Wednesday, June 18, 2025

Tellus Power Globe Holding Limited, BinHendi Holding dan Sing Family Enterprise Group Menandatangani Perjanjian Usaha Sama untuk Melancarkan Salah Satu Syarikat Pengeluaran Pengecas EV Pertama di Timur Tengah dengan Sokongan Kementerian Pelaburan UAE

IRVINE, California, 18 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Tellus Power Globe Holding Limited (“Tellus Power” atau “Syarikat”), sebuah penyedia global penyelesaian pengecasan kenderaan elektrik (EV), hari ini mengumumkan pemeteraian rasmi perjanjian usaha sama dengan BinHendi Holding yang terkenal dan SFE Group pada 30 Mei 2025. Langkah ini merupakan tindak balas terhadap pertumbuhan pesat pasaran kenderaan elektrik (EV) serta keperluan mendesak untuk mempercepatkan pembangunan infrastruktur e-mobiliti di seluruh Timur Tengah. Kerjasama ini, dengan sokongan Kementerian Pelaburan UAE (“Kementerian Pelaburan”), menandakan penubuhan salah satu syarikat pertama yang mengeluarkan peralatan pengecasan EV di Timur Tengah.

Kementerian Pelaburan memainkan peranan penting dalam memudahkan pelaburan baharu ini, sekali lagi menegaskan komitmennya untuk menarik pelaburan yang membentuk masa depan ke UAE. Pada masa yang sama, ia turut menyokong dan mempromosikan pertumbuhan perniagaan keluarga dalam pasaran UAE serta memperkukuhkan kedudukan negara sebagai hab serantau bagi pembuatan maju dan teknologi lestari—dua sektor keutamaan di bawah Strategi Pelaburan Nasional UAE.

Perjanjian itu ditandatangani di ibu pejabat Kementerian Pelaburan oleh Mike Calise, Ketua Pegawai Eksekutif Tellus Power dan Marius Ciavola, Ketua Pegawai Eksekutif Sing Family Enterprise Middle East. Acara ini turut disaksikan oleh Hessa Al Ghurair, Pemangku Penolong Setiausaha Kementerian Pelaburan, Hamdan Zakaria Doleh, Pengerusi Pusat Inovasi China di UAE, Yansong Li, Pengasas Bersama Tellus Power Group, dan Mohammad BinHendi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BinHendi Holding.

Kerjasama ini bertujuan memanfaatkan rangkaian global Tellus Power dalam teknologi dan pembuatan stesen pengecasan EV, digabungkan dengan sumber dan keadaan pasaran yang kondusif daripada BinHendi Holding dan SFE Group di Timur Tengah. Syarikat-syarikat ini akan bersama-sama membangunkan infrastruktur pengecasan pintar yang berorientasikan masa depan serta menyokong peralihan tenaga lestari di rantau ini.

Usaha sama ini dijangka akan melabur dalam pembinaan fasiliti pengeluaran peralatan pengecasan DC dan AC, termasuk stesen pengecasan DC berkuasa tinggi dengan fungsi V2G (vehicle-to-grid). Produk-produk ini bukan sahaja bertujuan untuk memenuhi keperluan pasaran tempatan di UAE tetapi juga diperluaskan ke seluruh negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (“GCC”) dan rantau Timur Tengah. Sebagai salah satu pengeluar infrastruktur pengecasan EV pertama yang berasal dari Timur Tengah, usahasama ini berkomitmen untuk menyediakan pengguna tempatan dengan penyelesaian pengecasan EV yang cekap, pintar, boleh dipercayai dan berpusatkan pengguna.

Mike Calise, Ketua Pegawai Eksekutif Tellus Power, menyatakan: “Kami benar-benar berbesar hati untuk membentuk pakatan strategik ini. Ini merupakan langkah penting yang memperluaskan jangkauan global kami dengan ketara. Memandangkan pertumbuhan luar biasa UAE dalam teknologi hijau dan mobiliti pintar, usaha sama ini, berkat sokongan penting daripada semua pasukan luar biasa yang terlibat, memastikan kami berada dalam kedudukan yang baik untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat di seluruh GCC.”

H.E. Mohammad Abdulrahman Alhawi, Timbalan Setiausaha di Kementerian Pelaburan, berkata: “Perjanjian ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Pelaburan sebagai rakan strategik bagi pelabur antarabangsa, pelabur tempatan dan pejabat keluarga. Ia selaras secara langsung dengan misi kami untuk memperkukuhkan kedudukan UAE dalam menarik pelaburan berorientasikan masa depan yang sejajar dengan keutamaan nasional kami. Dengan menyokong kerjasama seperti ini, Kementerian Pelaburan terus mendorong pelaburan bernilai tinggi ke dalam sektor pertumbuhan pesat, memacu inovasi serta kemakmuran ekonomi yang lestari.”

Hamdan Zakaria Doleh, Pengerusi Pusat Inovasi China di UAE, berkata: “Timur Tengah berada di persimpangan kritikal dalam peralihan mobiliti hijau. Saya percaya kerjasama ini dengan MBH akan membolehkan Tellus Power Group memperkukuhkan kedudukannya di Timur Tengah serta menyokong pertumbuhan pesat ekosistem EV melalui inovasi teknologi dan operasi yang disesuaikan secara tempatan. Ini menandakan satu pencapaian penting dalam pengembangan strategik Tellus Power Group di Timur Tengah.”

Mohammad BinHendi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BinHendi Holding, menambah: “Bagi kami, ini adalah tentang membina keupayaan nasional – ‘Buatan UAE’ bukan sekadar label, tetapi satu hala tuju. Kami sedang giat memposisikan UAE sebagai hab pembuatan serantau bagi infrastruktur EV generasi baharu. Visi kami bukan sekadar mobiliti, di samping itu kami juga terus memacu pembuatan industri merentasi pelbagai ektor berimpak tinggi. Sebagai kumpulan yang komited terhadap ‘Menambah Nilai’, BinHendi Holding mempraktikan penambahan nilai kepada setiap aspek yang kami sentuh. Caranya? Kami mengekalkan konsistensi dalam apa yang kami lakukan – tanpa perlu mengamalkan proses yang rumit.”

Usaha sama ini merancang untuk menyelesaikan pembinaan kilang dalam tahun ini dan melancarkan produk ‘Buatan UAE’ pertamanya menjelang akhir tahun 2025.

Perihal Tellus Power

Tellus Power Globe Holding Limited (“Tellus Power” atau “Syarikat”) merupakan pengeluar global pengecas kenderaan elektrik. Syarikat ini menyediakan infrastruktur pengecasan yang dipacu pulangan pelaburan (ROI), direka bentuk untuk keuntungan jangka panjang dan kecekapan operasi. Dengan memanfaatkan kepakaran global, Tellus Power menawarkan infrastruktur pengecasan EV yang canggih dan boleh dipercayai bagi menyokong penggunaan kenderaan elektrik secara meluas.

Keterangan lanjut boleh didapati di https://telluspowernorthamerica.com.

