Thursday, August 28, 2025

Bitget Membawa Semangat Bull ke Bali di Coinfest Asia 2025

BALI, Indonesia, 28 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget, sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka, telah berjaya menamatkan penyertaannya di Coinfest Asia 2025 yang berlangsung di Nuanu Creative City, Bali, dari 21 hingga 22 Ogos. Coinfest Asia, salah satu acara paling dinanti-nantikan dalam kalendar kripto Asia, telah menghimpunkan inovator, pembangun dan peminat industri dari seluruh rantau. Bitget menyerlahkan melalui pelbagai aktiviti menarik yang menonjolkan semangat komuniti, inovasi produk serta kerjasama bertaraf global.

Sambutan bermula pada 20 Ogos dengan kejohanan padel santai di Paradise Padel Bali, yang mengeratkan hubungan bersama rakan kongsi dan sahabat menjelang agenda utama Coinfest. Pada 22 Ogos, Bitget dan Bitget Wallet telah bersama-sama menganjurkan acara sampingan rasmi Indonesia bertajuk 'Chill & Bull', yang menampilkan sesi perkongsian produk oleh pengurus VIP, pengenalan kepada pembantu dagangan berkuasa AI Bitget iaitu GetAgent, serta cerapan daripada pasukan Bitget Wallet mengenai penjenamaan semula mereka, 'Crypto for Everyone'.

Bitget dan Bitget Wallet turut memperkenalkan barisan barangan eksklusif berjenama yang direka khusus untuk para peserta Coinfest, menggabungkan identiti jenama syarikat dengan semangat acara Bali. Para hadirin juga berpeluang menyaksikan motosikal berjenama Bitget, yang menyerlahkan kerjasama global syarikat bersama MotoGP dan mengukuhkan kehadirannya di persimpangan antara sukan, budaya dan kripto.

Acara sampingan 'Chill & Bull' turut menampilkan sesi perbincangan panel mini bertajuk Crypto Market Pulse: Regional Strategies & Global Outlook in a Shifting Landscape (Strategi Serantau & Tinjauan Global dalam Landskap yang Berubah). Ahli panel berkongsi pandangan peribadi mereka tentang perubahan dinamik pasaran, menjawab soalan daripada para hadirin dan mencetuskan perbincangan terbuka mengenai peluang masa depan dalam dunia kripto dan Web3.

Penglibatan aktif Bitget di Coinfest Asia mencerminkan komitmen berterusannya dalam memperkukuh hubungan komuniti, pendidikan dan kesalinghubungan budaya, sekali gus memastikan ekosistemnya melangkaui perdagangan dan menawarkan pengalaman nyata yang relevan kepada audiens institusi mahupun pengguna runcit.

Perihal Bitget

Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitget merupakan sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka di dunia. Memberikan perkhidmatan kepada lebih 120 juta pengguna di lebih 150 negara dan rantau, bursa Bitget komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ciri perdagangan salinan perintisnya dan penyelesaian perdagangan lain. Bitget turut menawarkan akses secara masa nyata kepada harga Bitcoinharga Ethereum serta harga mata wang kripto yang lain. Bitget Wallet merupakan dompet kripto tanpa jagaan terkemuka yang menyokong lebih daripada 130 rantai blok dan jutaan token. Ia menawarkan perdagangan berbilang rantaian, pertaruhan, pembayaran dan akses langsung kepada lebih daripada 20,000 DApp dengan pertukaran termaju serta cerapan pasaran yang disepadukan dalam satu platform tunggal.

Bitget sedang memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM. Selaras dengan strategi impak globalnya, Bitget telah bekerjasama dengan UNICEF untuk menyokong pendidikan blockchain bagi 1.1 juta individu menjelang tahun 2027. Dalam dunia sukan permotoran, Bitget merupakan rakan eksklusif bursa mata wang kripto bagi MotoGP™, salah satu kejohanan paling mendebarkan di dunia.

Untuk maklumat lanjut, layari: Laman web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com

Amaran Risiko: Harga aset digital tertakluk kepada turun naik dan mungkin mengalami ketidakstabilan yang ketara. Pelabur disarankan agar hanya memperuntukkan dana yang mereka bersedia tanggung jika berlaku kerugian. Nilai mana-mana pelaburan boleh terjejas dan terdapat kemungkinan bahawa objektif kewangan mungkin tidak tercapai serta pelaburan pokok tidak dapat diperoleh semula. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa didapatkan dan pengalaman dan kedudukan kewangan peribadi perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi masa lalu bukanlah penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Bitget tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa yang terkandung di sini harus dianggap sebagai nasihat kewangan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Syarat Penggunaan kami.

