Tuesday, September 30, 2025

Asana Umumkan Rakan AI Baharu: Ejen Kolaboratif yang Hasilkan Keputusan

Asana percaya keupayaan ejen untuk berkolaborasi dan melaksanakan kerja terperinci bersama manusia bukan sekadar bertindak secara autonomi tetapi adalah kunci kepada kerjasama berpasukan berasaskan AI

AI Teammates Asana melangkaui automasi tugasan mudah dengan menyokong aliran kerja kompleks, sekali gus meningkatkan kelajuan pasukan dan kualiti hasil kerja

LONDON, 26 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Asana, Inc. (NYSE: ASAN), sebuah platform pengurusan kerja terkemuka untuk kolaborasi manusia + AI, hari ini mengumumkan pelancaran AI Teammates: ejen kolaboratif yang memahami konteks keseluruhan kerja dalam sesebuah organisasi dan bagaimana kerja itu dilaksanakan. Satu ejen boleh menyokong pelbagai pasukan secara serentak, sambil terus diperkaya melalui maklum balas manusia untuk meningkatkan kelajuan dan kualiti kolaborasi merentas perniagaan.

Asana tampil menangani kebimbangan meluas mengenai keberkesanan ejen di tempat kerja: kajian menunjukkan ejen autonomi gagal dalam 70% tugasan asas¹ . Isunya bukan pada kuasa atau keupayaan AI sebaliknya kerana ejen biasanya hanya menyokong pengguna individu tanpa mempunyai konteks, semakan dan kawalan yang diperlukan untuk menjadi rakan pasukan yang berkesan, yang mampu menyesuaikan diri, belajar daripada interaksi manusia, serta melaksanakan kerja dalam aliran kerja kompleks.

“Semua orang sedang membina ejen autonomi, tetapi autonomi bukanlah matlamat yang tepat,” kata Dan Rogers, Ketua Pegawai Eksekutif Asana. “Kerja adalah sesuatu yang sangat terperinci, aliran kerja perusahaan melibatkan banyak pasukan, pelbagai titik data dan memberi kesan kepada semua peringkat organisasi. Ejen hanya boleh benar-benar berkolaborasi dengan manusia jika mereka mempunyai akses kepada rangka kerja operasi syarikat atau ‘blueprint’ tentang siapa melakukan apa, bila, bagaimana dan mengapa. Model data Work Graph® kami menyediakan perkara ini, memberikan AI Teammates sejarah konteks, proses dan data yang kaya.”

“Lebih penting lagi, pendekatan kami turut memberi kawalan kepada manusia terhadap cara ejen mengakses data dan menggunakan sumber dengan keupayaan pentadbir untuk memantau serta menetapkan had penggunaan. Ini memastikan kos AI kekal terkawal walaupun kadar penggunaan AI Teammates meningkat dengan pesat.”

AI Teammates memperluas keupayaan AI sedia ada Asana, termasuk AI Studio, pembina tanpa kod untuk aliran kerja berkuasa AI yang mengendalikan tugasan berulang dan rutin pada skala besar.

Perkara yang Membezakan AI Teammates

AI Teammates direka untuk kolaborasi sebenar antara manusia dan AI melalui tiga keupayaan utama:

• Konteks: Memahami perniagaan anda, bukan sekadar arahan
AI Teammates boleh diberikan konteks menyeluruh mengenai matlamat pasukan, aliran kerja, dan struktur organisasi melalui Asana Work Graph®. Memori peringkat pasukan membolehkan mereka membina pengetahuan institusi dan sentiasa menyesuaikan diri dengan cara pasukan bekerja, mengekalkan konteks merentas projek serta interaksi, sambil membuat keputusan yang lebih tepat dan selari dengan objektif perniagaan.

• Titik Semakan: Ketelusan dan Akauntabiliti Terbina
Tidak seperti ejen lain yang beroperasi secara terasing daripada aliran kerja pasukan, AI Teammates berfungsi dalam platform pengurusan kerja Asana, yang menjamin ketelusan dan akauntabiliti. Ejen menunjukkan pendekatan langkah demi langkah, menerima maklum balas daripada pasukan, dan menambah baik berdasarkan input tersebut. Pengguna dan pentadbir boleh melihat bagaimana AI Teammates bertindak, di mana mereka terlibat, dan hasil yang mereka capai – sama seperti rakan pasukan manusia. Kuncinya ialah memastikan AI berfungsi dalam struktur yang sama seperti semua orang.

• Kawalan: Tadbir urus pasukan ke atas automasi
AI Teammates dilengkapi dengan tadbir urus bertaraf perusahaan. Pasukan mengekalkan kawalan penuh terhadap akses data, kebenaran pengguna, parameter operasi, serta penggunaan kredit. Ini memastikan AI berfungsi dalam garis panduan organisasi tanpa mengorbankan kepercayaan atau menimbulkan kos yang tidak menentu.

Kolaborasi AI dalam Tindakan: Hasil Nyata Merentas Fungsi

AI Teammates pantas memberikan hasil serta impak merentas fungsi kritikal untuk pelanggan Asana:

• Pemasaran – AI Teammate boleh bertindak sebagai Pakar Strategi Kempen yang menyediakan draf ringkasan kempen, menjejak hasil kerja, dan melaporkan ROI. Ia juga boleh menjadi Rakan Kongsi Kreatif, mempercepatkan pembangunan kreatif dengan menghasilkan draf kandungan, mencetuskan idea variasi, serta menyemak aset mengikut garis panduan jenama.