Hubungan Syarikat
Caitlin McCann
cmccann@telluspowergroup.com

Hubungan Media
Jessica Starman, MBA
hello@telluspowergroup.com

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/7e12b3c9-5896-41cb-9839-80c0ad390709

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/2c0aff52-1111-4304-9744-6fb338a36571
 
SUMBER: Tellus Power

--BERNAMA

NX Malaysia Membuka Pusat Logistik yang Baharu di Batu Kawan berhampiran Taman Perindustrian Batu Kawan di Pulau Pinang

TOKYO, 17 Jun, 2025 /Kyodo JBN/ --

-Hampir 10,000m2 Ruang Gudang Tersedia untuk Syarikat-syarikat Semikonduktor, Peralatan Perubatan dan Syarikat Lain-

Nippon Express (Malaysia) Sdn. Bhd. (kemudian dari ini "NX Malaysia"), sebuah syarikat kumpulan bagi NIPPON EXPRESS HOLDINGS, INC., telah mengadakan satu majlis penyempurnaan pada 27 Mei untuk menandakan pembukaan sebuah gudang baharu, Pusat Logistik Batu Kawan, berhampiran Taman Perindustrian Batu Kawan yang terletak di Semenanjung Malaysia di Negeri Pulau Pinang.

Logo: https://drive.google.com/file/d/1dqm0cxpYamnvMUra1AGXMuGlX932Z353/view?usp=drive_link

Imej: https://drive.google.com/file/d/1DAPLEzprxFQ8d4ZK-x1LgS9AyO-L4vJ6/view?usp=drive_link

Negeri Pulau Pinang mempunyai ekonomi kedua terbesar di Malaysia selepas Greater Kuala Lumpur dan, sebagai sebuah hab semikonduktor yang utama, telah dikenali sebagai "Lembah Silikon di Timur." Kerajaan negeri Pulau Pinang juga sedang giat berusaha untuk menarik pengeluar peralatan perubatan, manakala penggunaan domestik yang kukuh dan operasi import/eksport yang berkembang pesat sedang memacukan permintaan yang lebih besar bagi perkhidmatan logistik, terutamanya bagi produk yang berkaitan semikonduktor dan peralatan perubatan. NX Malaysia telah membuka sebuah gudang baharu berhampiran Taman Perindustrian Batu Kawan bagi membantu memenuhi permintaan yang semakin meningkat ini.

Taman Perindustrian Batu Kawan ialah sebuah taman perindustrian yang agak baharu yang dibuka kepada penyewa pada tahun 2011. Meliputi keluasan kira-kira 2,860 hektar, ia menempatkan kira-kira 120 syarikat Jepun dan syarikat asing yang lain daripada industri semikonduktor, peralatan perubatan, elektrik dan elektronik. Taman itu terletak lebih kurang 25km dari Lapangan Terbang Pulau Pinang dan 300km dari ibu kota Malaysia, Kuala Lumpur, dan berada berdekatan Jambatan Kedua Pulau Pinang dan lebuh raya yang menghubungkan Semenanjung Tanah Melayu utara ke selatan.

Pusat Logistik Batu Kawan itu adalah sebuah kemudahan berhawa dingin sepenuhnya yang serba canggih dengan jumlah keluasan gudang 9,204m2 dengan ketinggian siling 12m, yang membolehkannya untuk menampung keperluan pelanggan bagi perkhidmatan nilai tambah tinggi. Gudang itu dilengkapi dengan tempat meletak barang yang tinggi, sebuah dok punggah dan sebuah perata dok elektrik untuk pengendalian kargo yang cekap, dan keselamatan berawak 24 jam serta liputan CCTV sepenuhnya yang menawarkan tahap keselamatan yang tinggi. Kemudahan itu juga boleh mengendalikan operasi sampingan seperti pembungkusan semula, pemasangan, dan pelabelan, dengan itu menyediakan operasi logistik yang optimum kepada pelanggan dari pelbagai jenis industri.

Kumpulan NX kekal komited untuk membina platform logistik global berkualiti tinggi yang memanjangkan sokongan logistik kepada perniagaan pelanggan mereka.  

Profil gudang: https://drive.google.com/file/d/1JSj1ZxPvxqT7kHomJsXAJKUQY2sr-pnT/view?usp=drive_link 

Maklumat mengenai Kumpulan NX:
https://drive.google.com/file/d/1g1Rtb9Mie5yhenpOr8A007kKolh1gBJ6/view?usp=drive_link

Laman web rasmi: https://www.nipponexpress.com/ 

Akaun LinkedIn rasmi: https://www.linkedin.com/company/nippon-express-group/ 

Sumber: NIPPON EXPRESS HOLDINGS, INC.

--BERNAMA 

Friday, June 13, 2025

EBC Financial Group Melancarkan Lebih Daripada 100 CFD ETF AS, Memperkukuhkan Kepelbagaian Pelaburan untuk Pelanggan Global

 


Suite CFD ETF Baharu Menyampaikan Tema Pasaran Global serta Akses & Fleksibiliti Masa Nyata


LONDON, 13 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- EBC Financial Group (EBC) telah mengumumkan pelancaran lebih daripada 100 CFD Dana Dagangan Bursa (ETF) baharu yang disenaraikan di Amerika Syarikat, sekaligus memperluaskan rangkaian produk pelbagai asetnya dan menawarkan pelanggan global akses yang lebih mendalam kepada peluang dagangan bertema yang pelbagai. Pelancaran ini menyerlahkan komitmen berterusan EBC dalam menyediakan alatan bertaraf institusi merentasi kelas aset, yang disokong oleh fleksibiliti, ketelusan dan kecekapan.

Penawaran baharu ini merangkumi ETF yang disenaraikan di NYSE dan NASDAQ, diterbitkan oleh pengurus aset terkemuka seperti Vanguard, iShares (BlackRock), dan State Street Global Advisors. Liputan tematiknya meliputi pelbagai naratif makro global dan sektoral.

“Pengembangan ini mencerminkan visi kami untuk menghubungkan reka bentuk produk pintar dengan keperluan pasaran,” kata David Barrett, Ketua Pegawai Eksekutif EBC Financial Group (UK) Ltd. “Produk baharu ini merupakan evolusi semula jadi bagi pedagang yang mencari pendedahan yang disasarkan dengan fleksibiliti strategi yang lebih besar. Di EBC, kami sedang membina ekosistem yang memperkasakan ketepatan dan prestasi.”

Akses Bertema Bertemu Fleksibiliti Taktikal

Instrumen berkaitan ETF tambahan merangkumi pelbagai pendedahan pasaran, termasuk pengagihan geografi seperti iShares MSCI Brazil ETF; strategi yang memberi tumpuan kepada pendapatan tetap seperti iShares iBoxx $ High Yield Corporate Bond Fund serta indeks berasaskan sektor atau komoditi termasuk United States Oil Fund LP dan Vanguard Health Care ETF. Tema-tema lain termasuk bakul berkaitan dividen, ekuiti saiz sederhana dan penjejakan indeks berasaskan gaya.