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/c3508fa8-df83-4ff7-8e71-e0980638b47f

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/c58068c1-0757-4fca-8661-84bdbbed1bf1

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/42013e23-d450-4a15-8b21-9b7805f05bb2

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/27825ce1-5b82-4939-ae5a-23df81017e8d

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/d17fccf6-42ea-4cfe-bef8-ab05497c5482

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/39528144-28a7-411e-83b1-690d33bfdcec

SUMBER: Bitget Limited

PENAFIAN: BERNAMA MREM tidak bertanggungjawab atas sebarang sebab penodaan laman web, penyalahgunaan, atau aktiviti haram yang berkaitan dengan mata wang kripto, rantaian blok, tokenisasi, atau bitcoin. Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai panduan atau pendapat, kerana ia bukan nasihat kewangan atau pelaburan. Gunakan maklumat ini atas risiko anda sendiri; kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penerbitan semula artikel ini.

--BERNAMA

Tuesday, August 26, 2025

Frontline International Melantik Zack Palazzo Naib Presiden Jualan dan Kewangan


Table

Zack Palazzo, Naib Presiden Jualan dan Kewangan


CLEVELAND, 27 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Frontline International, peneraju dalam penyediaan penyelesaian pintar bagi pengurusan lemak, minyak dan gris di restoran serta dapur komersial, telah menaikkan pangkat Zack Palazzo sebagai Naib Presiden Jualan dan Kewangan. Palazzo telah berkhidmat dengan syarikat itu selama lebih daripada sedekad, sebelum ini menjawat jawatan sebagai Pengarah Jualan dan Kewangan.

Palazzo ialah graduan Universiti Purdue dalam bidang teknologi industri dan turut memiliki ijazah MBA daripada Universiti Kent State. Dalam peranan baharunya, beliau akan terus menerajui inisiatif jualan sambil memikul tanggungjawab yang lebih besar terhadap kesihatan kewangan syarikat. Beliau akan menumpukan perhatian kepada pemacuan pertumbuhan perniagaan, menyokong pelanggan serta merangka strategi bagi kejayaan jangka panjang.

Palazzo memiliki pengalaman mendalam dalam menerajui pelbagai inisiatif yang menumpukan kepada pengukuhan pangkalan pelanggan Frontline, pemacuan pertumbuhan jualan serta penambahbaikan alatan dan program latihan untuk pasukan jualan syarikat. Beliau turut mempunyai wawasan yang jelas mengenai peranan teknologi kritikal sebagai tunjang utama dapur perkhidmatan makanan masa kini.

“Teknologi sentiasa berkembang, dan kejayaan Frontline berakar daripada penggunaan teknologi baharu secara kreatif bagi memastikan dapur perkhidmatan makanan beroperasi dengan lebih selamat dan cekap,” kata Palazzo. “Matlamat kami adalah untuk mewujudkan pengalaman yang lancar sekali gus meningkatkan kualiti serta konsistensi makanan. Peranan baharu ini membolehkan saya memperkukuh mesej kami mengenai peningkatan aspek keselamatan, penjimatan dan kelestarian, menghayatinya dalam pasukan jualan, serta memanfaatkannya bagi kelebihan pasaran.”

“Zack ialah anggota penting dalam pasukan kepimpinan kami, dan kami menantikan nilai tambah yang akan dibawanya kepada organisasi dan pelanggan dalam peranan baharunya ini,” kata Giovanni Brienza sebagai presiden. “Pemahaman menyeluruh beliau terhadap produk, perniagaan dan pelanggan kami memberikan pandangan yang tajam tentang proposisi nilai kami, cara terbaik untuk mengkomunikasikannya serta bagaimana ia dapat diterjemahkan kepada pertumbuhan. Kami menjangkakan kejayaan yang lebih besar lagi apabila beliau berkhidmat dalam peranan ini.”

“Seiring dengan pertumbuhan kami di peringkat global, sebuah jabatan jualan yang kukuh dan inovatif adalah penting untuk memperluas capaian kami ke wilayah baharu,” kata John Palazzo sebagai Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif. “Pengetahuan Zack tentang industri dan produk kami meletakkan syarikat pada kedudukan yang lebih kukuh untuk meneruskan pertumbuhan ini.”

Untuk maklumat lanjut mengenai Frontline International, layari www.frontlineii.com.

Mengenai Frontline International

Frontline International, Inc. mereka bentuk, mengeluarkan dan mengedarkan peralatan perkhidmatan makanan komersial berkualiti tinggi untuk penyimpanan, pengendalian dan pelupusan minyak masak. Pelanggan memiliki peralatan mereka sendiri, berunding mengenai rebat minyak mereka sendiri, serta mempunyai kebebasan untuk memilih pembekal minyak mereka sendiri. Syarikat ini juga menawarkan pengurusan minyak menyeluruh melalui program OilCare.® program perkhidmatan berbundel. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Frontline International, Inc. di 187 Ascot Parkway, Cuyahoga Falls, OH 44223. Telefon: +1 330-861-1100. Talian bebas tol: 1-877-776-1100. Laman web:http://www.frontlineii.com. E-mel: info@frontlineii.com.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/54313147/en

Hubungi

Christina Campbell: 216.579.6100 sambungan 8
e-mel: christina@CunninghamBaron.com
  
Sumber: Frontline International, Inc.