• IT – AI Teammate boleh mengambil peranan sebagai Pakar Tiket IT, mengurus permintaan perkhidmatan dengan mengkategorikan serta menghala tiket secara automatik. Ia juga mampu menyelesaikan isu, mengenal pasti corak serta trend masalah berulang, dan menyimpan penyelesaian dalam memori bagi memastikan pangkalan pengetahuan sentiasa dikemas kini.

• Produk dan Kejuruteraan – AI Teammates boleh menjadi Penyiasat Pepijat, barisan pertama yang mentafsir laporan pepijat, menyatukan pendua, dan menilai tahap keparahan. Ia juga boleh bertindak sebagai Pemecut Sprint, menjejak kemajuan cerita, menandakan item berisiko, serta meringkaskan hasil sprint.

• Operasi dan PMO – AI Teammate boleh berperanan sebagai Pemandu Arah Pelancaran yang menjejak pelancaran merentas fungsi, memantau kebergantungan dan memberi isyarat risiko. Ejen juga boleh berfungsi sebagai Penganalisis Wawasan, memadatkan data projek terperinci kepada laporan ringkas yang disesuaikan untuk pihak kepimpinan.

“Perkara yang paling mengujakan saya ialah betapa pantas pelanggan kami menemui nilai dengan AI Teammates,” kata Rogers. “Pasukan merentas setiap industri sedang menemui cara baharu untuk mendelegasikan kerja yang bermakna, dan kegunaannya terus berkembang apabila mereka melihat potensi sebenarnya. Organisasi yang menguasai kolaborasi antara manusia dan AI bukannya sekadar mengejar autonomi, akan menjadi yang terkehadapan. Mereka akan bergerak lebih pantas, mencapai matlamat yang lebih berani, serta mencipta kelebihan kompetitif yang sukar ditandingi. Kami teruja menjadi platform yang menjadikan semua ini realiti.”

Syarikat Global Pilih Kolaborasi Berbanding Autonomi

“Asana AI Teammates membantu kami membuka akses dengan selamat kepada pengetahuan institusi yang tersimpan dalam data kerja kami, menghasilkan insight berasaskan data yang memaklumkan keputusan perniagaan kritikal. Dalam satu kes penggunaan, ia berjaya menyiapkan penyelidikan kompleks yang biasanya mengambil masa berminggu-minggu hanya dalam beberapa jam. Ini membantu mengubah cara pasukan kami beroperasi serta menyokong keupayaan kami untuk menyampaikan hasil pada skala besar.”

– Laura Kohl, CIO, Morningstar

Ketersediaan

AI Teammates kini boleh didapati dalam versi beta, dengan ketersediaan umum dijangka pada Suku Pertama Tahun Kewangan 2027.

Maklumat tentang Asana

Asana ialah platform pengurusan kerja terkemuka untuk kolaborasi manusia + AI. Lebih daripada 170,000 pelanggan termasuk Accenture, Amazon, Anthropic dan Suzuki bergantung kepada Asana untuk menyelaraskan pasukan serta mempercepatkan impak organisasi. Sama ada dalam mengurus inisiatif strategik, program rentas fungsi, atau matlamat di seluruh syarikat, Asana membantu organisasi membawa kejelasan dalam kerumitan, menukar rancangan kepada tindakan dengan AI yang bekerjasama rapat bersama pasukan pada setiap langkah. Untuk maklumat lanjut, layari www.asana.com.

¹ TheAgentCompany: Penanda Aras LLM Agents dalam Tugasan Dunia Sebenar yang Signifikan, Carnegie Mellon University, 10 Sep 2025.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Hubungi

Pertanyaan akhbar:
Kaylee Hill
press@asana.com

Sumber: Asana, Inc.

--BERNAMA

​OMRON Healthcare Melepasi Jualan 400 Juta Unit Alat Pemantau Tekanan Darah

 

KYOTO, Jepun, 30 Sept., 2025 /Kyodo JBN/ --

- Mengukuhkan Komitmen terhadap Pencegahan Penyakit Kardiovaskular dan Pemantauan Tekanan Darah di Rumah –

OMRON HEALTHCARE Co., Ltd., sebuah peneraju dunia di dalam peralatan perubatan berinovatif untuk penjagaan kesihatan pencegahan, mengumumkan bahawa jualan terkumpul di seluruh dunia bagi alat pemantau tekanan darah (BPM) OMRON telah melebihi 400 juta unit. Pencapaian penting ini menekankan komitmen jangka panjang syarikat itu untuk memanjangkan jangka hayat sihat melalui kemajuan alat pemantauan tekanan darah di rumah dan penjagaan kardiovaskular pencegahan.