Perkembangan ini mencerminkan minat industri yang semakin meluas terhadap instrumen yang meniru arah aliran dalam peruntukan aset tanpa pemilikan langsung sekuriti asas. Di banyak pasaran, produk indeks yang condong kepada sektor dan berasaskan gaya semakin relevan di ketika peserta mencari kaedah yang lebih fleksibel untuk menyelaraskan diri dengan naratif global.

Dari segi sejarah, ETF yang menjejaki kitaran ekonomi tertentu—seperti pemulihan komoditi atau lantunan semula pasaran baru muncul—telah menunjukkan perbezaan dalam prestasi. Sebagai contoh, iShares MSCI Brazil ETF jelas mengatasi prestasi S&P 500 semasa tempoh pemulihan pasca pandemik pada tahun 2021, sekali gus menyerlahkan bagaimana instrumen bertema boleh menyimpang daripada indeks menyeluruh bergantung kepada kitaran pasaran.

Penambahan ini berfungsi sebagai idea perdagangan kendiri serta instrumen pelengkap kepada rangkaian produk sedia ada EBC, membolehkan penstrukturan portfolio termaju dan perdagangan bertema yang lebih strategik.

Pendedahan Lebih Pintar: Leveraj, Jualan Singkat dan Kecekapan Kos dalam Satu Produk

Berbanding pelaburan langsung dalam ETF, pendekatan ini menawarkan beberapa kelebihan utama apabila pedagang mendapat manfaat daripada struktur kos yang dipermudahkan, tanpa yuran pengurusan dana tradisional atau komisen broker. Fleksibiliti untuk mengambil posisi panjang dan pendek membolehkan perdagangan strategik tanpa mengira arah pasaran, manakala penggunaan leveraj meningkatkan kecekapan modal dan potensi pulangan. Perdagangan ini dilaksanakan secara masa nyata melalui platform yang diiktirafkan oleh EBC, memberikan akses lancar kepada peluang pasaran.

Sepanjang kitaran pasaran utama—seperti pemulihan berbentuk-V pasca pandemik pada tahun 2021—ETF bertema tertentu seperti iShares MSCI Brazil ETF telah menunjukkan prestasi jauh lebih baik berbanding indeks menyeluruh seperti S&P 500. Portfolio kami membolehkan pedagang menyertai aliran serupa, menyesuaikan diri dengan pantas terhadap dinamik pasaran yang berubah-ubah dengan ketepatan dan kelajuan yang diidamkan.

Langkah Permulaan

Produk-produk ini boleh diakses dengan mendaftar di www.ebc.com untuk memulakan perdagangan simulasi atau secara langsung.

Perihal EBC Financial Group

Ditubuhkan di daerah kewangan yang dihormati di London, EBC Financial Group (EBC) merupakan jenama global yang terkenal dengan kepakarannya dalam pembrokeran kewangan dan pengurusan aset. Melalui entiti yang dikawal selia dan beroperasi di pelbagai pusat kewangan utama dunia—termasuk di United Kingdom, Australia, Kepulauan Cayman, Mauritius dan negara-negara lain—EBC memberikan akses kepada pelabur runcit, profesional dan institusi untuk menerokai pelbagai pasaran global serta peluang dagangan merangkumi mata wang, komoditi, saham dan indeks.

Diiktiraf dengan pelbagai anugerah, EBC komited untuk mendukung piawaian etika dan dilesenkan serta dikawal selia dalam bidang kuasa masing-masing. EBC Financial Group (UK) Limited dikawal selia oleh Financial Conduct Authority (FCA) UK; EBC Financial Group (Cayman) Limited dikawal selia oleh Cayman Islands Monetary Authority (CIMA); EBC Financial Group (Australia) Pty Ltd dan EBC Asset Management Pty Ltd dikawal selia oleh Australian Securities and Investments Commission (ASIC); EBC Financial (MU) Ltd diberikan kuasa dan dikawal selia oleh Financial Services Commission Mauritius (FSC).

Teras EBC terdiri daripada pasukan veteran industri dengan lebih 40 tahun pengalaman dalam institusi kewangan utama. EBC telah mengharungi kitaran ekonomi utama dari Plaza Accord dan krisis franc Swiss 2015 hingga pergolakan pasaran akibat pandemik COVID-19. Kami memupuk budaya yang mengutamakan integriti, rasa hormat dan keselamatan aset pelanggan, memastikan setiap hubungan pelabur dikendalikan dengan kesungguhan yang sewajarnya.

Sebagai Rakan Kongsi Pertukaran Asing Rasmi FC Barcelona, EBC menawarkan perkhidmatan khusus di rantau seperti Asia, LATAM, Timur Tengah, Afrika dan Oceania. Melalui kerjasama dengan United to Beat Malaria, EBC menyumbang kepada inisiatif kesihatan global. EBC juga menyokong siri penglibatan awam 'What Economists Really Do' oleh Jabatan Ekonomi Universiti Oxford yang membantu untuk membetulkan kecelaruan terhadap ekonomi dan aplikasinya kepada cabaran utama masyarakat serta memupuk pemahaman dan dialog awam yang lebih luas.

https://www.ebc.com/ 

Hubungan Media:
Savitha Ravindran
Pengurus Perhubungan Awam Global
savitha.ravindran@ebc.com

Michelle Siow
Pengarah Jenama & Komunikasi
michelle.siow@ebc.com

SUMBER: EBC Tech Limited

Stellar Cyber Diletakkan dalam Kuadran Pencabar bagi Gartner Magic Quadrant untuk Pengesanan dan Respons Rangkaian.

 

Penilaian berdasarkan keupayaan keseluruhan syarikat untuk melaksana dan kelengkapan visi.
 
SAN JOSE, Calif., 13 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Stellar Cyber, syarikat iluminasi keselamatan siber, Stellar Cyber, hari ini mengumumkan bahawa ia telah ditempatkan oleh Gartner, Inc. dalam Kuadran Pencabar bagi edisi pertama Magic Quadrant untuk Pengesanan dan Respons Rangkaian (NDR). Stellar Cyber merupakan satu-satunya vendor yang ditempatkan dalam Kuadran Pencabar dalam laporan tersebut.

“Dinamakan sebagai Pencabar dalam Gartner, Inc. Magic Quadrant untuk NDR bukan sekadar logo di atas slaid. Kami menganggapnya sebagai bukti terhadap prestasi, visi, dan hasil yang diberikan oleh platform kami kepada pasaran pertengahan,” kata Changming Liu, Ketua Pegawai Eksekutif Stellar Cyber. “Kami melihat penempatan kami oleh Gartner sebagai Pencabar dalam ruang pasaran yang sangat kompetitif sebagai pengiktirafan terhadap inovasi berterusan dan komitmen kami untuk memberikan penyelesaian yang terbuka, moden dan menjimatkan kos bagi membantu pelanggan kami menangkis serangan siber dengan lebih pantas.”