Sunday, August 24, 2025

L&T Technology Services Melancarkan PLxAI, Rangka Kerja GenAI Proprietari untuk Mempercepatkan Pembangunan Produk

 

Dengan mempercepatkan kadar inovasi dan mengoptimumkan kos merentasi pembangunan produk, PLxAI siap sedia untuk mentakrifkan semula cara perniagaan mendekati pembangunan produk.


PLxAI mempercepatkan pembangunan produk merentasi peringkat kitaran hayat; seni bina serba boleh memudahkan ia disesuaikan untuk PDLC Terbenam dan Perisian.

BANGALORE, India, 22 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- L&T Technology Services (BSE: 540115, NSE: LTTS), mengumumkan pelancaran PLxAI, rangka kerja proprietari berasaskan GenAI syarikat ini untuk mempercepatkan Kitaran Hayat Pembangunan Produk (PDLC) bagi pelanggan globalnya merentasi bidang Mobiliti, Kelestarian, dan Teknologi. Dibangunkan oleh pakar PDLC SME, yang berpengalaman luas, rangka kerja ini menggunakan gabungan AI Generatif dan AI Konvensional untuk hab sehenti dalam membangunkan penyelesaian berskala dan boleh diguna semula di semua peringkat PDLC, daripada reka bentuk konsep hingga sokongan perkhidmatan selepas pasaran.

Ia menggabungkan ciri-ciri canggih seperti penangkapan dan pemanfaatan pengetahuan sedia ada, termasuk pengetahuan organisasi dan pengetahuan tidak formal, untuk menyampaikan pandangan berasaskan konteks yang meningkatkan serta mengoptimumkan kejuruteraan produk.

PLxAI mengintegrasikan gesaan pintar dan kecerdasan berasaskan konteks, sekali gus mempertingkatkan kejuruteraan produk daripada konsep dan reka bentuk hingga pengesahan serta sokongan selepas pasaran. Sehingga kini, pasukan LTTS telah pun melaksanakan lebih daripada 36 kes penggunaan merentasi pelbagai tahap kitaran hayat (dalam pelbagai tahap pelaksanaan) dan tambahan 35 kes penggunaan pada fasa reka bentuk merentasi:

· Reka Bentuk Konsep : Pembantu inovasi untuk penanda aras daya saing dan penerokaan teknologi,
· Reka Bentuk Komponen : Pembantu reka bentuk untuk menjana spesifikasi, rajah dan pengiraan,
· Perancangan Pengesahan : Penciptaan automatik Rancangan Pengesahan Reka Bentuk dan templat DFMEA.,
· Analisis Mod Kegagalan : Penjanaan FMEA boleh suai menggunakan templat organisasi,
· Integrasi Berkembar Digital : Menyokong aliran kerja ujian fizikal dan maya, dan
· Aliran Kerja Agentik : Ejen proaktif yang mengautomasikan berbilang langkah tugasan kejuruteraan.

Bercakap di majlis tersebut, Alind Saxena, Presiden & Pengarah Eksekutif - Mobiliti & Tech di L&T Technology Services Limited berkata, “Ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan bagi Pasukan LTTS. Pembangunan PLxAI oleh pakar AI dalaman kami merupakan bukti keupayaan kejuruteraan dan teknologi LTTS. Ia sekali lagi menegaskan komitmen mendalam kami untuk mendorong kejayaan pelanggan global merentasi Mobiliti, Kelestarian dan Teknologi dengan memanfaatkan kuasa AI dan penawaran berasaskan Gen-AI. Sambutan daripada pelanggan global kami amat memberangsangkan, dengan pelaksanaan yang sudah pun dijalankan merentasi pelbagai bidang.”

Dengan mempercepatkan kadar inovasi dan mengoptimumkan kos merentasi pembangunan produk, PLxAI menjanjikan satu penawaran transformatif yang dijangka akan mentakrifkan semula cara perniagaan mendekati pembangunan produk, sekali gus membuka laluan baharu untuk pertumbuhan dan kecekapan.

Maklumat Tentang L&T Technology Services Ltd

L&T Technology Services (LTTS) ialah peneraju global dalam perkhidmatan kejuruteraan dan teknologi. Sebagai anak syarikat tersenarai di bawah Larsen & Toubro (L&T), kami menawarkan perkhidmatan reka bentuk, pembangunan, pengujian dan penyelenggaraan merentasi produk dan proses.