Logo: https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M000242/202509195504/_prw_PI1fl_k2sj30Cw.png

Imej: https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M000242/202509195504/_prw_PI2fl_68Qw97R2.png

Perjalanan bermula lebih setengah abad yang lalu, dengan pelancaran BPM berjenama OMRON yang pertama pada tahun 1973, ketika itu semua pengukuran tekanan darah hanya dijalankan di kemudahan perubatan. Pada masa kini, hasil kemajuan di dalam teknologi, sesiapa sahaja boleh mengukur tekanan darah mereka sendiri dengan mudah dan tepat di rumah, dan OMRON Healthcare terus menerajui evolusi di dalam pengurusan tekanan darah untuk menyokong penjagaan kesihatan pencegahan, termasuk usaha untuk mengesan keadaan yang berpotensi mengancam nyawa seperti fibrilasi atrium (AFib) pada peringkat awal.

Apabila babak baharu bermula, peranti terkemuka industri dan platform kesihatan digital OMRON Healthcare terus mengubah pemantauan harian untuk menjadi sebuah alat yang berkuasa bagi melindungi kesihatan global. Dengan pengedaran di lebih 130 buah negara dan wilayah di seluruh dunia, OMRON Healthcare adalah komited untuk memastikan akses kepada alat pemantau tekanan darah di rumah yang tepat dan mampu milik dalam pasaran baru muncul di mana sumber penjagaan kesihatan pencegahan kekal terhad, seterusnya membantu mengurangkan jurang kesihatan melalui pengesanan awal dan campur tangan di dalam komuniti yang paling berisiko.

"Mencapai jualan 400 juta unit bukan sekadar satu angka -- ia mencerminkan kepercayaan yang diberikan oleh berjuta-juta orang terhadap OMRON Healthcare dalam menyokong perjalanan mereka ke arah kehidupan yang lebih panjang dan lebih sihat," kata Ayumu Okada, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, OMRON HEALTHCARE Co., Ltd. "Kualiti dan ketepatan alat pemantau tekanan darah OMRON diiktiraf secara meluas oleh kalangan profesional penjagaan kesihatan di seluruh dunia. Kami tetap komited terhadap visi 'Melangkah ke arah SIFAR', dengan bermatlamat untuk menghapuskan kejadian serebro-kardiovaskular secara global dengan membangunkan teknologi yang menghubungkan kehidupan harian dan penjagaan kesihatan, memperkasakan setiap individu di mana-mana untuk mengambil tindakan pencegahan. Kami akan terus mempromosikan produk, perkhidmatan dan usaha pendidikan yang berinovatif bagi meningkatkan kesedaran tentang risiko hipertensi -- bukan sahaja untuk mereka yang telah didiagnosis, tetapi juga bagi mereka yang mungkin belum menyedari bahawa mereka berisiko."
https://healthcare.omron.com/going-for-zero/400-million

Inovasi untuk Penjagaan Pencegahan
Berasaskan lebih 50 tahun kepakaran, OMRON Healthcare terus memajukan teknologi yang mengubah alat pemantau tekanan darah kepada menjadi peranti penjagaan pencegahan yang penting, melalui inovasi termasuk:
- Pemantauan kesihatan digital yang disambungkan: Peranti yang dilengkapi dengan Bluetooth boleh disepadukan dengan aplikasi OMRON connect (TM), menyokong visualisasi trend, perkongsian bersama keluarga dan pemantauan oleh doktor.
- Pengesanan yang dikuasakan oleh AI: Teknologi Intellisense AFib (TM) yang unik dan telah diluluskan oleh FDA membolehkan pengesanan awal fibrilasi atrium semasa pemantauan rutin.
- Pengukuran bersepadu: Complete (TM) monitor menggabungkan bacaan tekanan darah dan ECG, yang boleh dikongsi dengan lancar bersama pakar perubatan melalui aplikasi OMRON connect (TM).
- Perkongsian pemantauan jarak jauh: Perniagaan Kesihatan Digital OMRON terus berkembang dengan pemerolehan anak syarikat baharu Luscii, dan perkongsian strategik dengan syarikat-syarikat antarabangsa.

Maklumat mengenai OMRON Healthcare: https://kyodonewsprwire.jp/attach/202509195504-O1-1133eHlN.pdf

Untuk maklumat lanjut, sila layari:
Laman web: https://healthcare.omron.com/
LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/omron-healthcare-co-ltd-/

Sumber: OMRON HEALTHCARE Co., Ltd.

Monday, September 29, 2025

Bitget Umumkan Bukti Rizab September 2025: Mendahului dengan Nisbah 186% dan Inovasi Keselamatan UEX

VICTORIA, Seychelles, 29 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget, syarikat Universal Exchange (UEX) dan Web3 terbesar di dunia, telah menerbitkan laporan Bukti Rizab (PoR) bagi September 2025 sebagai sebahagian daripada komitmen bulanannya terhadap ketelusan dan perlindungan pengguna. Data terkini menunjukkan bahawa Bitget terus mengekalkan rizab yang jauh melebihi piawaian industri, dengan nisbah rizab keseluruhan sebanyak 186% bagi aset-aset utama.


Setakat 23 September 2025, Bitget memegang sebanyak 30,753.11 BTC dalam rizab berbanding 9,395.3 BTC dalam aset pengguna, dengan nisbah rizab kukuh pada 327%.