Pengesanan dan Respons Rangkaian Stellar Cyber pada asalnya dibina dalam platform Open XDR mereka yang memenangi anugerah, memberikan pengalaman yang seragam sepenuhnya kepada pengguna akhir. NDR membolehkan pasukan keselamatan melihat tingkah laku pengguna dan sistem secara langsung dalam masa nyata. Keupayaan analisis trafik rangkaian masa nyata oleh Stellar Cyber memberikan faedah berikut:

· Maklumat yang saling berkaitan merentasi seluruh permukaan serangan, termasuk rangkaian, titik akhir, awan dan data identiti
· AI/ML terbina dalamuntuk triaj automatik, pengurangan gangguan amaran, dan analisis punca akar
· Operasi satu paparan tunggal, di mana pengesanan, penyiasatan, dan respons semua berlaku di satu tempat

Untuk memuat turun salinan percuma laporan Gartner, Inc. Magic Quadrant untuk Pengesanan dan Respons Rangkaian, klik di sini.

Gartner Magic Quadrant untuk Pengesanan dan Respons Rangkaian, 29 Mei 2025, Oleh Thomas Lintemuth, Esraa ElTahawy, John Collins, Charanpal Bhogal, Nahim Fazal

Gartner tidak menyokong mana-mana vendor, produk, atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikannya dan tidak menasihati pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor yang mendapat penarafan tertinggi atau sebarang pengiktirafan lain. Penerbitan penyelidikan Gartner merupakan pandangan organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh ditafsirkan sebagai kenyataan fakta. Gartner menafikan semua jaminan, sama ada nyata atau tersirat, berkaitan dengan penyelidikan ini, termasuk sebarang jaminan kebolehpasaran atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.

GARTNER adalah tanda dagangan dan tanda perkhidmatan berdaftar milik Gartner, Inc. dan/atau anak syarikatnya di Amerika Syarikat dan di peringkat antarabangsa. Magic Quadrant adalah tanda dagangan berdaftar milik Gartner, Inc. dan/atau anak syarikatnya dan digunakan di sini dengan kebenaran. Hak cipta terpelihara.

 Maklumat Tentang Stellar Cyber

Dengan menerangi sudut-sudut paling gelap dalam operasi keselamatan, Stellar Cyber memperkasakan organisasi untuk mengenal pasti serangan yang masuk, mengetahui cara menangkisnya, dan bertindak dengan pantas — melindungi perkara yang paling penting. Platform operasi keselamatan terbuka Stellar Cyber yang memenangi anugerah merangkumi NG SIEM, NDR / OT, Open XDR, dan Multi-Layer AI™ di bawah satu lesen. Dengan hampir 1/3 daripada 250 MSSP teratas dan lebih 14,000 pelanggan di seluruh dunia, Stellar Cyber merupakan salah satu peneraju paling dipercayai dalam operasi keselamatan. Ketahui lebih lanjut di https://stellarcyber.ai/.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Hubungi

Michelle Barry
Chameleon Collective
+1 603-809-2748
michelle.barry@chameleon.co
 
Sumber: Stellar Cyber

CGTN: China dan AS mencapai konsensus berprinsip selepas perundingan perdagangan yang mendalam dan terbuka

 

BEIJING, 13 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Setelah mesyuarat pertama mekanisme perundingan ekonomi dan perdagangan China-AS di London berakhir, CGTN menerbitkan artikel yang meringkaskan pencapaian dan kemajuan utama. Artikel ini menekankan komitmen China terhadap dialog yang berasaskan kesaksamaan dan manfaat bersama, mengutamakan kerjasama berbanding konfrontasi serta menegaskan bahawa penyelesaian isu perdagangan secara konstruktif bukan sahaja menguntungkan kedua-dua negara tetapi juga menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi global.

China dan Amerika Syarikat telah mencapai kemajuan baharu dalam menangani kebimbangan ekonomi dan perdagangan masing-masing selepas perundingan perdagangan selama dua hari yang mendalam dan terbuka di London, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak China pada hari Rabu.

Dari 9 hingga 10 Jun (waktu tempatan), dua ekonomi terbesar dunia mengadakan mesyuarat pertama bagi mekanisme perundingan ekonomi dan perdagangan China-AS. Mereka mencapai persetujuan berprinsip mengenai pelaksanaan konsensus penting yang dicapai oleh kedua-dua pemimpin negara semasa panggilan telefon pada 5 Jun serta rangka langkah untuk mengukuhkan hasil perundingan ekonomi dan perdagangan di Geneva.

Naib Perdana Menteri China, He Lifeng, yang mengetuai urusan perdagangan dan ekonomi China-AS bagi pihak Beijing, menghadiri mesyuarat tersebut bersama wakil utama Washington iaitu Setiausaha Perbendaharaan AS Scott Bessent, Setiausaha Perdagangan AS Howard Lutnick dan Wakil Perdagangan AS Jamieson Greer. He menyatakan bahawa mesyuarat itu merupakan perundingan penting di bawah panduan strategik kedua-dua pemimpin negara.

Menekankan bahawa inti pati hubungan ekonomi dan perdagangan China-AS adalah manfaat bersama dan kerjasama yang saling menguntungkan, naib premier menyatakan bahawa kerjasama antara China dan Amerika Syarikat dalam bidang ekonomi dan perdagangan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, manakala konfrontasi merugikan kedua-duanya.

Beliau juga menggesa Amerika Syarikat untuk menyelesaikan pertikaian perdagangan dengan China melalui dialog yang setara dan kerjasama yang saling menguntungkan, sambil menekankan bahawa walaupun China ikhlas dalam menjalankan perundingan ekonomi dan perdagangan, ia juga mempunyai prinsipnya sendiri.

Mesyuarat terbaharu ini memberikan peluang kepada kedua-dua pihak untuk menjelaskan isu ekonomi dan perdagangan yang masih belum selesai serta membantu mengembalikan hubungan dua hala ke landasan yang betul, kata Sun Taiyi, profesor madya dalam bidang sains politik di Christopher Newport University, Amerika Syarikat memberitahu CGTN.

Hubungan perdagangan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak

Mesyuarat pertama mekanisme perundingan ekonomi dan perdagangan China-AS diadakan hampir sebulan selepas kedua-dua pihak mencapai kemajuan ketara dalam mesyuarat peringkat tinggi dari 10 hingga 11 Mei lalu di Geneva, Switzerland.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan pada 12 Mei, China dan Amerika Syarikat bersetuju untuk mengurangkan tahap tarif dua hala secara signifikan. Amerika Syarikat menarik balik 91 peratus tarif tambahan ke atas barangan dari China, manakala China bertindak balas dengan memansuhkan 91 peratus tarif balas ke atas import dari AS. Selain itu, Amerika Syarikat menggantung tarif 'balas setimpal' sebanyak 24 peratus selama 90 hari, dan China turut menghentikan langkah balas yang sepadan.

