Vietnam yang memangkin pelaburan sektor swasta yang lebih besar bersama-sama pendanaan Kerajaan untuk mencapai hasil yang berkesan." Ucapan pembukaan beliau menekankan tentang kuasa perkongsian.

Persidangan tersebut juga menampilkan sesi pembentangan teknologi dan impak oleh syarikat rintisan, Jamuan Eksekutif Sifar Sisa Positif Alam dan Resepsi Jaringan pasca persidangan yang memupuk perhubungan berkaitan pelaburan ESG, pembangunan lestari dan matlamat sifar bersih.

Van Ly, Rakan Kongsi di Raise Partners berkongsi: "Dalam situasi global yang tidak menentu, Vietnam berada pada detik penting untuk pembangunan lestari. Peralihan pasaran, kejelasan ESG dan pembaharuan sektor swasta seperti Resolution 68 menawarkan peluang transformasi. Persidangan Pelabur ESG Vietnam pada tahun ini memacu dialog yang berpaksikan tindakan berani untuk memangkin impak pada waktu Vietnam memasuki era baharu pembangunan pelbagai yang bertanggungjawab."

Ke Arah Acara Sifar Bersih

Persidangan tersebut melaksanakan inisiatif hijau untuk mengurangkan jejak karbon termasuk pengurangan plastik sekali guna, kitar semula pintar, penyelesaian cekap tenaga, amalan sisa minimum, penyajian makanan lestari dan penggunaan bahan mesra alam. Kesihatan, keselamatan dan perlindungan diutamakan serta hadirin digalakkan untuk menyumbang kepada program gantian karbon Wilayah Quảng Trị yang menyasarkan Sifar Bersih.

Persidangan pada tahun ini menyerlahkan peranan penting ESG dalam laluan ekonomi lestari Vietnam serta potensinya untuk membuka kunci kepada pelaburan berkesan dalam Tenaga, Infrastruktur, Logistik dan Buruh yang ditunjukkan melalui usaha sifar bersih acara ini sendiri.

Hao Tran, CEO, Vietcetera | events.rsvp@vietcetera.com

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/2034d1d6-9ae3-4692-939e-2747834baaaa

SUMBER: Vietcetera Media

--BERNAMA

Thursday, May 22, 2025

29 INISIATIF RKB PACU LONJAKAN PRODUKTIVITI PAHANG

 



KUANTAN, 21 Mei (Bernama) -- Usaha reformasi pentadbiran di Negeri Pahang kini diterjemahkan kepada impak yang nyata melalui pelaksanaan 29 inisiatif Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) yang diselaraskan di bawah Program GovX Pahang 1st. Inisiatif ini bukan sahaja mempercepatkan penyampaian perkhidmatan, malah dijangka menjana peningkatan produktiviti sektor awam, memperkukuh keyakinan pelabur dan meningkatkan kepuasan rakyat.
 
Sesi libat urus yang dipengerusikan oleh YB Dato’ Indera Nazri bin Abu Bakar, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, bersama Ketua-Ketua Jabatan Negeri telah menekankan perlunya setiap inisiatif menyumbang kepada hasil yang boleh diukur, termasuk pengurangan masa urusan rasmi, peningkatan kadar penyelesaian aduan, dan pertumbuhan pelaburan domestik serta luar negara.
 
Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), YBhg. Datuk Zahid Ismail dalam pembentangannya menegaskan bahawa pendekatan RKB di Pahang adalah pemangkin reformasi tadbir urus berimpak tinggi. Beliau memaklumkan bahawa setiap projek RKB dipantau rapi untuk memastikan pelaksanaannya benar-benar menyelesaikan masalah utama yang membebankan perniagaan dan rakyat.
 
Antara hasil yang disasarkan termasuk:

• Pengurangan purata masa kelulusan permohonan permit perniagaan sebanyak 40% menjelang akhir tahun 2025.
• Peningkatan kepuasan pengguna perkhidmatan kerajaan negeri kepada sekurang-kurangnya 85% berdasarkan kaji selidik awam.
• Pemangkasan proses dalaman antara jabatan bagi mempercepat kelulusan dasar dan pelaksanaan projek pelaburan.
 
MPC dan Pejabat SUK Pahang turut membangunkan sistem pemantauan hasil (RoV - Return on Value) bagi mengukur impak langsung setiap intervensi. Hasil awal menunjukkan bahawa jabatan yang melaksanakan RKB telah mula menunjukkan penjimatan masa dan pengurangan beban pentadbiran sehingga 30%.
 