Bagi USDT, bursa tersebut memegang sebanyak 1,945,761,538.54 USDT berbanding 1,933,854,152.4 USDT dalam aset pengguna, sekali gus memastikan nisbah rizab 101%. Rizab ETH Bitget kini berjumlah 308,082.22 ETH, berbanding 139,140.23 ETH dalam pegangan pengguna, mencerminkan nisbah rizab yang mantap sebanyak 221%. Selain itu, Bitget mengekalkan sebanyak 143,625,499.13 USDC dalam rizab berbanding 114,492,072.13 USDC dalam aset pengguna, menunjukkan nisbah rizab yang kukuh pada kadar 125%. Pada September 2025, aset pengguna Bitget meningkat dengan ketara: BTC naik sebanyak 22% berbanding bulan sebelumnya (daripada 7,681 kepada 9,395) dan USDC melonjak 33% bulan ke bulan (daripada $86.0 juta kepada $114.5 juta).

Angka-angka ini terus mengukuhkan reputasi Bitget sebagai salah satu bursa mata wang kripto yang paling telus dan selamat dalam industri. Dengan mengekalkan lebih 100% daripada deposit pengguna bagi semua aset utama secara konsisten, Bitget menetapkan penanda aras bagi keselamatan aset dan pengurusan risiko. Penerbitan berterusan laporan Bukti Rizab (PoR) oleh Bitget, yang disahkan melalui kaedah Merkle Tree, memberi kuasa kepada pengguna mengesahkan baki akaun mereka secara bebas. Langkah ini memastikan dana mereka sentiasa disokong sepenuhnya dan dilindungi pada setiap masa.

"Ketelusan dan perlindungan pengguna merupakan teras utama dalam setiap tindakan kami di Bitget. Mencapai nisbah rizab sebanyak 186% pada bulan ini menunjukkan komitmen Bitget dalam melindungi aset pengguna dan membina kepercayaan dalam komuniti kami. Ketika kami terus memacu visi Universal Exchange (UEX), salah satu keutamaan utama kami ialah menyediakan tahap keselamatan yang dipertingkatkan. Melalui model jagaan hibrid, penapisan risiko lanjutan dan dana perlindungan melebihi $700 juta, kami menggabungkan pemerkasaan pengguna dengan perlindungan bertaraf institusi, sekali gus menaikkan standard industri secara keseluruhan,kata Gracy Chen, Ketua Pegawai Eksekutif di Bitget.

Dengan kemas kini September ini, Bitget kekal di barisan hadapan dalam menerbitkan laporan PoR bebas yang disokong lebihan rizab, sambil mempercepatkan pembangunan model UEX. Dengan mengutamakan langkah keselamatan bertaraf tinggi dan perlindungan pengguna yang kukuh, Bitget sedang membentuk masa depan perdagangan yang lebih selamat, telus dan berpusatkan pengguna.

Untuk menyemak Bukti Rizab yang telah dikemas kini, sila layari di sini.

Perihal Bitget

Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitget merupakan Universal Exchange (UEX) terbesar di dunia yang menyediakan perkhidmatan kepada lebih 120 juta pengguna dengan akses kepada berjuta-juta token kripto, saham bertoken, ETF, dan pelbagai aset dunia sebenar dalam satu platform tunggal. Ekosistem ini komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui alat dagangan yang berkuasa AI, kesalingoperasian antara token di rangkaian Bitcoin, Ethereum, Solana dan BNB Chain serta akses yang lebih luas kepada aset dunia sebenar. Di bahagian terdesentralisasi, Bitget Wallet berfungsi sebagai dompet kripto tanpa jagaan terkemuka yang menyokong lebih daripada 130 rangkaian blockchain dan jutaan token. Ia menawarkan perdagangan berbilang rantaian, pertaruhan, pembayaran dan akses terus kepada lebih 20,000 DApp dengan pertukaran termaju serta cerapan pasaran yang disepadukan dalam satu platform tunggal.

Bitget sedang memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM. Selaras dengan strategi impak globalnya, Bitget telah bekerjasama dengan UNICEF untuk menyokong pendidikan blockchain bagi 1.1 juta individu menjelang tahun 2027. Dalam dunia sukan permotoran, Bitget merupakan rakan eksklusif bursa mata wang kripto bagi MotoGP™, salah satu kejohanan sukan paling mendebarkan di dunia.

Untuk maklumat lanjut, layari: Laman web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com

Amaran Risiko: Harga aset digital tertakluk kepada turun naik dan mungkin mengalami ketidakstabilan yang ketara. Pelabur disarankan agar hanya memperuntukkan dana yang mereka sanggup tanggung jika mengalami kerugian. Nilai mana-mana pelaburan boleh terjejas dan terdapat kemungkinan bahawa objektif kewangan mungkin tidak tercapai serta pelaburan pokok tidak dapat diperoleh semula. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa didapatkan dan pengalaman dan kedudukan kewangan peribadi perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi masa lalu bukanlah penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Bitget tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa yang terkandung di sini harus dianggap sebagai nasihat kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk Terma Penggunaan kami.

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/1fcab137-24cc-424a-9636-245a61e50f27

SUMBER: Bitget Limited

PENAFIAN: BERNAMA MREM tidak bertanggungjawab atas sebarang sebab penodaan laman web, penyalahgunaan, atau aktiviti haram yang berkaitan dengan mata wang kripto, rantaian blok, tokenisasi, atau bitcoin. Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai panduan atau pendapat, kerana ia bukan nasihat kewangan atau pelaburan. Gunakan maklumat ini atas risiko anda sendiri; kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penerbitan semula artikel ini.