Dalam panggilan telefon mereka minggu lalu, Presiden China Xi Jinping menyatakan bahawa mesyuarat di Geneva merupakan langkah penting ke hadapan dalam menyelesaikan isu ekonomi dan perdagangan melalui dialog dan perundingan serta disambut baik oleh kedua-dua masyarakat dan komuniti antarabangsa. Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menyifatkannya sebagai kejayaan yang besar dan menghasilkan perjanjian yang baik, sambil berjanji bahawa AS akan bekerjasama dengan China untuk melaksanakan perjanjian tersebut.

Sejurus selepas penyesuaian dasar tarif dilaksanakan, tempahan kontena dari China ke Amerika Syarikat melonjak hampir 300 peratus, menurut Vizion, sebuah penyedia data penjejakan kontena.

Seorang pengurus di sebuah gudang kargo di Pelabuhan Yantian di Shenzhen—yang mengendalikan lebih suku daripada jumlah keseluruhan eksport China ke Amerika Syarikat—memaklumkan kepada Kumpulan Media China bahawa jumlah kontena yang masuk meningkat lebih 60 peratus, iaitu daripada kira-kira 120 kepada lebih 200 kontena setiap hari pada penghujung Mei.

Perang tarif ibarat satu ujian realiti yang membuktikan bahawa China merupakan pasaran utama serta pembekal barangan penting bagi Amerika Syarikat, kata Michael Hart, Presiden Dewan Perniagaan Amerika di China bulan lalu.

Selepas mesyuarat di London, wakil perdagangan antarabangsa China, Li Chenggang, menyatakan harapan bahawa kemajuan yang dicapai akan membantu mengukuhkan kepercayaan antara China dan Amerika Syarikat serta terus memajukan perkembangan hubungan ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara secara stabil dan sihat.

Profesor Sun memberitahu CGTN bahawa kedua-dua pihak—China dan Amerika Syarikat—telah menunjukkan keupayaan strategik masing-masing dan mencapai persefahaman yang jelas mengenai pendirian satu sama lain di London.

Beliau menambah bahawa mesyuarat tersebut telah membawa kepada pengiktirafan bersama bahawa kerjasama—serta usaha untuk mencapai hasil yang saling menguntungkan—lebih memberi manfaat kepada kedua-dua pihak berbanding konfrontasi berpanjangan yang akhirnya akan merugikan kedua-dua negara.

https://news.cgtn.com/news/2025-06-11/China-U-S-reach-principled-consensus-after-trade-talks-in-London-1E7iNezpjIA/p.html

Hubungi:
CGTN
cgtn@cgtn.com 

SUMBER: China Global Television Network Corporation

Horizon3.ai Kumpul $100 Juta untuk Kukuhkan Kepimpinan Keselamatan Autonomi

 

Masa Depan Keselamatan Siber Adalah AI Berhadapan AI, dan Horizon3.ai Menerajui Arus
 
SAN FRANCISCO, 13 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Horizon3.ai, syarikat di sebalik Platform Keselamatan Berautonomi NodeZero®, hari ini mengumumkan pusingan pembiayaan Siri D bernilai $100 juta yang diterajui oleh NEA, dengan penyertaan daripada SignalFire, Craft Ventures dan 9Yards Capital. Sebagai sebahagian daripada pelaburan ini, Lila Tretikov, Rakan Kongsi dan Ketua Strategi AI di NEA serta bekas Timbalan CTO Microsoft, akan menyertai Lembaga Pengarah Horizon3.ai.

"Sejak empat tahun lalu, kami telah membuktikan bahawa penggunaan kecerdasan buatan untuk menggodam syarikat bukan lagi fiksyen sains tetapi realiti, dan memberikan hasil yang boleh diukur secara besar-besaran. Kini terdapat lebih 3,000 organisasi di seluruh dunia yang menggunakan NodeZero untuk menjalankan ujian penembusan. Kami mengekalkan pertumbuhan ARR tahun ke tahun melebihi 100%, dan kami kini Rule of 40-positif, yang bermakna kami bukan sahaja berkembang, bahkan kami berkembang dengan cekap," kata Snehal Antani, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Horizon3.ai. "Peningkatan modal ini menandakan lembaran seterusnya dalam misi kami untuk menerajui kategori Keselamatan Berautonomi."

"Pasukan keselamatan sudah letih mengejar CVE (Kerentanan dan Pendedahan Umum), positif palsu dan senarai semak pematuhan. Mereka mahu mencari dan membetulkan perkara yang benar-benar penting, mengesahkan ia telah diselesaikan, dan pulang awal," kata Antani. "Bahagian paling sukar dalam tugas sebagai CIO adalah memutuskan perkara yang tidak perlu diperbaiki. Bahagian kedua paling sukar adalah membuktikan kepada lembaga pengarah bahawa inisiatif keselamatan anda benar-benar mengurangkan risiko. NodeZero memainkan peranan kritikal dalam mengurangkan pendedahan ancaman anda dari semasa ke semasa."

 Memasuki Pasaran Sasaran Bernilai $80 Bilion: Keselamatan Berautonomi

Pasaran keselamatan siber sedang mengalami anjakan generasi. NodeZero berjaya mengkompromi sebuah bank dalam masa 4 minit tanpa memerlukan campur tangan manusia, jauh lebih pantas daripada masa tindak balas pasukan keselamatan bank tersebut dan alatan terbaik mereka. Begitu juga, pihak lawan sedang memanfaatkan kecerdasan buatan untuk meningkatkan kecanggihan, kerumitan, kelajuan dan skala serangan secara eksponen. Tesis Horizon3.ai adalah mudah: masa depan siber akan menyaksikan algoritma berhadapan algoritma pada kelajuan mesin dengan campur tangan manusia sebagai pengecualian. Ini memerlukan pembinaan semula asas setiap bahagian tindanan keselamatan siber. Dan untuk melakukannya dengan berkesan, pemahaman mendalam tentang cara penyerang beroperasi dan sistem AI yang dapat menggunakan pandangan ofensif untuk memacu peningkatan pertahanan amat diperlukan. Horizon3.ai sedang memimpin anjakan ini.

"Horizon3.ai telah merealisasikan perkara yang orang lain baru mula bayangkan. NodeZero ialah sistem keselamatan berautonomi sepenuhnya yang beroperasi dalam persekitaran produksi langsung, melaksanakan serangan sebenar, mendedahkan risiko sebenar dan memberikan hasil yang nyata," kata Antani.

Dikuasakan oleh pembelajaran pengukuhan, penaakulan graf dan AI, NodeZero tidak mensimulasikan pihak lawan tetapi berfikir dan bertindak seperti mereka. Setiap serangan siber terhadap sistem produksi yang dilaksanakan oleh NodeZero mengumpul data latihan yang digunakan untuk meningkatkan algoritmanya, mencipta kelebihan data berganda yang tidak dapat ditandingi oleh platform lain. Ini adalah asas untuk era keselamatan siber seterusnya, AI bukan sahaja mencari risiko, tetapi secara berterusan meningkatkan pertahanan. Horizon3.ai tidak mengejar masa depan tetapi sedang membina masa depan.