YB Dato’ Indera Nazri menutup sesi dengan penegasan bahawa reformasi ini bukan pilihan, tetapi keperluan bagi menjadikan pentadbiran negeri lebih responsif, cekap dan relevan. “Rakyat mengharapkan perubahan yang boleh dirasai. Kita bertanggungjawab untuk menyampaikan hasil yang bermakna,” katanya.

Mengenai Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) adalah badan berkanun di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). MPC memacu produktiviti negara secara holistik di peringkat nasional, sektoral dan enterpris dengan berpandukan lima teras utama iaitu menghasilkan bakat masa hadapan, memacu pendigitalan dan inovasi, memastikan akauntabiliti industri terhadap produktiviti, membentuk ekosistem yang teguh dan memupuk minda produktif. MPC berkolaborasi secara strategik dengan sektor swasta dan awam dengan menjadikan produktiviti sebagai agenda utama bagi melonjakkan pertumbuhan produktiviti dan daya saing negara ke arah kesejahteraan dan kemakmuran bersama.  

SUMBER: Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)

--BERNAMA

Tuesday, May 20, 2025

Duck Creek Technologies Mengumumkan Tyler Jones sebagai Ketua Pegawai Pemasaran Baharu

Eksekutif Pemasaran dan Teknologi yang Berpengalaman, Tyler Jones, Bakal Menyertai Duck Creek Technologies

BOSTON, 20 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Duck Creek Technologies, sebuah syarikat penyedia penyelesaian pintar yang membentuk masa depan insurans harta benda dan kasualti (P&C) serta insurans am hari ini mengumumkan pelantikan Tyler Jones sebagai Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) syarikat itu. Sebagai CMO, Jones bertanggungjawab menyelia usaha pemasaran dan penjenamaan strategik Duck Creek dengan memacu syarikat berkembang ke peringkat global serta menjadi peneraju dalam bidang perisian dan perkhidmatan insurans P&C.

"Tyler merupakan seorang pakar pemasaran dan pemimpin berpengalaman yang memahami cara memberikan nilai kepada pelanggan dan ekosistem rakan kerjasama kami," kata Mike Jackowski, Ketua Pegawai Eksekutif Duck Creek Technologies. "Beliau berpengalaman luas dalam membina dan mengembangkan organisasi pemasaran bertaraf dunia bagi syarikat perisian berasaskan awan. Saya sangat teruja dapat mengalu-alukan beliau ke pasukan Duck Creek dan berharap dapat bekerjasama dengan beliau untuk mempercepatkan pertumbuhan syarikat dan meluaskan dominasi kami dalam pasaran."

Dengan pengalaman lebih dua dekad dalam bidang teknologi, insurans serta pengalaman pelanggan, Tyler menyertai Duck Creek dari CLARA Analytics, di mana beliau mengetuai inisiatif pertumbuhan dan program kerjasama komersial yang mendorong penerimagunaan penyelesaian berasaskan AI.

“Saya berbesar hati dan teruja dapat menyertai Duck Creek pada saat penting dalam industri insurans ini,” kata Tyler Jones. "Duck Creek merupakan sebuah syarikat berwawasan yang mengubah cara syarikat insurans beroperasi dan menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan. Saya mengagumi budaya, produk dan pendekatan yang mengutamakan pelanggan. Saya berharap agar dapat bekerjasama dengan pasukan Duck Creek yang berbakat serta rakan niaga untuk mengukuhkan jenama kami, berinteraksi dengan pelanggan dan memacu hasil perniagaan."

Tyler telah memegang peranan penting di Kaiser Permanente dan AIG dengan mengetuai transformasi digital secara besar-besaran. Di Kaiser Permanente, beliau mengetuai pembaharuan kitaran hasil dan sistem bil perubatan pengguna bernilai $250 juta yang memakan masa selama beberapa tahun.. Sebagai Ketua Global Strategi Data di AIG, beliau menumpukan pada usaha memanfaatkan data untuk menyediakan maklumat bagi keputusan strategik dan mempertingkatkan pengalaman pelanggan.

Di CLARA Analytics, Tyler terus memacu strategi berfokuskan pelanggan bagi memastikan pelanggan memperoleh nilai optimum daripada platform AI syarikat itu. Kepimpinan beliau memainkan peranan penting dalam misi CLARA untuk memberikan pulangan pelaburan (ROI) yang menarik kepada pelanggan dalam tempoh hanya beberapa bulan selepas pelaksanaan.

Jones memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang pemasaran daripada Universiti Utah dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada UCLA Anderson School of Management.