Bermatlamat. Tangkas. Inovasi. ialah cara kami memacu pertumbuhan merentasi segmen Mobiliti, Kelestarian dan Teknologi. Pangkalan pelanggan kami merangkumi 69 syarikat Fortune 500 dan 57 syarikat ER&D yang terkemuka dalam bidang produk perindustrian, peranti perubatan, pengangkutan, telekom & teknologi tinggi, serta industri proses. Beribu pejabat di India, kami mempunyai lebih 23,600 orang kakitangan di 23 pusat reka bentuk global, 30 pejabat jualan global dan 105 makmal inovasi setakat 30 Jun 2025.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.LTTS.com/

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/20250820777125/en
 
Contacts

Hubungan Media:
Aniruddha Basu
L&T Technology Services Limited
E: Aniruddha.Basu@LTTS.com  

Sumber: L&T Technology Services

--BERNAMA

Bitget Membuka Akses kepada Dagangan Dibantu Ejen AI, Meningkatkan Penerimaan Kripto Secara Meluas

VICTORIA, Seychelles, 21 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget, sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka, telah mengumumkan bahawa pembantu dagangan dikuasakan oleh AI-nya, GetAgent, kini tersedia untuk semua pengguna. Mula diperkenalkan pada bulan Julai melalui pelancaran eksklusif untuk jemputan sahaja, GetAgent menggabungkan AI yang canggih dengan data pasaran masa nyata untuk menyediakan pandangan, strategi dan alat pelaksanaan dalam satu antara muka sembang yang lancar.

Sepanjang tempoh jemputan sahaja, GetAgent menerima maklum balas yang sangat positif, dengan senarai menunggu melebihi 25,000 pengguna. Pengguna awal telah memberikan cadangan yang berharga, termasuk keperluan untuk maklum balas visual yang lebih jelas bagi memudahkan tafsiran isyarat pasaran. Cerapan ini telah membantu meningkatkan ketepatan, pemperibadian dan kecekapan bertindak balas platform menjelang pelancaran umum hari ini.

Dengan pelancaran umum, GetAgent memperkenalkan tiga tahap keahlian untuk memenuhi keperluan pelbagai jenis pedagang. Pelan Percuma terbuka kepada semua dan menawarkan analisis bagi 50 mata wang kripto teratas serta strategi niaga hadapan. Pelan Plus, yang tersedia dengan tempoh percubaan percuma selama 30 hari untuk pengguna akses awal, merangkumi sehingga sepuluh soalan harian, penjanaan strategi yang diperibadikan dan analisis pasaran yang lebih mendalam. Bagi pedagang frekuensi tinggi dan profesional, pelan Ultra menawarkan akses keutamaan, sehingga lima puluh soalan harian dan akses awal kepada ciri-ciri yang akan datang. Tahap-tahap ini direka untuk berkembang seiring dengan cita-cita dagangan pengguna, memberikan dagangan yang lebih bijak, cerapan yang lebih tajam dan automasi dikuasakan oleh AI untuk portfolio, isyarat dagangan serta pergerakan pasaran.

Sempena meraikan pelancaran umum, Bitget melancarkan Kempen Perkongsian Pengalaman GetAgent untuk tempoh terhad. Semua pengguna boleh menyertai dan berpeluang memenangi keahlian GetAgent Plus selama 30 hari secara percuma dengan berkongsi pengalaman mereka menggunakan pembantu ini.

Melalui pelancaran umum ini, GetAgent kini membolehkan pedagang menjana strategi dalam bahasa yang mudah difahami, mengatasi kerumitan hanya dengan arahan ringkas. Ia menggabungkan lebih daripada 50 alat bertaraf profesional—merangkumi cerapan pasaran, data rantaian blok dan sentimen sosial—ke dalam satu hab dikuasakan oleh AI. Pembantu ini menjadi semakin pintar setiap kali digunakan, menyesuaikan diri dengan gaya dagangan individu dan memberikan strategi yang lebih berkesan serta amaran risiko secara masa nyata, tepat pada waktunya.

“AI sedang mengubah landskap dagangan dan GetAgent merupakan cara kami menjadikan kuasa itu boleh diakses oleh semua orang,” kata Gracy Chen, Ketua Pegawai Eksekutif Bitget. “Sama ada anda baru bermula dalam dunia kripto atau sudah berpengalaman dalam pasaran, GetAgent menyediakan cerapan yang membantu anda bergerak lebih pantas, berdagang dengan lebih bijak dan bertindak dengan keyakinan yang lebih tinggi.”

Bitget akan terus menaik taraf GetAgent dengan integrasi yang lebih meluas, liputan aset tambahan dan pilihan penyesuaian yang lebih fleksibel, bagi memastikan ia berkembang seiring dengan pasaran dan penggunanya.

GetAgent merupakan penambahan terkini dalam rangkaian alat berasaskan AI Bitget yang semakin berkembang, termasuk Bitget Seed, sebuah platform dikuasakan oleh AI untuk menerokai projek Web3 peringkat awal. Kedua-duanya selari dengan misi Bitget untuk mengintegrasikan teknologi baharu seperti AI ke dalam ekosistem dagangan CeDeFi yang selamat, sekaligus merapatkan jurang antara inovasi rantaian blok dan alat mesra pengguna yang memperkasakan pedagang harian.