Penggunaan Hasil: Mempercepatkan Ke Arah Masa Depan

Horizon3.ai akan menggunakan dana yang diperoleh untuk mempercepatkan pembangunan syarikat dalam tiga bidang strategik utama:

· Perluas jangkauan melalui rakan kongsi – Syarikat ini akan menggandakan usahanya dalam ekosistem rakan kongsinya bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat di seluruh benua Amerika, Eropah, Timur Tengah & Afrika dan Asia Pasifik.

· Inovasi produk – Horizon3.ai akan mengembangkan NodeZero ke dalam bidang pengujian penembusan aplikasi web, pengurusan kerentanan dan pertahanan jitu.

· Dominasi pasaran persekutuan – Syarikat ini akan meningkatkan kejayaannya dalam Pangkalan Industri Pertahanan melalui program Continuous Autonomous Pentesting (CAPT) Agensi Keselamatan Negara (NSA). Selain itu, mereka akan mempercepatkan penggunaan FedRAMP High dan meluaskan ke dalam beban kerja Secret dan Top Secret untuk membantu mengukuhkan sistem yang paling kritikal untuk misi negara.

"Apa yang menarik minat kami kepada Horizon3.ai adalah kejelasan misi mereka dan kelajuan mereka melaksanakannya," kata Aaron Jacobson, Rakan Kongsi di NEA. "Mereka sedang mendefinisikan kategori keselamatan baharu iaitu keselamatan berautonomi dan sudah menjadi penyelesaian utama untuk pasukan 'red team' mahupun 'blue team'. Kami teruja untuk mengetuai pusingan ini dan menyokong fasa pertumbuhan syarikat yang seterusnya."

"Snehal dan pasukan Horizon3.ai sedang menangani salah satu masalah terbesar dalam keselamatan siber: mengautomasikan kedua-dua belah pihak bagi memastikan daya pertahanan maksimum terhadap serangan automatik dan dipacu AI," kata Lila Tretikov, Rakan Kongsi dan Ketua Strategi AI di NEA. "Pelanggan mereka menyukai NodeZero, dan pasukan ini telah terbukti beroperasi dengan cemerlang pada skala besar, sebab itulah Horizon3.ai sedang mengubah cara keselamatan dilakukan. Saya teruja untuk menyertai lembaga pengarah dan membantu membentuk lembaran seterusnya ini."

Kesan yang diberikan adalah serta-merta dan boleh diukur. Dalam satu ujian penembusan baru-baru ini, NodeZero berjaya mendapatkan akses kepada data reka bentuk kapal pengangkut pesawat AS yang sensitif melalui pembekal pihak ketiga. Tiada campur tangan manusia dalam ujian penembusan tersebut. Platform itu secara autonomi mengkompromi rangkaian, mendapatkan akses kepada data sensitif, dan kemudian membimbing pasukan pertahanan tentang apa yang perlu diperbaiki untuk mencegah pelanggaran.

"Bekas bos saya sering berkata, 'jangan beritahu saya kita selamat, tunjukkan kepada saya, kemudian tunjukkan lagi esok, dan sekali lagi minggu depan, kerana persekitaran kita sentiasa berubah dan musuh sentiasa mempunyai pilihan'," kata Antani.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang NodeZero lawati www.horizon3.ai.

Untuk pertanyaan media dan temu bual, sila lihat Hubungan Media di bawah.

Maklumat tentang Horizon3.ai

Horizon3.ai merupakan peneraju dalam keselamatan berautonomi. Platform kami, NodeZero, sentiasa mencari dan mengeksploitasi laluan serangan dunia sebenar supaya pasukan pertahanan dapat membetulkan perkara yang penting dan membuktikan keselamatan mereka. Diasaskan oleh bekas pengendali siber Operasi Khas AS dan pemimpin keselamatan perusahaan, Horizon3.ai dipercayai oleh lebih 3,000 organisasi di seluruh dunia, daripada syarikat Fortune 500 hingga rakan kongsi pertahanan negara.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Hubungi

Hubungan Media:
Ed Kraft
SourceCode Communications
horizon3@sourcecodecomms.com
 
Sumber: Horizon3.ai

Thursday, June 12, 2025

HDFC ERGO General Insurance Memenangi Anugerah Standard Kecemerlangan Pelanggan Duck Creek di Formation ’25

Penyepaduan penyelesaian teknologi baharu oleh Duck Creek akan meningkatkan kecekapan operasi serta pengalaman pelanggan bagi syarikat insurans 

BOSTON, 11 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Duck Creek Technologies, penyedia penyelesaian pintar global yang mentakrifkan masa depan insurans harta benda dan kasualti (P&C) serta insurans am, hari ini mengumumkan bahawa HDFC ERGO General Insurance Company Limited (HDFC ERGO), syarikat insurans am sektor swasta terkemuka di India telah menerima Anugerah Standard Kecemerlangan Pelanggan 2025 di Formation ’25, persidangan utama pelanggan mereka yang diadakan di Orlando, Florida. Sebagai yang pada mulanya syarikat digital dan kini beralih kepada kecerdasan buatan (AI) sebagai teras utama, HDFC ERGO merupakan peneraju insurans am di India, terkenal kerana memperkenalkan penyelesaian teknologi inovatif dan futuristik dalam landskap insurans India untuk menawarkan pengalaman perkhidmatan terbaik kepada pelanggannya.

Anugerah Pelanggan Standard Kecemerlangan Duck Creek mengiktiraf pelanggan yang telah mencapai tahap kecemerlangan tertinggi melalui pelaksanaan penyelesaian Duck Creek dan mempunyai visi untuk memajukan perniagaan mereka, sambil membayangkan semula masa depan insurans. HDFC ERGO mendapat pengiktirafan kerana mempercepatkan pelancaran produk, menyelaraskan integrasi sistem dan meningkatkan ketangkasan pasaran menggunakan penyelesaian Duck Creek termasuk Policy, Billing, Rating serta Insights.

Pasaran insurans di India sedang mengalami perubahan besar, didorong oleh peningkatan permintaan pelanggan serta keperluan untuk perkhidmatan yang sangat diperibadikan. Insurance Regulatory and Development Authority of India (IRDAI) turut menggalakkan syarikat insurans untuk membangunkan produk yang tangkas dan berfokuskan pelanggan bagi memperkukuhkan keterangkuman insurans merentasi pelbagai demografi dan geografi di negara tersebut. Penggunaan platform yang boleh dikonfigurasi secara meluas dan berasaskan kod rendah Duck Creek oleh HDFC ERGO untuk mereka bentuk sistem pengeluaran polisi yang dikuasakan oleh AI secara masa nyata merupakan satu pencapaian yang signifikan. Dengan langkah ini, syarikat insurans tersebut telah merevolusikan keseluruhan proses untuk perniagaan dalam sektor Kesihatan dan Kebakaran.