Perihal Duck Creek Technologies
Duck Creek Technologies merupakan penyedia penyelesaian pintar yang mentakrifkan masa depan industri insurans hartanah dan kasualti (P&C) serta insurans am. Kami merupakan platform yang membolehkan sistem insurans moden dibina, yang membolehkan industri memanfaatkan kuasa awan untuk menjalankan operasi yang tangkas, pintar dan malar hijau. Kejujuran, tujuan dan ketelusan menjadi teras Duck Creek dan kami percaya insurans seharusnya tersedia untuk individu dan perniagaan pada bila-bila masa, di mana-mana dan dalam apa-apa jua cara. Penyelesaian peneraju pasaran daripada kami tersedia secara kendiri atau sebagai pakej lengkap dan semuanya tersedia melalui Duck Creek OnDemand. Layari www.duckcreek.com untuk mengetahui lebih lanjut. Ikuti Duck Creek di saluran sosial kami untuk mendapatkan maklumat terkini – LinkedIn dan X.

Hubungan Media:
Marianne Dempsey/Tara Stred
duckcreek@threeringsinc.com

SUMBER: Duck Creek Technologies

--BERNAMA

SBC Medical Group Holdings Umumkan Keputusan Kewangan Suku Pertama 2025

IRVINE, California, 20 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- SBC Medical Group Holdings Incorporated (NASDAQ: SBC, “SBC Medical” atau “Syarikat”), sebuah pemilik, pengendali dan penyedia perkhidmatan pengurusan serta produk kepada pusat rawatan kosmetik di peringkat global, hari ini mengumumkan keputusan kewangannya bagi tempoh tiga bulan berakhir 31 Mac 2025.

Sorotan Suku Pertama 2025

  • Jumlah hasil ialah sebanyak $47 juta, menunjukkan penurunan sebanyak 14% berbanding tahun sebelumnya.
  • Pendapatan operasi ialah $24 juta, menunjukkan penurunan sebanyak 1% berbanding tahun sebelumnya.
  • Pendapatan bersih yang boleh diagihkan kepada SBC Medical Group ialah $22 juta, menunjukkan peningkatan sebanyak 15% berbanding tahun sebelumnya.
  • Pendapatan sesaham, yang ditakrifkan sebagai pendapatan bersih yang boleh diagihkan kepada Syarikat dibahagi dengan purata wajaran bilangan saham terbitan, ialah $0.21 bagi tempoh tiga bulan berakhir 31 Mac 2025, menunjukkan peningkatan sebanyak 5% tahun ke tahun.
  • EBITDA¹ , yang dikira dengan menambah perbelanjaan susut nilai dan pelunasan serta kerugian penurunan nilai kepada pendapatan operasi, ialah $25 juta, menunjukkan penurunan sebanyak 3% tahun ke tahun. Margin EBITDA1 ialah 52% bagi suku pertama 2025, berbanding 46% bagi suku pertama 2024.
  • Pulangan atas ekuiti, yang ditakrifkan sebagai pendapatan bersih yang boleh diagihkan kepada Syarikat dibahagi dengan purata ekuiti pemegang saham setakat 31 Mac 2025, ialah 41%, mewakili penurunan sebanyak 10 mata peratusan berbanding tahun sebelumnya.
  • Bilangan klinik rakan kongsi ialah 251 setakat 31 Mac 2025, menunjukkan peningkatan sebanyak 36 klinik berbanding 31 Mac 2024.
  • Bilangan pelanggan² dalam tempoh dua belas bulan berakhir 31 Mac 2025 ialah 6.1 juta, menunjukkan peningkatan sebanyak 14% berbanding tahun sebelumnya.
  • Kadar kunjungan semula pelanggan³ yang melawat klinik francais dua kali atau lebih ialah 71%.

¹ EBITDA dan Margin EBITDA ialah ukuran kewangan bukan GAAP. Untuk maklumat lanjut tentang ukuran kewangan bukan GAAP, sila rujuk bahagian “Penggunaan Ukuran Kewangan Bukan GAAP” dan jadual bertajuk “Penyelarasan Tidak Diaudit antara Keputusan GAAP dan Bukan GAAP.”
² Bilangan pelanggan mengambil kira pelanggan klinik jenama SBC, Rize Clinic dan Gorilla Clinic, tetapi tidak termasuk pelanggan Klinik AHH
³ Bilangan pelanggan mengambil kira pelanggan klinik jenama SBC, Rize Clinic dan Gorilla Clinic, tetapi tidak termasuk pelanggan Klinik AHH, serta mengecualikan sesi kaunseling percuma