--BERNAMA

Kenaikan tarif air rekod akhirnya berakhir, namun Eropah muncul sebagai peneraju baharu


OXFORD, England, 29 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Kajian Tahunan Tarif oleh Global Water Intelligence (GWI), yang diterbitkan pada 24 September, mendapati bahawa purata kenaikan tarif air global dari tahun 2024 ke 2025 ialah 6.2%, sekali gus menamatkan siri kenaikan rekod yang berlaku semasa tahun-tahun pasca pandemik yang dicirikan oleh inflasi tinggi.

Namun, di kawasan yang menyaksikan kenaikan tarif, keputusan tersebut kini lebih kerap didorong oleh keperluan pelaburan jangka panjang berbanding pemulihan kos operasi, yang menjadi faktor utama kenaikan tarif pada awal tempoh pasca pandemik. 

Secara luar biasa, Eropah muncul sebagai peneraju dalam kenaikan tarif tahun ini, didorong oleh dasar dan pelaburan baharu yang bertujuan meningkatkan ketahanan iklim, sekali gus menyumbang kepada peningkatan yang lebih tinggi daripada kebiasaan. Dua negara turut menyertai Eropah di kedudukan teratas carta kenaikan tarif tahun 2025 — Turkiye dan Kazakhstan — dengan kedua-duanya meraih tujuh daripada sepuluh tempat teratas.

Di Kazakhstan, pihak berkuasa mengambil langkah berani dengan beralih kepada struktur tarif berdasarkan volum bagi memenuhi keperluan pelaburan dalam infrastruktur yang semakin usang serta usaha meningkatkan ketahanan. Walaupun kadar kenaikan besar, tarif secara keseluruhan masih kekal rendah dari segi nilai mutlak.

Di bahagian lain Asia, GWI menjalankan tinjauan ke atas 172 bandar di 40 negara dan wilayah, dan mendapati bahawa kadar pertumbuhan kekal perlahan. Beberapa kenaikan ketara di India masih belum cukup untuk meningkatkan kedudukan negara itu dalam carta tarif: Asia Selatan kekal sebagai rantau termurah di dunia. 

Di Amerika Latin dan Sub-Sahara Afrika, selepas beberapa tahun pertumbuhan berterusan, kadar kenaikan tahun ini agak sederhana, dengan pengecualian ketara seperti Afrika Selatan dan Argentina. Bagi Amerika Utara pula, pertumbuhan tarif kekal stabil, disokong oleh peningkatan caj air ribut di banyak bandar bagi menangani kejadian cuaca ekstrem yang semakin kerap.

Langgan keahlian GWI hari ini untuk mendapatkan akses penuh kepada set data lengkap, termasuk profil tarif terperinci bagi 641 bandar di 200 negara, artikel mendalam serta semua data tinjauan tarif terdahulu sejak 2011: www.globalwaterintel.com..

Perihal Global Water Intelligence

Global Water Intelligence ialah peneraju dalam bidang perisikan pasaran dan penganjuran acara, yang memberi perkhidmatan kepada industri air antarabangsa. Sepanjang 25 tahun yang lalu, kami telah membina perniagaan kami sebagai penghubung yang dipercayai antara pelanggan dan pasaran mereka, dengan menyediakan perisikan bernilai tinggi yang membolehkan mereka membuat keputusan strategik yang paling termaklum dan tepat untuk perniagaan masing-masing. Dengan itu, kami meliputi pasaran perbandaran dan semua sektor industri khusus, termasuk bidang teknologi, kewangan dan ekonomi.

HUBUNGI: Emilie Filou
SYARIKAT: Global Water Intelligence
TELEFON: 01865 204208
EMEL: sales@globalwaterintel.com
WEB: https://www.globalwaterintel.com 

SUMBER: Global Water Intelligence

Sunday, September 28, 2025

Jaringan Fasa I GEESATCOM Selesai, Liputan Komunikasi Masa Nyata Seluruh Dunia Kini Tercapai

 

SHANGHAI, 29 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pada 24 September 2025, pesawat roket di China berjaya melancarkan satah orbit keenam GEESATCOM, menghantar 12 satelit dalam satu pelancaran. Ini merupakan pelancaran ketiga berturut-turut dalam tempoh dua bulan, dengan semua satelit berjaya memasuki orbit masing-masing dan beroperasi secara normal.

Dengan pelancaran ini, GEESATCOM kini mempunyai 64 satelit di orbit, menandakan penyempurnaan jaringan Fasa I. Konstelasi ini menyediakan liputan komunikasi masa nyata di seluruh dunia (kecuali kawasan kutub), dengan satu hingga dua lapisan liputan satelit antara latitud 60° utara–selatan. Sistem ini mampu menyokong 340 juta komunikasi harian dan berkhidmat kepada 20 juta pengguna, termasuk 5 juta pengguna berfrekuensi tinggi serta 15 juta pengguna berfrekuensi sederhana hingga rendah.