“Di HDFC ERGO, kami sentiasa berusaha untuk menyediakan penyelesaian dan pengalaman terbaik dalam kelasnya kepada pelanggan kami. Tingkah laku dan keperluan pelanggan masa kini telah berkembang dengan ketara, yang mana mereka mengharapkan penyelesaian yang dinamik, diperibadikan secara mendalam dan inovatif. Industri insurans juga tidak terkecuali dalam ekosistem yang berubah ini. Oleh sebab itu, sebagai sebuah organisasi yang berfokuskan pelanggan, kami mencari rakan teknologi yang dapat membantu kami menawarkan produk inovatif, perkhidmatan yang cekap dan cerapan analitik yang lebih baik secara bersepadu untuk memberikan pengalaman yang lancar kepada pelanggan kami. Sokongan teknologi daripada Duck Creek menepati keperluan ini,” kata Sriram Naganathan, Presiden & Ketua Pegawai Teknikal di HDFC ERGO General Insurance Company Limited. “Kami berbesar hati dan merasa terhormat menerima Anugerah Standard Kecemerlangan Duck Creek. Kami percaya bahawa dengan pemertingkatan teknologi baharu ini, kami akan menetapkan penanda aras baharu dalam industri insurans dan mendorong keterangkuman insurans di India—sekaligus menyokong visi ‘Insurans untuk Semua Menjelang 2047’ yang digariskan oleh IRDAI, badan kawal selia insurans India.”

Skala projek ini sangat besar, melibatkan lebih daripada 45 pengguna perniagaan, lebih 150 pembangun IT yang bekerja secara selari dengan tujuh rakan integrator sistem, mereka bentuk lebih 300 perlindungan produk, 300 peraturan perniagaan, serta melaksanakan lebih 10,000 senario ujian. Penyelesaian ini disiapkan dalam masa hanya sembilan bulan, dengan pelancaran produk pertamanya iaitu insurans kebakaran komersial, diikuti oleh produk insurans kesihatan tidak lama kemudian. Hasil utama termasuk:

· Masa pelancaran produk dikurangkan daripada 4-5 bulan kepada hanya empat minggu, membolehkan respons yang lebih pantas terhadap permintaan pasaran dan perubahan peraturan.
· Peningkatan produktiviti yang ketara untuk ejen, dengan sebut harga dijana hampir serta-merta dan ejen kini dapat menawarkan 4-5 pilihan produk alternatif berbanding hanya satu pilihan sebelum ini.
· Kecekapan operasi dan pengurangan risiko dengan pengurangan kemasukan data manual secara drastik, meminimumkan risiko pematuhan serta meningkatkan ketepatan. Pemprosesan automatik menyelesaikan tugas dalam hanya 3-4 minit, berbanding beberapa jam atau hari.
· Peningkatan pengalaman pelanggan didorong oleh polisi yang kini diproses hampir dalam masa nyata, bukan lagi dalam tempoh berjam-jam atau berhari-hari. Pelanggan juga diberikan cadangan produk berdasarkan data serta pilihan yang lebih sesuai, yang membawa kepada interaksi yang lebih baik.
 
“Kami berbangga untuk memberi penghormatan kepada HDFC ERGO General Insurance dengan Anugerah Standard Kecemerlangan Pelanggan 2025,” kata Christian Erickson, Naib Presiden dan Pengurus Besar APAC di Duck Creek Technologies. “Transformasi digital HDFC ERGO menjadi penanda aras bagi inovasi dan pelaksanaan dalam industri insurans. Sebagai pelanggan pertama kami di pasaran India, kami sangat teruja menjadi rakan strategik HDFC ERGO, dengan rangkaian produk kami membantu mendorong hasil perniagaan yang bermakna serta memberikan nilai kepada syarikat, pelanggan dan pemegang saham mereka. HDFC ERGO mencerminkan pendekatan berpandangan jauh dan berfokuskan pelanggan yang mentakrifkan masa depan insurans. Kami mengucapkan tahniah atas pengiktirafan yang layak diterima ini.”

Perihal Duck Creek Technologies
Duck Creek Technologies merupakan penyedia penyelesaian pintar global yang mentakrifkan masa depan industri insurans harta benda dan kasualti (P&C) serta insurans am. Kami merupakan platform yang membolehkan sistem insurans moden dibina, yang membolehkan industri memanfaatkan kuasa awan untuk menjalankan operasi yang tangkas, pintar dan malar hijau. Kejujuran, tujuan dan ketelusan menjadi teras Duck Creek dan kami percaya insurans seharusnya tersedia untuk individu dan perniagaan pada bila-bila masa, tanpa mengira tempat dan dalam apa-apa jua cara. Penyelesaian peneraju pasaran daripada kami tersedia secara kendiri atau sebagai pakej lengkap dan semuanya tersedia melalui Duck Creek OnDemand. Layari www.duckcreek.com untuk mengetahui lebih lanjut. Ikuti Duck Creek di saluran sosial kami untuk mendapatkan maklumat terkini – LinkedIn dan X.

Hubungan Media:
Marianne Dempsey/Tara Stred
duckcreek@threeringsinc.com

Perihal HDFC ERGO General Insurance Company Limited:

HDFC ERGO General Insurance Company Limited merupakan salah satu syarikat insurans am sektor swasta terkemuka di India. Pemegang saham utamanya termasuk HDFC Bank Limited, salah satu bank sektor swasta terbesar di India serta ERGO International AG, entiti insurans utama bagi Munich Re Group.

Sebagai yang pada mulanya syarikat digital dan kini beralih kepada kecerdasan buatan (AI) sebagai teras utama, HDFC ERGO merupakan peneraju dalam pelaksanaan teknologi untuk menawarkan pengalaman perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.
HDFC ERGO menawarkan rangkaian lengkap produk Insurans Am termasuk Kesihatan, Motor, Rumah, Pertanian, Perjalanan, Kredit, Siber dan Kemalangan Peribadi dalam segmen runcit serta Insurans Harta, Marin, Kejuruteraan, Kargo Marin, Kesihatan Berkumpulan dan Liabiliti dalam segmen korporat.

Syarikat ini telah mencipta rangkaian produk dan perkhidmatan inovatif yang baharu dengan menggunakan teknologi seperti Kecerdasan Buatan (AI), Pembelajaran Mesin (ML), Pemprosesan Bahasa Semula Jadi (NLP) dan Robotik. HDFC ERGO menawarkan pelbagai produk insurans am dan menjalankan proses jualan secara digital sepenuhnya dengan 299 cawangan serta lebih 600 pejabat digital di seluruh India. Platform teknologi HDFC ERGO telah memperkasakan pelanggan untuk mendapatkan perkhidmatan secara digital sepanjang masa (24x7), dengan lebih 70% tuntutan bagi produk runcit dikemukakan secara digital dan lebih 80% interaksi perkhidmatan dikendalikan secara digital, yang mana 10% daripadanya dipacu oleh AI. Syarikat ini telah mengeluarkan kira-kira ~3.4 crore polisi dalam tahun kewangan 2025 dan memiliki salah satu kadar pembayaran tuntutan terbaik dalam industri Insurans Am.