Perihal Bitget

Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitget merupakan sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka di dunia. Memberikan perkhidmatan kepada lebih 120 juta pengguna di lebih 150 negara dan rantau, bursa Bitget komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ciri perdagangan salinan perintisnya dan penyelesaian perdagangan lain. Bitget turut menawarkan akses secara masa nyata kepada harga Bitcoinharga Ethereum serta harga mata wang kripto yang lain. Bitget Wallet merupakan dompet kripto tanpa jagaan terkemuka yang menyokong lebih daripada 130 rantai blok dan jutaan token. Ia menawarkan perdagangan berbilang rantaian, pertaruhan, pembayaran dan akses langsung kepada lebih daripada 20,000 DApp dengan pertukaran termaju serta cerapan pasaran yang disepadukan dalam satu platform tunggal.

Bitget sedang memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM. Selaras dengan strategi impak globalnya, Bitget telah bekerjasama dengan UNICEF untuk menyokong pendidikan blockchain bagi 1.1 juta individu menjelang tahun 2027. Dalam dunia sukan permotoran, Bitget merupakan rakan eksklusif bursa mata wang kripto bagi MotoGP™, salah satu kejohanan paling mendebarkan di dunia.

Untuk maklumat lanjut, layari: Laman web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet 

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com 

Amaran Risiko: Harga aset digital tertakluk kepada turun naik dan mungkin mengalami ketidakstabilan yang ketara. Pelabur disarankan agar hanya memperuntukkan dana yang mereka sanggup tanggung jika mengalami kerugian. Nilai mana-mana pelaburan boleh terjejas dan terdapat kemungkinan bahawa objektif kewangan mungkin tidak tercapai serta pelaburan pokok tidak dapat diperoleh semula. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa didapatkan dan pengalaman dan kedudukan kewangan peribadi perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi masa lalu bukanlah penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Bitget tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa yang terkandung di sini harus dianggap sebagai nasihat kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk Syarat Penggunaan kami.

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/b7b59791-38fe-4e9f-826f-d062be5407ca 

SUMBER: Bitget Limited

PENAFIAN: BERNAMA MREM 
tidak bertanggungjawab atas sebarang sebab penodaan laman web, penyalahgunaan, atau aktiviti haram yang berkaitan dengan mata wang kripto, rantaian blok, tokenisasi, atau bitcoin. Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai panduan atau pendapat, kerana ia bukan nasihat kewangan atau pelaburan. Gunakan maklumat ini atas risiko anda sendiri; kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penerbitan semula artikel ini.  

--BERNAMA

Saturday, August 23, 2025

Bitget Melancarkan Buat Pertama Kalinya Kontrak Berterusan Indeks RWA yang Menampilkan Aset Dunia Sebenar Utama

VICTORIA, Seychelles, 22 Ogos (Berrnama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget, bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka, hari ini mengumumkan pelancaran Kontrak Berterusan Indeks RWA (Aset Dunia Sebenar) pertama dalam industri. Produk inovatif ini, yang akan dilancarkan pada 20 Ogos, memperkenalkan cara baharu untuk pengguna berdagang aset tradisional yang telah ditokenisasikan, bermula dengan produk RWA terpilih termasuk AAPLUSDT (RWA), NVDAUSDT (RWA) dan CRCLUSDT (RWA).

Kontrak Berterusan Indeks RWA ini dibangunkan daripada gabungan indeks saham yang telah ditokenisasi dan kini aktif di pasaran. Setiap indeks mengandungi satu atau lebih token RWA yang menjejaki harga daripada pelbagai penerbit pihak ketiga. Sebagai contoh, Kontrak Berterusan Indeks RWA AAPL mungkin mewakili gabungan token AAPL yang diterbitkan oleh beberapa pihak ketiga yang berbeza.

Sebagaimana kontrak berterusan kripto sedia ada yang memperoleh harga indeks daripada pelbagai bursa kripto utama, Kontrak Berterusan Indeks RWA yang inovatif oleh Bitget boleh menambah atau mengeluarkan sumber indeks secara dinamik berdasarkan faktor yang boleh diukur seperti aktiviti pasaran, volum dagangan dan keadaan kecairan. Bitget mungkin melaraskan dan mendedahkan pemberat indeks dari semasa ke semasa. Pendekatan ini menjamin kedua-dua fleksibiliti dan keadilan dalam penetapan harga.

Bagi mengekalkan penetapan harga yang adil serta pengurusan risiko yang berkesan, Kontrak Berterusan Indeks RWA akan didagangkan mengikut jadual 5×24, iaitu ditutup pada hujung minggu dan cuti umum pasaran saham. Sepanjang tempoh penutupan, harga pasaran akan kekal dibekukan bagi mengelakkan pelikuidasian; namun, pengguna boleh memilih untuk menambah margin sebagai persediaan terhadap pergerakan pasaran yang mendadak apabila dagangan dibuka semula. Pembatalan pesanan dibenarkan semasa tempoh penutupan ini, manakala pesanan baharu tidak akan diterima. Yuran pembiayaan juga akan dihentikan sepanjang penutupan pasaran, dengan disambung semula mengikut kitaran setiap jam apabila dagangan kembali aktif.