GEESATCOM dibangunkan sepenuhnya secara kendiri, merangkumi reka bentuk sistem satelit, platform muatan, pembuatan satelit, kawalan misi, cip komunikasi, modul dan terminal, sekaligus membentuk rantaian pembangunan dan pengeluaran autonomi yang lengkap. Satelit dan terminal dilengkapi algoritma adaptif anti-gangguan berkeupayaan 50dB, prestasi anti-pemintasan yang kukuh, kehilangan pautan rendah, serta tahap kebolehpercayaan yang melebihi rakan seindustri antarabangsa. Yuran pengguna hanya sekitar 1% berbanding kos komunikasi satelit tradisional. Sistem ini juga membolehkan konfigurasi fleksibel dari segi keutamaan komunikasi, panjang mesej dan kekerapan perkhidmatan bagi memenuhi pelbagai senario – daripada mobiliti pintar sehinggalah komunikasi kecemasan dan aplikasi industri.

Geespace telah menyelesaikan pengesahan komersial berskala besar di pelbagai pasaran. Di China, kerjasama dengan China Unicom, Zoomlion dan Geely Auto telah mengesahkan aplikasi dalam mobiliti pintar, perikanan laut, jentera pembinaan serta logistik. Di peringkat global, ujian bersama pengendali di lebih 20 negara merangkumi Asia Barat, Afrika, Asia Tenggara, Asia Tengah dan Amerika Latin menunjukkan kadar kejayaan komunikasi melebihi 99% serta ketersediaan rangkaian melepasi 99%.
 
Pada April tahun ini, Geespace bersama ALTEL Malaysia telah menubuhkan usaha sama ADISB, sekali gus memacu pembangunan setempat GEESATCOM di Malaysia. Projek ini mendapat perhatian daripada pegawai kerajaan tertinggi termasuk Perdana Menteri dan Menteri Komunikasi, dan bakal mempercepat pelaksanaan perkhidmatan IoT satelit dalam bidang bandar pintar, pertanian pintar dan tenaga.

Dengan liputan globalnya, GEESATCOM menyediakan perkhidmatan IoT satelit masa nyata yang stabil dan boleh dipercayai merentasi pelbagai sektor termasuk kenderaan pintar bersambung, perikanan laut, jentera pembinaan, mobiliti altitud rendah, komunikasi kecemasan, pengangkutan dan logistik, infrastruktur awam, tenaga, pengurusan air, serta pertanian, perhutanan dan penternakan. Dengan selesainya jaringan Fasa I, Geespace kini menawarkan perkhidmatan IoT satelit komersial global yang beroperasi sepenuhnya, menyokong pendigitalan industri dan transformasi pintar di seluruh dunia.

Syarikat: Geespace
Individu Dihubungi: Elliott Zhang
Emel: jingxi.zhang1@geely.com
Laman Web: https://www.geespace.com/
Telefon: +86 21 54200666
Bandar: Shanghai, China

Sumber : Geespace

Friday, September 26, 2025

Founders Fund dan Sequoia Bertaruh AS$350 Juta pada Permulaan AI Brazil Enter dalam Pasaran Undang-Undang Paling Mencabar

Siri A Enter mencatatkan rekod sebagai pelaburan terbesar yang pernah dibuat dalam syarikat berfokuskan AI di Amerika Latin

SÃO PAULO, 26 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Brazil mempunyai hampir 80 juta kes mahkamah aktif - lapan kali ganda berbanding Amerika Syarikat - dengan tuntutan buruh sahaja menelan kos berbilion dolar setiap tahun bagi syarikat-syarikat. Pemfailan digital percuma telah mendorong lonjakan kes pengguna terhadap bank, peruncit dan syarikat penerbangan — yang di negara lain biasanya diselesaikan melalui sokongan pelanggan rutin.

Berhadapan dengan realiti ini, Mateus Costa-Ribeiro menjadi peguam bertauliah termuda di Brazil pada usia 18 tahun, menamatkan pengajian undang-undang di Harvard, lulus Peperiksaan Peguam New York pada usia 20 tahun, dan meninggalkan biasiswa penuh MBA di Stanford untuk membangunkan Enter — sebuah platform AI yang direka bagi membantu perusahaan menguruskan litigasi secara besar-besaran. Gabungan antara pengasas dan cabaran tersebut telah menarik pelabur Silicon Valley, Founders Fund dan Sequoia, kembali ke Brazil untuk bersama-sama menerajui pembiayaan Siri A Enter sebanyak AS$35 juta pada penilaian AS$350 juta — pelaburan terbesar dalam syarikat berfokuskan AI di Amerika Latin setakat ini.

Mateus mengasaskan Enter bersama Michael Mac-Vicar, bekas Ketua Pegawai Teknologi (CTO) Wildlife Studios dan Henrique Vaz, rakan seuniversiti di Harvard yang bermula sebagai pelatih sehingga menjadi Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) di Wildlife, kemudian mengetuai pembangunan produk di Enter.

“Kami telah membangunkan sebuah platform yang sudah pun memberikan penjimatan kos secara langsung kepada perusahaan terbesar di Amerika Latin. Menyelesaikan is ini di Brazil, ekosistem undang-undang paling kompleks di dunia, membuktikan bahawa teknologi kami mampu berkembang secara global,” kata Mateus.

Ejen AI Enter menyokong peguam sepanjang keseluruhan kitaran hayat sesuatu kes mahkamah: penerimaan kes, pengesanan penipuan, cadangan penyelesaian, penyediaan pembelaan dan pentafsiran keputusan. Peguam manusia menilai dan memperhalusi hasil kerja AI, menghasilkan keputusan yang lebih pantas dan kukuh.