Sama ada produk insurans unik, model perkhidmatan pelanggan bersepadu, proses tuntutan terbaik atau pelbagai penyelesaian teknologi inovatif, HDFC ERGO telah berjaya menggembirakan pelanggan di setiap titik sentuhan dan pencapaian untuk memastikan pengguna dilayani dalam masa nyata.

Media Sosial:

Facebook: https://www.facebook.com/hdfcergo

Twitter: https://twitter.com/hdfcergogic

LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/hdfcergo

YouTube: https://youtube.com/c/hdfcergo

Hubungan Media:

Shilpi Bose
Shilpi.bose@hdfcergo.com 

SUMBER: Duck Creek Technologies

--BERNAMA 

Wednesday, June 11, 2025

redONE Mobile Terus Menyantuni Komuniti Pantai Timur Melalui Program Ibadah Qurban

 


Perluas Program ke Sabah

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- redONE Mobile, Operator Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) terbesar di Malaysia meneruskan komitmennya dalam memperkasa komuniti melalui pelaksanaan Program Ibadah Korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha. Program yang dijalankan sejak 2014 ini dilaksanakan di beberapa lokasi terpilih di Kelantan, Terengganu, Pahang dan buat julung kalinya di Sabah dari 6 hingga 9 Jun 2025. 

Penyertaan Sabah dalam program tahun ini mencerminkan usaha redONE Mobile untuk memperluas inisiatif tanggungjawab sosial syarikat ke kawasan luar bandar di Malaysia Timur, sekaligus membuka lembaran baharu usaha menyantuni lebih ramai komuniti yang memerlukan.

Sebanyak dua ekor lembu telah diperuntukkan bagi setiap negeri, menandakan sokongan redONE Mobile dalam menyambut perayaan Aidiladha bersama masyarakat setempat, selain mengeratkan hubungan silaturahim bersama rakan niaga syarikat di lokasi terpilih.

Antara lokasi pelaksanaan korban tahun ini adalah:

• Masjid Al-Taqwa Mukim Pulau, Kubang Kerian, Kelantan – 7 Jun
• Masjid Mukim Pemanok, Machang, Kelantan – 7 Jun
• Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung), Kuala Ibai, Terengganu – 7 Jun
• Masjid Felda Kerteh 6, Terengganu – 8 Jun
• Masjid Ubudiyah, Kg Paya Luas, Temerloh, Pahang - 9 Jun
• Masjid Lama, Pematang Badak, Kuantan, Pahang - 7 Jun
• Masjid Nurul Iman, Kg Kawang Papar, Sabah – 8 Jun


Program ini disertai oleh kakitangan dan rakan niaga redONE Mobile serta penduduk setempat, yang turut berganding bahu dalam proses penyembelihan, pembungkusan dan pengagihan daging korban kepada golongan yang memerlukan.

Ketua Pegawai Eksekutif redONE Mobile, Ameen Amaendran, berkata, “Ibadah korban mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan dan kepedulian terhadap mereka yang memerlukan. Melalui program ini, kami di redONE Mobile ingin menzahirkan semangat tersebut dalam bentuk tindakan, dengan berkongsi rezeki dan memperkukuh hubungan dengan komuniti serta rakan-rakan niaga yang sentiasa menyokong kami. Kami berbesar hati dapat meneruskan inisiatif ini dan buat pertama kalinya membawa pelaksanaanya ke Sabah sebagai langkah kecil dalam usaha berterusan kami mendekati masyarakat di seluruh negara.” 

Selain program ibadah korban, redONE Mobile melalui cabang amalnya, Yayasan redONE, aktif melaksanakan pelbagai inisiatif lain. Pada awal tahun ini, syarikat bekerjasama dengan Kechara Soup Kitchen bagi mengedarkan makanan kepada golongan gelandangan di Kuala Lumpur. Sempena Ramadan pula, melalui program Colours of Ramadan (COR), redONE Mobile telah menyampaikan bantuan makanan dan sokongan kepada komuniti yang memerlukan serta melancarkan kempen kitar semula elektronik ‘Recycle and Reconnect’ untuk menggalakkan pelupusan sisa elektronik dengan betul, di mana hasil pelupusan dalam bentuk kewangan akan disumbang kepada komuniti tersebut. Kempen ini adalah hasil kerjasama dengan Sinar Harian sebagai rakan media, dan ERTH sebagai pengumpul sisa elektronik rasmi.  

Kempen redINFAQ pada bulan Ramadan bersama pempengaruh media sosial untuk membantu golongan kurang bernasib baik dan mempromosikan peniaga kecil di bazar Ramadan di lokasi terpilih di Selangor, Sabah dan Kelantan. Inisiatif Ronda Bazar Ramadan turut digerakkan untuk menyokong perniagaan tempatan secara langsung di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Sabah dan Sarawak.  

redONE Mobile percaya bahawa melalui sokongan berterusan dan kerjasama erat dengan komuniti, setiap usaha kecil mampu mencipta perubahan besar dalam kehidupan mereka yang memerlukan. Untuk maklumat lanjut berkenaan inisiatif-inisiatif komuniti redONE Mobile dan program akan datang, layari redonemobile.com.my atau ikuti redONE Mobile di.

📍 Facebook: @redONE Mobile
📍 Instagram: @redonemobile.my
📍 TikTok: @redonemobile.my

Mengenai redONE Mobile​

Ditubuhkan pada tahun 2012, redONE Mobile adalah Operator Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) pertama di Malaysia menyediakan perkhidmatan prabayar dan pascabayar yang berpatutan serta terkenal dengan pelan 5G yang bermula dari harga serendah RM10 sebulan. Dengan menggunakan infrastruktur rangkaian 5G terluas oleh operator rangkaian mudah alih negara, pelanggan redONE Mobile boleh menikmati sambungan internet yang lancar dan panggilan suara tanpa gangguan di seluruh Malaysia pada harga mesra bajet. Dengan rangkaian rakan niaga lebih dari 18,000 di seluruh negara serta pangkalan pengguna melebihi 1 juta, redONE Mobile kini beroperasi di Malaysia dan Singapura serta merancang untuk berkembang ke bahagian lain di ASEAN pada masa akan datang. 


SUMBER: Redone Network Sdn Bhd

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Media Agency: BeeGo Sdn. Bhd.
Nama: Jacquine Ong / Christy Lim
Tel: 011-10775799 / 011-55065799

--BERNAMA

Tellus Power Globe Holding Limited, BinHendi Holding dan Sing Family Enterprise Group Menandatangani Perjanjian Usaha Sama untuk Melancarkan Salah Satu Syarikat Pengeluaran Pengecas EV Pertama di Timur Tengah dengan Sokongan Kementerian Pelaburan UAE

IRVINE, California, 18 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --  Tellus Power Globe Holding Limited (“Tellus Power” atau “Syarikat”), sebuah penyedia...