Dari segi pengalaman dagangan, kontrak berterusan RWA menggunakan mekanisme dan proses pelikuidan yang sama seperti kontrak berterusan kripto sedia ada, sekaligus mengurangkan halangan pembelajaran bagi pengguna. Bagi mengurangkan risiko pada peringkat awal, Bitget akan mengehadkan leveraj kepada 10x, menyokong hanya mod margin terasing dan mengenakan had kedudukan minat terbuka di seluruh platform.

“Bitget berkembang melalui inovasi yang lahir daripada ruang kripto yang sedang berkembang,” kata Gracy Chen, Ketua Pegawai Eksekutif Bitget. “Dengan Kontrak Berterusan Indeks RWA pertama di dunia, kami sedang beralih secara beransur-ansur ke arah ekosistem menyeluruh yang merangkumi semua aspek kewangan. Produk ini menunjukkan kemajuan platform berbanding pemain lain, sambil ia membolehkan pedagang mendapat pendedahan kepada kelas aset moden dan tradisional, sekaligus merapatkan jurang antara TradFi dan DeFi.”

Pada peringkat pelancaran, penetapan harga indeks Bitget akan berpandukan token saham yang dikeluarkan di platform xStocks, dengan rancangan untuk menambah penerbit yang dipercayai dalam masa terdekat. Sokongan bagi rangkaian kontrak berterusan RWA yang lebih meluas di Bitget Futures turut dijadualkan pada suku ini.

Tertakluk kepada terma dan syarat. Untuk mula berdagang, layari di sini

Perihal Bitget

Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitget merupakan sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka di dunia. Memberikan perkhidmatan kepada lebih 120 juta pengguna di lebih 150 negara dan rantau, bursa Bitget komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ciri perdagangan salinan perintisnya dan penyelesaian perdagangan lain. Bitget turut menawarkan akses secara masa nyata kepada harga Bitcoinharga Ethereum serta harga mata wang kripto yang lain. Bitget Wallet merupakan dompet kripto tanpa jagaan terkemuka yang menyokong lebih daripada 130 rantai blok dan jutaan token. Ia menawarkan perdagangan berbilang rantaian, pertaruhan, pembayaran dan akses langsung kepada lebih daripada 20,000 DApp dengan pertukaran termaju serta cerapan pasaran yang disepadukan dalam satu platform tunggal.

Bitget sedang memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM. Selaras dengan strategi impak globalnya, Bitget telah bekerjasama dengan UNICEF untuk menyokong pendidikan blockchain bagi 1.1 juta individu menjelang tahun 2027. Dalam dunia sukan permotoran, Bitget merupakan rakan eksklusif bursa mata wang kripto bagi MotoGP™, salah satu kejohanan paling mendebarkan di dunia.

Untuk maklumat lanjut, layari: Laman web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet 

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com 

Amaran Risiko: Harga aset digital tertakluk kepada turun naik dan mungkin mengalami ketidakstabilan yang ketara. Pelabur disarankan agar hanya memperuntukkan dana yang mereka bersedia tanggung jika berlaku kerugian. Nilai mana-mana pelaburan boleh terjejas dan terdapat kemungkinan bahawa objektif kewangan mungkin tidak tercapai serta pelaburan pokok tidak dapat diperoleh semula. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa didapatkan dan pengalaman dan kedudukan kewangan peribadi perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi masa lalu bukanlah penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Bitget tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa yang terkandung di sini harus dianggap sebagai nasihat kewangan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Syarat Penggunaan kami. 

Foto yang disertakan bersama pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/43f9cffc-0505-4c44-8fa1-e2b89f35ea3a 

SUMBER: Bitget Limited

PENAFIAN: BERNAMA MREM 
tidak bertanggungjawab atas sebarang sebab penodaan laman web, penyalahgunaan, atau aktiviti haram yang berkaitan dengan mata wang kripto, rantaian blok, tokenisasi, atau bitcoin. Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai panduan atau pendapat, kerana ia bukan nasihat kewangan atau pelaburan. Gunakan maklumat ini atas risiko anda sendiri; kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penerbitan semula artikel ini.

--BERNAMA

Wednesday, August 20, 2025

Penyelesaian Lantronix Menggerakkan Teal Drones yang Diluluskan oleh Tentera A.S., sebuah Syarikat Red Cat Holdings, Membuka Peluang Pertumbuhan Edge AI yang Selamat

Lantronix Menyediakan Penyelesaian Edge AI yang Mematuhi TAA dan NDAA, Menyokong Misi Sensitif Kerajaan A.S. serta Memperkukuh Kedudukan Pasaran Pertahanan Jangka Panjang


IRVINE, California, 19 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Lantronix Inc.- (NASDAQ: LTRX), peneraju global dalam penyelesaian pengkomputeran dan ketersambungan IoT bagi aplikasi Edge AI, hari ini mengumumkan bahawa penyelesaiannya yang mematuhi TAA dan NDAA telah dipilih oleh Teal Drones, sebuah syarikat di bawah Red Cat Holdings Inc. (NASDAQ: RCAT), untuk pengeluaran dron Black Widow™ di bawah Program Peninjauan Jarak Dekat (SRR) Tentera A.S. Lantronix telah memulakan penghantaran pengeluaran, memberikan gambaran awal hasil pendapatan dan menegaskan peranan Lantronix sebagai rakan teknologi yang dipercayai bagi aplikasi pertahanan kritikal.