“Enter berpotensi untuk menjadi peneraju global dalam bidang AI perundangan, dipimpin oleh pengasas yang mempunyai pemahaman mendalam dan hubungan peribadi dengan industri ini,” kata Matias Van Thienen, rakan kongsi di Founders Fund. “Masalah litigasi berlebihan di Brazil jauh lebih mendesak berbanding negara lain, dan pendekatan bersepadu Enter bukan sahaja menyelesaikan kesukaran yang dihadapi oleh perusahaan, malah turut membantu mengurangkan tekanan sistemik terhadap ekonomi.”

Sepanjang tahun 2025 sahaja, Enter dijangka mengendalikan lebih 250,000 kes baharu — hampir dua kali ganda jumlah tuntutan sivil yang difailkan setiap tahun di Jepun. Kesan platform ini nyata: kadar kemenangan di mahkamah yang lebih tinggi serta penjimatan berjuta-juta dolar bagi syarikat yang bergantung padanya. Antara pelanggan utama Enter termasuk bank-bank terbesar Brazil seperti Itaú dan Santander, peruncit gergasi seperti Mercado Livre serta syarikat teknologi global terkemuka seperti Nubank dan Airbnb.

Menguruskan tuntutan pengguna dalam jumlah yang besar hanyalah langkah pertama. Enter kini berkembang ke dalam bidang pertikaian buruh yang kompleks dan membangunkan AI ramalan untuk mencadangkan bukti, preseden dan hujah yang paling berkesan, sekali gus mentakrifkan semula cara AI membentuk strategi perundangan.

“Enter sedang menangani masalah kritikal dalam pasaran yang besar, memberikan mereka titik permulaan yang kukuh untuk muncul sebagai syarikat AI Perusahaan terkemuka di Amerika Latin. Kesan yang lebih meluas daripada usaha mereka berpotensi untuk membentuk semula landskap perniagaan di rantau ini dan merangsang pertumbuhan ekonomi,” kata Konstantine Buhler, Rakan Kongsi di Sequoia Capital.

Pusingan pembiayaan ini menandakan langkah penting ke arah mentakrifkan semula cara syarikat di Amerika Latin meningkatkan produktiviti melalui AI, sambil memacu kecekapan dan keselamatan perundangan pada skala besar.

Hubungi:
Guilherme Grupenmacher, Ketua Staf
+12154501017 pr@getenter.ai

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/e592ccca-3b2f-4b04-8414-c417a36fe00b

Sumber: Enter

--BERNAMA

Toshiba Lancarkan MOSFET Kuasa N-Saluran 100V dengan Teknologi Proses Generasi Terbaharu⁽¹⁾ untuk Meningkatkan Kecekapan dalam Bekalan Kuasa Mod-Bertukar bagi Peralatan Industri

Toshiba: TPH2R70AR5, MOSFET kuasa N-Saluran 100V dengan teknologi proses generasi terbaharu

 KAWASAKI, Jepun, 26 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation ("Toshiba") telah melancarkan “ TPH2R70AR5,” sebuah MOSFET kuasa N-saluran 100V yang dibangunkan menggunakan U-MOS11-H, teknologi proses generasi terbaharu Toshiba[1]. MOSFET ini disasarkan untuk aplikasi seperti bekalan kuasa mod-bertukar bagi peralatan industri yang digunakan dalam pusat data dan stesen asas komunikasi. Penghantaran produk bermula hari ini.

Siri 100V U-MOS11-H menawarkan peningkatan dari segi rintangan-On terminal pengalir-terminal pembekal (RDS(ON) ), Cas get keseluruhan (Qg ) dan keseimbangan antara keduanya (RDS(ON) × Qg ) berbanding proses generasi sedia ada Toshiba, iaitu siri U-MOSX-H, sekaligus mengurangkan kedua-dua kehilangan kuasa semasa penghantaran dan penukaran.

TPH2R70AR5 menawarkan kira-kira 8% pengurangan RDS(ON) dan 37% pengurangan Qg berbanding TPH3R10AQM, produk siri U-MOSX-H, serta peningkatan 42% dalam RDS(ON) × Qg. MOSFET ini juga mencapai prestasi dioda badan berkelajuan tinggi melalui penggunaan teknologi kawalan jangka hayat[2], yang mengurangkan cas pemulihan songsang (Qrr ) dan menahan voltan lonjakan. Qrr diperbaiki kira-kira 38%, manakala RDS(ON) × Qrr juga bertambah baik kira-kira 43%. Ciri perdagangan prestasi[4] terkemuka industri ini[3], baik RDS(ON) × Qg dan RDS(ON) × Qrr, meminimumkan kehilangan kuasa, menyumbang kepada kecekapan dan ketumpatan kuasa lebih tinggi dalam sistem bekalan kuasa. MOSFET ini juga menggunakan pakej SOP Advance (N) dan menawarkan keserasian pemasangan yang cemerlang mengikut piawaian industri.

Toshiba turut menyediakan alat sokongan reka bentuk litar: Model G0 SPICE, yang membolehkan pengesahan fungsi litar dalam masa singkat. Model G2 SPICE yang sangat tepat, mampu menyalin dengan tepat ciri transien litar. Kesemuanya kini tersedia.