Yoshiyuki Aikawa, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif SBC Medical, berkata, “SBC sedang giat membuat persiapan untuk pengembangan strategik dengan memperkukuh platform kami, mengoptimumkan struktur keuntungan dan menstabilkan perniagaan melalui strategi penetapan harga yang disemak semula serta penyesuaian kepada dinamik pasaran yang berubah. Pada suku pertama 2025, kami berbesar hati melihat pengembangan Korporat Perubatan (MC) semakin mendapat tempat dalam segmen francais, perolehan dan penyewaan kami, selaras dengan peningkatan permintaan global terhadap perkhidmatan perubatan estetik. Sementara itu, penurunan hasil dalam suku ini terutamanya disebabkan oleh pemberhentian perniagaan pengambilan pekerja serta penjualan Sky Net Academy (“SNA”) dan SBC Kijimadaira Resort (“Kijimadaira”). Dalam tempoh peralihan ini, margin operasi telah meningkat daripada 45% pada suku pertama 2024 kepada 51% pada suku pertama 2025. Selain itu, pendapatan bersih yang boleh diagihkan kepada SBC Medical Group meningkat sebanyak 15% berbanding tahun sebelumnya, sekali lagi menunjukkan kekuatan model perniagaan baharu kami dan keberkesanan pelaksanaannya. Apabila kami melangkah ke hadapan, kami tetap yakin dengan keupayaan kami untuk membina model francais yang boleh diskalakan sambil mempercepatkan pengembangan di pasaran domestik dan antarabangsa, memacu nilai jangka panjang kepada pemegang saham dan meletakkan Syarikat pada kedudukan yang kukuh untuk merebut peluang masa hadapan.”

 Keputusan Kewangan Suku Pertama 2025

Jumlah hasil ialah sebanyak $47 juta, menurun sebanyak 14% berbanding tahun sebelumnya. Penurunan ini mencerminkan kesan negatif daripada pemberhentian perniagaan pengambilan pekerja dan pelupusan subsidiari, yang sebahagiannya diimbangi oleh peningkatan permintaan terhadap bahan dan peralatan perubatan hasil daripada pengembangan Korporat Perubatan.

Pendapatan bersih bagi tempoh tiga bulan berakhir 31 Mac 2025 ialah $22 juta, berbanding $19 juta bagi tempoh yang sama pada tahun 2024. Peningkatan ini sebahagian besarnya disebabkan oleh keuntungan khas yang diperoleh daripada kematangan polisi insurans hayat. 

EBITDA ialah sebanyak $25 juta, menurun sebanyak 3% berbanding tahun sebelumnya, terutamanya disebabkan oleh penurunan hasil berikutan penamatan perniagaan perkhidmatan pengambilan pekerja serta penghentian penggabungan SNA dan Kijimadaira.

 Maklumat tentang SBC Medical

SBC Medical, beribu pejabat di Irvine, California dan Tokyo, Jepun, memiliki serta menyediakan perkhidmatan pengurusan dan produk kepada pusat rawatan kosmetik. Syarikat ini terutamanya memberi tumpuan kepada penyediaan perkhidmatan pengurusan menyeluruh kepada klinik francais, termasuk tetapi tidak terhad kepada iklan dan pemasaran di pelbagai platform (seperti media sosial), pengurusan kakitangan (termasuk pengambilan dan latihan), tempahan pelanggan untuk klinik francais, bantuan penyewaan perumahan pekerja francais dan fasiliti klinik, reka bentuk dan pembinaan klinik francais, perolehan peralatan perubatan dan bahan habis pakai untuk dijual semula, pembekalan produk kosmetik kepada klinik francais untuk dijual kepada pelanggan, pelesenan teknologi perubatan (termasuk teknologi yang belum dipatenkan), penggunaan tanda dagangan & jenama, penyelesaian perisian IT, termasuk perundingan perubatan jarak jauh, pengurusan program ganjaran pelanggan (program mata kesetiaan), penyediaan alat pembayaran untuk klinik francais.

Untuk maklumat lanjut, lawati https://sbc-holdings.com/


https://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=19330

Tellus Power Globe Holding Limited, BinHendi Holding dan Sing Family Enterprise Group Menandatangani Perjanjian Usaha Sama untuk Melancarkan Salah Satu Syarikat Pengeluaran Pengecas EV Pertama di Timur Tengah dengan Sokongan Kementerian Pelaburan UAE

IRVINE, California, 18 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --  Tellus Power Globe Holding Limited (“Tellus Power” atau “Syarikat”), sebuah penyedia...