Penyelesaian Lantronix, yang berasaskan pemproses Qualcomm® Dragonwing™ QRB5165, menawarkan pemprosesan Edge AI canggih sambil memenuhi keperluan keselamatan ketat Amerika Syarikat, sekali gus membolehkan pematuhan penuh terhadap TAA dan NDAA untuk perlaksanaan dalam misi sensitif Jabatan Pertahanan (DoD). Gabungan prestasi AI dan pematuhan ini memberikan keunggulan mampan bagi Lantronix dalam pasaran sistem pertahanan dan autonomi yang berkembang pesat.

Sebagai sebahagian daripada kumpulan terpilih vendor sistem pesawat tanpa pemandu kecil (sUAS) yang mendapat kelulusan Blue UAS, Teal Drones wajib memenuhi piawaian keselamatan siber, operasi dan perlindungan yang ketat untuk kegunaan DoD. Penyelesaian patuh Lantronix membolehkan Teal memenuhi keperluan ini, sekali gus meletakkan dron Black Widow dalam kedudukan untuk digunakan dalam misi barisan hadapan.

“Dron Black Widow mentakrifkan semula potensi sistem tanpa pemandu kecil, memberikan pejuang masa kini maklumat risikan masa nyata serta kelebihan operasi yang diperlukan di medan perang moden,” kata Jeff Thompson, Ketua Pegawai Eksekutif Red Cat. “Penyelesaian Lantronix membolehkan kami memenuhi piawaian pematuhan TAA dan NDAA yang ketat di bawah Program SRR Tentera A.S. — satu tahap jaminan yang jarang sekali dapat ditandingi oleh penyedia lain.”

Dengan pasaran dron global yang dijangka kan mencecah $57.8 bilion menjelang tahun 2030 (Laporan Pasaran Global Dron 2025–2030 oleh Drone Industry Insights), kehadiran Lantronix dalam segmen dron komersial dan pertahanan yang selamat membuka peluang pertumbuhan jangka panjang dengan margin tinggi.

---“Lantronix telah membuktikan dirinya sebagai peneraju dalam pasaran Edge AI, dengan penyelesaian inovatif yang berasaskan pematuhan untuk sektor dron yang berkembang,” kata Saleel Awsare, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Lantronix. “Kerjasama kami dengan Teal Drones menekankan keupayaan kami untuk membawa produk yang berprestasi tinggi dan selamat ke pasaran secara berskala, sekaligus mewujudkan peluang jangka panjang bersama jenama global terkemuka.”

--Penyelesaian dan Perkhidmatan Kejuruteraan Lantronix menggabungkan teknologi pengkomputeran terbenam, kepakaran dalam pematuhan dan sokongan perisian yang fleksibel bagi mempercepatkan pembangunan produk pelanggan. Pendekatan platform berskala ini bukan sahaja membolehkan Teal Drones mencapai masa ke pasaran yang lebih pantas untuk Teal Drones, tetapi juga memposisikan Lantronix untuk menyokong program pertahanan dan IoT industri pada masa hadapan yang memerlukan pematuhan TAA dan NDAA.

Ketahui lebih lanjut tentang Perkhidmatan KejuruteraanPenyelesaian SOM dan Aplikasi Dron tambahan di Lantronix.com.

Perihal Lantronix  

Lantronix Inc. (Nasdaq: LTRX) merupakan peneraju global dalam penyelesaian Edge AI dan IoT Industri, yang menyediakan pengkomputeran pintar, sambungan yang selamat dan pengurusan jarak jauh untuk aplikasi kritikal misi. Menyediakan perkhidmatan untuk pasaran berpotensi tinggi termasuk bandar pintar, IT perusahaan serta sistem tanpa pemandu komersial dan pertahanan, Lantronix membolehkan pelanggan mengoptimumkan operasi dan mempercepatkan transformasi digital. Portfolio lengkap perkakasan, perisian dan perkhidmatan Latronix menyokong aplikasi daripada pengawasan video selamat dan infrastruktur utiliti pintar hinggalah pengurusan rangkaian luar jalur yang tahan lasak. Dengan membawa kepintaran ke hujung rangkaian, Lantronix membantu organisasi mencapai kecekapan, keselamatan dan kelebihan daya saing dalam dunia yang dipacu AI hari ini.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Lantronix.

Perihal Red Cat Holdings Inc.