Toshiba akan terus memperluaskan rangkaian MOSFET kehilangan rendah, yang membolehkan bekalan kuasa lebih cekap dan menyumbang kepada pengurangan penggunaan kuasa peralatan.

Nota:
[1] Sehingga September 2025, antara teknologi proses Toshiba untuk MOSFET kuasa voltan rendah. Kajian Toshiba.
[2] Teknologi kawalan jangka hayat: Memendekkan jangka hayat pembawa secara sengaja dengan menggunakan sinar ion untuk memperkenalkan kecacatan ke dalam semikonduktor, meningkatkan kelajuan penukaran, memperbaiki kelajuan pemulihan diod dan mengurangkan bunyi elektrik.
[3] Sehingga September 2025, perbandingan dengan MOSFET kuasa N-Saluran 100V lain untuk peralatan industri. Kajian Toshiba.
[4] RDS(ON) ×Qg : 120mΩ・nC (tip), RDS(ON) ・Qrr : 127mΩ×nC (tip)

Aplikasi

  • Bekalan kuasa untuk peralatan industri yang digunakan dalam pusat data dan stesen asas komunikasi
  • Bekalan kuasa mod-bertukar (penukar DC-DC berkecekapan tinggi, dan lain-lain)
     
Ciri-ciri
  • Rintangan-On terminal pengalir-terminal pembekal rendah: RDS(ON) =2.7mΩ (maks) (VGS =10V, ID =50A, Ta =25°C)
  • Cas get keseluruhan rendah: Qg =52nC (tip.) (VDD =50V, VGS =10V, ID =50A, Ta =25°C)
  • Cas pemulihan songsang rendah: Qrr =55nC (tip.) (IDR =50A, VGS =0V, -dIDR /dt=100A/μs, Ta =25°C)


 Spesifikasi Utama
 (Kecuali dinyatakan sebaliknya, Ta =25°C)
Nombor bahagian TPH2R70AR5
 Penarafan
 maksimum
 mutlak
Voltan terminal pengalir-terminal pembekal VDSS (V)100
 Arus terminal pengalir (DC) ID (A) Tc =25°C190
 Suhu saluran Tch (°C)175
 Ciri-ciri
 elektrik
 Rintangan-On
 terminal pengalir-terminal pembekal
 RDS(ON) (mΩ)
 VGS =10V, ID =50AMaks.2.7
 VGS =8V, ID =50AMaks.3.6
 Cas get keseluruhan
 Qg (nC)
 VDD =50V, VGS =10V,
 ID =50A
Tip.52
 Cas suis
 get Qsw (nC)
Tip.17
 Cas output Q oss
 (nC)
 VDD =50V, VGS =0V,
 f=1MHz
Tip.106
Kapasitans input
 Ciss (pF)
 VDS =50V, VGS =0V,
 f=1MHz
Tip.4105
 Cas pemulihan
 songsang Qrr (nC)
 IDR =50A, VGS =0V,
 -dIDR /dt=100A/μs
Tip.55
BungkusanNamaLanjutan SOP(N)
Saiz (mm)Tip.5.15×6.1
Semakan & Ketersediaan Contoh Beli Dalam Talian


Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut tentang produk baharu.
TPH2R70AR5

Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut tentang MOSFET Toshiba.
MOSFETs

Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut tentang model SPICE yang sangat tepat (model G2).
Model G2

Untuk menyemak ketersediaan produk baharu di pengedar dalam talian, lawati:
TPH2R70AR5
Beli Dalam Talian

* Nama syarikat, nama produk dan nama perkhidmatan mungkin merupakan tanda dagangan syarikat masing-masing.
* Maklumat dalam dokumen ini, termasuk harga produk dan spesifikasi, kandungan perkhidmatan serta maklumat hubungan, adalah terkini pada tarikh pengumuman tetapi tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat tentang Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation, pembekal terkemuka bagi penyelesaian semikonduktor dan storan yang canggih, memanfaatkan lebih setengah abad pengalaman dan inovasi untuk menawarkan semikonduktor diskret, sistem LSI, dan produk HDD yang luar biasa kepada pelanggan dan rakan perniagaan.

Dengan 19,400 pekerja di seluruh dunia, syarikat ini berkongsi tekad untuk memaksimumkan nilai produk, serta mempromosikan kerjasama rapat dengan pelanggan dalam penciptaan nilai dan pasaran baharu. Syarikat ini berharap dapat membina dan memberi sumbangan kepada masa depan yang lebih baik untuk semua.

Ketahui lebih lanjut di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html  

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/20250924029500/en

Hubungi
Pertanyaan Pelanggan:
Jab. Jualan & Pemasaran Peranti Kuasa & Isyarat Kecil
Tel: +81-44-548-2216
Hubungi Kami

Pertanyaan Media:
C. Nagasawa
Jab. Komunikasi & Risikan Pasaran
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
 
Sumber: Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

--BERNAMA

Penguin Solutions Memperluas Portfolio Memori SMART Modular DDR5 SODIMM dengan DDR5-6400 ECC CSODIMM 64GB Baharu untuk HPC Generasi Seterusnya

Modul memori SMART Modular DDR5 SODIMM baharu daripada Penguin Solutions menawarkan prestasi tahan lasak dan sokongan suhu luas untuk aplika...