Red Cat (Nasdaq: RCAT) merupakan penyedia berpangkalan di A.S. bagi penyelesaian dron dan robotik semua domain yang maju untuk pertahanan dan keselamatan negara. Menerusi anak syarikat milik penuh, Teal Drones dan FlightWave Aerospace, Red Cat membangunkan perkakasan dan perisian buatan Amerika yang menyokong operasi ketenteraan, kerajaan serta keselamatan awam merentasi udara, darat dan laut. Family of Systems Red Cat, dengan Black Widow™ sebagai terasnya, menawarkan keupayaan taktikal yang tiada tandingan dalam sistem pesawat tanpa pemandu kecil (sUAS). Dengan pengembangan ke domain maritim melalui Blue OPS, Inc., Red Cat turut menerajui inovasi dalam kapal permukaan tanpa pemandu (USV) dan kenderaan bawah air autonomi (AUV), sekali gus menyediakan platform bersepadu yang direka untuk mempertingkatkan keselamatan dan keberkesanan misi pelbagai domain. Ketahui lebih lanjut di www.redcat.red.

©2025 Lantronix, Inc. Hak cipta terpelihara. Lantronix merupakan tanda dagangan berdaftar. Tanda dagangan dan nama dagangan lain merupakan milik pemilik masing-masing.

Kenyataan "Safe Harbor" di bawah Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995: Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan prospektif dalam pengertian undang-undang sekuriti persekutuan, termasuk, tanpa had, kenyataan yang berkaitan dengan kepimpinan Lantronix. Kenyataan prospektif ini adalah berdasarkan jangkaan semasa kami dan tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian yang besar yang boleh menyebabkan keputusan sebenar, perniagaan masa depan, keadaan kewangan atau prestasi kami berbeza secara material daripada keputusan sejarah kami atau yang dinyatakan atau tersirat dalam mana-mana kenyataan prospektif yang terkandung dalam siaran akhbar ini. Potensi risiko dan ketidakpastian termasuk, tetapi tidak terhad kepada, faktor seperti kesan negatif atau keadaan ekonomi serantau dan dunia yang semakin teruk atau ketidakstabilan pasaran ke atas perniagaan kami, termasuk kesan ke atas keputusan pembelian oleh pelanggan kami; keupayaan kami untuk mengurangkan sebarang gangguan dalam rantaian bekalan, pembekal dan vendor kami yang disebabkan oleh wabak COVID-19 atau wabak lain, peperangan dan ketegangan baru-baru ini di Eropah, Asia dan Timur Tengah, atau faktor lain; respons masa depan dan kesan krisis kesihatan awam; risiko keselamatan siber; perubahan dalam undang-undang, peraturan dan tarif kerajaan A.S. dan asing yang digunakan; keupayaan kami untuk berjaya melaksanakan strategi pengambilalihan kami atau menyepadukan syarikat yang diambil alih; kesukaran dan kos untuk melindungi paten dan hak proprietari lain; tahap keberhutangan kami, keupayaan kami untuk membayar hutang dan sekatan dalam perjanjian hutang kami; dan sebarang faktor tambahan yang disertakan dalam Laporan Tahunan kami pada Borang 10-K untuk tahun fiskal berakhir 30 Jun 2024, yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (“SEC”) pada 9 September 2024, termasuk dalam bahagian bertajuk “ Faktor Risiko” dalam Butiran 1A Bahagian I laporan sedemikian, serta dalam pemfailan awam kami dengan SEC yang lain. Faktor risiko tambahan boleh dikenal pasti dari masa ke semasa dalam pemfailan masa hadapan kami. Selain itu, keputusan sebenar mungkin berbeza akibat daripada risiko tambahan dan ketidakpastian yang kami tidak sedari pada masa ini atau yang kami tidak lihat pada masa ini sebagai material kepada perniagaan kami. Atas sebab-sebab ini, pelabur diberi amaran untuk tidak meletakkan pergantungan yang tidak wajar pada mana-mana kenyataan prospektif. Kenyataan prospektif hanya memberikan gambaran setakat tarikh kenyataan tersebut dibuat. Kami secara nyata menafikan sebarang niat atau kewajipan untuk mengemas kini mana-mana kenyataan prospektif selepas tarikh ini untuk mematuhi kenyataan tersebut dengan keputusan sebenar atau kepada perubahan dalam pendapat atau jangkaan kami, melainkan seperti yang dikehendaki oleh undang-undang atau peraturan Nasdaq Stock Market LLC yang terpakai. Jika kami mengemas kini atau membetulkan sebarang kenyataan prospektif, pelabur tidak boleh membuat kesimpulan bahawa kami akan membuat kemas kini atau pembetulan tambahan.

Hubungan Media Lantronix:         
media@lantronix.com
949-212-0960 

Hubungan Penganalisis dan Pelabur Lantronix:
investors@lantronix.com

Sumber: Lantronix, Inc.

--BERNAMA

Penguin Solutions Memperluas Portfolio Memori SMART Modular DDR5 SODIMM dengan DDR5-6400 ECC CSODIMM 64GB Baharu untuk HPC Generasi Seterusnya

Modul memori SMART Modular DDR5 SODIMM baharu daripada Penguin Solutions menawarkan prestasi tahan lasak dan sokongan suhu luas untuk aplika...